penutup min

Upload: umieyna-balqis

Post on 06-Mar-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

p

TRANSCRIPT

BAB LIMA

PENUTUPBab empat yang telah lepas penulis telah mengemukakan senarai analisis kajian borang soal selidik di kalangan mahasiswa yang menuntut di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebanyak 100 set borang yang diedarkan hanya 87 set sahaja yang telah dikembalikan kepada penulis. Setelah dikaji secara keseluruhannya, dengan ini penulis dapat menyimpulkan bahawa tahap penghayatan solat di kalangan mereka memuaskan berdasarkan analisis borang kaji selidik tersebut. Ini menunjukkan para mahasiswa di FPIUKM sedar bahawa ibadat solat itu merupakan satu kewajipan ke atas diri mereka yang bergelar sebagai seorang muslim.

Solat merupakan ibadat yang penting, istimewa dan unik. Solat dapat menghubungkan insan dengan pencipta-Nya secara langsung. Solat juga merupakan ibadat yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Dari segi amalan ibadat solat dipenuhi dengan sebutan takbir, tahmid dan zikir.

Solat merupakan ibadat yang ringan yang mampu dikerjakan oleh setiap orang. Ringan atau beratnya ibadat solat bergantung kepada keimanan seseorang yang mengerjakannya. Semakin beriman seseorang itu semakin mudahlah ia dapat melakukannya. Dalam cuaca sejuk umpamanya, amatlah sukar seseorang itu untuk bangun mengerjakan solat Subuh tetapi bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap mereka tidak akan meneruskan tidur seandainya belum menyempurnakan solat Subuh itu.

Ganjaran solat itu sebagaimana yang semua tahu amatlah besar sekali. Ibadat ini dapat membantu menyelamatkan semua golongan tidak kiralah golongan remaja, dewasa, atau tua daripada azab akhirat. Ibadat ini juga dapat menghilangkan kegelisahan, mendatangkan ketenteraman, ketenangan dan kebahagiaan. Dalam hadis dan pelbagai pendapat ulama menyebutkan bahawa solat dapat membantu memakbulkan doa seseorang.

Keistimewaan, keunikan dan keunggulan solat dapat difikirkan dan dihayati oleh insan yang memahami erti segala gerak-geri yang dilakukan ketika melakukan ibadat solat.

Untuk memahami dan menghayati ucapan, perbuatan dan keunikan solat perlulah seseorang itu mempelajari dan memahami cara solat yang telah dikerjakan oleh Rasulullah S.A.W. Sebagaimana sabda baginda S.A.W :

Bermaksud : Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat saya solat

Perlakuan Rasulullah S.A.W ketika solat bukan hanya sekadar mementingkan kewajipan lahir seperti berwuduk, berpakaian suci dan kemas, menghadap muka ke arah kiblat tetapi baginda juga mengambil berat tentang sesuatu yang berhubung kait dengan yang batin misalnya memahami dan menghayati erti bacaan, perbuatan dan segala perlakuan solat. Dengan kata lain Rasulullah S.A.W melakukan solat dengan kesungguhan lahiriah dan batiniah.

Manakala, solat yang dilakukan secara berulang kali pada setiap hari di dalam waktu-waktu tertentu walaupun dalam apa jua keadaan merupakan saat keemasan bagi seseorang menyegar kembali ingatannya kepada Allah S.W.T Yang Maha Berkuasa sebagai tumpuan segala amal perbuatan dan di hari akhirat sebagai matlamat akhirnya. Untuk tujuan itu seseorang yang bersolat sentiasa membersihkan dirinya dari sebarang dosa dengan bertaubat kepada Allah S.W.T.

Sementara itu, solat yang sebenar juga dapat menghidupkan jiwa, jiwa yang hidup akan mendorong kepada kebaikan dan membenci kejahatan. Solat yang tidak berfungsi adalah solat yang ketiadaan roh, hanya pergerakan lahiriah sahaja. Itulah solat orang yang lalai dan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.

Apabila solat dilakukan dengan penuh keyakinan hati, kerelaan perasaan dan kesedaran akal, maka solat itulah yang melahirkan kekuatan sebagai penggerak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, sebagaimana diakui oleh Allah S.W.T dalam surah al-Ankabut yang berbunyi :

(((((((( ((((((((((( ( (((( ((((((((((( (((((((( (((( (((((((((((((( ((((((((((((( ((((Maksudnya: Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan yang keji

dan mungkar

Sesungguhnya Allah memuji manusia yang berpegang teguh kepada kitab Allah S.W.T dan Allah istimewakan solat. Tidak ada ertinya berpegang teguh dengan kitab Allah sedangkan solat yang diperintahkan Allah dalam kitab-Nya tidak dikerjakan. Allah S.W.T sangat marah terhadap hamba-Nya yang melalaikan dan meringankan solat.

Oleh itu, ketahuilah bahawa solat adalah kewajipan yang pertama diwajibkan ke atas Rasulullah S.A.W. Solat adalah akhir wasiat yang diwasiatkan Rasulullah S.A.W beberapa detik atau minit sebelum kewafatan baginda. Solat adalah bahagian terakhir dari Islam dalam diri seseorang. Persoalan solatlah yang pertama kali ditanyai dalam perhisaban di hari kiamat nanti. Solat adalah tiang agama, tiang Islam. Tanpa solat, lennyaplah agama, lenyaplah Islam.