pentaksiran sains sekolah rendah bagi sce 3111 pismp sains semester 6 ipgm seluruh malaysia

5
PISMP SEM 6 PENTAKSIRAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH IPG KSAH 1.0 PENGENALAN Daripada Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah (2002), sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Mata pelajaran sains sekolah rendah direka bentuk untuk member pengetahuan asas sains kepada murid, menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di peringkat menengah. Penguasaan kemahiran saintifik amat diperlukan untuk mengkaji dan memehami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan bersistem. Kemahiran Saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Pengalaman pembelajaran sains sekolah rendah juga memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan sama ada secara bersahaja atau secara terancang. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Untuk memastikan murid membina dan mencapai apa yang terkandung dalam ketiga-tiga bidang tersebut, guru perlu mengenalpasti tahap penguasaan ketiga-tiga bidang dengan menjalankan pentaksiran yang sesuai bagi setiap bidang. Secara umumnya, pentaksiran bertindak sebagai kayu pengukur untuk menilai pencapaian murid dalam memperolehi pengetahuan, kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni berdasarkan kepada objektif pembelajaran dan hasil pembelajaran atau standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan. 2.0 PENTAKSIRAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH Konsep Pentaksiran Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan sesuatu maklumat untuk dibuat penghakiman mengenai sesuatu produk dalam proses pendidikan dikenali sebagai pentaksiran. Kini istilah pentaksiran mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Popham (2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. 1

Upload: shafiq-subahir

Post on 30-Nov-2015

646 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bagi SCE 3111 PISMP Sains Semester 6 IPGM seluruh Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Pentaksiran Sains Sekolah Rendah bagi SCE 3111 PISMP Sains Semester 6 IPGM seluruh Malaysia

PISMP SEM 6 PENTAKSIRAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH IPG KSAH

1.0 PENGENALAN

Daripada Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah (2002), sains adalah satu bidang yang

merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Mata pelajaran sains

sekolah rendah direka bentuk untuk member pengetahuan asas sains kepada murid,

menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di peringkat menengah.

Penguasaan kemahiran saintifik amat diperlukan untuk mengkaji dan memehami

alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan bersistem.

Kemahiran Saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Pengalaman pembelajaran sains sekolah rendah juga memupuk sikap dan nilai positif dalam

diri murid. Penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran

dilakukan sama ada secara bersahaja atau secara terancang. Integrasi antara tiga elemen

ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains.

Untuk memastikan murid membina dan mencapai apa yang terkandung dalam ketiga-

tiga bidang tersebut, guru perlu mengenalpasti tahap penguasaan ketiga-tiga bidang dengan

menjalankan pentaksiran yang sesuai bagi setiap bidang. Secara umumnya, pentaksiran

bertindak sebagai kayu pengukur untuk menilai pencapaian murid dalam memperolehi

pengetahuan, kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni berdasarkan kepada objektif

pembelajaran dan hasil pembelajaran atau standard kandungan dan standard pembelajaran

yang ditetapkan.

2.0 PENTAKSIRAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH

Konsep Pentaksiran

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan sesuatu maklumat untuk

dibuat penghakiman mengenai sesuatu produk dalam proses pendidikan dikenali sebagai

pentaksiran. Kini istilah pentaksiran mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Popham

(2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara

silih berganti dan dianggap sebagai sinonim.

Pada tahun 2000, Lembaga Peperiksaan Malaysia menyatakan dalam konteks

pendidikan, pentaksiran ini dilihat dan dianggap sebagai sebagai suatu proses pembelajaran

yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah

maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Dimana nilai

dan segala yang telah dipelajari oleh murid akan dinilai dan ditafsirkan bagi melihat tahap

pencapaian dan perkembangan murid-murid itu.

1

Page 2: Pentaksiran Sains Sekolah Rendah bagi SCE 3111 PISMP Sains Semester 6 IPGM seluruh Malaysia

PISMP SEM 6 PENTAKSIRAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH IPG KSAH

Pentaksiran menurut Bhasah Abu Bakar (2009) pula, pentaksiran merupakan

sebahagian daripada proses pembelajaran dimana menginteragrasi strategi pentaksiran

yang baru ke dalam kurikulum dan proses pembelajaran merupakan satu lompatan konsep

yang begitu praktikal sedang berlaku.

Jadi, pentaksiran dalam pengajaran sains sekolah rendah ialah satu prosedur ,

mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat terhadap penguasaan

pengetahuan sains, kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murid dalam pengajaran

sains.

Pentaksiran yang Berkualiti

Pentaksiran yang berkualiti ialah pentaksiran yang mempunyai kesahan dan

kebolehpercayaan yang tinggi. Menurut Naapie Mat (2006), kesahan merupakan satu

konsep pengukuran yang merujuk sejauh mana ketepatan atau kesahihan sesuatu alat

pentaksiran. Ini bermaksud sesuatu alat pentaksiran itu dikatakan mempunyai kesahan yang

tinggi sekiranya dapat mengukur secara tepat kebolehan dan keupayaan calon-calon yang

diuji.

Merujuk kepada manual am pentadbiran instrumen Kementerian Pelajaran Malaysia,

kesahan pentaksiran melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Oleh yang

demikian, item-item yang dikemukakan hendaklah akur dengan kurikulum dan spesifikasi

pentaksiran serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran,

konteks dan situasi.

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007), kebolehpercayaan sesuatu

pentaksiran merujuk kepada pencapaian calon adalah tekal apabila mengambil ujian itu

beberapa kali. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan skor ujian.

Pada lazimnya, adalah sukar bagi guru untuk membentuk satu ujian yang mempunyai ciri

kebolehpercayaan yang tinggi. Ini adalah kerana pencapaian murid dalam situasi yang

berlainan akan dipengaruhi oleh faktor-faktor berlainan seperti bilangan soalan, emosi dan

kesihatan calon, keadaan persekitaran serta cara memeriksa. Oleh itu, untuk meninggikan

ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian, guru harus mengurangkan segala punca

perubahan faktor-faktor tersebut.

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia pula, kebolehpercayaan skor ujian

melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Satu spesifikasi ujian direka bentuk

bagi setiap instrumen saringan untuk dijadikan piawaian yang diikuti dalam pembinaan

instrumen. Hal ini untuk memastikan ketetapan instrumen saringan.

2

Page 3: Pentaksiran Sains Sekolah Rendah bagi SCE 3111 PISMP Sains Semester 6 IPGM seluruh Malaysia

PISMP SEM 6 PENTAKSIRAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH IPG KSAH

Pentaksiran yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, pentaksiran yang menghasilkan skor

yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu

ujian yang sah biasanya boleh dipercayai.

Pentaksiran Sains Bidang Pengetahuan

Untuk mentaksir pengetahuan sains murid-murid sekolah rendah, beberapa jenis alat

pentaksiran boleh digunakan. Antara alat pentaksiran yang bersesuaian dengan bidang

pengetahuan sains ialah jurnal, portfolio, ujian kertas dan pensel, peta konsep dan projek.

Untuk melaksanakan pentaksiran pengetahuan sains yang berkualiti, setiap alat

pentaksiran yang digunakan mestilah mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang

tinggi. Cara yang baik untuk meningkatkan dan memastikan kesahan sesuatu alat

pentaksiran sains seperti ujian kertas dan pensel ialah dengan menyediakan ‘blue print’, atau

rancangan persediaan yang dinamakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU ini dapat

memastikan kesahan isi ujian yang akan disediakan. Di mana dalam JSU guru hendaklah

menetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji, peringkat objektif mengikut domain kognitif

Taksonomi Bloom atau Taksonomi yang seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu

objektif dan tajuk. Penentuan objektif pelajaran ataupun aras-aras kemahiran sains

bergantung kepada tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan murid-murid yang

menduduki ujian itu. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiap-tiap

tajuk dalam sukatan pelajaran sains.

Selain itu, cara untuk meningkatkan kesahan alat pentaksiran ialah dengan

mengawal indeks kesukaran sesuatu ujian dengan baik apabila membina sesuatu ujian.

Adakalanya ujian menjadi terlalu senang atau terlalu susah. Hal ini yang menyebabkan skor

yang diperoleh pelajar tidak tersebar meluas antara pelajar yang pandai, sederhana dan

lemah. Ini bermakna, sesuatu ujian itu tidak mendiskriminasikan calon dengan baik. Konstruk

yang ingin diuji juga perlu dikenalpasti. Konstruk yang diuji mestilah akur dengan format

pentaksiran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Bagi mentaksir seseorang murid melalui pembelajaran peta konsep, guru terlebih

dahulu perlu mahir dan mengusai kaedah yang hendak dijalankan selain penetapan kriteria

yang hendak ditafsirkan agar guru benar-benar mengukur apa yang hendak diukur. Antara

kriteria pentaksiran yang dinilai kepada murid ialah mempunyai fakta asas dan tambahan,

yang lengkap, jelas dan sesuai. Selain itu, peta konsep yang baik mempunyai paparan aliran

3

Page 4: Pentaksiran Sains Sekolah Rendah bagi SCE 3111 PISMP Sains Semester 6 IPGM seluruh Malaysia

PISMP SEM 6 PENTAKSIRAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH IPG KSAH

maklumat yang betul, terperinci dan tepat serta menggunakan ilustrasi dan reka bentuk yang

tepat, pelbagai, menarik dan sesuai dengan maklumat.

Bagi memudahkan penilaian, skoran rubrik dibentuk sebagai garis panduan dalam

pemberian markah kepada pelajar. Skoran tersebut digubal dalam bentuk jadual bagi

memudahkan guru atau sesiapa sahaja yang menjadi penilai untuk memberi markah. Berikut

adalah skor rubrik yang akan digunapakai dalam menilai pelajar dalam penghasilan peta

minda.

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod

bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang tertentu. Pentaksiran portfolio sains

yang berkesan terdapat tiga peringkat iaitu penilaian awal yang mengambil kira ciri-ciri

penting misalnya draf pertama perancangan portfolio. Kedua ialah penilaian merentasi tugas

bertulis mengikut kriteria dengan skala yang ditetapkan oleh guru. Portfolio sains yang baik

dinilai mengikut kriteria iaitu pemikiran dan isi, struktur dan organisasi, strategi pengurusan,

variasi isi yang sesuai, struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan dan kumpulan sasar yang

berlainan. Ketiga ialah senarai ciri-ciri paling penting dan penentuan gred. Ini yang akan

menentukan markah portfolio dengan mengambil kira markah yang diberi kepada tiap-tiap

peringkat dan lain-lain bukti seperti nota anekdot dan refleksi murid.

Pentaksiran Sains Bidang Kemahiran Saintifik

Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif sains.

Kemahiran proses sains membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan

mencari jawapan secara bersistem manakala kemahiran manipulatif sains merupakan

kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan

perkara seperti mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. Antara cara untuk

mentaksir bidang kemahiran saintifik ialah dengan menggunakan alat pentaksiran sains

seperti projek dan laporan amali.

Projek adalah satu aktiviti pembelajaran dalam tempoh masa tertentu yang

melibatkan pengumpulan serta analisis maklumat dan penyediaan satu laporan. Dalam

konteks kurikulum sains sekolah rendah, projek bermaksud tugasan secara amali yang

dijalankan secara individu atau berkumpulan dalam satu jangka masa yang munasabah.

Projek membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran saintifik dan

interpersonal dalam melaksanakan tugasan. Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau

rakan sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang

sehinggalah ke tahap hasil disiapkan. Instrumen yang digunakan boleh berbentuk kontrak,

rubrik, senarai semak, skala kadar dan lain-lain.

4

Page 5: Pentaksiran Sains Sekolah Rendah bagi SCE 3111 PISMP Sains Semester 6 IPGM seluruh Malaysia

PISMP SEM 6 PENTAKSIRAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH IPG KSAH

Pentaksiran Sains Bidang Sikap Saintifik dan Nilai Murni

Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid.

Sikap dan nilai positif yang dipupuk dalam pembelajaran sains di sekolah meliputi sikap

saintifik dan nilai murni. Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku

mengikut peringkat iaitu menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap

saintifik dan nilai murni, memberi penekanan terhadap sikap dan nilai serta menghayati dan

mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. Sikap saintifik dan nilai murni boleh dinilai oleh

guru dalam kebanyakan alat pentaksiran sains seperti portfolio, pemerhatian, buku nota,

rekod anekdot dan projek.

Pentaksiran sikap saintifik dan nilai murni dapat dijalankan melalui pemerhatian dan

soal selidik. Pemehatian di sekolah dapat dilakukan dengan menggunakan buku catatan

khusus tentang kejadian-kejadian berkaitan dengan murid selama di sekolah. Melalui

penggunaan soal selidik di sekolah, murid diminta memberi pandangan atau tanggapan

tentang suatu masalah, keadaan atau hal berkaitan sikap dan nilai. Daripada pandangan

yang dibuat oleh murid dapat difahami kecenderungan sikap yang dimilikinya.

Walaubagaimanapun, kebolehpercayaan alat pentaksiran mungkin berubah mengikut

keadaan murid-murid. Keadaan yang tidak selesa menyebabkan murid-murid berkelakuan

atau menunjukkan sikap yang tidak seperti yang selalu ditunjukkan. Selain itu, kesihatan

murid juga mempengaruhi kebolehpercayaan pentaksiran. Oleh itu, guru haruslah

memastikan masa yang bersesuaian untuk menilai sikap dan nilai yang ditunjukkan oelh

murid.

3.0 KESIMPULAN

Pentaksiran sains sekolah rendah bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi murid

bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan yang

harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid-

murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan

keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang

lain. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan

keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran sains murid. Maklumat yang tepat boleh

membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan

pengajaran dan pembelajaran sains.

5