penulisan akademik

20
PENULISAN AKADEMIK Kejelasan dan Gaya Penulisan NAMA AHLI KUMPULAN: TAM MEI CHIN ONG EE NE TEY WEI CIA ER KA REN

Upload: khor-yu-jie

Post on 15-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Penulisan akademik

TRANSCRIPT

PENULISAN AKADEMIK Kejelasan dan Gaya Penulisan

PENULISAN AKADEMIK

Kejelasan dan Gaya Penulisan

NAMA AHLI KUMPULAN:TAM MEI CHIN ONG EE NETEY WEI CIAER KA REN1Pengertian KejelasanMudah difahami, mudah dibaca atau tujuan yang hendak disampaikan tidak kabur.

Menggunakan kata-kata yang pendek, ringkas.

Konsep Gaya penulisan

Penggunaan bahasa formal yang tepat dan bergaya formal Pembinaan ayat yang jelas dan tepatBerhati-hati dengan penggunaan kata singkatan Perkembangan idea/ hujah secara logik dan sistematik

Bahasa formal

Juga dikenali sebagai bahasa terkawal.Contoh bahasa formal : bahasa baku dan bahasa istana.Dalam penulisan akademik kita menggunakan bahasa formal, dan elakkan diri daripada mengguna bahasa sehari-hari.

Bahasa formal digunakan dalam situasi formal atau rasmi seperti dalam majlis atau upacara rasmi, mesyuarat atau seminar.

Ciri-ciri bahasa formal

Tidak menggunakan nama ringkas.Tidak menggunakan unsur kependekan.Menyebut gelaran dengan sepenuhnya.

Penggunaan Bahasa formal

Digunakan dalam penulisan rasmi, terutamanya ketika berurusan. Ketika beroperasi secara formal dengan mana-mana pihak, maka kita hendaklah menggunakan bahasa baku, atau juga disebut sebagai BMT (Bahasa Melayu Tinggi) yang betul.

Digunakan dalam penulisan karangan, menjawab soalan dalam sebarang peperiksaan ataupun ketika menyiapkan tugasan (folio atau assignment).

Contoh penggunaan bahasa formal:Informal:Ada pentadbiran mesra rakyat semua masalah rakyat cepat selesai. Hubungan rakyat dengan kerajaan juga mesra.Formal: Dengan wujudnya pentadbiran mesra rakyat, segala masalah yang diutarakan oleh rakyat akan dapat diselesaikan segera. Hal ini akan meningkatkan hubungan mesra rakyat dengan kerajaan.Dalam penulisan akademik apa perkara yang perlu kita perhatiankan ???

Meminimumkan penggunaan perkataan saya dalam teks. Pendek kata, kita perlu elak daripada menulis.Menggunakan kata kerja formal, dan kurangkan penggunaan frasa kata kerja seperti melihat kepada , (lebih baik mengguna) mempertimbangkan.3. Menggunakan lebih banyak kata nama daripada kata kerja seperti keprihatinan daripada membimbangkan4. Jangan mengguna ekspresi emosional, seperti itu begitu jelas (lebih baik mengguna) nampaknya

Pernyataan pendapat

PeribadiPenulisan ObjektifMenurut pendapat saya...Saya percaya bahawa... Dalam pandangan saya ...Telah dikatakan bahawa...Beberapa penulis mendakwa ...Jelasnya, ...Jelas bahawa ...Tidak ada sedikit keraguan pun bahawa ...

Penulisan secara objektifAgen atau PelakuBukan Agen atau PelakuSaya melakukan kajian ...Kajian ini dilakukan ...Saya mencadangkan untuk ...Dicadangkan untuk ...Dalam esei ini saya akan membahas ...Tulisan ini membahas ...Penulisan Ayat Yang JelasUntuk kejelasan isi yang dihuraikan, adalah penting untuk menyemak semula panjang-pendek ayat. Jika ayat terlalu pendek, penulisan anda akan nampak terlalu mudah dan bertahap rendah dan jika ayat terlalu panjang, pembaca akan kehilangan fokus.Ayat pendek boleh membantu koheren (kesinambungan) sementara ayat panjang membantu kohesi (kekuatan tarikan) dalam penulisan.

Perkembangan Idea Secara Logik KoherenDalam penulisan yang koheren. idea-idea dieskpresi/ dihuraikan dengan jelas dan dalam urutan logik, serta disokong dengan bukti dan contoh. Faktor-faktor ini memudahkan pembaca untuk mengikuti hujah dan tujuan penulis dalam menulis artikel itu.

Perkembangan Idea Secara Logik KohensifDalam penulisan yang kohesif, terdapat kesinambungan idea di mana satu idea telah dihubungkan dengan idea lain secara mantap pada: Tahap ayat Tahap perengganTahap keseluruhan teks

Ciri-ciri penulisan kohesif adalah seperti berikut:Berbagai-bagai struktur ayatMenggunakan tanda baca dengan betulPerenggan dibina dengan baikPenggunaan kata-kata kesinambungan dengan berkesan Peralihan antara perenggan-perenggan dan bahagian-bahagian lain adalah licin.

Langkah-langkah Dalam Penulisan:Pemilihan topik penulisanMengumpul maklumat atau data untuk penulisanMenyusun data untuk menghasilkan penulisan yang baikMeneliti hasil penulisan dengan membuat penambahbaikanMenyemak hasil penulisan untuk memastikan tiada kesalahan tatabahasa dan kesalahan teknikal

Sekian, terima kasih^^