penyataan pbs

Upload: pakya3

Post on 03-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Penyataan Pbs

    1/11

    PENYATAAN PBS

    Program PBS ini mempunyai objektifnya yang tersendiri. Program ini

    membolehkan guru pelatih mengenali institusi sekolah dengan lebih dekat dan

    menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan di bilik darjah serta mengetahui

    kaedah-kaedah yang sesuai untuk mengawal keadaan di sekolah. PBS juga berobjektif

    untuk membolehkan guru pelatih untuk memahami pengurusan strategi pengajaran dan

    pembelajaran, memahami makna KBSR dalam sukatan pelajaran serta meninjau

    kemahiran mengajar dan pengatahuan tentang mata pelajaran pengkhususan

    seseorang guru. Selain itu, PBS juga bertujuan untuk melihat bagaimana alat bantu

    mengajar dapat digunakan dengan berkesan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran di dalam bilik darjah.

    Disamping itu, PBS juga bertujuan untuk membolehkan para guru pelatih

    membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah serta

    memberi peluang kepada para guru pelatih membina inkuiri penemuan dan kemahiran

    berfikir secara kritis dan analitikal selain membina sikap positif terhadap profesion

    keguruan.

    Oleh yang demikian semua pelajar PISMP Januari 2010 telah diberi peluang

    selama 5 hari untuk melengkapkan PBS yang dijalankan pada 21 -25 MAC di sekolah

    yang telah dipilih.Dalam 5 hari PBS dijalankan guru pelatih telah diberkan 2 tugasan

    iaitu tugasn professional dan tugasan khusus.Dalam masa 5 hari berada disekolah para

    guru elatih perlu mencari maklumat berkaitan tugasan dan mengambil peluang untuk

    merasai perasaan berada diseolah sebagai guru.

  • 7/28/2019 Penyataan Pbs

    2/11

    MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

    1. Nama SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PEGANG 09110

    BALING KEDAH

    2. Alamat Sekolah SEKOALH KEBANGSAAN KUALA PEGANG 09110

    BALING, KEDAH DARUL AMAN,MALAYSIA

    3. Gred Sekolah A

    4. Nama Pengetua / Guru

    Besar

    TN. HJ. ABDUL AZIS IN ABDUL WAHAB

    5. Nama Penolong Kanan

    1

    HJ. AHMAD BIN BAKAR

    6 Nama Penolong Kanan

    HEM

    HJH. ZAINI BT. DIN

    7. Nama Penolong Kanan

    KOKO

    EN. HELMI BIN MOHAMAD

    8. Bilangan Guru Lelaki = 24 Perempuan = 38 Jumlah= 61

  • 7/28/2019 Penyataan Pbs

    3/11

    9. Bilangan Murid Lelaki = 406 Perempuan = 386 Jumlah= 792

    10

    .

    No. Telefon 04-4764888

    11

    .

    No. Faks 04-4764887

    12

    .

    Bidang Kebitaraan

    Sekolah (Niche

    Area)tiada taranya /

    hanya satu-satunya.

    1. KAWAD KAKI

    2. SEKOLAH CEMERLANG

    VISI SEKOLAH

    SKKP terunggul di Daerah Baling Sik menjelang 2010

    MISI SEKOLAH

    Memperkasakan kepimpinan dengan memantapkan

    pengurusan pengetahuan dalam pengurusan pentadbiran

    sekolah

    Melaksanakan program-program pendidikan secara cekap

    dan berkesan untuk menghasilkan pelajar yang

    berilmu,berdaya saing,berakhlak mulia selaras dengan

    aspirasi PPD,JPN dan Kementerian Pelajaran Malaysia

  • 7/28/2019 Penyataan Pbs

    4/11

  • 7/28/2019 Penyataan Pbs

    5/11

    PIAGAM PELANGGAN

    Pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang adalah satu

    usaha yang berterusan kearah mendidik,membimbing dan

    membentuk anak-anak didik supaya mempunyai keseimbangan

    rohani serta jasmani agar hidup

    berwawasan,berketerampilan,berilmu dan bertaqwa kepada Allah

    serta berguna kepada agama,bangsa dan Negara.

  • 7/28/2019 Penyataan Pbs

    6/11

    LENCANA SK KUALA PEGANG

  • 7/28/2019 Penyataan Pbs

    7/11

    10.1. MERAH : Melambangkan kesungguhan warga sekolah dalam melaksanakan tugasdan mencari ilmu berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    10.2. BIRU : Melambangkan permuafakatan dan keharmonian antara setiapahli komuniti setempat

    10.3.- HIJAU : Melambangkan sahsiah yang terpuji, makin berisimakin tunduk serta menggambarkan kemakmuran dan kedamaiannegeri jelapang padi.

    10.4. - KUNING : Melambangkan kesetiaan yang tidak berbelah kepada negara

    serta kecemerlangan ilmu sebagai penyuluh kehidupan dunia dan akhirat

    10.5 - BIRU LAUT : Melambangkan sempadan yang perlu diawasi supaya sentiasawaspada antara unsur positif dan negatif. Semoga setiap keburukan dijadikan sempadandan kebaikan dijadikan teladan.

  • 7/28/2019 Penyataan Pbs

    8/11

    LAGU SKKP

    ILMU SULUH HIDUP

    Tenang mengalir kemuara,

    Tersergam indah sekolah,

    Dibawah bumbung ku bernaung,

    Merintis hasrat murni.

    Kami putera/puteri SKKP,

    Berikrar dan berjanji,

    Perjuankan kejayaan,

    Ilmu Suluh Hidup.

    Guru jasa dan bakti mu,

    Doa ayah dan ibu,

    Untuk kami capai hasratmu

    Wawasan tetap jaya.

    Guru jasa dan bakti mu,

    Doa ayah dan ibu,

    Untuk kami capai hasratmu

    Wawasan tetap jaya.

    Wawasan tetap jaya,

    Wawasan tetap jaya.

  • 7/28/2019 Penyataan Pbs

    9/11

    SEJARAH SEKOLAH

    Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang dibina pada tahun 1946 dan nama asalnya

    ialah Sekolah Rakyat Kampung Ketumba.Terdapat seramai 62 orang murid pengasas

    pada tahun tersebut.Sekolah ini dengan rasminya diletakkan dai bawah pentadbiran

    kerajaan ialah pada awal tahun 1957 dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan

    Ketumba.Pada tahun 1958,penduduk sekitarnya telah bergotong-royong membina

    sebuah sekolah di tapak yang ada sekarang ini.Dengan terbinanya sekolah ini

    penduduk tempatan di seberang Sungai Ketil tidak perlu lagi menaiki rakit untuk datang

    kesekolah.Pada tahun 1960,bangunan yang sedia ada telah diperbesarkan dengan

    bantuan penduduk tempatan.

    Pada tahun 1961,murid-murid yang belajar di Sekolah Kebangsaan Ketumba

    (sekolah induk) telah dipindahkan ke sekolah cawangan di Kuala Pegang.Murid-murid

    ketika itu telah meningkat kepada 280 orang dengan tenaga pengajar seramai 8 oarang

    termasuk guru besar.

    Pada tahun 1962,sebuah bangunan telah dibina dengan dibiayai sepenuhnya

    oleh kerajaan yang berjumlah lebih kurang RM 36,000.00 dan telah dirasmikan oleh

    bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Allahyarham Tun Abd Razak B. Dato

    Hussin.

    Pada tahun 1964,jumlah murid telah meningkat kepada 480 orang.Pada tahun

    1971,sebuah bangunan dua tingkat telah siap dibina dengan menelan belanja RM

    160,000.00 termasuk sebuah kantin.Sebelum bangunan ini siap dibina sebilangan kecil

    murid-murid sekolah ini terpaksa menumpang belajar di Sekolah Menengah Kuala

    Pegang.

    Sewaktu mula berkhidmat di sekolah ini,Cikgu Mohd Asaad telah membuka

    Kelas Dewasa secara sukarela.Kelas tersebut telah mendapat perhatian dan

    kemudiannya telah diambil sepenuhnya oleh Lembaga Kemajuan Masyarakat dan Luar

    Bandar pada tahun 1962 hingga 1968.

    Selepas Cikgu Mohd asaad ditukarkan pada tahun 1975,Cikgu Hj. Md. Zain Bin

    Ahmad telah menggantikannya.Beliau telah berusaha untuk membina sebuah surau

    yang siap pada tahun 1976.

  • 7/28/2019 Penyataan Pbs

    10/11

    ANATOMI DAN FISIOLOGI

    SOALAN 1

    Adakah terdapat pelajar melakukan aktiviti ergonomik (tabiat dan gaya badan) seperti

    duduk di kerusi,berdiri dan mengangkat barang dengan postur yang betul.

    Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan selama seminggu di sekolah

    yang telah saya lakukan aktiviti pengalaman berasaskan sekolah mendapati memang

    terdapat aktiviti ergonimik yang dilakukan oleh murid-murid seperti yang terdapat dalam

    gambar yang telah saya lampirkan.

    Postur kedudukan murid-murid semasa makan di kantin.

    Postur badan murid ketika mengangkat bola daripada tanah.

  • 7/28/2019 Penyataan Pbs

    11/11

    SOALAN 2

    Adakah terdapat pelajar (terutama yang tinggi) yang berdiri di barisian hadapan semasa

    perhimpunan sekolah,berdiri dengan postur yang betul.