`pentik' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · pusat khidmat maklumat akademik; universiti malaysia...

24
`PENTIK' Richard Ak Bandar Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif Dengan Kepujian (Seni Halus) 2004

Upload: vodat

Post on 14-Aug-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

`PENTIK'

Richard Ak Bandar

Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif Dengan Kepujian (Seni Halus)

2004

Page 2: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

t'usat l1. ýidfa, l : ti: 1i: jLttlAi ýr: tÖrýnii" UNIVEkSITI A'Wi. AYSiA SAkiAWAlI

`PENTIK'

RICHARD AK BANDAR

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan kreatif dengan Kepujian

(Seni Halus)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2004

Page 3: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAKBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: `PENTIK'

SESI PENGAJIAN : 2001/2002

Saya RICHARD AK BANDAR

mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khdimat Maklumat Akademik; Uniiversiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan

untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat sauna n tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5. *sila tandakan 0

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA

RASHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

--.. r--- - ----------------------------------

ý ýý

Tigdatapgan Penulis ' Tandýangan PenyeliaT.. «: 1.1,. . M

. _ . . / it 1 . T....: 1 _l..

/ . t

iaiixii: i-ý 10 5 1 GI. -r iaiixu: / /C- /-, /- '.

NO. 150 Lot 6616 Fasa 9 Taman Matang Jaya 93050 Kuching

. a/ -> /v Y-

Calatan: * Tesis/laporan dimaksudkan sebagai tesis Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda Jika Tesis/laporan ini SULZT atau TERIIAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa 7 organisasi

herkenaan dengan menyatakan sekali se bab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau'1'GRHAD

11

Page 4: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

Projek hertajuk `P>JNTIK' telah disediakan oleh Richard ak Bandar dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Seni Halus

Diterima untuk diperiksa oleh:

"ýý--------------------------------

fesor Madya Fauzan Omar)

Tarikh:

-'s"l__ ý ý a -ý4 -=--------iii

Page 5: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

Penghargaan

Dalam melaksanakan penyelidikan ini, saya merakamkan ribuan terima kasih

kepada semua staf Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak.

Terima kasih kepada Prof. Madya Fauzan Omar selaku penyelia kerana beliau

telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar yang amat dihargai. Saya juga rasa

terhutang budi di atas bantuan dan kerjasama yang dihulurkan dan saya ucapkan ribuan

terima kasih kepada: -

1. Semua pensyarah seni halus yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

2. Semua responden yang terlibat dari Kampung Mentu ,

Kampung Rayu dan

seisi keluarga saya.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu

menjayakan penyelidikan ini.

Terima kasih,

(RICHARD AK BANDAR) 7063

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif dengan Kepujian (Seni Halus)

Universiti Malaysia Sarawak

Sesi 2001/2002

IV

Page 6: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

r'i/S'sit 1111idrd: i( A'Iaj; lu: l); oi ýý9ý2rlýtik

UNNECLSITI t11ALAYSIA SAAAWAK

Kandungan Halaman

Halaman Tajuk Borang Pengesahan Status Dokumentasi ii Tandatangan Penyelia üi Penghargaan iv Jadual Kandungan v Abstrak vi - vii BAB SATU - PENTIK

1. Pengenalan 1 LI. Hipotesis 2 1. II. Rasional 2-3 1.111. Matlamat 3-4 1. IV. Objektif 4 1. V. Metodologi 4 1. VI. Masalah kajian 4-5 1. VII. Sumbangan kajian 5-6

BAB DUA 2. Kajian Lepas 7-9 2.1. Asal Usul Pentik 9-11 2.11. Jenis-jenis Pentik 12 - 14 2.111. Contoh-contoh karya yang berkaitan 15

BAB TIGAKepercayaan Masyarakat Than Tradisional

3. Kepercayaan Animisme 16 - 20 3.1. Perbezaan Patung Pentik dengan Patung lain 20 - 22

Sengalang Burung dan Simpulang Gana Pengasas Segala Adat dan Pantang Larang

3.11. Pengenalan 22 - 23 3.111. Bidang Kajian 23 - 25 3. IV. Kajian Pentik 25 - 26 3. V. Pentik Sebagai Subjek 26 - 28

BAB EMPAT 4. Pernyataan Karya

BAB LIMA 5. Kesimpulan

Rujukan

Lampiran

29 - 32

33 - 34

35

36 - 38

Page 7: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

Abstrak

Pentik adalah patung atau arca suku kaum Iban yang direka dan mempunyai ciri-

ciri bentuk manusia. la dipercayai ada semangat serta kuasa luar biasa. Amalan

kepercayaan animisme suku kaum orang Iban ini juga menyentuh tentang peranan pentik

dalam aktiviti sosial seperti upacara memburu, kematian, perubatan dan adat pertanian.

Saya mengkaji pentik itu dari pelbagai aspek keunikan, keindahan dan kesenian

kebudayaan masyarakat Iban. Saya menggunakan bulb-bulb yang beraneka warna untuk

dijadikan mata pentik. Kelipan dan kilauan cahaya yang pelbagai warna daripada mata-

mata pentik tersebut telah menonjolkan bahawa ia memiliki semangat. Matanya yang

pelbagai bentuk, saiz dan warna telah menggambarkan kelainannya daripada pentik asal.

VI

Page 8: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

Abstract

Pentik' is a wooden Than sculpture that resembles the human figure which is

believed to have supernatural and spiritual powers. The beliefs of animism among the

indigenous Iban group also displays the activities roles of `Pentik' in social such as hunting, medication, burial ceremony and traditional agriculture. I studied `Pentik' from

various aspects such as its uniqueness, beauty and culture significance. I used bulbs of

various colors for its eyes. The blinks from the flashes of light represents the energy and

spiritual powers. I used bulbs different shapes, sizes and colors to create the distinctive

features that differs from the original `Pentik'.

VII

Page 9: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

BAB 1

PENGENALAN1. Pendahuluan

Seni patung yang dihasilkan daripada bahan yang tahan lama seperti kayu keras

dikenali sebagai `pentik' dalam masyarakat Iban. Pentik ini begitu penting bagi suku

kaum Than pada ketika dahulu kerana ia dianggap mempunyai kuasa. Kuasa yang

dimaksudkan di sini iaitu boleh menolong seseorang itu menjadi berani ketika

berhadapan dengan musuh atau kuasa kejahatan. Walaupun pentik ini diperbuat daripada

kayu akan tetapi ia dipercayai memiliki kuasa, roh dan semangat yang luar biasa. Pada

suatu ketika dahulu, pentik ini terdapat pada setiap rumah panjang orang Than dan ia

diletakkan di halaman rumah sebagai penjaga rumah panjang berkenaan daripada apa jua

malapetaka. la dapat menghalau segala niat jahat dan boleh menegur salt sesiapa yang

hendak berkunjung ke rumah panjang tersebut.

Pentik ini mesti dijaga dan dipelihara dengan baik sama ada di rumah atau di

tanah. Kalau ia digunakan untuk tujuan keselamatan. la akan dibuat pondok kecil tanpa

lantai, Pentik ini akan dipacak di bawah pondok tadi dan mesti diberi makan.

Makanannya dibuat khas, sekurang-kurangnya terdiri daripada tujuh bahan yang

berlainan jenis dan dinamakan "piring". Piring ini dibuat daripada tepung padi `letup'

(padi yang digoreng tanpa minyak), ketupat khas dibuat kecil-kecil, telur ayam kampung,

tembakau rokok, sirih pinang dan sebagainya.

1

Page 10: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

1. I. Hipotesis

Pentik atau Seni Patung terdiri dari pelbagai bentuk atau saiz yang sesuai dengan

peranan atau fungsinya menurut kepercayaan masyarakat Iban. Dipercayai Pentik ini

begitu hebat kuasanya dan dikatakan dapat memenuhi keperluan kaum tersebut sama ada

dalam bidang ekomoni atau keselamatan penduduk- penduduk setempat.

1.11. Rasional

Cara dan kehidupan kaum Iban pada suatu ketika dahulu memang terkongkong

dengan adat resam dan kepercayaan yang begitu mendalam. Semuanya akan diajar dan

diperturunkan kepada generasi ke generasi dan seterusnya. Ini adalah kerana suku kaum

Iban percaya bahawa adat resam dan pantang larang yang diwarisi semenjak turun-

temurun itu merupakan kepercayaan yang boleh dijadikan pedoman hidup dalam

melaksanakan segala aktiviti sejak dari lahir hinggalah ke peringkat kematian. Lagi pun

mengenai kepercayaan ia merupakan keperluan asas bagi manusia apatah lagi dalam

masyarakat Iban itu sendiri. Malah ia dianggap sebagai jalan damai sama ada di alam

nyata ataupun dengan makhluk - makhluk ghaib. Dipercayai ia dikatakan sebagai

tatacara hidup sebagai permulaan kehidupan atau perlaksanaan aktiviti sehelum ia

dipraktikkan. la juga dipercayai dapat menghindari kaum tersebut dari malapetaka dan

musibah yang tidak diingini.

Pada masa kini, Pentik ini merupakan salah satu identiti budaya masyarakat Iban.

Budaya seperti ini tidak harus dilupakan malah harus diperkembangkan dalam bentuk apa

2

Page 11: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

sekalipun agar generasi pada masa akan datang tidak akan lupa tentang asal usul serta

budaya sendiri. Jika ia dilihat dari dalam konteks kepercayaan dan fungsinya

sememangnya perlu diubah agar selari dengan keperluan zaman.

Walaupun cara dan kehidupan masyarakat Than banyak dipengaruhi oleh

pegangan agama lain misalnya agama Kristian, tetapi sedikit sebanyak kepercayaanini

lama masih lagi menebal di kalangan orang Than terutama bagi mereka yang tinggal di

rumah - rumah panjang. Adalah baik generasi kini mempelajari adat resam dan budaya

lama kerana dengan cara ini sedikit sebanyak mereka dapat menapis budayabudaya

negatif yang datang dari luar, kerana setiap kaum itu ada mempunyai identiti masing -

masing.

1.111. Matlamat

(a). Pentik diketengahkan agar adat resam serta keprcayaan seperti ini

tidak hilang begitu sahaja. Bagi generasi seterusnya perlu didedahkan

dengan budaya diri sendiri supaya adat mengenali identiti suku kaum

sendiri untuk mengelakkan diri dari mudah dipengaruhi serta dijajah

orang asing.

(b). Mempertahankannya supaya tidak mudah lupa asal usul sendiri yang

mempunyai nilai budaya yang begitu tinggi terutama dalam

mempertingkatkan tatacara kehidupan.

©. Untuk memperkenalkan budaya kaum Than kepada masyarakat lain

3

Page 12: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

dan seterusnya sebagai bahan rujukan kepada generasi akan datang.

(d). Atas rasa tanggungjawab dan perasaan kagum tentang peranan penting

pentik dalam kehidupan inasyarakat Than dapat dipertonjolkan

bahawa kita tetap kaya dengan budaya yang unik.

1. IV. Objektif

(a). Untuk memperluaskan lagi nilai seni yang terdapat dalam budaya

masyarakat Iban.

(b). Untuk memperkayakan lagi fungsi, peranan serta kegunaan pentik

pada masa kini dan masa depan.

(c). Untuk menonjolkan Pentik dalam pengucapan bahawa ia dapat dilihat

melalui karya seni

IN. Metodologi

Bagi mendapatkan semua maklumat, kaedah yang digunakan iaitu kaedah

perpustakaan dan seterusnya wawancara atau temu bual dengan beberapa orang yang

berpengalaman mengenai pentik.

1. VI. Masalah Kajian

Pengkaji menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat maklumat yang

lengkap kerana bahan yang sedia ada terhad dan terlalu umum. Malah orang yang

4

Page 13: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

Pusai Ktiidiual hld; ýlurnýt ýýk: tºlr+ºii: UNIVERSfTI MALAYSIA SARAWAK

ditemuduga juga tidak dapat memberi penerangan yang terperinci serta sesuai dengan

sesuatu jenis pentik.

Tempat untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang lengkap hanya diperoleh

di Sarawak dan sedikit dari Kalimantan, Indonesia. Walaupun kita masih dapat melihat

arca-arca pentik dipacak di persimpangan jalan ke sesebuah rumah panjang, di kaki

tangga dan lain-lain. Tetapi tidak ramai penghuni mengetahui secara terperinci mengenai

ceritanya, apatah lagi pengaruh gaya hidup sekarang yang tidak kisah akan benda-benda

ini terutama generasi muda.

Dalam usaha untuk mendapatkan responden juga timbul pelbagai masalah kerana

responden yang terlibat sudah agak berumur di antara 60-70 tahun, gambaran yang

mereka berikan masih kabur dan tidak beberapa ingat dengan tepat serta menepati

kehendak pengkaji.

Ada di kalangan responden tidak memberikan kerjasama sepenuhnya, ramai juga

yang tidak tahu langsung asal usul `Pentik' itu sendiri malah ada yang keberatan untuk

menceritakannya kerana ia dianggap melanggar pantang larang. Mereka takut jika

maklumat-maklumat yang disampaikan bercanggah dan ia boleh membawa masalah atau

kecelakaan kepada mereka.

1. VII. Sumbangan kajian

Bagi generasi masa kini, memang telah banyak terdedah dengan budaya asing.

Malah ada yang tidak tahu asal usul sendiri dan apatah lagi mengenali budaya sendiri

5

Page 14: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

yang dianggap lapuk. Memang menjadi tanggungjawab kita untuk memperkenalkan

warisan bangsa sendiri yang merupakan kekayaan yang dimiliki, tidak ada pada seni

budaya orang lain. Generasi muda harus didedahkan dengan aspek kehidupan masa

lampau nenek moyang kita supaya ia tidak hilang begitu saja.

Mungkin dari segi penggunaan Pentik itu boleh diubah mengikut keperluan dan

peredaran semasa. Cara rekaan atau pembuatannya boleh dipelbagaikan serta

menggunakan bahan lain selain daripada kayu belian. Kalau cara ini kita amalkan, ia

boleh menambahkan pendapatan sekiranya hasil tersebut dijual kepada orang ramai atau

pelancong asing. Pameran-pameran juga dapat membantu generasi muda mengenali

Pentik serta fungsinya dalam masyarakat Than pada suatu ketika dahulu, sebelum

kedatangan agama Kristian, Islam dan sebagainya. Para pencinta seni juga seharusnya

memainkan peranan penting dalam mengketengahkannya agar lebih banyak pameran

berkaitan seni budaya tempatan dapat dilaksanakan.

6

Page 15: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

BAB 2

2. Kajian Lepas/Literature Review

Penampilan "Pentik" dalam mitos dan lagenda masyarakat Than telah banyak

ditulis oleh para penulis tempatan akan tetapi mereka hanya melihat dari sudut peranan

dan fungsinya. Di sini penyelidik atau pengkaji mengketengahkan tentang keunikan yang

terdapat pada pentik dari segi penggunaan bulb-bulb sebagai matanya.

Kadir (1993) dalam kertas kerjanya telah menyatakan tentang asal-usul pentik.

Beliau juga membicarakan tentang kemunculan orang Than pertama yang dicipta oleh

"Petara" (Tuhan) bernama "Pentik" daripada kayu besi iaitu `belian'.

Menurut Erick Jensen (1974: 16) menyatakan bahawa orang Than kebanyakannya

tinggal di kawasan kaki bukit yang jauh dari pantai dan mengusahakan penanaman padi

huma. Oleh yang demikian kawasan kediaman mereka semestinya berkait rapa dengan

7

Page 16: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

keperluan hidup. Adalah wajar memahami kaitan alam sekitar dengan tempat dan

kepercayaan mereka.

Animisme merupakan satu kepercayaan yang terdapat di kalangan masyarakat

Iban. Asas kepercayaan animisme yang telah diwarisi daripada nenek moyang dari alam

tradisional mengenai alam ghaib. Masyarakat Than percaya bahawa alam ghaib itu luar

biasa dan lebih berkuasa ke atas manusia sejagat. Ekoran dari keyakinan ini maka

timbullah perasaan takut, ngeri, hormat dan cinta terhadap kuasa yang mereka percaya

hidup di alam ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Bagi menghindari daripada diganggu dan untuk berdamai serta meminta

perlindungan daripada makhluk-makhluk di alam ghaib ini maka perlulah dijalankan

beberapa upacara ritual tertentu. la diadakan dengan tujuan supaya dilindungi atau

diberkati segala aktiviti mereka di dunia ini.

Patung "Pentik"

8

Page 17: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

Pondok dan makanan Pentik ini dipercayai tidak boleh diganggu kerana ia akan

mendatangkan malapetaka atau musibah kepada sesiapa sahaja yang terlibat. Sebagai

balasan orang tadi kemungkinan akan menghidapi penyakit ganjil dan lebih dahsyat lagi

boleh jadi gila atau meninggal dunia.

Pentik ini juga digunakan dalam upacara menolak bala supaya penghuni kampung

tersebut terhindar dari sebarang kemungkinan yang akan berlaku, terutama sekali yang

berkaitan dengan penyakit berjangkit yang berbahayayang boleh menyebabkan kematian

ramai orang.

Suatu ketika dahulu masyarakat Than boleh bermegah dengan identiti dan amalan

yang mereka praktik dan anuti. Mereka begitu percaya bahawa subjek ini mempunyai

kuasa ajaib serta dapat membantu pengamalnya dalam pelbagai aspek kehidupan. Mereka

begitu taksub sehingga kadang kala mereka terpaksa mengenepikan keselamatan diri dan

berserah kepada Pentik ini untuk menghalang anasir-anasir jahat. Sebagai contoh, pada

suatu ketika dahulu, biasanya Pentik yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan

penduduk kampung akan dipacak di hujung kampung tempat laluan orang ramai atau di

tepi sungai tempat orang mandi dan juga di kaki tangga rumah panjang. Dipercayai ia

boleh bercakap serta menghalau makhluk asing yang cuba berniat jahat atau pihak musuh

yang hendak menyerang penghuni rumah panjang tersebut.

9

Page 18: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

2.1. Asal usul Pentik

Pentik bukanlah seperti patung biasa yang boleh diperlekeh akan kewujudannya

terutama dalam masyarakat Iban. Pentik memainkan peranan yang sangat penting dalam

kehidupan masyarakat Iban sama ada berperanan sebagai penjaga keselamatan atau

dalam bidang perubatan, pertanian, berburu dan sebagainya Selain dari itu, ia merupakan

seni arca yang sangat bernilai serta dipercayai mempunyai kuasa luar biasa dan semangat

Pentik merupakan patung keramat (ajaib) yang diguna oleh kaum Iban dan ia

sesuatu yang direka menyerupai sebuah patung yang berwajah manusia. Hubungkait

antara pentik dengan asal usulnya hanya dalam kosmologi masyarakat Iban. Menururt

kepercayaan masyarakat Iban, Pentik merupakan bangsa Iban pertama dicipta oleh

"Petera" (Tuhan) dari sejenis kayu yang disebut `belian' dan ia menyerupai figura

manusia.

"kedua-dua manusia itu mula-mula dicipta dari kayu keras iaitu kayu belian (kayu

besi/kayu keras) dalam bentuk Pentik (Patung Manusia)" -Kadir. 1993: 18

Dalam hal yang berkaitan dengan asal-usul Pentik juga turut diceritakan dalam

kosmologi orang Iban , "kedua-dua manusia pertama yang mula-mula sekali dicipta dari

kayu keras berbentuk Pentik dan ketika sedang membuatnya, datang

"Engkerasak"(sejenis burung kecil, dada berwama kuning, belakang berwarna coklat,

berparuh panjang) lalu bertanya kepada "Petara": "nama kebuah nuan begawaika pentik

10

Page 19: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

belian", kenu ku Engkerasak, asai nuan gawai pentik tebelian nadai bayah tanah jalai

anak mensia belama idup"

Yang bermaksud:

"Mengapa ia diperbuat daripada kayu belian kata burung Engkerasak (kelicap),

kalau dibuat dari kayu itu pasti bumi ini tidak cukup kerana mereka akan panjang umur. "

Kemudian Engkerasak menyarankan agar manusia dibuat dari pohon pisang atau

kayu kumpang (sejenis kayu yang ringan mirip gabus dan mempunyai getah warna

merah). Petara pun bersetuju untuk membuat manusia daripada kayu kumpang sebab itu

dalam perubatan tradisional Tok Bomoh telah menggunakan Pentik kayu kumpang.

"Baru ia nebang batang, kumpang dipantap enggau dajab mata bilam, ujung

dilumpung kejung disan. Nya tekebaik ke dumai betang meraran, lalu digawai Petara

Tuai siku indu siku laki. " (Kadir, 1993). Maksudnya:

"Ditebangnya kayu kumpang dengan "mandau" (sejenis kapak) dipotong lalu

dipikul dan dibawa pulang ke rumah. Itu yang dibuat oleh Petara (Tuhan) menjadi

seorang perempuan dan seorang lelaki. "

Jika dilihat dari sudut asal-usul, Pentik dari segi kepercayaan dan peranannya,

terdapat beberapa persamaan dalam perlaksanaan dan fungsinya dengan sukusuku kaum

lain di pulau Borneo. Kepercayaan masyarakat Than tradisional terhadap pentik telah

banyak dipengaruhi oleh agama Hindu. Penyebaran dan penghijirahan agama Hindu ke

Nusantara telah banyak mempengaruhi agama aninisme masyarakat tempatan.

11

Page 20: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

2.11. Jenis-jenis Pentik

Pentik diukir atau direka seakan-akan manusia cuma ia tidak mempunyai tangan

dan kaki yang lengkap. Bentuknya akan diukir mengikut keperluan dan begitu juga

saiznya yang berbeza-beza dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.

i) Pentik Sabang Pengkila Penanya

la mempunyai nama khas di alam nyata. Seorang bernama Serapoh dan seorang

lagi digelar Seganti. Dalam kepercayaan suku kaum Than kedua-dua pentik ini berfungsi

dalam adat istiadat dan upacara ritual. Keunikan Pentik Seganti (diperbuat dari kayu

kumpang) ialah ia digunakan oleh "manang" (bomoh) dalam upacara pengubatan kerana

dipercayai ia boleh menggantikan roh-roh pesakit untuk kembali ke tempat asal dan

membolehkan pesakit sihat seperti sedia kala.

Menurut Jensen (1994: 100 - 103) orang Than percaya setiap benda hidup

mempunyai semangat. Manusia pula mempunyai roh setelah tiga bulan di dalam

kandungan. Roh manusia boleh keluar sementara waktu daripada tubuh badan seseorang

ketika seseorang itu tidur atau sakit tenat. Ketika sakit tenat irilah peranan pentik Seganti

ini digunakan agar roh pesakit dapat kembali ke tempat asalnya.

12

Page 21: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

ii) Pentik Penanya

Pentik Penanya berperanan untuk melindungi seluruh penduduk kampung

daripada musuh ataupun dari penyakit-penyakit berjangkit yang membahayakan

penduduk. la akan diletakkan di hujung kampung serta dibuat pondok kecil di atasnya

untuk meletakkan makanan yang dipanggil "piring" ( sejenis makanan yang dibuat khas

seperti ketupat kecil, kuih-muih dari tepung beras, sebiji buah kundur, dll. Ada 7 jenis).

Piring in akan diletakkan di tempat yang dikhaskan. Pondok Pentik dan makanannya ini

tidak boleh diganggu kerana ia dipercayai boleh mendatangkan malapetaka terhadap

orang tersebut terutama penduduk kampung itu sendiri.

iii) Tuntun (Tun-Tun)

Tuntun ialah ukiran yang diperbuat daripada kayu yang berbentuk manusia

diguna sebagai tangkal oleh suku kaum Iban bagi menarik perhatian binatang buruan

untuk terkena jerat. Tangkal ini mustajab bagi memburu haiwan yang besar. Tuntun ini

dipacak berhampiran dengan jerat yang dipasang dan dijampi serampah untuk memohon

semangatnya atau kuasanya supaya ia boleh mendorong haiwan buruan masuk ke dalam

perangkap atau terkena jerat. Terdapat dua jenis Tun- Tun yang digunkan dalam kegiatan

"meti"(menjerat)

13

Page 22: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

(a). Tun-tun Induk

Tuntun Induk digunakan untuk "meti" (sejenis perangkap) babi hutan yang

dewasa. Saiznya sedikit lebih besar dan setinggi telunjuk jari hantu orang dewasa dan ia

diukir dari siku hingga ke paras tanah.

(b). Tun-tun Anak

Tuntun Anak mempunyai saiz lebih besar dari ibu jari dengan ketinggian dari

tanah sehingga ke paras siku. Tuntun anak ini digunakan untuk "meti" anak babi hutan.

iv) Numbing atau Abau

Numbing atau Abau diguna oleh suku kaum Than tradisional apabila diadakan

keramaian misalnya dalam majlis perkhawinan mengikut adat lama. la digunakan untuk

menakut-nakutkan kanak-kanak di rumah panjang supaya tidak berani bermain jauh dari

kawasan rumah kerana ia berbahaya jika ach musuh yang datang.

v) Engkeramba

Engkeramba biasanya digunkan sebagai tangkal untuk melindungi serta

menghalau makhluk-makhluk perosak dari mengganggu atau merosakkan tanaman

mereka sama ada serangga atau binatangbinatang dari hutan.

14

Page 23: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

2.111. Contoh-contoh karya van, - berkaitan

Berhubung dengan semangat boleh dilihat pada contoh catan Goh Chai Seng,

bertajuk, "Red and Blue Spirit. " Mengenai kekuasaan pula dapat dilihat pada contoh

karya Hadi Salleh yang bertajuk, "Conflict within Two Powers. "

Hadi Salleh "Conflict within Two Powers.

Media Campuran

Goh Chai Seng, "Red and Blue Spirit. " Catan atas kanvas

15

Page 24: `PENTIK' - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

BAB 3 Kepercayaan Masyarakat Than Tradisional

3. Kepercayaan Animisme

Animisme merupakan satu kepercayaan bahawa tiap-tiap benda (batu, kayu, arca

(patung) dan lain-lain) mempunyai roh, semangat dan kuasa luar biasa. Kepercayaan ini

masih menebal di kalangan orang-orang tua yang sudah lanjut usia di samping amalan

kehidupan yang sederhana.

E. B. Taylor telah menistilahkan kepercayaan animisme ini sebagai makhluk-

makhluk halus. Kepercayaan kepada makhluk halus dan roh ini merupakan asas kepada

pegangan kepercayaan Than tradisional yang mula-mula wujud di kalangan suku-suku

primitif menurut karya Ismail Hamid (1991; 28). Ini bertentangan dengan kepercayaan

pada zaman ini kerana ia dianggap khurafat dan tahyul setelah masyarakat moden ini

mengikuti ajaran agama yang dianuti.

Kepercayaan-kepercayaan animisme yang diwarisi daripada nenek moyang orang

Than juga sedikit sebanyak telah menerima unsur -unsur Hindu seperti kepercayaan

masyarakat Melayu di rantau Kepulauan Melayu (Mohd. Taib Osman, (1967, 1977), Hart

(1969), Endicott (1976-1-5), Chen (1974).

Orang Than juga percaya kewujudan alam ghaib yang luar biasa dan mungkin

lebih berkuasa ke atas manusia. Ekoran dari kepercayaan tersebut maka timbullah

perasaan takut, ngeri, hormat dan cinta terhadap kuasa yang mereka percaya boleh

16