penyata rasmi parlimen dewan negara · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan...

63
Bil. 20 Selasa 6 Ogos 1996 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL KEDUA MESYUARAT KEDUA

Upload: doandang

Post on 18-Aug-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

Bil. 20 Selasa 6 Ogos 1996

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL KEDUA

MESYUARAT KEDUA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

KANDUNGAN

JA WAPAN-JA W AP AN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996

Rang Undang-undang Pasaran Getah Malaysia (Perbadanan) (Pindaan) 1996

Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 1996

USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat

UCAPAN PENANGGUHAN:

Bentuk Pemerintahan - Harapan dan Saranan - Y.B. Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail

Diterbit Oleh: CAW ANGAN DOKUMENT ASI PARLIMEN MALAYSIA 1999

(Ruangan 1)

(Ruangan 18)

(Ruangan 32)

(Ruangan 39)

(Ruangan 53)

(Ruangan 54)

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dato' Adam bin Kadir, D.I.M.P. (Dilantik)

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Chong Kah Kiat, P.G.D.K., J.S.M., J.P. (Dilantik)

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman (Dilantik)

Tuan Abdul Rashid bin Haji Ismail, A.M.N., P.K.T., P.J.K., P.J.M. (Pulau Pinang)

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Baba, P.B.M., B.K.T., J.P. (Melaka)

Tuan Haji Abdul Salam bin A wang, A.M.N. (Dilantik)

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail, A.M.P. (Perlis)

Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad, A.M.N., A.M.K., B.K.M. (Kedah)

Tuan Michael Bong Thiam Joon, A.B.S., J.B.S. (Dilantik)

Tuan Charem lntachat, A.M.N., B.C.K. (Dilantik)

Dato' Chet Singh s/o Karam Singh (Pulau Pinang)

Puan Faridah binti Abu Hassan (Dilantik)

Tuan Frankie Chong Yu Chee, A.D.K. (Sabah)

Tuan Ding Seling (Dilantik)

Tuan Eng Hoi Choo {Dilantik - Wilayah Persekutuan)

Tuan Haji Ghazali bin Haji Embong, P.J.K. (Dilantik)

Puan Hajah Habshah binti Haji Osman, P.P.T., P.J.K. (Dilantik -Wilayah Persekutuan)

Wan Hamid Edruce bin Tuanku Haji Mohamad, A.B.S. (Sarawak)

Tuan Haji Hamzah bin Haji Mohamed. Zain (Dilantik)

Tuan Hanipah bin Ahmad, P.J.K. (Perlis)

Datuk Haji Hashim bin Safm @ Shafain, D.M.S.M. (Dilantik)

Datuk Haji Ibrahim bin Ali, D.M.S.M. (Dilantik)

Tuan Ibrahim bin Daud, J.S.M., K.M.N., P.L.P., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Johor)

Tuan lsli bin Haji Siput (Dilantik - Wilayah Persekutuan Labuan)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

ii DN.6.8.1996

Yang Berhormat Tuan Itam Wali bin Nawan, P.P.N. (Dilantik)

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad, A.M.N., A.N.S., P.M.C., P.J.K., J.C. (Negeri Sembilan)

Tuan Jang Chow Thye@ Yio Chow Thye, A.S.M., S.M.T., P.J.K., J.P. (Dilantik)

Tuan Janggu Anak Banyang, P.B.K. (Sarawak)

Datuk Johan O.T. Ghani@ Christopher, P.G.D.K., K.M.N. (Dilantik)

Puan Kalthom binti Haji Othman (Kelantan)

Puan Kamilia binti Ibrahim (Dilantik)

Tuan Kan Kok Kwan, D.N.S., K.M.N., P.P.N., P.J.K., J.P. (Dilantik)

Tuan Haji Kasim bin Mh. Yusop (Dilantik)

Puan Kelsom binti Yaacub, A.M.P., P.J.K. (Pahang)

Puan Hajah Khadijah binti Haji A wang (Terengganu)

Puan Kian Sit Har, P.J.K., A.M.N., B.K.T., J.P. (Melaka)

Datuk Khoo Keok Hai (Dilantik)

Tuan Khoo Lay Hin, A.M.N. (Dilantik)

Dato' P. Krishnan all Permual (Dilantik)

Tuan Low Kai Meng, P.J.K., J.P. (Perak)

Datuk Maidom P. Pansai@ Paul Pansai (Dilantik)

Tuan N. Marimuthu all Nadesan, A.M.P., A.M.N., P.P.N., P.J.K., J.P. (Dilantik)

Dato' Dr. T. Marimuthu (Dilantik)

Tuan M.G. Pandithan@ Nyana Pandithan@ Ganapandythan all Muthandi (Dilantik)

Puan Mastika Junaidah binti Husin (Dilantik)

Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi, A.M.P., P.P.N., P.J.K. (Perak)

Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud (Kelantan)

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin (Dilantik)

Tuan Ng See Tiong, A.M.N., P.I.S., P.K. (Johor)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 iii

Yang Berhormat Dr. Ng Yen Yen, P.J.K. (Pahang)

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Tuan Haji Othman bin Yunus, K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Dilantik)

Puan Hajah Rahaiah binti Baheran, P.J.K. (Dilantik)

Tuan Rahim bin Baba, A.M.P. (Dilantik)

Tuan Saad bin Haji Man (Dilantik)

Puan Sri Sarasa Pasamanickam, A.M.N., P.I.S. (Dilantik)

Puan Hajah Selemiah binti Hashim (Dilantik)

Tuan Tan Son Lee (Kedah)

Tuan Tan Swee Hueng (Dilantik)

Dato' V.K.K. Teagarajan, D.P.M.S., A.M.N. (Dilantik)

Dato' Ting Check Sii, D.I.M.P. (Dilantik)

Tan Sri Dato' G. Vadiveloo all Govindasamy, P.S.M., D.P.M.S., S.M.S., A.M.N. (Dilantik)

Datin Hajah Wan Iotan binti Haji Wan Ahmad Tajuddin, P.J.K., A.M.S. (Dilantik)

Tuan Yim Chee Chong (Negeri Sembilan)

Dato' Haji Zainal bin Md. Deros, S.S.A., P.J.K., J.P. (Selangor)

Dato' Zainol Abidin bin Johari, D.S.D.K., K.M.N., P.P.N., B.K.M., P.J.K., J.P. (Dilantik)

Puan Hajah Zaleha binti Hussin (Dilantik)

Tuan M. Zeevill @ Sharmugam all R.M.S. Mutaya (Selangor)

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

iv DN.6.8.1996

DEWAN NEGARA

PEGA WAI-PEGA WAI KANAN

Ketua Penolong Setiausaha Said bin Sidik

Pmk. Ketua Penolong Setiausaha Abdullah bin Abdul Wahab

Penolong Setiausaha Kanan Zamani bin Haji Sulaiman

CA WANGAN DOKUMENTASI

Pegawai Penerbitan

Pelapor Perbahasan Par limen

Pembaca Pruf

Bentara Mesyuarat

Azhari bin Hamzah

Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop, P.P.N. Haji Suhor bin Husin Mohd. Saleh bin Mohd. Yusop Hajah Supiah binti Dewak Mohamed bin Osman Norishah binti Mohd. Thani Zaharah binti Nairn Norwahidah binti Azizi Jainah binti Sakimin. Ahmad Kamal bin Mohd. Yusop Shamsina binti Janor

Hashim bin Sani Abu Bakar bin Hasan

CA WANGAN BENTARA

Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Selasa, 6 Ogos 1996

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

PROGRAM IKS- CADANGAN MENINGKATKAN

1. Tuan Haji Ghazali bin Haji Embong minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan adakah kerajaan bercadang hendak meningkatkan program IKS.

7.8.96

48. Tuan Tan Son Lee minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan adakah menyediakan kemudahan kewangan, maklumat ataupun insentif lain untuk membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Tuan Kerk Choo Ting]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon izin untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat Tuan Haji Ghazali bin Em bong pada hari ini dan Yang Berhormat Tuan Tan Son Lee pada esok hari oleh kerana soalan-soalan dari Ahli-ahli Yang Berhormat itu adalah saling berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) mula beroperasi pada 2hb. Mei 1996. Penubuhannya adalah untuk memastikan agar aktiviti-aktiviti dan program industri kecil dan sederhana bagi sektor perkilangan diselaraskan pelaksanaannya oleh satu agensi sahaja supaya tidak terdapat pertindihan fungsi di antara pelbagai agensi-agensi kerajaan dalam membangunkan IKS di sektor­sektor yang diutamakan selaras dengan dasar perindustrian negara.

Program-program dan skim-skim yang disediakan oleh IKS buat masa masa adalah seperti berikut:-

(a) Skim Tabung Bantuan Teknikal Perindustrian Kecil dan Sederhana (ITAF);

(b) Skim Modenisasi dan Automasi;

(c) Skim Pinjaman Mudah;

(d) Tapak Kilang Khas IKS; dan

(e) Ekspo dan Pameran IKS.

Skim pinjaman mudah, insentif dan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu IKS disebarkan menerusi dewan-dewan pemiagaan, persatuan­persatuan pemiagaan, pertubuhan-pertubuhan dan syarikat-syarikat menerusi seminar, worksyop, ekspo dan juga dialog dengan kumpulan-kumpulan sasaran.

Di samping program-program yang sedia ada, SMIDEC sedang dalam proses menyediakan program-program baru untuk dilaksanakan, antaranya seperti berikut:-

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

2

(a)

DN.6.8.1996

Program Rantaian Industri (Industrial Linkage Programme)

Program ini adalah 'core programme', dengan izin, berdasarkan kelompok (cluster concept), yang melibatkan rantaian di antara IKS dengan syarikat-syarikat besar untuk pengintegrasian IKS ke dalam arus perindustrian negara. Tumpuan utama program ini adalah terhadap:

(i) kumpulan industri peralatan pengangkutan yang terdiri dari industri automotif, marin dan aero-angkasa;

(ii) kumpulan industri elektronik dan electrical termasuk telekomunikasi;

(iii) kumpulan industri mesin dan kejuruteraan;

(iv) kumpulan industri berdasarkan sumber; dan

(v) kumpulan industri kimia dan petrokimia.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mengoperasikan ILP, SMIDEC akan berhubung secara langsung dengan syarikat-syarikat IKS dan syarikat-syarikat besar yang berkaitan untuk ditemukan (match-making). Program ini juga disokong dan dilengkapkan dengan program-program lain itu:

(a) Program Pembangunan Teknikal;

(b) Program Perolehan Teknologi... ..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat saya rasa soalan itu ringkas sahaja, bertanya kerajaan bercadang hendak meningkatkan program IKS.

Tuan Kerk Cboo Ting: Ya.

Tuan Yang di-Pertua: Tetapi dia tidak tanya tentang program-program ..... .

Tuan Kerk Choo Ting: Okay.

Tuan Yang di-Pertua: Saya rasa kalau dapat ....

Tuan Kerk Choo Ting: Saya ringkaskan ini, okay.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Tuan Kerk Choo Ting: Jadi, ada dua-tiga lagi program seperti program peningkatan kemahiran, program pembangunan eksport. Itulah sahaja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Tadi, Yang Berhormat menjawab untuk soalan di hari lain, boleh ulangkah, saya tidak berapa ingat.

Tuan Kerk Cboo Ting: Hari esok iaitu Yang Berhormat Tuan Tan Son Lee.

Tuan Yang di-Pertua: Nombor berapa itu?

Tuan Kerk Choo Ting: Nombor 48.

Tuan Yang di-Pertua: Nombor 48. Baik.

Tuan Ng See Tiong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bagaimanakah pihak kementerian memberi galakan kepada pelabur-pelabur IKS supaya dapat menarik mereka ke sebelah Timur di Semenanjung terutama sekali di sebelah Timur negeri Johor?

Tuan Kerk Choo Ting: Sebelah Timur negeri Johor.

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 3

Tuan Yang di-Pertua, di dalam kementerian ini ada rancangan dan insentif untuk pelabur-pelabur ke Pantai Timur, koridor Pantai Timur dan juga Sabah dan Sarawak, Mersing juga termasuk di kawasan itu.

Tuan Tan Swee Hueng: Tuan Yang di-Pertua, untuk meningkatkan program IKS, adakah kementerian akan membuat keputusan untuk memasukkan semua IKS dalam internet?

Tuan Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, untuk memasukkan IKS dalam Internet, perkara itu belum ada dicadangkan. Kalau ini adalah satu cadangan yang baik, sila kemukakan apakah faedahnya untuk memasukkan semua IKS ke dalam Internet.

PERTUBUHAN PELADANG/PERSATUAN NELAYAN/ PENTERNAK-PERANAN

2. Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin minta Menteri Pertanian menyatakan apakah langkah kementerian untuk memastikan Pertubuhan Peladang, Persatuan Nelayan dan Persatuan Penternak dapat berperanan sebagai badan perniagaan yang aktif di dalam memastikan bekalan makanan negara terjamin dan mencukupi.

Timbalan Menteri Pertanian [Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor]: Tuan Yang di-Pertua, di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh, pertubuhan peladang akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembangunan pertanian secara komersil dan industri berasaskan pertanian. Bagi tujuan tersebut, peruntukan sebanyak RM 16.50 juta telah diluluskan bagi membolehkan pertubuhan peladang mempergiatkan lagi pengeluaran makanan, ternakan dan ternakair serta pengurusan ladang secara estet nukleus di Semenanjung Malaysia.

Sejumlah RM8.25 juta telah juga diperuntukkan untuk pengeluaran buah-buahan seperti durian, betik, pisang dan sebagainya. Dalam tempoh 1996 - 2000, seluas kira-kira 1,943,394 hektar estet nukleus dan ladang komersil akan dimajukan dengan pengeluaran makanan, ternakan dan ternakair manakala kira-kira 25,000 hektar lagi ladang berkelompok dan ladang korporat akan dimajukan dengan tanaman padi.

Selain dari program pengeluaran makanan, persatuan peladang juga akan meningkatkan lagi penglibatan mereka dalam pasaran basil pertanian dan industri kecil dan sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini, sebanyak RM6 juta diluluskan untuk rancangan pemasaran bahan makanan dan RM13.75 juta bagi program industri kecil dan sederhana.

Persatuan-persatuan nelayan juga akan terus diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti ekonomi seperti penangkapan ikan, akuakultur, pemprosesan ikan, pemasaran, pembekalan input pertanian seperti bekalan minyak, air batu dan lain-lain serta agro-tourism. Bagi menyokong penglibatan persatuan-persatuan secara aktif dalam bidang tersebut, Kementerian Pertanian melalui LKIM telah mengadakan pelbagai program latihan dan kursus seperti kursus keusahawanan, pengurusan, kursus kemahiran dalam pelbagai bidang yang berkaitan serta mengadakan khidmat nasihat dan teknikal dari semasa ke semasa.

Pada masa ini persatuan-persatuan penternak di Malaysia telah bergabung di bawah Kesatuan Persatuan Penternak-penternak Malaysia (FLF AM). Kementerian Pertanian bersama Jabatan Perkhidmatan Haiwan sering mengadakan perbincangan dengan persatuan penternak untuk menentukan jumlah pengeluaran temakan mengimbangi permintaan di dalam negara serta menentukan harga pasaran yang berpatutan. Selain itu, melalui kesatuan ini juga, Kementerian Pertanian membincangkan masalah-masalah para

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

4 DN.6.8.1996

penternak dalam membekalkan basil ternakan serta menyalurkan dasar-dasar kementerian dalam menjamin bekalan makanan negara mencukupi.

Di samping peruntukan yang disediakan oleh kerajaan, pertubuhan peladang juga akan mengambil peluang daripada Skim Pinjaman Mekanisasi dan Automasi yang disediakan di bawah Bank Pertanian Malaysia serta Tabung Untuk Makanan (TKF) bagi membolehkannya menjadi badan perniagaan yang aktif di dalam memastikan bekalan makanan negara terjamin dan mencukupi.

Tuan Ibrahim bin Daud: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada kementerian yang berkenaan tentang kedudukan pertubuhan peladang dan pendaftar. Di sini tadi, kita pasti bahawa peranan pertubuhan peladang untuk memastikan bekalan makanan negara terjamin. Jadi, saya hendak tahulah, kadangkala kita ini kurang faham kedudukan seperti mesyuarat agung dengan LPP. Di manakah kedudukannya keputusan yang dibuat, sama ada mesyuarat agung itu lebih tertinggi ataupun LPP yang menguasai kedudukan mesyuarat itu?

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua, untuk penjelasan kepada Ahli Yang Berhormat dan saya mengucapkan terima kasih, apa yang telah kita lakukan di bawah Akta Parlimen untuk menubuhkan LPP itu adalah merupakan satu badan untuk menjadi pendaftar kepada wujudnya gerakan peladang negara kita. Jadi, kalau kita hendak kata yang mana lebih penting, mesyuarat agung atau LPP, kedua-duanya sama penting iaitu di mana perwakilan di peringkat pertubuhan peladang hendaklah mematuhi keputusan-keputusan yang dibuat dalam mesyuarat agung. Manakala keputusan itu pula, tidaklah bercanggah dengan keputusan dan araban yang dibuat oleh pendaftar iaitu LPP. Jadi, pendek kata, kedua-duanya adalah mustahak dan mesti dipatuhi oleh pertubuhan-pertubuhan peladang.

Tuan Ding Seling: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Pertanian sama ada mereka yang dikatakan 'shifting cultivators' itu boleh dijeniskan sebagai peladang dalam konteks perancangan negara kita ini. Kalau ya, apakah rancangan yang diadakan oleh kerajaan untuk menentukan mereka ini akan menjadi peladang yang begitu berkesan memberi pengeluaran yang seharusnya.

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Istilah peladang di sini ialah seseorang yang kerjanya mengeluarkan bahan-bahan makanan di atas tanah mereka yang diberi hakmilik oleh kerajaan. Jadi, kalau yang berpindah-randah, itu tidak dianggap sebagai peladang dan ini tidak dapat digolongkan sebagai peladang. Jadi, itu saya rasa jelas, iaitu tanah kerajaan milikan haram, penerokaan haram, tidak ada title dan sebagainya, itu tidak diistilahkan sebagai peladang, itu ialah sebagai peneroka.

RUMAH KERAJAAN DIJUAL- CADANGAN

3. Dato' P. Krishnan minta Perdana Menteri menyatakan bahawa beberapa tahun yang lepas pihak kerajaan ada mengumumkan bahawa rumah-rumah kerajaan yang diduduki oleh kakitangan kerajaan boleh dijual kepada kakitangan kerajaan yang berminat untuk membelinya. Adakah tawaran tersebut masih lagi dibuka. Berapa banyakkah rumah-rumah quarters ini yang telah dijual sehingga ini.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Azmi bin Khalid]: Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan bahawa rumah kediaman kerajaan yang disediakan sebagai suatu kemudahan kepada pegawai kerajaan untuk didiami semasa mereka berkhidmat di dalam perkhidmatan kerajaan sahaja, maka pihak kerajaan tidak bercadang untuk menjual rumah-rumah tersebut kepada kakitangan kerajaan.

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 5

Untuk makluman Ahli Yang Berhonnat, bahawa kerajaan tidak pemah menjual rumah-rumah kediaman kerajaan kepada kakitangan kerajaan hingga sekarang. Walau bagaimanapun, pada masa akan datang kerajaan bercadang untuk menjual rumah-rumah yang akan dibangunkan di pusat pentadbiran di Putrajaya kepada kakitangan kerajaan yang layak dan benninat.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhonnat Setiausaha Parlimen, tadi Yang Berhonnat kata tidak ada dijual, apa bezanya apabila dijual dengan diswastakan? Ada beza atau tidak di antara dijual dengan diswastakan?

Tuan Azmi bin Khalid: Dijual di sini dari segi soalannya dijual kepada kakitangan. Diswastakan ialah satu penglibatan secara korporat untuk membangun kawasan secara komersil atau secara rumah kediaman, itu saya rasa bezanya cukup terang berasaskan kepada soalan.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Baba: Tuan Yang di-Pertua, kita yakin bahawa hila wujudnya Putrajaya banyaklah rumah-rumah kerajaan akan diubah tinggal begitu. Bolehkah badan-badan sukarela atau NGO memohon untuk menggunakan rumah­rumah kerajaan yang akan ditinggalkan itu?

Tuan Azmi bin Khalid: Tuan Yang di-Pertua, soalan Ahli Yang Berhonnat itu berpandu kepada pennohonan yang dibuat. Sekarang ini pun saya dimaklumkan bahawa ada NGO yang diizinkan tetapi berpandu kepada matlamat yang sebenamya.

TV3- PENERIMAAN SIARAN DI SARA WAK

4. Dato' Ting Check Sii minta Menteri Penerangan menyatakan masih ada banyak bandar dan pekan di Sarawak tidak dapat menerima siaran TV3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan semua bandar dan pekan di Sarawak dapat menerima siaran TV3 dengan memuaskan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan [Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab Sistem Televisyen Malaysia Berhad yang mengendalikan stesen siaran TV3 merupakan sebuah syarikat swasta, maka adalah di luar bidang kuasa kementerian ini untuk memastikan supaya semua bandar dan pekan di Sarawak dapat menerima siaran TV3 dengan memuaskan. Namun demikian, Kementerian Penerangan difahamkan oleh Sistem Televisyen Malaysia Bhd. yang mengendalikan stesen sistem siaran TV3 bahawa pihaknya sedang merancang untuk memperluaskan kawasan liputan siarannya. Namun begitu, pelaksanaannya bergantung kepada beberapa faktor utama seperti proses perolehan tanah untuk menempatkan alat pemancar (transmitter) televisyen berkenaan.

JALAN RA YA DARI LAPOK- LONG BARAM- LONG SAN DAN LIO MA TU- PENYELENGGARAAN

5. Tuan Ding Seling minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) bilakah jalan raya dari Lapok ke Long Baram dijangka selesai; dan

(b) sama ada kerajaan akan mengambil alih dengan segera jalan syarikat kayu balak dari Lapok ke Long San dan Lio Matu, memandangkan orang ramai tempatan sering gunakan jalan itu

Menteri Kerja Raya [Dato' Seri S. Samy Vellu): Tuan Yang di-Pertua;

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhonnat, projek pembinaan jalan dari Lapok ke Long Lama sepanjang 26 kilometer dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, di mana 2 kilometer daripada jalan tersebut

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

6 DN.6.8.1996

telah siap dibina sehingga peringkat sub-grade fonnation level, dengan izin. Walau bagaimanapun sehingga ini rekabentuk jalan telah siap disediakan sehingga 16 kilometer. Projek pembinaan jalan tersebut disampung pelaksanaannya dalam Rancangan Malaysia Ketujuh dengan ceiling peruntukan yang diluluskan RM20 juta.

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhonnat, Kementerian Kerja Raya tidak ada cadangan untuk mengambil alih jalan balak dari Lapok ke Long San dan Lio Matu yang pada masa ini diselenggarakan oleh pihak syarikat kayu balak.

Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Ini bersabit dengan lebuh rayajuga, sebab Menteri Kerja Raya boleh menjawab masalah kerja raya. Bilakah jalan-jalan yang sepenuhnya - Iebuh raya kawasan Timur akan terlaksana dan dijangka siap dan dari negeri mana ke negeri manakah yang tennasuk di dalam lebuh raya yang dirancang. Apa yang difahamkan kepada saya bahawa negeri Kelantan tidak tennasuk di dalam lebuh raya yang baru dirancang oleh kerajaan pada masa akan datang. Adakah ini benar?

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memutuskan untuk menswastakan Lebuh Raya Pantai Timur. Keputusan baru sahaja diambil dan di dalam keputusan ini harga ditetapkan sebanyak lebih kurang RM3 bilion dan lebuh raya itu lebih dari 400 kilometer. Peringkat pertama ke Kuantan, peringkat kedua ke Kuala Terengganu tetapi negeri Kelantan belum dapat dimasukkan ke dalam rancangan itu oleh kerana kita mengambil kira berapakah volume traffic untuk membina jalan itu.

Walau bagaimanapun, kita akan menyelesaikan pembinaan jalan itu dengan sambungan ke Kota Bharu selepas kita selesai pembinaan di Kuantan dan Kuala Terengganu dan pada akhirnya kita akan menyambung ke Kelantan. Ini tidak tennasuk dalam rancangan sekarang. Rancangan sekarang ialah di peringkat pertama dan peringkat kedua. Peringkat yang ketiga ialah kepada negeri Kelantan.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin tahu, apakah lunas-lunas yang diambil oleh pihak kerajaan bagi menentukan status jalan yang boleh diambil oleh pihak kementerian terutama sekali saya memerhatikan dari segi jalan ke Genting Highlands yang banyak mempunyai masalah-masalah. Misalnya, adakah pihak kerajaan meninjau dari segi keselamatan jalan itu dan memikirkan ada sebab-sebab mengapa sesuatu jalan itu boleh diambil alih bagi menentukan keselamatannya terjamin?

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, pengambilan alih jalan bukannya bererti keselamatan pengguna jalan raya boleh diselesaikan. Ada juga banyak suara-suara, selepas tiap-tiap kemalangan, kita mesti mengambil alih jalan itu, tetapi taraf jalan yang kita dapat tahu, yang kita telah menyiasat, taraf jalan yang sedia ada ke Genting Highlands adalah taraf jalan yang baik tetapi apa yang berlaku dalam tempoh dua kemalangan itu; satu, berkenaan dengan cerun dan yang kedua berkenaan dengan membawa bas - saya tidak tahu apakah butir-butir berkenaan dengan kemalangan, tetapi ini tidak ada kaitan dengan taraf jalan. Oleh kerana itu kerajaan pusat tidak bercadang untuk mengambil alih jalan itu.

Jalan daripada persimpangan dari terowong sampai ke Kolej Kementerian Pendidikan adalah dalam kuasa jalan raya persekutuan, tetapi selepas itu adalah jalan swasta dan sedang diselenggarakan oleh Genting Resort Sdn. Bhd. Tetapi mengikut laporan-laporan yang saya terima, kerja-kerja penyelenggaraan itu pun lebih elok daripada kita, oleh kerana itu kita tidak bercadang untuk mengambil alih jalan itu.

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 7

Tuan Yim Chee Chong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Baru-baru ini sebanyak 79 persatuan di negara kita ini mengemukakan bantahan kepada pihak berkuasa berkenaan terhadap PLUS yang bemiat untuk meninggikan bayaran tol. Maka saya ingin mengetahui adakah kerajaan kita, sama ada bertimbang rasa atas memorandum atau rayuan terse but?

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Yim, strictly speaking, dengan izin, soalan itu tidak ada kaitan dengan soalan asal, tetapi saya pulang kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat discretion.

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat lebih baik jika saya memberi sedikit jawapan.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato' Seri S. Samy Vellu: Jemaah Menteri telah memutuskan pada minggu yang Ialu bahawa tol itu dibenarkan, oleh kerana perjanjian itu adalah di antara kerajaan Persekutuan dengan PLUS. Apabila sahaja kerajaan menandatangani perjanjian dengan mana-mana pihak, kerajaan mesti menghormati perjanjian itu. Walau bagaimanapun, kita juga ada sedikit pindaan iaitu bukanlah kita akan meluluskan 33% kenaikan tol kepada Lebuh- raya Utara-Selatan, tetapi ada sedikit pindaan di dalamnya yang akan diumumkan esok dan ini akan dikuatkuasakan pada lhb. September 1996.

Tuan Yang di-Pertua: Tunggu besok, Tuan Yim.

KERETA API PELURU - LANGKAH MEMPERKENALKAN

6. Tuan Low Kai Meng minta Menteri Pengangkutan menyatakan bagi menggantikan penggunaan kereta api minyak diesel kepada kereta api elektrik, bilakah lintasannya akan 'dielektrikkan". Adakah kerajaan bersedia memperkenalkan "Kereta api Peluru" di Malaysia bagi memendekkanjarak antara setiap bandar.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Wira Mohd. Ali bin Mohd. Rustam): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dan mutu pengangkutan kereta api di negara ini melalui penggantian sistem kereta api tunggal dan berkuasa disel kepada sistem berlandasan berkembar dan berelektrik.

Pelaksanaannya adalah secara berperingkat-peringkat, bermula dengan sektor Lembah Kelang, iaitu dari Rawang ke Seremban dan dari Kuala Lumpur ke Kelang dan seterusnya kerajaan akan melaksanakan program yang sama di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh bagi Sektor Kulai ke Tanjong Pagar dan Kuala Lumpur ke lpoh. Buat masa ini kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk memperkenalkan sistem kereta api laju ataupun "Kereta Api Peluru".

Datuk Haji Hashim bin Safin: Tuan Yang di-Pertua, saya bertanya fasal Kelantan. Untuk sistem atau peningkatan pelaksanaan kereta api ke Kelantan dalam peringkat mana dan hila akan dilaksanakan?

Datuk Wira Mohd. Ali bin Mohd. Rustam: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, bagi peningkatan keretapi ke Kelantan menggunakan elektrik ataupun kereta api laju setelah siap lebih awal yang saya sebutkan tadi daripada Tanjong Pagar ke Keluang, dan juga daripada KL ke lpoh. Sudah tentu selepas ini selesai, maka kerajaan akan mempertimbangkan pula ke laluan-Ialuan yang lain termasuk ke Kota Bharu.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Pemah satu ketika dahulu kita mendengar bahawa satu kajian telah dibuat untuk membentuk atau memulakan projek kereta api daripada Kuala Lumpur ke Kuantan. Memandangkan wujudnya pembangunan yang begitu pesat, seperti koridor perindustrian

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

8 DN.6.8.1996

Pantai Timur dan sebagainya, adakah pihak kerajaan hendak meneruskan membina projek ini ataupun ianya terbengkalai begitu sahaja, dan berapakah kos perbelanjaan setakat ini yang kita gunakan bagi membelanjakan 'study', dengan izin.

Datuk Wira Mohd. Ali bin Mohd. Rustam: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, untuk laluan kereta api daripada Kuala Lumpur terus ke Kuantan masih dalam perhatian kerajaan, belum ada keputusan muktamad berkaitan perkara ini. Kosnya, oleh kerana masih lagi dalam pertimbangan dan perhatian, maka belum lagi dikira.

Tuan Yang di-Pertua: ltu jawapan yang paling selamat. [Ketawa] Yang Berhormat Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad.

Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad: Tuan Yang di-Pertua, saya pohon sedikit pembetulan, soalan saya yang ke-7, "apakah peranan ANGKASA", terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Oh, "peranan."

ANGKASA- PERANAN DAN RASIONAL PENUBUHAN

7. Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad minta Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi menyatakan apakah peranan ANGKASA yang boleh menguntungkan koperasi-koperasi yang ditubuhkan di negeri ini dan apakah rasionalnya ANGKASA ditubuhkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi [Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman]: Tuan Yang di-Pertua, ANGKASA adalah badan puncak bagi gerakan koperasi di Malaysia dan boleh memberi manfaat atau peranan kepada gerakan tersebut melalui, yang pertama, penggabungan yang berperanan mewakili gerakan koperasi secara kolektif dalam mana-mana perbincangan melibatkan kepentingan koperasi. Yang kedua, peranannya adalah mengembangkan pendidikan koperasi melalui program pendidikan, penerangan dan perkhidmatan.

Sesungguhnya penubuhan ANGKASA adalah penting dalam pembangunan gerakan koperasi di Malaysia berdasarkan peranan yang telah dan akan terus dijalankannya bagi menjaga kebajikan dan kepentingan gerakan koperasi keseluruhannya di negara ini.

Puan Hajah Rahaiah binti Baheran: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat berkenaan dengan perwakilan ataupun 'representation' gerakan koperasi negara di dalam negeri dan di luar negara sebelum dan selepas ANGKASA ditubuhkan.

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Apa soalan? Saya tak dapat soalan, Tuan Yang di-Pertua.

Puan Hajah Rahaiah binti Baheran: Minta penjelasan tentang keberkesanannya perwakilan tersebut, terutamanya di tahap antarabangsa?

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat yang bertanya sebenarnya dia "sudah gaharu cendana pula." Sesungguhnya Yang Berhormat adalah aktif dalam ANGKASA.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, sukacita saya menyatakan bahawasanya Ketua ANGKASA sendiri adalah terdiri daripada seorang tokoh yang sangat terkenal, iaitu Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz dan paling dihormati dalam bidang koperasi, bukan sahaja di nusantara ini, malahan di seluruh dunia. Tentunya apabila ANGKASA mewakili golongan koperasi dalam negara kita, dia diwakili oleh seorang tokoh yang cukup berpengalaman dan dihormati. Oleh itu, pada

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8 996 9 ----·------------------------------------------------~

pandangan saya cukup berkesan perwakilan ANGKASA di dalam negara ataupun di luar negara.

Tuan Yang di-Pertua: "Sudab gabaru cendan~ pula."

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambaban saya, akhir-akhir ini ramai abli Koperasi Usaha Bersatu tertanya-tanya bagaimana kedudukan Koperasi Usaba Bersatu? Jadi, kita dapat surat babawa Koperasi Usaba Bersatu dalam proses hendak dikorporatkan. Dalam masa yang sama abli-abli tidak dipanggil untuk mesyuarat agung. Jadi, oleh kerana ada kepentingan ramai rakyat di luar bandar, saya ingin mengetahui bagaimana kedudukan koperasi itu sebenar. Memandangkan dabulu lORIS sudab dijual, Kewangan Usaba Bersatu sudab jual, dan akhir-akhir ini DAMANSARA pun sudahjual. Yang tinggal apakab dia? [Ketawa]

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Yang tinggal hanya KUBB dan anggota-anggotanya. [Ketawa] Sesungguhnya, Tuan Yang di-Pertua, ....

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Saya bimbang, takut yang tinggalnya KUB, tambab 'UR' - kubur! {Ketawa]

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya, 'kubur' sudab lama kita mengalami banyak sangat, ingin saya menyatakan babawasanya walaupun tetkeluar sedikit daripada landasan soalan asal, tetapi proses KUB untuk dikorporatkan sedang dilaksanakan oleh KUB sendiri dan menghadapi sedikit permasalahan yang, insya-AIIab, akan diselesaikan oleh KUB dan tunggu sabajalab. Saya mempunyai keyakinan babawa KUB dapat menyelesaikan masalahnya dan akan dikorporatkan, insya-AIIab, dalam tahun ini ataupun awal tahun depan.

TENDER TERBUKA- KRITERIA

8. Tuan Isli bin Haji Siput minta Menteri Kewangan menyatakan:-

(a) bagaimanakab sistem sesuatu keputusan dibuat untuk menentukan sesuatu projek itu ditawarkan secara tender dan rundingan terus; dan

(b) apakab kriteria yang harus ada pada sesuatu kontraktor untuk layak mendapat tender secara rundingan terus dan siapakah yang menentukan ciri-ciri kelayakan sesuatu kontraktor untuk menikmati tender secara rundingan terus.

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan;

(a) Tatacara perolehan kerajaan adalah berpandukan kepada Araban Perbendabaraan dan Surat Pekeliling Perbendabaraan, dan ini berlandaskan kepada Araban Perbendabaraan 171.1, 181 A, 190A, iaitu semua perolehan bekalan perkhidmatan dan kerja yang nilainya melebihi RM50,000 hendaklab dipelawa secara tender terbuka. Pengecualian daripada menguruskan perolehan secara tender terbuka termasuk rundingan terus hendaklab mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. Sesebuab agensi boleh mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan sesuatu projek itu perlu ditawarkan secara rundingan terus dengan mengemukakan alasan­alasan yang munasabab.

(b) Rundingan terus merupakan proses perolehan yang hanya boleh dilaksanakan setelab mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. Agensi perlu memberi justifikasi kenapa rundingan terus hendak dilaksanakan. Bagi kontrak kerja, agensi boleh mengemukakan

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

10 DN.6.8.1996

cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk melantik sesebuah syarikat diberikan projek secara terus sekiranya projek tersebut perlu dilaksanakan segera. Perakuan jabatan hendaklah mengambil kira kepakaran syarikat tersebut merangkumi kerja dalam tangan, kelas dan bidang pendaftaran syarikat yang berkenaan.

Bagi kontraktor bekalan dan perkhidmatan pula, di antara kriteria yang dipertimbangkan ialah ia adalah sebuah syarikat pembuat tunggal bumiputera yang layak atau pengedar tunggal. Kementerian Kewangan akan membuat pertimbangan ke atas permohonan agensi secara bertulis yang memberikan justifikasi dan sokongan ke atas syarikat tersebut. Kelulusan akan diberikan setelah Kementerian Kewangan berpuas hati dengan justifJ.kasi yang diberikan itu.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, saya ingin mendapat penjelasan bagaimana dengan pengurusan projek secara 'turnkey' dan projek 'bot'?

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, projek secara turnkey dipertimbangkan sebagaimana yang saya kata tadi mengikut keadaan dan kehendak­kehendak tertentu. BOT pun sama juga mengikut kehendak-kehendak tertentu, iaitu jikalau ianya hendak dilaksanakan dengan cepat, ianya memerlukan teknologi yang unggul yang tidak ada oleh orang lain. Kalau ianya diperlukan, maka akan dipertimbangkan.

Tuan Ng See Tiong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah pihak kementerian sedar bahawa kontraktor-kontraktor yang dapat tender sesebuah projek itu disubkontrakkan kepada kontraktor-kontraktor yang lain dengan mendapat keuntungan 10% dan mengakibatkan bahawa projek-projek yang dikehendaki itu tidak memuaskan dan tidak mendapat mutu yang dikehendaki?

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, mana-mana projek yang tidak memuaskan adalah dikenakan penarikan balik tender itu ataupun dikenakan denda-denda, ataupun syarikat yang berkenaan itu disenaraihitamkan daripada mengambil bahagian di dalam kontrak-kontrak kerajaan.

Mengenai dengan subkontrak, tidak ada salahnya untuk sesebuah syarikat memberi subkontrak kepada syarikat lain tetapi bukan kepada keseluruhannya, kepada kerja-kerja subkontrak yang tertentu. Tetapi jikalau kita dapati bahawa subkontrak itu adalah satu perlakuan yang menjual kontrak itu, kita akan mengambil perhatian dan syarikat itu akan ditentukan bahawa ianya tidak akan dilayan di dalam kontrak-kontrak akan datang.

SUBSIDI BAJA PADI- CARA PEMBAHAGIAN

9. Tuan Haji Abdul Salam bin Awang minta Menteri Pertanian menyatakan adakah lagi subsidi baja padi diberi kepada petani-petani. Kalau ada cara mana dibahagikan dan siapakah yang bertanggungjawab di atas pemberian subsidi berkenaan.

Timbalan Menteri Pertanian (Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini skim subsidi baja padi (SSBP) masih diteruskan dan subsidi baja padi masih diberikan kepada petani-petani yang mengusahakan sawah. Di bawah skim ini baja padi diberikan kepada petani-petani yang berdaftar dengan pertubuhan peladang kawasan (PPK) dan yang mempunyai sawah seluas 6 ekar dan ke bawah.

Skim subsidi baja padi dilaksanakan melalui kontrak antara kerajaan yang diwakili oleh Kementerian Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAF AS). Melalui kontrak ini NAF AS bertanggungjawab terhadap pelaksanaan skim subsidi baja

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 11

padi dari segi pengendalian baja secara langsung sehingga sampai ke gudang-gudang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) kecuali bagi PPK kawasan Mada. Bekalan baja kepada PPK di kawasan Mada adalah diuruskan oleh Syarikat Pertubuhan Peladang Mada (SPPM). PPK bertindak sebagai penyimpan stok baja dan juga bertanggungjawab mendaftar dan mengedarkan baja subsidi ini kepada petani-petani yang Iayak. Kini terdapat 265 buah PPK dan jumlah petani yang terlibat kira-kira 300,000 orang manakala kawasan sawah yang terlibat kira-kira 500,000 hektar. Di samping Kementerian Pertanian dan beberapa agensi di bawah Kementerian Pertanian termasuk juga Jabatan Pertanian, Mardi, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Bank Pertanian Malaysia juga bertanggungjawab merancang, mengurus, mengawal serta menyelaras perjalanan skim ini.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri Pertanian, adakah kerajaan akan melayan rungutan daripada penanam-penanam padi yang memohon supaya subsidi baja padi ditambah ataupun sekiranya kerajaan bercadang untuk menghapuskan subsidi baja padi, apakah program substitute ataupun program lain yang akan dilaksanakan oleh kerajaan?

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Sehingga ini kementerian saya tidak bercadang untuk membatalkan subsidi baja padi. Subsidi baja padi akan diteruskan walaupun ianya setelah 17 tahun berlalu, bermula pada tahun 1979 lagi, dan manakala tambahan yang dipohon sehingga ini cadangan-cadangan yang diberikan oleh Mardi dan juga oleh agensi pertanian yang lain iaitu 6 kampit bagi satu ekar adalah agak sesuai iaitu 2 kampit baja urea dan 4 kampit baja campuran bagi luar daripada kawasan Mada agak masih sesuai dan akan diteruskan .....

Tuan Yang di-Pertua: Nanti, nanti sekejap ....

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Kapit ke kampit?

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Kapit.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak apalah, itu orang kata 'colloquial' daerahlah, di Terengganu panggil 'kapit' tetapi di sini panggil 'kampit'.

'kapit'.

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Kampit ataupun kapit... ..

Tuan Yang di-Pertua: Dato' di Kedah itu 'kapit' tu, pengapit agaknya.

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: ltu 'kapik'- k-a- p-i-k., ini

Tuan Yang di-Pertua: Baik, Tuan Haji Abdul Majid.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Baba: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sekali pun sekarang ini kerajaan ada memberikan subsidi baja-baja kepada petani-petani membuat sawah, adakah kementerian mengkaji mengapa petani meninggalkan sawah­sawah yang banyak terbiar sekarang. Bagaimana keadaan kajian, adakah sekarang ini difikirkan, kita tahu kerajaan hendak mengambil alih tanah-tanah yang terbiar mungkin termasuk sawah-sawah yang terbiar. Jadi, bagaimana kajian itu akan dibuat supaya petani­petani mahu semula untuk mengusahakan sawah-sawah ini kerana kita ada subsidi baja dan sebagainya.

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Sepanjang yang diketahui, kementerian saya telah membuat kajian sawah-sawah yang terbiar bukan di dalam perairan padi. Sawah­sawah yang terbiar ini hanya di sekitar kawasan luar daripada kawasan jelapang padi, jadi sebab itu agaknya tidak ekonomik. Hasil yang diperolehi hanya sekitar 2 tan hingga 3 tan

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

12 DN.6.8.1996

sahaja satu hektar sekali tuai sedangkan tanaman padi kalau tidak boleh dalam 4 hingga 5 tan, adalah tidak viable. Jadi, dengan sebab itu kementerian saya mencadangkan supaya semua tanah terbiar ini hendaklah dimajukan oleh badan-badan korporat, yang saya sebutkan tadi ladang korporat, supaya dapat digabungkan dan diurus secara estet dan kalau ini dapat dibuat, insya-Allah pengeluaran padi agak lebih viable lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Jadi Tuan Haji Abu Bakar, jangan terkeliru lagi antara 'sawah' dengan 'kawah' ya! Dia tersalah sebut ......

Tuan Haji Abu Bakar bin Ismail: Itu tidak Tuan Yang di-Pertua, ini kapit -ingat satu kawasan.

Tuan Yang di-Pertua: Ini sudah menjadi sesi bahasa pula.

PENSWASTAAN- BAY ARAN PERKHIDMA TAN TINGGI

10. Tuan M.G. Pandithan minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan sedar kebanyakan projek yang telah diswastakan cuma mementingkan keuntungan sahaja dan meninggikan kos perkhidmatan seperti telekom, tol, elektrik, IWK dan lain-lain perkhidmatan yang membebankan rakyat dan perbuatan seperti ini tidak menggalakkan hasrat kerajaan untuk melaksanakan 'Kempen Inflasi Sifar'.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Azmi bin Khalid]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat tanggapan bahawa perkhidmatan yang diswastakan cuma mementingkan keuntungan dan mengenakan kadar caj yang tinggi adalah satu tanggapan yang tidak tepat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penswastaan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu perkhidmatan bukan monopoli dan perkhidmatan monopoli semulajadi. Bagi penswastaan projek yang tidak bersifat monopoli, caj perkhidmatn ini akan ditentukan oleh kuasa pasaran. Bagi perkhidmatan yang bersifat monopoli pula seperti perkhidmatan telekomunikasi, pembetungan, lebuh raya dan bekalan air, kadar caj yang akan dikenakan adalah ditentukan oleh kerajaan dengan mengambil kira kepentingan semua pihak. Oleh itu soal syarikat mengenaikan caj yang tinggi adalah tidak seharusnya berbangkit kerana kadar yang dipersetujui oleh kerajaan adalah satu kadar yang munasabah dan mampu ditanggung oleh pengguna.

Didapati kekeliruan mengenai perkara ini seringkali timbul disebabkan kadar caj yang dikenakan tersebut dibandingkan dengan caj yang dikenakan semasa perkhidmatan berkenaan dikendalikan oleh kerajaan. Perbandingan ini adalah tidak sesuai dipakai kerana semasa perkhidmatan berkenaan dikendalikan oleh kerajaan caj yang dikenakan tidak mengambil kira keseluruhan kos bagi menyediakan perkhidmatan berkenaan. Ini bermakna kerajaan menanggung subsidi atau menyerap sebahagian daripada kos yang terlibat dengan menggunakan basil cukai yang dipungut oleh kerajaan. Dengan kata lain, semua pembayar cukai terpaksa menanggung subsidi kepada pengguna perkhidmatan berkenaan.

Melalui penswastaan, pihak syarikat akan mengenakan caj berasaskan dengan izin, full costing, yang kemungkinannya lebih tinggi sedikit daripada caj sebelum ianya diswastakan. Keadaan ini adalah lebih adil kerana pengguna wajar bersedia untuk membayar perkhidmatan pada kadar caj yang munasabah bagi mendapatkan perkhidmatan yang bermutu dan cekap tanpa mengharapkan subsidi daripada pembayar cukai.

Mengenai bahagian kedua soalan Ahli Yang Berhormat pula, kerajaan berpendapat penswastaan kemudahan awam seperti bekalan elektrik, telekomunikasi, perkhidmatan pembentungan dan lebuh raya tidak akan menjejaskan kempen kerajaan bagi mencapai inflasi sifar. Ini disebabkan kerajaan mempunyai mekanisma tertentu bagi mengawal harga kemudahan awam yang diswastakan tersebut supaya berada pada paras yang munasabah. Bagi industri yang bersifat monopoli, pihak syarikat tidak boleh

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 13

menaikkan kadar caj sesuka hati tanpa perlu mendapatkan kelulusan kerajaan terlebih dahulu.

Bahkan dalam kes-kes tertentu, sekiranya pengguna berpendapat caj yang dikenakan adalah tinggi, pengguna diberi pilihan untuk menggunakan kemudahan altematif. Sebagai contohnya, bagi lebuh raya, . kerajaan memberi kebebasan kepada pengguna untuk memilih sama ada menggunakan lebuh raya yang dikenakan tol atau menggunakan jalan altematif yang sedia ada.

Tuan M. G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah sebabnya syarikat-syarikat yang diswastakan menaikkan kadar caj oleh kerana syarikat­syarikat tersebut mengalami kerugian ataupun untuk menambah keuntungan?

Tuan Azmi bin Khalid: Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara yang membolehkan syarikat menaikkan caj. Pertamanya, ia mengikut perjanjian yang telah dibuat terlebih dahulu dengan kerajaan. Namun walaupun ada perjanjian tetapi peningkatannya itu tidak boleh dinaikkan sewenang sahaja. Ada banyak penswastaan yang kadangkala memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi untuk memberikan perkhidmatan yang bermutu. Kita sudah perhatikan seperti lebuh raya, perkhidmatan itu lebih maju dan bermutu berbanding dengan yang dahulu. Jadi, kebanyakan pengguna walaupun ia tidak perlu membayar tol dengan menggunakan jalan lama, tetapi lebih selesa dengan menggunakan jalan tol walaupun terpaksa membayar.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Tuan Yang di-Pertua, ...

Tuan Yang di-Pertua: Saya belum beri kebenaran. [Ketawa]

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Saya nampak lampu sudah menyala, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak apalah. Silakan. [Ketawa] Ini kena blackmail agaknya.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Minta maafTuan Yang di-Pertua, saya nampak lampu menyala, saya flkir Tuan Yang di-Pertua membenarkan saya bercakap. Soalan tambahan. Saya tertarik dengan penerangan yang diberikan tadi oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen bahawa dengan adanya penswastaan, maknanya syarikat­syarikat swasta terpaksa mengenakan bayaran-bayaran untuk menanggung keseluruhan kos yang terpaksa dibiayai. Padahal selama ini kos-kos ini dibiayai sebahagiannya oleh kerajaan mungkin melalui subsidi dan sebagainya. Daripada apa yang dijelaskan tadi, adakah berkemungkinan pada masa yang akan datang, bayaran cukai kepada rakyat terutamanya kepada rakyat yang berpendapatan rendah akan dikurangkan kerana kebanyakan daripada tanggungan kerajaan ini telah dipindahkan kepada usaha-usaha penswastaan ini?

Tuan Azmi bin Khalid: Tuan Yang di-Pertua, sememangnya dari segi cukai telah pun diperlihatkan menurun daripada 55% beberapa tahun yang lalu sekarang sudah turun kepada 30%. Begitu juga cukai bagi mereka yang berpendapatan rendah, sudah pun ada peringkat yang telah pun dihapuskan. Walau bagaimanapun, walau pun cukai dari segi kadar diperturunkan, pendapatan kerajaan meningkat. Ini sudah menunjukkan bahawa dari segi makro (menunjukkan) penswastaan memberi satu manfaat yang banyak bukan sahaja kepada masyarakat, bahkan kepada kerajaan, dan pihak swasta sendiri.

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA- PERANAN

11. Puan Hajah Rahaiah binti Baheran minta Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi menyatakan peranan yang dimainkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia di dalam

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

14 DN.6.8.1996

pendidikan anggota koperasi di tanah air. Minta penjelasan tentang semangat penubuhannya, sumber kewangannya, pencapaiannya dan rancangan masa depannya.

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Maktab Kerjasama Malaysia sebagai institusi Iatihan dan pendidikan koperasi mempunyai peranan memberi latihan dan pendidikan khususnya di bidang pengurusan koperasi kepada seluruh gerakan koperasi di Malaysia.

Bagi maksud tersebut, Maktab Kerjasama Malaysia mengadakan kursus dalam pengajian koperasi, program berkaitan peringkat diploma, menghasilkan bahan-bahan ilmiah dan buku-buku mengenai koperasi yang berkaitan dengannya dan menjalankan penyelidikan serta memberi khidmat nasihat koperasi.

Sejak tertubuhnya Maktab Kerjasama Malaysia, segala pembiayaan bagi pentadbiran maktab ini adalah daripada Tabung Amanah Pelajaran Koperasi yang berpunca dari pencaruman koperasi-koperasi. Dalam erti kata lain, Tuan Yang di-Pertua, maktab koperasi ini adalah dibiayai oleh anggota koperasi itu sendiri. Pencaruman ini pada permulaannya adalah dibuat secara sukarela, tetapi apabila maktab diperbadankan pada tahun 1968, koperasi-koperasi telah diwajibkan mengikut undang-undang membuat caruman sebanyak 2% daripada keuntungan bersih untuk tabung ini.

Selain daripada mengadakan latihan dan pendidikan serta menjalankan program Diploma Pengurusan Koperasi, maktab juga menjalankan kursus bersangkutan Sijil Pengurusan Koperasi di bawah program Malaysia Technical Cooperation Programme, kursus anjuran bersama dengan badan-badan antarabangsa, penghasilan bahan-bahan akademik, penyelidikan, aktiviti khidmat nasihat, penerbitan berkala dan usaha sama dengan institusi-institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

MKM telah mengatur beberapa rancangan jangka panjang bagi melengkapkan semua yang terlibat di dalam pengurusan koperasi ke tahap yang lebih mantap dan berkebolehan. Antara Iainnya:-

(i) menyediakan program latihan yang berkualiti hingga ke tahap ijazah melalui pendekatan terkini bersesuaian dengan perkembangan serta keperluan semasa;

(ii) mengembangkan lagi perkhidmatan MKM ke peringkat kawasan dan negeri dengan menubuhkan cawangan MKM;

(iii) mengadakan program latihan dan pendidikan jarak jauh (distance learning) atau dengan izin, open .)earning program untuk mengisi keperluan latihan bagi mereka yang tidak dapat datang ke maktab untuk berkursus atas sebab-sebab yang tertentu; dan

(iv) mengadakan program bersama dengan institusi latihan koperasi luar negara seperti Philips University Marburg, di Jerman atau University of Leicester, di United Kingdom.

Sementara itu, Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia iaitu Human Resource Development Committee, dengan izin, telah mencadangkan maktab mengadakan usaha sama dengan latihan koperasi negara-negara Asia dan Pasifik dalam berbagai bentuk:-

(i) program bersama (twinning) di tahap sijil, diploma atau ijazah;

(ii) program pertukaran peserta terbaik maktab;

(iii) program pertukaran tenaga pengajar;

(iv) penyelidikan;

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 15

(v) penerbitan.

Dan akhimya menjadikan MKM sebagai pusat pengajian koperasi dan maklumat koperasi terulung bagi rantau Asia Tenggara.

STESEN RADIO KOMUNIKASI - KOS PEMBINAAN

12. Tuan Hanipah bin Ahmad minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:-

(i) berapa buah stesen radio komunikasi dan aliran arus elektrik yang terdapat di seluruh negara dan berapakah kos bagi mendirikan stesen radiasi ini; dan

(ii) adakah stesen ini menjejas kesihatan penduduk setempat dan adakah kerajaan bercadang mengurangkan pembinaan stesen radiasi ini.

Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Dato' Chan Kong Choy]: Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini terdapat 3,221 stesen radio komunikasi yang memancarkan kuasa arus elektrik yang dibenarkan. Kos mendirikan stesen ini adalah dianggarkan dalam lingkungan RM30,000 hingga ke RMSO,OOO bergantung kepada lokasi, jenis dan kapasiti stesen.

Stesen-stesen ini tidak menjejaskan kesihatan penduduk setempat kerana kuasa pancarannya adalah rendah dan tidak melebihi had yang ditetapkan. Kerajaan sentiasa memastikan supaya semua pengusaha stesen radio komunikasi mengikuti garis panduan teknikal Jabatan Telekom dan peraturan-peraturan sedia ada seperti ditetapkan oleh majlis perbandaran dan kerajaan tempatan. Di samping itu, kerajaan juga menggalakkan pengusaha-pengusaha supaya berkongsi infrastruktur seperti ini untuk mengurangkan jumlah dan duplikasi infrastruktur telekomunikasi.

HARGA IKAN Dl PANT AI TIMUR- KA WALAN

13. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman minta Menteri Pertanian menyatakan:-

(a) apakah langkah-langkah segera yang patut diambil supaya harga-harga ikan di sekitar kawasan Pantai Timur terutamanya di Kuantan sebagai salah satu pengeluar ikan yang terkenal tidak menjadi lebih tinggi daripada harga ikan di Kuala Lumpur sehingga meningkatkan kos sara hidup dan juga inflasi di sekitar kawasan Pantai Timur; dan

(b) sila nyatakan jumlah lesen-lesen penangkapan ikan laut dalam yang telah dikeluarkan oleh kementerian mengikut syarikat dan individu dan adakah lesen-lesen ini mencukupi bagi mendaratkan ikan-ikan di negara kita. Jika tida, apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi menentukan punca ikan di negara kita terjamin dengan harga yang setimpal.

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua,

(a) untuk pengetahuan Ahli Yang Berhortnat, harga ikan di Kuantan adalah lebih rendah berbanding dengan harga ikan di Kuala Lumpur dan lain­lain bandar utama di Semenanjung. Sepanjang bulan Julai 1996, harga ikan di Kuantan adalah lebih rendah sebanyak 7.5% di peringkat borong dan 7.7% di peringkat runcit. Dalam tempoh yang sama juga, harga ikan di Kuantan lebih rendah sebanyak 25.7% di peringkat borong dan 17.8% di peringkat rune it berbanding dengan harga di pasar Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, kementerian telah dan sedang

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

16 DN.6.8.1996

mengambil beberapa langkah tertentu untuk menstabilkan harga ikan di seluruh negara.

Antara 1angkah-1angkah yang tersebut ia1ah:

(i) mewujudkan pasar raya ikan di se1uruh negara yang akan dikenda1ikan oleh Koperasi Pe1aburan Nelayan Malaysia Bhd.

(ii) penjualan ikan secara terus kepada pengguna oleh persatuan­persatuan nelayan melalui 159 pasar tani di seluruh negara.

(iii) membina rangkaian bilik sejuk di tempat-tempat strategik di seluruh negara untuk menyimpan stok ikan untuk mengatasi kekurangan bekalan ikan di musim-musim tertentu.

(b) Sehingga Mei 1996 sebanyak 531 lesen laut dalam telah dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian Malaysia kepada 65 buah syarikat dan 366 kepada individu. Pada masa ini berdasarkan kepada sumber perikanan yang sedia ada, bilangan lesen laut dalam di Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia adalah mencukupi untuk memastikan sumber-sumber perikanan di perairan tersebut diterokai pada tahap yang maksimum.

Oleh kerana jawapan saya ini agak panjang, saya akan berikan kepada Yang Berhormat dengan statistik-statistik yang agak lengkap.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, panjang sangat jawapan itu.

AKTA PENDIDIKAN- PENGUATKUASAAN

14. Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail minta Menteri Pendidikan menyatakan dengan penguatkuasaan Akta Pendidikan yang baru diluluskan terutamanya yang melibatkan penswastaan IPT:

(a) sejauh manakah jaminan peluang belajar dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang Iebih tinggi dalam sistem terbuka kepada semua rakyat khasnya bumiputera dan go Iongan yang tidak mampu; dan

(b) bagaimanakah sistem pengawasan perlaksanaan kurikulum dapat diselaraskan dari segi keperluan, kualiti mengikut arus perkembangan ke arah matlamat Wawasan 2020.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada prinsipnya kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam tempatan adalah berdasarkan kecemerlangan akademik dan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. lanya tidak berdasarkan kepada kedudukan kewangan, agama atau bangsa seseorang calon itu. Setelah IPT tempatan dikorporatkan nanti, kriteria kecemerlangan akademik akan tetap menjadi faktor utama pemilihan untuk kemasukan ke IPT tempatan.

Sehubungan ini, kerajaan akan memastikan supaya kadar yuran pengajian adalah munasabah dan skim pinjaman yang sesuai diwujudkan untuk membolehkan setiap pelajar yang memperolehi tempat belajar di IPT dapat terus melanjutkan pelajaran mereka tanpa terhalang oleh kerana ketiadaan wang.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996

(b)

17

Di peringkat IPT awam, penyediaan kurikulum bagi sesuatu kursus atau program akademik yang baru adalah diselaraskan oleh sebuah Lembaga Pengajian yang akan meneliti kesesuaiannya.

Ahli yang menganggotai Lembaga Pengajian tersebut adalah terdiri daripada tokoh-tokoh dan pakar-pakar terkemuka dalam sesuatu bidang itu dan dengan cara ini dapat menyumbang untuk memastikan program akademik terus relevan dan sesuai dengan kehendak pasaran dan negara.

Program akademik ini juga diwajibkan supaya dikaji semula setiap lima tahun sekali dan jika perlu diubahsuai setiap kali terdapat perubahan terutamanya bagi kursus-kursus yang berbentuk sains dan teknologi, yang sentiasa perlu relevan dan terkini mengikut perkembangan kemajuan teknologi dalam sesuatu bidang.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ada menyebutkan bahawa peluang untuk pelajar-pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi adalah bergantung kepada kecemerlangan pelajar-pelajar itu.

Kerajaan harus sedar bahawa murid-murid yang cemerlang adalah daripada sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan yang cukup. Kalau begitu dasamya ini bermakna peluang kepada pelajar-pelajar daripada luar bandar yang serba kekurangan akan menjadi lebih kecil lagi. Apakah program khusus yang dibuat oleh kerajaan ke arab mengatasi masalah ini?

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Tuan Yang di-Pertua, saya katakan tadi pada prinsipnya cara kemasukan pelajar kita adalah berdasarkan kepada kecemerlangan. Kita sedar tentang keadaan dan suasana yang menyelubungi pelajar­pelajar kita di kawasan-kawasan luar bandar terutama sekali dari segi hendak membolehkan mereka itu menonjol dan berjaya lagi di dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang penting seperti matematik, sains, bahasa Inggeris dan lain-lain.

Pada peringkat mereka yang sampai untuk memohon institusi pengajian tinggi, saya suka menegaskan bahawa dari segi Kementerian Pendidikan, kita sentiasa meneliti akan keseluruhan senario ini dan kita tidak cuai dalam memastikan luang dan ruang untuk ditampung keperluan-keperluan pelajar-pelajar daripada kawasan-kawasan luar bandar.

YEN JEPUN - PERTUKARAN NILAI

15. Tuan Tan Son Lee minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan sebab pertukaran nilai Yen Jepun sudah turun, tetapi harga barang yang diimport dari negara itu atau harga barang buatan tempatan yang bergantung kepada bahan import dari negara itu tidak turut diturunkan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri (Tuan Kerk Choo Ting): Tuan Yang di-Pertua, penurunan nilai mata wang Yen, berbanding Ringgit adalah disebabkan oleh perkembangan-perkembangan dalam pasaran mata wang antarabangsa.

Dalam tempoh akhir bulan Disember 1995 dan 23 Julai 1996, nilai Ringgit telah naik sebanyak 6.3% berbanding Yen. Perubahan-perubahan dalam nilai mata wang adalah satu fenomena yang biasa berlaku di pasaran mata wang antarabangsa yang dinamik.

Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan barangan yang diimport daripada Jepun merupakan barangan pelaburan dan perantaraan untuk industri pembuatan seperti jentera dan alat pengganti komponen elektronik. Barangan ini diimport oleh syarikat tempatan,

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

18 DN.6.8.1996

yang kebanyakannya merupakan anak syarikat atau syarikat agensi kepada syarikat gergaji di Jepun. Mereka mengamalkan peraturan perolehi tersendiri dalam kumpulan syarikat mereka, di mana penetapan harga tidak semestinya tertakluk kepada pergerakan nilai Yen semasa.

Bagi pengeluar-pengeluar lain, misalnya PROTON yang tidak terikat dengan peraturan perolehan berkumpulan antara syarikat induk, anak syarikat, kesan penurunan nilai Yen diambilkira dalam merumuskan strategi pemasaran dan penetapan harga barangan keluaran mereka. Sarna ada harga barangan mereka akan menurun bergantung kepada faktor-faktor penentu, seperti tahap persaingan di pasaran dan kekuatan kuasa kumpulan pembeli. Dengan demikian, adalah diperhatikan bahawa perubahan dalam harga barangan tidak bergantung semata-mata kepada perubahan dalam kadar pertukaran mata wang asing sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa untuk pengetahuan bersama, memandangkan ada beberapa pihak bertanya tentang kedudukan Dewan ini, saya ingin menyatakan tentang Setiausaha Dewan ini. Saya ingin menjelaskan bahawa sejak lhb. Januari lepas, kita tidak mempunyai setiausaha, sejak Tuan Haji Mohamad Salleh bersara pada 31hb Disember. Encik Abdullah bin Abdul Wahab hanya menjalankan tugas sebagai Setiausaha.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Mulut.

{Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 16 hingga 56 akan dijilid dalam buku yang berasinganj

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang". {Shb. Ogos 1996/

Tuan Yang di-Pertua: Dato' Abdul Aziz sila sambung perbahasan.

3.38 ptg.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana dapat memberi saya peluang untuk menyambung perbahasan dalam Rang Undang­undang Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996

Seperti yang saya nyatakan semalam, dengan wujudnya Lembaga Getah Malaysia yang merangkumi dan menyelaraskan kerja-kerja yang dibuat oleh dua, tiga badan yang dirangkumi nanti, kita mengharapkan kegiatan di dalam industri getah ini akan terus meningkat dan dijadikan sebagai salah satu punca pendapatan negara.

Saya meninjau dari segi laporan yang dibuat oleh kementerian dan mendapati setakat ini dalam bidang getah ini kita rasa keupayaan kita untuk lebih proaktif masih lagi luas. Saya menginsafi bahawasanya industri getah berdepan dengan satu masalah yang besar, terutama dari segi sistem penorehan untuk hendak mengalirkan getah daripada pokoknya setiap pagi.

Kita diberitahu aktiviti huluan ini, sistem penorehan ada dua metodologi telah dibuat, iaitu sistem penorehan 'rrimflow' (r-r-i-m-f-1-o-w) dan sistem penorehan 'reactorim' dan kita dapati dengan wujudnya sistem ini berkemungkinan jumlah penoreh-

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 19

penoreh getah yang kini amat berkurangan dan diisi pula oleh mereka yang diimport daripada luar negara dapat terus menentukan pengeluaran getah kita meningkat.

Tetapi sistem baru ini, setakat ini masih belum dapat diperluaskan, sehingga tahun 1995 kita dapati yang menggunakan sistem penorehan reactorim hanya 819 hektar dan FELDA menggunakannya menerusi 13 skim pekebun kecil 4 kawasan. Jadi, bagaimanakah dengan sistem yang wujud ini tidak dapat diperluaskan, saya pun tak tabu dan bagaimana kita dapati mengatasi sistem penorehan getah yang baru ini untuk hendak mengatasi masalah kekurangan penoreh-penoreh, itu1ah menyebabkan ianya merumitkan industri getah.

Saya juga ingin menyarankan kepada lembaga yang baru ini, yang kita hendak tubuh ini supaya meluaskan lagi pandangan dan skop kegiatan industri getah. Kalau sekiranya susu getah tidak hanya merupakan punca yang boleh dibanggakan selaras dengan apa yang kita usahakan, saya amat tertarik pula dengan jenis pokok getah yang baru ini, di mana susu getah tidak sangat diutamakan tetapi yang lebih penting ialah dari segi kepaduan pokoknya. Dari segi metrik tan balak ataupun isi padu kayu yang dapat dihasilkan oleh jenis-jenis pokok getah yang baru.

Jadi, memandangkan dunia sekarang ini memerhatikan kepada negara kita dan negara-negara tropika di mana rain forest, menjadi target, menjadi sasaran kritikan negara­negara maju. Saya yakin dan percaya kalau sekiranya kita dapat berusaha memperluaskan lagi penanaman klon baru ini, getah yang boleh mengeluarkan susu yang sedikit tetapi kayu yang besar-besar, dapat kita gunakan untuk mengambil alih kayu-kayu balak yang kini berkurangan di negara kita. Jadi, ladang-ladang getah baru ini nanti merupakan ladang­ladang kayu getah yang boleh digunakan untuk dijadikan industri hiliran seperti hendak membuat kerusi meja dan sebagainya.

Lembaga Getah Malaysia ini juga sepatutnya mengambil alih kerja-kerja yang dibuat oleh FRIM misalnya yang bersangkut-paut dengan kayu-kayu getah, kalau sekiranya wujudnya penyelidikan yang begitu baik di dalam lembaga getah yang sedia ada sekarang ini, kita mengharapkan mereka dapat memperluaskan lagi penyelidikannya ke arab menentukan jenis kayu-kayu getah ini dan kegunaan-kegunaannya.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam hal penyelidikan dan pembangunan juga, saya difahamkan setakat ini kita masih lagi mempunyai pusat-pusat penyelidikan getah Malaysia di England, di UK dan di tempat-tempat lain, biro-biro yang seperti ini diwujud juga di negara-negara lain. Jadi, untuk menentukan supaya khazanah keilmuan industri getah ini hanya dapat bertumpu di-negara kita, saya hendak mengesyorkan supaya kita menarik balik institusi-institusi ini untuk terus bertapak di negara kita, tak payahlah kita membiayai saintis-saintis di UK dan sebagainya untuk hendak mengkaji hal getah kita. Getah kita ini kita punya, kita mempunyai pakar dari segi 'Rubber Research Institute' dan sebagainya, sepatutnya kita wujudkan sahaja, membesarkan sahaja aktiviti penyelidikan di negara kita, dan tak perlu lagi kita bergantung paut dengan saintis-saintis daripada UK, Amerika dan sebagainya. Kalau mereka hendak bekerja, kalau mereka mempunyai kepakaran, mereka bermastautinlah di sini untuk sementara waktu sehinggakan orang tempatan dapat mengambil alih. Saya yakin dan percaya banyak saintis-saintis kita pun diberikan peluang untuk mengkaji di UK dan elok sangat mereka ini pulanglah ke sini, kita pindahkan segala infrastruktur penyelidikan di UK dan tempat-tempat lain berpusat di Kuala Lumpur atau di Kuantan ataupun di Kota Kinabalu tidak kiralah, asalkan ianya di dalam sempadan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, inilah perkara-perkara yang ingin saya sentuh kerana saya yakin dan percaya, sungguhpun industri getah kini hanya mampu mengeluarkan bentuk eksportnya dari segi jumlah yang tinggi kalau dibandingkan dengan pengeluaran basil pertanian yang lain iaitu RM3.277 bilion tahun 1994 dengan menggunakan 260,000 metrik

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

20 DN.6.8.1996

tan getah di negara kita, saya yakin dan percaya dengan wujudnya lembaga yang baru ini, yang lebih dinamik dapat kita tingkatkan lagi hasil pengeluaran susu getah, kayu getah dan barang-barang hilirannya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Tuan M.G. Pandithan. Sudah lama tidak dengar suara, silakan.

3.45 ptg.

Tuan M.G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang untuk menyentuh satu dua perkara atas Rang Undang-undang Lembaga Getah Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, di dunia Malaysia ataupun Malaya dahulu, lebih popular dengan getah dan bijih timah. Walaupun negara kita dianugerahkan dengan pelbagai sumber asli tetapi getah dan bijih timah telah menjadi Iebih popular. Pada satu ketika, getah dan bijih timah telah membantu ekonomi negara kita dan kita telah bergantung banyak kepada getah dan bijih timah. Hari ini corak ekonomi negara kita banyak berubah dan getah dan bijih timah menjadi kurang popular.

Begitu juga masyarakat India, getah menjadi sebahagian besar dalam kehidupan masyarakat India, susu getah boleh diibaratkan darah masyarakat India kerana pada satu masa dahulu, semua penoreh getah adalah terdiri dari golongan keturunan India. Tidak boleh dinaflkan masyarakat India lebih dikenali sebagai orang estet, ini kerana estet-estet telah menjadi tempat lahir ataupun 'roots', dengan izin, kepada masyarakat India. Generasi demi generasi telah mengorbankan bukan sahaja segenap usaha dan tenaga kepada industri getah, ramai dari mereka lahir dan mati di estet juga. Kepada mereka, estet bukan sahaja rumah tetapi dunia, seperti getah menjadi kurang popular di segi ekonomi, masyarakat India terutamanya orang-orang estet menjadi tidak penting Iagi, ini kerana sudah ada pekerja-pekerja asing dari Bangladesh, Pakistan dan Indonesia. Majikan-majikan menggunakan situasi ini dan mengeksploitasikan pekerja-pekerja estet dan banyak penganiayaan dilakukan oleh majikan. Ini adalah satu dosa, a simple act, dengan izin, dilakukan oleh majikan kepada orang yang banyak berjasa kepada negara kita, berkorban nyawa kepada estet.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap majikan-majikan estet, dulu semasa zaman penjajahan British, majikan-majikan panggil orang estet 'anjing', tetapi majikan-majikan estet yang terdiri daripada Malaysian sekarang menganggap mereka sebagai 'anjing'.

Tuan Yang di-Pertua: Anjingjuga?

Tuan M.G. Pandithan: Anjing juga, tetapi Tuan Yang di-Pertua, the British called the estate workers 'dogs', but the Malaysians who becomes the management treat the estate workers as 'dogs'.

Tuan Yang di-Pertua: Oh, satu panggil, satu layan!

Tuan M.G. Pandithan: Panggil juga, tetapi satu menganggap ataupun ....

Tuan Yang di-Pertua: Melayan sebagai 'anjing'!

Tuan M.G. Pandithan: Melayan sebagai anjing. Tuan Yang di-Pertua, negara kita ke arah Wawasan 2020, ini bermakna negara kita akan menjadi negara industri di dunia. Perindustrian dan pembangunan sudah pun mula untuk merealisasikan matlamat yang dihasratkan di dalam Wawasan 2020. Banyak kawasan estet telah pun dimusnahkan untuk perindustrian dan perumahan dan pekerja-pekerja estet tersebut menghadapi pelbagai masalah, masalah perumahan, ekonomi dan sosial. Adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan majikan-majikan yang terlibat di dalam perindustrian dan pembangunan

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 21

supaya masalab pekerja-pekerja estet diselesaikan dengan perumaban altematif atau alternative accomodation, dengan izin.

Saya harap Lembaga Getab Malaysia yang diwujudkan mengambil kira segala aspek dan berusaba dengan gigih dan dengan menggunakan pengalaman dan peluang dan mengatasi segala perjuangan dan cabaran dengan sebaik-baiknya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mabathir, Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi dan sanjung tinggi supaya menggelarkan ataupun memberi gelaran "Tun" posthumous kepada Mendiang P.P. Narayanan untuk menghormati jasa beliau kepada industri getab dan pekerja-pekerja estet. Beliau telab mengorbankan segenap tenaga beliau kepada pekerja-pekerja estet dan getab.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri, saya menyokong Rang Undang­undang ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Haji Abdul Majid.

3.51 ptg.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Baba: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil peluang untuk bercakap berhubung dengan pindaan Rang Undang-undang Lembaga Getab 1996.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini kita ketabui babawa getah hasil pengeluaran yang besar negara kita termasuklab yang disebutkan oleh rakan saya tadi iaitu bijih timab dan sebagainya tetapi pada akhir-akhir ini kita tabu babawa getab-getab atau kebun-kebun getab yang telab diusabakan oleh pihak Risda dan pekebun-pekebun kecil begitu banyak sekali tanab-tanab ini tidak mengeluarkan hasilnya. Pada hal, harga getab cair latex begitu baik sekali, jadi, sepatutnya kerajaan mengkaji atau hila Jembaga ini diwujudkan akan mengkaji keadaan-keadaan ini supaya penoreh-penoreh ini dapat berminat semula untuk mengeluarkan hasil-hasil getab yang begitu banyak kebun yang tidak ditoreh.

Tuan Yang di-Pertua, kita tabu babawa kerajaan telah mengeluarkan banyak belanja iatiu menggunakan RRl dan juga Lembaga Pembangunan dan Penyelidikan Getab. Hasilnya kita tabu adalab tidak begitu memuaskan. Maksudnya, tidak dapat menghasilkan cara mana pengeluaran getab itu- ada sedikit-sedikit sahaja iaitu cara menoreh (injection) ataupun cara menoreh dengan menggunakan pabat yang ada bateri. Yang saya tabu, dengan cara ini, pabat-pabatnya adalab begitu mabal sekali. Petani-petani dan pekebun-pekebun kecil tidak berupaya untuk membeli alat-alat tersebut. Jadi, kajian ini belum Jagi sampai ke tabap yang diharapkan oleh pekebun-pekebun kecil.

Selain daripada itu kita tahu babawa akhir-akhir ini ada suara-suara ataupun berita yang mengatakan bahawa bantuan pekebun kecil melalui RISDA akan diberhentikan atau dihapuskan. Kalau ini berlaku dan kalau ini berterusan serta tidak ada bantuan kepada pekebun-pekebun kecil, bagaimana pekebun-pekebun kecil hendak memulihkan tanah­tanab mereka? Saya difabamkan, mereka digalakkan untuk memulihkan kebun tanam semula ini dengan meminjam wang daripada bank ataupun institusi kewangan. Kalaulah ini berlaku, maka banyaklab tanab-tanab pekebun kecil akan tergadai dan akan dilelong kerana kita ketabui babawa sedangkan bantuan yang diberi melalui pihak Risda atau dibantu oleh kerajaan banyak tanab-tanab yang gaga! diusahakan oleh pekebun-pekebun kecil. Pekebun kecil masih lagi mengharapkan kepimpinan, bantuan dan galakan daripada kerajaan dan bantuan yang ada sekarang ini patutlab diteruskan. Jadi, kita tabu babawa getah asli, sekali pun getah tiruan yang banyak dicipta oleh saintis di negara kita, tetapi tidak boleh mengatasi getab asli yang telab pun wujud ataupun ada dalam negara kita.

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

22 DN.6.8.1996

Tuan Yang di-Pertua, kalau mengikut laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan yang saya dapati bahawa segala perbelanjaan yang dibelanjakan oleh RRI atau bantuan yang diberi kepada pekebun kecil datangnya adalah dari wang ses iaitu wang penjualan getah negara kita. Jadi, sekarang ini banyak perubahan telah berlaku. Maksudnya ialah getah tidak begitu diminati lagi, sudah banyak pekebun kecil menanam pokok-pokok kelapa sawit. Tanaman sawit telah pun banyak - diubah daripada penanaman getah kepada penanaman sawit. Saya berpendapat bahawa patutlah kerajaan mengkaji keadaan ini dan penanam-penanam kelapa sawit, pekebun-pekebun kelapa sawit juga patut dikenakan wang ses supaya wang ses ini dapat membantu pekebun-pekebun kecil untuk mengendalikan tanaman kelapa sawit mereka pada masa-masa yang akan datang. Kalau getah kita boleh mendapatkan wang ses, tidak salah kita mendapatkan wang ses daripada penanam-penanam kelapa sawit. Jadi, saya rasa, patutlah kerajaan mengkaji keadaan tersebut bagi mengadakan wang ses sebagaimana diadakan wang ses daripada pekebun­pekebun getah.

Selain daripada itu, dari jumlah ses yang telah disumbangkan dan telah dikutip pada tahun 1995 - sebanyak RM30,590,380.00. Jadi, kalau sekiranya wang ses ini, pada tahun 1995 kita boleh dapat sebanyak RM30 juta, mungkin pada satu ketika nanti, pekebun-pekebun kecil ini tidak mengeluarkan getah, tentulah berkurangan wang ses yang akan didapati. Jadi, sepatutnya untuk mendapatkan wang ses ini, kita mengkaji pekebun­pekebun kecil sama ada buruh-buruh daripada luar negeri yang datang ke negara kita ini, kita galakkan untuk dapat mengusahakan tanah-tanah dan kebun-kebun getah yang tidak bertoreh itu dapat dikeluarkan hasilnya.

Tuan Yang di-Pertua, hila saya membaca Rang Undang-undang ini, iaitu berhubung dengan RRI - Lembaga Pembangunan dan Penyelidikan Getah akan dimansuh dan digantikan dengan Lembaga Getah. Oleh itu lembaga ini mestilah menepati kehendak pekebun-pekebun kecil pada masa yang akan datang. Sekarang ini banyak tanah-tanah telah pun berubah keadaannya, iaitu daripada getah dijadikan perumahan. Tanah-tanah getah sekarang ini hendak diubah dengan tanaman-tanaman pokok sentang ataupun pokok balak (yang dinamakan pokok sentang) dan lain-lain lagi. Jadi, kita mengharapkan Lembaga baru ini yang menggantikan badan-badan yang akan dimansuhkan ini akan dapat menentukan corak acuannya kepada pekebun kecil yang lebih berjaya lagi.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya menyokong Rang Undang-undang ini. Sekian. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Haji Abu Bakar, saya berharaplah supaya kita bertumpu kepada bentuk Lembaga ini, peranan pengurusan, kewangan dan juga tanggungjawab yang dimainkan oleh badan baru yang akan diperbadankan selepas Akta ini diluluskan melalui Dewan Negara. Tuan Haji Abu Bakar Ismail, sila.

4.00 ptg.

Tuan Haji Abu Dakar bin Haji Ismail: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Lembaga Getah Malaysia Perbadanan 1996, dan saya turut menyokong rang undang-undang ini. Bagi saya, rang undang-undang ini adalah sangat penting di dalam melakukan proses reformasi perindustrian getah. Saya Jebih suka memanggil secara ringkas Lembaga Getah Malaysia ini dengan perkataan "legam" sesuai dengan getah itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua: Legam.

Tuan Haji Abu Dakar bin Haji Ismail: Dan sesuai dengan orang yang terlibat dalam sektor itu. Minta maaf. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, ...

Tuan Yang di-Pertua: Tuan M.G. Pandithan, setuju tidak dia panggil Jegam sahaja.

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 23

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Mungkin Yang Berhonnat tak tahu maksud, tak mengapalah.

Tuan Yang di-Pertua: Biar tak tahuya.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, seperti Tuan Yang di-Pertua sebut tadi, saya akan menumpukan perbahasan saya ini berdasarkan struktur rang undang-undang itu sendiri, iaitu rang undang-undang ini mengandungi 75 fasal yang dibahagikan kepada 9 bahagian. Saya ingin menyebut kembali berkenaan dengan objektifrang undang-undang ini, iaitu:

(a) untuk memajukan dan membangunkan industri getah Malaysia; dan

(b) untuk memajukan objektif, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri getah Malaysia yang teratur.

Dua objektif ini diikuti pula dengan bahagian-bahagian lain, iaitu perkara yang saya akan sentuh ialah berkenaan fasal 4, Fungsi dan Kuasa Lembaga.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhonnat, minta berhenti sebentar. Ahli-ahli Yang Berhonnat menurut peraturan yang relevan, saya dengan honnatnya menjemput Tuan Ding Seling mempengerusikan Majlis.

[Tuan Ding Seling tidak masuk ke Dewan]

Saya ingat sudah ada signal dia ada. Teruskan, Yang Berhonnat.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, gangguan ini menyebabkan saya sudah hilang teks susunan.

Tuan Yang di-Pertua: Tetapi orang berpengalaman macam Yang Berhonnat, hilang sekejap pun boleh lagilah. Bukan macam TV, gangguan gambar sementara kadang­kadang lama gangguan itu. Yang Berhonnat boleh teruskan.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh berkenaan dengan perkara-perkara pokok yang berkaitan dengan rang undang­undang ini, iaitu di dalam Fasal 4 berhubung dengan fungsi lembaga ini yang terdapat 14 fungsi yang tak payah saya baca sebab banyak. Kemudian bersangkut dengan 'Lembaga hendaklah mempunyai kuasa.' Kuasa-kuasa yang diberi kepada lembaga ada 11 di dalamnya. Selepas itu, keanggotaan lembaga ini .....

Tuan Yang di-Pertua: Kena ganggu lagi sekali. Ahli-ahli Yang Berhonnat menurut peraturan yang relevan, ......

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Saya kurang senang, Tuan Yang di­Pertua, dengan gangguan yang tak perlu itu.

Tuan Yang di-Pertua: ..... saya dengan honnatnya menjemput Yang Berhonnat Tuan Ding Seling mempengerusikan Majlis. Bukan gangguan tak perlu, tetapi perlu. Sila.

[Tuan Ding Seling mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Ding Seling: Sila teruskan, Yang Berhonnat.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana ambil alih, dan saya harap selepas ini tidak ada banyak gangguan lagi.

Tuan Ding Seling: Tidak adalah. Sila

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Fasal 5, iaitu keanggotaan lembaga, dan di dalam ini ada 12 anggota lembaga yang terdiri daripada pihak-pihak yang tertentu. Satu perkara lagi yang pada pendapat saya

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

24 DN.6.8.1996

penting ialah bahagian 5 yang bersangkut dengan Fasal 34 iaitu kewangan. Inilah perkara­perkara pokok yang pada pandangan saya perlu diberi perhatian apabila rang undang­undang ini diluluskan nanti. Seperti yang telah disebut oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat tadi, bahawa sektor perladangan getah ini, industri getah ini pada suatu masa dahulu apabila kita pergi belajar di sekolah, sudah tentulah kita kena belajar Geografi ataupun Ilmu Alam, di mana salah satu tajuknya bersangkut dengan perladangan getah Malaysia. Kita tidak harus lupa bahawa ekonomi Malaysia pada peringkat awal terutama apabila kita mencapai kemerdekaan, banyak bergantung kepada sektor bijih timah dan getah. Ini merupakan sumbangan ataupun sumber utama kepada negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok sejarah berkenaan dengan industri getah dan bijih timah ini, sudah tentu kita tidak boleh menaftkan bahawa ianya mempunyai kaitan dengan komposisi rakyat Malaysia yang ada pada hari ini, iaitu tidak ada siapa yang dapat menaftkan pembangunan sektor-sektor bijih timah dan getah ini adalah muslihat penjajah yang datang ke Malaysia dahulu di mana mereka sendiri sudah nampak kepentingan bijih timah dan getah itu dari segi hendak mengaut kekayaan di negara kita. Oleh sebab itu, mereka sedar bagaimana hendak membangunkan sektor bijih timah dan getah ini, dan dengan itu mereka terpaksa membawa masuk orang-orang yang berminat yang boleh membantu dari segi hendak membangunkan sektor itu, yang mana kita tidak boleh naftkan di sektor bijih timah, penjajah terpaksa membawa masuk pendatang­pendatang, saya minta maaf, keturunan orang-orang Cina, dan dalam sektor perladangan getah pula, penjajah terpaksa bawa masuk orang-orang keturunan Tamil daripada mana itu saya tak mahu sebut.

Jadi, dengan itu maka kita sudah tentulah mendapati orang-orang ini terlibat di dalam sektor-sektor ini. Orang-orang tempatan pada masa itu terlibat dalam kegiatan aktiviti seperti biasa. Ini sejarah yang kita tidak dapat menaftkan, itu reality.

Tuan Yang di-Pertua, bila kita bincang berkenaan penubuhan lembaga ini, atau undang-undang ini, kita tidak boleh membahaskan dalam konteks satu-satu aspek. Kita mesti cakap secara global, secara menyeluruh yang semata-mata dari segi membangun industri getah yang boleh memberi kepentingan kepada ekonomi negara dan pihak yang benar-benar terlibat dalam sektor berkenaan. Ini penting. Kadang-kadang kita terlupa, kita ubah berbagai-bagai akta, kita ubah, kita pinda, kita bawa masuk, tetapi dari segi pelaksanaan, dari segi konsep, kadang-kadang ada pihak-pihak yang tertentu 'bila lurus jarum, luruslah kelidan.' Bermaknanya ada pihak-pihak yang memikirkan dari aspek apa manfaat keuntungan pihak-pihak tertentu yang boleh mereka dapati daripada satu rang undang-undang yang dipinda. Misalannya, sekarang ini sektor getah, kerajaan telah membelanjakan wang yang begitu banyak. Tetapi adakah manfaat perbelanjaan wang kerajaan itu betul-betul dapat membantu sektor ekonomi negara dan membantu pekebun­pekebun kecil, penoreh-penoreh getah, orang-orang yang terlibat dengan perusahaan mengeluarkan basil getah. Ini yang penting.

Kita tidak menaftkan bahawa dasar ekonomi kita sekarang ini adalah dasar terbuka. Orang yang mempunyai wang, yang mempunyai keupayaan, yang melabur, sudah tentu mereka mengharapkan pulangan basil daripada pelaburan. Tetapi kalau ianya sudah jadi bentuk monopoli ataupun bentuk orang yang kaya akan menjadi lebih kaya dan boleh menindas pihak-pihak tertentu supaya mengusahakan bidang-bidang yang mereka labur itu supaya menjamin kekayaan mereka, keuntungan yang mereka dapat akan sentiasa terjamin. Pada hal kebajikan sosial pihak-pihak yang terlibat itu mungkin kita tidak begitu memberi perhatian. Inilah yang saya ingin meminta pihak kerajaan supaya apabila rang undang­undang ini lulus nanti, perhatian hendaklah diberi secara menyeluruh. Tumpuan hendaklah diberi kepada ke arah membangunkan, membaharukan, membuat satu reformasi dalam perindustrian getah supaya perusahaan getah ini lebih berubah daripada bentuk tradisional kepada bentuk yang menggunakan sains dan teknologi.

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 25

Kita tahu di dalam rang undang-undang ini adalah basil daripada kajian rang undang-undang yang lepas, yang mana mempunyai banyak kekurangan yang tidak dapat dilaksanakan. Bila kita cakap bidang perusahaan getah ini, sudah tentu kita tidak dapat mengelak daripada melihatkan dengan agensi kerajaan yang lain seperti FELDA, FELCRA dan sebagainya, walaupun agensi-agensi ini mempunyai bidang tugas perladangan yang berkait dengan kelapa sawit dan lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan berkenaan dengan keanggotaan. Di sini seperti yang saya sebut tadi keanggotaan lembaga ini adalah terdiri daripada 12 orang. Apa yang menjadi harapan saya ialah biarlahlah keanggotaan di dalam lemhaga ini terdiri daripada mereka yang betul-hetul, kalau pihak peringkat profesionalnya, memanglah orang-orang itu ada terlihat dalam bidang-hidang keahlian yang herkaitan dengan pemhangunan perindustrian getah dan kita seharusnya mestilah memhanyakkan pihak­pihak yang terlihat misalannya seperti wakil pekebun-pekehun kecil, wakil pihak­pihaklbadan-hadan yang terlihat dengan getah itu sendiri supaya masalah-masalah yang berkait dengan getah ini termasuklah pekerja-pekerja ladang getah ini dapat dihincangakan dalam lemhaga.

Kita tidak mahu adanya ahli-ahli lemhaga ini tidak lehih daripada hadir dalam mesyuarat mendengar taklimat, lepas itu perkara-perkara yang dihuat itu dilaksanakan oleh pihak yang diheri kuasa tertentu sahaja. Lepas itu hesok, hila berlaku sesuatu perkara yang pincang, maka pihak yang duduk dalam lemhaga itu dia sendiri tidak tahu hila orang tanya dia. Jadi, itulah perkara-perkara yang saya katakan tadi tidak hermanfaat dan tidak hermakna kalau kita pinda undang-undang apa sekali pun tetapi kita tidak heri perhatian kepada bidang pengurusan lemhaga itu sendiri.

Kemudian, satu lagi yang saya ingin sentuh di sini, Tuan Yang di-Pertua, ialah bersangkut dengan kewangan. Kita dapati lemhaga ini mempunyai satu tahung - Tahung Lemhaga Getah, yang mana sudah tentu tahung-tahung yang wujud sehelum ini akan diselaraskan dan disatukan dan kita dapati ada hanyak saluran di mana tabung-tahung ini boleh mengumpul wang dan di antaranya sudah tentulah termasuk di dalam syarikat­syarikat swasta yang ada kaitan dengan pengeluaran getah ini akan turut memheri sumhangan. Apa yang ingin saya ingatkan pihak kerajaan supaya wang-wang daripada Tahung Lembaga Getah ini digunakan di dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan usaha-usaha hendak meningkatkan produktiviti. Usaha-usaha di dalam R&D, Research and Development, dengan izin. Sekarang ini kita dapati pihak-pihak bahagian penyelidikan ini hanya memberi tumpuan kepada soal-soal hendak menghasilkan produk, kualiti getah yang baik sahaja, tetapi kadang-kadang bahagian-bahagian ini tidak menggunakan kemudahan yang sedia ada daripada universiti-universiti tempatan ataupun agensi-agensi yang ada sekarang ini.

Oleh sebab itu pihak lemhaga ini harus mengenalpasti dan melibatkan pihak-pihak pusat pengajian tinggi yang sedia ada baik di dalam negeri ataupun daripada luar negeri dan badan-hadan agensi yang terlibat dalam usaha untuk mencari jalan bagaimana kegunaan getah ini boleh dipelhagaikan dan hasilnya dikeluarkan oleh kilang yang dibuat di Malaysia, bukan dihantar ke Singapura, dihantar ke Jepun, Amerika dan Jerman. Lepas itu dibawa balik jual kepada kita. Ini suatu usaha yang tidak memberi faedah kepada kita. Inilah tumpuan yang harus diberikan.

Satu lagi kewangan yang di bawah tabung ini hendaklah diberi penekanan kepada biasiswa bagi membantu anak-anak peneroka dan anak-anak penoreh getah itu sendiri sehab kita tidak holeh menafikan bahawa penoreh dan peneroka dan begitu juga pemilik pekebun kecil ini sudah tentu memainkan peranan yang sangat penting. Sekarang ini kita lihat basil daripada industri getah ini lebih hanyak dimanfaat oleh pihak-pihak yang saya sehut tadi, misalnya syarikat-syarikat besar seperti Guthrie, dia ada ladang yang hesar, pihak-pihak yang ada saham di dalam itu, pihak syarikat yang terlibat dengan kilang-kilang

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

26 DN.6.8.1996

yang mengeluarkan basil yang dibuat daripada getah termasuklah buat kondom, Tuan Yang di-Pertua, betul tak? Ada tidak kilang buat kondom di sini?

Tuan Ding Seling: Apa itu 'kondom'? [Ketawa]

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Saya pun tidak tabu.

Tuan Ding Seling: Tak tabu? Tidak apalah, teruskan.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah. Yang saya sebut tadi berkenaan penggunaan wang lembaga ini. Saya penuh yakin dengan pindaan ini dan dengan perhatian khusus yang diberikan oleh pihak kerajaan ke arab pentingnya industri getab ini sebab kita mempunyai kawasan tanah yang masih luas dan sekarang ini kita tabu kayu getab menjadi satu produk yang sangat berguna dari segi industri perabot. Sekarang ini demand, keperluan, permintaan kepada kayu getab cukup baik dan proses hendak membuat kayu getah ini, potong untuk dihantar itu memang tidak perlu modal banyak, boleh melibatkan Kementerian Perusahaan A warn yang ada IKS tadi, tetapi sekarang ini kita tidak tabulah sama ada pihak kementerian yang berkenaan memberi satu program supaya pekebun-pekebun kecil ini selain daripada berharap kepada basil susu getab yang dijual itu juga mempunyai satu kilang di mana mereka boleh proseskan kayu­kayu getah ini untuk dibekalkan kepada industri-industri perabot yang membuat bahan­bahan ini dihantar ke luar negara, di Amerika, Jepun dan sebagainya.

Saya tengok bidang ini banyak tetapi pihak-pihak yang tidak terlibat langsung dengan ladang-ladang getah ini yang buat kilang seperti itu. Jadi, oleh sebab itu apa salahnya kalau kementerian yang berkenaan 'identified', kenalpasti dan biarkan mereka yang terlibat dengan ladang-ladang kecil ini membeli saham ataupun diberi saham sebab kita tabu pihak Risda dan juga Felcra, mereka akan mengusahakan proses penanaman semula dan getab-getab tua ini mahu tidak mahu akan ditebang. Kita tidak mahu orang tengah datang, beli kayu, lepas itu bawa ke kilang, potong, yang mendapat manfaat pihak itu. Kadang-kadang tuan tanah kebun kecil ini dia beri percuma sahaja. Dia tidak ambil duit, dia kata "asalkan aku tidak keluar modal hendak potong pokok getab ini", dia beri begitu sahaja. Ini tidak produktif. Ini adalah satu penipuan. Seharusnya koperasi pekebun kecil dan juga pihak IKS Kementerian Perusahaan A warn dan sebagainya, mereka boleh carl jalan supaya kenalpasti di satu-satu kawasan tertentu berapa banyak pekebun kecil ada di daerah itu. Lepas itu cari jalan buka satu kilang di mana kayu-kayu getab ini boleh diproses dan hasilnya boleh didapati dan dimasukkan di dalam koperasi ataupun dikeluarkan atau dapat pulangan balik.

Inilah yang saya sebut tadi supaya pihak lembaga ini melihat secara lebih luas, memikirkan secara lebih global. Saya yakin penuh sekiranya pihak ahli-ahli lembaga yang dilantik nanti memberi perhatian dalam bidang-bidang ini dan pihak kerajaan pula menerima saranan dan cadangan daripada pihak tertentu, lnsya Allah, lembaga ini akan dapat berfungsi dan memberi manfaat kepada bidang industri getah di Malaysia ini. Dan dengan itu saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Ding Seling: Dijemput pihak kementerian untuk menjawab.

4.20 ptg.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama [Cik Siti Zainab binti Abu Bakar]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima kasih ke atas minat yang mendalam yang ditunjukkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Tuan Marimuthu Nadeson, Tuan Hashim Safm, Tuan Rahim Baba, Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Tuan M.G. Pandithan, Tuan Haji Abdul Majid dan Tuan Haji Abu Bakar. Terima kasih saya ucapkan ke atas sokongan yang diberi kepada akta ini dan juga kepada semua pandangan dan syor-syor yang telah dibuat oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 27

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh beberapa orang ahli termasuk Yang Berhormat Tuan N. Marimuthu dan Tuan M.G. Pandithan mengenai kedudukan negara yang telah jatuh sebagai negara pengeluar yang ke­tiga terbesar di dunia berbanding dengan kedudukan kita sebagai negara yang pertama tidak beberapa lama dahulu dan mengenai masa depan sektor getah, sukalah saya menjelaskan bahawa getah masih merupakan tanaman penting dalam sektor komoditi pertanian Malaysia. Walaupun perubahan struktur ekonomi Malaysia telah menyebabkan menurunnya pengeluaran getah dari 1.5 juta tan pada tahun 1980-an kepada 1.089 juta tan pada tahun 1995. Ini bukan bermakna bahawa peranan industri getah akan menghilang, sebaliknya dengan perindustrian, getah masih mempunyai kekuatan berbanding dengan beberapa sektor lain dan dijangka akan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ekonomi sektor hiliran.

Di samping itu, selaras dengan ramalan bahawa getah mempunyai masa depan yang cerah di peringkat dunia, usaha-usaha akan diteruskan untuk mempertingkatkan sumbangan getah terhadap pendapatan eksport negara melalui R&D dalam kualiti dan jenis getah yang dikeluarkan. Selaras dengan perubahan sektor ekonomi, industri getah dianggap sebagai satu industri yang bersepadu merangkumi aktiviti yang luas, berangkaian, ke hiliran dan ke huluan. Industri yang bersepadu ini merangkumi bukan sahaja pengeluaran getah malah juga pemerosesan, penggunaan kayu hevea, pembuatan barangan, pemanfaatan R&D serta pelaburan di seberang laut, offshore investment, dengan izin. Kepelbagaian ini akan menambahkan sumbangan industri getah kepada ekonomi negara.

Pada tahun 1995, nilai eksport getah, barangan berasaskan getah dan perabot kayu hevea ialah lebih kurang RM9.2 bilion dibandingkan dengan lebih kurang RM7.3 bilion pada tahun 1994. Melalui pemodenan dan Iiberalisasi industri getah, penanaman getah akan terus menjadi viable walaupun menempuhi pelbagai cabaran dari luar dan dalam negara. Ini adalah kerana ia telah menjadi pengeluaran bahan mentah yang penting seperti getah mentah dan kayu kepada pembuatan hiliran di samping mempunyai kemampuan untuk menjana aktiviti ekonomi lain berasaskan getah dan bahan bukan getah dari latex. Tidak dapat dinaflkan bahawa perubahan sektor ekonomi negara, telah menjejaskan pengeluaran getah. Namun begitu, perubahan itu juga telah mewujudkan peluang yang boleh dirnanfaatkan bagi kepentingan industri getah. Melalui pendekatan yang lebih luas dan bersepadu, industri getah masih mempunyai masa depan yang cerah.

Berhubung dengan soalan yang dibangkitkan berkaitan dengan produktiviti sektor pengeluaran getah, ingin saya jelaskan di sini bahawa usaha-usaha sentiasa dijalankan untuk meningkatkan mutu pengeluaran dan nilai eksport getah serta barangan getah ke tahap setinggi-tingginya. Usaha-usaha ini termasuklah penggalakan penyelidikan di semua peringkat pengeluaran getah dan barangan getah di samping penggalakan pengeluaran getah yang bermutu tinggi, supaya getah keluaran negara Malaysia dapat mempertahankan competitive age, dengan izin, yang dikecapi selama ini. Sukalah saya nyatakan bahawa setakat ini, usaha-usaha ini telah menunjukkan basil yang baik. Hasil dari R&D yang dijalankan oleh RRIM, Malaysia berjaya mengeluarkan getah yang terbaik di dunia. Sebagai contoh Standard Malaysian Rubber (SMR). Malaysia juga negara pengeluar terulung specialty rubbers. Contoh getah asli tanpa protin (deproteinised natural rubber) dan lain-lain. Perlu saya nyatakan juga bahawa keadaan pengeluaran dan permintaan getah asli dunia menunjukkan bahawa industri getah tidak mungkin menjadi sebagai sebuah sunset industry, dengan izin, memandangkan bahawa penggunaan getah asli dunia semakin meningkat dari semasa ke semasa. Di Malaysia sendiri penggunaan getah asli pada masa kini telah meningkat hampir 4 kali ganda jika dibanding dengan 10 tahun lepas, hingga menyebabkan Malaysia menjadi negara keenam terbesar di dunia dari segi penggunaan getah. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan masa depan industri getah di Malaysia adalah cerah dan mencabar.

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

28 DN.6.8.1996

Tuan Yang di-Pertua, seperti kita semua sedia maklum, industri komoditi utama seperti perladangan getah adalah sebuah industri yang sangat labour intensive, dengan izin. Masalah kekurangan tenaga pekerja merupakan faktor utama yang menyebabkan pengurangan pengeluaran komoditi utama pertanian seperti getah. Oleh itu, kerajaan sentiasa menyedari hakikat bahawa tenaga pekerja adalah aset terpenting industri pengeluaran pertanian.

Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Tuan N. Marimuthu dan Yang Berhormat Tuan M.G. Pandithan bahawa sumbangan pekerja ladang di estet-estet getah kepada tahap pengeluaran dan kualiti pengeluaran getah asli sangatlah besar sejak mula getah asli diperkenalkan sebagai tanaman perladangan-perladangan di negara ini sejak I 00 tahun yang lalu. Kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan dan kebajikan, bukan sahaja pekerja ladang yang berjumlah kira-kira 50,000 tetapi juga terhadap pekebun-pekebun kecil getah yang berjumlah hampir 450,000 di negara ini. Walaupun pekerja ladang bukan merupakan pekerja yang tergolong di dalam mereka yang berpendapatan tinggi, kedudukan ekonomi mereka telah pun banyak menempuh pembaharuan di masa kini. Gaji yang dibayar diselaraskan dengan tahap produktiviti pekerja. Di samping itu, kemudahan­kemudahan lain seperti perumahan, kemudahan perubatan dan persekolahan anak-anak mereka juga diberi penumpuan oleh pihak-pihak pengurusan ladang-ladang di mana mereka bekerja. Kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang terlibat dalam hal-hal berkaitan pekerja ladang sentiasa peka dan mengambil usaha-usaha berterusan untuk memperbaiki working conditions, dengan izin, serta kemudahan-kemudahan yang diberi kepada pekerja-pekerja ladang.

Di samping itu, soal kekurangan pekerja yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba adalah satu fenomena semasa yang dialami oleh bukan sahaja sektor perladangan, tetapi semua industri di negara ini. Walau bagaimanapun, tidaklah dinaflkan bahawa masalah ini adalah lebih meruncing dalam sektor perladangan seperti getah dan kelapa sawit yang berciri lebih labour intensive, dengan izin. Cadangan supaya penoreh­penoreh getah di sektor pekebun kecil diberi galakan untuk melibatkan diri dalam pengeluaran getah adalah diambil ingatan. Sememangnya kementerian dan agensi-agensi yang terlibat di dalam industri getah sentiasa merancang dan melaksanakan langkah­langkah untuk menggalakkan pekebun kecil meningkatkan pengeluaran getah yang sememangnya disumbangkan lebih dari 75% oleh pekebun-pekebun kecil.

Di antara usaha-usaha yang diambil ialah memberi mereka latihan tentang cara­cara penorehan yang cekap dan berkesan dan juga memperkenalkan kepada mereka cara penorehan kekerapan rendah (low frequency tapping), untuk membolehkan mereka mengurangkan masa yang digunakan untuk menoreh dan seterusnya memberi peluang kepada mereka melibatkan dalam aktiviti sampingan lain seperti pentemakan dan lain-lain komoditi pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Di samping itu, usaha-usaha juga dilaksanakan untuk meningkatkan produktiviti tenaga pekerja melalui penggalakan penggunaan alat-alat penorehan yang memerlukan tenaga kerja yang rendah. Lain-lain langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan penglibatan pekebun kecil dalam pengeluaran getah termasuklah pengenalan klon-klon getah yang boleh mengeluarkan kayu getah bermutu tinggi di samping latex yang banyak dan berkualiti untuk membolehkan pekebun-pekebun mendapat pendapatan yang tinggi daripada bukan sahaja penjualan latex tetapi juga kayu getah yang mempunyai permintaan tinggi di masa kini.

Seterusnya bagi menarik minat pekebun-pekebun kecil untuk terus melibatkan diri dalam pengeluaran getah, kerajaan sentiasa merancang dan melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan pekebun-pekebun kecil mendapat manfaat harga pasaran yang tinggi. Langkah-langkah ini termasuklah menjadikan maklumat harga getah asli lebih jelas kepada pekebun kecil dengan menyiarkan di akhbar-akhbar tempatan, di samping mempamerkan harga yang ditawarkan kepada pekebun-pekebun di tempat-tempat pemiagaan mereka.

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 29

Di peringkat antarabangsa pula, kementerian sentiasa meneruskan usaha untuk menggalakkan pemasaran getah asli melalui peningkatan jualan ke pasaran yang telah dikenal pasti dan penembusan pasaran-pasaran baru.

Di dalam negara sendiri, kita akan terus melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan kualiti serta penggunaan getah asli, mengurangkan kos pengeluaran dan peningkatan daya pengeluaran industri getah negara.

Di samping itu, kita juga terus menggalakkan pertumbuhan industri pembuatan barangan berasaskan getah. Di samping itu, menggalakkan persaingan dalam pemiagaan getah untuk membolehkan pekebun-pekebun kecil khasnya mendapat harga yang lebih menarik. Malaysia juga akan terus bekerjasama dengan negara-negara pengeluar serta pengguna getah melalui pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Getah Asli Antarabangsa (INRO) dan Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) ke arab mewujudkan keseimbangan yang lebih baik di antara bekalan dan permintaan getah asli dan seterusnya pencapaian harga getah yang lebih stabil dan menggalakkan kepada negara-negara pengeluar untuk meningkatkan pengeluaran getah.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba mengenai apa yang akan terjadi kepada kakitangan-kakitangan agensi-agensi getah selepas penggabungan kelak, sukalah saya menyatakan sekali lagi bahawa antara sebab penubuhan LGM dan pengecilan organisasi ialah untuk mengurangkan pertindihan fungsi, dan untuk memperkemaskan kelicinan pentadbiran melalui kawalan dan penyelarasan yang berkualiti supaya dapat memberi kebaikan penuh kepada pelanggan yang mempunyai ekspektasi yang lebih tinggi sekarang.

Selaras dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan memastikan segala program dan aktiviti dijalankan dengan lebih cekap dan berkesan, ketiga-tiga agensi getah telah pun berusaha menyusun semula struktur organisasi dan fungsinya.

Pembubaran ketiga-tiga agensi asal serta penubuhan agensi baru iaitu LGM akan mengakibatkan kakitangan dari 2,609 kepada 1,465 iaitu sebanyak 1,144 bersamaan dengan 43.8%. Ini boleh membawa penjimatan sebanyak lebih kurang RM16 juta setahun. Ekoran dari itu sebilangan kakitangan - jumlahnya masih belum ditentukan lagi, akan kehilangan perjawatan. Walau bagaimanapun saya ingin menegaskan di sini bahawa kebajikan semula yang terlibat akan dijaga dan kedudukan mereka akan diuruskan sewajamya.

Selaras dengan pnns1p masyarakat penyayang, pihak pengurusan ketiga-tiga agensi berkenaan dengan kementerian saya sedang mengkaji beberapa opsyen untuk menguruskan perkara ini. Perbincangan untuk menyelesaikan perkara ini sedang dijalankan dengan agensi-agensi pusat.

Satu perjumpaan dengan persatuan pegawai-pegawai kanan dan kesatuan pekerja­pekerja agensi-agensi getah yang terlibat juga akan diadakan dalam sedikit masa lagi.

Kajian teliti sedang dijalankan supaya langkah-langkah yang diambil tidak akan menyusahkan mana-mana pihak, malah akan membantu semua yang terlibat dapat menerima manfaat sebaik mungkin. Sebagai penaja masyarakat penyayang, kerajaan akan memastikan bahawa urusan pengecilan organisasi ini akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Berhubung dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba mengenai Fasal 35B berkaitan dengan tujuan lembaga untuk membiayai penyelidikan pembangunan, sukalah saya menjelaskan bahawa tumpuan utama lembaga kelak ialah untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan lagi usaha penyelidikan getah baik di sektor huluan mahupun di sektor hiliran.

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

30 DN.6.8.1996

Untuk membiayai penyelidikan ini adalah diharapkan supaya Lembaga Getah dapat membiayai perbelanjaannya sendiri selaras dengan objektif kerajaan untuk menjadikan LGM sebagai agensi penyelidikan yang 'self fmancing' di dalam tempoh jangka masa panjang.

Di samping itu, pandangan Yang Berhonnat bahawa kita masih memerlukan banyak saintis-saintis untuk menjalankan penyelidikan dan seterusnya menyebarkan penemuan penyelidikan kepada industri getah dan juga pekebun kecil adalah juga diambil perhatian.

Kementerian dan LGM akan berusaha untuk mendapatkan perkhidmatan pakar­pakar saintis yang diperlukan untuk membolehkan LGM mencapai objektifuya. Usaha­usaha untuk menggalakkan penginteraksian antara pihak industri dengan saintis-saintis di LGM kelak juga akan dipergiatkan lagi supaya penemuan-penemuan penyelidikan dapat digunakan dengan cekap dan berkesan serta menyeluruh.

LGM akan mengendalikan dua pusat penyelidikan iaitu RRIM yang akan diwujudkan semula di bawah seksyen 32 dan juga TARRC (Tun Abdul Razak Research Centre) di United Kingdom. Kedua-dua pusat penyelidikan ini akan terus giat dijalankan dengan memberikan tumpuan khusus kepada usaha yang menyokong kepada pembangunan perindustrian getah asli di Malaysia. Selain dari menjalankan program penyelidikan asas, kedua-dua pusat ini turut memberi perkhidmatan kepada penanaman getah dan pengilang dalam hal mengenai masalah semasa yang berkaitan dengan getah. Walau bagaimanapun cadangan Yang Berhonnat-Yang Berhonnat untuk memindahkan Tun Abdul Razak Research Centre balik ke Malaysia akan diambil perhatian.

Seterusnya saya ingin memberi sedikit penjelasan kepada Yang Berhonnat Datuk Haji Hashim bin Satin berhubung dengan soalan kenapa agensi getah hendak dilembagakan setelah sekian lama?

Di sini sukalah saya menjelaskan bahawa tujuan akta ini bukanlah untuk melembagakan sektor getah atau agensi getah kerana beberapa lembaga iaitu Lembaga Pasaran dan Pelesenan Getah Malaysia, Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia dan Institut Penyelidikan Getah Malaysia memanglah telah wujud sebelum ini. Sebaliknya tujuan akta ini adalah untuk menggabungkan kesemua agensi-agensi ini yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang ada kalanya bertindih di dalam satu agensi yang dinamakan Lembaga Getah Malaysia.

Seperti yang telah saya nyatakan dalam ucapan pembentangan saya dahulu, penggabungan agensi-agensi ini di dalam satu lembaga bertujuan untuk menghapuskan pertindihan tugas yang sedang dijalankan oleh ketiga-tiga agensi ini. Melalui LGM beberapa pembaharuan pentadbiran industri getah tennasuk pengurangan kawal seliaan dan peningkatan daya saing industri getah akan juga diperkenalkan.

Seterusnya penggabungan ini seperti yang saya nyatakan dahulu adalah bertujuan menyelaraskan agensi-agensi getah dengan perubahan-perubahan bukan sahaja dalam sektor ekonomi negara, tetapi juga dalam sektor getah terutamanya. Dengan itu definisi industri getah dipinda untuk merangkumi bukan sahaja pengeluaran getah asli, tetapi juga aktiviti pembuatan barangan dari getah asli dan juga pengeluaran kayu hevea.

Dengan tertubuhnya LGM adalah diharapkan daya pengeluaran dan kecekapan industri getah yang diberi defmisi baru ini akan dapat dipertingkatkan dan diperkukuhkan, juga diharapkan LGM akan melaksanakan program-program pembangunan yang boleh mempertingkatkan viability industri getah keseluruhannya. Di samping itu penggabungan ini adalah juga bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan di dalam menguruskan operasi ketiga-tiga agensi getah yang sedia ada. Dengan cara ini keberkesanan dan kecekapan Lembaga Getah Malaysia sebagai agensi tunggal yang

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 31

menguruskan dan menggalakkan penubuhan industri getah negara juga dijangka dapat dipertingkatkan melalui pengurangan kos, di samping meningkatkan pencapaian Lembaga Getah Malaysia sendiri.

Seterusnya melalui penggabungan ini kerajaan bercadang untuk memberi penumpuan kepada usaha-usaha R&D yang dinamis dalam bentuk penemuan inovasi teknologi penemuan dan khidmat nasihat yang akan diberikan oleh LGM bukan sahaja di sektor getah keseluruhannya, tetapi juga kepada pekebun-pekebun kecil khasnya.

R&D di sektor hiliran juga akan dipertingkatkan oleh LGM dengan memberi keutamaan kepada penemuan bahan-bahan baru serta penggunaan getah dalam industri pembuatan. Aktiviti R&D bagi pengeluran barangan berteknologi tinggi serta pengkomersilan penemuan baru akan dipergiatkan. Seperti yang dinyatakan terdahulu dari ini, penggabungan ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan produktiviti dan kecekapan sektor pekebun kecil melalui pemindahan dan penyampaian teknologi yang berkesan kepada pekebun-pekebun kecil yang mana adalah lebih ketinggalan berbanding dengan pemindahan teknologi kepada sektor estet yang lebih berkesan kerana ianya dibuat lebih secara terus oleh penyelidik.

Datuk Haji Hashim bin Safin: [Bangun]

Tuan Ding Seling: Yang Berhormat Datuk Haji Hashim bin Safm berdiri, dia hendak minta laluan.

Datuk Haji Hashim bin Safin: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta laluan dan penjelasan sedikit. Mungkin penjelasan saya terkeluar saya minta maaflah, sekarang apa yang berlaku di segi penanaman di bawah satu agensi dan kementerian lain, begitu juga pengeluaran terutamanya pekebun kecil. Soalan saya, apakah sekarang di bawah Lembaga Getah Malaysia ini kesemua bermula dari penanaman, pengeluaran, pemasaran, pemerosesan dan sebagainya adalah kuasa mutlak ataupun di segi pelesenan dan sebagainya di bawah kuasa lembaga untuk memastikan segala pertindihan dan masalah yang berlaku sebelum ini di antara agensi-agensi di bawah kementerian-kementerian tertentu mengenai industri getah secara keseluruhan, saya mohon penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Cik Siti Zainab binti Abu Bakar: Saya rasa Yang Berhormat lebih peka tentang perkara ini. Walau bagaimanapun setakat ini RRM menjalankan R&D mengenai dengan sektor huluan, mengenai dengan penemuan untuk mempertingkatkan produktiviti pekebun-pekebun kecil dari segi mengatasi kekurangan tenaga buruh dan pelaksanaan segala teknologi yang dijumpai adalah melalui agensi-agensi pelaksana seperti RISDA, Felcra dan Felda.

Sekarang ini seperti mana Yang Berhormat sedia maklum ada jawatankuasa Transfer of Technology (TOT) yang dikendalikan bersama untuk mempertingkatkan segala penemuan-penemuan baru ini. Tetapi dengan penubuhan LGM kami harapkan pencapaian ini dapat dipertingkat lagi supaya lebih berkesan dan dapat disampaikan kepada pekebun­pekebun kecil dengan lebih berkesan. Ini akan memerlukan satu perancangan dan program tertentu untuk melaksanakan perkara-perkara untuk membantu pekebun-pekebun kecil dalam hal ini.

Tuan Yang di-Pertua, penggabungan juga diharapkan akan mem-bolehkan Lembaga Getah Malaysia menumpukan usaha-usaha kepada penggalakan, pemasaran untuk membolehkan Malaysia mendapatkan pasaran baru di samping memperkukuhkan pasaran tradisional yang sedia ada. Secara ringkasnya, penggabungan ketiga-tiga agensi ini di dalam satu Lembaga Getah Malaysia diharap akan membolehkan orang ramai memperolehi khidmat dengan lebih sempuma kerana ianya diberi oleh satu agensi yang

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

32 DN.6.8.1996

bersepadu. Beberapa khidmat berkaitan dengan agensi ini akan tersedia di bawah satu bum bung, sebahagian daripada apa yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi.

Mengenai dengan soalan tanah terbiar, saya fikir Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Majid menimbulkan mengenai tanah getah terbiar akibat dari perubahan struktur ekonomi telah berlaku penghijrahan buruh dari sektor pengeluaran getah kepada sektor lain, kekurangan buruh sepertimana yang saya katakan tadi memang menjadi punca utama, mengapa banyak kawasan tanaman getah tidak diusahakan. Keluasan sebenar tanaman getah yang tidak diusahakan tidak dapat ditentukan, namun begitu adalah dianggarkan bahawa kawasan yang terlibat ialah lebih kurang 300,000 hektar, walaupun harga getah telah berada pada tahap yang agak baik pada dua tahun yang lepas berbanding dengan sebelumnya, peningkatan pengeluaran dan kawasan ditoreh tidak berlaku seperti yang dijangkakan. Di masa hadapan LGM akan meningkatkan kerjasama dengan RISDA bagi cuba menangani masalah ini, salah satu cara ialah dengan mempergiatkan R&D dan pemindahan teknologi berkaitan dengan sistem torehan yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga buruh.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah sahajajawapan saya setakat ini, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan cadangan di dalam perbahasan rang undang-undang ini. Jika ada cadangan dan pandangan yang tidak sempat saya menjawab, saya akan mengambil tindakan seterusnya terhadap segala cadangan dan pandangan yang telah diberikan itu.

Tuan Ding Seling: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemuka-kan masalah bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

[Tuan Ding Seling mempengerusikan Jawatankuasaj

Fasal 1 hingga 75 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

4.48 ptg.

RANG UNDANG-UNDANG PASARAN GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) (PINDAAN) 1996

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Cik Siti Zainab binti Abu Bakar: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bemama Suatu Akta untuk meminda Akta Pasaran Getah Malaysia (Perbadanan) 1962 dibaca bagi kali kedua sekarang.

Tuan Ding Seling: Baiklah.

Cik Siti Zainab binti Abu Bakar: Tuan Yang di-Pertua, Akta Pasaran Getah Malaysia (Perbadanan) 1962, Akta 402 mengandungi peruntukan-peruntukan bagi penubuhan pentadbiran dan pengurusan sebuah pasaran getah yang dinamakan Pasaran

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 33

Getah Malaysia serta bagi penggalakan dan pengawalseliaan pemiagaan dan industri getah di Malaysia.

Akta ini yang sebelum ini dibaca bersama Akta Lembaga Pasaran dan Pelesenan Getah Malaysia 1972 akan dibaca bersama Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996.

Berikutan penggubalan Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996 dan penghapusan Akta Lembaga Pasaran dan Pelesenan Getah Malaysia 1972 dan selaras dengan dasar kerajaan yang lebih menumpu kepada penggalakan perkembangan industri dan pasaran getah yang bebas serta berdaya saing. Akta Pasaran Getah Malaysia (Perbadanan) 1962, Akta 402 perlu dikaji semula dan dipinda untuk membolehkan pasaran getah Malaysia terus beroperasi sebagai sebuah badan yang menggalak, menyokong dan menyelenggarakan industri getah amnya dan pemiagaan getah khasnya di dalam suasana dan kehendak semasa dan masa depan industri getah negara.

Melalui pindaan-pindaan yang dicadangkan ini, Akta Pasaran Getah Malaysia (Perbadanan) 1962 akan diselaraskan dengan Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996 untuk membolehkan kedua-dua akta ini dibaca bersama.

untuk: Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan

(a) membolehkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaksanakan fungsinya untuk mengawal selia dan menguruskan Pasaran Getah Malaysia (PGM) yang sebelum ini diuruskan oleh Lembaga Pasaran dan Pelesenan Getah Malaysia (LPPGM);

(b) mengubahsuai atau menambah peruntukan-peruntukan tertentu bagi membolehkan akta ini dibaca bersama dan dianggap seperti satu dengan Akta LGM (Perbadanan) 1996 dan menetapkan supaya sekiranya ada percanggahan peruntukan di antara peruntukan akta ini dan Akta LGM, pertuntukan Akta LGM akan mendahului dan terpakai;

(c) mencerminkan dasar yang bertujuan menggalakkan pertumbuhan pasaran getah yang lebih bebas dan mengurangkan kawal-seliaan ke atas pengurusan PGM melalui penubuhan dan perlantikan satu jawatankuasa pengurusan oleh LGM bagi mengambil alih pengurusan dan pentadbiran PGM daripada LPPGM yang telah bertanggungjawab mengurus PGM sebelum ini;

(d) mengemaskini fungsi PGM melalui pindaan atau pembatalan beberapa fungsi tertentu agar ia bersesuaian dengan keadaan industri getah masa kini dan selaras dengan tujuan-tujuan penubuhan LGM. Ini membolehkan LGM mengambil alih pentadbiran dan pengurusan PGM daripada LPPGM. Selaras dengan peruntukan Akta LGM 1996, Akta ini juga akan dipinda untuk membolehkan semua perbelanjaan PGM dibiayai oleh LGM;

(e) meluaskan keanggotaan PGM untuk membolehkan kemasukan wakil sektor getah yang lain termasuklah industri barangan buatan getah selaras dengan perubahan dan perkembangan industri getah yang menumpu kepada pembangunan dan peningkatan aktiviti hiliran seperti pembuatan barangan dari getah;

(f) mengemaskini akta m1 secara keseluruhannya di samping memperbetulkan kesilapan-kesilapan kecil yang terdapat di dalamnya.

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

34 DN.6.8.1996

Tuan Yang di-Pertua, untuk mengemaskinikan akta ini adalah dicadangkan bahawa beberapa tujuan penubuhan PGM yang disenaraikan di dalam Akta Pasaran Getah Malaysia (Perbadanan) 1962, Akta 402 yang sudah tidak relevan dalam konteks industri getah masa kini atau telah diambil alih oleh agensi-agensi lain seperti Bursa Komoditi Kuala Lumpur, dihapuskan daripada senarai tujuan yang terkandung di dalam Seksyen 6, Akta ini. Sehubungan dengan ini, perenggan (b), (e), (f), (k), (1), (m), (n), (o), (p), (q) dan (r) adalah dicadang untuk dibatalkan.

Dengan tertubuhnya Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan di masa yang sama terhapusnya LPPGM kelak, pentadbiran dan pengurusan PGM akan diambil alih oleh LGM. Untuk tujuan ini LGM perlu melantik dan menurunkan kuasa-kuasa berkaitan pengurusan PGM kepada sebuah jawatankuasa pengurusan yang penubuhannya diperuntukkan di Seksyen 17, Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996. Untuk membolehkan LGM menurunkan apa-apa kuasanya berkaitan dengan pengurusan PGM kepada jawatankuasa tersebut adalah dicadangkan, Seksyen 12 dipinda dengan menyatakan penurunan kuasa ini denganjelas. Seksyen 12(3) dan 12(4) adalah peruntukan-peruntukan baru yang dicadangkan ditambah bagi memberi peruntukan khusus mengenai kuasa melantik dengan kelulusan Menteri, seorang Pengerusi Perbadanan dan kuasa melantik seorang Timbalan Pengerusi.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan dasar pengurangan kawalseliaan ke atas industri dan seterusnya penggalakan perkembangan pasaran getah yang lebih bebas dan berdaya saing, Seksyen 15 dan Jadual Kedua dicadang dipotong untuk membolehkan kaedah-kaedah yang dahulunya dikepilkan sebagai Jadual Kedua kepada akta ini dikeluarkan bagi membenarkan perbadanan membuat apa-apa kaedah yang difddrkannya perlu bagi PGM di bawah Seksyen 14. Pindaan ini akan memudah dan mempercepatkan proses penggubalan, pindaan, pembaharuan atau pembatalan terhadap kaedah-kaedah PGM yang hanya memerlukan keputusan mesyuarat agung PGM.

Ini adalah sejajar dengan dasar penggalakan kawalseliaan sendiri dan mencerminkan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kerenah-kerenah birokrasi yang membendung dan membebankan pihak industri getah. Selaras dengan peruntukan­peruntukan berkaitan dengan kewangan Akta LGM (Perbadanan) 1996 adalah dicadangkan bahawa Seksyen 5 Akta PGM dipinda untuk memperuntukkan bahawa pendapatan perbadanan hendaklah terakru kepada LGM.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini PGM hanya dianggotai oleh wakil-wakil perdagangan getah asil ataupun industri getah huluan sahaja. Walau bagaimanapun, pembangunan dan struktur sektor getah masa kini telah berubah di mana aktiviti hiliran sudah meningkat dan mengatasi aktiviti huluan dari segi sumbangan kepada nilai eksport negara. Selaras dengan ini, matlamat serta keahlian PGM harus turut berubah untuk merangkumi juga aktiviti-aktiviti hiliran seperti industri pembuatan. Untuk tujuan ini adalah dicadangkan supaya Seksyen 7 dipinda dengan meluaskan keanggotaan untuk mengandungi juga ahli-ahli sekutu yang boleh terdiri daripada wakil-wakil lain sektor getah termasuklah industri pembuatan barangan getah.

Berbangkit dari kemasukan anggota baru, pindaan hak eksklusif anggota biasa, khasnya dalam menyertai mesyuarat dan aktiviti-aktiviti perbadanan juga akan terhapus dengan memotong Seksyen 8. Selanjutnya Seksyen 2 Akta dipinda untuk mengganti beberapa takrif tertentu dan untuk memasukkan takrif baru tertentu bagi ungkapan yang digunakan dalam akta ini di samping menyelaraskan dengan ungkapan-ungkapan dalam akta LGM (Perbadanan) 1996. Antara takrif yang dipinda ialah "Board", "register", "rules" dan "Secretary". Takrifbaru yang dimasukkan pula ialah "Chairman", "Deputy Chairman" dan "Management Committee".

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 35

Tuan Yang di-Pertua, pindaan lain yang dicadangkan kepada Akta yang tidak saya sebutkan secara khusus adalah pindaan berbangkit atau kecil.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya cadangan meminda Akta Pasaran Getah Malaysia (Perbadanan) 1962, Akta 402 ini dijangka akan memantapkan lagi pengurusan perbadanan dan seterusnya membolehkan ia menggalak sambil mengawalselia pemiagaan getah dengan lebih cekap dan berkesan selaras dengan keadaan, kehendak dan cabaran masa kini dan akan datang. Pindaan-pindaan yang dicadangkan akan menjadikan akta ini lebih kemas dan sejajar dengan Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996 di samping memastikan pengurusan serta operasi perbadanan yang tertatur dan berkesan ke arab pencapaian objektif penubuhannya iaitu menggalakkan serta mengawal selia perkembangan pasaran getah yang sihat dan berdaya saing.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar [Dato' K. Kumaran]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Ding Seling: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bemama suatu Akta untuk meminda Akta Pasaran Getah Malaysia (Perbadanan) 1962 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Tuan Mustaffa Kamal.

4.59 ptg.

Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita lebih maklum bahawa Rang Undang-undang Pasaran Getah Malaysia ini amat perlu bagi disatukan di bawah Lembaga Getah Malaysia. Kita juga berterima kasih kepada pihak kementerian yang menyusun pindaan ini dengan begitu teratur dan agak baik dan juga kita berterima kasih kepada anggota-anggota Malaysian Rubber Exchange yang mampu menjalankan tugas mereka bagi memasarkan getah yang dikeluarkan oleh negara kita yang mana kita terlebih maklum bahawa pada satu ketika dahulu getah merupakan komoditi pertama atau pengeluaran pertama negara di seluruh dunia.

Di seluruh dunia, apabila memperkatakan getah, mereka tabu getah datang daripada negara kita, dahulu dikenali dengan Malaya, dan sekarang Malaysia. Di samping itu, pihak kerajaan juga peka mengadakan penyelidikan dan sebagainya bagi membolehkan komoditi-komoditi ini dipasarkan dengan baik. Kerana kita lebih maklum negara-negara lain juga mempunyai cita-cita yang sama seperti Indonesia, Thailand, Burma dan Vietnam. Indonesia mempunyai cita-cita untuk memasarkan getah mereka dengan harga yang baik. Kita harus ingat kadangkala kita pun hairan negara yang tidak ada getah pun mempunyai getah, meskipun ia tidak mempunyai ladang-ladang yang besar macam kita. Sebagai contoh, negara di sebelah selatan kita, dari dahulu lagi apabila selepas sahaja siaran Berita dibacakan, ada dibaca pasaran getah, tersebut di situ dengan RSSI, RSS2, RSS3. Apabila kita menyeberang sahaja Tambak Johor, kita tak nampak pun pokok getah, tetapi mereka mampu memasarkan getah yang tidak ada di dalam negara.

Inilah harus kita pelajari bagaimana mereka menjadi orang tengah memasarkan getah ini dengan lebih baik. Saya lihat juga beberapa barang yang dibuat di negara kita, dikeluarkan oleh negara kita dan pergi ke negara yang ketiga melalui negara-negara yang berkenaan. Apakah kita tidak mampu atau kita tidak dapat berdaya saing dengan mereka untuk penetrate market, dengan izin. Kerajaan memang selalu mencari jalan untuk mengatasi masalah ini. Hendak dikatakan getah kita tidak mempunyai mutu yang tinggi, kita telah menubuhkan MARDEC. MARDEC menjalankan kilang-kilang yang mengusahakan komoditi kita ini, mengeluarkan SMRlO sebagai contoh, yang amat dibanggakan di seluruh dunia untuk membuat bahan-bahan yang tertentu. Latex juga kita tinkan di dalam tin yang mengandungi 44 gelen, kita pasarkan dengan baik.

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

36 DN.6.8.1996

Tetapi sekarang MARDEC juga dapat diketahui mereka juga tidak ada bahan­bahan mentah untuk dikilang. Sebagai contoh, saya melawat dua kilang MARDEC untuk buat tinjauan. Satu contoh, di Bota, di antara Ipoh dan Lumut ada satu kilang MARDEC. Mereka juga ketandusan dan kurangnya getah, iaitu getah beku ataupun cup lump dipanggilkan. Saya bertanya kepada pengurus di situ, kenapa tidak mencari bahan-bahan ini di negara lain untuk membolehkan Malaysia sebagai pengeluar getah yang standardnya tinggi, mutunya tinggi, seperti Burma yang disebut dahulu, sekarang dikenali sebagai Myanmar. Mereka mempunyai getah yang banyak. Apa salahnya kita import, kita proses dan kita pasarkan balik, fasal kita meliputi semua pasaran-pasaran getah.

Macam di Myanmar sebagai contohnya, Myanmar Farm Enterprise (MFE) memasarkan getah melalui tepi negara kita, melalui Selat Melaka, naik tongkang kayu sahaja, tidak menggunakan kapal besar-besar. Saya berkesempatan berjumpa dengan Pengarah MFE, saya bertanya dia, 'di mana tuan pasarkan getah?' Dia kata, 'di Malaysia tidak, di Pulau Pinang pun tidak' Saya bertanya, di mana? Katanya, di Singapura. Kenapa dia boleh melalui tempat kita? Salahkah kerajaan memikirkan, MARDEC memikirkan supaya peluang-peluang ini kita ambil. Peluang-peluang ini kita ambil, kita beli getah daripada negara itu dan kita proses menjadikan mutu yang lebih baik SMRIO dan kita pasarkan. Saya ingat sekarang SMRIO, kalau tak silap, lebih kurang RM2,000 satu tan, apa salahnya. Mereka juga merungut kos transport tinggi. Kenapa tidak tingginya, daripada Rangoon bawa ke Singapura. Apa salahnya singgah di Kelang, dipunggah di Pulau Pinang. Ini harus di'penetrate' oleh kerajaan Malaysia membantu MARDEC ini.

MARDEC inilah satu-satunya kilang yang didirikan oleh perbadanan melalui penswastaan membantu untuk meninggikan mutu getah, membantu orang kampung, pekebun-pekebun kecil. Di samping membantu, kalau mereka juga tidak cukup bahan mentah, mereka juga akan rasa kecewa. Ini yang berlaku. Tahun ini saya tak tabu, tetapi tahun sudah berlaku perkara ini dalam MARDEC sendiri kurangnya getah, getah beku, apa salahnya. Sebagaimana juga kita akan menghubungi dengan General Rubber Corporation (GERCO) di Vietnam yang dimilikki oleh Kerajaan Vietnam. Sekarang kita lihat Guthrie juga sampai ke Vietnam, membeli getah di sana dan memasarkan. Bagus jugalah, itu satu contoh yang baik. Pendek kata, kita ada perhubungan perdagangan dalam komoditi­komoditi getah dengan Vietnam. Tetapi seharusnya, kalau macam di Vietnam itu, kita beli scrap rubber dia, dengan izin, dan juga cup lump dia, kita proses di negara kita. Sedangkan GERCO atau General Rubber Corporation ini mendapatkan teknologi dari kita, dari segi pengilangan dan juga dari bantuan-bantuan benih-benih atau klon yang baru, bersesuaian untuk negara mereka. Apa salahnya kita bekerjasama dan kita pasarkan, kalau sekiranya pasaran kita baik. Saya rasa tiap-tiap negara akan membeli getah kita.

Kita lihat, ini sebagai contoh tadi. Negara lain tidak ada pokok getah boleh memasarkan getah. Kadang-kadang dari Johor, menyeberang Tambak Johor, hila lepas ke Singapura ada pasaran lain. Ini harus kita lihat bagaimana perkara ini boleh berlaku. Kerana saya rasa kita seharusnya insaf, kita harus mengambil kira, kita harus mencari pasaran kita sendiri. Kita tidak harus berharapkan negara kedua atau orang tengah untuk memasarkan komoditi. ltu pandangan saya yang ikhlas.

Saya juga tidak berkesempatan bangun membahaskan rang undang-undang mengenai perbadanan getah. Saya mengucapkan ribuan terima kasih, tahniah kepada kerajaan kerana akan menubuhkan Rubber Hi-Tech Park. Ini amat mustahak. Getah sudah tidak perlu untuk buat tayar sahaja, dan getah tidak perlu buat kondom, bak kata sahabat saya tadi, Tuan Haji Abu Bakar. Getah harus dipelbagaikan. Dan mungkin getah kita boleh makan satu hari, mana kita tahu. Ya, fasal ianya plastik, orang sekarang sudah makan plastik. Sebagai contohnya, sharksfm. Sharksfin adalah sirip ikan yu, yang mana terlalu mahal di pasaran sekarang. Saya rasa 1 kilo mahu RM400 atau RM500. Tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat tahukah, di Hong Kong produced sharksfm daripada plastik.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 37

Apabila kita pergi ke restoran besar, mungkin bertaraf 5 bin tang, kita makan dengan sedap, tetapi itu adalah plastik kadangkala. lni berlaku, dan ada di negara kita diimport secara haram. Bayangkanlah kita makan plastik. Bukan lembu sahaja, lembu pun kadangkala tumpangjuga makan plastik. Tetapi kita orang sudah makan plastik. Ini berlaku.

Di Malaysia juga terdapat bahan-bahan sharksfin ini daripada plastik yang disajikan kepada orang ramai melalui restoran-restoran. Sarna ada cerita ini benar atau tidak benar, benda ini telah pun diperkatakan. Apa salahnya mungkin satu hari sharksfm daripada getah, tak tentu. Sebab mungkin kita beli barang-barang makanan daripada getah, selain daripada chewing gum atau gula-gula getah daripada getah jelutong, ini berlaku.

Saya mengharapkan Rubber Hi-Teck Park ini menjadi satu kenyataan kerana space-craft juga menggunakan getah, bukanlah sepenuhya komponen di dalam space-craft menggunakan metal yang berbentuk keluli yang tahan tetapi getah juga memainkan satu peranan di dalam space-craft komputer dan sebagainya. Apa salahnya kita mengkaji, dengan adanya Hi-Teck Park ini, mungkin kita dapat memasarkan bahan yang sudah kita perbuat daripada getah dengan lebih mudah. Di situlah baru ada persaingan dengan negara­negara jiran kita. Kalau kita buat SMR I 0, tinkan latex untuk dihantar ke luar negeri, SMR I5 dan sebagainya untuk membuat alas tapak kasut dan sebagainya, ini tidak begitu berdaya saing. Kita perlu bersaing lagi kerana Sri Lanka juga mengeluarkan kualiti yang sama. Indonesia juga sekarang sedikit sebanyak, mereka ada mengeluarkan berbentuk macam SMR I 0. Begitu juga Thailand, kita lebih faham Thailand mempunyai R&D yang cukup baik di kalangan negara-negara Asean. Kalau cakap sahaja R&D, dia sudah buat dulu dab.

Saya teringat lagi masa hendak supply anak-anak ikan keli, orang baru hendak bekal (supply) sahaja, dia sudah bekal dahulu, buat penyelidikan. Jadi kita perlu bekerja keras untuk menentukan Rubber Hi-Teck Park ini mendapat sumbangan-sumbangan serta penglibatan-penglibatan pihak swasta yang lebih serius supaya dapat menjadi satu kenyataan di suatu hari nanti merupakan satu teknologi yang canggih supaya dapat bersaing dalam pasaran antarabangsa. Saya rasa itulah sahaja perbahasan saya, dengan ini saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Ding Seling: Kementerian diminta menjawab.

5.15 ptg.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama [Cik Siti Zainab binti Abu Bakar]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi yang telah turut membahaskan tentang Rang Undang-Undang bernama Akta Pasaran Getah Malaysia (Perbadanan) 1962. Yang Berhormat telah menimbulkan beberapa perkara pertamanya mengenai tentang pemasaran, berhubungkait dengan pemasaran getah di Malaysa ini. Kementerian sedar bahawa satu dasar pemasaran dan perkhidmatan getah yang selaras dengan pengluasan definisi industri getah daripada hanya sebuah industri sektor perladangan kepada sebuah integrated economy activity yang menggabungkan pelbagai aktiviti pengeluaran up-stream dan down­stream adalah penting bagi menentukan pengekalan pasaran yang ada dan penembusan pasaran-pasaran baru untuk basil keluaran getah negara.

Malaysia menghadapi persaingan hebat bukan sahaja daripada synthetic rubber tetapi juga negara-negara pengeluar getah asli sendiri. Sebagai usaha untuk mengekalkan kuasa daya saing negara, strategi utama pasaran getah di mana lalu telah memberi penekanan kepada soal competitive edge. Melalui pengeluaran dan pemasaran getah yang berkualiti tinggi, Malaysia berupaya menjual getah dengan premium yang lebih baik berbanding dengan pengeluar-pengeluar lain bukan sahaja di pasaran-pasaran tradisi tetapi juga di pasaran-pasaran baru antarabangsa.

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

38 DN.6.8.1996

Walaupun begitu pengeluaran getah negara yang terus menunjukkan arab aliran yang menurun sejak beberapa tahun yang lalu akan mengakibatkan negara ini kehilangan pasaran eksportnya secara default. Di samping itu masalah-masalah lain seperti kenaikan kos buruh, disebabkan kekurangan tenaga pekerja yang meruncing juga akan menjejaskan daya saing negara ini dalam pasaran getah asli.

Tuan Yang di-Pertua, di antara strategi-strategi yang dikenal pasti sebagai teras kepada dasar pemasaran getah ialah:

meningkatkan lagi daya saing getah Malaysia melalui perubahan pendekatan daripada 'mass marketing approach' kepada 'nish marketing' atau pemasaran makro.

melaksanakan pendekatan yang bersifat proaktif dan bukan reaktif;

memperluaskan dan mengenal pasti sektor-sektor baru seperti engineering dan construction di mana getah asli boleh digunakan dan dipasarkan;

memberi penekanan kepada pasaran domestik yang pesat berkembang;

mewujudkan saluran pemasaran yang lebih efisien melalui penyebaran maklumat atau networking yang lebih pesat;

memperluaskan skop pasaran dengan mengenal pasti dan melaksanakan program-program promosi kepada pasaran-pasaran baru untuk semua jenis pengeluaran getah di samping memperkukuhkan kedudukan pasaran­pasaran yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan peranan Mardec yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, kegiatan utama Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (Mardec) ialah dalam pemerosesan dan pemasaran getah pekebun kecil. Objektif utamanya ialah menaikkan mutu getah mereka supaya mendapat harga premium. Ini diusahakan dengan memproses getah di pusat-pusat pemerosesan dan pemasarannya. Mardec sedang menguruskan 15 kilang yang memproses SMR dan getah terperincian teknik lain termasuk latex pekat. Dalam abad yang lepas, Mardec telah mengeksport lebih 800 tan metrik getah pekebun kecil bemilai RM1,500 juta ke-62 negara. Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat, kementerian akan mengambil perhatian dan ingatan.

Mengenai dengan cadangan supaya RIM pergi ke hi-tech, untuk makluman Yang Berhormat, RIM pada masa ini telah dan akan terus menjalankan penyelidikan­penyelidikan penting untuk mempelbagai dan meningkatkan kegunaan dan penggunaan getah serta mengemukakan getah-getah baru bagi penggunaan dalam industri-industri, antaranya seperti berikut:-

(i) penyelidikan dalam kejuruteraan dan pemecilan gegaran;

(ii) penyelidikan dalam industri tayar;

(iii) penyelidikan dalam industri automatif;

(iv) penyelidikan dalam industri pengangkutan;

(v) penyelidikan dalam industri laut, samudera atau marine industry, dengan izin dan penyelidikan dalam industri tenaga elektrik.

Lain-lain cadangan dan saranan oleh Yang Berhormat akan kementerian mengambil perhatian. Sekian, terima kasih.

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 39

Tuan Ding Seling: Ahli-ahli Yang Berhonnat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa

[Tuan Ding Seling mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal1 hingga 14 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

5.20 ptg.

RANG UNDANG-UNDANG KAST AM (PINDAAN) 1996

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Wong See Wah]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya suatu rang undang-undang bertajuk suatu akta untuk meminda Akta Kastam 1967 dibaca bagi kali yang kedua.

Akta Kastam 1967 adalah undang-undang yang mentadbir dan mengawal pungutan cukai kastam yang mana pelaksanaan akta ini dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Tujuan utama akta ini ialah untuk memungut basil untuk kerajaan dengan mengenakan kawalan tertentu dalam pelaksanaannya.

Tujuan utama pindaan dibuat ke atas Akta Kastam 1967 adalah untuk melaksanakan perkara-perkara yang dipersetujui di bawah perjanjian berhubung dengan penubuhan Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand (Malaysia-Thailand Joint Authority - MTJA) dengan izin, untuk mengusaha sama mencari gali dan pengeluaran bahan-bahan petroleum di kawasan pembangunan bersama (Joint Development Area -IDA), di Teluk Siam.

Peruntukan-peruntukan khas perlu diwujudkan dalam Akta Kastam 1967 bagi membolehkan penguatkuasaan Artikel 16, Perjanjian Penubuhan MTJA yang memperuntukkan perkara-perkara perkastaman di IDA. Dengan meminda Akta Kastam 1967, segala hal ehwal perkastaman terutamanya mengenai pergerakan keluar masuk barang-barang di IDA akan dapat dikawal selia oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Pada asasnya cadangan pindaan ke atas Akta Kastam 1967 dibuat berasaskan alasan-alasan berikut:-

(i) untuk memberi takrif bagi kawasan pembangunan bersama Joint­Development Area (IDA) di bawah Akta Kastam 1967;

(ii) untuk membo1ehkan Menteri Kewangan membuat peraturan-peraturan di bawah Akta Kastam 1967 bagi mengawal selia pemindahan barang­barang ke dalam dan dari IDA dengan meminda seksyen 142, Akta Kastam 1967; dan

(iii) memasukkan peruntukan-peruntukan baru berhubung dengan takrif pergerakan barang-barang keluar masuk bagi IDA.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

40 DN.6.8.1996

Fasal 2 bertujuan meminda subseksyen 2(1) akta untuk memasukkan takrif bagi Joint-Development Area. Pindaan ini berbangkit daripada kemasukan bahagian 19(b) yang baru.

Fasal 3 bertujuan meminda seksyen 142 akta untuk memberi menteri kuasa membuat peraturan-peraturan untuk mengawal selia pemindahan barang-barang ke dalam dan dari kawasan pembangunan bersama.

Fasal 4 bertujuan memasukkan bahagian baru 19(b) untuk mengadakan peruntukan khas berhubung dengan kawasan pembangunan bersama.

Seksyen 163H yang dicadangkan menyatakan hal keadaan yang di bawahnya. Barang-barang yang dipindah ke dalam atau dari kawasan pembangunan bersama disifatkan di mana berkenaan sebagai diimport atau dieksport atau pergerakan dalaman.

Subseksyen 1631 yang dicadangkan membuat peruntukan bahawa duti import atau eksport hendaklah kena dibayar atas barang-barang yang diimport atau dieksport itu.

Rang undang-undang ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi [Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Ding Seling: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama satu akta untuk meminda Akta Kastam 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Tuan Charern Intachat.

5.26 ptg.

Tuan Charern Intachat: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya sokong pindaan rang undang-undang ini. Cuma saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan tentang fasal4 seksyen 1631. Kalau kita Iihat di seksyen ini, barang-barang yang diimport atau dieksport dari kawasan pembangunan bersama akan dikenakan cukai. Dua negara iaitu negara Thailand dan Malaysia yang terlibat dalam kawasan pembangunan bersama ini mempunyai kadar cukai import dan eksport yang berbeza. Jadi, kalaulah cukai import ataupun eksport dikenakan, kadar cukai negara manakah yang akan dikenakan? Sekian.

Tuan Ding Seling: Yang Berhormat Puan Mastika Junaidah binti Husin.

5.27 ptg.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua. Saya juga turut bangun untuk membahaskan akta yang dinamakan Akta Kastam (Pindaan) 1996.

Terlebih dahulu saya mengucapkah tahniah kepada pihak kerajaan yang telah pun berjaya membentangkan akta ini. Akta ini memang kena pada tempatnya kerana kita difahamkan bahawa akta ini adalah berkaitan dengan pembangunan bersama di antara negara kita dan negara jiran. Pada masa ini pembangunan terbaru yang ada di negara kita yang diwujudkan oleh kerajaan dengan negara-negara jiran seperti Projek Pembangunan Segi Tiga Utara sudah tentu memerlukan sistem perundangan yang membolehkan pembangunan ini dapat dilaksanakan.

Saya kira tanpa usaha-usaha untuk kita meminda atau menyesuaikan peraturan­peraturan yang ada, ia akan menghambat ataupun melewatkan pembangunan-pembangunan yang ingin dilaksanakan di kawasan-kawasan yang melibatkan dua negara yang saya sebutkan tadi.

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 41

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan tahniah kepada pihak kastam kerana baru-baru ini timbul perkara mengenai pembinaan tembok di antara negeri Perlis dan juga negara Thailand. Kita dapati negarajiran amat sensitif dengan pembinaan tembok ini dan ada ketikanya mereka telah menghantar Ahli-ahli Parlimen untuk meninjau pembinaan tembok yang telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perlis bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan saya kira.

Tuan Yang di-Pertua, jika kita lihat sejarah dan jika kita pemah me1ihat di dalam te1evisyen misa1annya, apa yang disebutkan 'Tentera Semut'. laitu penyeludupan yang ber1aku di antara negara jiran dan negara kita. Dengan adanya pembinaan pagar yang telah pun dilakukan, kalau saya tidak silap dua tahun yang lalu, kos pembinaan pagar yang te1ah pun dilaksanakan oleh kerajaan kita telah didapatkan kembali kos ini dalam masa mungkin tiga atau empat tahun. Kita telah dapat membiayai kos ini yang saya difahamkan. Saya rasa pihak kementerian dapat menjelaskan kedudukan ini. Ini bermakna selama ini apabila sempadan kita tidak kita kawa1 dengan sebaik-baiknya, banyak pendapatan yang sepatutnya kita dapati telah pun tidak menjadikan satu revenue ataupun pendapatan kepada pihak kerajaan.

Dengan itu, apabila kami di negeri Perlis berjumpa dengan perwakilan-perwakilan dari negara jiran, walaupun mereka menyuarakan rasa tidak puashati ataupun rasa suspicious, dengan izin, dengan pembinaan tembok yang telah pun dibuat oleh pihak kita, kami menjelaskan bahawa dengan adanya pembinaan pagar, kita telah dapat mengutip pendapatan (revenue) yang begitu besar yang mana selama ini pendapatan ini tidak dapat kita kawal (control) kerana walaupun kita ada kastam di sempadan tetapi pihak kastam tidak akan dapat menjaga sepanjang sempadan. Penyeludupan berlaku dengan berleluasa di mana-mana.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita melihat lagi pihak TV3 telah pun menyiarkan satu siaran yang menunjukkan masih lagi ada penyeludupan di sempadan walaupun kita telah mengadakan pagar, tembok dan sebagainya.

Saya menyarankan kepada pihak kastam supaya tugas-tugas ataupun kerja-kerja mengawal penyeludupan ini dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya.

Tuan Yang di-Pertua, dua perkara lagi saya rasa adalah perkara yang serius, saya ingin bercakap di dalam beberapa kali perbincangan yang ada di Dewan ini, tetapi tidak berkesempatan dan saya mengambil peluang untuk memperkatakannya di dalam membahaskan Akta Kastam ini, iaitu penyeludupan dadah dan penyeludupan pil 'ecstasy'. Negara kita saya kira adalah negara yang bersih daripada operasi ataupun daripada industri pengeluaran dadah.

Saya tidak tahu sama ada dadah ini dikeluarkan di negara kita. Setahu saya tidak ada dadah dikeluarkan dari negara kita. Dalam ingatan saya, dalam bacaan saya, dalam rujukan yang saya buat, tidak ada dadah dikeluarkan daripada negara kita, tetapi dalam masa yang sama rakyat negara kita telah pun terlibat dengan kegiatan menagih dadah !ai seramai hampir 200,000 orang ataupun mungkin 190,000. Ada yang menyebut 170,000, kita tidak ada angka yang begitu tepat, tetapi untuk perkiraan kita yang mudah, kita katakanlah 200,000 orang rakyat di negara kita terlibat dengan dadah. Mereka ini adalah terdiri daripada kumpulan yang produktif atau kumpulim yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Kalau kita kira mereka yang mendapat tekanan atau mereka yang termasuk di dalam golongan 'silence sufferer', orang-orang yang mendapat tekanan dari penglibatan dadah, walaupun mereka bukan penagih dadah iaitu terdiri dari isteri, anak, keluarga dan sebagainya, kalau dikali dengan lima hampir 1 milion penduduk di negara kita menghadapi tekanan ataupun menghadapi masalah dadah yang saya sebutkan tadi.

Baru-baru ini kami telah mengadakan seminar kaunseling untuk pemulihan dadah. Satu pendapat dikemukakan oleh bekas penagih dan saya kira pendapat ini juga harus kita

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

42 DN.6.8.1996

flkirkan dan kita sendiri mungkin terflkir, kenapa kita mengeluarkan perbelanjaan yang begitu banyak untuk kita menangkap ataupun untuk menempatkan penagih-penagih ini di Pusat-Pusat Serenti?

Kita menubuhkan satu agensi yang baru iaitu agensi dadah kebangsaan, kita menempatkan ramai lagi pegawai-pegawai untuk menyelesaikan ataupun menghadapi masalah ini, tetapi dari segi penyeludupan dadah, sumber dadah yang masuk ke negara kita. Bagaimana sumber ini tidak dapat kita kawal? Ini adalah satu soalan yang saya kira perlu kita semua flkirkan. Kita cuba menyelesaikan masalah itu tidak dari akar umbi. Akar umbinya adalah dadah itu sendiri dapat masuk ke negara kita. Sudah tentu sempadan­sempadan kita dapat dibolosi oleh mereka yang mengedarkan dadah ini. Ini adalah merupakan satu perkara yang kadang-kadang menimbulkan satu tanggapan yang tidak baik kepada keselamatan di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, masalah dadah sedang kita hadapi dengan begitu hebatnya. Pemadam satu ketika hampir merasa kecewa dengan apa yang berlaku di negara kita. Walaupun kita ada Pemadam, tetapi nampaknya sehingga hari ini Pemadam belum lagi dapat benar-benar berperanan untuk mengatasi masalah ini, kerana kemasukannya tidak dapat kita kawal.

Tuan Yang di-Pertua, pagi tadi saya melihat siaran TV, saya tidak pasti TVI atau TV3 mengenai pil 'ecstasy'. Saya kira kemasukan pil khayal ke negara kita ini bukan sahaja merupakan satu fenomena sebagai suatu urusniaga bagi pihak yang mencari keuntungan, tetapi saya bimbang pil ini akan menjadikan satu fenomena di mana akan melemahkan rakyat kita.

Kita tabu satu ketika negara China runtuh. Keruntuhan yang berlaku adalah kerana perang candu. Kita harus berhati-hati kerana pil 'ecstasy' ini dijual dengan harga yang mahal, sudah tentu orang yang menjualnya mendapat untung yang besar, tetapi itu bukan persoalannya. Walaupun itu juga merupakan satu persoalan yang penting, tetapi saya kira ada satu perkara penting yang harus kita flkirkan, siapa yang membeli pil-pil ini? Saya kira pil-pil ini bukan dibeli oleh budak-budak yang Iepak, bukan dibeli oleh remaja­remaja yang Iepak, yang tidak ada wang, ia dibeli oleh mereka yang mempunyai pendapatan yang lumayan. Sebiji pil ini berharga RMlOO ataupun RM200.

Saya difahamkan pil ini digunakan bagi tempat-tempat hiburan, disko, tempat hiburan private dan sebagainya, sudahlah pil ini dijual dengan harga RMIOO-RM200, air yang berharga RM2.50 dijual dengan harga RM25. Mereka yang menjalankan kegiatan ini sudah jelas ingin mengaut keuntungan seberapa banyak yang mereka dapat, tanpa memikirkan keselamatan dan juga tanpa memikirkan masa depan negara kita.

Apa yang saya sebutkan tadi, apabila pagi tadi saya mendengar pil ini dijual dengan harga yang begitu mahal, saya terflkir - saya kira bukan remaja-remaja yang membeli pil ini, bukan terdiri daripada remaja-remaja Iepak, anak-anak yang tidak ada wang, mungkin eksekutif-eksekutif kita, mungkin pegawai-pegawai kita, mungkin mereka yang terlibat dengan industri yang sedang berkembang di negara kita. Tidakkah kita terflkir ini adalah satu perang sarafyang boleh merosakkan negara kita.

Satu perkara lagi yang saya agak hairan, apabila tangkapan-tangkapan dibuat oleh pihak polis, dalam satu tangkapan yang dibuat di Pulau Pinang, didapati pil ini berjumlah 1,000 lebih bilangannya. Pembawanya ialah daripada Singapura. Begitu juga tangkapan dibuat di Selangor, tangkapan dibuat dibeberapa tempat. Pintu masuknya, kalau saya lihat dari laporan yang dipaparkan pagi tadi, pintu masuknya ialah dari Singapura.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira kastam adalah merupakan salah satu agensi yang peranannya adalah untuk mengutip basil negara di samping menjaga penyeludupan. Saya kira perkara ini bukanlah perkara yang perlu kita pandang ringan, kerana seperti saya

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 43

sebutkan tadi negeri China pernah collapse, dengan izin, kerana perang candu. Kita bimbang satu hari nanti negara kita yang rakyatnya 19 juta ataupun 20 juta, I milion telah pun depressed, dengan izin, oleh kerana dadah, dan sekarang ini, pi! ini sedang berleluasa di negara kita tanpa kawalan. Kita bimbang apa akan jadi kepada masa depan negara kita .....

Tuan Hanipah bin Ahmad: [Bangun]

Tuan Ding Seling: Yang Berhormat Tuan Hanipah bin Ahmad berdiri.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan. Saya sendiri tidak memahami apakah khasiat yang ada pi! yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi? Saya minta sedikit penjelasan dan saya difahamkan pagi tadi TV3 ada membuat satu temu bual dengan seorang S.B tentang pi! yang berkenaan. Jadi penjelasan dari pihak yang berkenaan tidak begitu jelas, kemungkinan Yang Berhormat sendiri lebih maklum, apakah khasiat yang boleh kita dapat daripada pi! yang berkenaan?

Tuan Ding Seling: Silakan.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Tuan Yang di-Pertua, saya pun tidak pernah cuba pi! ini, [Ketawa] jadi saya tidak dapat hendak ceritakan khasiatnya. Apa yang saya tabu, baru-baru ini saya rasa Yang Berhormat juga hadir di Johor dalam Perhimpunan Agung Pemadam dan kita dimaklumkan oleh Yang Berhormat Yang di­Pertua Pemadam Dato' Megat Junid, perkembangan pi! ini amat membimbangkan kita. Ia adalah merupakan dadah.

Apabila disebut dadah kita tabu pi! ini merbahaya dan daripada bacaan saya, saya dapat makluman mengenai pi! ini apabila digunakan, ia memberikan tenaga yang berlebihan sehingga mereka yang pergi disko boleh berdisko sampai pukul 5.00 pagi. Apabila dia mengambil pi! ini dia tidak dapat membezakan antara baik dan buruk - tidak dapat membezakan Jagi, yang dia tabu khayal, dia akan khayal dengan pi! ini dan ada yang mengambil pil ini akan pengsan kerana pil ini 'effect'nya, serangannya atau kesannya kepada otak .....

Tuan Ding Seling: Yang Berhormat juga sebut fasal minuman tadi. Adakah pi! itu dicampur?

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Apa yang saya sebutkan tadi berkenaan dengan minuman, ia adalah merupakan satu perniagaan. Daripada bacaan saya difahamkan, mereka yang mengambil pil ini mereka boleh berdisko, boleh menari sampai ke pagi, peluh akan keluar dengan banyaknya. Ia perlu menggantikan cecair badan dan dia perlu minum dengan banyak. Jadi, apabila keperluan minum menggantikan air dalam badan, walaupun air yang berharga RM2.50, di tempat-tempat ini mereka menjual sebotol air mineral agaknya RM25. Ini saya difahamkan, maknanya .....

Tuan Ding Seling: Tidak ada pi! di dalamnya?

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Ya?

Tuan Ding Seling: Pi! tidak ada dimasukkan di dalamnya?

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Saya tidak tabu macam mana caranya mereka menggunakan pi! ini.

Tuan Yang di-Pertua, jadi, saya berpendapat dan saya kira ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya pi! ini dapat kita kesan kemasukannya dan dapat diambil tindakan supaya ia tidak berleluasa. Jika keadaan ini berleluasa, ia akan menggugat kemajuan dan juga pencapaian yang ada di negara kita. Saya yakin dan percaya kerana apa yang saya perkatakan ini saya rasa, saya kira pi! ini baru masuk dalam setahun Jebih. Serangan ini baru bermula, kita harus bersihkan negara kita daripada keadaan ini supaya

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

44 DN.6.8.1996

eksekutif-eksekutif muda kita yang mempunyai pendapatan yang lumayan, mereka dapat menjuruskan ataupun menggunakan pendapatan mereka untuk kebaikan diri mereka, keluarga dan juga masyarakat. Ini berbalik kepada masalah sosial yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dalam ucapan beliau dua hari yang lalu, solution ataupun cara untuk kita menghadapi masalah yang ada hari ini adalah dengan cara kita memperbaiki institusi keluarga itu sendiri. Kalau dengan adanya serangan-serangan yang sebegini sudah tentu produktiviti kita akan menurun dan masalah keluarga akan meningkat dan akan berleluasa di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berhajat untuk memanjangkan ucapan saya, cuma saya sekali lagi memohon kepada pihak Kastam supaya dadah dan juga pil-pil khayal yang masuk ke negara kita ini dapat dikesan, dapat dicari mekanisme ataupun cara bagaimana ia dapat dibanteraskan sebaik-baiknya.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya turut menyokong Akta Kastam (Pindaan) 1996. Terima kasih.

Tuan Ding Seling: Ya, Tuan Mustaffa Kamal.

5.42 ptg.

Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, saya hanya mengambil sedikit masa untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang Akta Kastam (Pindaan) 1996 ini.

Kita berterima kasih kepada pihak Kastam kerana menjalankan tugas untuk memungut cukai dan sebagainya bagi memenuhi keperluan negara. Dalam pada masa itu juga pihak Kastam ini seharusnya kita ambil perhatian terutama daripada kementerian, kerana apa yang saya lihat dan apa yang saya tabu di samping 'tentera semut' ini di darat saya rasa di !aut juga tidak kurang pentingnya, duyung-duyung juga menyeludupkan barang-barang. Kenapa saya panggil duyung-duyung tidak panggil semut kerana setiap kali tangkapan penyeludupan rokok, tangkapan penyeludupan minuman keras, kita hanya jumpa bot sahaja atau perahu sahaja, tak jumpa siapa pun penghuni di dalamnya. Pada hal kadangkala benda itu jauh daripada pantai, bagaimanakah dalam sekelip masa penyeludup­penyeludup ini yang terdiri daripada yang kita kategorikan duyung boleh hilang.

Kita terbaca dalam akhbar dan kita terlihat dalam kaca TV, penangkapan kadang­kadang penuh satu sampan atau penuh satu bot dengan rokok, dengan minuman keras akan tetapi hila pembaca pemberita itu, dia kata, tidak ada tangkapan dibuat kerana tidak ada orang di dalam bot. Ini amat pelik ditengah !aut, bagaimanakah mereka ini boleh meluluskan badan dalam sekelip mata? Inilah yang menimbulkan persoalan, bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Apakah duyung-duyung menjalankan tugas-tugas ini? Ini yang perlu dijelaskan, kerana saya rasakan kalau perkara ini kita tidak banteras, setiap kali kita membuat tangkapan yang jumpa hanya barang, orangnya kita tidak jumpa. Tangkap bot, lelong bot, itulah kerja kita. Kita tidak dapat membawa penyeludup-penyeludup itu ke muka pengadilan. Kita boleh membuat bancian, kalau sepuluh tangkapan, berapa yang ada orang? Berapa yang ada penyeludup? Boleh dikatakan hanya dua, tiga sahaja, yang lima, enam lagi sudah hilang. Bagaimana mereka boleh hilang? Pada hal mereka ini di dalam air, di atas air, kecualilah di dalam mangrove area, dengan izin, atau paya !aut, mungkin mereka boleh menyorok kepada pokok bakau dan sebagainya. Ini kadang-kadang di tengah !aut pun orang tak ada, amat hairan dan pelik. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Pihak-pihak Kastam ini perlu kita bekalkan dengan kelengkapan yang canggih.

Tuan Yang di-Pertua, kerana kelengkapan ini amat mustahak, saya lihat sendiri bot-bot Kastam ini di Pelabuhan Kelang itu pun injinnya pun injin lama, pakai Johnson, betul 200 volt power, dua biji. Sekarang di Malaysia ini kalau yang hendak canggih,

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 45

Johnson sudah tidak dipakai lagi, orang pakai brand yang lain. Apa salahnya kita memikirkan teknologi yang lebih canggih untuk Kastam ini? Bot-bot yang lebih baik, yang lebih laju 50 knot kerana yang ada itu sekarang sungguh pun boleh mencapai tahap itu tetapi tidak begitu berupaya untuk laju. Kalau Nabi Muhammad, Rasulullah sendiri pun hidup pada masa ini, dia tidak akan menggunakan unta, dia akan menggunakan Porsche ataupun personal jet. Tidak akan memakai pedang, dia akan menggunakan M 16, Bazuka dan sebagainya. Begitu juga negara kita, negara kita sudah moden, negara kita ·ada duit, berilah keselesaan kepada Kastam, pakai bot yang baru.

Sekarang apa yang dimaklumkan teknologi baru daripada Jerman joint venture dengan Rusia. Ada satu bot yang boleh lari 50 atau hingga 75 knot satu jam, yang berharga tidak sampai US$2 atau US$3 juta. Apa salahnya kita gunakan bot yang canggih-canggih. Ini berilah bot yang saya rasa bakal-bakal yang hendak dibawa ke muzium kastam. Injinnya pun kita boleh semak, lima-enam tahun punya injin, hendak kita suruh dia hambat penyeludup, bot penyeludup lagi lebih laju. Depa pakai injin Nissan, pakai B8, dua biji, dua kipas, berdesup lari macam mana kita hendak hambat, kalau bot kita pun terhegeh­hegeh di tengah !aut itu dengan ombak yang alunnya yang maha dahsyat. Ini kena kita flkirkan, belanjalah sedikit kerana kita pungut cukai pun banyak, tak kurang berbilion­bilion ringgit, apa salahnya kita belanjakan.

Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri pun boleh lihat, bagaimana di Johor, di Pelabuhan Kelang, di Pulau Pinang, yang sedih saya baru ini pergi ke Kuala Terengganu, dekat Hotel Seri Malaysia itu adalah depot Kastam, dia parking dia punya bot itu, 15 minit dia tak boleh bergerak lagi, bila start pun tak boleh hidup injin itu, bayangkanlah selama 15 minit penyeludup pergi ke mana? Penyeludup sudah boleh tidur lena di rumah. Penyeludup ini dia satu minit pun paling mustahak. Gantilah bot itu, kenderaan-kenderaan empat pacuan roda yang baru pun berilah, janganlah land cruiser lama, Pajero yang lama, hendak hambat penyeludup pun tak lalu, berilah kereta yang lebih baik dan selesa. Bukanlah kita hendak ampu pihak Kastam, tetapi keadaan keperluan ini amat perlu saya rasakan.

Kalau tak percaya cakap saya, kita semua pergi tengok, buat siasatan sendiri, ke Johor, ke Pelabuhan Kelang, ke Pulau Pinang, apa yang jadi kepada mereka. Kadang­kadang mereka ini pun kalau tengok injin pun sudah tak elok, bot pun tak selesa hendak duduk, mereka pun malas hendak menjalankan tugas kerana tugas ini maklumlah di waktu malam dengan sejuk dan sebagainya di tengah-tengah laut.

Walau bagaimanapun, kita berterima kasih mereka masih mampu menjalankan tugas seperti sedia kala. Ini mengenai apabila saya baca di sini dalam rang undang-undang ini, ada 'in transit' - maknanya kita singgahkan barang itu di satu tempat. Memang saya berterima kasih kepada pihak kerajaan. Pihak kerajaan akan menggalakkan import dan re­export dan menggalak ceramah yang dibawa oleh bank dan juga Kastam supaya menggalakkan rakyat Malaysia ini membeli barang dan re-export. Tetapi, ada perkara­perkara yang perlu kita perhatikan dengan lebih serius. Baru-baru ini saya ingat, setahun atau dua tahun sudah, dalam sebuah akhbar terpampang bahawa bot-bot kayu ataupun tongkang tidak lagi dibenarkan untuk membawa komoditi-komoditi yang boleh dire-export, sebagai contoh kayu daripada Indonesia yang menggunakan tongkang akan dipunggah di Pelabuhan Kelang. Bila hendak re-export kena cukai balik, ini berlaku sekarang. Bila hendak re-export kena cukai, kenakan levi tax, pada hal kayu itu datang daripada Sumatra, inijelas.

Kalau Ahli Yang Berhormat hendakkan detail siapa yang eksport, siapa yang re­export, saya boleh berikan, tetapi secara bertulis, kerana perkara ini berlaku. Dia belikan komoditi kayu itu dengan harga RM800 satu tan. Dia akan memasarkan re-export balik ke negara kedua atau negara yang ketiga dengan harga pasaran antarabangsa. Katakanlah RM1,300 tetapi ia dikenakan levi tax lagi sekarang ini. Bagaimanakah ia mampu untuk

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

46 DN.6.8.1996

mencari keuntungan? Dan tidak gunalah pihak kerajaan membuat warehouse untuk re­export programme.

Saya tanya kenapa tidak buat ini? Dia kata, "fasal datang dengan tongkang kayu, kalau datang dengan tongkang besi boleh terima". Apakah perbezaan kapal kayu dengan kapal besi? Cuma satu tahan lama dan yang satu tidak taban lama - itu pada pandangan saya. Kita banyak kemudahan-kemudahan komoditi daripada negara-negara lain yang boleh di re-export, dari Burma sendiri. Tongkang-tongkang dari Burma tidak dibenarkan masuk ke Pelabuhan Pulau Pinang untuk membawa komoditi seperti buah pinang kering, ada buah yang susah hendak cakap, di Kelantan di panggil buah ketereh (biji gajus), di sebelah sana di panggil ketereh atau apa? Susah hendak sebut sedikit - bahasa baku. Barang ini di pasaran memang amat baik. Di Burma sendiri buah ini memang banyak dan didapati dengan harga yang murah. Kita boleh re-export balik barang ini, akan tetapi, apabila tongkang kayu ini, yang ada pendaftaran, ada nama - katakan MYI450 dan sebagainya, ada terdaftar. Dia cukup dengan bill of lading dan sebagainya - apa salahnya kalau kita terima. Tetapi saya tidak tabu di mana kesilapannya. Jenis macam ini tidak diterima untuk masuk ke port.

Negara lain seperti Thailand mengambil keputusan bahawa mereka akan mengambil barang ini - senang dan cara mudah, orang jual kita ambil dan re-export balik. Sekarang, segala produk ini Thailand yang mengambil kesempatan daripada kelemahan kita. Saya tidak tabu sama ada kerajaan Malaysia yang tidak benarkan masuk ke Pelabuhan Pulau Pinang atau kerajaan Burma, tetapi yang pasti benda ini tidak boleh masuk melalui tongkang-tongkang yang menggunakan kayu. Dia mahukan kapal yang berbentuk besi dan bertulis serta berdaftar. Ini pun berdaftar juga. Kita minta pada pengeksport siapkan bill of lading dan bill apa semua - apa salahnya, supaya kita hendak menggalakkkan negara kita ini menjadi negara yang maju, negara yang ada saingan dengan negara-negara lain, kita boleh re-export. Kita harus mempelajari dari negara-negara jiran, seperti Singapura dan sebagainya yang membeli dan re-export balik. Tidaklah kita cuma melihat barang ini, takut penyeludupan berlaku dan sebagainya.

Saya tabu tujuan sebenarnya ialah kerajaan tidak mahu penyuludupan berlaku melalui tongkang-tongkang kayu ini. Kita buat satu undang-undang, kita buat satu peraturan yang lebih jelas supaya mereka ini dapat memberi sumbangan kepada negara kita, kecualilah mereka membawa barang yang tidak ada dalam senarai shipment mereka. Itu salah dari segi undang-undang tetapi kalau disenaraikan dalam senarai shipment mereka, ada bill of lading dan ada pembeli, saya rasa perkara ini boleh berlaku. Disamping itu juga mencegah daripada penyeludupan - ini amat baik. Mereka itu pendatang juga, perlahan-perlahan mereka seludup, kita tidak dapat kawal perkara ini.

Jadi, saya rasa itulah perbahasan yang dapat saya ambil pada petang ini dan dengan ini saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Ding Seling: Tuan Haji Abu Bakar bin Ismail.

5.55 ptg.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bangun untuk menyokong rang undang-undang yang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Kastam 1967.

Ada beberapa perkara yang hendak saya sentuhkan dalam menyokong pindaan ini. Pertamanya, saya sendiri ingin meminta penjelasan daripada pihak kerajaan tentang rasionalnya naskhah sahib dalam bahasa Inggeris. Kita telah beberapa kali mengingatkan bahawa penggunaan bahasa sekarang ini tidak diberi keutamaan. Ini satu contoh. Saya ragu-ragu sama ada bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tidak mampu untuk kita gunakan

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 47

bagi menterjemahkan segala pindaan-pindaan. Ada beberapa pindaan yang masih lagi menggunakan bahasa lnggeris.

Saya hendak mendapat penjelasan, adakah kerajaan berpendapat masih perlu bahasa Inggeris ini diberi keutamaan, terutama dalam ha] yang bersangkut dengan pindaan undang-undang. Saya berasa kurang senang dengan pendirian ini, sedangkan pindaan undang-undang dan lain-lain kita boleh gunakan bahasa Malaysia, tetapi perkara-perkara kecil masih digunakan bahasa lnggeris. Itu satu.

Berikutnya, saya sendiri ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan iaitu Rang Undang-undang ini yang hanya melibatkan di antara kerajaan Malaysia dengan Thailand. Kita tabu sempadan dengan negara kita ini adalah Thailand di sebelah utara dengan Malaysia, kemudian Indonesia dengan Malaysia, kemudian ada pulau-pulau yang sekarang ini menjadi tuntutan bertindih yang ada kemungkinan suatu hari akan menjadi kawasan pembangunan bersama, yang disebut di sini sebagai joint development area, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan atas rasional apakah rang undang-undang ini dipinda, khususnya yang melibatkan sempadan Thailand dengan Malaysia sahaja. Apakah realiti keperluan dari segi pembangunan bersama dengan Indonesia itu tidak perlu rang undang-undang ini? Ini harus diftkirkan. Dan apakah kemungkinan satu masa nanti kita akan membuat joint development arear, dengan izin, di pulau-pulau yang menjadi tuntutan bertindih seperti Pulau Spratly dan ada pulau yang Indonesia kata hak dia dan ada pulau yang Singapura pun kata hak dia. Ada kemungkinan besok nanti akan dicapai satu persetujuan di mana kita akan bangunkan bersama, kita benarkan perusahaan pemiagaan secara bersama. Ini kemungkinan yang harus kita ftkirkan, kalau tidak apa perlunya Perdana Menteri membuat Wawasan 2020. Kita harus memikirkan ke arab itu.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi, saya juga ingin mengemukakan di sini tentang bidang kuasa pihak-pihak yang terlibat dengan sempadan ini. Sekarang ini kita lihat seolah-olah kerajaan Malaysia banyak bertolak ansur. Saya minta maaf, ini Dewan yang mulia, kita adalah kerajaan yang bermaruah. Kita bercakap di tempat yang kita diberi hak dan diberi kuasa - seolah-olah kita ini lebih bertolak ansur, lebih memberi jalan dan lebih membuat sesuatu hal dan apabila kita tengok siaran TV3 baru-baru ini, dalam Majalah TV, kalau saya tidak silap, penyeludupan itu berlaku di sebabkan oleh satu pihak. Dia bawa masuk barang, dia ambil barang kita keluar pergi ke sana - satu pihak. Saya tidak tahulah sama ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tidak bersetuju dengan pandangan saya. Saya bukan iri hati terhadap pihak kerajaan lain yang membuat, mereka ini hendak mencari makan, tetapi realiti, itu yang berlaku.

Saya juga mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia mengeluarkan wang yang begitu banyak dengan membuat tembok dari sempadan di sebelah Perlis sampai ke Kelantan, termasuk Kedah. Kita membelanjakan banyak wang. Kita dok mempertikaikan tembok Berlin, tetapi kita sendiri membina tembok. Apakah hubungan baik di antara kerajaan dengan kerajaan tidak boleh menyelesaikan masalah bersama? Apakah kita lebih pentingkan keselamatan, sedangkan Thailand tidak begitu mengambil kira soal keselamatan negara mereka? Ini harus dipersoalkan supaya negara jiran tidak mempunyai 'question mark", dengan izin, yang begitu lama- sampai sekarang. Apa perlunya itu dan apa rasionalnya? Adakah kita tidak mampu untuk mengadakan kerjasama supaya perkara­perkara ini boleh dibereskan, sedangkan sekarang kerajaan negeri Perlis sudah memohon daripada kerajaan pusat supaya kita wujudkan kawasan perdagangan be bas cukai.

Ini adalah bersesuaian dengan pindaan Rang Undang-undang ini supaya kita mengadakan kawasan pembangunan bersama dan saya menyokong penuh pindaan rang undang-undang ini tetapi, saya minta kalau boleh dimasukkan bersama sempadan dengan

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

48 DN.6.8.1996

Indonesia, sempadan dengan Singapura, sempadan dengan Filipina dan negara-negara Asia Jain yang terlibat. Itu maknanya, besok tidak payahlah bawa Jagi satu rang undang-undang yang lain pula bila timbul masalah dengan negara-negara lain. Kita tidak boleh membuat kerja setakat nampak sebatu, kita kena lihat Wawasan 2020 - saya tidak tahulah, mungkin ada rasionalnya. Saya ingin menyentuh balik berkenaan dengan pembinaan tembok tadi.

Sekarang ini kata Yang Berhormat kawan saya tadi, kerajaan telah dapat mengutip balik hasil, dalam tempoh 3 tahun boleh menampung kos. Tetapi soal kutip balik hasil menampung kos buat itu tak penting. Yang penting, pokoknya mengapa kita perlu buat? Kita hendak jaga supaya tidak memberi penyeludupan senjata, penyeludupan dadah. Yang lain-lain itu, barang dagangan perkara biasalah. Kalau hendak bawa masuk barang yang dia hendak jual ke sini, kita cari jalan bawa masuk, ambil cukai sedikit. Begitu juga barang kita, jaga, kawal. ltu baru namanya hubungan baik di antara negara jiran. Tetapi sekarang kita buat tembok, dan buat tembok pun masih berlaku penyeludupan. Penyeludupan itu pula berlaku di tempat di mana pengawasan itu dijaga. Ada pegawai, ada tentera, ada polis. Tetapi di sebelah Siam, saya tengok tidak ada polis, tidak ada tentera jaga. Orang­orang yang menyeludup itu yang bergerak. Kita jaga semuanya, tetapi tak boleh buat apa­apa. Apa ertinya begini.

Tak bolehkah kita cari jalan, supaya barang boleh dibawa masuk. Cuma periksa jangan bagi ada dadah dan senjata. Kalau hendak ada perempuan bawa masuklah.

[Tuan Yang di-Pertuamempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Terus, teruskan.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Ini gangguan pula. [Ketawa] Bila saya bercakap ada sahaja gangguan.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Itu ada gangguan lagi. Puan Mastika, sila.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Tuan Haji Abu Bakar, apa maksud kalau bawa perempuan bolehlah. Adakah itu dibenarkan oleh peraturan?

Tuan Yang di-Pertua: Itu bukan gangguan, tetapi laluan.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Maksud saya kalau bawa perempuan yang kita pergi berkahwin dengan secara halal, secara ikut peraturan. Kalau bawa perempuan yang tak sah, pendatang haram tak bolehlah. Betulkah, setujukah Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua: Saya tak taholah, pengalaman Yang Berhormat macam itu agaknya. [Ketawa]

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh secara serius. Kadang-kadang kalau kita timbulkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka oleh pihak lain, perkara itu sebenarnya tidak akan berkekalan. Sudah sampai masanya Kerajaan Malaysia . perlu memikirkan semula pembinaan tembok ini. Sebab kalau kita pinda akta ini dan kita membenarkan kemasukan barang-barang, cumanya masalah harga dari segi nilai mata wang Thailand-Siam, ia berbeza. Itu soal boleh diambil kira, boleh diselesaikan, cukai berapa yang hendak diambil ataupun kita hendak bebaskan masuk pada sekian tertentu sahaja. Bila kita buat pasaran bebas cukai, orang Thailand lebih ramai datang bemiaga dengan kita mengambil kesempatan. ltu perkara kemampuan rakyat masing-masinglah. Kalau dia mampu masuk bemiaga, kita benar secara permit sementara, kita ambil cukai dahulu, daripada hasil dia hendak bemiaga kita ambil cukai terlebih dahulu, kita keluarkan surat kebenaran, kita

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 49

boleh kutip basil. Apakah itu tidak boleh dibuat, cuma terhad kepada kawasan lingkungan itu sahaja? Kalau ini boleh dibuat, hubungan di antara rakyat Thailand dengan rakyat Malaysia lebih baik lagi. Mengenai dadah, polis, kastam dan sebagainya dia kena check, dia kena ambil tabu. Macam tadi pil ecstasy, saya dengar katanya pil ini pil syaitan, pil yang boleh menghayalkan. Saya tak tabu sama ada pil ini juga punca remaja kita terlibat dengan sek bebas. Selapas itu hila sudah melahirkan anak, huang anak. Ini kita kena jagalah benda-benda yang bahaya macam ini.

Tuan Yang di-Pertua: Pil apa, pil ecstasy?

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Yang pagi tadi kita tengok dalam TV3.

Tuan Yang di-Pertua: Ya. Makna 'ecstasy' sendiri itu macam khayal, berdengung, lupa daratan.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Yang peliknya, Tuan Yang di-Pertua, pil ini dalam bentuk pil yang dibuat oleh pihak ada kilang, dalam bentuk yang cukup elok. Kalau kita tengok, kadang-kadang kita ingat ini diimport oleh farmasi, kedua jual ubat. Sebagaimana bentuknya, tentu ada kilang tempat orang proses. Yang paling susah sekarang, kita bukan ambillangkah untuk menjaga, mengawal lebih baik daripada berubat, ataupun dikatakan 'prevention is better than cure,' dengan izin. Kita tenggelam punca, kita mencari jalan hendak tempatkan penaggih, hendak selesai masalah remaja, pada hal kita tengok polis tangkap ramai. Takkan daripada tangkapan orang yang terlibat dengan gejala sosial, dengan dadah, tak boleh bertanya mereka daripada mana awak dapat benda ini, siapa yang supply, cari sampai ke grass root, puncanya. Kalau kita tabu puncanya, tidaklah teruk sangat kita buat pusat Serenti. Ini hendak buat bank bayi pula. Tidakkah celaru.

Tuan Yang di-Pertua: Bank bayi?

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Ya,

Tuan Yang di-Pertua: Apakah itu?

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Bank bayi. Saya menentanglah. Buat bank bayi itu samalah dengan hendak menggalakkan orang beranak, huang di situ, beri orang ramai kutip. Sudah tetap macam itu. Macam Pusat Serenti. Sekarang penagih­penagih dadah, ikut rekod berapa banyak sudah jadi penagih semula, tangkap orang itu bubuh balik. Dia rasa lebih selesa, sebab di Pusat Serenti, orang beri makan, ada tempat tidur. Kadang-kadang ada yang kahwin, isteri boleh melawat. Dia dapat layanan yang cukup istimewa. Kalau buat bank bayi esok, semakin banyak, mungkin di Dewan ini pun orang mari huang anak, mudah. [Ketawa] Selepas itu kita pakat dok tengok, masuk surat khabar. Begitulah Tuan Yang di-Pertua, saya ramallah kemungkinan begitu.

Saya menyokong pindaan ini. Tetapi macam saya sebut tadi, kerajaan hams teliti, hams beri perhatian serius, dan pelaksanaannya pula janganlah kadang-kadang yang kecil­kecil dia nampak, yang besar-besar kononnya hendak jaga hubungan baik di antara negara jiran dan dibiarkan. Sekali perkara kita boleh telus, boleh lepas, yang lain besok jadi perkara biasa. Kita kena tegas. Kalau Kerajaan Thailand boleh tegas, Kerajaan Singapura boleh tegas, Kerajaan Indonesia boleh tegas, apa sebab kita sebagai kerajaan berdaulat, bermaruah dalam lingkungan tempat kita sendiri, kita tidak boleh ambil tindakan undang­undang, tidakkah pelik? Orang lain boleh bertindak, sedangkan kita memberi pertimbangan kepada pihak lain. Ini satu-satunya benda yang kadang-kadang menyebabkan kita tak boleh menguatkuasakan undang-undang, sebab kita terlalu memberi tolak ansur, memberi kelonggaran, orang ambil kesempatan. Hal-hal lain yang banyak berlaku sekarimg kerana sikap kita sendiri dalam menguatkuasakan undang-undang.

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

50 DN.6.8.1996

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh pindaan ini, dengan harapan apa yang saya sebut tadi mesti diberi perhatian balik. Yang pertama, tentang, adakah pindaan ini hanya melibatkan kepada Thailand sahaja tanpa mengambil kira Singapura, Filipina dan pulau-pulau yang menjadi tuntutan bertindib? Yang keduanya, dari segi tembok saya sebut tadi, kaji semula adakah masib perlu tembok itu berada di situ, sebab ini bidang kuasa Kerajaan Pusat. Kerajaan negeri tak pemah minta. Kerajaan Pusat yang buat. Jadi, sebab itu saya kena sebut di Parlimen. Jadi, Kerajaan Pusat kena fikirkan semula.

Kemudian dari segi perkara-perkara yang boleh menggalakkan hubungan baik di antara Thailand dengan Malaysia, Indonesia dengan Malaysia, Singapura dengan Malaysia, dan begitu juga Filipina dengan Malaysia harus juga diambil kira. Saya percaya penuh kalau kita menguatkuasakan peraturan yang kita buat di dalam negara kita, negara jiran akan hormati kita, dan mereka tidak akan menimbulkan sesuatu perkara yang boleh dipertikaikan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Dijemput pihak menteri menjawab. Sila.

6.09 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Wong See Wah]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ban yak terima kasib kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini, khasnya kepada Yang Berhormat Tuan Charem Intachat, Yang Berhormat Puan Mastika Junaidah, Yang Berhormat Tuan Mustaffa Kamal, Yang Berhormat Tuan Haji Abu Bakar dan juga Yang Berhormat, itu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Itu sahaja.

Dato' Wong See Wah: Mengenai mengapakah rang undang-undang ini khasnya ditentukan, iaitu naskah Inggeris sahaja yang sahib? Ini adalah kerana ini adalah satu dokumen yang digunakan sama pakai oleh kedua-dua negara, iaitu negeri Thai dan juga Malaysia. Bukanlah kita sengaja pandang rendah bahasa kita. Ini adalah sebab praktikal, iaitu ini adalah memang satu amalan antarabangsa. Saya harap Ahli Yang Berhormat dapat terima pandangan ini dan sebab ini.

Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Charem yang telah .....

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Dato', boleh saya minta laluan sekejap?

Tuan Yang di-Pertua: Laluan, sila.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Rang undang-undang ini akan digunakan ke peringkat antarabangsa, tetapi tidakkah kerajaan memikirkan membawa pindaan di Parlimen Malaysia, kita gunakan naskhah yang kita guna bahasa, hila antarabangsa kita gunakanlah naskhah yang dalam bahasa Inggeris. Jadi, adakah perkara itu tidak boleh dibuat? Adakah perlu juga dibawa dalam bahasa Inggeris? Kalau tidak bawa tidak sah, hila kita guna di peringkat antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila.

Dato' Wong See Wah: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa oleh kerana ini adalah satu dokumen undang-undang, di mana yang sahib berasaskan kepada versi Inggeris, jadi walaupun kalau kita buat dalam bahasa Malaysia dan dapat juga terjemahan dalam bahasa lnggeris, mungkin akan timbul masalah kalau timbul selisib faham dalam segi penjelasan undang-undang itu. ltulah mengapa digunakan bahasa Inggeris sebagai satu bahasa yang sahib untuk tujuan ini sahaja semata-mata.

Perkara yang ditimbulkan mengenai Fasal 4 seksyen 163 iaitu, dengan izin, import duty should be payable on all goods imported into joint development area. Tuan

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 51

Yang di-Pertua, peruntukan 1631(1) menetapkan bahawa joint development area akan tertakluk kepada duti import bagi barang-barang yang ditafsirkan sebagai import di bawah peruntukan 163H(l) itu pergerakan masuk barang-barang dari negara-negara selain daripada Malaysia, Thailand dan gudang perkilangan, pengkilangan pelesen. Jadi, barang­barang yang dibawa masuk daripada zon bebas akan disifatkan sebagai import dan tertakluk juga kepada duti import dan begitu juga kalau barang-barang yang dibawa masuk daripada negara-negara lain selain daripada kedua-dua negara yang terlibat ini juga akan dikenakan duti import.

Mengenai soal manakah satu sistem percukaian akan dikenakan. Setakat ini pengimportan ke joint development area melalui Malaysia dikenakan duti import mengikut kadar yang kita tetapkan amalan perintah duti kastam 1996 dan oleh kerana ini adalah satu amalan yang baru, jadi berdasarkan kepada agreement, dengan izin, between the government of Malaysia and the government of the Kingdom of Thailand iaitu artikel 17 di bawah taxation iaitu Fasal4 ..... .

Tuan Yang di-Pertua: Kenapa? Beg sahaja yang jatuh, bukan orang yang jatuh. [Ketawa] Sila, Dato' Wong.

Dato' Wong See Wah: Fasal4 iaitu dengan izin, 'the revenue authorities of the governments shall continue to communicate with and consult each other in respect of implementation and administration of any tax law in the joint development area'. Ini bermakna dari semasa ke semasa perbincangan akan diambil untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah yang akan timbul. Perintah duti kastam digunakan setakat ini seperti yang saya katakan, oleh kerana kebanyakan, sebanyak lebih kurang 98% kontrak dan pembiayaan pembelian adalah dibuat melalui Malaysia ataupun melalui syarikat­syarikat Malaysia itu mengikut amalan ataupun keadaan yang sebenamya berlaku itu pengimportan barang-barang yang masuk ke kawasan joint development area itu adalah melalui Malaysia dan itulah sebabnya mengapa ataupun perintah duti kastam Malaysia itu digunakan.

Mengenai perkara tembok pagar yang disebutkan di sempadan itu, berkaitan juga dengan penyeludupan, sebenamya kedua-dua hal ini tidak ada kaitan dengan rang undang­undang ini tetapi perkara yang ditimbulkan ada kaitan dengan penyeludupan dan ada juga berkaitan dengan keselamatan negara. Bagi pihak kementerian belum lagi kita tinjau sama ada kos yang digunakan untuk membuat tembok pagar itu sama ada telah habis dibayar melalui ataupun bersamaan dengan kutipan cukai duti yang disebabkan kehilangan daripada penyeludupan itu belum dapat kita ketahui lagi tetapi dari segi keselamatan negara, memang kita mengetahui iaitu dapat kita mengawal dengan lebih baik dan juga dapat kita menghalang pelari-pelari ataupun pendatang-pendatang haram yang sentiasa suka menggunakan jalan daripada utara masuk ke Perlis ataupun Padang Besar itu dapat kita cegah.

Yang Berhormat Tuan Mustaffa Kamal telah menimbulkan masalah penyeludupan di mana dicadangkan supaya dapat kita tingkatkan kelengkapan yang lagi canggih untuk pasukan kastam kita. Saya ucapkan terima kasih dan memang pandangan ini amat baik dan sentiasa pihak kastam menjalankan kajian dan mengambil tindakan untuk meningkatkan lagi supaya kecekapan baik dari segi bot ataupun dari segi kenderaan-kenderaan darat dan juga alat-alat yang lain dapat ditingkatkan lagi. Tetapi, oleh kerana pulangan yang begitu lumayan dan basil daripada penyeludupan itu dan basil untuk meningkatkan kelengkapan ini sentiasa dilampaui oleh penyeludup-penyeludup. Walaupun begitu untuk mencegah penyeludupan ini pelbagai cara digunakan, baik dari segi perisikan dan ada juga kerjasama di antara negara-negara jiran kita dan juga menggunakan rondaan walaupun perairan kita amat panjang sekali bagi Semenanjung Malaysia dan juga untuk Sabah dan Sarawak tetapi juga rondaan dijalankan pada jalan-jalan yang sentiasa digunakan oleh penyeludup baik dari Utara ke Selatan melalui Rantau Panjang melalui Padang Besar ataupun melalui

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

52 DN.6.8.1996

tempat-tempat yang lain seperti Lahuan dan Singapura masuk ke Selatan Semenanjung Malaysia. Jadi, ini adalah cara-cara di mana juga untuk kita menahan dan mencegah penyeludupan yang sentiasa herlaku. Begitu juga untuk hahan-hahan seperti perkara­perkara di mana cukai yang dikenakan itu mungkin terlampau tinggi, perlu dikaji dan diturunkan. Ini adalah sentiasa di dalam perhatian kementerian dan dikaji supaya dapat kita mencegah supaya kegiatan itu dapat dikurangkan.

Dari segi dadah sama ada heroin, morfm ataupun ganja, ini adalah merupakan satu masalah keselamatan negara dan pihak kastam juga hersama dengan pihak Kementerian Dalam Negeri ataupun Majlis Keselamatan Negara dan pihak-pihak yang tertentu untuk kita memhanteras perkara ini supaya dapat kita kurangkan. Begitu juga, kalau kita tinjau dari segi undang-undang kita, kita mempunyai undang-undang yang paling ketat sekali dan itu pun tidak dapat mencegah kegiatan ini dikurangkan. Tanpa undang-undang seumpama ini, kita tidak tahulah apa akan herlaku.

Perkara yang ditimhulkan iaitu mengenai kayu yang dimasukkan dengan ke dalam tongkang dan dikenakan cukai hila hendak dieksportkan. Saya ucapkan terima kasih dan kita akan telitikan perkara ini dan pandangan Yang Berhormat Tuan Mustaffa Kamal. Tetapi untuk galakan insentif supaya dikecualikan cukai eksport, hiasanya value-added ditamhah. Sarna ada henda itu dimasukkan di dalam negeri ini dan ditamhah nilainya dengan ataupun re-packaging dan juga re-structuring ataupun dengan value-added dan dengan cara-cara yang lain supaya hila dikeluarkan dan dieksport, dengan hanya cara itu sahajalah hiasanya diherikan pengecualian cukai eksport. Tentang perkara khas ini dan pandangan Yang Berhormat itu akan saya amhil perhatian dan akan kita kaji apakah sehenarnya yang herlaku.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai sama ada rang undang-undang ini mengapa tidak digunakan untuk negara lain? Sehenarnya rang undang-undang ini adalah khasnya ditujukan untuk satu perjanjian yang telah kita tandatangani dengan negeri Thailand, iaitu Malaysia-Thailand Joint Authority yang telah dituhuhkan dan ditandatangani dalam satu memorandum of understanding pada 21hh. Fehruari 1979 dan juga kemudian rang undang­undang herkaitan dengan perkara ini telah diluluskan pada 31hh. Mei 1996. Dengan itu, tujuan ini adalah untuk supaya kita mengeksplorasi dan mengeksploitasi segala hahan­hahan haik dalam hentuk petrochemical ataupun hidrokarbon dalam hentuk gas ataupun minyak mentah. Oleh kerana ini adalah satu kawasan hertindih yang telah dipertikaikan di antara kedua-dua negara yang terlihat, maka itulah mengapa ditimhulkan satu perjanjian seumpama ini. Kawasan yang dimaksudkan ini adalah satu kawasan lehih kurang 7,250 km persegi iaitu di luar pesisir Malaysia ...

Tuan Hanipah bin Ahmad: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato', ada yang hangun.

Dato' Wong See Wah: Biar saya habis dahulu, bo1eh. Dan juga lebih kurang 150 km daripada Kota Bharu dan 260 km dari Songkhla dan inilah satu kawasan yang dimaksudkan joint development area.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Tuan Hanipah bin Ahmad.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan. Dalam fasal 163H(2) ......... .

Dato' Wong See Wah: 16(3)(2) .....

Tuan Hanipah bin Ahmad: Yang Berhormat ada menyebutkan akta ini tidak terlibat dengan lain-lain negara yang hersempadan dengan Malaysia. Tetapi dalam bahagian (2) ada disehut, "the Kingdom of Thailand or any other country." Apakah yang dimaksudkan "or any other country?"

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 53

Dato' Wong See Wah: Mana? Minta sebut fasal itu.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Fasai163H(2). "The movement of goods produced in the Joint Development Area from the Joint Development Area into Malaysia, the Kingdom of Thailand or any other country ....... "

Dato' Wong See Wah: Ini adalah berkaitan dengan pergerakan barang yang dikeluarkan daripada joint development area, untuk dibawa masuk ke Malaysia dan juga dibawa masuk ke Thailand ataupun ke negeri-negeri yang lain dan ini akan diiktirafkan sebagai satu barangan eksport.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, soal sama ada akta ini digunakan untuk negeri-negeri yang lain dan sama ada adil ataupun tidak, itu adalah tidak timbul. Dari segi sama ada bidang kuasa adalah lebih banyak yang telah diberikan, yang telah kita nampak Malaysia adalah yang banyak bertolak ansur, adalah tidak benar. Oleh kerana dalam perjanjian ini telah kita bahagikan semua tanggungjawab dan semua pembahagian keuntungan itu adalah dari segi 50-50. Sebagai satu contoh iaitu dari segi untuk eksplorasi minyak mentah itu, bagi royalti iaitu syarikat kontraktor perlu membayar 10% dari segi gross production itu kepada kedua-dua negeri. laitu daripada 10% itu dibahagikan 5% kepada Thailand dan 5% kepada Malaysia. Dan juga dari segi cost recovery iaitu tidak kurang daripada 50% itu, syarikat kontraktor itu boleh menerima cost recovery daripada gross production itu dan kemudian selepas ditolak royalti, ditolak cost recovery iaitu daripada cost production itu, barulah dapat keuntungan dan daripada keuntungan ini 50% diberikan kepada Malaysia dan 50% lagi diberikan kepada Thailand. Dengan itu, dari segi itu bolehlah kita katakan sama ada ini ada1ah berat sebelah, atau tidak itu adalah tidak timbul.

Saya rasa itu sahajalah yang dapat saya sempat jawab dan saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan tentu ada juga yang tertinggal dan saya akan cuba menyusulkan perkara itu kepada pihak-pihak yang tertentu dan akan diberikan perhatian.

Sekian sahaja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasaj

Fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Dato' Chan Kong Choy]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 15(3) mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

54 DN.6.8.1996

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Datuk Tan Chai Ho]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

UCAPANPENANGGUHAN

Bentuk Pemerintahan - Harapan dan Saranan

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail, sila. Diberikan 7Yz minit berucap.

6.32 ptg.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin Dato' dan Ahli-ahli Yang Berhormat saya minta supaya saya mulakan ucapan ini besok, memandangkan .....

Tuan Yang di-Pertua: Ini sudah ditangguh dan formaliti telah dibuat, bacalah Yang Berhormat.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, .....

Tuan Yang di-Pertua: Ya, kurang 7 minit pun tidak apa.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih di atas keizinan untuk saya menggunakan kesempatan ini berucap dalam Ucapan Penangguhan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan dalam Ucapan Penangguhan ini untuk menyentuh berkenaan dengan pentadbiran negara kita sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat kita sudah melalui lebih daripada 30 tahun di bawah pemerintahan Kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional. Kerajaan kita mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen di mana penentuan kerajaan itu diserah kepada rakyat dalam pilihan raya melalui parti-parti politik.

Sekarang ini kita telah diperintah oleh sebuah kerajaan yang cukup stabil, iaitu pada peringkat awal kita menuntut kemerdekaan dahulu di perintah oleh Kerajaan Perikatan, gabungan daripada beberapa parti komponen. Selepas itu pemerintah kerajaan kita diperbesarkan ahli-ahli dalam komponen yang kita tukar nama kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Kerajaan Barisan Nasional sekarang ini telah terbukti dipersetujui dan paling sesuai sekali memerintah kerajaan kita dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dan dibantu oleh Timbalannya Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.

Baru-baru ini pihak kerajaan telah mengadakan suatu perayaan iaitu bagi mengingati pemerintahan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad yang telah menjangkau 15 tahun menjadi Perdana Menteri. Kita amat bertuah sekali kerana bukan sahaja pemimpin-pemimpin dari negara luar yang menyanjung tinggi cara pemerintahan kerajaan sekarang ini di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi pemimpin-pemimpin daripada parti pembangkang di dalam negara kita sendiri termasuklah pemimpin DAP, pemimpin PAS dan pemimpin­pemimpin badan-badan lain yang mengakui, mengiktiraf kepimpinan Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. Jadi, dengan kedudukan itu saya percaya seluruh rakyat Malaysia khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan Negara dalam Dewan sekarang ini perlu memberi sokongan yang padu kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dengan dibantu oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, hendak berhentikah?

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996

Tuan Yang di-Pertua: Boleh, kalau hendak berhenti tidak apa.

Tuan Haji Abu Dakar bin Haji Ismail: Tidak apa, saya sambunglah .....

Tuan Yang di-Pertua: Tidak boleh sambung, habis terns.

55

Tuan Haji Abu Dakar bin Haji Ismail: Habis terns, kalau begitu saya hendak kena habis jugalah.

Tuan Yang di-Pertua: Tetapi maksimumnya 7~ minit sahaja.

Tuan Haji Abu Dakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, pemerintahan kita mempunyai Parlimen dan Parlimen ini terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Semua perkara yang berkait dengan soal dasar, undang-undang diluluskan dan dibawa ke dalam Parlimen sudah tentu seperti yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua tadi.

Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan tidak melengah-lengahkan perlantikan Setiausaha Dewan Negara yang sekarang ini dipangku sahaja oleh saudara kita - itu pun termasuk. Mengapa perkara yang mudah itu kita biarkan berlanjutan? Perlu kita segerakan perlantikan, hendak pilih siapa terpulang kepada kebijaksanaan pihak Parlimen.

Satu lagi yang ingin saya menyebutkan bahawa Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad telah banyak mengemukakan idea-idea terntama sekali yang bersangkut dengan dasar-dasar negara, seperti Wawasan 2020, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Persyarikatan Malaysia. Di bawah dasar-dasar ekonomi, kemudian dasar-dasar sosial dan etika kerja, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar-dasar Program Pembaharuan dan peningkatan produktiviti dan kualiti dalam Perkhidmatan Awam; Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran; Dasar Wanita Negara dan beberapa dasar lain juga mungkin akan wujud. Cumanya saya ingin mengingatkan pihak kerajaan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkait dengan pembangunan masalah sosial rakyat termiskin. Misalannya sekarang ini kita dapati, negara kita telah membangun begitu cepat dan sama ada rakyat umum, rakyat miskin dapat manfaat daripada pembangunan ini, jarang sekali mengambil kita. Contohnya kawasan pembangunan di Kuala Lumpur ini sendiri, yakni di Lembah Klang (Klang Valley). Klang Valley ini adalah satu kawasan yang strategik, yang banyak membuat pembangunan, tetapi berapa peratuskah di dalam kawasan Klang Valley ini yang ekuitinya dimiliki oleh rakyat bumiputera, orang-orang yang berpendapatan sederhana?

Kita bimbang kalau kita terlalu cepat membuat pembangunan, kita bawa dasar­dasar yang bersangkut dengan pembangunan sains, teknologi dan sebagainya, kita bawa masuk pelabur-pelabur .....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada seminit lagi.

Tuan Haji Abu Dakar bin Haji Ismail: Seminit lagi, tetapi bila di dalam kedaan macam ini susahlah Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya minta tadi supaya saya tidak berncap langsung.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak boleh - peraturan tidak boleh.

Tuan Haji Abu Dakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, sebenamya lebih baik saya berhenti di sinilah daripada saya terns bercakap. Saya tidak puas hati dengan masa yang diberi untuk Ucapan Penangguhan.

Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Dalam gopoh-gapah memang tidak puas hati.

Tuan Haji Abu Dakar bin Haji Ismail: Sebab suntuk masa itu.

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

56 DN.6.8.1996

Tuan Yang di-Pertua: Sayajemput pihak Perdana Menteri menjawab.

6.38 ptg.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tuan Yang di-Pertua, 7Yz minit.

Tuan Yang di-Pertua: Kurang tidak apa,jangan lebih.

Dato' Haji Muhamad bin Abdullah: Terima kasih, kerana Yang Berhormat telah mengemukakan Ucapan Penangguhan yang begitu menarik dan luas sekali. Harapan dan saranan-saranan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat meliputi pelbagai perkara seperti saranan supaya kerajaan dan rakyat memelihara sistem yang sedia ada dengan sentiasa peka dan sentiasa menerima perubahan dan penyesuaian sehingga kepada saranan supaya kerajaan meningktkan usaha-usaha memupuk semangat perpaduan kaum adalah merupakan persoalan-persoalan yang telah, sedang dan akan terus dilaksanakan.

Kesemua harapan dan saranan itu secara umumnya telah pun termaktub di dalam Wawasan 2020 yang diutarakan oleh kerajaan kita. Wawasan tersebut merupakan matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju yang berteraskan perindustrian dalam tempoh 30 tahun bermula tahun 1991.

Negara maju yang mahu dicapai berdasarkan acuan Malaysia itu bukan sahaja untuk menjadikan rakyatnya hidup mewah dan aman, tetapi juga yang berupaya memerangi cabaran keruntuhan akhlak, nilai, moral dan kerohanian. Demikianlah yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad semasa membentangkan Kertas Kerja Khas-'Malaysia Melangkah ke Hadapan' dan saya petik seperti berikut:

"Kita perlu menjadi negara yang maju menurut acuan kita sendiri. Malaysia tidaklah horus menjadi negara maju dari segi ekonominya semata-mata. Negara kita mestilah menjadi negara maju dari segala seginya, dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial. Dari segi ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri. "

Tuan Yang di-Pertua, dalam kita menuju matlamat tersebut, kita tidak dapat lari dari menempuh berbagai keadaan yang perlu diatasi dengan penuh bijaksana bagi mencapai bangsa Malaysia yang bersatu padu dengan impian yang sama, bangsa Malaysia yang mempunyai jiwa merdeka dan yakin diri. Negara demokratik yang diteladani oleh negara lain, masyarakat bermoral dan berakhlak tinggi, masyarakat saintiflk, prograsif, inovatif dan penyumbang, masyarakat penyayang yang tegak atas institusi kekeluargaan yang kukuh, masyarakat adil dari segi ekonomi dan masyarakat makmur dengan ekonomi yang punya daya saing, dinamik dan berdaya tahan.

Strategi utama yang perlu digerakkan dalam merealisasikan cita-cita dan hasrat Wawasan 2020 ialah menerusi program pembangunan bangsa Malaysia yang menekan kepada pembangunan diri insan secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. Di samping itu, penujuan untuk mencapai wawasan juga perlu diikuti dengan pengukuhan institusi keluarga dan masyarakat berteraskan prinsip masyarakat penyayang sebagai komponen terpenting dalam pembinaan bangsa dan agama, konsep pembinaan rumah tangga sejahtera wajarlah diprogramkan bagi melahirkan masyarakat yang sentiasa penyayang dan bertanggungjawab.

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sederhana berasaskan pertanian seperti pemerosesan padi dan beras, pemerosesan ayam daging dan pembungkusan makanan ringan. Dalam hubungan ini,

DN.6.8.1996 57

Tuan Yang di-Pertua, untuk melaksanakan tanggungjawab besar ini, kita memerlukan barisan pemimpin yang berwibawa, komited, competence dan berwawasan dalam semua bidang sama ada politik, sosial, ekonomi, kerohanian, psikologi, budaya dan sebagainya. Kita sebagai rakyat Malaysia memainkan peranan penting dan menjadikan wawasan tersebut yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin negara itu sebagai satu kenyataan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 15(3) Majlis Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 15(3), Majlis Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita tangguhkan mesyuarat ini, satu harapan, jangan lupa jemputan pada malam ini ya! Jadi, sidang ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang esok.

Dewan ditangguhkan pada puku/6.41 petang.