penyataan sebelum pbs sem 4

2
Penyataan Sebelum PBS Pada hari 22 September 2014 hingga 26 September 2014, saya selaku guru pelatih dari opsyen 4 PISMP PC , Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun akan mejalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK MAK MANDIN. PBS merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Progam Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Seminggu sebelum menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, pihak institut telah memberikan taklimat mengenai program ini. Semua guru pelatih didedahkan mengenai objektif dan strategi melaksanakan program ini. Para pensyarah turut berusaha memberikan bimbingan dan tunjuk ajar agar para guru pelatih memahami peranan dan tanggungjawabnya dalam melaksanakan program PBS ini dengan berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan. Dengan ini, saya mendapati program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini merupakan satu komponen Amalan Profesional yang amat penting dan bermakna bagi para guru pelatih memandangkan program ini dapat memberi kefahaman awal tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Hal ini dapat memudahkan para guru pelatih menyesuaikan diri dalam alam persekolahan yang berbeza pada masa akan datang. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru,murid serta komuniti sekolah. Melalui PBS, saya juga dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru. Aktiviti ini banyak memberi pengalaman kepada saya. Tugasan saya sepanjang PBS fasa adalah memahami dan menyesuaikan diri dengan iklim dan budaya sekolah, membuat temu bual dan soal selidik. Selain itu, pengumpulan maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah turut dijalankan. Saya dikehendaki membuat perbincangan ataupun berinteraksi dengan pengurusan sekolah, mentor, guru, kakitangan dan murid agar memperoleh pengetahuan

Upload: zi-yan

Post on 16-Jan-2016

243 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pbs

TRANSCRIPT

Page 1: Penyataan Sebelum PBS Sem 4

Penyataan Sebelum PBS

Pada hari 22 September 2014 hingga 26 September 2014, saya selaku guru

pelatih dari opsyen 4 PISMP PC , Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun

akan mejalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK MAK MANDIN. PBS

merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Progam Ijazah

Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Seminggu sebelum menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, pihak institut

telah memberikan taklimat mengenai program ini. Semua guru pelatih didedahkan

mengenai objektif dan strategi melaksanakan program ini. Para pensyarah turut

berusaha memberikan bimbingan dan tunjuk ajar agar para guru pelatih memahami

peranan dan tanggungjawabnya dalam melaksanakan program PBS ini dengan

berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Dengan ini, saya mendapati program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini

merupakan satu komponen Amalan Profesional yang amat penting dan bermakna bagi

para guru pelatih memandangkan program ini dapat memberi kefahaman awal tentang

alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Hal ini dapat memudahkan para

guru pelatih menyesuaikan diri dalam alam persekolahan yang berbeza pada masa

akan datang. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai

sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian,

penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru,murid serta komuniti sekolah.

Melalui PBS, saya juga dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku

murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru. Aktiviti ini banyak

memberi pengalaman kepada saya.

Tugasan saya sepanjang PBS fasa adalah memahami dan menyesuaikan diri

dengan iklim dan budaya sekolah, membuat temu bual dan soal selidik. Selain itu,

pengumpulan maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran

dan budaya sekolah turut dijalankan. Saya dikehendaki membuat perbincangan

Page 2: Penyataan Sebelum PBS Sem 4

ataupun berinteraksi dengan pengurusan sekolah, mentor, guru, kakitangan dan murid

agar memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah dan pengurusan kelas. Di

samping itu, saya juga perlu membuat pemerhatian terhadap persekitaran, para guru

dan juga murid-murid.

Saya berharap dapat menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini

dengan lancar. Saya juga berharap dapat memperoleh ilmu pengetahuan yang baru

sebagai sesuatu pengalaman pada masa depan.Saya juga berharap agar dapat

menghayati kerjaya seorang guru dan membina sifat positif terhadap profesion

keguruan melalui pelaksanaan program ini dengan berjaya dan berkesan.