penulis - dewan bahasa dan pustaka

1
Mohd Ramadhan bin Anwar dilahirkan pada 17 Julai 1980, di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga telah mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dalam pengkhususan Sains dan Kursus Asas Pentadbiran Pendidikan Jepun di Tokyo, Jepun. Buku Teks Sains Tahun 1 SK (KSSR Semakan) ini merupakan buku teks ketiga yang ditulis oleh beliau selepas Buku Teks Sains Tahun 6 SK (KSSR) dan Buku Teks Digital Sains Tahun 6 SK (KSSR). Beliau telah berkhidmat sebagai guru Sains selama 11 tahun dan kini berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sendayan, Seremban. Alias bin Puteh ialah guru di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Selangor. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Matematik di Open University Malaysia. Beliau berpengalaman dalam mengajar mata pelajaran Sains semenjak dari tahun 2000. Beliau juga pernah terlibat dalam penggubalan kurikulum Sains SK dan merupakan penilai Buku Teks Sains. Beliau juga merupakan penulis Buku Teks Sains Tahun 2 SK (KSSR) dan buku teks KSSRPK bagi mata pelajaran Pendidikan Sains Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5. Jong Tze Kian ialah penulis Buku Teks Sains Tahun 1 SK. Beliau berkelulusan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fizik Gunaan di Universiti Malaya pada tahun 2001. Beliau pernah bertugas sebagai guru selama dua tahun dan pembantu penyelidik di Universiti Malaysia Sarawak sebelum menyambung pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Kejuruteraan. Pada tahun 2005, beliau menjadi pensyarah di Swinburne University of Technology (Sarawak Campus). Pada Oktober 2006, beliau dilantik sebagai Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara bertempat di Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan penulis Buku Teks Sains Tahun 6 SK (KSSR) dan Buku Teks Digital Sains Tahun 6 SK. Mohd Ramadhan bin Anwar Alias bin Puteh Jong Tze Kian PENULIS TEMA Buku Teks Sains Tahun 1 SK ini dihasilkan berdasarkan enam tema Sains Tahap 1 iaitu Inkuri dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Angkasa, dan Teknologi dan Kehidupan Lestari. Pakej Buku Teks Sains Tahun 1 SK ini terdiri daripada buku teks dan buku aktiviti yang mengandungi 10 unit iaitu Kemahiran Saintifik, Peraturan Bilik Sains, Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup, Deria Manusia, Haiwan, Tumbuhan, Magnet, Penyerapan, Bumi dan Asas Binaan. Penerbitan Buku Teks Sains Tahun 1 SK dihasilkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 1 SK, dan telah ditulis dan diolah mengikut kesesuaian murid tahun 1. Buku ini khusus untuk kegunaan murid Sekolah Kebangsaan. Buku ini ditulis oleh tiga orang penulis yang telah dipilih berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan mereka.

Upload: others

Post on 18-Oct-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENULIS - Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Ramadhan bin Anwar dilahirkan pada 17 Julai 1980, di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga telah mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dalam pengkhususan Sains dan Kursus

Asas Pentadbiran Pendidikan Jepun di Tokyo, Jepun. Buku Teks Sains Tahun 1 SK (KSSR Semakan) ini merupakan buku teks ketiga yang ditulis oleh beliau selepas Buku Teks Sains Tahun 6 SK (KSSR) dan Buku Teks Digital Sains Tahun 6 SK (KSSR). Beliau telah berkhidmat sebagai guru Sains selama 11 tahun dan kini berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sendayan, Seremban.

Alias bin Puteh ialah guru di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Selangor. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Matematik di Open University Malaysia. Beliau berpengalaman dalam mengajar mata pelajaran Sains semenjak dari tahun 2000. Beliau juga pernah terlibat dalam

penggubalan kurikulum Sains SK dan merupakan penilai Buku Teks Sains. Beliau juga merupakan penulis Buku Teks Sains Tahun 2 SK (KSSR) dan buku teks KSSRPK bagi mata pelajaran Pendidikan Sains Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5.

Jong Tze Kian ialah penulis Buku Teks Sains Tahun 1 SK. Beliau berkelulusan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fizik Gunaan di Universiti Malaya pada tahun 2001. Beliau pernah bertugas sebagai guru selama dua tahun dan pembantu penyelidik di Universiti Malaysia

Sarawak sebelum menyambung pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Kejuruteraan. Pada tahun 2005, beliau menjadi pensyarah di Swinburne University of Technology (Sarawak Campus). Pada Oktober 2006, beliau dilantik sebagai Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara bertempat di Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan penulis Buku Teks Sains Tahun 6 SK (KSSR) dan Buku Teks Digital Sains Tahun 6 SK.

Mohd Ramadhan bin Anwar

Alias bin Puteh

Jong Tze Kian

PENULIS

TEMABuku Teks Sains Tahun 1 SK ini dihasilkan berdasarkan enam tema Sains Tahap 1 iaitu Inkuri dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Angkasa, dan Teknologi dan Kehidupan Lestari. Pakej Buku Teks Sains Tahun 1 SK ini terdiri daripada buku teks dan buku aktiviti yang mengandungi 10 unit iaitu Kemahiran Saintifik, Peraturan Bilik Sains, Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup, Deria Manusia, Haiwan, Tumbuhan, Magnet, Penyerapan, Bumi dan Asas Binaan. Penerbitan Buku Teks Sains Tahun 1 SK dihasilkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 1 SK, dan telah ditulis dan diolah mengikut kesesuaian murid tahun 1. Buku ini khusus untuk kegunaan murid Sekolah Kebangsaan. Buku ini ditulis oleh tiga orang penulis yang telah dipilih berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan mereka.