penyalahgunaan dadah dalam sukan

27
PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN J12 CHIA PEI FANG KHOR MING CHYI

Upload: angie-qiqi

Post on 10-Aug-2015

415 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

our ppt

TRANSCRIPT

Page 1: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM

SUKAN

J12 CHIA PEI FANG KHOR MING CHYI

Page 2: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Maksud Drug

Drug adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil,akan menyebabkan perubahan dalam badan.

Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, drug ini disebut sebagai ubat.

Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun.

Page 3: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Maksud 'doping'

'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.

'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang.

Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.

Page 4: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Justifikasi Pengharaman Dadah

Memberi kelebihan (atau ‘advantage’) kepada atlit yang menggunanya serta melanggar segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan

Cara pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan seseorang individu. Malah dalam arena sukan, banyak kes-kes kematian teIah berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung.

Page 5: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan

Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun.

Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit.

Page 6: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan merana akibat kesan drug samada secara jangka pendek dan panjang.

Page 7: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Sejarah penggunaan dadah dalam sukan

Perlawanan awal Sejak 800BC hadiah menarik, profesionalisme

and komersialisme di Greek pada zaman purba, saingan di antara para atlet menyebabkan mereka mengambil bahan-bahan yang boleh meningkatkan prestasi seperti ekstrak cendawan, benih tumbuhan dan protein haiwan.

Penggunaan dadah telah merebak sehingga membawa kepada penamatan Sukan Olimpik zaman purba.

Page 8: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Zaman Roman – status sukan dan kedudukan atlet terus meningkat

Penggunaan drug juga tercatat di zaman ini.

Pelumba kuda perang memberi ramuan yang kuat kepada kuda agar dapat berlaridengan lebih pantas.

Gladiator juga diberi drug supaya perlawanan mereka menjadi lebih hebat.

Page 9: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Sukan pada awal abad ke-19 Selepas suatu penamatan yang singkat sejak

396 AD, sukan muncul semula pada abad ke-19 di kawasan luar bandar di England dan seterusnya menular ke seluruh dunia.

Aktiviti rekreasi yang tidak teratur – aktiviti bercorak kasual dan perkauman di sesebuah kawasan.

Kemunculan industrialisasi dan urbanisasi menukar corak permainan dan sukan di kawasan luar bandar.

Page 10: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Sukan pada abad ke-20 Aktiviti sukan telah berkembang sehingga

menjadi suatu “perniagaan besar” yang merupakan sumber hiburan, pendapatan dan pekerjaan di seluruh dunia.

Sukan telah menjadi suatu institusi sosial yang penting dan kejayaan dalam sukan mempunyai nilai yang tinggi.

Page 11: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Tekanan pada ahli sukan untuk bukan sahaja berjaya tetapi menjadi atlet yang terbaik.

Menyumbang kepada peningkatan pengambilan drug dan kematian berkaitan drug di kalangan atlet.

Page 12: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Sebab sesetengah bahan dan kaedah diharamkan

Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.

Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.

Undang-Undang - Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan.

Page 13: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di malaysia

Strategi yang diambil bertujuan untuk :

Pencegahan Pembasmian :

Salah laku dan penyalahgunaan dadah Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah

doping Memantau :

Ujian doping di luar pertandingan Parameter latihan dan tahap keupayaan

Page 14: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Jenis dadah dan kesan penggunaannya

Agen Anabolik Steroid anabolik androgenik adalah

merupakan hormon sintetik testosteron.

Agen ini sering didapati dari pasaran gelap/haram di gimnasium dan kelab kecergasan kerana untuk mendapatkannya perlu mempunyai preskripsi doktor.

Page 15: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Contoh: Danazol (digunakan untuk mengurangkan bengkak

dibahagian dada bagi lelaki) Clenbuterol (agonis beta-2 yang digunakan

meningkatkan tumbesaran haiwan).

Kesan-kesan sampingan: Botak,Jerawat Penambahan bulu di muka dan badan Kerosakan hati Bagi lelaki ciri-ciri perempuan lebih terserlah dan

sebaliknya. Perubahan 'mood‘ Potensi untuk menyebabkan mandul Kebanyakan steroid anabolik perlu disuntik,oleh itu

pengguna terdedah kepada bahayaperkongsian jarum atau jarum yang tidak steril

Page 16: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Agonis Beta-2 Agonis beta-2 sering didapati pada ubat-

ubatan asma Hanya Salbutamol, Salmeterol

danTerbutaline dalam bentuk sedutan dibenarkan untuk rawatan dan pencegahan serangan asma.

Kesan-kesan sampingan: Tangan mengeletar Pening

Page 17: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Agen yang mempunyai aktiviti anti-estrogen

Agen ini digunakan secara haram, untuk mencegah kesan sampingan yang disebabkan oleh steriod anabolik, seperti pembesaran payudara.

Contoh: Tamoksifen (digunakan dalamrawatan kanser

payudara dankemandulan) Clomifen (untuk kemandulan)

Kesan-kesan sampingan: Muka merah dan panas Perut tidak selesa Bengkak

Page 18: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Diuretik dan agen 'samaran' Agen samaran berpotensi melindung

kehadiran bahan terlarang di dalam airkencing atau sampel lain. Contohnya:diuretik, probenesid dan pengembang plasma

Atlit selalunya menggunakan ubat diuretik untuk mengurangkan berat badan atau menyingkirkan steroid anabolik daripada

Badan. Contoh diuretik (ubat yang digunakan untuk

menyingkirkan cecair badan) ialah furosemida dan amilorida

Contoh pengembang plasma adalah dekstran dan albumin

Page 19: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Kesan-kesan sampingan: Dahaga Penyahhidrat

Page 20: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Analog peptid dan hormon glikoprotin Hormon ini bertindak dengan merangsang

pertumbuhan, mempengaruhi kelakuan, mengubah kesan sensitiviti terhadap

kesakitan dan kemahuan seks. Bahan kimia yang mempunyai struktur

yang sama dengan hormon ini (atau analog) akan memberi kesan yang sama.

Bahan-bahan yang terkandung dalamkumpulan ini adalah eritropoietin (EPO),hormon tumbesaran manusia, hormon korionik gonadotrofin (HCG) dankortikotrofin.

Page 21: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Kesan-kesan sampingan: Hormon tumbesaran digunakan untuk

meningkatkan saiz dan kekuatan otot. Kesan sampingannya termasuklah:Akromegali - pembesaran tangan, kaki dan

muka.Masalah otot dan sendi menyebabkan kesukaran

menjalankan latihan Diabetis (kencing manis) Eritropoietin merangsang pembentukan

seldarah merahIni akan menyebabkan peningkatan kelikatan

darah dan boleh menyebabkan masalah peredaran darah(angin ahmar, serangan jantung).

Page 22: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Ubat perangsang Kumpulan ini termasuklah

Amfetamin Kafein (dalam kuantiti yang banyak). beberapa kandungan aktif ramuan ubat

selesema dan ubat demam seperti pseudoephedrin.

Kesan sampingan : Meningkatkan kadar denyutan jantung Menjejas kebolehan badan untuk mengawal

suhu badan.

Page 23: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Analgesik Narkotik. Ini merupakan penahan sakit yang kuat

dan kebanyakannya mengandungi bahan yang terlarang bukan sahaja untuk sukan.

Atlit cenderung menggunakan ubat-ubat sedemikian untuk menahan sakit daripada latihan intensif.

Contoh: kodein dan morfin. Kesan sampingan :

Narkotik mempunyai potensi ketagihan.

Page 24: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Kaedah-kaedah yang dilarang

Menambahkan pertukaran oksigen Doping darah dan penggunaan produk-produk

sintetik yang bolehmeningkatkan pengambilan dan penghantaran oksigen keseluruh tubuh.

Manipulasi Fizikal dan Bahan Kimia Mengubah, atau cubaan mengubah dengan

menggunakan bahan-bahan atau kaedah-kaedah yang mengubah ciri-ciri sampel untuk ujian doping.

Doping Genetik Penggunaan gen dan/atau sel-sel bagi tujuan

meningkatkan prestasi.

Page 25: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Isu-isu Atlit yang Terlibat Atlet lumba basikal trek

kebangsaan iaitu Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi. Disahkan positif dadah oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) kerana menggunkan ‘anabolic steroid’ semasa menyertai kejohanan mini olimpik. Beliau digantung dua tahun bagi kesalahan tersebut.

Page 26: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Jaguh lumba lari pecut wanita terkemuka Amerika Syarikat, Marion Jones bahawa beliau telah mengambil dadah ketika bertanding di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000. Ketika itu beliau berjaya membolot tiga emas dan dua pingat gangsa - satu pencapaian terbaik yang pernah dicapai bagi seseorang atlet yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik.

Page 27: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Sekian,Terima Kasih