instrumen pentaksiran - gurubesar.my filesains 1 kupasan mutu jawapan upsr 2012 instrumen...

41
018/028/038 SAINS Sains 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012 INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 50 Masa : 1 jam 15 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas soalan Sains UPSR terdiri daripada 2 bahagian; Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A terdiri daripada 30 soalan aneka pilihan yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukan ialah 30. Bahagian B terdiri daripada lima (5) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukan ialah 20. Konstruk yang diukur ialah: a) Pengetahuan b) Pemahaman c) Kemahiran Mengaplikasi PRESTASI KESELURUHAN: Sebahagian besar calon menunjukkan penguasaan yang tinggi dalam aspek pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang diuji di Bahagian A. Manakala calon berprestasi sederhana dan rendah hanya menguasai soalan aras pengetahuan dan kefahaman sahaja. Untuk Bahagian B, sebahagian besar calon dapat mempamerkan penguasaan Kemahiran Proses Sains yang sangat baik. Kebanyakan calon dalam kumpulan ini boleh memberikan jawapan yang menepati kehendak soalan. Hal ini menunjukkan lebih ramai calon telah menguasai Kemahiran Proses Sains. Calon prestasi sederhana dan rendah, hanya menguasai sebahagian Kemahiran Proses Sains yang ditaksir di Bahagian B. Calon sederhana kurang berkemahiran dalam memberikan jawapan yang baik bagi soalan inferens, pemerhatian, hubungan dan kesimpulan. Calon berprestasi rendah pula tidak mempunyai kemahiran dalam menjawab kebanyakan soalan Kemahiran Proses Sains (KPS) yang diuji. Kebanyakan mereka hanya mempamerkan kemampuan dalam soalan pembolehubah, tujuan dan corak sahaja. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON: Calon Dalam Kumpulan Tinggi: Jawapan disampaikan dengan baik melibatkan penggunaan terminologi, kosa kata, nahu dan juga kata kunci yang betul, sama ada calon menjawab sepenuhnya dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Walau bagaimanapun sebahagian calon pula didapati kurang berjaya memberikan jawapan yang tepat khususnya untuk sub soalan 1(c), 2(d) dan soalan 3(a). Bagi soalan 1(c) dan 2(c) pula, jawapan calon mestilah mempunyai kaitan dengan jawapan di 1(b) dan 2(b). Jawapan calon di 1(b) akan memberi kesan kepada jawapan

Upload: lamdieu

Post on 02-Apr-2019

279 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

018/028/038 SAINS

Sains 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 50 Masa : 1 jam 15 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas soalan Sains UPSR terdiri daripada 2 bahagian; Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A terdiri daripada 30 soalan aneka pilihan yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukan ialah 30. Bahagian B terdiri daripada lima (5) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukan ialah 20. Konstruk yang diukur ialah: a) Pengetahuan b) Pemahaman c) Kemahiran Mengaplikasi PRESTASI KESELURUHAN: Sebahagian besar calon menunjukkan penguasaan yang tinggi dalam aspek pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang diuji di Bahagian A. Manakala calon berprestasi sederhana dan rendah hanya menguasai soalan aras pengetahuan dan kefahaman sahaja. Untuk Bahagian B, sebahagian besar calon dapat mempamerkan penguasaan Kemahiran Proses Sains yang sangat baik. Kebanyakan calon dalam kumpulan ini boleh memberikan jawapan yang menepati kehendak soalan. Hal ini menunjukkan lebih ramai calon telah menguasai Kemahiran Proses Sains.

Calon prestasi sederhana dan rendah, hanya menguasai sebahagian Kemahiran Proses Sains yang ditaksir di Bahagian B. Calon sederhana kurang berkemahiran dalam memberikan jawapan yang baik bagi soalan inferens, pemerhatian, hubungan dan kesimpulan. Calon berprestasi rendah pula tidak mempunyai kemahiran dalam menjawab kebanyakan soalan Kemahiran Proses Sains (KPS) yang diuji. Kebanyakan mereka hanya mempamerkan kemampuan dalam soalan pembolehubah, tujuan dan corak sahaja. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON: Calon Dalam Kumpulan Tinggi: Jawapan disampaikan dengan baik melibatkan penggunaan terminologi, kosa kata, nahu dan juga kata kunci yang betul, sama ada calon menjawab sepenuhnya dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Walau bagaimanapun sebahagian calon pula didapati kurang berjaya memberikan jawapan yang tepat khususnya untuk sub soalan 1(c), 2(d) dan soalan 3(a). Bagi soalan 1(c) dan 2(c) pula, jawapan calon mestilah mempunyai kaitan dengan jawapan di 1(b) dan 2(b). Jawapan calon di 1(b) akan memberi kesan kepada jawapan

Sains 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

calon di 1(c) manakala jawapan calon di 2(b) akan memberi kesan kepada jawapan calon di 2(c).

Dari aspek pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang ditaksir, sebahagian besar calon dalam kumpulan ini telah dapat menguasainya dengan baik. Calon dapat memahami kandungan kemahiran yang hendak dinilai dan ini menunjukkan bahawa calon telah menguasai Kemahiran Proses Sains dengan baik. Sebahagian calon juga boleh mengaplikasikan konsep/prinsip sains yang dipelajari dalam menjawab soalan di Bahagian B. Calon Dalam Kumpulan Sederhana: Mutu jawapan calon dianggap baik dan mudah difahami serta sebahagian besarnya menepati kehendak soalan. Calon masih menguasai kandungan kemahiran dan pengetahuan dengan baik terhadap beberapa konsep/prinsip sains dan Kemahiran Proses Sains yang ditaksir. Walau bagaimanapun majoriti calon dalam kumpulan ini tidak berupaya mengaitkan konsep/fakta Sains yang telah dipelajari dalam menjawab soalan Bahagian B yang merupakan soalan Kemahiran Proses Sains. Calon juga tidak dapat menggunakan kosa kata dan terminologi Sains dalam menyampaikan jawapan sebagai mana yang dikehendaki oleh soalan. Kesilapan utama calon adalah disebabkan kurang memahami tugasan soalan dengan tepat. Hal ini menyebabkan tahap penguasaan calon dari aspek kefahaman dan aplikasi dalam jawapan masih rendah. Kebanyakkan calon kumpulan ini hanya boleh menguasai soalan aras rendah dan sederhana sahaja. Calon Dalam Kumpulan Rendah: Penguasaan calon terhadap aspek pengetahuan, kefahaman dan juga kebolehan mengaplikasi konsep dan prinsip asas sains bertambah baik. Walau bagaimanapun masih terdapat calon yang belum menguasai Kemahiran Proses Sains dan tahap Kemahiran Berfikir mereka masih rendah. Sebahagian besar calon dalam kumpulan ini tidak dapat menjawab mengikut kehendak soalan khususnya yang memerlukan jawapan menggunakan pola ayat tertentu seperti ‘tujuan penyiasatan‘, ‘hubungan antara pembolehubah‘, ‘kesimpulan’ dan juga ‘inferens’. Sebahagiannya tidak memahami tugasan soalan serta kemahiran proses yang hendak ditaksir. Tambahan pula penguasaan bahasa yang sangat lemah menyebabkan calon tidak dapat mempersembahkan jawapan dengan baik. Kebanyakkan calon hanya menjawab sub-soalan yang memerlukan jawapan ringkas iaitu satu perkataan sahaja atau nombor seperti soalan 2(d), 4(a) dan 5(a). Sebahagian kecil calon hanya menyalin semula maklumat dalam stimulus atau stem soalan. Terdapat juga calon yang langsung tidak menjawab.

Sains 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

PRESTASI TERPERINCI: Soalan 1

Soalan ini menguji pengetahuan dan kefahaman calon tentang keperluan asas haiwan. Topik ini dipelajari pada Tahun 4 dalam tema Menyiasat Alam Kehidupan. Soalan ini dipersembahkan dalam bentuk gambar rajah dan jadual sebagai rangsangan untuk murid mendapatkan maklumat bagi menjawab soalan yang memfokuskan kepada tujuan penyiasatan, membuat inferens dan menyatakan pemerhatian yang menyokong inferens.

Sains 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Sub soalan 1(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan tujuan penyiasatan yang dijalankan. Calon diminta membuat penyataan tentang maksud data atau maklumat yang diberi. Kekuatan Calon. Calon dapat mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas berpandukan stimulus (gambar rajah dan jadual) yang diberi. Pembolehubah ini kemudiannya digunakan oleh calon dalam menulis ayat tujuan penyiasatan dengan mengemukakan frasa-frasa yang betul dan tepat. Contoh :

Sains 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kelemahan Calon Calon masih tidak dapat menggunakan frasa-frasa bagi ayat tujuan yang betul, walaupun dapat menyatakan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas dinyatakan dengan tepat. Calon juga gagal mengemukakan parameter bagi pembolehubah dengan tepat menyebabkan respons calon tidak diterima sebagai jawapan yang betul. Contoh:

Sub soalan 1(b)

Soalan ini memerlukan calon mengemukakan dua penerangan yang munasabah berdasarkan pemerhatian yang diberi dalam soalan.

Sains 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kekuatan Calon Sebahagian besar calon dapat menjawab tugasan soalan ini dengan tepat. Mereka dapat menyatakan inferens yang dikehendaki sebagaimana kehendak soalan. Calon dapat mengemukakan dua sebab (inferens) yang munasabah berdasarkan prinsip sains yang telah dipelajari atau melalui pengalaman lepas. Respon calon juga menjurus terus kepada kehendak soalan dengan ringkas dan tepat tanpa huraian yang panjang lebar. Contoh:

Sains 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kelemahan Calon Sebilangan kecil sahaja calon yang menjawab dengan melakukan kesalahan, iaitu memberi jawapan yang tidak berkaitan dengan soalan sebaliknya hanya memberikan penyataan umum. Calon melakukan kesalahan dengan mengemukakan jawapan yang tidak releven dengan soalan. Mereka gagal menyatakan dua sebab (inferens) yang munasabah atau prinsip sains yang tidak berkaitan dengan fenomena dalam penyiasatan. Contoh:

Sub soalan 1(c)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan pemerhatian tambahan berdasarkan penerangan yang dinyatakan di soalan 1(b-i atau b-ii). Soalan ini memerlukan calon mengemukakan pemerhatian untuk menyokong inferens.

Sains 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kekuatan Calon Calon dapat memahami tugasan soalan dengan memberikan jawapan yang betul dan tepat. Calon merujuk kepada respons yang telah dikemukakan dalam soalan 1(b-i dan b-ii) sebagai dasar atau panduan untuk mengemukakan pemerhatian tambahan. Calon juga berjaya menggarap maklumat yang diperolehi daripada stimulus dan menggunakan maklumat tersebut untuk menyatakan pemerhatian tambahan dengan tepat. Contoh:

Sains 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kelemahan Calon Calon tidak merujuk kepada inferens (sebab) yang dinyatakan di 1(b-i) atau 1(b-ii) untuk mengemukakan jawapan serta tidak menggunakan stimulus dalam soalan sebagai sandaran kepada jawapan yang dikemukakan. Hal ini adalah kerana calon tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan “pemerhatian untuk menyokong inferens” sebagaimana tugasan soalan. Jadi jawapan yang diberi oleh calon lebih kepada bentuk jawapan kesimpulan umum. Calon lebih cenderung menggunakan pengalaman lepas dan menggunakan prinsip sains untuk menyatakan pemerhatian tambahan. Contoh 1:

Contoh 2:

Sains 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Soalan 2

Soalan ini dibina berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 5 daripada tema Menyiasat Daya Dan Tenaga. Soalan ini dikemukakan untuk menguji pengetahuan dan kefahaman calon tentang prinsip cahaya. Ia dipersembahkan dalam bentuk gambar rajah bersama dengan jadual untuk memudahkan calon mencari maklumat.

Sains 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Sub soalan 2(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan tujuan penyiasatan yang dijalankan. Calon diminta membuat penyataan tentang maksud data atau maklumat yang diberi. Kekuatan Calon. Calon dapat menjawab dengan menggunakan kata kunci yang betul dan tepat bagi menyatakan tujuan seperti yang dikehendaki dalam soalan dengan menyatakan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas yang betul. Seterusnya menghubungkan kedua-dua pembolehubah tersebut dengan menggunakan frasa-frasa yang ditetapkan seperti “Untuk menyiasat hubungan antara (pembolehubah dimanipulasi) dengan (pembolehubah bergerak balas)”. Contoh :

Sains 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kelemahan Calon Calon hanya menyatakan salah satu pembolehubah sahaja. Kebanyakkannya pembolehubah dimanipulasi sahaja sedangkan bagi menjawab soalan ‘tujuan’ calon perlu menggunakan kedua-dua pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas dalam ayat tujuan yang dinyatakan. Calon juga tidak dapat menggunakan frasa-frasa yang ditatapkan dengan betul. Terdapat juga calon hanya menulis penyataan umum tanpa mengaitkan dengan kehendak soalan. Contoh:

Sub soalan 2(b)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan dua maklumat pembolehubah yang perlu digunakan dalam penyiasatan.

Sains 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kekuatan Calon Sebahagian besar calon dapat mengenalpasti dua maklumat yang dikumpul dengan betul sebagaimana kehendak soalan. Dua maklumat yang perlu digunakan bermaksud pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Dalam konteks ini ‘jarak antara bola denga sumber cahaya’ adalah pembolehubah dimanipulasi. Manakala ‘saiz bayang-bayang’ pula merupakan pembolehubah bergerak balas. Contoh:

Kelemahan Calon Calon tidak dapat mengenal pasti dua maklumat yang digunakan dalam penyiasatan (pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas) untuk menjawab dengan lengkap sebagaimana yang dikehendaki soalan. Seperti “jarak antara bola” sahaja, tetapi sepatutnya calon perlu menulis dengan lengkap seperti “jarak antara bola dengan sumber cahaya”. Contoh:

Sains 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Sub soalan 2(c)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan hubungan antara dua maklumat (pembolehubah dimanipulasi dengan pembolehubah bergerakbalas) yang dinyatakan di soalan 2(b). Kekuatan Calon Calon dapat mengenalpasti dua pembolehubah dalam Soalan 2(b) dengan betul dan berjaya menghubungkan dua pembolehubah tersebut dalam satu ayat hubungan (relationship) dengan betul. Corak perubahan juga digunakan dengan betul pada pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Contoh:

Sains 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kelemahan Calon Sebilangan calon tidak dapat menghubungkan pembolehubah dimanipulasi dengan pembolehubah bergerak balas dengan betul. Sebaliknya calon hanya menyatakan hubungan yang terbalik iaitu dengan menulis pembolehubah bergerak balas dahulu dan dikuti dengan pembolehubah dimanipulasi. Begitu juga penggunaan corak/pola yang telah ditetapkan iaitu bertambah atau berkurang tidak ditulis dengan betul. Sebaliknya calon menggunakan perkataan yang tidak berkaitan seperti “bayang besar” yang sepatutnya ialah “saiz bayang bertambah besar”. Contoh :

Sains 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Manakala sebilangan calon yang lain tidak dapat mengesan pembolehubah. Ini menyebabkan jawapan mereka di 2(c) ditolak kerana jawapan calon tidak berkaitan dengan jawapan mereka di 2(b). Contoh:

Sains 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Sub soalan 2(d)

Soalan ini memerlukan calon meramal dengan menyatakan apa yang akan berlaku berpandukan data atau maklumat dalam stimulus soalan. Kekuatan Calon Sebahagian besar calon berjaya mentafsir maklumat yang dibekalkan dalam jadual untuk meramal dengan melangkaui data atau maklumat yang diberikan tentang saiz bayang-bayang dengan tepat. Calon juga dapat menggunakan pengalaman lepas dalam menjawab soalan dengan betul dan tepat. Contoh:

Sains 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kelemahan Calon Calon tidak merujuk kepada jadual yang diberi untuk meramal dengan betul, sebaliknya calon hanya meramal dengan menggunakan pengalaman lepas melalui pembelajaran di dalam kelas atau pengalaman seharian mereka tanpa memahami/merujuk data yang diberi dalam jadual. Contoh:

Sains 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Soalan 3

Soalan ini dibina untuk menguji pengetahuan dan kefahaman calon berdasarkan pelajaran Tahun 6 dengan tema Menyiasat Alam bahan dari tajuk Pengawetan Makanan iaitu bagaimana makanan menjadi rosak dan bagaimana makanan boleh tahan lama. Dalam soalan ini, calon juga boleh menggunakan pengetahuan mereka berkaitan mikroorganisma yang dipelajari di Tahun 5. Soalan dikemukakan dengan gambar rajah sebagai rangsangan untuk murid mencari maklumat di samping menggunakan kemahiran berfikir untuk mengingati faktar sains bagi membantu mencari jawapan, kerana soalan memfokuskan kemahiran mencari sebab (inferens), menyatakan pembolehubah dimanipulasi dan membut hubungan di antara dua pembolehubah.

Sains 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Sub soalan 3(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan dua penerangan yang munasabah (inferens) tentang pemerhatian. Kekuatan Calon. Ramai calon dapat memberikan dua inferens secara perbandingan dengan persembahan ayat yang baik bagi menjawab soalan ini. Calon dapat memberikan jawapan menepati fakta/prinsip sains tentang pengawetan makanan dan juga penggunaan istilah sains yang tepat seperti mikroorganisma aktif, mikroorganisma tidak aktif dan suhu bilik. Ini menjelaskan kefahaman dan pengetahuan calon tentang tajuk tersebut. Contoh :

Sains 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kelemahan Calon Terdapat calon yang dapat memberikan inferens tetapi tidak menyatakan perbandingan sebagaimana yang dikehendaki oleh soalan. Oleh itu, dua jawapan inferens calon terpaksa digabungkan bagi memberi peluang kepada calon mendapat satu markah. Hal ini menyebabkan kecuaian calon dalam mengenal pasti dua situasi Sup R dan Sup S yang terdapat dalam gambar rajah. Walau pun calon dapat memberikan fakta sains yang betul tetapi calon perlu berhati-hati dengan kehendak soalan. Contoh :

Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Terdapat juga calon yang berupaya mengemukakan inferens beserta perbandingan tetapi tidak merujuk kepada subjek/maklumat (Sup R atau Sup S) yang terdapat di dalam soalan. Contoh :

Sub soalan 3(b)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan maklumat pembolehubah yang dimanipulasi (apa yang diubah).

Sains 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kekuatan Calon Ramai calon berjaya menjawab soalan ini dengan tepat berdasarkan maklumat yang diberi dalam penyiasatan. Calon mahir dalam mengkategorikan pembolehubah dan mencari maklumat tersebut melalui penyataan soalan atau gambar rajah. Contoh:

Kelemahan Calon Calon tidak dapat mengenal pasti pembolehubah dengan tepat dan gagal mencari maklumat dari stimulus (gambar rajah) yang diberi. Calon juga tidak dapat mengkategorikan pembolehubah dengan betul dan tidak dapat menyatakan pembolehubah dimanipulasi dengan tepat mengikut kehendak soalan. Contoh:

Sains 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Sub soalan 3(c)

Soalan ini memerlukan calon mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan bergerakbalas bagi menyatakan satu penyataan hubungan antara dua pembolehubah yang terdapat dalam stimulus (gambar rajah) yang diberi. Kekuatan Calon Calon dapat mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas dari gambar rajah serta dapat membuat ayat hubungan dengan baik. Hal ini mengambarkan penguasaan calon terhadap kemahiran mengenal pasti pembolehubah dan membuat ayat hubungan dengan betul dan tepat. Contoh:

Sains 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kelemahan Calon Calon tidak dapat menghubungkan antara pembolehubah dimanipulasi dengan pembolehubah bergerakbalas dengan betul. Sebaliknya calon hanya memberikan ayat pemerhatian/penyataan sahaja. Calon tidak dapat menyatakan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas yang sepatutnya dikenal pasti pada penyataan soalan atau gambar rajah sebelum membina ayat hubungan. Contoh :

Sains 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Soalan 4

Soalan ini adalah sedutan dari tema Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta Tahun 4. Soalan mengemukakan grafik/rajah sebagai stimulus di mana calon perlu meneliti dan mentafsir maklumat tentang jarak planet dari Matahari dan masa yang diambil oleh planet untuk mengelilingi Matahari. Berdasarkan maklumat inilah, calon perlu menjawab soalan. Sub soalan 4(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan pola atau corak perubahan bagi masa yang diambil oleh planet P, Q, R S dan T untuk bergerak mengelilingi Matahari. Kekuatan Calon. Ramai calon dapat mengenal pasti pola/corak perubahan tentang masa mengelilingi Matahari yang terdapat dalam soalan, walaupun stimulusnya dalam bentuk gambar rajah. Calon memahami tentang kedudukan planet dalam Sistem Suria dan dapat menyatakan corak melalui tempoh peredaran planet mengelilingi Matahari.

Sains 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Contoh :

Kelemahan Calon Calon tidak dapat mengenal pasti pola/corak perubahan masa planet mengeliling Matahari yang terdapat dalam stimulus (gambar rajah) dan tidak memahami fakta sains yang berkaitan dengan tempoh peredaran planet mengelilingi Matahari bagi menulis jawapan yang tepat. Contoh :

Sains 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Sub soalan 4(b)

Soalan ini memerlukan calon membuat kesimpulan dengan menggunakan maklumat (pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas) yang terdapat dalam stimulus soalan. Kekuatan Calon Calon dapat mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas daripada stimulus walaupun tanpa jadual dan dapat membuat kesimpulan dengan baik. Calon juga menggunakan pengalaman pembelajaran yang lepas dalam tajuk yang telah dipelajari berkenaan jarak planet dari Matahari dan tempoh peredaran planet mengelilingi Matahari. Contoh:

Sains 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kelemahan Calon Kebanyakkan calon dapat mengenal pasti pembolehubah daripada gambar rajah yang dikemukakan, namun mereka tidak dapat menyatakan corak perubahan pada salah satu pembolehubah. Calon tidak dapat mengenal pasti corak yang betul untuk menggambarkan jarak planet dalam Sistem Suria seperti yang terdapat dalam gambar rajah. Contoh:

Sains 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Sub soalan 4(c)

Soalan ini menugaskan calon mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas daripada maklumat dalam stimulus iaitu penyataan yang diberi seterusnya menghubungkan kedua-duanya dengan menyatakan hubungan yang betul tentang kesan-akibat antara kedua-dua pembolehubah tersebut.

Sains 31 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kekuatan Calon Calon berupaya mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas daripada penyataan yang diberi dan seterusnya mampu menghubungkan kedua-dua pembolehubah dengan menyatakan ayat hubungan yang betul. Calon juga memahami tentang saiz orbit yang mempengaruhi masa peredaran planet mengelilingi Matahari. Contoh:

Sains 32 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kelemahan Calon Kesilapan sebahagian besar calon ialah membuat penyataan hubungan yang salah antara pembolehubah dimanipulasi dengan pembolehubah bergerakbalas. Pembolehubah bergerakbalas ditulis dahulu dan diikuti dengan pembolehubah dimanipulasi justeru menjadikan hubungan kesan-akibat tidak menepati fakta sains. Contoh :

Sains 33 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Soalan 5

Soalan terakhir dalam Kertas Sains 018 ini dipetik dari Tema Menyiasat Dunia Teknologi Tahun 5. Soalan ini mengemukakan stimulus dalam bentuk gambar rajah beserta jadual bagi memudahkan calon memahami maklumat dengan lebih mudah.

Sains 34 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Sub soalan 5(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan menyatakan pola atau corak perubahan jisim beban maksimum berdasarkan stimulus dalam soalan. Kekuatan Calon. Calon dapat mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam soalan yang dikemukakan dalam bentuk jadual seterusnya membolehkan calon mengesan corak yang dikehendaki. Pemerhatian terhadap corak dapat dibuat menggunakan maklumat yang betul seperti yang terdapat dalam jadual. Calon dapat mengenal pasti corak perubahan yang ditunjukkan iaitu menaik, meningkat atau bertambah. Contoh :

Sains 35 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kelemahan Calon Calon yang lemah dalam komunikasi bertulis didapati gagal mengemukakan jawapan yang betul berkaitan corak. Calon juga tidak dapat mengenal pasti istilah atau perkataan yang tepat untuk corak perubahan sebagai jawapan sebaliknya, calon hanya menyalin semula maklumat daripada jadual. Contoh:

Sub soalan 5(b-i)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan pembolehubah bergerakbalas (apa yang diperhati) daripada stimulus dalam jadual.

Sains 36 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kekuatan Calon Ramai calon dapat mengenalpasti pembolehubah bergerak balas (apa yang diperhati) daripada jadual dan menjawab tugasan soalan ini dengan tepat. Kefahaman calon dalam mentafsir maklumat memberikan kelebihan untuk menulis jawapan yang betul. Contoh:

Sains 37 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kelemahan Calon Calon tidak dapat memberikan jawapan yang betul kerana tidak dapat mentafsir maklumat dalam mengenal pasti pembolehubah daripada jadual. Calon menyatakan pembolehubah dimanipulasi (apa yang diubah) sebagai jawapan, sedangkan kehendak soalan memerlukan jawapan pembolehubah bergerak balas. Contoh:

Sub soalan 5(b-ii)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan pembolehubah dimalarkan (apa yang ditetapkan) daripada stimulus dalam gambar rajah.

Sains 38 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kekuatan Calon Calon dapat mengenalpasti pembolehubah dimalarkan (apa yang ditetapkan) daripada gambar rajah dan menjawab tugasan soalan ini dengan tepat. Calon memperoleh maklumat ini dari stem soalan yang disediakan sebagai penerangan penyiasatan. Contoh:

Kelemahan Calon Calon berjaya mengenalpasti pembolehubah dimalarkan tetapi kesilapan sebahagian besar calon ialah tidak menyatakan parameter yang betul. Hal ini menyebabkan jawapan calon menjadi tidak lengkap atau tidak tepat. Contoh:

Sains 39 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Sub soalan 5(c)

Soalan ini memerlukan calon membuat ramalan tentang jisim beban maksimum yang dapat ditampung oleh model jambatan yang ditunjukkan dalam gambar rajah atau pun menggunakan maklumat yang diberi dalam jadual. Kekuatan Calon Calon dapat mengenal pasti perubahan dalam data dari soalan yang diberikan walaupun julatnya agak mengelirukan dengan memberikan jawapan yang tepat. Berpandukan julat data yang dikesan calon dapat membuat pengiraan dengan betul dan tepat. Contoh:

Kelemahan Calon Calon dapat mengenal pasti perubahan pada data tetapi gagal menghubungkait julat nombor yang diberi dalam stimulus untuk membuat ramalan secara mengektrapolasi data. Kesilapan dalam pengiraan juga menyebabkan calon membuat ramalan yang tidak tepat. Contoh :

Sains 40 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

SARANAN KEPADA CALON. 1. Baca dan fahamkan maklumat yang terdapat dalam stimulus setiap soalan. Jika

perlu, garis kata kunci yang boleh menjadi petunjuk kepada pembolehubah yang dimanipulasi (what to change), yang bergerak balas (what to observe/measure) dan yang dimalarkan (what to keep the same).

2. Fahami konsep atau prinsip sains yang cuba disiasat kerana kebiasaannya aspek ini

tidak dapat ‘diperhatikan‘ atau ‘diukur‘ secara langsung. Calon sewajarnya dapat membezakan antara pembolehubah (variable), pemerhatian (observation) dengan faktor yang boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu pemerhatian.

3. Kenalpasti ‘pembolehubah‘ daripada maklumat yang diberi melalui rangsangan, sama

ada dalam bentuk teks, graf, jadual, carta atau gambar rajah, sebelum menjawab soalan. Dapat mengena lpasti ‘pembolehubah‘ dengan betul akan memudahkan calon menjawab soalan berkaitan dengan hipotesis, tujuan penyiasatan, hubungan diantara pembolehubah dan membuat kesimpulan.

4. Baca kesemua sub-soalan secara am sebelum menjurus kepada setiap sub-soalan

dan menjawabnya. Jawab dahulu sub-soalan tentang ‘what to change’, ‘what to observe’, ‘what to keep the same’. Apabila telah dapat mengenal pasti maklumat ini, akan memudahkan calon menjawab sub-soalan lain seperti ‘tujuan penyiasatan’, ’hubungan’ dan juga ‘kesimpulan’.

5. Membuat latih tubi membina ayat yang menunjukkan tentang ‘pemerhatian’,

’hubungan di antara pembolehubah’, ‘inferens’, ‘kesimpulan’ dan ‘corak perubahan’. 6. Usahakan untuk menjawab menggunakan pelbagai format jawapan. Jangan terikat

dengan satu format tertentu sahaja. 7. Jika soalan berkaitan inferens, lazimnya melibatkan perbezaan antara dua

pemerhatian. Oleh itu pastikan calon membuat perbandingan. Nyatakan sebab untuk kedua-dua keadaan yang berbeza tadi, bukan hanya mengulang perbezaan pemerhatiannya.

8. Apabila membuat ramalan yang melibatkan nombor, pastikan ia ditulis dalam satu

nombor bulat dan bukan julat. 9. Libatkan diri dalam aktiviti ‘hands-on’ atau penyiasatan/eksperimen. Kenal pasti

apakah perkara yang diubah (what to change), perkara yang diperhati/diukur (what to observe) dan perkara yang ditetapkan (what to keep the same). Ini dapat membantu memperkukuh kefahaman calon dalam mengenal pasti maklumat yang terlibat dan perlu dikumpul.

10. Jika sesuatu maklumat (information) yang tidak mempengaruhi sesuatu keputusan

penyiasatan, maka ia tidak boleh dijadikan ‘what to keep the same‘.

Sains 41 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

SARANAN KEPADA GURU 1. Perbanyakkan aktiviti ‘hands-on‘ yang menggalakkan murid meneroka, seperti

menjalankan eksperimen, kajian lapangan, penghasilan buku skrap dan perbincangan. Ini akan mendedahkan dan menimbulkan minat murid kepada penyiasatan yang pastinya melibatkan mengenal pasti pembolehubah.

2. Gunakan kaedah mengajar secara ‘inkuari-penemuan‘ dan bukan sekadar

‘menyampaikan maklumat’. Kaedah ini akan mendorong murid berfikir dan belajar secara aktif dan menimbulkan suasana yang menyeronokkan. Pelbagaikan kaedah diperingkat set induksi supaya murid berasa seronok dan gembira dalam memulakan pembelajaran mereka.

3. Setengah-setengah konsep sains tidak dapat diukur secara langsung. Contoh:

Konsep kestabilan tidak boleh diukur,oleh itu cepat atau lambatnya sesuatu objek tumbang apabila dicondongkan dapat dijadikan pengukur kestabilan. Guru perlu menerangkan konsep sains dengan jelas dan apakah pembolehubah yang terlibat.

4. Guru perlu menjalankan Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA) dengan lebih kerap dan

sempurna dengan menyediakan lebih banyak tugasan bagi membolehkan murid melakukan semua Kemahiran Proses Sains (KPS) dan Kemahiran Manipulatif Sains (SMS) yang telah ditetapkan.

5. Guru perlu menggunakan sepenuhnya Buku Teks dan Buku Latihan Amali yang

dibekalkan dan memastikan semua maklumat yang terdapat di dalam buku-buku tersebut dapat di fahami oleh murid.