pentaksiran dalam mata pelajaran sejarah

Upload: amira-nazneen

Post on 07-Oct-2015

214 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pengenalan kepada pentaksiran serta konsep pentaksiran.

TRANSCRIPT

NOTA MINGGU 1PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN KONSEP PENTAKSIRAN Pentaksiran ialah proses mengumpul dan membincangkan maklumat yang diperoleh daripada kepelbagaian sumber untuk memperkembangkan satu pemahaman yang mendalam terhadap apa yang murid tahu, faham dan boleh buat dengan pengetahuan mereka untuk digunakan dalam kehidupan seharian mereka. (Freed, 2000). Pentaksiran ialah asas sistematik untuk membuat inferens mengenai pembelajaran dan perkembangan murid. Ia merupakan proses mencari, memilih, mereka bentuk, mengumpul, menganalisis, menginterpretasi dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan perkembangan dan pembelajaran murid. (Erwin, 1991).

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN1. CONTENT VALIDITYKesahihan kandungan bermaksud pentaksiran akan mengukur apa yang ingin diukur atas tujuan tertentu dan itu sahaja.

2. RELIABILITY Kebolehpercayaan merujuk kepada keputusan pentaksiran yang konsisten. Ianya adalah satu tahap yang mana prestasi murid adalah sama apabila mereka mengambil ujian yang sama dalam keadaan yang berbeza.

3. FAIRNESSKeadilan bermaksud setiap murid layak dapat peluang sama rata untuk menunjukkan apa yang mereka faham, tahu dan boleh buat.

4. STUDENT ENGAGEMENT & MOTIVATIONPenglibatan murid dan motivasi merupakan ciri-ciri yang tidak ketara kerana penglibatan tidak sinonim dengan keseronokan.

JENIS-JENIS UJIANUJIAN RUJUKAN NORMA Tujuannya untuk menentu dan membandingkan prestasi seorang murid-murid atau kumpulan-kumpulan dengan menggunakan keputusan ujian yang sama.UJIAN RUJUKAN KRITERIA Tujuan : menentukan taraf pencapaian murid yang dikehendaki dalam sesuatu bidang kemahiran & diadakan setelah kemahiran diajar. UJIAN OBJEKTIFJenis Item Respons Bebas Item Memerlukan Jawapan Pendek Item Melengkapkan Ayat Item PerkaitanJenis Item Respons Tetap Item Betul / Salah Item Jenis Padanan Item Jenis Pengelasan Item Aneka Pilihan

UJIAN SUBJEKTIF Jawapan Pendek Jawapan Tidak Terhad

UJIAN PRESTASI Ujian prestasi ialah tugasan yang dibuat oleh murid untuk pamerkan tahap kompetensi dan pengetahuannya dengan membina satu hasil dan memberi respon tertentu. (Valencia, Hiebert & Afflerback, 1994).