disediakan oleh :disediakan oleh - tasawwur islam · pdf file1 disediakan oleh : en. safaee...

21
Disediakan Oleh : Disediakan Oleh : Disediakan Oleh : Disediakan Oleh : Safaee b. Zakaria Guru CemerlangTasawwur Islam SMK Jelawat, Bachok Kelantan Tokburong.wordpress.com

Upload: buithu

Post on 06-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Disediakan Oleh :Disediakan Oleh :Disediakan Oleh :Disediakan Oleh :

Safaee b. Zakaria Guru CemerlangTasawwur Islam

SMK Jelawat, Bachok Kelantan

Tokburong.wordpress.com

Page 2: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 1

Bil Perkara Mukasurat

1. Pendahuluan 2

2. Matlamat 2

3. Peruncingan Tajuk Penting Tasawwur Islam 2015 2

4. Format Pentaksiran 7

5. Bentuk Soalan KBAT 17

6. Strategi Menjawab Soalan Dengan Berkesan 18

7. Jawapan Yang Boleh di Gunakan dalam banyak Soalan 23 8 Kaedah Pnuemonic 25

9 Perkara yang Perlu diberi perhatian semasa menjawab 26

10 Kelemahan Yang Perlu Dihindari 27

11. Penutup 27

Page 3: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 2

STRATEGI MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN TASAWWUR ISLAM SPM

DENGAN BERKESAN 1. PENDAHULUAN

Pelajaran Tasawwur dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah merupakan satu mata Pelajaran

Elektif (Pilihan) Pelajaran ini ditawarkan kepada pelajar sekolah menengah atas.Mata pelajaran ini memberi peluang

kepada pelajar untuk mendapatkan pengetahuan dan kefahaman yang lebih mendalam tentang Islam sebagai cara hidup

yang lengkap dan sempurna. Bagi merealisasikan pelajar dapat mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Tasawwur

Islam, ianya memerlukan strategi yang berkesan dalam menjawab soalan peperiksaan selaras kehendak Lembaga

Peperiksaan Malaysia.

2. MATLAMAT

Matlamat yang ingin dicapai melalui teknik menjawab yang berkesan ialah

3.1 Memberi kemahiran kepada para pelajar tentang teknik menjawab yang betul

3.2 Membantu para pelajar teknik menjawab soalan yang betul sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga Peperiksaan.

3.3 Memastikan semua calon Tasawwur Islam menjawab dengan teknik yang betul, berfokus dan tepat seterusnya meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan.

3. PERUNCINGAN TAJUK PENTING TASAWWUR ISLAM 2016

TINGKATAN 4

BAB 1 : ASAS PEMIKIRAN ISLAM

1 PELAJARAN 1 : KONSEP KETUHANAN, KERASULAN, INSAN DAN ALAM

Konsep Ketuhanan

a) Pengertian Rububiyyah

b) Konsep Rububiyyah

c) Pengertian Uluhiyyah

d) Konsep Uluhiyyah

e) Asma wasifat

f) Pengertian Fitrah Beragama

g) Perbezaan antara orang beragama dengan tidak beragama

d) Peranan agama dalam membina tamadun

3 PELAJARAN 4 : KONSEP ALAM

a) Pengertian Alam

b) Bahagian Alam

c) Perbezaan alam ghaib dengan alam musyahadah

d) Hikmah beriman dengan perkara ghaib

Page 4: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 3

4 PELAJARAN 5 : TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM

a) Tanggungjawab terhadap alam

b) Faedah memelihara alam

5 Unit 3 : Peranan dan Kedudukan Akal

a) Ciri-ciri akal

b) Peranan akal

c) Perkara yang merosakkan akal

d) Bersyukur dengan nikmat akal

e) Perbezaan perbuatan berasaskan wayu dan akal

6 Unit 4 : Islam Agama Syumul

a) Islam bukan agama budaya / agama samawi

7 Unit 5 : Islam agama Yang Benar

a) Ciri-ciri kebenaran Islam

b) Unsur-unsur pencemar kesucian Islam

8 c) Perbezaan hadis sahih dengan hadis dhaif

d) Fahaman anti hadis

9 PELAJARAN 9 : PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN

9.1 Unit 1 : Pengaruh asing yang bertentangan dengan Islam

a) Bentuk pengaruh asing

b) Ciri pengaruh asing yang bertentangan dengan Islam

c) Kesan budaya asing kepada masyarakat Islam

BAB 2 : PANDANGAN HIDUP ISLAM

10 PELAJARAN 10 : RABANIYYAH

a) Pengertian Rabaniyyah

b) Prinsip-prinsip Rabaniyyah

c) Ciri-ciri syariat terdahulu ( ciri-ciri agama langit )

d) Cara memiliki sifat Rabaniyyah

11 PELAJARAN 12: WAQIIYYAH

a) Pengertian Waqiiyyah

b) Prinsip-prinsip waqiiyyah

c) Wasatiah/ kesederhanaan dalam Islam

i- Akidah

ii- Ibadat

Page 5: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 4

iii- Kerohanian dan kebendaaan

iv- Undang-undang

v- Individu dan masyarakat

BAB 3 : INSTITUSI ISLAM

13 Unit 1 : pentadbiran Negara

a) Pengertian negara Islam

b) Prinsip negara islam

c) Pembentukan negara Islam

d) Matlamat Negara Islam

e) Ciri-ciri negara Islam

f) Piagam Madinah

g) Majlis Syura

PELAJARAN 16 : SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

a) Pengertian sistem kehakiman

b) Matlamat sistem kehakiman

c) Prinsip kehakiman Islam

d) Kelayakan hakim

e) Tanggungjawab hakim

f) Kepentingan institusi kehakiman

g) Peranan kehakiman Islam dalam menjamin keamanan masyarakat majmuk

h) Etika kehakiman

14 PELAJARAN 17 : SISTEM SOSIAL ISLAM

a) Nilai-nilai luhur sistem sosial Islam

i- Ukhuwah Islamiyah

ii- Kasih sayang

iii- Hormat menghormati

b) Tawakal

15 PELAJARAN 1 : ISLAM DAN HARTA

15.1 Unit 1 : Harta amanah Allah

a) Pengertian harta

b) Cara menguruskan harta

i- Cara Halal

ii- Cara Haram / manipulasi

c) Ujian terhadap pemilik harta

15.2 Unit 2 : Memperoleh dan membelanjakan harta

a) Sumber harta yang halal

b) Cara membelanjakan harta

Page 6: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 5

c) Hikmat membelanjakan harta

d) Kepentingan harta terhadap pembangunan negara

16 PELAJARAN 2 : ISLAM DAN HAK MILIK

16.1 Unit 1 : Islam mengiktiraf hak milik

a) Peraturan dalam pemilikan harta

b) Sebab manusia diberi kebebasan dalam pemilikan harta

16.2 Unit 2: Larangan mencerobohi harta

a) Maksud mencerobohi dan merosakkan harta

b) Implikasi larangan pencerobohan harta

17 Unit 1 : Galakkan Bekerja

a) Pekerjaan yang digalakkan dalam Islam

b) Kepentingan bekerja kepada pembangunan negara

c) Implikasi kehidupan tanpa pekerjaan

18 PELAJARAN 4 : FALSAFAH DAN SISTEM MUAMALAH ISLAM

18.1 Unit 3: Jenis-jenis Muamalah Islam

a) Pengertian Mudharabah

b) Pengertian Takaful

c) Langkah bermuamalah secara Islam

BAB 2 ; FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM

19 PELAJARAN 5 : PERUNDANGAN ISLAM

Unit 1 : Pengertian Perundangan Islam dan falsafah

a) Perbezaan antara perundangan Islam dengan perundangan ciptaan manusia

b) Faedah mengamalkan perundangan Islam

19.1 Unit 2:Pengertian Qadha,Fikah,Ijtihad dan Fatwa

a) Pengertian Fikah

b) Keperluan Fikah

c) Matlamat Fikah

d) Kebaikan Fikah

d) Pengertian Ijtihad

e) Keperluan Ijtihad

f) Matlamat Ijtihad

g) Kebaikan Ijtihad

Page 7: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 6

19.2 Unit 4 : Pengertian Hukum Harus, Wajib, Haram, Sunat dan Makruh

a) Pengertian hukum Sunat

b) Hikmah penetapan hukum Sunat

c) Pembahagian hukum

d) Pengertian hukum haram

e) Hikmah penetapan hukum haram

f) Implikasi pelanggaran hukum haram

20 PELAJARAN 6 : FALSAFAH IBADAT DALAM ISLAM

20.1 Unit 1 : Pengertian Ibadat

a) Perkara yang merosakkan ibadat

20.2 Unit 2 : Konsep dan Falsafah Ibadat

a) Tujuan Ibadat

b) Kesan ibadat tanpa syariat

20.3 Unit 4 : Falsafah Jenayah

a) Pengertian hukum hudud

b) Jenis kesalahan dan hukuman hukum hudud

c) Kepentingan hukum hudud

d) Kepentingan taubat

e) Syarat taubat

21 PELAJARAN 8 : CARA PENYELESAIAN MASALAH

a) Perlakuan dalam penyelesaian masalah

b) Amalan dalam penyelesaian masalah

22 PELAJARAN 9 : ISU, MASALAH DAN CARA PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM

a) Pengertian perpaduan ummah

b) Langkah penyelesaian isu

c) Kesan penyelesaian isu

d) Cara mewujudkan perpaduan ummah

e) Pengertian Kesaksamaan sosial

f) Langkah penyelesaian isu

g) Kesan penyelesaian isu

h) Cara mewujudkan Kesaksamaan sosial

23 PELAJARAN 10 : KELEBIHAN PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM

a) Contoh penyelesaian masalah secara Islam

ii- Masalah kejahilan

Page 8: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 7

iv- Masalah perpaduan ummah

b) Ciri Penyelesaian Masalah

4. FORMAT PENTAKSIRAN

4.1 KERTAS 1

Kod Kertas : 5226/1

Masa Ceraian Soalan

Jenis soalan Jum

Soalan Soalan dijawab

Tajuk soalan

1 Jam 15 Minit

Bahagian A Soalan aneka

pilihan 20 Semua Sukatan pelajaran di tingkatan 4 dan 5

Bahagian B Soalan objektif berstruktur

20 Semua Sukatan pelajaran di tingkatan 4 dan 5

4.2 KERTAS 2

• Kod Kertas 5226/2

• Masa : 2 jam 30 minit

• Item Soalan : Respon terhad

• Bilangan Soalan : 7 Soalan ditawarkan.

• Jawab 5 soalan sahaja. (Soalan 1 wajib dijawab dan pilih mana-mana 4 soalan lain)

• Soalan mengenai semua topik yang telah dipelajari di ting 4 dan 5

• Markah : 100

4.2.1 Bentuk Soalan Kertas 2

1. Pernyataan Kata Kunci Soalan

Jawapan bagi soalan jenis pernyataan ini tidak perlu terlalu panjang. Ia memerlukan fakta yang tepat dan huraian keatas fakta tersebut.

1. Mengapakah 2. Kemukakan 3. Senaraikan 4. Nyatakan. 5. Apakah 6. Berikan

i. Mengapakah

Contoh Soalan

Mengapakah semangat daya juang penting dalam mencapai Kecemerlangan dalam akademik [ 4 markah ] Contoh Jawapan :

Sebab semangat daya juang penting dalam mencapai kecemerlangan akademik. 1. Akan menguatkan semangat dalam menghadapi pelajaran 2. Akan memberikan keyakinan kepada diri sendiri untuk berjaya. 3. Akan menjadikan seseorang itu sentiasa gigih memperbaiki kelemahan diri dalam pelajaran. 4. Akan menjadikan seseorang itu sentiasa konsisten dalam mengikut jadual pembelajaran

Page 9: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 8

ii. Kemukakan

Contoh Soalan:

Sumbang mahram merupakan perbuatan keji yang masih berlaku dikalangan masyarakat hari ini Kemukakan dua langkah menangani perbuatan tersebut [ 4 markah ]

Contoh Jawapan

Dua langkah menangani perbuatan tersebut ialah

1. Melaksanakan hukuman mengikut hukuman Islam seperti menjatuhkan hukum hudud kepada para pesalah

2. Memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak kecil

3. Menjaga batasan aurat antara lelaki dan perempuan dalam pergaulan seharian

4. Mengamalkan akhlak mulia dalam rumahtangga dan pergaulan seperti hormat menghormati antara satu sama lain

5. Menguatkuasakan undang-undang yang tegas keatas pesalah sumbang mahram

6. Memberi kesedaran melalui kempen, ceramah dan dakwah yang berkesan kepada masyarakat melalui media massa

iv. Nyatakan

Contoh Soalan :

Nyatakan dua sebab Islam diterima sebagai agama yang diredai di sisi Allah SWT. [ 4 markah ]

Contoh Jawapan :

Dua sebab Islam diterima sebagai agama yang diredai di sisi Allah SWT

1. Islam ialah agama yang bersifat Rabbaniyyah iaitu datangnya daripada Allah SWT melalui al-Quran dan Hadis

2. Islam agama yang bersifaqt syumuliyyah iaitu lengkap dan merangkumi kehidupan di dunia dan akhirat

3. Islam agama yang bersifat Alamiyyah iaitu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia tanpa mengira tempat, waktu dan zaman..

4. Ajaran islam bersifat thabat iaitu terpelihara dan kekal hingga kehari akhirat.

5. Ajaran Islam bersifat murunah iaitu boleh berubah mengikut perubahan manusia tetapi tetap diatas prinsip asasnya.

6. Islam ialah agama yang bersifat Waqiyyah iaitu praktikal dan sesuai pada semua manusia tanpa mengira bangsa, keturunan dan warna kulit

v. Apakah

Contoh Soalan:

Apakah yang dimaksudkan dengan Islam sebagai ad-Din ? [ 2 markah ]

Contoh Jawapan :

Maksud Islam sebagai ad-Din ialah :

1. Islam ialah kepatuhan,kesejahteraan dan penyerahan diri kepada Allah SWT.

2. Islam ialah agama yang mengatur cara hidup yang lengkap dan sempurna.

3. Islam tidak hanya tertumpu kepada soal ibadat semata-mata tetapi merangkumi urusan kehidupan manusia sehari-hari.

4. Islam agama yang diredai / diterima oleh Allah s.w.t

5. Islam agama yang benar.

6. Islam bersifat Syumuliyyah, Alamiyyah, Thabat, Waqiiyyah.

Page 10: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 9

vi. Berikan

Contoh Soalan :

Fahaman anti hadis boleh menggugat kesucian agama Islam Berikan dua hujjah anda [ 4 markah ]

Contoh Jawapan :

Dua Hujjah fahaman anti hadis boleh menggugat kesucian agama Islam

1. Fahaman tersebut boleh menyebabkan hilangnya rasa hormat terhadap Rasulullah s.a.w kerana tidak mempercayai hadis rasulullah

2. Fahaman tersebut boleh menyebabkan umat Islam akan berpecah kerana perbezaan pendapat

3. Fahaman tersebut boleh menyebabkan umat Islam tidak dapat memahami ajaran al-Quran dengan terperinci.

4. Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran.

5. Fahaman tersebut boleh membawa kepada ajaran sesat / menyeleweng/rosak akidah / murtad

2. Perbincangan Kata Kunci Soalan

Jawapan bagi soalan jenis ini memerlukan anda memberikan pandangan tentang sesuatu isu. Anda mesti memberikan fakta serta hujah yang menyokong pendapat anda

1. Bincangkan 2. Cadangkan 3. Bagaimanakah

i. Bincangkan

Contoh Soalan :

Salah satu daripada matlamat perundangan Islam ialah memelihara nyawa manusia. Bincangkan [ 4 markah ]

Contoh Jawapan :

Perundangan Islam memelihara nyawa manusia kerana

1. Nyawa merupakan anugerah Allah s.w.t kepada manusia yang sangat bernilai. Islam menjamin hak seseorang untuk hidup dan menjaga anggota tubuh badan mereka.

2. Islam telah mensyariatkan hukum Qisas bagi kesalahan yang melibatkan nyawa dan anggota tubuh badan bagi menjaga nyawa manusia.

3. Islam telah mengharamkan perbuatan membunuh diri sendiri dan nyawa orang lain.

i. Cadangkan

Jawapan bagi soalan ini memerlukan anda memberikan pandangan dan cadangan tentang sesuatu isu tetapi masih terikat dengan isi tajuk berkaitan. Contoh Soalan:

Anda sebagai seorang pelajar sekolah. Setiap bulan ibu bapa anda memberikan wang untuk menampung perbelanjaan sekolah sebanyak RM 50.00.

Cadangkan cara anda memanfaatkan wang tersebut. [ 4 markah ]

Page 11: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 10

Contoh Jawapan:

Cara memanfaatkan wang tersebut untuk menampung perbelanjaan sekolah

1. Membeli keperluan pembelajaran seperti pen, buku dan sebagainya

2. Membayar yuran kelas tambahan.

3. Membeli makanan dan minuman semasa di sekolah.

4. Menabung untuk kegunaan masa hadapan.

iii. Bagaimanakah

Jawapan bagi soalan ini memerlukan anda memberikan pandangan tentang sesuatu isu. Contoh Soalan:

Perpecahan dan persengketaan di kalangan masyarakat akan mengakibatkan huru hara dan ekonomi negara menjadi mundur.

Bagaimanakah masalah diatas dapat dielakkan daripada berlaku? [ 4 markah ]

Contoh Jawapan:

Masalah di atas dapat dielakkan daripada berlaku dengan cara anggota masyarakat mestilah :

1. Saling hormat menghormati antara satu sama lain

2. Sentiasa bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti masyarakat seperti gotong-royong / bantu membantu / tolong menolong

3. Sentiasa mengamalkan toleransi di kalangan masyarakat yang tidak menjejaskan akidah / bersikap terbuka

4. Sentiasa mengamalkan kebebasan beragama tanpa menganggu ketenteraman orang lain

5. Mengadakan aktiviti berbentuk kempen / ceramah / media berkaitan perpaduan

3. Huraian Kata Kunci Soalan

Jawapan hendaklah mengandungi fakta dan huraian. Huraiannya mestilah

tepat dan ringkas

1. Buktikan 2. Huraikan 3. Penyelesaian Masalah

i. Huraikan

Contoh Soalan :

Huraikan dua kesan buruk ajaran sesat terhadap umat Islam. [ 4 markah ]

Contoh Jawapan :

Dua kesan buruk ajaran sesat terhadap umat Islam ialah :

1. Masyarakat tidak akan aman dan tenteram kerana berlaku pergaduhan / tiada persefahaman

2. Memutuskan hubungan silaturrahim dalam masyarakat kerana berlainan fahaman

3. Berlaku pergaduhan / perbalahan dalam kehidupan

4. Berlaku kezaliman / keganasan seperti pembunuhan

Page 12: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 11

iii. Penyelesaian Masalah

Contoh Soalan :

Ada remaja berfahaman bahawa mereka bebas memilih cara hidup sendiri tanpa menghiraukan kawalan ibu bapa. Apakah yang akan berlaku sekiranya remaja bertindak berdasarkan fahaman tersebut ? [ 4 markah ] Contoh Jawapan :

Perkara yang akan berlaku sekiranya remaja berfahaman sedemikian.

1. Remaja tidak lagi akan menghormati orang tua / guru mereka

2. Wujudnya sikap derhaka kepada ibu bapa.

3. Remaja akan terjebak dengan kegiatan jenayah seperti mencuri

4. Remaja akan rosak akidah dan pegangan agama mereka menjadi longgar

4. Penerangan Kata Kunci Soalan

Jawapan hendaklah mengandungi fakta dan huraian. Ciri –ciri huraian antaranya

seperti, kerana, iaitu, di dalam, yang, agar, supaya dan untuk. Huraiannya mestilah

tepat dan ringkas

1. Terangkan

2. Jelaskan

i. Terangkan.

Contoh Soalan :

Terangkan dua cara media massa mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan budaya kuning. [ 4 markah ] Contoh Jawapan :

Dua cara media massa mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan budaya kuning

1. Menyebarkan berita palsu / negetif untuk memesongkan / menyesatkan

2. Memberi gambaran yang salah mengenai umat Islam untuk menjatuhkan maruah umat Islam

3. Menyajikan program hiburan yang keterlaluan

4. Menayangkan filem-filem lucah dan ganas yang merosakkan akhlak umat Islam

ii. Jelaskan

Contoh Soalan :

Jelaskan dua tindakan yang anda perlu lakukan untuk menangani ancaman budaya kuning. [ 4 markah ] Contoh Jawapan :

Dua tindakan yang perlu dilakukan untuk menangani ancaman budaya kuning ialah :

1. Mendalami ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang supaya dapat membezakan antara yang baik dan buruk

2. Memperkukuhkan keimanan kepada Allah SWT dengan mendalami bidang keagamaan

3. Mengamalkan akhlak mulia supaya kehidupan terhindar daripada perbuatan keji

4. Menjadikan Islam sebagai cara hidup dengan menjauhi perbuatan keji

Page 13: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 12

5. Pengertian Kata Kunci Soalan

Jawapan dalam bentuk ini memerlukan calon memberikan keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna sesuatu perkataan khusus, istilah atau terminologi. Berikan contohnya sekali jika ada

1. Apakah Maksud

2. Berikan Pengertian

i. Apakah Maksud

Contoh Soalan :

Ibadah terbahagi kepada ibadah khusus dan ibadah umum. Apakah maksud ibadah-ibadah tersebut [ 4 markah ]

Contoh Jawapan :

Maksud kedua-dua ibadah tersebut ialah :

Maksud ibadat khusus

1. Ibadat yang telah ditetapkan oleh Allah cara pelaksanaan dan ganjarannya.

2. Ibadat yang menghubungkan manusia dengan Allah/Tuhan

Maksud ibadat umum

1. Perbuatan atau amalan manusia yang dilakukan kerana Allah s.w.t.

2. Ibadat yang menghubungkan manusia sesama manusia contohnya bersedekah

ii. Berikan Pengertian

Contoh Soalan :

Akal sangat penting kepada manusia.

Berikan pengertian akal [ 2 markah ]

Contoh Jawapan :

Pengertian akal ialah :

- Anugerah Allah s.w.t kepada manusia untuk berfikir/ alat untuk manusia berfikir

6 Perbandingan Kata Kunci Soalan

Perbandingan ialah menyatakan persamaan atau perbezaan antara dua perkara atau lebih Jawapan bagi soalan jenis ini sebaik-baiknya dijawab dalam bentuk kotak. Mesti terdapat perbezaan antara kedua-dua bahagian. Jika menjawab dalam satu ayat , mesti mempunyai ayat sendikata, contohnya manakala, adapun, sedangkan dan seumpamanya.

1. Bandingkan

2. Berikan Perbezaan

i. Bandingkan

Contoh Soalan :

Jelaskan dua perbezaan antara sistem sosial Islam dengan sistem sosial barat.

4 markah ] Contoh Jawapan :

Perbezaan antara sistem sosial Islam dengan Barat ialah:

Sistem sosial Islam Sistem sosial barat

1. Berasaskan al-Quran 1. Berasaskan pemikiran manusia

Page 14: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 13

2. Berdasakan kepada ukhuwwah Islamiyah 2. Berdasarkan warna kulit dan kedudukan

3. Mementingkan urusan dunia dan akhirat 3. Mementingkan keduniaan dan kebendaan semata-

mata

i. Perbezaan

Contoh Soalan:

Jelaskan tiga perbezaan antara sistem sosial Islam dengan Sistem barat.

[ 6 markah ] Contoh Jawapan:

Perbezaan antara sistem sosial Islam dengan Barat ialah:

Sistem sosial Islam Sistem sosial barat

1. Berasaskan al-Quran 1. Berasaskan pemikiran manusia

2. Berdasakan kepada ukhuwwah Islamiyyah 2. Berdasarkan warna kulit dan kedudukan

3. Mementingkan urusan dunia dan akhirat 3. Mementingkan keduniaan dan kebendaan

semata-mata

5. BENTUK SOALAN KBAT

5.1 ciri-ciri KBAT

5.2 Contoh Soalan KBAT

Page 15: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 14

1. Soalan 4 Markah

1.a(i) Nyatakan persoalan yang tidak mampu difikirkan oleh manusia tanpa bimbingan wahyu [ 4 markah ]

Contoh Jawapan: 1.a(i) Persoalan yang tidak mampu difikirkan oleh akal manusia tanpa bimbingan wahyu ialah :

1. Akal manusia tidak mampu memahami perkara ghaib yang tidak boleh dilihat dengan pancaindera seperti malaikat, jin dan sebagainya. Kesimpulannya manusia memerlukan wahyu sebagai pembimbing mereka

2. Contoh Soalan 6 Markah

7.b (iii) Perpecahan dan persengketaan di kalangan masyarakat akan mengakibatkan huru hara dan ekonomi negara menjadi mundur. Bagaimanakah masalah di atas dapat dielakkan daripada berlaku [6 markah]

Contoh Jawapan :

7b(iii) . Masalah di atas dapat dielakkan daripada berlaku dengan cara anggota masyarakat mestilah :

1. Sentiasa bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti yang berfaedah kepada masyarakat seperti sentiasa mengadakan gotong royong dengan itu hubungan silaturrahim dapat dieratkan

2. Mengadakan aktiviti berbentuk kempen atau ceramah berkaitan perpaduan seperti menerbitkan rencana di akhbar akhirnya masyarakat akan lebih memahami antara satu sama lain

6. STRATEGI MENJAWAB SOALAN DENGAN BERKESAN.

6.1 Jawapan yang boleh digunakan dalam banyak soalan.

6.1.1 Soalan mengenai faktor / punca / sebab berlaku sesuatu masalah buruk.

Contoh Soalan :

• Terangkan faktor berlakunya kejahilan, berlakunya kemiskinan ummah, faktor hilangnya jati diri ummah

• Sebab berlakunya rasuah / mencuri / manupulasi / monopoli / riba

• Jelaskan dua punca berlakunya perzinaan

Jawapan :

1. Kurangnya didikan agama menyebabkan mereka jahil tentang hukum melakukan perbuatan tersebut dengan itu mereka berani melakukannya tanpa rasa bersalah

2. Lemahnya iman kepada Allah SWT menyebabkan mereka tidak yakin dengan azab Allah SWT keatas orang yang melakukan perbuatan tersebut. Oleh itu mereka tidak takut kepada dosa perbuatan tersebut

3. Terpengaruh dengan pengaruh luar yang negetif seperti hiburan yang keterlaluan / kemewahan dunia / terpengaruh dengan kemewahan dan ingin cepat kaya tanpa melakukan usaha yang bersungguh-sungguh

1 Isi

1 Huraian

1 Huraian Kepada Huraian ( Contoh )

1 Kesimpulan

2 isi

2 Huraian

2 Kesimpulan

Page 16: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 15

6.1.2 Soalan mengenai faktor / punca berlaku sesuatu masalah.

Contoh Soalan :

• Jelaskan dua punca kegagalan mengamalkan kesaksamaan

• Punca berlakunya perpecahan

Contoh Jawapan

1. Wujudnya sikap mementingkan diri sendiri dalam segala keadaan

2. Perasaan bangga diri dengan kedudukan yang dimiliki dalam masyarakat menyebabkan mereka tidak suka bergaul dengan orang lain

3. Sering mengabaikan sikap prihatin terhadap orang lain menyebabkan mereka tidak mahu bergaul dengan orang lain

4. Enggan membantu orang lain seperti tidak mahu bersedekah dan berzakat

5. Kurang peka terhadap penderitaan dan kesusahan orang lain

6. Hilangnya semangat kerjasama antara satu sama lain dalam masyarakat

7. wujudnya sifat hasad dengki dan cemburu antara sesama insan dalam masyarakat

8. Kurangnya didikan agama menyebabkan mereka tidak tahun hukum perbuatan tersebut

6.1.3 Soalan mengenai cara mengatasi sesuatu masalah buruk

Contoh Soalan.

1. Cara memantapkan keimanan / memantapkan keperibadian muslim / meningkatkan kecemerlangan ummah

2. Cara mengatasi masalah rasuah / mencuri / manupulasi / monopoli / riba

Contoh Jawapan

1. Memberikan pendidikan agama dan penerapan nilai – nilai murni yang sempurna kepada anak-anak sejak dari kecil lagi

2. Menanamkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan sentiasa membaca buku-buku agama atau mengikuti ceramah agama dengan itu akan menyebabkan mereka takut untuk melakukan perbuatan tersebut

3. Menguatkuasakan undang-undang tanpa pilih kasih dengan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan tersebut

4. Mengadakan kempen secara berterusan tentang keburukan perbuatan tersebut melalui media massa atau ceramah

5. Memberi kesedaran tentang bahaya perbuatan tersebut melalui penerangan yang berkesan

6. Mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian

7. Membuat aduan kepada pihak yang berkuasa jika terlihat orang melakukan kesalahan tersebut dengan segara

8. Memberikan nasihat kpd orang yang terlibat dengan perbuatan tersebut supaya mereka insaf dan tidak lagi melakukan perbuatan tersebut.

6.1.5 Soalan mengenai kesan buruk apabila berlakunya sesuatu masalah

Contoh Soalan

• Kesan kejahilan ummah / Kesan perpecahan ummah / Kesan ketiadaan jati diri / Kesan ketiadaan jaminan keselamatan

• Kesan rasuah / gejala sosial / Riba / Monopoli / Manipulasi

Contoh Jawapan

1. Dibenci oleh Allah / berdosa kerana melakukan perbuatan yang dilarang

2. Dibenci oleh masyarakat kerana melakukan perbuatan yang boleh menggangu ketenteraman awam

3. hidupnya tidak tenang kerana takut perbuatannya diketahui oleh orang ramai

Page 17: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 16

4. Diri ketinggalan/ umat Islam mundur/ malas/ menghalang kemajuan

5. Melahirkan manusia yang berakhlak buruk/ mazmumah

6. Ekonomi umat Islam akan menjadi mundur

6.1.8 Soalan mengenai kesan baik melaksanakan perintah Allah

Contoh Soalan

• Kesan doa terhadap individu

• Faedah melaksanakan Perundangan Islam

• Kelebihan menghayati sifat Rabaniyyah

Contoh Jawapan :

1. Menjadikan seseorang itu ikhlas dalam menunaikan perintah Allah s.w.t. / sukarela

2. Menjadikan seseorang itu sentiasa bertawakal dalam setiap usaha / beriltizam

3. Menjadikan seseorang itu berfikiran berpandukan syariat / bukan mengikut hawa nafsu

4. Menjadikan seseorang itu memiliki kemantapan iman / tidak mudah dipengaruhi

5. Akan memupuk akhlak mulia yang mencerminkan keislaman

6. Mendapat keredaan Allah s.w.t / mendapat ketenangan hidup / jiwa / Aman damai

7. Meningkatkan keimanan kepada Allah/ patuh pada perintah Allah/ mengelak perbuatan maksiat

8. Di kasihi masyarakat/ mudah mendapat bantuan/ dihormati

9. Perpaduan dalam masyarakat menjadi kuat/ erat hubungan silaturrahim

6.1.9Soalan mengenai rahmat/ kebaikan/ keistimewaan/ keunggulan Islam

Contoh Soalan

• Keistimewaan Perundangan Islam

• Keistimewaan Ajaran Islam

• Keunggulan Sistem Sosial Islam

• Keunggulan Sistem Muamalah Islam

• Keunggulan al-Quran

Contoh Jawapan

1. Bersifat Rabaniyyah iaitu diciptakan Allah SWT melalui Quran dan hadis

2. Bersifat Syumuliyyah iaitu lengkap dan sempurna yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia samada dcari segi sosial, ekonomi, politik dan ibadat samada di dunia dan akhirat

3. Bersifat Alamiyyah iaitu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia tanpa mengira tempat, masa dan zaman

4. Bersifat Waqiiyyah iaitu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia tanpa mengira bangsa, keturunan dan warna kulit.

5. Bersifat murunah iaitu boleh berubah mengikut perubahan dan perkembangan hidup manusia tetapi tetap diatas prinsip asasnya.

6. Bersifat thabat iaitu kekal dan tidak berubah sehingga ke hari kiamat

Page 18: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 17

6.1.10 Soalan mengenai sumber sesuatu perkara dalam Islam

Contoh Soalan

• Sumber perundangan Islam / Sumber sistem kehakiman Islam / Sumber sistem sosial Islam / Sumber Penyelesaian

masalah dalam Islam

Contoh Jawapan

1. Al-Quran - Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril. Dalam bahasa Arab, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surat an-Nas. Membacanya merupakan Ibadat

2. As-Sunnah /al-Hadis – Segala pengakuan, perbuatan atau pengakuan Rasulullah s.a.w

3. Al-Ijmak – Persepakatan / persetujuan daripada sebilangan besar daripada ulamak mengenai sesuatu hukum baru yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran atau Hadis delepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w

4. Al-Qias – Menyandarkan hukum yang baru kepada hukum yang telah sedia ada, kerana mempunyai persamaan dari segi sebab / illat

7. JAWAPAN YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM BANYAK SOALAN

7.1 Pengertian wahyu / al-Quran

Kalam Allah SWT yang diturunkan kepada nabi dan rasul melalui perantaraan malaikat jibril atau secara langsung untuk membimbing kehidupan manusia di dunia

7.2 Peranan wahyu / alquran / hadis/ rasul / orang yang beriman / orang yang berilmu :

1. Mengajar manusia cara beribadat yang betul seperti cara menyembah Allah yang sebenar melalui solat lima waktu dengan itu ibadat tersebut diterima oleh Allah SWT

2. Mendidik manusia dengan akhlak yang mulia seperti cara menghormati ibu bapa oleh itu mereka akan dikasihi oleh Allah SWT

3. Membimbing manusia kearah kehidupan yang diredai oleh Allah SWT seperti mentaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan Allah SWT

4. Menerangkan berita gembira seperti balasan syurga kepada orang yang taat kepada perintah Allah SWT dan menerangkan berita buruk dengan balasan neraka kepada orang-orang yang derhaka

5. Menjelaskan perkara-perkara ghaib kepada manusia seperti pahala dan dosa dengan itu manusia akan menjauhi perbuatan yang boleh mendatangkan dosa seperti mencuri

7.3 Jelaskan cara memantapkan keperibadian muslim / Cara menghayati sifat rububiyyah / uluhiyyah / Ciri-ciri

muslim

1. Beriman dengan rukun iman seperti percaya kpd kitab al-quran dgn melaksanakan segala ajaran yg telah ditetapkan dalam al-quran

2. melaksanakan segala rukun Islam spt mengeluarkan zakat kpd org yg kurang berkemampuan

3. berakhlak dengan akhlak yang mulia seperti menghormati kedua ibu bapa

7.4 Peranan Akal

1. Untuk manusia berfikir dalam membezakan antara perkara kebaikan untuk diamalkan dan perkara buruk untuk ditinggalkan

2. Untuk manusia mengkaji tentang kebesaran Allah SWT melalui penciptaan alam ini

3. Untuk manusia mencipta peralatan moden yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan manusia

Page 19: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 18

4. Untuk manusia menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam kalangan manusia dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT

7.5 Cara bersyukur dengan wahyu / akal / al-Quran

1. Menggunakanya dgn baik dalam menyelesaikan masalah dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT

2. Menjagnya dgn baik daripada perkara-perkara yang merosakkanya seperti

3. Menyebarkan kebenaran wahyu kepada semua manusia agar dapat di manfaatkan / kembangkan potensi akal dengan sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan

7.6 Matlamat negara Islam / sistem sosial Islam / sistem kehakiman Islam / sistem sosial Islam

1. TEGAKKAN HUKUM ALLAH

2. TEGAKKAN KEADILAN

3. MELAKSANAKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

4. MENJAMIN KEBAHAGIAAN HIDUP

7.7 Syarat pemimpin / khalifah / hakim

1. Islam yg mukmim 2. lelaki 3. merdeka 4. baligh

7.8 ciri / sifat pemimpin / khalifah / hakim

1. berilmu 2. adil 3. bertanggungjawab 4.

7.9 Kepentingan qadha / fikah / ijtihad / fatwa

1. Untuk selesaikan masalah 2. Untuk mengelakkan perbalahan 3. Untuk mengelakkan manusia daripada berpegang dengan hukum ciptaan sendiri 4. Untuk memastikan hukum Islam sentiasa berkembang seiring dengan perkembangan hidup manusia.

7.10 Cara Islam menjaga nyawa / harta / keturunan / ketenteraman awam / agama ( Matlamat perundangan Islam ) manusia

1. mewajibkan umatnya 2. mengharamkan 3. mengenakan /menguatkuasakan

8. KAEDAH PNUEMONIC Sumber AHIQ Prinsip N. Islam SHAM Elemen pembentukan negara Islam RWKPUSK Konsep harta menurut Islam MAZUHA

Page 20: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 19

Etika Kerja Islam MIATT Matlamat Perundangan Islam MAKANKaH Perkara yang merosakkan Ibadat RUSMAH Cara Tingkatkan Kualiti Ibadat MUTII Tujuan Beribadat PLKPK Langkah penyelesaian masalah MPSUP Perlakuan dalam penyelesaian masalah NKTTM

9 PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN SEMASA MENJAWAB

• Tulis butiran diri dengan lengkap pada kertas jawapan seperti nombor kad pengenalan dan angka giliran.

• Baca keseluruhan arahan yang terdapat di luar dan di dalam kertas soalan dengan teliti dan cermat

• Tandakan soalan yang hendak dijawab dan boleh mendapat markah yang banyak.

• Perhatikan jumlah markah untuk memastikan jawapan yang sepatutnya diberi.

• Teliti dan fahami kehendak soalan dengan baik.

• Buat rangka jawapan dengan ringkas.

• Pastikan aspek jawapan yang perlu diambil perhatian ketika menjawab seperti bukan, tidak benar, kecuali dan sebagainya. ( kertas 1 )

• Jawapan hendaklah ditulis di kertas jawapan yang diberikan sama ada bahagian A atau B ( Untuk Kertas 1 ).

• Tulis nombor soalan dengan jelas dan teratur

• Jawapan untuk setiap bahagian perlu dibuat dalam halaman yang berlainan.

• Gunakan kertas helaian lain bagi setiap nombor soalan baru.

• Tinggalkan ruangan antara jawapan dengan jawapan seterusnya.

• Jawapan sebaik-baiknya dalam bentuk nombor, bukan dalam bentuk ayat yang berjela-jela.

• Jawapan hendaklah dalam bentuk point bukannya esei atau recana.

• Semak semula jawapan setelah selesai menjawab semua soalan.

• Sekiranya soalan perbezaan buatlah petak.

• Jawapan anda hendaklah mempunyai isi, huraian, contoh dan kesimpulan.

• Peruntukkan masa 10 minit untuk menyemak.

• Gunakan pen berdakwat biru atau hitam sahaja.

• Sila Jawab lebih dari soalan yang diminta.

• Pastikan semua dijawab sekalipun tidak dapat menjawab dengan tepat.

• Menjawab soalan dengan struktur bahasa penulisan yang boleh difahami.

Page 21: Disediakan Oleh :Disediakan Oleh - Tasawwur Islam · PDF file1 Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria ... Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. ... buku dan sebagainya 2

Strategi Menjawab Tasawwur Islam Dengan Berkesan

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria 20

10 KELEMAHAN YANG PERLU DIHINDARI

• Jawapan tidak lengkap / terlalu ringkas.

• Jawapan berbelit-belit.

• Tidak cermat memilih dan memahami kehendak soalan.

• Lemah dalam memahami sesuatu istilah.

• Tidak dapat menulis istilah tertentu dengan betul.

• Tidak mengikut panduan markah yang diberikan.

• Isi jawapan yang berulang-ulang atau sama maksud.

• Tertinggal ceraian jawapan.

• Jawapan diberi tidak mengikut kehendak soalan.

• Jawapan yang diconteng dengan liquid paper dan tidak ditulis semula.

• Tulisan yang tidak boleh dibaca dengan jelas oleh pemeriksa.

• Menggunakan bahasa pasar atau daerah.

• Jawapan terlalu ringkas / kurang daripada yang diminta.

• Tiada nombor soalan.

• Tiada perenggan / ruang antara satu soalan dengan soalan lain.

11. PENUTUP.

Teknik menjawab dengan berkesan sudah pasti akan dapat membantu para pelajar untuk mencapai kejayaan. Ulangkaji

tanpa teknik menjawab yang berkesan tidak memadai. Teknik menjawab yang berkesan tanpa ulangkaji yang berterusan

tidak berguna. Oleh itu, ulangkaji yang berterusan dan teknik menjawab yang berkesan insyaallah menjamin kejayaan yang

cemerlang.