penterjemahan isti’arah dan dalam teks al …...international seminar on al-quran in contemporary...
TRANSCRIPT
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
246
PENTERJEMAHAN ISTI’ARAH DAN KINAYAH
DALAM TEKS AL-QURAN
NOOR ELIZA ABDUL RAHMAN, NOORAIHAN ALI,
NOOR ANIDA AWANG & ZULAZHAN AB. HALIM
Abstrak: Isti’arah dan kinayah merupakan antara ungkapan figuratif yang terdapat dalam bahasa Arab.
Isti’arah bermaksud penggunaan perkataan bukan dengan makna asalnya dan hubungan antara makna asal
dengan makna majazi dibina atas dasar persamaan. Kinayah pula adalah kata-kata yang tidak dimaksudkan
dengan pengertian yang zahir. Kedua-dua elemen ini banyak dibicarakan oleh pengkaji ilmu terutamanya
dalam bidang pengajian al-Quran dan balaghah Arab. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi
yang digunakan oleh penterjemah Arab-Melayu dalam menangani kedua-dua elemen ini dalam teks al-Quran
di samping melihat strategi penterjemahan yang paling sesuai bagi ungkapan isti’arah dan kinayah. Kajian ini
berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan. Data kajian diambil daripada Tafsir Pimpinan
al-Rahman, tafsir al-Haramain dan Mushaf al-Farid. Lima ayat isti’arah dan lima ayat kinayah yang dipilih
dianalisis berdasarkan strategi penterjemahan isti’arah yang disarankan oleh Majdi (2009). Analisis strategi
penterjemahan dibuat antara padanan terjemahan dalam ketiga-tiga teks terjemahan Tafsir tersebut. Dapatan
kajian menunjukkan tiga strategi yang paling kerap digunakan oleh penterjemah adalah strategi
penterjemahan literal, strategi pentafsiran dan strategi penjelasan melalui nota kaki. Kajian ini juga
mendapati ungkapan isti’arah sebaiknya ditangani dengan strategi penterjemahan literal dan strategi
pentafsiran manakala gabungan strategi penterjemahan literal dan strategi penjelasan pula dilihat paling
sesuai dalam menterjemah ungkapan kinayah.
Kata kunci: istia’rah, kinayah, strategi penterjemahan.
PENGENALAN
Al-Quran adalah kitab suci yang menjadi puncak dan penutup wahyu Allah. Al-Quran
merupakan hadiah istimewa daripada Allah untuk hamba-hambanya. Di dalamnya
terkandung mutiara ilmu yang tidak terhitung , hikmah yang terulung dan hidayah yang
teragung yang mampu memimpin manusia menelusuri liku-liku kehidupan ini. Sebagai
sumber ilmu dan hidayah pasti pemahaman terhadap isi kandungan al-Quran ini
seharusnya dapat dimiliki dan dinikmati oleh semua manusia. Justeru, usaha memindahkan
pengertian al-Quran ke dalam bahasa lain haruslah dilakukan dengan teliti agar mesej yang
terkandung di dalamnya dapat difahami dengan betul oleh semua manusia.
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan memiliki ciri-ciri bahasa yang unik dan
unsur retorik yang tinggi. Apa yang dimaksudkan dengan unsur retorik adalah ayat-ayat
berbentuk figuratif atau bahasa kiasan yang mengandungi makna yang berbeza daripada
makna asal perkataan tersebut seperti tashbih, isti’arah, majaz mursal, kinayah, tajsid,
mubalaghah dan mathal. Selain daripada ungkapan figuratif, ungkapan ini juga dinamakan
sebagai metafora dalam buku-buku terjemahan. Ungkapan-ungkapan seperti ini ada
kalanya tidak boleh diterjemahkan secara kata demi kata kerana terdapat perbezaan unsur-
unsur budaya dan semantik antara bahasa sumber dan bahasa sasaran. Hal ini lebih
mencabar dalam menterjemah ayat-ayat al-Quran yang memiliki rahsia dan sebab-sebab
penurunannya. Selain merujuk kitab tafsir, penterjemah mesti mengetahui kaedah dan
strategi penterjemahan yang betul dan sesuai dalam menangani unsur metafora atau
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah
Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin,
Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim,
Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh
© Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
247
ungkapan figuratif dalam al-Quran agar mesej ayat dapat dipindahkan ke dalam bahasa
sasaran dengan jelas dan tepat.
OBJEKTIF DAN METODE KAJIAN
Penulisan ini bertujuan mengkaji strategi atau kaedah terjemahan yang digunakan dalam
menterjemah ayat-ayat yang mengandungi unsur isti’arah dan kinayah dalam al-
Quran.Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah analisis
kandungan.Korpus kajian adalah tiga teks terjemahan al-Quran, iaitu Tafsir Pimpinan al-
Rahman, tafsir al-Haramain dan Mushaf al-Farid. Kajian ini hanya menumpukan kepada
terjemahan ayat-ayat yang mengandungi unsur isti’arah dan kinayah sahaja. Seterusnya
analisis terhadap strategi penterjemahan yang digunakan akan dilakukan dengan melihat
kepada ketepatan makna dan kesampaian mesej dalam terjemahan tersebut.
PENGERTIAN ISTI’ARAH
Al-Hashimi (t.th: 239) memberikan takrif isticarah sebagai: استعمال اللفظ في غير ما وضع له
لينة صارفة عن إرادة المعنى األصلعالقة المشابهة بين المعنى المنقول عنه والمعنى المستعمل فيه، مع قري .
(Menggunakan perkataan bukan mengikut makna asal kerana wujudnya hubungan
mushabahah (persamaan atau keserupaan) antara makna yang dipindahkan dengan makna
yang asal, disertai dengan adanya qarinah (penanda) yang menghalang penggunaan makna
asal itu).
Menurut Mohamad Syukri et al. (2012: 74), terdapat banyak definisi isticarah dari
segi istilah, namun maksudnya secara umum merujuk kepada asas yang sama sebagaimana
definisi di atas. Antara makna asal atau makna hakiki dengan makna tersirat terdapat
hubungan yang bersifat persamaan. Isti’arah merupakan majaz dari segi penggunaan
bahasa dan merupakan tashbih yang hanya mempunyai salah satu daripada dua rukun
utama, iaitu lafaz bandingan (mushabbah) dan lafaz yang dibandingkan (mushabbah bih).
Pada masa yang sama digugurkan sifat (wajh al-shabah) bagi mushabbah dan mushabbah
bih dan medium perbandingan (adat al-tashbih). Oleh yang demikian, tashbih merupakan
asas kepada isticarah dan isticarah pula merupakan cabang kepada tashbih.
PENGERTIAN KINAYAH
Menurut al-Hashimi (t.th: 272), kinayah ditakrifkan sebagai مع قرينة لفظ أطلق وأريد به الزم معناه
sesuatu perkataan yang disebut dengan tujuan menggambarkan) ال تمنع من إرادة المعنى األصلي
makna lain yang tersirat di sebalik perkataan tersebut namun ia juga boleh merujuk kepada
makna sebenar kerana tiada petunjuk yang menghalang daripada pengertian makna
asalnya).
Kinayah merujuk kepada suatu lafaz yang difahami dengan makna konotasi. Namun
struktur bahasanya juga boleh difahami dengan dengan makna denotasi (Abdul Basir dan
Ummi Syarah 2018: 173). Penggunaan kinayah dapat membantu seseorang untuk tidak
menggunakan bahasa secara langsung yang boleh menyinggung perasaan orang lain.
Selain itu, kinayah membolehkan seseorang ahli sastera menggambarkan apa yang ia
kehendaki tanpa mendedahkan dirinya kepada risiko yang mungkin timbul akibat
menggunakan bahasa secara berterus-terang (Maqbul & Dhikra 1990: 506).
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
248
PENGERTIAN STRATEGI
Perkataan ‘strategi penterjemahan’ yang digunakan dalam analisis ini, pada asasnya
merujuk kepada prosedur terjemahan. Perkataan ‘prosedur’ dapat ditakrifkan sebagai cara
yang lazim untuk membuat sesuatu urusan, aturan atau cara bekerja atau melakukan
sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat 2007: 1235). Dalam konteks terjemahan pula,
Newmark (1988: 81) menyatakan bahawa prosedur terjemahan digunakan untuk
menterjemah ayat dan unit bahasa yang lebih kecil seperti klausa dan perkataan. Perkataan
strategi pula bermaksud a plan that you use in order to achieve atau the act of planning
how to do or achieve (satu perancangan yang digunakan untuk mencapai
sesuatu)(NewOxford Dictionary 2012: 818). Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1525)
pula memberikan maksud strategi sebagai rancangan yang teratur untuk mencapai
matlamat atau kejayaan.
Baker (1992: 7) menyebutkan, strategi merujuk kepada cara-cara untuk menangani
kesukaran dalam penterjemahan, iaitu menganalisis keseluruhan teks dengan menggunakan
strategi tersebut. Manakala Jaaskelainen (1991: 116) pula mendefinisikan strategi sebagai
satu set peraturan atau prinsip yang digunakan oleh penterjemah untuk mencapai matlamat
yang ditentukan oleh situasi terjemahan dalam cara yang paling berkesan.
Berdasarkan pengertian-pengertian yang dikemukakan, perkataan strategi merujuk
kepada suatu perancangan yang teratur dan kemas, bagi menangani masalah dan mencapai
sesuatu matlamat atau tujuan, sedangkan perkataan prosedur pula hanya menunjukkan
kepada cara melakukan sesuatu. Dalam konteks kajian penterjemahan, perkataan strategi
dilihat lebih sesuai berbanding perkataan prosedur, untuk menunjukkan kepada suatu
tindakan atau usaha untuk menyelesaikan masalah, menangani halangan yang wujud dalam
proses penterjemahan dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam hasil
terjemahan.
STRATEGI PENTERJEMAHAN UNGKAPAN FIGURATIF
Majdi (2009: 104-109) telah mengemukakan strategi penterjemahan isti’arah dalam
bukunya yang bertajuk الترجمة بين العربية والماليوية: النظريات والمباديء untuk diaplikasi ketika
menterjemah bahasa figuratif dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab. Strategi-strategi ini
disebut sebagai ارة أساليب ترجمة االستع . Beliau turut menyatakan bahawa strategi ini bukan
sekadar boleh dimanfaatkan dalam penterjemahan isticarah sahaja, bahkan juga boleh
digunakan dalam penterjemahan bentuk-bentuk figuratif lain seperti majaz mursal,
kinayah, mathal dan sebagainya. Strategi-strategi tersebut ialah:
a. Strategi penterjemahan literal
Strategi ini bermaksud menterjemahkan bahasa kiasan sumber ke dalam bahasa sasaran
dengan terjemahan harfiah atau terjemahan kata demi kata atau terjemahan literal. Proses
terjemahan ini dilakukan dengan mengemukakan perkataan bahasa sasaran yang
mempunyai makna denotasi yang sama dengan perkataan bahasa sumber tersebut.
Disyaratkan dalam penggunaan strategi ini perkataan berkenaan digunakan dengan maksud
dan mesej yang serupa dalam bahasa sasaran. Sebagai contoh, frasa ماء الوجه diterjemahkan
sebagai air muka dan شهو العسل diterjemahkan sebagai bulan madu (Muhammad Bukhari
1993).
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
249
b. Strategi Penggantian
Strategi ini bermaksud menggantikan imej dalam bahasa sumber dengan imej yang biasa
digunakan dalam bahasa sasaran yang tidak bercanggah dengan budaya bahasa sasaran
(Newmark 1992: 138). Dengan kata lain, menggantikan kiasan dalam bahasa sumber
dengan kiasan bahasa sasaran yang berbeza pada lafaz tetapi mempunyai pengertian atau
makna yang sama. Strategi ini digunakan apabila terjemahan secara literal tidak sesuai atau
kedengaran janggal dalam bahasa sasaran. Oleh itu penterjemah boleh mencari bentuk
figuratif dalam bahasa sasaran yang memberikan pengertian yang sama dan boleh
menyampaikan mesej yang dikehendaki oleh teks sumber. Contoh aplikasi strategi ini
dapat dilihat dalam menterjemah peribahasa Arab, iaitu يمسي على حر ويصبح على بارد yang
bermaksud dia berpanas pada waktu petang dan bersejuk pada waktu pagi. Peribahasa
Arab ini boleh diterjemahkan kepada peribahasa Melayu sebagai hangat-hangat tahi ayam
(Azmi 2013: 198).
c. Strategi Pentafsiran
Strategi ini dilakukan dengan membuat penambahan huraian kepada bentuk gambaran
yang hendak dijelaskan itu. Menurut Asmah (2009: 110), pemindahan maklumat daripada
satu teks kepada teks bahasa yang lain dalam bentuk penjelasan secara parafrasa dan
ilustrasi tentang maksudnya, disebut sebagai pentafsiran. Oleh itu, istilah ‘strategi
pentafsiran’ digunakan bagi merujuk strategi ini.
Penterjemah boleh menggunakan strategi ini apabila mendapati strategi penggantian
tidak efektif dan tidak jelas (Saifulah et al. 2012: 189). Sebagai contohnya kiasan قراءة الكف
diterjemahkan dengan frasa menilik perkara ghaib (Mohd Sukki 2012: 109). Frasa والفنجان
goyang kaki pula diterjemahkan sebagai اليفعل شيئا (Majdi 2009: 107).
d. Strategi Simile
Kaedah ini dapat mengurangkan kesukaran mencari padanan isti’arah di samping
mengekalkan struktur asal. Hal ini adalah kerana simile lebih mudah difahami berbanding
metafora atau bentuk kiasan lain. Contoh penggunaan strategi ini dapat dilihat dalam
terjemahan ayat 99 surah al-Kahfi:
……….
Pada hari itu mereka Kami biarkan saling menghempas laksana gelombang
yang satu menimpa yang lain. (Nasimah dan Lubna 2016)
e. Strategi Pengguguran
Melalui kaedah ini, bentuk kiasan yang wujud dalam teks tidak diterjemahkan ke dalam
bahasa sasaran.. Penterjemah boleh menggugurkan kiasan yang wujud dalam teks, dengan
syarat bentuk kiasan tersebut merupakan elemen tambahan yang tiada nilai maksud dalam
teks (Majdi 2009: 109). Menurut Newmark (1992: 141), sekiranya metafora yang terdapat
dalam sesuatu teks itu tidak penting ia wajar dilesapkan, dengan syarat teks bahasa sumber
itu tidak bersifat pengumuman atau penyampaian maklumat.
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
250
f. Strategi Penjelasan
Penterjemah menterjemahkan bentuk kiasan secara katawi atau literal, kemudian
memberikan penerangan dan penjelasan dalam bentuk nota kaki . Contohnya dalam
terjemahan ayat 29 surah al-Isra’:
و
Maksudnya: Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu,
dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana
akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering
keputusan
Ayat ini telah diberikan huraian kepada terjemahannya di bahagian nota kaki, iaitu
Jangan kamu terlalu kikir, dan jangan pula terlalu pemurah (Majdi 2009: 108).
ANALISIS DATA
Data-Data Isti’arah
CONTOH 1
.……
(surah al-Baqarah: 187)
Ungkapan istia’rah: (الخيط األبيض ، الخيط األسود)
Maksud sebenar الخيط األبيض adalah benang putih dan الخيط األسود pula bermaksud
benang hitam. Kedua-dua frasa ini tidak digunakan dengan maksudnya yang sebenar dalam
ayat ini kerana benang putih dan hitam tidak dapat menentukan masa berpuasa. Kedua-dua
frasa ini merupakan istia’rah yang mengumpamakan putihnya cahaya siang seperti benang
putih dan hitamnya cahaya malam seperti benang hitam. Terjemahan yang diberikan untuk
frasa ini adalah seperti berikut:
Jadual 1
Tafsir Pimpinan al-Rahman Tafsir al-Haramain Mushaf al-Farid
Dan makanlah dan
minumlah sehingga nyata
kepada kamu benang putih
(cahaya siang) dan benang
hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.
Makan dan minumlah
hingga jelas bagimu
(perbezaan) antara benang
putih dan benang hitam , iaitu fajar.
Dan makan dan minumlah
hingga jelas bagimu benang
putih dan benang hitam
Tafsir Pimpinan Al-Rahman menterjemahkan frasa tersebut sebagai ‘benang putih’
dan ‘benang hitam’. Dalam tafsir ini juga diberikan tafsiran bagi setiap frasa tersebut di
dalam kurungan iaitu ‘cahaya siang’ dan ‘kegelapan malam’selepas frasa itu disebut.
Strategi yang digunakan adalah strategi penterjemahan literal dan strategi pentafsiran.
Tafsir al-Haramain dan Mushaf al Farid pula menggunakan strategi penterjemahan literal
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
251
dengan memberikan terjemahan harfiah sahaja iaitu ‘benang putih’ dan ‘benang hitam’.
Terjemahan yang diberikan dalam Tafsir Pimpinan al-Rahman dianggap dapat
memberikan pengertian yang jelas dan menyampaikan mesej ayat kepada pembaca
sasaran.
Contoh 2
…………… (surah al-Baqarah: 16)
Ungkapan isti’arah : (اشتروا الضاللة بالهدى)
Dalam ayat ini lafaz (اشتروا) merupakan isti’arah dan digunakan bukan dengan
maksudnya yang asal iaitu ‘membeli’ sesuatu. Hal ini demikian kerana الضاللة dan الهدى
merupakan dua perkataan yang bersifat abstrak dan tidak mungkin boleh disatukan dengan
perbuatan menjual atau membeli. Dalam ungkapan ini, pertukaran telah dibandingkan
dengan membeli. Al-Zamakhsyari (1987:69) menjelaskan اشتراء الضاللة بالهدى merupakan
isti’arah yang bermaksud memilih dan menukarkan kesesatan dengan petunjuk.
Terjemahan yang diberikan untuk frasa ini adalah seperti berikut:
Jadual 2
Mushaf al-Farid Tafsir al-Haramain Tafsir Pimpinan al-Rahman
Mereka itulah yang
membeli kesesatan dengan
petunjuk
Mereka itulah yang
membeli kesesatan dengan
petunjuk
Mereka itulah orang-orang
yang membeli kesesatan
dan meninggalkan
petunjuk.
Ketiga-tiga terjemahan di atas menunjukkan strategi penterjemahan literal digunakan
dalam menterjemahkan ungkapan figuratif ini. Penterjemah mengekalkan maksud asal
perkataan yang menjadi isti’arah kerana padanan ini dianggap sudah dapat menjelaskan
maksud dan menyampaikan mesej ayat kepada pembaca sasaran.
Contoh 3:
……. 245) (surah al-Baqarah:
Ungkapan isti’arah: يقرض هللا.
Perkataan قرضا -يقرض -أقرض bermaksud memberi pinjaman (Kamus Besar Arab-
Melayu Dewan 2006: 1860). Menurut al-Zamakhsyari (1987: 290) ungkapan يقرض هللا yang
bermaksud ‘memberi pinjam kepada Allah’ mempunyai unsur perbandingan. Melakukan
amalan yang baik dengan mengharapkan balasan pahala daripada Allah diumpamakan
seperti memberi pinjaman kepada Allah.. Terjemahan yang diberikan untuk frasa ini
adalah seperti berikut:
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
252
Jadual 3
Terjemahan Abdullah
Basmeih
Tafsir al-Haramain Mushaf al-Farid
Siapakah orangnya yang
(mahu) memberikan
pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik.
Barangsiapa meminjamkan92
Allah dengan pinjaman yang
baik
Maksud meminjam ialah
menyedekahkan hartanya di
jalan Allah
Siapakah yang
mempunyai sesuatu
(mahu) memberikan
pinjaman kepada
Allah (menafkahkan
hartanya di jalan Allah)
Berdasarkan terjemahan di atas, ketiga-tiga teks terjemahan memberikan padanan
‘memberikan pinjam’ atau ‘meminjamkan’ kepada unsur isti’arah ini. Strategi
penterjemahan literal telah digunakan dalam ketiga-tiga terjemahan dalam menangani
unsur isti’arah ini. Walau bagaimanapun Tafsir al-Haramain menggabungkan dua strategi
penterjemahan iaitu strategi penterjemahan literal dan strategi penjelasan melalui nota kaki
yang menjelaskan pengertian sebenar ungkapan ‘meminjam’ adalah ‘bersedekah harta di
jalan Allah.’ . Mushaf al-Farid pula turut menggabungkan strategi penterjemahan literal
dan strategi pentafsiran dengan mendatangkan pengertian di dalam kurungan
(menafkahkan hartanya di jalan Allah)’. Kedua-dua terjemahan ini dianggap dapat
memberi kefahaman yang betul dan menyampaikan mesej ayat kepada pembaca sasaran.
Contoh 4:
………..….. (al-Israa’: 12)
Ungkapan isti’arah: جناح الذل
Perkataan جناح berrmaksud sayap dan perkataan الذل bermaksud kehinaan (Kamus
Besar Arab-Melayu Dewan 2006: 348, 822). Sifat rendah diri dibandingkan dengan
burung, digugurkan mushabbah bih dan disimbolkan satu sifat kelaziman burung iaitu
sayap (Abdul Wahid et al 2016: 295). Terjemahan yang diberikan untuk frasa ini adalah
seperti berikut:
Jadual 4
Mushaf al-Farid Tafsir al-Haramain Tafsir Pimpinan al-Rahman
Dan rendahkanlah dirimu
terhadap mereka berdua
dengan penuh kerendahan
diri.
Dan berbaktilah kepada
kedua-duanya dengan penuh
kasih sayang
Dan hendaklah engkau
merendah diri kepada
keduanya kerana belas
kasihan dan kasih sayangmu
Berdasarkan terjemahan di atas dapat diperhatikanTafsir Pimpinan al-Rahman dan
Mushaf al-Farid tidak mengemukakan padanan bagi frasa جناح الذل. Strategi pengguguran
kiasan digunakan oleh Tafsir Pimpinan al-Rahman dan Mushaf al-Farid dalam menangani
ungkapan isti’arah ini. جناح الذل. Manakala Tafsir al-Haramain pula memberikan padanan
‘berbaktilah’ kepada ungkapan tersebut. Terjemahan ini menggunakan strategi pentafsiran
dengan mendatangkan pengertian yang terkandung dalam isti’arah tersebut. Walau
bagaimanapun, padanan ini dilihat kurang tepat. Terjemahan yang diberikan oleh Tafsir
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
253
Pimpinan al-Rahman dan Tafsir al-Haramain dilihat dapat memberikan kefahaman dan
menyampaikan mesej ayat kepada pembaca sasaran.
Contoh 5:
(al-Haqqah: 11)
Ungkapan isti’arah: طغا الماء.
Perkataan طغا bermaksud melampaui batasan (Kamus Besar Arab-Melayu Dewan
2006: 1450). Ungkapan ini mempunyai maksud figuratif kerana air tidak sesuai
dipadankan dengan perbuatan melampaui batas. Di sini, melimpah dibandingkan dengan
melampaui batas. Menurut Qatadah dalam (al-Qurtubi : 243) tinggi air yang
menenggelamkan tempat kaum Nabi Nuh itu sedalam 15 hasta daripada apa yang ada di
atas muka bumi. Perkataan طغى digunakan bagi menunjukkan betapa dalamnya air yang
membanjiri tempat kaum Nabi Nuh. Terjemahan yang diberikan untuk frasa ini adalah
seperti berikut:
Jadual 5
Tafsir Pimpinan al-Rahman Tafsir al-Haramain Mushaf al-Farid
Sesungguhnya Kami- tatkala
air bah melampaui hadnya
(serta menenggelamkan
gunung-ganang)- telah
mengangkut serta
menyelamatkan nenek
moyang) kamu ke dalam
bahtera Nabi Nuh
Sesungguhnya ketika air
naik (sampai ke gunung) Kami membawa nenek
moyang kamu ke dalam
kapal Nabi Nuh.
Sesungguhnya ketika air
naik (sampai ke gunung),
Kami membawa nenek
moyang kamu ke dalam
kapal.
Terjemahan di atas menunjukkan Tafsir Pimpinan al-Rahman menterjemah
ungkapan ini dengan ‘melampaui hadnya’. Penterjemah menggunakan strategi
penterjemahan literal iaitu dengan mengemukakan padanan makna yang diberikan dalam
kamus iaitu ‘melampaui’. Manakala Tafsir al-Haramain dan Mushaf Farid memberikan
padanan ‘air naik hingga ke gunung’. Penterjemah menggunakan strategi pentafsiran
dengan mengemukakan maksud yang terkandung di dalamnya isti’arah tersebut.
Terjemahan ini dianggap lebih baik, dapat memberikan kefahaman yang betul dan
menyampaikan mesej ayat kepada pembaca sasaran.
DATA-DATA KINAYAH
Contoh 1:
(surah al-Qamar: 13)
Perkataan ألواح merupakan kata jamak bagi لوح yang bermaksud kepingan yang lebar
sama ada daripada kayu, tulang dan lain-lainnya (Kamus Besar Arab-Melayu Dewan 2006:
2139). Perkataanدسر pula merupakan kata jamak bagi دسار yang bererti paku atau tali yang
digunakan untuk merapatkan bahagian kapal (Kamus Besar Dewan 2006: 737). Lafaz ini
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
254
merupakan kinayah mawsuf kepada sebuah kapal.Menurut Muhammad Abu Musa
(1993:418) dalam ayat ini Allah menggambarkan kelemahan manusia dalam menghadapi
bala dan ujian Allah. Terjemahan yang diberikan untuk frasa ini adalah seperti berikut:
Jadual 6
Mushaf al-Farid Tafsir al-Haramain Tafsir Pimpinan al-Rahman
Dan Kami angkut dia
(Nuh)ke atas (kapal) yang
diperbuat daripada papan
dan pasak.
Dan Kami angkut dia (Nuh)
ke atas bahtera yang
diperbuat daripada papan
dan paku.
Dan Kami bawa naik Nabi
Nuh beserta pengikut-
pengikutnya) di atas
(bahtera yang dibina) dari
keeping-keping papan dan
paku.
Berdasarkan terjemahan yang diberikan, didapati ketiga-tiga tafsir menterjemahkan
frasa tersebut sebagai bahtera atau kapal dan ditambah dengan penjelasan ‘yang dibina atau
diperbuat daripada papan dan paku’.Strategi penterjemahan yang digunakan di sini adalah
strategi pentafsiran iaitu mengemukakan makna yang tersirat di sebalik frasa kinayah
tersebut. Terjemahan ini dianggap dapat menyampaikan mesej ayat.
Contoh 2:
(surah al-Saaffaat: 48)
Ungkapan kinayah : قاصرات الطرف.
Perkataan قاصرات bermaksud perempuan pemalu dan tidak liar pandangan (Kamus
Besar Arab-Melayu Dewan 2006: 1885). Menurut Ibn ‘Ashur (1997: 11/114) frasa yang
membawa pengertian menundukkan pandangan mata ini merupakan kinayah kepada sifat
‘iffah iaitu menjaga kehormatan diri. Terjemahan yang diberikan untuk frasa ini adalah
seperti berikut:
Jadual 7
Mushaf al-Farid Tafsir al-Haramain Tafsir Pimpinan al-Rahman
Dan di sisi mereka ada
bidadari-bidadari yang
bermata indah dan
membatasi pandangan
(kecuali untuk suaminya)
Dan di sisi mereka ada
(bidadari-bidadari) yang
indah dan luas matanya
dan membatasi
pandangannya.
Sedang di sisi mereka ada
pula bidadari-bidadari
yang tidak menumpukan
pandangannya melainkan
kepada mereka, lagi yang
amat indah luas matanya.
Jadual di atas menunjukkan ketiga-tiga teks terjemahan memberikan padanan
‘bidadari yang membataskan atau menumpuikan pandangannya’ kepada frasa ini.Strategi
penterjemahan yang menjadi pilihan di sini adalah strategi penterjemahan literal kerana
penterjemah mendatangkan maksud denotasi bagi frasa tersebut sebagaimana yang
terkandung dalam kamus. Penterjemah tidak menjelaskan maksud tersirat di sebalik
kinayah tersebut iaitu menjaga kehormatan diri. Terjemahan dapat difahami namun tidak
menyampaikan mesej sebenar disebalik ungkapan tersebut.
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
255
Contoh 3:
(surah al-Sad: 33)
Ungkapan kinayah: مسحا بالسوق واألعناق
Perkataan مسحا –يمسح –مسح bermaksud menyapu, membelai (Kamus Besar Arab-
Melayu Dewan 2006: 2201). Dalam ayat ini lafaz مسح digunakan dengan maksud kinayah.
Al-Baydawi (2003: 312) menjelaskan, secara zahirnya ayat ini bermaksud tangan Nabi
Sulaiman menyentuh (menyapu) betis dan tengkuk kuda, tetapi maksud di sebalik itu
adalah Nabi Sulaiman mengikat betis kuda seterusnya menyembelih tengkuknya. Kelekaan
baginda terhadap kudanya sehingga terlewat menunaikan sembahyang menjadi penyebab
kepada penyembelihan kuda tersebut. Kata kerja ‘menyembelih’ digantikan dengan
‘menyapu’ sebagai tanda hormat dan kasih terhadap kuda tersebut (Abdul Basir dan Ummi
Syarah 2018: 178). Terjemahan yang diberikan untuk frasa ini adalah seperti berikut:
Jadual 8
Mushaf al-Farid Tafsir al-Haramain Tafsir Pimpinan al-Rahman
“Bawalah semua kuda itu
kembali kepadaku”. Lalu
dia mengusap-ngusap kaki
dan leher kuda itu.
“Bawalah semua kuda itu
kembali kepadaku.” Lalu
dia mengusap-ngusap kaki
dan leher kuda itu.752
Lalu dia memotong kaki dan
lehernya
(Kemudian Nabi Sulaiman
berkata kepada orang-
orangnya): “Bawa balik kuda
itu kepadaku”, maka dia pun
tampil menyapu betis dan
leher kuda itu (seekor demi
seekor).1527
Menandakannya menjadi
kuda yang diuntukkan bagi
mencapai keredhaan Allah
sebagai kaffarah
menghapuskan kesalahan
lekanya.
Daripada terjemahan-terjemahan yang ditunjukkan ketiga-tiganya memberikan
padanan ‘menyapu’ atau ‘mengusap’ kepada kinayah ini. Penterjemah menggunakan
strategi penterjemahan literal dalam menterjemah unsur kinayah ini. Tafsir Pimpinan al-
Rahman dan tafsir al-Haramain turut menggunakan strategi penjelasan melalui nota kaki.
Penjelasan yang diberikan dalam nota kaki tafsir al-Haramain dapat mengungkapkan
maksud yang tersirat dalam kinayah ini iaitu dengan huraian ‘memotong kaki dan
lehernya’. Namun nota kaki yang menjelaskan maksud ayat ini dalam Tafsir Pimpinan al-
Rahman dilihat kurang jelas dan tidak dapat menyampaikan mesej dalam kinayah tersebut.
Contoh 4:
............... (surah al-Maaidah: 64)
Ungkapan kinayah: يد هللا مغلولة
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
256
Perkataan غال –يغل –غل memberi maksud menggari tangan atau tengkuk (Kamus
Besar Arab-Melayu Dewan 2006: 1695). Lafaz مغلولة merupakan isim fail kepada غل yang
memberi maksud digari atau dibelenggu. Jika diterjemah secara harfiah frasa ini
bermaksud ‘Tangan Allah digari atau dibelenggu’. Menurut al-Alusi (1994: 6/264) tangan
merupakan kinayah kepada pemberian dan penerimaan nikmat. Manakala ghull adalah
keadaan yang menghalang nikmat daripada sampai kepada yang berhak. Oleh itu frasa ini
merupakan kinayah kepada sifat bakhil atau kedekut. Terjemahan yang diberikan untuk
frasa ini adalah seperti berikut:
Jadual 9
Mushaf al-Farid Tafsir al-Haramain Tafsir Pimpinan al-Rahman
Orang-orang Yahudi
berkata, “Tangan Allah
terbelenggu (sebagai
sindiran terhadap Allah)”,
sebenarnya tangan
merekalah yang
terbelenggu.
Dan orang-orang Yahudi
berkata”Tangan Allah
terbelenggu”. Sebenarnya
tangan merekalah yang
dibelenggu.285
Maksudnya adalah kedekut
(bakhil)
Dan orang-orang Yahudi itu
berkata, “Tangan Allah
terbelenggu (bakhil-
kikir)”, tangan merekalah
yang terbelenggu.
Ketiga-tiga terjemahan di atas menunjukkan frasa kinayah ini diterjemah dengan
menggunakan strategi penterjemahan literal dengan memberikan padanan berbunyi
‘Tangan Allah terbelenggu’. Tafsir Pimpinan al-Rahman turut mengabungkan strategi
pentafsiran bersama strategi penterjemahan literal dalam menangani terjemahan ungkapan
figuratif ini iaitu mendatangkan tafsiran ‘tangan terbelenggu’ sebagai ‘bakhil’ di dalam
kurungan. Manakala tafsir al-Haramain pula menggabungkan strategi penterjemahan
literal bersama strategi penjelasan melalui nota kaki. Penggunaan dua strategi ini dalam
terjemahan dianggap dapat menyampaikan mesej ayat dengan jelas kepada pembaca
sasaran.
Contoh 10
…………… (surah al-Baqarah :187)
Ungkapan kinayah: رفث
Perkataan رفوثا –رفثا –يرفث –رفث bermaksud bercakap kotor (Kamus Besar Arab-
Melayu Dewan 2006: 929). Maksud percakapan kotor di sini adalah kata-kata kurang elok
didengar seperti kata-kata lucah serta boleh membangkitkan syahwat (Ibn Manzur 2003:
4/193). Lafaz ini merupakan kinayah kepada persetubuhan kerana terdapat petunjuk pada
frasa ‘Dihalalkan bagi kamu pada malam hari Ramadhan’. Terjemahan yang diberikan
untuk frasa ini adalah seperti berikut:
Jadual 10
Mushaf al-Farid Tafsir al-Haramain Tafsir Pimpinan al-Rahman
Dihalalkan bagi kamu pada
malam hari bulan puasa
bercampur (bersetubuh)
dengan isterimu.
Dihalalkan bagimu pada
malam hari puasa
menggauli isterimu
Dihalalkan bagi kamu pada
malam hari bulan puasa
bercampur (bersetubuh)
dengan isteri-isteri kamu.
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
257
Berdasarkan terjemahan di atas, dapat diperhatikan perkataan الرفث diterjemahkan
sebagai ‘bercampur’, ‘menggauli’ dan ‘bersetubuh’. Ketiga-tiga terjemahan menggunakan
strategi pentafsiran dalam menangani terjemahan unsur kinayah ini. Penggunaan strategi
ini dilihat dapat memberikan kefahaman yang jelas dan menyampaikan mesej ayat kepada
pembaca sasaran.
DAPATAN KAJIAN
Dalam penterjemahan ungkapan bahasa figuratif dalam al-Quran, ungkapan isti’arah dan
kinayah ditangani dengan menggunakan beberapa strategi penterjemahan iaitu strategi
penterjemahan literal, strategi pentafsiran, strategi penjelasan dan strategi pengguguran
kiasan. Analisis yang dijalankan menunjukkan strategi penggantian kiasan sasaran tidak
digunakan dalam menterjemahkan dua unsur figuratif ini. Terdapat tiga strategi
penterjemahan yang kerap digunakan oleh penterjemah dalam menangani unsur isti’arah
dan kinayah dalam teks al-Quran iaitu strategi penterjemahan literal, strategi pentafsiran
dan strategi penjelasan.
Berdasarkan analisis yang dijalankan, didapati penggunaan strategi penterjemahan
literal dapat membantu memastikan terjemahan tidak tersasar atau menyimpang daripada
maksud yang sebenar. Penggunaan strategi penjelasan dan pentafsiran pula dapat
membantu memberikan pengertian yang sebenar kerana ayat-ayat al-Quran mengandungi
pengertian yang mendalam dan tersirat yang kadang-kadang tidak boleh difahami dengan
terjemahan secara harfiah.
Setengah ungkapan isti’arah dan kinayah boleh diterjemahkan dengan menggunakan
penterjemahan literal apabila ungkapan tersebut bersifat umum dan boleh difahami atau
diguna pakai dalam bahasa sasaran dan wujudnya unsur persamaan antara dua perkara
yang dibandingkan dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran. Contohnya terjemahan literal
seperti meminjamkan Allah…membeli kesesatan…air melampaui had….dapat
menyampaikan mesej ayat kepada pembaca sasaran. Namun bagi ungkapan yang
mempunyai ciri budaya bahasa sumber dan tiada imej dalam bahasa sasaran kebiasaannya
ungkapan ini memerlukan kepada pentafsiran dan penjelasan. Terjemahan literal seperti
‘yang mempunyai papan dan paku’…..’yang membataskan pandangan’….’tangan
terbelenggu’ tidak dapat difahami dengan maksud yang sebenar jika tidak diberikan
pentafsiran atau penjelasan. Penggunaan strategi penterjemahan literal yang digabungkan
bersama strategi pentafsiran atau strategi penjelasan melalui nota kaki dianggap sebagai
langkah yang paling selamat dalam menterjemahkan ungkapan figuratif dalam al-Quran.
terutamanya dalam menterjemahkan ungkapan kinayah. Sebaliknya, penggunaan strategi
penggantian dalam menterjemah teks al-Quran seharusnya dielakkan kerana dikhuatiri
membawa kepada kesilapan dalam memahami al-Quran.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam konteks kajian ini, secara umumnya, ungkapan isti’arah dan
kinayah dalam al-Quran dapat ditangani dengan baik oleh penterjemah. Pemilihan strategi
penterjemahan yang sesuai amat penting untuk memastikan mesej dapat disampaikan
kepada pembaca sasaran dan mengelakkan fahaman yang salah terhadap ayat-ayat al-
Quran. Penterjemahan secara literal atau harfiah kadang-kadang tidak dapat
menyampaikan mesej, namun penterjemahan yang terlalu bebas atau komunikatif juga
boleh menghasilkan terjemahan yang menyimpang dari maksud sebenar. Justeru, proses
pemindahan makna atau penterjemahan ayat al-Quran ke dalam bahasa lain haruslah
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
258
dilakukan dengan penuh bijak sana, amanah, bertanggung jawab dan teliti agar kalam
Allah yang mulia ini dapat difahami dengan jelas.
Rujukan
Abdul Basir Awang dan Ummi Syarah Ismail. 2018. Faktor kepenggunaan kinayah dalam al-Quran al-Karim.
Jurnal e-Academia. 171-180.
Abdul Wahid Salleh. Mohd Shaifulbahri Abdullah Lazim Omar Ahmad Zubaidi A.Latif Nashaat Abdel Aziz
Baioumy. Roslan Ab.Rahman. 2016. al-Balaghah al-wafiyah: Ilmu balaghah lengkap (ma’ani, bayan
dan badi’). Selangor: Darul Syakir Enterprise.
Abu Musa, Muhammad. 1993. Al-Taswir al-bayani dirasah tahliliyyah li masail al-bayan. Ctk.3. Kaherah:
Maktabah Wahbah.
Al-Alusi, Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud. T.th. Ruh al-Ma’ani fi al-tafsir al-Quran al-azim wa al-sab’ al-
mathani. Tashih Muhammad Husain al-Arab. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi.
al-Baydawi, Abd Allah ibn Umar. 2003. Tafsir al-baydawi al-musamma anwar al-tanzil wa asrar al-takwil.
Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
al-Haramain Tafsir Ringkas Ayat-Ayat Pilihan. 2013. Selangor: Karya Bestari Sdn.Bhd.
al-Hashimi, al-Sayyid Ahmad. t.th. Jawahir al-Balaghah fi al-Macani wa al-Bayan wa al-Badic. Edisi ke-6.
Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
al-Mucjam al-Wasit. t.th. Anis, Ibrahim, Muntasir, cAbd al-Halim, al-Sawalihi cAtiyyah & Ahmad
Muhammad Khaf Allah. t.tp: t.pt.
al-Mucjam al-Wasit. t.th. Anis, Ibrahim, Muntasir, cAbd al-Halim, al-Sawalihi cAtiyyah & Ahmad
Muhammad Khaf Allah. t.tp: t.pt.
Al-Qurtubi, Abu Abdullah Muhammad bin Ahmadal-Ansori. T.th Al-Jami’ li ahkam al-Quran. T.tpt: Dar al-
Fikri.
Al-Zamakhsyari, Mahmud ibn Umar. 1987. Al-Kashshaf an baqa’iq al-tanzil wa ‘uyun al-aqawil fi wujuh al-
takwil. Cet.3. Kaherah: Dar al-Rayyan.
Asmah Hj Omar. 2009. Penterjemahan pemindahan sistem semiotik. Jurnal Penterjemah 2: 107-119.
Azmi Ahmad. 2013. Hubungan rentas budaya dalam penterjemahan Arab-Melayu. Prosiding Penterjemahan
Antarabangsa Ke-14, hlm. 192 – 206.
Baker, M. 1992. In Other Words: A Coursebook on Translation. London & New York: Routledge.
Ibn ‘Ashur, Muhammad al-Tahir. 1984.. Tafsir al-tahrir wa al-tanwir. Tunisia: Dar al-Tunisiyyahli al-Nashr.
Jaaskelainen, R. 1991. Investigating translation strategies. Dlm. Tirkkonen-Condit, S. (pnyt.). Selected Paper
on the TRANSIF Seminar, Savonlinna 1988. Tubinger: Narr.
Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan. 2007. Edisi ke-4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Majdi Ibrahim. 2009. al-Tarjamah bayna al-cArabiyyah wa al-Malayuwiyyah: Al-Nazariyyat wa al-Mabadi’.
Kuala Lumpur: IIUM Press.
Maqbul, Sacd Husayn cUmar & Dhikra, cAbd al-Majid Muhammad. 1990. al-Adab wa Al-Nusus wa al-
Balaghah. Jil. 1. Libya: Dar al-Kutub al-Wataniyyah.
Mohd Sukki Othman. 2012. Memahami faktor budaya dalam penterjemahan bahasa. Prosiding Nadwah
Bahasa dan Kesusasteraan Arab Ke-3, hlm 108-110.
Muhammad Bukhari Lubis. 1993. Menerjemahkan idiom Arab ke bahasa Melayu: beberapa pengamatan.
Kertas kerja Seminar Terjemahan Arab-Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, 27-29 Ogos.
Mushaf al-Farid Terjemahan Bertulis Jawi dan Perkata. 2017. Kuala Lumpur: Rimbunan Islamik Media
Sdn. Bhd.
Nasimah Abdullah dan Lubna Abd. Rahman. 2016. Terjemahan ayat figuratif dalam al-Quran: perbandingan
antara penterjemah individu dan berkumpulan. Jurnal KUIS.
Newmark, P. 1988. A Textbook of Translation. New York London: Prentice Hall.
Newmark, P. 1992. Pendekatan penterjemahan. Terj. Zainab Ahmad & Zaiton Ab. Rahman. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Saifulah Samsudin, Muhammad Fauzi Jumingan, Abdul Rauf Hassan & Muhd Zulkifli Ismail. 2012.
Terjemahan metafora dalam hadis rasulullah s.a.w. Prosiding Nadwah Bahasa dan Kesusasteraan
Arab Ke 3, hlm 187-192.
Shaykhun, Mahmud al-Sayyid. 1990. Al-Balaghah Al-Wafiyah. Kaherah: Maktabah al-Kuliyyat al-
Azhariyyah.
Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. T.th. Kuala Lumpur: Darul Fikir.