penutup literasi bahasa

2
3.0 Penutup Penulisan adalah suatu seni yang diperlukan untuk menyampaikan maklumat tidak kira dalam bentuk rasmi atau tidak. Namun, kehadiran khalayak menjadikan perkara atau isu yang disampaikan lebih bermakna. Golongan inilah yang akan memastikan seseorang penulis terus menulis dan berkarya. Bagi mewujudkan lebih ramai khalayak tidak kira usia, kaum, budaya mahupun pendapatan, penulis boleh mempelbagaikan penulisan dengan mengetengahkan isu berkaitan kehidupan, isu terkini, masalah dunia mahupun penulisan berdasarkan kisah benar. Selain itu, penulisan yang dapat memenuhi keperluan pembaca juga memberi impak yang besar dalam menyampaikan isu penulisannya. Sebagai pembaca, seseorang berhak memilih bahan bacaan yang ingin dibaca. Oleh itu, penulis serta pengkarya harus bijak membaca minda khalayak. Sebagai contoh, ketika dunia digemparkan dengan berita kekejaman zionis di Iraq dan Palestin, terdapat penulis yang cuba menghasilkan karya berbentuk artikel mengenai keperitan hidup rakyat di sana. Sudah tentu hasil penulisannya akan dibaca dan mendapat perhatian kerana masyarakat ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Apabila penulis telah mensasarkan khalayak mereka, maka mudahlah untuk mendekati mereka. Bagi penulisan yang berkualiti, pembaca tidak akan ragu- ragu untuk mengakui tentang kehebatan penulisan tersebut. Untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti, seseorang penulis perlu banyak berlatih di samping tidak malu untuk belajar dan meningkatkan pengetahuan mereka. Keyakinan pembaca terhadap karya seseorang penulis tidak akan diperoleh dengan hanya satu hasil penulisan tetapi memerlukan usaha jangka panjang seperti yang dilakukan oleh

Upload: priscilla-paul

Post on 02-Oct-2015

18 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Penutup Literasi Bahasa

TRANSCRIPT

3.0 Penutup

Penulisan adalah suatu seni yang diperlukan untuk menyampaikan maklumat tidak kira dalam bentuk rasmi atau tidak. Namun, kehadiran khalayak menjadikan perkara atau isu yang disampaikan lebih bermakna. Golongan inilah yang akan memastikan seseorang penulis terus menulis dan berkarya. Bagi mewujudkan lebih ramai khalayak tidak kira usia, kaum, budaya mahupun pendapatan, penulis boleh mempelbagaikan penulisan dengan mengetengahkan isu berkaitan kehidupan, isu terkini, masalah dunia mahupun penulisan berdasarkan kisah benar. Selain itu, penulisan yang dapat memenuhi keperluan pembaca juga memberi impak yang besar dalam menyampaikan isu penulisannya. Sebagai pembaca, seseorang berhak memilih bahan bacaan yang ingin dibaca. Oleh itu, penulis serta pengkarya harus bijak membaca minda khalayak. Sebagai contoh, ketika dunia digemparkan dengan berita kekejaman zionis di Iraq dan Palestin, terdapat penulis yang cuba menghasilkan karya berbentuk artikel mengenai keperitan hidup rakyat di sana. Sudah tentu hasil penulisannya akan dibaca dan mendapat perhatian kerana masyarakat ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Apabila penulis telah mensasarkan khalayak mereka, maka mudahlah untuk mendekati mereka. Bagi penulisan yang berkualiti, pembaca tidak akan ragu-ragu untuk mengakui tentang kehebatan penulisan tersebut. Untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti, seseorang penulis perlu banyak berlatih di samping tidak malu untuk belajar dan meningkatkan pengetahuan mereka. Keyakinan pembaca terhadap karya seseorang penulis tidak akan diperoleh dengan hanya satu hasil penulisan tetapi memerlukan usaha jangka panjang seperti yang dilakukan oleh A. Samad Said. Beliau tidak hanya dikenali kerana penulisan yang berkesan tetapi berjaya mencipta pengaruh sehingga diberi anugerah sasterawan negara. Sebagai kesimpulannya, khalayak adalah golongan yang penting dalam menjadikan karya seseorang penulis itu bermakna. Tanpa khalayak, penulisan yang dihasilkan tidak akan dihargai dan boleh berkubur begitu sahaja. Ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling bergantung antara satu sama lain. Maka, setiap penulis yang ingin memulakan penulisan perlu mengambil kira aspek yang penting ini.