penulisan akademik

54
KANDUNGAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT i Penghargaan 2 ii Isi kandungan 3 iii Borang rekod kolaborasi 4 1.0 PENDAHULUAN 5 1.1 Pengenalan 2.0 ISU DAN CABARAN GURU 7 2.1 Cabaran kepelbagaian budaya. 7 2.2 Cabaran pendemokrasian pendidikan. 8 2.3 Cabaran Teknologi Maklumat. 9 3.0 LANGKAH-LANGKAH HADAPI ISU DAN CABARAN GURU. 11

Upload: suhariza-sue

Post on 05-Jan-2016

260 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Page 1: penulisan akademik

KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

i Penghargaan 2

ii Isi kandungan 3

iii Borang rekod kolaborasi 4

1.0 PENDAHULUAN 5

1.1 Pengenalan

2.0 ISU DAN CABARAN GURU 7

2.1 Cabaran kepelbagaian budaya. 7

2.2 Cabaran pendemokrasian pendidikan. 8

2.3 Cabaran Teknologi Maklumat. 9

3.0 LANGKAH-LANGKAH HADAPI ISU DAN CABARAN GURU. 11

3.1 Langkah-langkah hadapi cabaran kepelbagaian budaya. 11

3.2 Langkah-langkah hadapi cabaran pendemokrasian pendidikan. 12

3.3 Langkah-langkah hadapi cabaran teknologi maklumat 14

4.0 DAPATAN HASIL TEMU BUAL 10 ORANG GURU BERKAITAN STRESS.16

4.1 Punca-punca stress atau tekanan guru. 16

4.2 Kesan Stres kepada Sesebuah Sekolah 17

Page 2: penulisan akademik

4.3 Langkah-langkah mengatasi tekanan. 20

5.0 PROGRAM-PROGRAM BAGI MENGATASI STRESS GURU. 21

5.1 Pemeriksaan kesihatan berkala. 21

5.2 Program Kursus Pengurusan Stres. 21

5.3 Program Latihan Fisioterapi Khas 22

5.4 Program Kesejahteraan Mental. 23

5.5 Program Hari Keluarga 23

6.0 PENUTUP 25

6.1 Kesimpulan 25

7.0 REFLEKSI 26

8.0 RUJUKAN 30

9.0 LAMPIRAN 32

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

m/s : 2

Page 3: penulisan akademik

Tarikh Perkara Yang Dibincang Catatan

Tanda

tangan

07 Feb

2015

Menerima soalan tugasan daripada

pensyarah mata pelajaran.

Mendapatkan penerangaan daripada

pensyarah berkenaan format

penghasilan KKP kali ini.

Tugasan perlu dihantar pada

07 Mac 2015

08 Feb

2015

Memahami kehendak soalan yang

diberi.

Mencari bahan-bahan daripada

sumber-sumber yang berkaitan.

Mengumpul bahan bahan yang

diperolehi daripada pusat sumber.

Mengenal pasti maklumat mengikut

bidang yang berkaitan.

Merangka jadual kerja yang hendak

dilaksanakan.

Membaca bahan yang dikumpul.

10 Feb

2015

Mengkaji bahan yang dibaca bersama

rakan .

Menyediakan draf kerja kursus yang

diberi.

Berbincang dan menyenaraikan

maklumat yang bersesuaian.

Mengumpul maklumat dan mencari

bahan tentang penghasilan kerja

kursus.

Merangka draf

penghasilan kerja kursus.

m/s : 3

Page 4: penulisan akademik

15-19

Feb

2015

Mencari maklumat dari internet.

Merujuk buku-buku yang berkaitan

dengan kerja kursus..

Menghadiri sesi temu bual 10 orang

guru tentang punca, kesan dan

langkah-langkah mengahadapi stress.

Mencetak maklumat.

Mencatat nota dan maklumat

daripada internet.

Merangka dapatan hasil temu bual

10 orang guru tentang stress..

20 Feb

2015

Menganalisis maklumat yang berkaitan

dengan bidang kajian .

Merangka pelaksanaan kajian dan

pelaksanaan tindakan.

22 Feb

2015

Menaip semua maklumat dan bahan

yang diperolehi.

Menyiapkan tugasan

Mengedit dan menyunting bahan .

Menyusun dan mencetak bahan

Menyemak supaya tidak berlaku

kesalahan ejaan dan struktur ayat.

07 Mac

2015

Kerja kursus diserahkan kepada

pensyarah.

Diterima dan direkodkan.

PENDAHULUAN

Pengenalan

m/s : 4

Page 5: penulisan akademik

Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana

segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan.

Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang

telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan

perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah

negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam

menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan.

Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran

yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Oleh itu, tidak

dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan, maka guru

memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut dalam

pendidikan formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia di dunia dan

akhirat. Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat.

Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan

bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Begitulah

peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan memperkenalkan satu

Pakej Kerjaya Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan sebagai profesion

pilihan termasuk kaedah memberi ganjaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru.

Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,

gelombang pertama (2013-2015) memberi fokus kepada meningkatkan standard

profesionalisme guru.

Peranan guru masa kini semakin mencabar. Mereka bukan sahaja

memainkan peranan utama sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran

kepada pelajar, malahan bertanggungjawab menyuburkan minat,

memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajarpelajar. Guru juga merupakan

sumber untuk membina daya pemikiran yang analitikal, kritikal dan kreatif bagi

membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang

berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan.

m/s : 5

Page 6: penulisan akademik

David Ryans dalam bukunya Characteristics Of Teachers—Their Description,

Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam

menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif,

bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang

dan berkeyakinan. Guru dalam konteks pendidikan sebenarnya berperanan sebagai

ejen penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua

selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru memainkan peranan sebagai ejen

pewarisan budaya yang penting bagi membentuk sesebuah masyarakat.

Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah

secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar

tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat

yang berbudaya. Sebenarnya profesion keguruan mempunyai cabarannya sendiri

dan memerlukan persediaan yang secukupnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek. Profesion keguruan menjurus cabaran yang dihadapi di kawasan sekolah

amnya dan cabaran dalam pengajarannya khususnya. Mantan Ketua Pengarah

Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, berkata, dalam abad ke-21, bidang

pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberalisasi.

Setiap pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang

pendidik.

Persepsi yang menyatakan bahawa guru ibarat “ibu bapa kedua” secara tidak

langsung menggambarkan tanggungjawab yang besar kepada golongan pendidik.

Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan ibu bapa meletakkan sepenuh

kepercayaan dan tanggungjawab kepada guru untuk mengajar anak mereka supaya

cemerlang dalam bidang akademik. Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan liberalisasi

menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi

TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan.Guru yang aktif

dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang

positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya.

Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi

berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan

impian negara agar menjadi negara maju pada 2020 dan merealisasikan tiga

komponen utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -

2015.

m/s : 6

Page 7: penulisan akademik

2.0 ISU DAN CABARAN GURU

2.1 Cabaran kepelbagaian budaya.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3, 1996, m/s:180 menyatakan bahawa budaya

dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Budaya juga bermaksud

kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Budaya seringkali

dikaitkan dengan etnik, agama, jantina sosio ekonomi serta latar belakang keluarga.

Aspek-aspek ini adalah saling berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan

akan kepelbagaian yang wujud di antara murid di dalam sesebuah bilik darjah.

Sebagai guru perlulah tahu bahawa setiap individu murid itu mempunyai budaya,

latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang mana

sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka.

Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam terhadap kepelbagaian murid

yang wujud bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga

pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar

belakang keluarga, sosioekonomi dan gaya pembelajaran murid itu sendiri.

Kepelbagaian yang wujud antara murid perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya

dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar

belakang budaya setiap orang murid dalam menentukan strategi pengajaran yang

lebih berkesan.

Kebiasaannya guru berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu karenah

murid yang datang dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang

disampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Guru yang memahami

pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam

menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk

melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang

identiti diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi,

gaya pembelajaran dan sebagainya.

Konsep ini dipilih adalah berdasarkan keperluan guru untuk memahami bahawa

terdapat perbezaan antara setiap murid dengan murid yang lain. Hal Ini mendesak

guru untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah.

Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya murid terlebih

m/s : 7

Page 8: penulisan akademik

dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan

tepat.

Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran murid

akan memberi faedah kepada semua murid tanpa mengira kepelbagaian yang wujud

di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, meningkatkan metodologi

pengajaran dan amalan bagi murid-murid tertentu akan menghasilkan pembaikan

pengajaran untuk semua.

Dari segi murid yang pelbagai budaya, guru perlu memikirkan cara yang tersendiri

dalam memberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua murid-

muridnya tanpa mengira budaya. Oleh yang demikian guru harus memahami murid-

muridnya sama ada Melayu, Cina mahu pun India yang mempunyai tahap

kefahaman dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza antara satu sama lain.

Secara kesimpulannya, kepelbagaian murid, gaya pembelajaran, dan budaya

merupakan tiga aspek penting serta secara tidak langsung menjadi cabaran utama

dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepekaan guru

terhadap kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua

cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam menyatukan

kepelbagaian murid yang pelbagai budaya

2.2 Cabaran pendemokrasian pendidikan.

Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau proses

manakala pendidikan bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan.

Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama

untuk semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan

itu ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas

pendidikan.  Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang

sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas.

Kegagalan untuk mendapatkan peluang pendidikan yang berkualiti telah

membataskan peluang masyarakat tidak beruntung (disadvantaged) di luar bandar

m/s : 8

Page 9: penulisan akademik

untuk maju dalam bidang ekonomi dan sosial. Kedudukan ini jika tidak diatasi

dengan intervensi dan pelaksanaan dasar yang berkesan akan melahirkan

fenomena kitaran sosial (social reproduction). Sekali gus fenomena ini melebarkan

jurang ketidakberuntungan antara masyarakat bandar dan luar bandar. Untuk

memecahkan kebuntuan ini pendidikan merupakan mekanisme berkesan untuk

mengubah status sosioekonomi dan mobiliti sosial masyarakat yang boleh

membawa kepada perubahan dan pemodenan (Inkeles, 1974; Abd. Rahim, 2002).

Walau bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan konsep pendemokrasian secara

menyeluruh dalam bidang pendidikan menjadi sukar kerana negara masih berdepan

dengan faktor kepelbagaian latar belakang kaum, status sosioekonomi, demografi,

geografi dan saiz populasi masyarakat. Masalah ini menjadi lebih sukar dengan

wujudnya perbezaan kategori, saiz dan jenis sekolah, kepelbagaian etnik, identiti

masyarakat, hak autonomi dalam pengurusan sekolah dan kepentingan politik kaum-

kaum tertentu dalam pendidikan. Persoalan yang sering timbul dalam proses

perancangan, penggubalan dasar dan peruntukan belanjawan negara untuk institusi

sekolah adalah bagaimana cara yang paling strategik dari aspek pendidikan, sosial

dan ekonomi untuk memastikan peluang pendidikan asas yang berkualiti dapat

diterima oleh setiap murid tanpa mengira lokasi sekolah, jenis sekolah, kategori

sekolah dan status sosioekonomi murid (World Bank, 1980).

Di Malaysia, sekolah kecil di luar bandar telah diklasifikasikan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia berada dalam situasi kurang beruntung kerana kurang

prasarana yang berkualiti dalam banyak aspek. Faktor ini memberi kesan besar

kepada pencapaian akademik murid. Sebilangan besar sekolah rendah di luar

bandar Malaysia yang berperanan menyediakan pendidikan asas adalah bersaiz

kecil, namun mereka berdepan dengan masalah kekurangan kemudahan asas dan

input pendidikan seperti kualiti guru, dan bahan pengajaran. Banyak hasil kajian

dasar dan ilmiah (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

BPPDP, 1979, 1980, 1994, 1995, 1998; Suhaimi, 1997; Isahak, 1995; Sharifah,

2000) telah memperlihatkan bahawa input-input pendidikan seperti kualiti guru,

bahan pengajaran dan kemudahan asas mempunyai kesan yang kuat kepada

prestasi sekolah secara umumnya.

m/s : 9

Page 10: penulisan akademik

Dalam menentukan pendidikan berkualiti dapat direalisasikan, maka para pendidik

dan guru-guru, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut iaitu para guru haruslah

menguasai subjek (kandungan kurikulum), mahir dan berketerampilan dalam

pedagogi (pengajaran & pembelajaran), memahami perkembangan murid-murid dan

menyayangi mereka, memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology),

memiliki kemahiran kaunseling, menggunakan teknologi terkini, dapat menyaring

dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir, boleh bekerjasama dengan

rakan sejawat dan orang lain, dan memiliki keyakinan terhadap peranan dan

sumbangan sebagai pendidik..

2.3 Cabaran Teknologi Maklumat.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan

teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Definisi teknologi maklumat

boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan

penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang

diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang

membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.

Terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul berhubung dengan

penggunaan internet dalam kalangan murid dan guru untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran ini. Menurut Zoraini (2000) dalam proses mengimplementasikan

program berasaskan komputer di sekolah, seseorang guru biasanya dilatih tetapi

bilangannya amat terhad. Sunal (1996) mendapati pembelajaran yang bermakna

boleh dicapai melalui penggunaan sumber daripada internet oleh murid. Namun

demikian perkara ini tidak akan berlaku sekiranya pengetahuan dan pengalaman

seseorang guru adalah terhad terhadap penggunaan internet.

Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan

bahaya dan kemudaratan khususnya kepada murid, yang menjadi antara golongan

pelayar internet teramai di Malaysia. Kajian yang telah dijalankan oleh School Board

Foundation dalam Thomas (2000) mendapati ibubapa bimbang terhadap laman web

lucah, 27% bimbang tentang keganasan dan 20% bimbang tentang kandungan

kebencian. Penghasilan bahan pengajaran secara talian dalam kalangan guru masih

lagi di tahap yang rendah. Hal ini disebabkan kebanyakan para guru tidak

mempunyai pengalaman untuk membina laman web. Hal ini diakui melalui kajian

m/s : 10

Page 11: penulisan akademik

Foong (1999) menunjukkan hanya 12.5% daripada guru di Selangor mempunyai

pengalaman dan pengetahuan mereka bentuk laman web. Kekurangan kemahiran

ini telah membataskan guru untuk menghasilkan bahan pengajaran secara talian.

Kajian yang dijalankan oleh Sunal (1996) mendapati masalah

utama penggunaan internet dalam pengajaran ialah keperluan untuk menambah

akses internet supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Kajian juga menunjukkan guru memerlukan kemudahan mengakses internet di

dalam kelas. Untuk mencapai tahap penggunaan yang optima, beberapa komputer

diperlukan untuk kegunaan di dalam bilik darjah.

Namun demikian, kemudahan ini sukar diperolehi kerana kebanyakan sekolah

hanya menawarkan akses internet untuk satu atau dua komputer yang terletak di

perpustakaan atau makmal komputer sahaja. Penggunaan internet walaupun ada

kebaikan tetapi terdapat kekurangan di mana murid yang selalu mengakses internet

lebih tertarik untuk duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial

sama ada dalam keluarga dan masyarakat. Senario ini akan menyebabkan murid

menjadi pasif dan kurang berkomunikasi apabila berhadapan dengan orang ramai,

sedangkan untuk menjadi seorang murid yang berdaya saing, mereka berkeupayaan

untuk memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapkan kerjaya

dan pembangunan kerjaya mereka kelak.

LANGKAH-LANGKAH HADAPI ISU DAN CABARAN GURU.

3.1 Langkah-langkah hadapi cabaran kepelbagaian budaya.

Sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru

dalam usaha  memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari

pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis

guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya murid, khususnya

ketikamengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini

satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan

menjadi menyeronokkan. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus

menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional. 

m/s : 11

Page 12: penulisan akademik

Guru tidak seharusnya membezakan bangsa murid dan tidak mengelompokkan

murid mengikut kaum tertentu sahaja. Murid dari kaum dan jantina berlainan juga

harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk

berinteraksi terbuka luas.Guru harus berusaha menolong murid memahami dan

membentuk nilai sikap, tingkah laku yang sesuai. Guru harus melayan keperluan

murid ke arah perkembangan potensi secara optimum. Murid harus dibantu untuk

memahami kekuatan dan kelemahan yang ada kepada diri mereka.

Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan

tahap pencapaian mereka.

Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar

untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid

yang lemah melalui pengajuran kem motivasi dan sebagainya.

Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid

berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah

pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak

diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik

dan meniupkan api perkauman dalam kalangan murid.

Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang

diamalkan murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima

seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak

harus dipertikaikan. Guru harus mengurangkan bahasa dialek dan mengunakan

bahasa yang standard dan rasmi untuk memberi peluang yang sama rata kepada

semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua

murid, tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Isu yang mempunyai unsur bias

kepada mana-mana agama atau bangsa mesti dielakkan untuk memberi peluang

yang sama kepada setiap murid menerokai aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang

kecelaruan adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang

positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan

tersebut.Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam

pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian

serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa

m/s : 12

Page 13: penulisan akademik

masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya

dapat dilaksanakan  secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan.

3.2 Langkah-langkah hadapi cabaran pendemokrasian pendidikan.

Peranan guru dalam usaha menyokong pembentukan tiga teras utama yang

ditekankan dalam usaha pembinaan negara bangsa, iaitu memperkukuhkan

perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangun

sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi adalah

sangat penting. Oleh demikian penting bagi setiap guru memahami peranan dan

tanggunjawab masing-masing.

Hal ini kerana peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak

yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu. Kerajaan telah mengambil

pelbagai inisiatif bagi mengatasi cabaran pendemokrasian pendidikan. Selain

daripada pendidikan percuma atau tidak dikenakan apa-apa bayaran, beberapa

langkah sokongan yang lain telah diwujudkan bertujuan memantapkan pelaksanaan

agenda pendemokrasian pendidikan dalam aspek ini, Bantuan buku-buku teks

melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

dan pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan atau lain-lain agensi bagi

mereka yang layak diadakan bertujuan agar kemiskinan tidak dijadikan alasan untuk

seseorang itu tidak bersekolah. Guru haruslah melaksanakan dan menjalankan

tanggungjawab mereka dengan adil dan ikhlas. Setiap bantuan kerajaan haruslah

diberi dengan adil tanpa sikap pilih kasih.

Kerajaan juga telah meningkatkan kemudahan dan infrastruktur pendidikan iaitu

kemudahan-kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran seperti asrama,

Pusat Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang berkualiti, sukan dan

sebagainya. Dalam perkembangan berkaitan, usaha memperbaiki prasarana

pendidikan luar bandar diteruskan umpamanya dengan membina asrama desa di

setiap daerah, dengan keutamaan diberikan kepada kawasan pendalaman. Guru

haruslah menggunakan segala kemudahan yang disediakan secara optimum dalam

mendidik anak bangsa kita.

m/s : 13

Page 14: penulisan akademik

Guru juga haruslah lengkap dengan ilmu pengetahuan tentang ICT bagi memastikan

segala tunjuk ajar dapat difahami secara optimum oleh murid-murid.Guru perlu

sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu

dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan

cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru akan

memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan

yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan.

Hal ini akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri

secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan

tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Suasana pembelajaran yang

menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru untuk mengawal

persekitaran bilik darjah dengan berkesan.Guru juga perlu memberi peluang sama

rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

Aktiviti P&P perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada mana-mana

murid bagi memberi

peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktiviti pembelajaran. Kemajuan dan

kelemahan setiap murid perlu dicatat dan diambil tindakan dengan cara membuat

penambahbaikan terhadap mutu P&P selain daripada membimbing murid untuk

mempertingkatkan prestasi tanpa membezakan antara satu sama lain.

3.3 Langkah-langkah hadapi cabaran teknologi maklumat

Inisiatif guru sendiri sangat penting dalam menjayakan penggunaan komputer dan

internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan oleh

Zoraini (2000) mendapati kebanyakan guru yang dapat menggunakan teknologi

maklumat dengan efektif menguasai kemahiran mereka melalui pembelajaran

sendiri dan memiliki komputer sendiri di rumah. Guru yang mepunyai karektor

sebegini sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini kerana minat dan

inisiatif sendiri. Abd. Latif (2002) dalam kajiannya menyatakan kebanyakan guru

pelatih di UPSI memperoleh pengetahuan dan kemahiran teknologi internet daripada

rakan sekerja berbanding mengikuti kursus

m/s : 14

Page 15: penulisan akademik

Dalam usaha melahirkan guru yang mahir menggunakan komputer dan internet,

kursus atau latihan yang berkesan perlu diberikan kepada para guru. Sehubungan

dengan itu, para guru telah diberi pinjaman untuk pemilikan komputer bagi

meluaskan pengetahuan mereka tentang kemudahan dan penggunaan komputer

dan ICT. Untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu inovasi dalam pendidikan,

seharusnya penglibatan para guru di awal-awal telah diketengahkan. Para guru

perlu diberi latihan, kursus, malumat dan pengetahuan yang seiring dengan

perkembangan teknologi khususnya dalam internet dan ICT. Pelbagai program

latihan dilaksanakan bagi menggalakkan guru mempertingkatkan profesionalisme

mereka secara berterusan khususnya di dalam mengatasi penggunaan internet

Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada

keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen

pengajaran dan pembelajaran yang di rancangkan oleh mereka. Warga pendidik

contohnya guru, yang menjadi nadi dan tulang belakang bagi menjana

keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya. Perkembangan pesat dalam

penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan merupakan satu jalan yang

cerah untuk menjayakan pendidikan bertaraf dunia.

Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran

berlaku apabila seseorang bertindakbalas terhadap rangsangan dan kemudiannya

diberi pengukuhan. Teori kognitisme pula menegaskan pembelajaran merupakan

satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang.

Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh

dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Di bawah pembelajaran secara

behaviorisme dan kognitisme setiap guru berperanan sebagai penyampai maklumat

dan memastikan bahawa murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada.

Semasa pembelajaran kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing

atau fasilitator yang mana melibatkan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif

dan belajar melalui penerokaan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan

oleh para guru untuk menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses

pengajaran dan pembelajaran. Seharusnya guru yang akan mengaplikasikan

m/s : 15

Page 16: penulisan akademik

pembelajaran secara kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulu memahami dan

mendalami pengetahuan dalam komputer dan ICT bagi memudah caranya mengajar

kelak.

Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai

maklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan

sebagai fasilitator, pengurus, kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini

membolehkan para guru bebas bekerja secara individu atau dalam kumpulan kecil

dan meninggalkan cara pengajaran formal yang lama. Guru membantu murid

mencari maklumat dari pelbagai sumber dengan adanya teknologi maklumat dan

komunikasi.

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa seorang pendidik perlu

mempunyai sifat-sifat yang boleh mempengaruhi pelajarnya menjadi seorang

warganegara yang cemerlang dari segi penampilan, sikap dan mempunyai

integriti yang utuh sebagai seorang individu. Seorang individu yang memilih

profesion keguruan sebagai bukan kerjaya pilihannya akan mendatangkan

pelbagai masalah dan keburukan sama ada kepada pelajar, masyarakat, negara

dan nama baik profesion perguruan. Lantaran itu, bagi memastikan sebuah negara

mencapai tahap yang setanding negara maju yang lain, ianya perlu dimulai

diperingkat persekolahan lagi iaitu memilih individu yang benar-benar berminat

untuk dijadikan seorang guru. Kementerian perlu mengetatkan syarat kelayakan

untuk menjadi seorang guru bagi memastikan hanya individu yang berkelayakan

sahaja dapat guru dan seterusnya dapat bekerja dalam profesion ini dengan

penuh komitmen.

DAPATAN HASIL TEMU BUAL

Untuk menyiapkan tugasan EDU Guru dan Cabaran Semasa, saya telah

menemubual seorang guru cemerlang JQAF Sekolah Kebangsaan LKTP Kledang

Kota Tinggi Johor iaitu Puan Syarifah Fazlin binti Shazim. Beliau telah dilantik

sebagai Guru Cemerlang sejak tahun 2013. Beliau merupakan seorang Guru

Cemerlang yang sangat berdedikasi, rajin dan komitmen terhadap semua tugas

yang diamanahkan. Oleh kerana itu, maka saya yakin, beliau merupakan orang

yang sangat layak untuk ditemubual bagi menyiapkan tugasan ini.

m/s : 16

Page 17: penulisan akademik

Apakah yang dimaksudkan dengan Inovasi? Inovasi ialah kaedah mencari

jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada

melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea

yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan

kualiti dan produktiviti organisasi.

Negara sedang menuju ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagai sebuah

negara maju menurut acuan sendiri. Sehubungan dengan itu, sudah menjadi tugas

pendidik yang bertindak sebagai pelaksana pendidikan untuk menyiapkan diri

menghadapi gelombang inovasi dalam pendidikan yang sentiasa mengalami

perubahan selaras dengan perkembangan global dan dunia tanpa sempadan.

Seorang guru masa kini perlu bijak dalam menangani semua perubahan yang

berlaku dalam sistem pendidikan, bijak mengenalpasti dan mengaplikasi pelbagai

strategi dan kaedah yang inovatif dalam pendidikan, mahir dalam menggunakan

semua jenis teknologi dalam pengajaran dan mampu menyesuaikan diri dalam

perubahan teknologi tersebut. Seseorang guru masa kini juga perlu mahir dalam

merancang reka bentuk resos yang inovatif serta mampu menggunakan pelbagai

reka bentuk pentaksiran dan penilaian yang terkini serta inovatif. Diharap dengan

kemampuan guru mendepani semua perubahan dalam sistem pendidikan masa kini

akan mampu meletak Malaysia sebaris dengan negara-negara yang maju pada

tahun 2020.

Kepentingan Guru yang Inovatif

Inovasi dalam pendidikan berlaku secara formal dan tidak formal. Sama ada secara

sedar atau tidak, apabila berlaku pengubahsuaian dan penambaikan dalam

menghasilkan produk atau perkhidmatan, maka ia dikatakan inovasi. Apabila

berlakunya inovasi, maka pengajaran da pembelajaran akan menjadi lebih menarik

dan mudah difahami.

m/s : 17

Page 18: penulisan akademik

Guru inovatif yang sentiasa mencipta dan membuat pembaharuan dalam pengajaran

dan pembelajaran sangat penting agar sistem pendidikan kita bertaraf dunia. Guru

harus melengkapkan persediaan dengan ilmu pengetahuan yang luas mencakupi

pelbagai bidang dan perlu berani melakukan perubahan ke arah kreativiti serta

inovasi. Seperti tema Sambutan Hari Guru kali ke-43 iaitu pada tahun 2014 yang

telah dipilih “Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi”. Keperluan ini bersesuaian

dengan perubahan bidang pendidikan masa kini yang memerlukan guru kreatif dan

inovatif untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran efektif seterusnya

melahirkan produk atau modal insan yang berkualiti.

Guru mesti bersedia memainkan peranan penting dalam menggerakkan kreativiti

dan inovasi dalam semua bidang di sekolah dan bijak menerapkan kedua-dua

elemen tersebut melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara

terancang, memenuhi keperluan murid mengikut aras kebolehan, merancang aktiviti

yang bersesuaian dengan murid, menjalankan aktiviti tersebut dan akhirnya menilai

keberkesanan aktiviti. Guru tidak boleh lagi mempraktikkan pengajaran yang sama

seperti 10 atau 20 tahun dahulu kerana pelajar hari ini semakin bijak seiring dan

pengetahuan semakin mencabar dan sebab itu, guru harus bersedia membuat

perubahan ini.

Salah satu perubahan ini adalah dengan cara mencabar keupayaan pelajar mereka

berfikir dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar dan alat bantu pengajaran

yang menarik minat murid atau boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

Sebagai guru, golongan ini perlu memainkan peranan penting bagi menerapkan

kedua-dua elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran mereka sama ada dalam

bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.

Guru mesti bertindak sebagai pencetus kreativiti dan penjana inovasi kerana guru

sebagai penyampai ilmu perlulah memiliki kemahiran tinggi bagi melakukan

transformasi dalam menjana minda murid agar menjadi lebih dinamik. Murid yang

kreatif dan inovatif akan menjadi seorang yang sentiasa berfikit, ingin mencipta,

bercita-cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri. Inilah ciri-ciri murid yang

perlu kita lahirkan untuk menjadi warganegara bagi menghadapi cabaran masa

depan terutama dalam memasuki era 2020.

Ciri-ciri Guru yang Inovatif

m/s : 18

Page 19: penulisan akademik

Sebagai seorang guru, kita perlu memiliki sifat-sifat yang inovatif supaya kita dapat

mengikuti arus perkembangan terkini dalam bidang pendidikan. Antara ciri-ciri guru

yang inovatif ialah guru yang menggunakan bahan bantu mengajar daripada

kehidupan persekitaran murid supaya murid mudah memahami isi pelajaran yang

hendak disampaikan. Guru juga hendaklah sentiasa berfikiran kreatif semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran supaya menarik minat murid seterusnya memahami

apa yang cuba disampaikan oleh guru. Penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang

dijalankan juga sangat penting kerana ini akan memberi peluang psikomotor murid

berkembang melalui aktiviti yang dilakukan.

Untuk menjadi guru yang berinovatif, pertama sekali kita mestilah berminat dengan

kerjaya sebagai seorang guru. Jika seseorang guru tiada jiwa sebagai seorang

pendidik, maka pelajar-pelajar akan menjadi mangsa kerana guru tidak menjalankan

tanggungjawabnya dengan ikhlas. Guru juga hendaklah sentiasa ceria, tersenyum

dan sentiasa bersemangat semasa menjalankan tugas. Ini secara tidak langsung

akan memberi motivasi kepada anak didik mereka.

Strategi Pengajaran Guru yang Inovatif

Strategi pengajaran dan pembelajaran guru yang inovatif ialah sama ada

menggunakan strategi pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran

berasaskan projek, pembelajaran elektronik atau pembelajaran berasaskan laman

sesawang. Kesemua strategi ini menggunakan inovasi yang memerlukan pelajar

berfikiran kritis untuk menyiapkan tugasan di samping menggunakan teknologi

terkini.

Pembelajaran Berasaskan Projek adalah satu strategi pembelajaran yang

melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran melalui proses

inkuiri lanjutan yang dibina berdasarkan persoalan autentik yang kompleks untuk

menghasilkan produk atau tugasan. Strategi membolehkan pelajar membuat

aplikasi isi pelajaran kepada permasalahan autentik yang memerlukan pemikiran

kritis.

Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan strategi yang melibatkan pelajar

dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan

m/s : 19

Page 20: penulisan akademik

berdasarkan persoalan autentik yang kompleks melalui `membuat` atau

`melakukan`.

Pembelajaran Elektronik merujuk kepada pembelajaran yang berlaku dengan

mennggunakan computer dan internet, CD Rom, televisyen interaktif atau siaran

melalui satelit berlaku di mana-mana atau pada bila-bila masa mengikut keperluan

pelajar menghasilkan pengalaman dan penguasaan kemahiran dan pengetahuan

baru. Antara cirri-ciri Pembelajaran Elektronik atau E-Learning ini ialah

pembelajaran mengikut kadar kendiri pelajar, boleh dicapai oleh ramai pelajar dan

boleh dicapai di mana-mana dengan talian internet.

Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang merupakan sejenis pembelajaran

dalam talian yang menggunakan gabungan streaming video, power point, audio dan

perisian lain dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Strategi pengajaran

dan pembelajaran guru yang menarik akan membuatkan murid berminat untuk

menyukai sesuatu mata pelajaran.

Antara strategi lain, seseorang guru hendaklah membuat persediaan sebelum sesi

pembelajaran dan pembelajaran. Tidak kira, persediaan sangat penting. Tanpa

persediaan yang mencukupi, guru diibaratkan pergi berperang tanpa membawa

pedang. Isi pelajaran yang hendak disampaikan menjadi tidak teratur dan akhirnya

objektif pelajaran yang sepatutnya dicapai oleh murid pada hari tersebut tidak

difahami oleh murid-murid.

Pengajaran guru yang berinovatif juga menepati masa. Ini bermaksud guru masuk

ke dalam kelas tepat pada masanya dan menjalankan langkah-langkah pengajaran

dan pembelajaran mengikut masa dan tempoh aktiviti yang telah dirancang dan

strategi yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran menepati

kehendak dan kesesuaian murid.

Peranan Teknologi dalam Pendidikan

Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru

dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari

maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya

m/s : 20

Page 21: penulisan akademik

dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat

teknologi sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran

akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti

powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan

tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses

pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan

padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik

serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan

bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan

gaya persembahan yang ditunjukkan melalui teknologi.

Di samping itu kesan penggunaan teknologi ialah dapat menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran

yang menyeronokkan. Dengan adanya teknologi dalam pendidikan, guru dapat

mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu

kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti

pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam

teknologi. Melalui penggunaan alat teknologi, guru dapat menerangkan kepada

pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.

Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-

maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet

membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang

terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama

seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti

pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat

dapat terus di akses kedalam sistem.

Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting

kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan

teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan didedahkan

dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai teknologi seperti komputer, LCD, CD,

pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Semua benda yang

berkenaan dengan teknologi mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang

tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Hal ini

kerana melalui penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan

pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu

m/s : 21

Page 22: penulisan akademik

dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan

merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan

teknologi ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat

menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah

untuk di fahami. Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan

mengenai sistem teknologi melalui pengalaman yang diperolehi semasa

menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini kerana semasa proses pengajaran dan

pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari

serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem teknologi ini

disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui

cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai

teknologi pendidikan ini. Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu

menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya di dalam

bidang pendidikan yang banyak menggunakan teknologi dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam mengenai teknologi amat penting

bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan teknologi dalam

proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran

yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah

kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima

sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan teknologi murid-murid

dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan

pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan

teknologi tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik,

audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa

yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang

lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan

pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang

timbul dapat segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah

bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan teknologi pendidikan ini.

Teknologi pengajaran dan pembelajaran terkini ialah penggunaan Frog VLE yang

mana murid dan guru boleh berinteraksi di mana-mana juga berada dan pada bila-

bila masa di luar sesi pdp. Frog VLE berperanan sebagai sebuah pembelajaran

m/s : 22

Page 23: penulisan akademik

maya di mana lokasinya ialah intranet, bilik darjahnya secara talian dan ruang sosial

untuk sekolah-sekolah; seolah-olah berada di bawah satu bumbung. Ia adalah

system pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia

sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Aktiviti dalam bilik

darjah, kandungan pelajaran, ujian, kerja rumah, gred, penilaian dan sumber luar

yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya merupakan

link laman web akademik. Ia juga merupakan satu ruang sosial yang membenarkan

pelajar dan guru untuk berinteraksi melalui perbincangan melalui chat. Ia biasanya

menggunakan Web 2.0 sebagai alat untuk interaksi 2 hala dan termasuk system

pengurusan isi kandungan.

Kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak dapat disangkal lagi.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat bantu mengajar dalam

bahasa sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek

bahasa dengan lebih baik. Teknologi memberikan kesan yang besar terhadap

proses pengajaran dan pembelajaran terutama semasa membuat pemilihan bahan

teknologi dalam pelbagai cara. Bagaimana pun, guru harus mempunyai

pengetahuan yang jelas dalam memilih bahan teknologi yang boleh digunakan

dengan berkesan dalam sesuatu sesi pengajaran dalam bilik darjah.

Di samping mengetahui bagaimana hendak menilai secara berterusan bahan

teknologi dan menentukan bahan teknologi yang akan digunakan untuk membantu

pencapaian objektif pembelajaran, pemilihan bahan teknologi bukanlah sukar

dilakukan oleh seorang guru yang mempunyai pengalaman dalam menggunakan

bahan serta kerap membuat penilaian kendiri terhadap pencapaian pelajar setelah

sesuatu bahan digunakan.

2022 perkataan

4.3 Langkah-langkah mengatasi tekanan.

Young (1978) mencadangkan sokongan pihak pengurusan untuk melegakan

kekecewaan guru-guru yang meningkatkan tahap kegelisahan/kerisauan. Guru-guru

yang terpaksa berhadapan dengan murid yang mengganggu memerlukan sokongan

m/s : 23

Page 24: penulisan akademik

pihak pengurusan dan rakan sekerja. Persekitaran tempat kerja guru seperti

suasana persekolahan dan bilik-bilik guru juga perlu diberi perhatian supaya

persekitaran kerja guru dapat diwujudkan dalam keadaan yang lebih selesa.

Suasana kerja perlu selesa dan sesuai dengan status mereka sebagai pegawai

dalam kumpulan pengurusan dan profesional. Permasalahan ini perlu diberi

perhatian kerana kita sering bercakap dan merancang tentang pendidikan bertaraf

lima bintang, sekolah bestari dan sebagainya, tetapi golongan yang bakal

menjayakan hasrat murni tersebut adalah tidak wajar untuk diabaikan.

Pilih masa yang sesuai dengan bercuti ke tempat – tempat yang boleh membuat

seseorang itu berasa tenang dan tidak terlalu berfikir tentang beban kerja yang

ditanggung. Luangkan waktu pada waktu itu untuk bersendirian dengan melihat dan

menikmati keindahan tempat tersebut.

Perbincangan antara rakan sejawatan juga boleh dipraktikkan bersama rakan –

rakan setugas semasa berada di sekolah pada bila – bila masa. Guru boleh

menggunakan masa terluang bersama – sama rakan berbincang perkara – perkara

yang berkaitan dengan masalah pengajaran dan pembelajaran, tugasan – tugasan

yang diberi tanggungjawab oleh pihak pentadbir sekolah untuk diselesaikan.

Perlakuan menyimpan permasalahan dalam diri sendiri akan mengundang stres .

Badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Segala tekanan dapat

dilepaskan apabila kita bersenam atau beriadah. Melakukan senaman yang kerap

dan beriadah juga dapat mengurangkan stress seseorang. Aktiviti ini juga dapat

mengurangkan pertumbuhan hormon stres yang dikenali sebagai epinephrine dalam

diri seseorang.

Teknik tenang diri juga boleh didedahkan kepada para guru di mana teknik ini

adalah baik untuk mengurangkan tekanan harian. Salah satu teknik yang

dicadangkan adalah Teknik Pengenduran Otot-otot Secara Progresif dan juga

beberapa amalan berkaitan pengisian rohani guru seperti meditasi, zikir, solat dan

ibadat umum. Amalan pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan perhatian

supaya bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani

dan inteleknya. Tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan

aspek tersebut.

m/s : 24

Page 25: penulisan akademik

5.0 PROGRAM-PROGRAM BAGI MENGATASI STRESS GURU.

5.1 Pemeriksaan kesihatan berkala.

Pemeriksaan kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan oleh para guru dalam

memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik. Guru

mestilah berusaha menjaga tahap kesihatan mereka kerana hal ini memberikesan

yang amat mendalam kepada seorang guru. Umpamanya, guru yang mengalami

masalah kesihatan akan lebih cenderung mengalami masalah stress di sekolah

sekaligus memberi mudarat kepada profesion secara umumnya dan murid secara

khususnya. Guru juga perlu meningkatkan perbincangan dan bersosial dengan

rakan-rakan sejawatan sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan tugas di

sekolah. Hal ini mungkin dapat menghilangkan sedikit tekanan yang dihadapi oleh

guru.

Sekiranya masalah-masalah yang dialami disimpan bersendirian, ia akan

menyebabkan guru lebih mudah menghadapi tekanan di tempat kerja. Bagi pihak ibu

bapa dan pengurusan sekolah, mereka tidak sepatutnya meletakkan harapan yang

terlalu tinggi kepada guru-guru di sekolah. Hal ini kerana, tugas mendidik anak

adalah tanggungjawab ibu bapa dibantu oleh guru di sekolah. Adalah menjadi satu

kesilapan besar sekiranya tugas mendidik anak-anak sekadar diletakkan di bawah

tanggungjawab guru dan hal ini secara tidak langsung memberikan tekanan hebat

kepada para guru di sekolah.

5.2 Program Kursus Pengurusan Stres.

Matlamat program berfokus kepada peningkatan prestasi guru dari aspek sahsiah,

rohani dan emosi supaya dapat melaksanakan tugas sebagai guru dengan

komitmen yang tinggi dan mempunyai ilmu yang sempurna sebagai pendidik dan

menjadi kaki tangan kerajaan yang akur dan patuh dengan kehendak kementerian.

Selain itu diharap agar kursus ini dapat memberi panduan kepada guru-guru dalam

menguruskan tugasan sebagai guru dan pendidik di sekolah dan tugasan harian di

rumah agar segala-galanya dapat dilakukan tanpa rasa tertekan.

Objektif program ini ialah untuk memahami konsep dan senario stress di dalam

organisasi , memahami dan mengaplikasikan pengurusan stress, menggunakan

stress untuk kepentingan dan kemajuan diri dan organisasi serta merangsang ke

m/s : 25

Page 26: penulisan akademik

arah keseronokan bekerja tanpa stress. Semua guru terlibat dalam program ini.

Semoga program yang dirancang ini diharap dapat dilaksanakan dengan lancar,

berkesan dan jayanya.

5.3 Program Latihan Fisioterapi Khas

Program latihan fisioterapi khas yang dilaksanakan di sekolah saya disediakan khas

oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana

menguruskan stres dan kesakitan anggota badan semasa bertugas. Matlamat

program ini adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat bahawa rawatan

terbaik dalam penyelesaian kesihatan terutamanya berkaitan stres dalam pekerjaan

ialah melalui fisioterapi. Kekangan masa bagi mereka yang bekerja untuk bersenam

atau melakukan aktiviti sukan boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan lesu dan

tidak bermaya. Ini ditambah pula dengan tekanan yang dihadapi sama ada ketika di

tempat kerja mahupun di rumah.

Fisioterapi adalah salah satu rawatan atau kaedah yang boleh dilakukan oleh semua

orang dalam menghadapi tekanan dalam kerja.Secara umumnya fisioterapi

merupakan kaedah rawatan penyakit atau kecederaan melalui penyembuhan

semula jadi badan. Kaedah ini tidak menyakitkan dan tiada ubat digunakan, ia lebih

kepada proses pemulihan dan pencegahan.

Dalam pada itu program pertama latihan fisioterapi di sekolah saya baru-baru ini

membabitkan 135 orang guru dan kakitangan sekolah. Guru besar SK bandar Tasik

Puteri Pn Noraini binti Din berpendapat program itu baik dalam membantu guru-guru

dan sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada mereka. Rawatan ini adalah

mudah dan boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat terutama yang bekerja.

Sedikit sebanyak ia membantu melahirkan kualiti kerja yang bermutu.

Melalui program tersebut, guru-guru telah didedahkan secara teori dan praktikal

daripada aspek fisioterapi oleh kakitangan Great Life Physio and Rehabilation

dengan kerjasama pelajar Masterskill. Sesi ceramah telah diberikan oleh Pakar

Fisioterapi Great Life Physio and Rehabilation, Puan Fazilah Jamaluddin, yang

menerangkan beberapa aspek mengenai stres yang boleh mengakibatkan seperti

pening, sakit belakang, lemah sistem pertahanan badan, mengganggu mutu kerja

dan juga boleh berlaku serangan jantung serta obesiti.

m/s : 26

Page 27: penulisan akademik

Selain itu, tanda-tanda stres boleh dikenal pasti menerusi degupan jantung yang

laju, ketegangan otot, proses pernafasan menjadi cepat, berpeluh dan terasa perut

kurang selesa, loya dan cirit.Puan Fazilah menjelaskan antara faktornya adalah

disebabkan penat, kurang tidur, postur badan ketika bekerja, bebanan kerja,

suasana tempat kerja, skop kerja dan sebagainya. Beliau berharap supaya semua

guru menerima rawatan fisioterapi ini sebagai satu alternatif perubatan dalam

kehidupan.

5.4 Program Kesejahteraan Mental.

Dalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian di sekolah, guru-guru

tidak akan terlepas daripada mengalami kecelaruan emosi (stres). Justeru,

persekitaran sosial sekolah amat penting bagi melahirkan individu yang sihat serta

suasana yang ceria bagi merangsang kecemerlangan pembelajaran murid. Sekolah

merupakan institusi yang berpotensi untuk menggalakkan perkembangan

psikososial yang sihat dan kesihatan mental yang baik bagi menyediakan

kesejahteraan mental. Situasi di mana individu itu berupaya menyedari potensinya,

boleh berdaya saing terhadap stres kehidupan sehari-hari, boleh bekerja dengan

produktif dan boleh menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

Pelaksanaan awal Program Kesejahteraan Mental dapat mengatasi sebahagian

masalah Kesihatan Mental yang semakin meningkat dalam kalangan guru-guru di

sekolah dewasa ini. Kesihatan Mental bermakna pendidikan pengurusan stres,

keresahan dan kemurungan dalam kalangan guru. Kesedaran untuk mengenalpasti

guru-guru yang mempunyai masalah kesihatan mental (tekanan perasaan

berterusan, kemurungan dan masalah emosi dan tingkah laku) akan dapat

membentuk kesejahteraan seseorang guru. Oleh itu, memperkasakan guru dalam

menangani stres, cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui

kemahiran daya tindak (coping skills) dan teknik relaksasi akan membantu sekolah

menangani gangguan perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes histeria dan

kemurungan dalam kalangan murid.

Objektif dalam program ini ialah mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam

kalangan guru, mengenalpasti tanda-tanda dan punca stress, mengurangkan tahap

m/s : 27

Page 28: penulisan akademik

stres dalam kalangan guru dan melaksanakan intervensi stress , merujuk guru yang

mengalami masalah emosi, psikologi dan mental kepada pihak yang

bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.

5.5 Program Hari Keluarga

Hari Keluarga yang diadakan tahun ini, merupakan salah satu aktiviti rasmi sekolah

bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua golongan

di SK Bandar Tasik Puteri bersama ahli keluarga masing-masing. Ini kerana institusi

keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti

seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan

dinamik. Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk

untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pihak

pengurusan, golongan Akademik dan kakitangan sokongan. Aktiviti-aktiviti yang

akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu

platform semangat setiakawan dan muhibbah antara guru-guru, pihak pentadbir dan

kakitangan SK Bandar Tasik Puteri. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini

meliputi aspek kebudayaan, kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan setiap

warga agar sambutan Hari Keluarga kali ini akan lebih meriah dan berjalan lancar

serta berjaya mencapai objektifnya.

Objekif Hari Keluarga tersebut adalah untuk memberikan ruang kepada staf SK

Bandar Tasik Puteri melakukan aktiviti bersama-sama bagi menghilangkan tekanan

kerja di sekolah. Selain itu, Hari Keluarga ini juga sebagai ruang untuk saling kenal-

mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan staf, guru-guru dan

pihak pentadbir SK Bandar Tasik Puteri. Ia juga dapat menyemarakkan semangat

kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-

aktiviti yang dijalankan serta mewujudkan persefahaman dan semangat kerja

berpasukan di kalangan staf sekolah sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan

produktiviti kerja.Tema hari keluarga SK Bandar Tasik Puteri pada Tahun ini ialah

“SANTAI SAMA-SAMA”

Antara pengisian Program Hari Keluarga ini ialah:

1 . Acara senamrobik dan sukaneka .

m/s : 28

Page 29: penulisan akademik

2. Acara pertandingan untuk keluarga.

3. Senarai hadiah Cabutan Bertuah

4. Pertandingan Gubahan Nanas

5. Pertandingan masakan berasaskan labu

6. Persembahan guru-guru, pentadbir dan kakitangan sekolah.

Dengan terlaksananya Hari Keluarga SK Bandar Tasik Puteri diharapkan dapat

mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan guru-guru,

pentadbir dan kakitangan sekolah di samping dapat mewujudkan persefahaman dan

semangat kerja berpasukan di kalangan Warga SK Bandar Tasik Puteri sekaligus

dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan mencapai objektif Hari keluarga

SK Bandar Tasik Puteri.

6.0 PENUTUP

6.1 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, stres kerja yang dialami oleh guru-guru yang terlibat dalam

kajian ini berada pada tahap sederhana. Berdasarkan dapatan hasil temu bual yang

telah dijalankan, faktor salah laku pelajar telah dikenal pasti sebagai faktor yang

paling banyak menyumbang stres kerja di kalangan guru. Ini diikuti oleh faktor beban

tugas sebagai faktor kedua dan faktor kekangan masa dan sumber sebagai faktor

ketiga. Manakala faktor penghargaan dan faktor perhubungan interpersonal masing-

masing dikenal pasti sebagai faktor keempat dan kelima. Kesemua faktor ini

menyebabkan stres kerja yang sederhana di kalangan guru-guru.

Berdasarkan dapatan hasil temu bual ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat

perbezaan stress kerja di kalangan responden mengikut jantina, status perkahwinan

dan kelulusan akademik tertinggi. Di samping itu, stres kerja responden juga

dibuktikan tidak berhubung secara signifikan dengan umur, pengalaman mengajar

m/s : 29

Page 30: penulisan akademik

dan pendapatan gaji sebulan mereka. Stres kerja yang dihadapi oleh guru-guru telah

menjadi isu yang sering diselidik dalam berbagai penyelidikan pendidikan.

Kajian-kajian ini dapat digunakan untuk membantu guru-guru mengatasi

kebingungan yang dihadapi oleh mereka, menarik perhatian dan meningkatkan

kefahaman masyarakat terhadap masalah yang dihadapi oleh guru-guru serta

mengkaji punca-punca stres kerja bagi membentuk perancangan tindakan yang

berkesan dalam mengatasi stres kerja guru. Maka, adalah diharapkan lebih banyak

kajian yang berkaitan dengan stres kerja guru dapat dijalankan

Kesan stres kerja guru terhadap sistem pendidikan mudah digambarkan dan

ternyata amat serius. Dalam konteks ini, guru-guru yang sedang berkhidmat akan

mencari sumber kepuasan kerja yang alternatif dan sentiasa mencari perubahan

dalam kerjaya mereka. Manakala pengambilan dan pengekalan guru-guru baru akan

menjadi semakin sukar, walaupun gaji yang lebih lumayan ditawarkan. Walau

bagaimanapun, impak stress kerja guru yang paling kritikal adalah terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan anak bangsa kita.Oleh itu, isu stres

kerja guru seharusnya diberi perhatian yangserius oleh semua pihak. Masalah ini

seharusnya ditangani sebelum ia merebak danmenjadi fenomena yang lazim di

kalangan guru. Walau bagaimanapun, bah kata pepatah “mencegah adalah lebih

baik daripada merawat”. Stres kerja yang tinggi seharusnya dielakkan agar guru-

guru dapat memberi kualiti pengajaran yang terbaik kepada pelajar-pelajar mereka.

7.0 REFLEKSI

Nama : Pn Idayu binti Abu

No Kad Pengenalan : 691110-01-5576

No Matrik : PPG201119236047

Kelas : Bahasa Melayu ( C )

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Alhamdullillah syukur ke hadrat Ilahi

kerana dengan limpah kurniaNya saya berjaya menyelesaikan satu tugasan penting

dalam kursus kami iaitu tugasan subjek Guru dan Cabaran ( EDU 3093 ). Terima

m/s : 30

Page 31: penulisan akademik

kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam

menjayakan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Pertamanya, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya

dapat menyiapkan tugasan EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa ini. Kerja kursus

ini memerlukan saya menganalisa mengenai isu dan cabaran semasa yang

membolehkan guru mengenalpasti, mereflek serta menyesuaikan dan menyediakan

diri dengan perubahan dalam bidang pendidikan. Justeru, saya perlu menganalisa

isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru khususnya terhadap tiga komponen

yang dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013 – 2015 )

serta menghuraikan cara-cara bagi guru untuk menghadapi isu tersebut.

Saya mempelajari banyak perkara di sepanjang saya melaksanakan kerja kursus ini.

Antaranya ialah saya menjadi lebih peka terhadap isu-isu yang timbul dalam bidang

pendidikan, tidak kira ia berlaku pada beberapa tahun dahulu mahu pun sekarang.

Cabaran lain yang boleh saya katakan satu cabaran yang besar bagi seseorang

guru menghadapinya ialah tekanan emosi di kalangan murid. Sebagai seorang guru

yang diamanahkan oleh ibu bapa setelah menghantar anak-anak ke sekolah, guru

haruslah mampu mengesan tanda-tanda awal gangguan emosi dan mempelajari

langkah-langkah mengatasinya. Guru haruslah memberi bantuan kepada murid yang

berdepan dengan masalah seperti ini sebelum keadaan menjadi bertambah teruk. Ini

adalah disebabkan jika gangguan emosi yang terjadi kepada murid tidak diatasi

dengan segera, pelbagai masalah sosial akan terus berlaku kepada murid tersebut.

Murid-murid yang terlibat dengan tekanan emosi ini perlu mendapat bantuan

daripada pihak-pihak tertentu contohnya pakar psikologi dan kaunseling.

Subjek ini turut membincangkan gangguan emosi yang berlaku di kalangan guru

pula. Perbincangan lebih memfokuskan kepada gangguan emosi seperti stress dan

langkah-langkah untuk mengatasi tekanan emosi ini. Antara langkah-langakah yang

boleh diambil oleh guru adalah latihan meregangkan badan, membuat meditasi, atau

membaca sesuatu yang memberi inspirasi. Langkah ini dapat mencegah stress di

kalangan guru. Isu dan cabaran seperti ini sangat berguna untuk didedahkan

kepada semua guru supaya semua guru menjadi lebih bersedia dan berani untuk

menghadapi situasi itu kelak.

m/s : 31

Page 32: penulisan akademik

Selain itu, kerja kursus ini telah menyedarkan saya akan keperluan untuk

mempertingkat dan memperbaiki kemahiran, teknik dan kaedah mengajar saya.

Saya sedia maklum bahawa murid-murid pada masa sekarang adalah jauh berbeza

dengan kelompok murid terdahulu. Mereka lebih banyak terdedah dengan

kemudahan ICT dan penggunaan gadjet yang canggih. Oleh itu, pendekatan yang

seharusnya digunakan ke atas mereka mestilah berbentuk eksperimen atau

penerokaan yang boleh menarik minat mereka berbanding kaedah chalk and talk

dan belajar melalui buku teks semata-mata. Saidina Ali bin Abi Talib r.a juga pernah

berkata, “Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya”, lalu seorang guru perlu

mengetahui kecenderungan murid-muridnya sebelum mengajar mereka.

Pendekatan dan teknik yang bersesuaian turut menjamin keberkesanan mutu

pengajaran guru di samping memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran yang

ditetapkan dapat dicapai oleh setiap murid.

Inovasi dan perubahan dalam pendidikan turut disentuh dalam subjek ini. Subjek ini

turut memberi pendedahan kepada saya mengenai inovasi dan perubahan dalam

pendidikan. Dalam topik ini ada menyentuh mengenai strategi pengajaran inovatif,

penggunaaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, reka bentuk resos,

bentuk penaksiran dan penilaian. Inovasi yang kreatif dan kritis mampu membuat

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih berkesan. Selain itu,

murid-murid juga akan lebih ceria, aktif dan juga belajar dalam konteks bersosial jika

Pembelajaran Berasaskan Projek dan Pembelajaran Berasaskan Masalah

digunapakai. Begitu juga pembelajaran berasaskan laman sesawang yang akan

menjadi satu trend utama dalam pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat

dan komunikasi, komputer, Internet, e-buku dan lain-lain akan menjadi rujukan

pengajaran dan pembelajaran yang utama pada masa terdekat.

Saya sebagai seorang guru merasakan saya seharusnya bersedia untuk menjadikan

diri mahir bukan sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi sebagai penyumbang

pengisian sumber pembelajaran.Saya juga turut didedahkan dengan Pengurusan

Inovasi dan Perubahan serta Adaptasi pelbagai inovasi dan perubahan. Apa yang

saya faham ialah mengenai cabaran terkini yang memerlukan pemahaman dan

perubahan para guru terhadap tuntutan pendidikan semasa.

m/s : 32

Page 33: penulisan akademik

Di dalam topik ini, saya memahami satu perkara iaitu pengurusan bilik darjah yang

kondusif perlu diwujudkan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Antara

tindakan yang boleh dilakukan ialah menggunakan pendekatan berpusatkan murid

dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang harus dititikberatkan oleh guru

sendiri. Topik ini juga turut menyentuh mengenai Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia

(SKPM) yang mana merupakan satu bentuk inovasi dalam pendidikan di Malaysia.

Ini bagi membolehkan pihak-pihak tertentu memantau pembangunan dan kemajuan

setiap sekolah.

Saya berharap agar segala maklumat yang diperolehi menjadi tunjang

kepada diri saya dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan. Sebagai guru, saya

akan berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu murid dan memberi peluang

pendidikan yang optima kepada mereka tanpa prasangka awal terhadap salah laku

disiplin mereka. Seterusnya, pendedahan terhadap isu dan cabaran semasa dalam

dunia pendidikan ini mengajar saya bahawa kerjasama antara guru dan ibu bapa

adalah penting.

Sebarang masalah atau isu yang dihadapi oleh pihak sekolah khasnya mampu

dibendung dengan mudah sekiranya ibu bapa terjun padang untuk mengatasinya.

Sebagai contoh, kes jenayah murid di sekolah. Guru yang mempunyai kuasa boleh

menghukum murid-murid yang melakukan jenayah, tetapi dendaan tidak akan

membawa kesan yang berpanjangan kepada mereka jika ibu bapa mereka sendiri

tidak menegur atau membetulkan kesalahan mereka di rumah. Jelas, hubungan dua

hala yang baik antara dua ‘kuasa besar’ ini adalah perlu demi menjamin

perkembangan murid yang sepenuhnya, iaitu bukan sahaja meliputi aspek tingkah

laku malah prestasi akademik dan kokurikulumnya. Sementara itu, saya

berpendapat bahawa semua pihak hendaklah mengambil kira minat murid dan idea

daripada guru dalam merangka apa-apa program di dalam kementerian.

Hal ini kerana, apabila bertukar tampuk pemerintahan, pasti ada dasar yang baru

diperkenalkan dan menggantikan dasar yang sedia ada. Ia secara langsung akan

mendatangkan kesan terhadap pencapaian guru dan murid kerana dua kumpulan ini

yang melaksanakan dasar yang dibuat. Justeru, melalui kerja kursus ini, saya belajar

bahawa kita semua bergerak di dalam satu sistem. Dari peringkat kementerian

hingga di sekolah, kita bekerja bersama-sama dan bukannya secara individu

m/s : 33

Page 34: penulisan akademik

mahupun bekerja untuk kepentingan sesiapa. Saya percaya bahawa jumlah isu yang

timbul dalam bidang pendidikan boleh dikurangkan sekiranya setiap pihak berfikiran

sedemikian, seterusnya meringankan bebanan dan cabaran yang harus digalas oleh

guru pada masa akan datang.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang

banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih

juga kepada pensyarah kami, di atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau

kepada kami. Semoga ilmu yang diperolehi ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi

guru yang berguna kepada anak didik saya.

Sekian, terima kasih.

8.0 RUJUKAN

8.1 Buku.

Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020.

Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

m/s : 34

Page 35: penulisan akademik

_____________(2000). Kamus Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

David Ryans (2012). Characteristics Of Teachers—Their Description, Comparison,

And Appraisal . Whitefish MT : Literary Licensing, LLC

Ee Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru, Petaling Jaya : Fajar Bakti

Kamarudin Hj. Husin & Kamarul Azhar (1994). Asas Pendidikan III( Perkembangan

& Perlaksanaan Kurikulum). Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Marzuki, N. A. (2007). Psikologi Personal. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang (1981). Pendidikan di Malaysia, Subang Jaya : Kumpulan Budiman.

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah & Zuraidah. (2010).

Guru dan Cabaran Semasa, Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd

8.2 Internet

Aduka Humaira. (2013).Isu Pendidikan Semasa.Dilayari pada 10 Feb 2015 dari :

http://isusemasapendidikan.blogspot.com/

Aminudin Mansor (2014). Guru dan Cabaran Semasa.Dilayari pada 16 Feb 2015

dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaran-

semasa

Anis Abd Halim (2014). Isu guru dan pelaksanaan PPPM.Dilayari pada 19 Feb 2015

dari : https://prezi.com/45e4p6x_c5rh/isu-1-guru-dan-pelaksanaan-pppm/

Celine Teow ( 2013).Globalisasi dan Cabaran Pendidikan.Dilayari pada 18 Feb 2015

m/s : 35

Page 36: penulisan akademik

dari:https://www.academia.edu/7963785/

I_GLOBALISASI_DAN_CABARAN_PENDIDIKAN

Izzat Syahir. (2012).Nota Guru dan Cabaran Semasa.Dilayari pada 13 Feb 2015 dari

http://www.scribd.com/doc/108098837/

Numies. (2012).Kepelbagaian Budaya. Dilayari pada 15 feb 2015 dari

http://numieseducation.blogspot.com/2012/07/tajuk- 1-15-kepelbagaian-budaya.html

Kulanz Salleh Blog.(2009). Isu-isu Pendidikan di Malaysia.

http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di malaysia/

Shamsul Izwan. (2009). Isu dan Cabaran Guru Semasa : Kepelbagaian Budaya

Dilayari pada 19 feb 2015 dari http://oh-cikgu.blogspot.com/2012/09/isu-dan-

cabaran-pendidikan-semasa.html

8.3 Jurnal

Akihito Shimazu et. al. (2003). “Effect of Stress Management Program for Teacher in

Japan : A Pilot Study”. Journal Of Occupational Health, 45, 202-208.

Azizi bin Hj Yahaya dan Mazeni Binti Ismail .( 2008 ) . Faktor-faktor yang

Mempengaruhi Stress Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah di Malaysia

Dr. Jamil Ahmad (UKM dan Norlia Goolamally (OUM). Jurnal: Pentadbiran dan

Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti

m/s : 36

Page 37: penulisan akademik

Shahril @ Charil Marzuki Yahya Bin Don (2007). Kecerdasan Emosi Dan

Kepemimpinan Pendidikan Dalam Pembentukan Sekolah Berkesan. Jurnal

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30(1)

http://myais.fsktm.um.edu.my/4906/1/9.pdf

Wan Noraini Wan Razab, Nooraini Othman.(2011). Jurnal Kemanusiaan bil.17.

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

m/s : 37

Page 38: penulisan akademik

LAMPIRAN

m/s : 38