penulis-penulisbukuteks.dbp.gov.my/media/media/rfxmppjfhe.pdfdan tingkatan 1 hingga tingkatan 3,...

1
Fadzilah binti Mustapa dilahirkan pada 16 Mac 1962 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kini, bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pedagogi Pendidikan Islam, Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam Bangi Selangor. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya pada tahun 1987. Selepas itu, beliau telah berjaya memperoleh Diploma Pendidikan daripada Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 1988. Memulakan perkhidmatannya sebagai guru mata pelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Tok Perdana ,Setiawan, Perak pada tahun 1988 sebelum ditukarkan ke beberapa buah sekolah di sekitar Pulau Pinang. Pada April 1994, beliau memulakan perkhidmatannya sebagai pensyarah di Maktab Pergurauan Islam yang kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Mula melibatkan diri dalam bidang penulisan sejak tahun 1990 dan telah menulis beberapa buah buku teks Pendidikan Islam untuk sekolah rendah dan buku teks untuk Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Pendidikan Khas Tingkatan Satu dan Tingkatan 4. Beliau juga sering terlibat dalam penulisan modul-modul pendidikan guru. Berpengalaman luas sebagai pengerusi dan panel penilai buku teks Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan panel penilai buku teks KSSMPK mata pelajaran Pendidikan Islam Pendidikan Khas Tingkatan Tiga. Penulis juga merupakan Munsyi Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu, penulis merupakan Panel Pembinaan Kurikulum Sekolah Rendah KBSR dan KSSR , Kurikulum j-QAF dan Kurikulum Institut Pendidikan Guru semenjak tahun 1998. Kini, beliau terlibat memberikan kursus-kursus pedagogi, KBAT dan PAK21 kepada guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah swasta dan KAFA. Wan Misnadi bin Wan Hassan dilahirkan pada 6 September 1974 di Tumpat, Kelantan. Kini, bertugas sebagai guru Pendidikan Islam (Pendidikan Khas) di Sekolah Menengah Dato’ Mahmut Mat, Pekan, Pahang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam dalam bidang Usuluddin dan Falsafah (1999) dan Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2009. Dalam bidang ikhtisas pula, beliau ialah pemegang Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI-UKM) dalam bidang Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas, juga pada tahun 2009. Beliau berpengalaman mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) kepada pelajar berkeperluan khas di peringkat sekolah rendah, menengah dan kolej selama lebih 10 tahun. Selain terlibat dalam bidang pengajaran, beliau juga pernah dilantik sebagai Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) dan Jurulatih Utama Negeri (JUN) Pendidikan Islam Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) untuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Beliau juga berpengalaman sebagai Panel Penggubal Dokumen Standard Pendidikan Islam Pendidikan Khas tahun 1 hingga Tahun 6 dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3, Panel Peningkatan Mutu Buku Teks Dewan Bahasa dan Pustaka Pendidikan Islam Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) untuk Tahun 6 dan Tahun 1, penulis Buku Teks KSSR PK Pendidikan Islam (Bermasalah Pembelajaran) untuk Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4. Hasliza binti Ramli dilahirkan pada 17 Mei 1976 di Pokok Sena, Kedah. Beliau kini bertugas sebagai guru Pendidikan Islam (Pendidikan Khas) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang, Selangor sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas di sekolah tersebut. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab dan Kesusasteraan dan Minor dalam bidang Pengajian Ilmu Wahyu pada tahun 1999 daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Dalam bidang ikhtisas pula, beliau ialah pemegang Diploma Pendidikan dalam bidang Bahasa Arab dan Pendidikan Islam, pada tahun 2000 dari UIAM juga. Beliau berpengalaman mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran & Pendengaran) kepada Murid Berkeperluan Khas di peringkat sekolah menengah selama hamper 20 tahun. Selain terlibat dalam bidang pengajaran, beliau juga pernah dilantik sebagai Jurulatih Utama Daerah dan Jurulatih Utama Negeri (JUN) Pendidikan Islam Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) untuk Majlis Tilawah Al- Quran Pendidikan Khas. Beliau terlibat sebagai Panel Pembaca Luar buku teks Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Pendidikan Khas Tingkatan 3, Panel Peningkatan Mutu buku teks Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Pendidikan Khas Tingkatan 4. Kini, sebagai seorang daripada kumpulan penulis Pendidikan Islam Pendidikan Khas Tingkatan 5. Penulis-penulis

Upload: others

Post on 22-Aug-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penulis-penulisbukuteks.dbp.gov.my/media/media/RfXMPpJFhE.pdfdan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3, Panel Peningkatan Mutu Buku Teks Dewan Bahasa dan Pustaka Pendidikan Islam Pendidikan

Fadzilah binti Mustapadilahirkan pada 16 Mac 1962 di Bukit Mertajam,

Pulau Pinang. Kini, bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pedagogi Pendidikan Is lam, Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam B a n g i Selangor. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya pada tahun 1987.

Selepas itu, beliau telah berjaya memperoleh Diploma Pendidikan daripada Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 1988. Memulakan

perkhidmatannya sebagai guru mata pelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Tok Perdana ,Setiawan, Perak pada tahun 1988 sebelum ditukarkan ke beberapa buah sekolah di sekitar Pulau Pinang. Pada April 1994, beliau memulakan perkhidmatannya sebagai pensyarah di Maktab Pergurauan Islam yang kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Mula melibatkan diri dalam bidang penulisan sejak tahun 1990 dan telah menulis beberapa buah buku teks Pendidikan Islam untuk sekolah rendah dan buku teks untuk Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Pendidikan Khas Tingkatan Satu dan Tingkatan 4. Beliau juga sering terlibat dalam penulisan modul-modul pendidikan guru. Berpengalaman luas sebagai pengerusi dan panel penilai buku teks Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan panel penilai buku teks KSSMPK mata pelajaran Pendidikan Islam Pendidikan Khas Tingkatan Tiga. Penulis juga merupakan Munsyi Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu, penulis merupakan Panel Pembinaan Kurikulum Sekolah Rendah KBSR dan KSSR , Kurikulum j-QAF dan Kurikulum Institut Pendidikan Guru semenjak tahun 1998. Kini, beliau terlibat memberikan kursus-kursus pedagogi, KBAT dan PAK21 kepada guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah swasta dan KAFA.

Wan Misnadi bin Wan Hassan dilahirkan pada 6 September 1974 di Tumpat, Kelantan. Kini, bertugas sebagai guru Pendidikan Islam (Pendidikan Khas) di Sekolah Menengah Dato’ Mahmut Mat, Pekan, Pahang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam dalam bidang Usuluddin dan Falsafah (1999) dan Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2009. Dalam bidang ikhtisas pula, beliau ialah pemegang Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI-UKM) dalam bidang Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas, juga pada tahun 2009. Beliau berpengalaman mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) kepada pelajar berkeperluan khas di peringkat sekolah rendah, menengah dan kolej selama lebih 10 tahun. Selain terlibat dalam bidang pengajaran, beliau juga pernah dilantik sebagai Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) dan Jurulatih Utama Negeri (JUN) Pendidikan Islam Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) untuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Beliau juga berpengalaman sebagai Panel Penggubal Dokumen Standard Pendidikan Islam Pendidikan Khas tahun 1 hingga Tahun 6 dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3, Panel Peningkatan Mutu Buku Teks Dewan Bahasa dan Pustaka Pendidikan Islam Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) untuk Tahun 6 dan Tahun 1, penulis Buku Teks KSSR PK Pendidikan Islam (Bermasalah Pembelajaran) untuk Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4.

Hasliza binti Ramli dilahirkan pada 17 Mei 1976 di Pokok Sena, Kedah. Beliau kini bertugas sebagai guru Pendidikan Islam (Pendidikan Khas) di Sekolah Menengah

Kebangsaan Seri Selayang, Selangor sebagai Penolong Kanan Pendidikan

Khas di sekolah tersebut. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa

Arab dan Kesusasteraan dan Minor dalam bidang Pengajian Ilmu Wahyu pada tahun 1999 daripada

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Dalam bidang ikhtisas pula, beliau ialah pemegang

Diploma Pendidikan dalam bidang Bahasa Arab dan Pendidikan Islam, pada tahun 2000 dari UIAM juga. Beliau berpengalaman mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran & Pendengaran) kepada Murid Berkeperluan Khas di peringkat sekolah menengah selama hamper 20 tahun. Selain terlibat dalam bidang pengajaran, beliau juga pernah dilantik sebagai Jurulatih Utama Daerah dan Jurulatih Utama Negeri (JUN) Pendidikan Islam Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) untuk Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas. Beliau terlibat sebagai Panel Pembaca Luar buku teks Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Pendidikan Khas Tingkatan 3, Panel Peningkatan Mutu buku teks Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Pendidikan Khas Tingkatan 4. Kini, sebagai seorang daripada kumpulan penulis Pendidikan Islam Pendidikan Khas Tingkatan 5.

Penulis-penulis