penyakit hepatitis b

24
Penyakit Hepatitis B Apakah itu Hepatitis B ? Penyakit Hepatitis B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang 'senyap' dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama. Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus Hepatitis B (HBV). Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan. Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. Kira- kira 1.3 juta rakyat Malaysia didapati menjadi pembawa kuman virus hepatitis B.Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain. Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali

Upload: unaaaa

Post on 06-Jun-2015

20.309 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyakit Hepatitis B

Penyakit Hepatitis B

Apakah itu Hepatitis B ?

Penyakit Hepatitis B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang 'senyap' dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama. Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus Hepatitis B (HBV).

Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan. Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. Kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia didapati menjadi pembawa kuman virus hepatitis B.Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain. Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.

Page 2: Penyakit Hepatitis B

Apakah itu virus Hepatitis B?

Merupakan ahli famili Virus Hepadna. Ia merupakan genus orthohepadnavirus. Mempunyai partilkel(virion) yang terdiri daripada:

o sampul lipid (lipid enveloped) di luar.

o "icosahedral capsid core" di dalam.

o Terdiri daripada protein

o Menutupi DNA dan enzim virus Hepatitis B iaitu DNA Polymerase

o DNA Polymerase mempunyai sejenis aktiviti iaitu, "reverse transcriptase" Diameter partikel(virion) adalah 42nm dan wujud dalam bentuk "pleomorphic"

Mempunyai "HBsAg":

o terletak di permukaan partikel dan terdiri daripada lipid dan protein

Page 3: Penyakit Hepatitis B

Gambar Virus Hepatitis B

Page 4: Penyakit Hepatitis B

Bagaimana Virus Hepatitis B Merebak?

Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah, air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan juga susu badan. Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus. Penyakit ini boleh merebak melalui:

Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti , melalui:

o pemindahan darah, hemodialisis

o berkongsi jarum (seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan), pisau cukur, berus gigi

o kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan (seperti tercucuk jarum, terkena percikan darah ke mata atau ke tempat luka)

o mencacah tatu, akupunktur, elektrolisis dan menindik telinga

o Perinatal (sekitar kehamilan)- daripada ibu kepada anak ketika kelahiran

o Hubungan seks.

Page 5: Penyakit Hepatitis B

Mereka yang Berisiko Tinggi

o Penagih dadah yang menggunakan suntikan.

o Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).

o Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks (homoseksual,biseksual atau heteroseksual).

o Pesakit Hemodialisis.

o Penerima hasil atau produk darah seperti pesakit hemofilia dan lain-lainmasalah bekuan darah (yang tidak dijangkiti Hepatitis B).

o Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.

o Mereka yang mengidap penyakit kelamin.

o Mereka dari kumpulan etnik tertentu atau penduduk negara di mana HBV merupakan penyakit yang sangat endemik seperti di China, Asia Tenggara, negara Timur Tengah beberapa bahagian di benua Afrika dan Amerika Selatan.

o Pengembara antarabangsa yang berada lebih dari 6 bulan di negara-negara di mana HBV tersangat endemik.

Page 6: Penyakit Hepatitis B

Gejala seakan-akan mendapat selesema

Sakit-sakit badan (sendi dan otot)

Demam

Keletihan dan lemah

Tanda dan Gejala

Hilang selera makan

Loya dan muntah

Page 7: Penyakit Hepatitis B

Jenis Hepatitis B

Berbentuk akut:

Kebanyakan penghidapnya mempunyai sedikit sahaja ataupun tidakmenunjukkan sebarang gejala.

Mereka boleh menjangkiti orang lain untuk jangka waktu yang tidak terhad. Mereka merupakan 'pembawa'.

Mereka boleh menjangkiti orang lain dalam jangka waktu yang terhad.

Mereka boleh sembuh sepenuhnya.

Berbentuk kronik (lebih serius selepas serangan yang akut)

Lazimnya, sesetengah pesakit masih tidak menunjukkan sebarang gejala yang nyata.

Mereka hanya boleh dikesan melalui ujian darah yang dijalankan 2 kali, dengan jarak di antara kedua-dua ujian ialah 6 bulan.

Page 8: Penyakit Hepatitis B

Komplikasi

o Sirosis hati (penyakit kronik yang berlaku secara perlahan-lahan di mana sel hati dimusnahkan secara beransur-ansur.

o Kanser hati - lazimnya berlaku di kalangan kaum lelaki

Pengurusan Sendiri

Langkah-langkah umum yang perlu diambil:

o Pesakit perlu mengelakkan diri dari keletihan, mungkin perlu berehat di katil.

o Mengamalkan pemakanan yang sihat, mengekalkan imbangan cecair dalam badan dan mengelak dari meminum alkohol, makan makanan berlemak dan mengambil beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu fungsi hati (bertanyalah doktor anda).

Rawatan

Untuk kes-kes tertentu, terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang dapatmengawal jangkitan. Langkah-langkah yang boleh meningkatkan kemandirian atau survival pesakit yang menghidapi kegagalan hati termasuklah penjagaan sokongan yang intensif serta rujukan awal untuk pemindahan organ hati. Pemindahan hati adalah pilihan yang boleh diberikan kepada pesakit yang mengalami peringkat akhir penyakit hati yang kronik akibat jangkitan kuman virus.

Page 9: Penyakit Hepatitis B

Petua Pencegahan

Terdapat 2 jenis produk yang dapat mencegah jangkitan Hepatitis B: vaksin Hepatitis B yang dapat memberi keimunan aktif dan antibodi Hepatitis B dan HBIG (Hepatitis B Immunoglobulin) yang dapat memberi keimunan pasifsementara. HBIG hanya digunakan sebagai pencegahan selepas terdedah kepada kuman virus Hepatitis B.

1) Vaksin Hepatitis B

Diberi secara suntikan otot sebanyak 3 kali dalam beberapa bulan untuk memberi perlindungan sepenuhnya.

1. Suntikan pertama 2. selepas sebulan - suntikan kedua 3. selepas 6 bulan - suntikan ketiga

Kesan sampingan vaksin : kesakitan di sekitar tempat suntikan, sakit kepala, kelesuan dan demam

2) Imunisasi untuk penyakit Hepatitis B diberi selepas kelahiran.

o Suntikan yang diberikan kepada bayi secara rutin merupakan strategi penghapusan primer untuk Hepatitis B. Bayi yang lahir dari seorang ibu yang menjadi pembawa virus Hepatitis B akan diberi antibodi Hepatitis B dan juga suntikan vaksin selepas dilahirkan.

o Saringan untuk virus Hepatitis; pengesanan dan rawatan awal boleh memperbaiki kesan-kesan kesihatan dan dengan itu dapat mengurangkan kos penjagaan kesihatan. Semua penderma darah akan disaring secara rutinnya untuk penyakit Hepatitis B.

o Jika anda tidak mendapat imunisasi Hepatitis B semasa dilahirkan,dapatkan ujian darah untuk memastikan anda tidak dijangkiti dengan hepatitis B. Antibodi Hepatitis B dan suntikan vaksin sepenuhnya selalunya didapati berkesan untuk merawat mereka yang terdedah kepada virus hepatitis B dan belum lagi imun.

Page 10: Penyakit Hepatitis B

3) Suntikan Hepatitis B sebelum pendedahan kepada golongan penduduk yang berisiko tinggi.

4) Amalkan hubungan seks yang selamat (menggunakan kondom, kenali pasangan anda).

5) Elakkan dari menyalahguna dadah dan berkongsi jarum.

6) Jangan berkongsi barangan persendirian (seperti berus gigi, bisau cukur, pengetip kuku, gunting dan pinggan-mangkuk).

7) Tolak penggunaan semula jarum atau peralatan lain yang telah dipakai (seperti apabila menjalani rawatan akupunktur, menindiktelinga atau mencacah tatu).

8) Jika anda seorang pembawa kuman virus, tutup luka atau kudisdan buangkan barang-barang yang telah digunakan dengan berhati-hati. Ia mungkin mengandungi darah atau cecair badan lain.

Page 11: Penyakit Hepatitis B

Gambar-gambar Penghidap Hepatitis B

Page 12: Penyakit Hepatitis B

Sabtu, 19 April 2008 | 12 Rabiulakhir 1429

Page 13: Penyakit Hepatitis B

Berita Harian

Hepatitis B lebih mudah berjangkit

Oleh Hafizah Iszahanid

TANPA rawatan, bayi baru lahir juga berisikotinggi untuk menjadi pembawa HBV.

JANGAN culas jika sepanjang kehamilan, anda perlu melalui pemeriksaan setiap bulan. Jangan berkira mengenai masa yang perlu diperuntukkan jika terpaksa membuat pelbagai ujian tertentu sepanjang kehamilan itu.

Ujian seperti ini bukan saja mengesahkan keadaan kesihatan anda tetapi juga mempengaruhi janin. Misalnya bagi seorang wanita hamil yang dijangkiti virus hepatitis B, wujud risiko ia akan berjangkit pada fetus.

Sama ada bayi akan dijangkiti virus, bergantung pada bila jangkitan terjadi. Jika jangkitan berlaku pada awal kehamilan, risiko jangkitan kurang daripada 10 peratus untuk bayi mendapat virus. Jika pada akhir kehamilan, risiko itu meningkat hingga 90 peratus.

Pakar Perunding Hepatologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Rosmawati Mohamed, berkata hepatitis serius pada bayi hingga boleh mengancam nyawa. Malah, bayi mungkin berisiko alami

Page 14: Penyakit Hepatitis B

masalah kesihatan yang lebih serius.

Beliau berkata, tanpa rawatan, bayi baru lahir juga berisiko tinggi untuk menjadi pembawa. Justeru, bayi boleh menyebarkannya kepada orang lain. Apabila mereka membesar, 25 peratus pembawa berisiko untuk meninggal dunia disebabkan barah hati.

"Hepatitis B selalunya tidak mendatangkan masalah ketika kehamilan. Bagaimanapun, virus boleh disebarkan kepada bayi ketika proses kelahiran, sama ada kelahiran itu normal atau pembedahan," katanya.

Bayi baru lahir yang tidak menerima vaksin hepatitis B mula menunjukkan simptom jangkitan yang akut dalam tempoh sebulan atau empat bulan selepas dijangkiti. Bagi kebanyakan kes, mereka mula menunjukkan jangkitan antara empat hingga enam bulan. Tidak seperti orang dewasa, bayi yang diserang hepatitis B selalunya kronik.

"Oleh itu wanita hamil perlu mengambil ujian hepatitis B. Doktor akan memberi bayi vaksin dalam tempoh sehari selepas dilahirkan," katanya.

Secara umum, hepatitis B yang kronik adalah masalah kesihatan global yang serius. Ia berada dalam kedudukan ke 10 penyebab utama kematian. Disebabkan virus hepatitis B (HBV) yang menyerang sel hati, hepatitis B kronik boleh menyebabkan parut pada hati (cirrhosis), barah hati, kegagalan hati dan kematian.

Page 15: Penyakit Hepatitis B

Justeru, ia menjejaskan kesihatan sekitar 350 juta orang dan bertanggungjawab pada 1.2 juta kematian setiap tahun. Antara 15 hingga 25 peratus mereka yang terjejas secara kronik akan mati disebabkan komplikasi jangkitan HBV seperti cirrhosis dan barah hati.

Prof Dr Rosmawati berkata, jika jangkitan berlaku lebih daripada enam bulan, ia dianggap sebagai jangkitan yang kronik dan selalunya akan kekal sepanjang hayat. Ada kalanya pesakit tidak mengalami sebarang simptom tetapi ada yang mengalami jaundis, sakit perut, hilang selera makan, muntah dan sakit sendi.

Dianggarkan hampir 78 peratus kes hepatitis B yang kronik terjadi di Asia dan dianggarkan 360,000 kematian disebabkan hepatitis B terjadi setiap tahun membabitkan populasi Asia Timur saja. Di Malaysia, kelaziman kadar hepatitis B di kalangan populasinya adalah 5.24 peratus iaitu sekitar 1.3 juta penduduk.

"Ramai orang tidak tahu bahawa HBV mudah berjangkit antara 50 hingga 100 kali berbanding HIV. Di kawasan ia menjadi endemik, kebanyakan populasinya dijangkiti sejak bayi atau kanak-kanak," katanya.

Malah, jangkitan atau pindahan HBV paling kerap terjadi antara ibu dan anak ketika proses bersalin. Ini kerana ibu tidak menyedari dia adalah pembawa atau pesakit hepatitis B yang kronik.

Selain itu, HBV juga tersebar melalui pemindahan darah, berkongsi atau menggunakan semula jarum (seperti proses bertatu) atau seks tidak selamat. HBV tidak tersebar melalui minuman atau makanan, berkongsi tandas, menyusukan bayi, berpeluk atau berkucup atau bersin dan batuk.

Beliau berkata, kebanyakan mereka yang dijangkiti HBV tidak menunjukkan sebarang simptom. Malah, mereka mungkin mendapati ujian darah untuk fungsi hati adalah normal. Secara umum, HBV tidak menunjukkan simptom yang spesifik dan pesakit tidak menyedari risiko barah hati sehingga ia menyerang pada tahap sangat serius.

"Barah hati selalunya membawa kematian kerana ketika barah itu masih pada tahap awal, tiada simptom ditunjukkan. Ini menyebabkan diagnosis barah hati selalunya pada tahap yang lewat," katanya.

Berbanding wanita, lelaki lebih kerap diserang barah hati apatah lagi jika memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan masalah yang sama. Lazimnya, barah hati akan terjadi pada usia antara 35 hingga 65 tahun.

Rawatan

Page 16: Penyakit Hepatitis B

Mendapatkan vaksin adalah langkah terbaik mencegah hepatitis B. Sebanyak 116 negara melaksanakan program imunisasi HBV manakala hanya 10 peratus saja kanak-kanak sihat yang menerima vaksin ini gagal membina antibodi mencegah HBV.

Anda perlu tahu vaksin tidak bermanfaat untuk mereka yang sudah dijangkiti HBV. Di Malaysia, suntikan melindungi daripada HBV sudah dimasukkan dalam program imunisasi kebangsaan sejak 2002. Bagaimanapun, untuk kanak-kanak yang lahir sebelum 2002, mendapatkan vaksin hepatitis B adalah antara agenda yang perlu diberi pertimbangan.

Suntikan ini penting kerana kanak-kanak yang dijangkiti HBV selalunya akan berhadapan dengan jangkitan yang kronik. Malah, tanpa vaksin, sebanyak 90 peratus bayi dijangkiti HBV pada tahun pertama kehidupannya. Sementara antara 30 hingga 50 peratus kanak-kanak yang dijangkiti pada usia antara satu hingga empat tahun juga akan dijangkiti HBV kronik.

Risiko kematian disebabkan barah hati dianggarkan 25 peratus pada mereka yang dijangkiti HBV kronik ketika kanak-kanak.

Ada pelbagai vaksin mencegah jangkitan HBV di pasaran, antara yang terbaru ialah Sebivo yang dibangunkan Novartis.

FAKTA : Bagaimana HBV merebak?

HBV lebih mudah berjangkit antara 50 hingga 100 kali berbanding HIV

Virusnya boleh ditemui dalam dalam darah, air liur, air mani dan cecair vagina.

HBV tidak merebak melalui udara, makanan, air, susu ibu, berpelukan, bercium, batuk, bersin atau berkongsi gelas minuman atau makanan.

Penyebaran HBV daripada emak kepada anak berlaku ketika bersalin sama ada proses bersalin itu melalui saluran peranakan atau pembedahan.

Sebanyak 90 peratus bayi yang dijangkiti ketika lahir jika tidak menerima rawatan akan alami HBV lebih kronik.

Kebanyakan warga Asia dan Afrika dijangkiti HBV ketika kanak-kanak atau ketika dilahirkan.

Kebanyakan warga Eropah dan Amerika pula dijangkiti HBV ketika remaja menerusi aktiviti seksual dan penggunaan dadah.

Lebih daripada 2/3 kes HBV tidak menunjukkan sebarang simptom.

Kadangkala jika simptom muncul, ia selalu disalah tafsir sebagai influenza, demam, letih, sakit sendi, sakit otot, hilang selera makan, pening dan muntah.

Page 17: Penyakit Hepatitis B

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/KesihatanAnak/20071104115623/Article/

www.infosihat.gov.my/PDF%20Penyakit/ HEPATITIS %20 B .pdf

http://www.medicine.ukm.my/wiki/index.php/Hepatitis_B

http://en.wikipedia.org/wiki/Hepatitis_B

http://www.cdc.gov/ncidod/diseases/hepatitis/b/index.htm