surat pekeliling bahagian pentadbiran · bahagian kewangan dan belanjawan - bendahari d. pengarah...

27

Upload: others

Post on 05-Feb-2020

48 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN BILANGAN 02 TAHUN 2017

GARIS PANDUAN PENGURUSAN

TABUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN RISDA

(TKKR)

1

1.0. PENDAHULUAN

Tabung Kebajikan Kakitangan RISDA (TKKR) diwujud oleh pengurusan

RISDA pada tahun 1977 bagi membantu hal-hal berkaitan kebajikan

kakitangan RISDA dan Syarikat Milikan RISDA.

2.0. OBJEKTIF PENUBUHAN

2.1. Bagi mewujud dana untuk membantu hal-hal berkaitan kebajikan

kakitangan RISDA dan Syarikat Milikan RISDA.

2.2. Bagi memupuk semangat kerjasama dan saling membantu di kalangan

kakitangan RISDA dan Syarikat Milikan RISDA.

3.0. PENTADBIRAN TABUNG

3.1. TKKR ditadbir oleh Jawatankuasa Pentadbir Tabung Kebajikan RISDA

yang telah dilantik oleh pengurusan RISDA.

3.2. Senarai Jawatankuasa yang dilantik adalah seperti berikut:

a. Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat)

- Pengerusi

b. Pengarah Bahagian Pentadbiran - Timbalan Pengerusi

c. Ketua Unit Pengurusan Akaun, Bahagian Kewangan dan Belanjawan

- Bendahari

d. Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan

- Ahli

e. Yang Dipertua Kesatuan Pegawai Kanan RISDA

- Ahli

f. Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja RISDA - Ahli

g. Wakil yang dinamakan daripada RISDA Holdings Sdn. Bhd.

- Ahli

h. Ketua Unit Khidmat Sokongan Logistik dan Kebajikan, Bahagian Pentadbiran

- Setiausaha

GARIS PANDUAN PENGURUSAN TABUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN RISDA

TABUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN RISDA

2

3.3. Jawatankuasa bertanggungjawab menggubal polisi dan peraturan

serta memantau segala urusan dan perjalanan yang berkaitan dengan

TKKR.

3.4. Jawatankuasa juga bertanggungjawab untuk menimbang dan

meluluskan permohonan pinjaman atau sumbangan.

3.5. Mesyuarat Jawatankuasa perlu dihadiri oleh sekurang-kurangnya lima

(5) ahli tidak termasuk Setiausaha dan kehadiran wakil adalah tidak

dibenarkan.

3.6. Mesyuarat Jawatankuasa diadakan satu (1) kali pada setiap bulan.

4.0. SUMBER KEWANGAN

4.1. Caruman ahli TKKR sebanyak RM2.00 seorang pada setiap bulan.

4.2. Sumbangan pengurusan RISDA sebanyak RM5.00 untuk setiap ahli

pada setiap bulan.

4.3. Caj pengurusan pinjaman.

4.4. Keuntungan daripada pelaburan.

4.5. Hibah bank.

5.0. KEGUNAAN WANG TABUNG

5.1. Pembiayaan pinjaman yang diluluskan.

5.2. Sumbangan / Cenderahati / Khairat Kematian yang diluluskan.

5.3. Pelaburan yang diluluskan.

5.4. Duti setem pinjaman.

5.5. Apa-apa caj yang dikenakan oleh pihak bank.

6.0. BIDANG KUASA PELABURAN

BIL. BIDANG KUASA HAD NILAI RM

KUASA MELULUS

6.1. Melulus pelaburan baru.

Tiada Jawatankuasa Pentadbir Tabung Kebajikan RISDA

6.2. Menambah dan mengurang nilai pelaburan semasa.

Tiada 1. Pengarah Bahagian Pentadbiran, atau 2. Ketua Unit Khidmat Sokongan Logistik

dan Kebajikan BP, atau 3. Ketua Seksi Tabung

TABUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN RISDA

3

7.0. KUASA MENANDATANGANI CEK

BIL. NILAI CEK KUASA TANDATANGAN

7.1. RM0.01 hingga RM100,000.00

Dua tandatangan daripada mana-mana penandatangan cek Kumpulan 1 atau Kumpulan 2.

7.2. RM100,000.01 dan ke atas.

Tiga tandatangan di mana dua penandatangan cek daripada Kumpulan 1 dan satu penandatangan cek daripada Kumpulan 2.

8.0. KEAHLIAN

8.1. Terbuka kepada semua kakitangan RISDA dan Syarikat Milikan RISDA

yang berjawatan tetap dan menerima gaji bulanan serta tempoh

perkhidmatannya tidak kurang daripada 36 bulan sebelum bersara

wajib / pilihan atau tamat perkhidmatan.

8.2. Kakitangan yang berminat untuk menjadi ahli perlu mengisi Borang

Penyertaan TKKR (Borang TKKR 1/2016).

8.3. Penyertaan sebagai ahli tidak dikenakan yuran pendaftaran tetapi perlu

mencarum kepada TKKR sebanyak RM2.00 setiap bulan.

8.4. Caruman TKKR dibuat secara potongan gaji bulanan kakitangan atau

bayaran tunai / cek oleh kakitangan yang bercuti tanpa gaji.

8.5. Penyertaan ahli yang telah memohon berhenti secara sukarela hanya

boleh dipertimbangkan oleh Jawatankuasa.

9.0. PENAMATAN KEAHLIAN

Kelayakan seseorang sebagai ahli akan hilang atau tamat apabila:

9.1. Ahli meninggal dunia.

9.2. Ahli bersara wajib / pilihan atau menamatkan perkhidmatan dan

berhenti mencarum.

9.3. Ahli meninggalkan perkhidmatan.

9.4. Ahli meletak jawatan dengan RISDA atau Syarikat Milikan RISDA.

9.5. Ahli ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja.

9.6. Ahli gagal membuat caruman selama dua (2) bulan berturut-turut atau

melebihi dua (2) bulan dalam satu tahun.

TABUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN RISDA

4

9.7. Ahli memohon untuk berhenti secara sukarela.

10.0. BERHENTI SECARA SUKARELA

10.1. Ahli yang ingin berhenti secara sukarela dikehendaki mengemukakan

permohonan secara bertulis kepada Urusetia Tabung.

10.2. Tarikh kuatkuasa pemberhentian mestilah sekurang-kurangnya satu

bulan selepas tarikh surat permohonan diterima oleh Urusetia Tabung.

10.3. Ahli yang ingin berhenti secara sukarela mestilah telah menyelesaikan

semua hutangnya dengan Tabung.

11.0. KEMUDAHAN DAN KUASA MELULUS

BIL. KEMUDAHAN KUASA MELULUS

11.1. Pinjaman Jawatankuasa Pentadbir Tabung Kebajikan RISDA

11.2. Sumbangan kecuali sumbangan perubatan

11.3. Sumbangan perubatan 1. Pengarah Bahagian Pentadbiran, atau 2. Ketua Unit Khidmat Sokongan Logistik dan

Kebajikan BP, atau 3. Ketua Seksi Tabung

11.4. Cenderahati

11.5. Khairat kematian

12.0. SYARAT-SYARAT AM PINJAMAN

12.1. Pemohon mestilah ahli TKKR dan telah disahkan jawatan lantikan

pertama semasa dalam perkhidmatan di RISDA atau Syarikat Milikan

RISDA.

12.2. Pemohon telah mencarum dengan TKKR dan potongan gaji caruman

keahlian TKKR telah dibuat sekurang-kurangnya untuk satu (1) bulan.

12.3. Baki pendapatan ahli selepas potongan gaji pinjaman TKKR mestilah

melebihi 40% daripada jumlah pendapatan.

12.4. Tempoh perkhidmatan ahli adalah mencukupi untuk ansuran bayaran

balik sesuatu pinjaman.

12.5. Hanya satu jenis pinjaman sahaja boleh diluluskan pada satu-satu

masa atau sehingga sesuatu pinjaman diselesaikan.

TABUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN RISDA

5

12.6. Pemohon mesti mengadakan satu (1) orang penjamin berjawatan tetap

yang telah disahkan jawatan dan juga ahli TKKR.

12.7. Pemohon dan penjamin mestilah mengisi Borang Permohonan

Pinjaman TKKR (Borang TKKR 2/2016) dan menandatangani Surat

Perjanjian (Borang TKKR 3/2016).

12.8. Pemohon menyertakan salinan tiga (3) bulan Penyata Gaji terkini dan

penjamin menyertakan salinan satu (1) bulan Penyata Gaji terkini yang

telah disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab.

12.9. Borang Permohonan Pinjaman dan dokumen sokongan yang telah

lengkap hendaklah dihantar kepada Urusetia Tabung sekurang-

kurangnya satu (1) minggu sebelum tarikh mesyuarat.

13.0. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN PINJAMAN

Selain syarat-syarat am pinjaman, ahli juga perlu memenuhi syarat-syarat

tambahan dan menyertakan dokumen yang diperlukan mengikut jenis

pinjaman seperti berikut:

13.1. Pinjaman Pelajaran – Lampiran 1

13.2. Pinjaman Perubatan, Bersalin, Perkahwinan dan Sukan – Lampiran 2

13.3. Pinjaman Melancong dan Hari Perayaan – Lampiran 3

13.4. Pinjaman Lain – Lampiran 4

14.0. CAJ PENGURUSAN PINJAMAN

14.1. Pinjaman tidak dikenakan sebarang faedah tetapi hanya dikenakan caj

pengurusan seperti berikut:

BIL. NILAI PINJAMAN CAJ PENGURUSAN

RM RM

1. 0.01 hingga 1,000 20

2. 1,001 hingga 2,000 40

3. 2,001 hingga 3,000 60

4. 3,001 hingga 4,000 80

5. 4,001 hingga 5,000 100

6. 5,001 hingga 6,000 120

7. 6,001 hingga 7,000 140

8. 7,001 hingga 8,000 160

TABUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN RISDA

6

14.2. Caj pengurusan yang dikenakan akan dibayar secara ansuran melalui

potongan gaji ahli mengikut nilai seperti berikut :

15.0. BAYARAN BALIK PINJAMAN

15.1. Ahli yang meminjam perlu membayar balik pinjaman melalui potongan

gaji mengikut nilai pinjaman dan tempoh yang ditetapkan seperti

berikut:

BIL. NILAI PINJAMAN CAJ PENGURUSAN

RM RM

9. 8,001 hingga 9,000 180

10. 9,001 hingga 10,000 200

11. 10,001 hingga 11,000 220

12. 11,001 hingga 12,000 240

13. 12,001 hingga 13,000 260

14. 13,001 hingga 14,000 280

15. 14,001 hingga 15,000 300

BIL. CAJ PENGURUSAN BILANGAN ANSURAN

RM BULAN

1. 0.01 hingga 100 1

2. 101 hingga 200 2

3. 201 hingga 300 3

BIL. NILAI PINJAMAN BAYARAN BALIK PINJAMAN

NILAI TEMPOH

RM RM/BULAN BULAN

1. 0.01 hingga 1,000 167.00 6

2. 1,001 hingga 2,000 167.00 12

3. 2,001 hingga 3,000 167.00 18

4. 3,001 hingga 4,000 167.00 24

5. 4,001 hingga 5,000 167.00 30

6. 5,001 hingga 6,000 167.00 36

7. 6,001 hingga 7,000 167.00 42

8. 7,001 hingga 8,000 167.00 48

9. 8,001 hingga 9,000 167.00 54

10. 9,001 hingga 10,000 167.00 60

TABUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN RISDA

7

15.2. Bagi ahli yang bercuti tanpa gaji perlu membuat bayaran balik pinjaman

secara tunai atau kaedah lain yang sesuai kepada TKKR.

15.3. Apa-apa pindaan nilai bayaran balik pinjaman selain yang dijadualkan di

atas adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa.

16.0. TANGGUNGJAWAB PENJAMIN

16.1. Penjamin bertanggungjawab untuk menyelesaikan semua baki hutang

peminjam yang tertunggak.

16.2. Kutipan hutang yang tertunggak akan dibuat melalui potongan gaji

penjamin mengikut nilai dan tempoh yang masih tertunggak sehingga

selesai.

16.3. Potongan gaji penjamin akan dibuat selepas dua (2) bulan ansuran

bayaran balik tidak diterima oleh Urusetia Tabung daripada peminjam.

16.4. Bagaimanapun, perkara 16.1 hingga 16.3 tidak dikuatkuasakan kepada

peminjam yang penangguhan bayaran gajinya diluluskan seperti Cuti

Tanpa Gaji.

17.0. SYARAT-SYARAT AM SUMBANGAN, CENDERAHATI DAN KHAIRAT

KEMATIAN

17.1. Pemohon mestilah ahli TKKR.

17.2. Pemohon telah mencarum dengan TKKR dan potongan gaji caruman

keahlian TKKR telah dibuat sekurang-kurangnya untuk satu (1) bulan.

BIL. NILAI PINJAMAN BAYARAN BALIK PINJAMAN

NILAI TEMPOH

RM RM/BULAN BULAN

11. 10,001 hingga 11,000 167.00 66

12. 11,001 hingga 12,000 167.00 72

13. 12,001 hingga 13,000 167.00 78

14. 13,001 hingga 14,000 167.00 84

15. 14,001 hingga 15,000 167.00 90

TABUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN RISDA

8

17.3. Permohonan dibuat tidak melebihi tiga (3) bulan selepas tarikh sesuatu

peristiwa.

17.4. Pemohon mestilah mengisi Borang Permohonan Sumbangan /

Cenderahati Perkahwinan (Borang TKKR 4/2016) atau Borang Khairat

Kematian (Borang TKKR 5/2016) kecuali cenderahati bagi Pesara /

Tamat Perkhidmatan.

17.5. Pemohon menyertakan salinan satu (1) bulan Penyata Gaji terkini yang

telah disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab.

18.0. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN SUMBANGAN

Selain syarat-syarat am sumbangan, ahli juga perlu memenuhi syarat-syarat

tambahan dan menyertakan dokumen yang diperlukan mengikut jenis

sumbangan seperti di lampiran 5.

19.0. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN CENDERAHATI

Selain syarat-syarat am cenderahati, ahli juga perlu memenuhi syarat-syarat

tambahan dan menyertakan dokumen yang diperlukan mengikut jenis

cenderahati seperti di lampiran 6.

20.0. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN KHAIRAT KEMATIAN

Selain syarat-syarat am khairat kematian, ahli juga perlu memenuhi syarat-

syarat tambahan dan menyertakan dokumen yang diperlukan mengikut jenis

khairat kematian seperti di lampiran 6.

21.0. BORANG DAN KEGUNAAN

BIL. NAMA BORANG KEGUNAAN

21.1. TKKR 1/2016 Borang Penyertaan TKKR

21.2. TKKR 2/2016 Borang Permohonan Pinjaman TKKR

21.3. TKKR 3/2016 Perjanjian Pinjaman TKKR

21.4. TKKR 4/2016 Borang Permohonan Sumbangan / Cenderahati Perkahwinan TKKR

21.5. TKKR 5/2016 Borang Permohonan Khairat Kematian TKKR

TABUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN RISDA

9

22.0. URUSETIA TKKR

Semua borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Urusetia

Tabung di Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe, Ibu Pejabat

RISDA, KM 7.5 Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur.

TABUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN RISDA

10

LAMPIRAN 1

KELAYAKAN DAN SYARAT KHUSUS MENGIKUT PINJAMAN

BIL JENIS

PINJAMAN TUJUAN PINJAMAN TAHAP PENDIDIKAN

NILAI KELAYAKAN

DOKUMEN DIPERLUKAN DAN SYARAT TAMBAHAN

1. PELAJARAN 1.1. Pembelian pakaian, buku dan kelengkapan persekolahan anak ahli.

i. Tadika / Pra Sekolah umur 4 - 6 tahun.

Maksima RM500 setiap seorang anak.

a. Salinan Sijil Lahir / MyKid / Kad Pengenalan anak yang bersekolah, DAN

ii. Sekolah Rendah tahun 1 - 6.

Maksima RM1,000 setiap seorang anak.

b. Salinan Surat Tawaran / Surat Pengesahan daripada pihak Tadika atau Sekolah bagi anak yang belajar di Tadika / Pra Sekolah / tingkatan 6.

iii. Sekolah Menengah tingkatan 1 - 6 Atas.

Maksima RM1,500 setiap seorang anak.

c. Permohonan boleh dibuat mulai 1 Oktober tahun semasa sehingga 31 Mac tahun berikutnya.

1.2. Pembiayaan pengajian di Institut Pengajian Tinggi atau Kolej Tempatan awam atau swasta untuk ahli, pasangan dan anak ahli.

i. Sijil / Pra / Asasi / Matrikulasi / Persediaan.

Maksima RM5,000.

a. Salinan Surat Tawaran bagi pelajar semester pertama, ATAU

ii. Diploma. Maksima RM7,000.

b. Salinan Surat Panggilan pendaftaran semester berikutnya atau salinan kad pelajar yang menunjukkan masih belajar atau salinan bukti pembayaran yuran pengajian semester berikutnya.

iii. Ijazah / Sarjana. Maksima RM10,000.

iv. Doktor Falsafah. Maksima RM15,000.

c. Permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh pengajian dan tidak lewat dari 3 bulan sebelum tamat pengajian.

1.3. Pembiayaan kursus / seminar di dalam dan luar negara yang berkaitan dengan pelajaran / kemahiran ahli, pasangan dan anak ahli.

Maksima RM7,000.

a. Salinan Surat Tawaran / Surat Pengesahan kehadiran daripada pihak penganjur, DAN

b. Salinan bukti pembayaran kursus / seminar.

c. Permohonan selewat-lewatnya 3 bulan selepas tamat kursus/ seminar.

TABUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN RISDA

11

LAMPIRAN 2

KELAYAKAN DAN SYARAT KHUSUS MENGIKUT PINJAMAN

BIL JENIS

PINJAMAN TUJUAN PINJAMAN NILAI KELAYAKAN

DOKUMEN DIPERLUKAN DAN SYARAT TAMBAHAN

2. PERUBATAN Bayaran bil rawatan dan perubatan hospital kerajaan / swasta atau rawatan tradisional yang diterima oleh ahli, pasangan, anak dan ibubapa ahli.

Maksima RM3,000. a. Salinan nota discaj hospital (jika berkaitan), DAN

b. Salinan bil rawatan dan perubatan, DAN

c. Salinan resit atau bukti pembayaran.

d. Permohonan selewat-lewatnya 3 bulan selepas menerima rawatan.

3. BERSALIN Pembiayaan perbelanjaan persiapan melahirkan anak dan bayaran kos rawatan sebelum, semasa dan selepas bersalin untuk ahli dan pasangan.

Maksima RM5,000.

a. Salinan muka hadapan Buku Rekod Kesihatan Ibu, ATAU

b. Salinan Sijil Lahir / MyKid anak (jika telah bersalin).

c. Permohonan selewat-lewatnya 6 bulan selepas anak dilahirkan.

4.

PERKAHWINAN Pembiayaan perbelanjaan persiapan majlis perkahwinan ahli.

Maksima RM10,000. a. Salinan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin (Borang 2A) yang telah diluluskan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk Orang Islam, ATAU

b. Surat Perakuan Nikah (Borang 8).

c. Permohonan dikemukakan selewat-lewatnya 3 bulan selepas tarikh perkahwinan.

5. SUKAN Pembelian pakaian dan peralatan sukan yang diperlukan oleh ahli.

Maksima RM3,000. a. Salinan resit atau bukti pembelian.

b. Permohonan dikemukakan selewat-lewatnya 3 bulan selepas tarikh pembelian.

TABUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN RISDA

12

LAMPIRAN 3

KELAYAKAN DAN SYARAT KHUSUS MENGIKUT PINJAMAN

BIL JENIS

PINJAMAN TUJUAN PINJAMAN NILAI KELAYAKAN

DOKUMEN DIPERLUKAN DAN SYARAT TAMBAHAN

6. MELANCONG 6.1. Pembiayaan perbelanjaan Melancong Dalam Negara Malaysia untuk ahli.

Maksima RM3,000.

a. Salinan Cuti Rehat yang telah diluluskan bagi perjalanan pada hari bekerja.

b. Tempoh perjalanan tidak kurang dari 3 hari termasuk hari cuti umum.

c. Permohonan selewat-lewatnya 3 bulan selepas tarikh perjalanan.

6.2. Pembiayaan perbelanjaan Melancong Ke Luar Negara untuk ahli.

Maksima RM7,000.

a. Salinan Borang Kebenaran Ke Luar Negara yang telah diluluskan.

b. Salinan Cuti Rehat yang telah diluluskan bagi perjalanan pada hari bekerja.

c. Tempoh perjalanan tidak kurang dari 3 hari termasuk hari cuti umum.

d. Permohonan selewat-lewatnya 3 bulan selepas tarikh perjalanan.

6.3. Pembiayaan perbelanjaan Umrah untuk ahli.

Maksima RM7,000.

a. Salinan Borang Kebenaran Ke Luar Negara yang telah diluluskan.

b. Salinan Cuti Rehat yang telah diluluskan bagi perjalanan pada hari bekerja.

c. Tempoh perjalanan tidak kurang dari 3 hari termasuk hari cuti umum.

d. Permohonan selewat-lewatnya 3 bulan selepas tarikh cuti rehat.

7. HARI PERAYAAN Pembiayaan perbelanjaan persiapan menyambut Hari Perayaan (Hari Raya Aidil Fitri/ Tahun Baru Cina / Deepavali/ Krismas) untuk ahli berpendapatan rendah.

Maksima RM2,000. a. Gaji asas ahli tidak melebihi RM1,500 sebulan.

b. Permohonan dikemukakan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan sebelum hari perayaan dan selewat-lewatnya 1 bulan selepas perayaan.

TABUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN RISDA

13

LAMPIRAN 4

KELAYAKAN DAN SYARAT KHUSUS MENGIKUT PINJAMAN

BIL JENIS

PINJAMAN TUJUAN PINJAMAN NILAI KELAYAKAN

DOKUMEN DIPERLUKAN DAN SYARAT TAMBAHAN

8.

PINJAMAN LAIN 8.1. Pembiayaan kos pembaikan kenderaan ahli yang rosak akibat kemalangan.

Maksima RM5,000. a. Salinan laporan polis.

b. Salinan resit atau bukti pembayaran kepada pihak bengkel.

c. Permohonan dikemukakan selewat-lewatnya 3 bulan selepas tarikh pembayaran.

8.2. Pembiayaan menganti harta ahli yang hilang / musnah / rosak akibat kecurian, kebakaran atau bencana alam.

Maksima RM5,000. a. Salinan laporan polis / surat pengesahan Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pegawai Daerah.

b. Permohonan dikemuka selewat-lewatnya 3 bulan selepas tarikh peristiwa.

8.3. Pembiayaan bayaran cukai pintu / tanah / premium tanah milik ahli.

Maksima RM1,000. a. Salinan bil berkaitan.

b. Permohonan dikemuka selewat-lewatnya 3 bulan selepas tarikh taksiran.

8.4. Pembiayaan perbelanjaan ahli pulang ke kampung kerana ibu / bapa / keluarga sakit mengejut.

Tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa.

a. Apa-apa dokumen yang boleh membuktikan ibu/ bapa/ keluarga sakit.

b. Permohonan dikemuka selewat-lewatnya 3 bulan selepas tarikh peristiwa.

8.5. Pembiayaan bayaran wang pendahuluan pembelian rumah ahli.

Maksima RM15,000. a. Salinan surat kelulusan pembiayaan pinjaman perumahan yang disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab, dan

b. Salinan resit bayaran tempahan (booking) yang disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab, atau

c. Salinan resit bayaran pendahuluan pembelian rumah yang telah disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab.

d. Permohonan dikemukakan selewat-lewatnya 3 bulan selepas tarikh pembayaran.

TABUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN RISDA

14

LAMPIRAN 5

KELAYAKAN DAN SYARAT KHUSUS MENGIKUT SUMBANGAN

BIL JENIS

SUMBANGAN TUJUAN NILAI KELAYAKAN DOKUMEN DIPERLUKAN DAN SYARAT TAMBAHAN

1. PERUBATAN Bagi ahli yang dimasukkan ke wad di hospital kerajaan atau swasta disebabkan sakit (kecuali bersalin).

i. RM20 satu hari semalam. a. Salinan nota discaj hospital.

ii. Maksima 15 hari untuk satu tahun kalendar.

b. Salinan Penyata Gaji yang telah disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab.

2. BENCANA ALAM

Bagi ahli yang ditimpa musibah akibat bencana alam seperti ribut dan banjir kecuali banjir kilat.

i.

Pertimbangan hanya sekali untuk setiap ahli bagi satu tahun kalendar.

a. Salinan laporan polis / surat pengesahan Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pegawai Daerah.

ii. Maksima RM300 tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa.

b. Salinan penyata gaji yang telah disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab.

3. KEBAKARAN Bagi ahli yang ditimpa musibah kerana rumah kediamannya rosak atau musnah akibat kebakaran.

i. Pertimbangan hanya sekali untuk setiap ahli bagi satu tahun kalendar.

a. Salinan laporan polis / surat pengesahan Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pegawai Daerah.

ii. Maksima RM300 tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa.

b. Salinan penyata gaji yang telah disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab.

4. KECURIAN Bagi ahli yang kerugian kerana wang tunai, barang kemas, kenderaan dan harta benda dicuri akibat diragut atau pecah rumah,

i. Pertimbangan hanya sekali untuk setiap ahli bagi satu tahun kalendar.

a. Salinan laporan polis / surat pengesahan Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pegawai Daerah.

ii. Maksima RM300 tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa.

b. Salinan penyata gaji yang telah disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab..

5. KEMALANGAN Bagi ahli yang terlibat dengan kemalangan kenderaan.

i. Pertimbangan hanya sekali untuk setiap ahli bagi satu tahun kalendar.

a. Kemalangan melibatkan kenderaan yang dipandu atau dinaiki oleh ahli.

ii. Maksima RM300 tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa.

b. Salinan laporan polis yang disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab.

c. Salinan penyata gaji yang disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab.

TABUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN RISDA

15

LAMPIRAN 6

KELAYAKAN DAN SYARAT KHUSUS MENGIKUT CENDERAHATI DAN KHAIRAT KEMATIAN

BIL JENIS CENDERAHATI /

KHAIRAT

TUJUAN TEMPOH

KEAHLIAN

NILAI KELAYAKAN DOKUMEN DIPERLUKAN DAN SYARAT

TAMBAHAN

1. CENDERAHATI PESARA / TAMAT PERKHIDMATAN

Bagi ahli yang akan bersara wajib / pilihan atau menamatkan perkhidmatan dan berhenti mencarum.

i. 3 tahun RM300 sahaja. a. Menjadi ahli dan mencarum sekurang- kurangnya 3 tahun.

ii. Melebihi 3 tahun

RM300 + RM10 bagi setiap tahun perkhidmatan selepas 3 tahun pertama.

b. Surat permohonan daripada Ketua Pusat Tanggungjawab.

c. Permohonan dikemuka selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh persaraan atau tamat perkhidmatan.

2. CENDERAHATI PERKAHWINAN

Bagi ahli yang telah melangsungkan perkahwinan semasa dalam perkhidmatan.

RM200 a. Salinan Surat Perakuan Nikah (Borang 8) yang disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab.

b. Permohonan dikemuka tidak melebihi 3 bulan selepas tarikh perkahwinan.

3. KHAIRAT KEMATIAN

3.1. Khairat kematian kepada waris kerana kematian ahli.

RM3,000 a. Salinan Sijil Kematian atau Daftar Kematian / Permit Mengubur yang disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab.

3.2. Khairat kematian kepada ahli kerana kematian ahli keluarga.

i. RM500 kematian suami / isteri ahli.

ii. RM300 kematian anak di bawah tanggungan (anak kandung dan anak angkat yang sah di sisi undang-undang).

b. Umur anak / anak angkat sehingga 1 hari sebelum ulangtahun ke 18 tahun atau sehingga 1 hari sebelum ulangtahun ke 24 tahun jika masih menuntut di IPT kecuali anak kelainan upaya.

iii. RM100 kematian Ibu dan bapa kandung.

Iv. RM100 kematian Ibu dan bapa mertua yang sah dan terhad kepada seorang ibu dan bapa mertua sepanjang perkhidmatan.

c. Permohonan dikemuka selewat-lewatnya 3 bulan selepas tarikh kematian.

16

TKKR 1/2016

Urusetia TKKR KEGUNAAN URUSETIA

Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :

Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

1. Nama Kakitangan (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baru

- -

3. No. Pekerja 4. Taraf Jawatan (tandakan [ / ] )

Tetap Sementara / Kontrak

5. Jawatan

6. Tarikh Lantikan 7. Tarikh Bersara / Tamat Perkhidmatan

- - - -

8. Tempat Bertugas

9. Alamat Tetap

Poskod Bandar

10. No. Telefon Kediaman 11. No. Telefon Bimbit

- -

Saya bersetuju menjadi ahli dan akan mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh TKKR serta membenarkan

gaji bulanan saya dipotong sebanyak RM2 untuk caruman TKKR.

- -

Tarikh

Saya mengesahkan bahawa maklumat kakitangan yang dinyatakan di atas adalah benar.

- -

Tarikh

Nama:

Jawatan:

Cop Jabatan:

MAKLUMAT AHLI

PENGAKUAN DAN PERSETUJUAN POTONGAN GAJI

Tandatangan Ahli

PENGESAHAN MAJIKAN

Tandatangan Ketua Jabatan

BORANG PENYERTAAN TKKR

17

TKKR 2/2016

Urusetia TKKR KEGUNAAN URUSETIA

Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :

Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

1. Jenis Pinjaman

2. Tujuan Pinjaman

3. Tarikh Perjalanan (jika berkaitan)

- - - -

4. Nilai Pinjaman 5. Tempoh Bayaran Balik

R M . Bulan

1. Nama Ahli (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baru 3. No. Pekerja

- -

4. Jawatan

5. Tempat Bertugas

6. Tarikh Lantikan Pertama 7. Tarikh Sah Jawatan

- - - -

8. Tarikh Bersara / Tamat Perkhidmatan 9. Baki Perkhidmatan

- - Bulan

10. Pendapatan Sebulan (Gaji asas + elaun tetap) 11. Pendapatan Bersih Sebulan

R M . R M .

12. Alamat

Poskod Bandar

13. No. Telefon Kediaman 14. No. Telefon Bimbit

- -

Saya bersetuju mematuhi segala syarat pinjaman yang ditetapkan oleh TKKR serta membenarkan gaji bulanan

saya dipotong bagi bayaran kos pengurusan dan bayaran balik pinjaman mengikut kadar ditetapkan oleh TKKR.

- -

Tarikh

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN TKKR

hingga

MAKLUMAT PINJAMAN

MAKLUMAT PEMOHON

PENGAKUAN DAN PERSETUJUAN POTONGAN GAJI

Tandatangan Ahli

18

TKKR 2/2016

1. Nama Ahli (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baru 3. No. Pekerja

- -

4. Jawatan

5. Tempat Bertugas

6. Tarikh Lantikan Pertama 7. Tarikh Sah Jawatan

- - - -

8. Tarikh Bersara / Tamat Perkhidmatan 9. Baki Perkhidmatan

- - Bulan

10. Alamat

Poskod Bandar

11. No. Telefon Kediaman 12. No. Telefon Bimbit

- -

Saya mengaku menjadi penjamin kepada

No. Kad Pengenalan dan bersetuju menyelesaikan baki hutang beliau

yang belum dijelaskan kepada TKKR. Saya juga membenarkan Urusetia TKKR menguruskan potongan

gaji saya pada setiap bulan bagi menyelesaikan hutang tersebut.

Tandatangan Penjamin

Nama:

- - No. KP:

Tarikh Jawatan:

Tarikh: - -

Saya mengesahkan bahawa maklumat yang 1. Permohonan pinjaman (tandakan [ / ])

dinyatakan di atas adalah benar. Lulus Tidak Lulus

2. Nilai diluluskan

R M .

3. Kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Bil.

Nama: 4. Tarikh Mesyuarat

Jawatan: - -

Cop Jabatan:

Tarikh: - - Tandatangan Urusetia

MAKLUMAT PENJAMIN

PENGAKUAN PENJAMIN

Tandatangan Saksi

PENGESAHAN MAJIKAN KEGUNAAN URUSETIA

Tandatangan Ketua Jabatan

19

TKKR 3/2016

PERJANJIAN PINJAMAN TKKR

Perjanjian ini ditandatangani pada . . . . . . . hb . . . . . . . . . . . . . . . . tahun 2017 di

antara

Tabung Kebajikan Kakitangan RISDA yang beralamat di Bahagian Pentadbiran,

Tingkat 4, Bangunan Annexe, Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala

Lumpur selepas ini disebut sebagai TKKR dengan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

. . . . . . . . . . . . . No. Kad Pengenalan . . . . . . . . . . . . . . . . . yang beralamat di . . . . . .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

. . . . . . . . . . . . . . . . .

selepas ini disebut sebagai PEMINJAM.

TKKR bersetuju memberi pinjaman kepada. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

No. Kad Pengenalan . . . . . . . . . . . . .sebanyak Ringgit Malaysia . . . . . . . . . . . . . . . .

bagi tujuan membiayai . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

TKKR akan mengenakan caj pengurusan bagi pinjaman tersebut sebanyak Ringgit

Malaysia . . . . . . . . . . . . . . . .

TANGGUNGJAWAB PEMINJAM

PEMINJAM bersetuju membayar balik pinjaman dan caj pengurusan yang

dikenakan berjumlah Ringgit Malaysia . . . . . . . . . . . secara ansuran melalui

potongan gaji bulanan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh TKKR sehingga

selesai seperti di Jadual.

Sekiranya PEMINJAM bercuti tanpa gaji semasa tempoh bayaran balik pinjaman

tersebut, PEMINJAM bersetuju membayar nilai ansuran tersebut secara tunai atau

kaedah lain yang sesuai kepada TKKR.

PEMINJAM juga bersetuju mengadakan seorang penjamin bagi pinjaman tersebut.

TANGGUNGJAWAB PENJAMIN

Penjamin bersetuju menyelesaikan semua baki hutang PEMINJAM yang tertunggak

dan membenarkan TKKR membuat potongan gaji mengikut nilai ansuran dan

tempoh yang masih tertunggak sehingga selesai hutang.

20

TKKR 3/2016

JADUAL

BIL. PERIHAL

1. Nilai Pinjaman RM

2. Nilai Caj Pengurusan RM

3. Jumlah terhutang dengan TKKR RM

4. Bilangan ansuran potongan gaji . . . . . bulan

5. Nilai potongan gaji bulan pertama hingga bulan . . . . . RM

6. Nilai potongan gaji bulan . . . . . hingga bulan ke-. . . . . RM

7. Nilai potongan gaji bulan ke-. . . . . (akhir) RM

8. Bulan mula potongan gaji . . . . . 20. . .

9. Bulan akhir potongan gaji . . . . . 20 . . .

21

Ditandatangani PEMINJAM

……………………………………………

Nama: …………………………………..

No. KP:...…………………………………

Ditandatangani PENJAMIN

……………………………………………

Nama:…………………………………….

No. KP:...…………………………………

Ditandatangani oleh TKKR

……………………………………………

Nama:…………………………………….

No. KP:...…………………………………

TKKR 3/2016

Dihadapan SAKSI

…………….………………………………

Nama: …………………………………..

No. KP: …………………………………

Dihadapan SAKSI

……………………………………………

Nama:…………………………………..

No. KP: …………………………………

Dihadapan SAKSI TKKR

……………………………………………

Nama: …………………………………..

No. KP: …………………………………

22

TKKR 4/2016

Urusetia TKKR KEGUNAAN URUSETIA

Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :

Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

1. Nama Ahli (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baru 3. No. Pekerja

- -

4. Jawatan

5. Tempat Bertugas

6. Alamat

Poskod Bandar

7. No. Telefon Kediaman 8. No. Telefon Bimbit

- -

1. Jenis Sumbangan / Cenderahati

2. Anggaran Kerugian (jika berkaitan) 3. Tarikh Peristiwa (jika berkaitan)

R M . - -

4. Tarikh Masuk Wad (jika berkaitan) 5. Tarikh Discaj Wad (jika berkaitan)

- - - -

- -

Tarikh

Saya mengesahkan bahawa maklumat yang 1. Permohonan (tandakan [ / ])

dinyatakan di atas adalah benar. Lulus Tidak Lulus

2. Nilai diluluskan

R M .

3. Kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Bil.

Nama: 4. Tarikh Mesyuarat

Jawatan: - -

Cop Jabatan:

Tarikh: - -

BORANG PERMOHONAN SUMBANGAN / CENDERAHATI PERKAHWINAN TKKR

Tandatangan Urusetia

MAKLUMAT PEMOHON

MAKLUMAT SUMBANGAN / CENDERAHATI YANG DIPOHON

Tandatangan Ahli

PENGESAHAN MAJIKAN KEGUNAAN URUSETIA

Tandatangan Ketua Jabatan

23

TKKR 5/2016

Urusetia TKKR KEGUNAAN URUSETIA

Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :

Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

1. Nama Ahli (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baru 3. No. Pekerja

- -

4. Jawatan

5. Tempat Bertugas

6. Alamat

Poskod Bandar

7. No. Telefon Kediaman 8. No. Telefon Bimbit

- -

1. Nama Waris (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baru 3. Hubungan dengan ahli

- -

4. Alamat

Poskod Bandar

5. No. Telefon Kediaman 6. No. Telefon Bimbit

- -

1. Nama Gemulah (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baru 3. No. Sijil Kematian / Permit Mengubur

- -

4. Hubungan dengan ahli (kosongkan jika kematian ahli) 5. Tarikh Kematian

- -

- -

Tarikh

BORANG PERMOHONAN KHAIRAT KEMATIAN TKKR

MAKLUMAT AHLI

MAKLUMAT WARIS (lengkapkan jika kematian ahli)

MAKLUMAT KEMATIAN

Tandatangan Ahli / Waris

24

TKKR 5/2016

Saya mengesahkan bahawa maklumat yang 1. Permohonan (tandakan [ / ])

dinyatakan di atas adalah benar. Lulus Tidak Lulus

2. Nilai diluluskan

R M .

Nama:

Jawatan:

Cop Jabatan:

Tarikh: - - Tarikh: - -

Tandatangan Ketua Jabatan

Tandatangan Urusetia

PENGESAHAN MAJIKAN KEGUNAAN URUSETIA