afizudin bin idrus - dewan bahasa dan pustaka

4
Afizudin bin Idrus dilahirkan pada 5 Julai 1980 di Yan, Kedah. Beliau dianugerahkan Diploma Kesihatan dan Kecergasan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2002. Kemudian, memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian) di UiTM pada tahun 2005. Beliau melanjutkan pelajaran dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Sains Sukan (Kejurulatihan Sukan) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2016. Beliau pernah berkhidmat di Kesatuan Ragbi Malaysia pada tahun 2003 hingga 2004 dan kemudian beralih ke Institut Sukan Negara sebagai Pegawai Sains Sukan di unit suaian fizikal pada tahun 2005 hingga 2006. Beliau pernah terlibat dalam sukan prestasi tinggi (Pelayaran) dan telah membantu pasukan pelayaran Malaysia memenangi satu pingat emas dan satu pingat gangsa di Sukan Asia Doha, 2006. Beliau memasuki bidang pendidikan pada tahun 2007 dan beliau sentiasa aktif menyumbang keringat dalam pembangunan sukan di peringkat MSSM Negeri Sembilan. Beliau pernah menjadi jurulatih utama negeri bagi penyebaran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Jasmani Tahun 1. Mula bergiat aktif dalam bidang penulisan setelah menulis untuk buku teks KSSR Semakan bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 3 dan Tahun 4. Kini beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Machang, Lenggeng, Negeri Sembilan. Afizudin bin Idrus

Upload: others

Post on 02-Oct-2021

10 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Afizudin bin Idrus - Dewan Bahasa dan Pustaka

Afizudin bin Idrus dilahirkan pada 5 Julai 1980 di Yan, Kedah. Beliau dianugerahkan Diploma Kesihatan dan Kecergasan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2002. Kemudian, memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian) di UiTM pada tahun 2005. Beliau melanjutkan pelajaran dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Sains Sukan (Kejurulatihan Sukan) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2016. Beliau pernah berkhidmat di Kesatuan Ragbi Malaysia pada tahun 2003 hingga 2004 dan kemudian beralih ke Institut Sukan Negara sebagai Pegawai Sains Sukan di unit suaian fizikal pada tahun 2005 hingga 2006. Beliau pernah terlibat dalam sukan prestasi tinggi (Pelayaran) dan telah membantu pasukan pelayaran Malaysia memenangi satu pingat emas dan satu pingat gangsadi Sukan Asia Doha, 2006. Beliau memasuki bidang pendidikan pada tahun 2007 dan beliau sentiasa aktif menyumbang keringat dalam pembangunan sukan di peringkat MSSM Negeri Sembilan. Beliau pernah menjadi jurulatih utama negeri bagi penyebaran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Jasmani Tahun 1. Mula bergiat aktif dalam bidang penulisan setelah menulis untuk buku teks KSSR Semakan bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 3 dan Tahun 4. Kini beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Machang, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Afizudin bin Idrus

Page 2: Afizudin bin Idrus - Dewan Bahasa dan Pustaka

Azhar bin Ariffin dilahirkan pada 28 September 1968 di Temerloh, Pahang. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Jasmani) di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000 dan Ijazah Sarjana (Sains Sukan) di Universiti Teknolgi Mara (UiTM) pada tahun 2005. Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah akademik di Jabatan Pendidikan Jasmani, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan dari tahun 2005 hingga 2018. Kini beliau bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Temerloh, Pahang sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Beliau juga merupakan Jurulatih Utama Kebangsaan bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 5 dan penulis Buku Teks KSSR Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Beliau turut memberi sumbangan, idea dan pendapat sebagai panel penulis bahan panduan pengajaran untuk guru bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani KSSR yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK). Beliau juga pernah dilantik sebagai pengerusi penilai buku teks Pendidkan Jasmani dan Kesihatan KSSR oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Azhar bin Ariffin

Page 3: Afizudin bin Idrus - Dewan Bahasa dan Pustaka

Amy Loh Liew Yi, pensyarah di Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Pulau Pinang sejak 2012. Beliau sedang melanjutkan pengajian ijazah kedoktoran di Universiti Malaya dalam bidang Sains Sukan. Beliau berpengalaman mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di sekolah menengah selama enam tahun sebelum menjadi Pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang pada 2012. Beliau juga merupakan jurulatih bola tampar yang berpengalaman dan pernah melatih pasukan bola tampar wanita kategori umur bawah 16 dan 18 tahun di MSSM, Pulau Pinang. Beliau juga merupakan jurulatih untuk pasukan bola tampar lelaki dan wanita IPG Kampus Pulau Pinang. Amy Loh Liew Yi

Page 4: Afizudin bin Idrus - Dewan Bahasa dan Pustaka

RALAT

Dewan Bahasa dan Pustaka memaklumkan bahawa terdapat kesalahan lima halaman pada

buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5 SK yang telah diedarkan ke

sekolah-sekolah seluruh Malaysia bagi kegunaan mulai tahun 2021. Bersama-sama ini

disertakan kesalahan dan pembetulan bagi kelima-lima halaman tersebut.

HALAMAN SALAH BETUL

74 HLMN. 74 / SALAH HLMN. 74 / BETUL

80 HLMN. 80 / SALAH HLMN. 80 / BETUL

84 HLMN. 84 / SALAH HLMN. 84 / BETUL

93 HLMN. 93 / SALAH HLMN. 93 / BETUL

98 HLMN. 98 / SALAH HLMN. 98 / BETUL