penyalahgunaan dadah dalam sukan

3
PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN Perkataan ‘doping’ dalam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan dalam prestasi atlit. Doping dalam abad-abad kebelakangan ini telah menjadi sebutan dan amalan atlit profesional mahupun amatur dan ini telah menambahkan lagi cabaran bagi pihak makmal dalam pengesanan dan penganalisaan dadah-dadah ini. OIeh kerana atlit sentiasa mencari kelebihan untuk mengejar kemenangan, edaran dadah secara haram berleluasa di seluruh dunia melalui sama ada internet, bahan bercetak atau hubungan peribadi. Kepelbagaian jenis dadah serta teknik menggunanya telah menyulitkan lagi penyaringan dadah dan makmal perlu sentiasa berwaspada kepada perubahan trend dalam masalah ini. Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama, ia memberi kelebihan (atau ‘advantage’) kepada atlit yang menggunanya serta melanggar segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan dan kedua, cara pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan seseorang individu. Malah dalam arena sukan, banyak kes-kes kematian telah berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung. Sudah jelas - Anabolic Steroids - digunakan untuk menguatkan otot dan sering kali digunakan ke atas sukan yang

Upload: nor-amani-mohd-zin

Post on 25-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pjm3112

TRANSCRIPT

Page 1: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN

Perkataan ‘doping’ dalam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang

diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan

kelebihan dalam prestasi atlit. Doping dalam abad-abad kebelakangan ini telah

menjadi sebutan dan amalan atlit profesional mahupun amatur dan ini telah

menambahkan lagi cabaran bagi pihak makmal dalam pengesanan dan

penganalisaan dadah-dadah ini. OIeh kerana atlit sentiasa mencari kelebihan untuk

mengejar kemenangan, edaran dadah secara haram berleluasa di seluruh dunia

melalui sama ada internet, bahan bercetak atau hubungan peribadi. Kepelbagaian

jenis dadah serta teknik menggunanya telah menyulitkan lagi penyaringan dadah

dan makmal perlu sentiasa berwaspada kepada perubahan trend dalam masalah ini.

Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama, ia memberi

kelebihan (atau ‘advantage’) kepada atlit yang menggunanya serta melanggar

segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan dan kedua, cara

pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan seseorang individu. Malah

dalam arena sukan, banyak kes-kes kematian telah berlaku akibat penggunaan

dadah secara langsung atau tidak langsung.

            Sudah jelas - Anabolic Steroids - digunakan untuk menguatkan otot dan

sering kali digunakan ke atas sukan yang memerlukan penggunaan tenaga

berlebihan seperti lontar peluru dan pecut. Beta - Selain itu juga ia membantu untuk

mengurangkan tekanan darah dan selalu dilihat digunakan kepada penembak bagi

mengurangkan getaran ketika memetik picu pistol. Diuretics - digunakan untuk

mengurangkan kadar air dalam badan bagi meringankan berat semasa

penimbangan, terutamanya dalam sukan tinju dan mendayung. Bagaimanapun

implikasi dari penggunaan ini ke atas atlet boleh menyebabkan mereka kekurangan

air dalam badan.Agak malang kerana pengambilan dadah rangsangan dalam sukan

ini sudah lama ber-laku. Ia seperti cendawan yang baru tumbuh. Penggunaannya

terlalu tinggi. Hari ini, WADA dan agensi sukan telah melancarkan perang besar-

Page 2: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

besaran terhadap pengambilan dadah dalam sukan agar ia tidak berkembang,

selaras dengan perkembangan sukan moden hari ini.

            Namun demikian, dunia sukan kini bukan sahaja merupakan satu peluang

untuk mempertingkatkan semangat kesukanan dan setia kawan, tetapi ia juga satu

acara beradu kekuatan dan ini sudah mula mencabar etika kesukanan itu sendiri.

Olahragawan serta olahragawati sekarang menghadapi tekanan yang amat tinggi

untuk berjaya sehingga berlakunya beberapa episod yang boleh mencemar

semangat kesukanan. Antaranya adalah penggunaan dadah tertentu bagi

meningkatkan lagi prestasi mereka. Perbuatan ini amatlah memalukan kerana

mereka sanggup menggadaikan prinsip-prinsip kesukanan yang sepatutnya dipupuk

dalam temasya sukan seperti ini. Apalagi memandangkan penggunaan dadah dalam

sukan juga mempunyai berbagai kesan yang boleh mendatangkan mudarat,

termasuk maut. Sebagai contoh, antara kejadian maut yang paling awal dirakamkan

adalah dalam tahun 1904 di Greece, semasa Sukan Olimpik, apabila seorang

pelumba basikal menyalahgunakan dadah striknin.

Kini beberapa syarat ketat dikenakan untuk tujuan mengesan dan mengenalpasti

jenis-jenis dadah yang digunakan dalam temasya sukan diberbagai peringkat.

Semua ini menunjukkan bahawa kesukanan sering dicemari dengan bahan-bahan

baru yang sentiasa diperkenalkan bagi meningkatkan lagi keupayaan bersukan,

selagi semangat kesukanan yang jitu tidak diamalkan oleh pihak-pihak yang terlibat.

Faktor seperti tekanan untuk menjadi kaya dan keinginan menjadi jaguh terkenal

sering mendorong kepada penggunaan dadah-dadah sedemikian