konsep-asas-pangkalan-data (database management system)

14
KONSEP ASAS PANGKALAN DATA

Upload: naveen-segaran

Post on 26-Jun-2015

381 views

Category:

Education


12 download

DESCRIPTION

database, management, proposal system,

TRANSCRIPT

Page 1: konsep-asas-pangkalan-data (database management system)

KONSEP ASAS PANGKALAN DATA

Page 2: konsep-asas-pangkalan-data (database management system)
Page 3: konsep-asas-pangkalan-data (database management system)

DATA – fakta mengenai sesuatu benda, orang, entiti, kejadian dan seumpamanya yang boleh direkodkan.

MAKLUMAT – data yang telah diproses dan disusunatur ke dalam bentuk yang boleh digunakan untuk membuat keputusan.

PANGKALAN DATA – sekumpulan data atau maklumat yang mempunyai hubungan secara logik di antara satu sama lain. Bertujuan untuk mengurangkan data lewah.

DATA LEWAH – data yang sama muncul dalam beberapa fail yang berbeza.

SISTEM PANGKALAN DATA – sistem yang boleh mengemaskini maklumat dan memberi maklumat tertentu apabila diminta.

Page 4: konsep-asas-pangkalan-data (database management system)

Sistem pangkalan data terbahagi kepada:

SISTEM PANGKALAN DATA TERPUSAT

▪ Semua data disimpan

di dalam satu pangkalan

data.

▪ DBMS disimpan

di dalam satu komputer

(host) yang memuatkan

pangkalan data tersebut.

Page 5: konsep-asas-pangkalan-data (database management system)

SISTEM PANGKALAN DATA TERAGIH

▪ Data disimpan di dalam beberapa pangkalan data di lokasi yang berlainan.

▪ Walaubagaimanapun, pengguna boleh mencapai setiap pangkalan data.

Page 6: konsep-asas-pangkalan-data (database management system)

Ciri Pangkalan Data

Sekumpulan data logikal yang berkait di antara satu sama lain.

Direkabentuk, dicipta dan dilengkapkan dengan data bagi keperluan pengguna.

Menggambarkan maklumat di dalam dunia sebenar.

Saiz Pangkalan Data

Ringkas seperti senarai nama dan alamat.

Kompleks seperti data cukai pendapatan.

Page 7: konsep-asas-pangkalan-data (database management system)

Komponen Pangkalan Data

Page 8: konsep-asas-pangkalan-data (database management system)

Fail vs Pangkalan Data

Page 9: konsep-asas-pangkalan-data (database management system)

Pangkalan Data

• Data dikongsi oleh beberapa pengguna.

• DBMS membolehkan data dikemaskini oleh ramai pengguna.

• DBMS dapat mengawal keselamatan data dari pengguna tidak sah.

• Data dapat disepadukan dan dikawal.

• DBMS memudahkan pengubahsuaian data dan kemasukan data baru.

Fail

• Data hanya boleh dicapai oleh satu pengguna pada satu masa.

• Pengemaskinian data tidak mengambilkira pengguna lain.

• Tiada kawalan keselamatan.

• Pembaziran ruang bagi data yang berulang.

Page 10: konsep-asas-pangkalan-data (database management system)

Kebaikan Pangkalan Data

• Mengurangkan data lewah.

• Mengurangkan ralat pengemaskinian.

• Meningkatkan capaian data kepada pengguna.

• Meningkatkan keselamatan data.

• Mengurangkan kos kemasukan data, kos storan dan kos dapat semula.

• Menggalakkan perkembangan aturcara aplikasi yang baru.

Keburukan Pangkalan Data

• Rumit, susah dan mengambil masa yang lama untuk direkabentuk.

• Kos perkakasan dan perisian yang tinggi.

• Kerosakan pangkalan data melibatkan semua aturcara.

• Kos penukaran dari sistem fail ke sistem pangkalan data yang tinggi.

• Latihan kepada pengaturcara dan pengguna diperlukan.

Page 11: konsep-asas-pangkalan-data (database management system)
Page 12: konsep-asas-pangkalan-data (database management system)

Bahasa Definisi Data (DDL) Membina struktur pangkalan data (skema luaran, konseptual dan

dalaman). Menukar data dari paras aplikasi (luaran) dan konseptual kepada

paras fizikal (dalaman). Bahasa Manipulasi Data (DML)

Membolehkan data dimasukkan, dicapai, dihapuskan dan diubahsuai.

2 jenis : DML paras tinggi dan DML paras rendah. Bahasa Pertanyaan

Bahasa tidak bertatacara dan merupakan sebahagian daripada DML dan digunakan untuk mencapai data sahaja.

Bahasa Hos Membolehkan aturcara ditulis dalam bahasa paras tinggi (COBOL,

FORTRAN dan C) bagi mencapai dan mengolah data.

Page 13: konsep-asas-pangkalan-data (database management system)

Definisi DBMS – satu sistem perisian yang membolehkan pengguna mencipta dan menyelenggara pangkalan data seperti mendefinisi, membina dan memanipulasi data.

Mendefinisi – menentukan dan menerangkan jenis data yang hendak disimpan.

Membina – menyimpan data ke dalam media storan. Memanipulasi – melaksanakan fungsi-fungsi tertentu seperti

menyoal pangkalan data, kemaskini data, menghasilkan laporan.

Perisian – SQL Server, Oracle, DBASE, Access. Storan utama – ingatan utama dan ingatan cache. Storan kedua – hard disk Mencapai data – mencari rekod untuk disemak dan diproses.

Data tidak berubah. Mengemaskini data – menukar kandungan data, menghapus

data, menambah data baru.

Page 14: konsep-asas-pangkalan-data (database management system)

Skima – penerangan berkenaan satu pangkalan data yang telah ditetapkan semasa merekabentuk. Contoh:

Kejadian – maklumat atau data yang terkandung di dalam pangkalan data pada satu waktu yang tertentu.

Kejadian bertambah setiap kali ada proses pengemaskinian data. DMBS perlu memastikan setiap kejadian bersesuaian dengan struktur dan batasan

yang ditetapkan oleh skima.