berniaga adalah satu sunnah yang sudah dilupakan oleh sesetengah orang

31
Berniaga adalah satu sunnah yang sudah dilupakan oleh sesetengah orang. Disebabkan orang kita dah biasa dengan makan gaji, bila kita nak memulakan perniagaan, pelbagai tanggapan akan timbul, contohnya : "Hidup sederhana sajalah, buat apa nak kejar kekayaan..." "Bersyukurlah dengan apa yang ada..." "Kalau kaya jutawan tapi hati tak tenang, lupa Tuhan buat apa..." "Cukup lah dengan harta yang ada, buat apa nak kumpul lagi, bukan boleh bawa mati..." "Meniaga tu sebab nak kaya cepat lah tu" Menjadi usahawan ialah salah satu karier yang dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Nabi Muhammad SAW untuk pengetahuan anda adalah seorang usahawan berjaya. Tapi disebabkan ramai yang mengetahui sirah Baginda sebagai businessman di samping seorang pemimpin agama, negarawan, pendakwah dan sebagainya. Rasulullah SAW telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke negeri Syam (kini Syria) semasa berusia 12 tahun mengikuti Abu Talib menjalankan urusan perniagaan di sana. Dari situ Rasulullah SAW belajar selok belok perniagaan sehingga Baginda diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain. Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya: Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29) Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11) Kenapa Allah menyebut perniaagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul. “9/10 daripada harta ialah dari hasil berniaga” (HR Tirmizi) Ramai yang salahfaham tentang konsep berniaga. Berniaga bukan bertujuan untuk mengumpul harta (Ya, ia menjadi begitu sekiranya si peniaga berniat begitu). Allah berfirman:

Upload: fizah

Post on 27-Sep-2015

60 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sivik

TRANSCRIPT

Berniaga adalah satu sunnah yang sudah dilupakan oleh sesetengah orang. Disebabkan orang kita dah biasa dengan makan gaji, bila kita nak memulakan perniagaan, pelbagai tanggapan akan timbul, contohnya :

"Hidup sederhana sajalah, buat apa nak kejar kekayaan..."

"Bersyukurlah dengan apa yang ada..."

"Kalau kaya jutawan tapi hati tak tenang, lupa Tuhan buat apa..."

"Cukup lah dengan harta yang ada, buat apa nak kumpul lagi, bukan boleh bawa mati..."

"Meniaga tu sebab nak kaya cepat lah tu"

Menjadi usahawan ialah salah satu karier yang dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Nabi Muhammad SAW untuk pengetahuan anda adalah seorang usahawan berjaya. Tapi disebabkan ramai yang mengetahui sirah Baginda sebagai businessman di samping seorang pemimpin agama, negarawan, pendakwah dan sebagainya.

Rasulullah SAW telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke negeri Syam (kini Syria) semasa berusia 12 tahun mengikuti Abu Talib menjalankan urusan perniagaan di sana. Dari situ Rasulullah SAW belajar selok belok perniagaan sehingga Baginda diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain.

Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya:

Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)

Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)

Kenapa Allah menyebut perniaagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.

9/10 daripada harta ialah dari hasil berniaga (HR Tirmizi)

Ramai yang salahfaham tentang konsep berniaga. Berniaga bukan bertujuan untuk mengumpul harta (Ya, ia menjadi begitu sekiranya si peniaga berniat begitu).

Allah berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (4:29)

Bermakna berniaga itu adalah sesuatu yang mesti dilakukan atas dasar suka sama suka dan tidak menipu atau menindas orang lain. Kepada siapa mesej ini diberikan? Adakah kepada Ah Chong? Tentu tidak sebab ia adalah ayat al-Quran yakni panduan kepada orang Islam. Nyatalah Islam sendiri menyuruh kita menjalankan perniagaan.

Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula dengan jual beli dari mengingati Allah, dan dari menunaikan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang bila hati dan penglihatan digoncangkan.(24:37)

Malah Rasulullah SAW pernah bersabda tentang kemuliaan seorang peniaga.

Di sini dinyatakan bahawa sifat yang tercela ialah bila dilalaikan oleh perniagaan hingga lupa pada Allah, dan tidak membayar zakat. Bermakna berniaga adalah satu perkara yang utama selagi tidak melupakan Allah dan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti menunaikan zakat. Memang jadi masalah kalau dah mula berniaga, dah untung mula rasa diri best, nak keluarkan zakat rasa sayang, takut habis pula harta. Sedangkan Allah sudah berjanji dalam ayat seterusnya dalam surah di atas:

Mereka mengerjakan itu supaya Allah memberi balasan kepada mereka denganyang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah kurnia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakinya tanpa batas (24:38)

Bermakna semakin kita jujur dalam perniagaan, semakin kuat pergantungan kita kepada Allah, semakin banyak kita infak harta, semakin banyak kurniaan-Nya kepada kita.

Jelas kan rezeki Allah itu dari secupak boleh jadi bercupak-cupak?

Berbalik kepada komen-komen bernas dari mereka-mereka yang tidak menyokong perniagaan di atas Mencari dan memiliki harta itu adalah dituntut dalam Islam. Buktinya banyak surah yang menyebut tentang jihad dengan HARTA DAN JIWA. Jiwa memang kita sedia miliki selagi kita belum mati. Harta?

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dengan tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar imannya (49:25)

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk & tidak turut berperang dari kalangan orang-orang yang beriman (selain daripada orang-orang yang ada keuzuran) dengan orang-orang yang berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (sebab uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satunya Allah menjanjikan dengan balasan yang baik, dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (sebab uzur) dengan pahala yang amat besar (4:95)

Berjuang yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di atas bukanlah tertakluk kepada jihad berperang semata-mata, malah mencakupi setiap sudut kehidupan (rujuk Tafsir Ibnu Kathir).

Kenapa kita perlu memiliki harta?

1. Dengan harta kita boleh mengeluarkan zakat, sedekah dan membantu sesama Islam. Contoh mudah, kenapa dakwah agama lain (contohnya Kristian) lebih berkesan dari dakwah Islam? Kenapa orang Islam yang murtad dengan gembiranya mengumumkan keluarnya mereka dari Islam sedangkan orang agama lain yang masuk Islam takut-takut? Salah satunya kerana dana dan support mereka begitu besar dan banyak diuruskan badan2 NGO sedangkan dana umat Islam biasanya diurusakan oleh badan2 kerajaan sahaja.2. Harta boleh digunakan untuk membangun agama. Nak buat sekolah agama kita terpaksa ke sana sini, kerah anak murid untuk minta derma (walaupun dalam bentuk jual kalendar dan kismis). Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke skolah agama tidak semua mampu untuk memberi sponsor membangunkan sekolah. Berbeza dengan sekolah Cina contohnya (bukan bermaksud nak membezakan kaum, sekadar contoh dan perbandingan), dana yang dikutip dari ibu bapa pun dah cukup nak buat bangunan sekolah.3. Ketiadaan harta (fakir) boleh mendekatkan kita kepada kekafiran (sabda Rasulullah). Ia memang benar-benar terjadi. Bila terjebak dalam desakan hidup, manusia sanggup buat apa saja, malah sanggup jadi pelacur untuk sesuap nasi.4. Harta untuk penyebaran dakwah Islam. Sekarang ni zaman semuanya kena dibeli. Kalau tak ada duit, bagaimana kita nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk sebarkan dakwah? Kalau duit sekadar cukup untuk kita makan anak beranak, bagaimana nak bantu jiran sebelah?5. Pemilikan harta supaya kita boleh beribadah dengan tenang. Bayangkan kalau kita tak ada rumah, tinggal dalam kotak, anak menangis tak ada susu (ni kes maknya tak ada ilmu breastfeed & tak ada duit nak beli buku atau pergi kursus), lepas tu kita pula lapar tiada makanan. Macamana kita nak beribadah dengan tenang? Nak solat pun mungkin terganggu dengan kelaparan dan tangisan anak. Apa lagi nak bersedekah, nak berbaik2 dengan jiran dan sebagainya.6. Suara kita tidak didengar bila kita miskin. Bayangkan kita dengan niat nak berdakwah tapi kita tak ada duit langsung. Pergi ke rumah orang disangka nak mintak derma. Bila ada kes kecurian ke orang mudah menuduh kita oleh sebab kita miskin. Bila kita nak beri pendapat dalam meeting RA orang taknak dengar sebab kita tak ada pengaruh. Bukankah itu sesuatu yang sukar?Rasulullah miskin? Tidak, Baginda seorang yang kaya. Cuma hidup yang dijalaninya tidak seperti orang-orang kaya. Tak ada rumah banglo, tak ada home theatre, tak ada karpet tenggelam kaki, tak ada baju branded tapi cuba lihat bila Baginda keluar berjuang, contohnya berperang. Baju perang, pedang Baginda adalah dari yang terbaik, kuda2 perang dari jenis yang terbaik. Makna kata seluruh harta Baginda digunakan untuk memperjuangkan Islam, bukan membuncitkan perut sendiri. Malah Baginda Rasulullah pernah mengikat batu2 ke perutnya untuk menahan lapar.

Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta:

Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah

Jadi nyatalah amat besar perkaitan antara ketakwaan dan pemilikan harta. Harta itu boleh menjadi satu medium yang sangat kuat dalam perjuangan dan boleh juga jadi punca kemurkaan Allah seperti yang terjadi kepada Firaun dan Qarun.

Jika diteliti sunnah-sunnah Rasulullah dan ayat-ayat cinta dari Al-Quran, harta dan hasil perniagaan adalah alat-alat untuk menyampaikan kita kepada Allah. Namun itu tertakluk kepada sejauh mana hubungan kita dengan-Nya pada peringkat awal. Harta dan perniagaan juga boleh jadi pintu ke neraka sekiranya ia makin menjauhkan kita dengan-Nya.

Jadi penuhilah tuntutan agama untuk berjihad dengan sebenar-benar jihad. Jihad itu bukannya dengan menawarkan diri untuk menjadi suicide bomber. Kita lihat kebangkitan Islam di zaman Rasulullah bermula dengan pembinaan akidah, bukan terus memerangi orang kafir Quraisy. Zaman sekarang ni lebih teruk lagi keadaannya dari zaman Jahiliyah. Orang Jahiliyah sekurang-kurangnya ada pedoman hidup juga dari Tuhan mereka (yang dipanggil Latta dan Uzza) tapi sekarang ni ramai orang dah tak bertuhan. Orang Jahiliyah bunuh anak perempuan kerana rules dalam bangsa mereka, orang sekarang bunuh saja anak apa-apa pun sebab hasil zina. Eh, bukan hasil zina pun kena bunuh juga (kes dera). Orang Jahiliyah kuat ikatan kekeluargaannya mengikut kabilah2 tertentu. Orang sekarang, dengan mak bapak pun buat musuh.

Perniagaan merupakan salah satu cabang untuk menjana pendapatan dan ekonomi harian tidak kira bagi pihak individu atau berkumpulan. Malah, dalam Islam sendiri telah menyatakan bahawa perniagaan adalah 9/10 daripada pintu rezeki. Sedikit sebanyak hal ini telah menggambarkan bahawa perniagaan boleh menjadi satu peluang kepada kita untuk mencari rezeki. Yang penting, perlu ada modal dan usaha untuk mengembangkan perniagaan. Akan tetapi, perlu diingat bahawa perniagaan bukan mahu mengejar keuntungan semata-mata kerana dalam perniagaan kerugian juga menjadi satu lumrah. Islam sendiri ada menggariskan tujuan perniagaan mengikut perspektif Islam iaitu untuk memperbesar dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Oleh itu, dalam perniagaan, kita perlulah senantiasa mencari keredhaan ALLAH SWT iaitu dengan cara menetapkan niat yang betul serta menjalankan perniagaan dengan sebaik-baiknya. Selain itu, dalam perniagaan juga, ada etika yang perlu dipatuhi. Tujuan etika perniagaan tidak lain tidak bukan untuk memastikan para peniaga Muslim khususnya, menghindarkan sifat-sifat yang keji lantas sentiasa mengamalkan sifat-sifat terpuji sepanjang menguruskan perniagaan. Apakah yang dimaksudkan dengan sifat-sifat terpuji ini? Ianya adalah seperti berikut:

Jujur dan Amanah Jangan Menipu

Jujur dan amanah!! Itulah sifat utama yang perlu ada pada seorang peniaga Muslim. Seseorang peniaga yang menipu dalam jualannya tidak selamanya akan terus memperoleh keuntungan. Masyarakat pada hari ini semakin bijak menilai dan menganalisis pastinya akan dapat menghidu penipuan yang dijalankan. Akhirnya, kerugian akan berpatah balik kepada peniaga kerana kepercayaan para pembeli semakin berkurangan. Maka atas sebab itu, Islam telah mengunjurkan agar setiap Muslim yang menjalankan urusniaga mestilah bersifat jujur dengan perniagaannya. Jangan sesekali menjual barangan yang telah rosak, menipu sukatan atau timbangan, menjual sesuatu dengan mengambil keuntungan yang sangat besar sehingga menyukarkan pembeli dan sebagainya. Dari segi amanah pula, seseorang peniaga Muslim tidak sepatutnya berbuat seleweng demi meraih keuntungan semata-mata. Aktiviti jual beli yang diselangi dengan perbuatan pecah amanah hanya merugikan kedua-dua belah pihak. Pecah amanah ini seringkali berlaku kepada syarikat-syarikat besar yang mana ada dalam kalangan ahlinya yang membocorkan rahsia syarikat kepada pihak-pihak berkepentingan. Apa yang boleh diperkatakan, pecah amanah boleh berlaku disebabkan sifat tamak yang membuak-buak dalam diri. Berpunca daripada ini juga, boleh timbul permasalahan yang lain seperti rasuah dan sebagainya. Sayangnya, ramai peniaga Muslim pada hari ini yang bersikap tidak sabar dan gelojoh untuk meraih keuntungan dalam perniagaan sehingga ada dalam kalangan mereka yang sanggup menipu dan memperdaya para pengguna. Dalam Al-Quran dengan jelas telah menyebut dan mengangkat martabat orang-orang yang bersikap jujur iaitu melalui Surah al-Taubah ayat 119 yang bermaksud;

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang jujur.

Melalui ayat ini, dengan jelas telah menunjukkan kepada kita bahawa kejujuran itu merupakan sifat yang penting dan terpuji serta patut diamalkan bukan hanya dalam konsep perniagaan sebaliknya juga dalam hal-hal kehidupan seharian.

Hindari Riba

Apa itu riba? Mengikut pengertian Syarak, riba ialah akad bagi sesuatu pertukaran barang-barang yang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan Syarak ketika akad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya. Pasti masih ramai para peniaga Muslim yang belum mengetahui tentang konseptual riba dengan lebih mendalam. Tetapi, apa yang boleh diperkatakan adalah riba merupakan suatu perbuatan yang diharamkan oleh ALLAH SWT untuk diamalkan dalam perniagaan. Firman ALLAH SWT dalam Al-Quran yang bermaksud;

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian adalah disebabkan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal ALLAH SWT telah menghalalkan jual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada ALLAH SWT. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah, 2:275)

Konsep riba pada hari ini dilihat semakin berleluasa tidak kira dalam perniagaan yang kecil mahupun yang besar dan tidak dinafikan begitu ramai dalam kalangan peniaga Muslim juga terlibat dengan amalan riba. Perlu diketahui bahawa riba terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Riba Al-Fadhl, Riba Al-Yad, dan Riba Al-Nasiah.

Riba Al-Fadhl

Riba jenis ini bermaksud riba yang dibayar lebih kepada sesuatu pihak yang menukarkan barang. Sebagai contoh, satu kilo beras mahsuri ditukarkan dengan satu kilo beras yang lain iaitu berlainan jenis dan kualiti.

Riba Al-Yad

Riba yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis akad jual beli. Contohnya, seseorang individu yang berakad sebanyak RM50.00 tetapi apabila diluar akad dibayar RM60.00.

Riba Al-Nasiah

Riba Al-Nasiah adalah riba yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya. Mengambil contoh pinjaman yang dilakukan hanyalah sebanyak RM100.00 tetapi yang perlu dibayar semula adalah berjumlah RM120.00.

Oleh itu, para peniaga Muslim perlulah menjauhi amalan riba dalam menjalankan perniagaan masing-masing. Riba tidak langsung menguntungkan malah hanya memudaratkan serta turut mengundang dosa dan balasan seperti yang telah disebutkan di dalam Al-Quran Al-Karim. Riba juga hanya akan menyukarkan dan menindas pihak pembeli atau pengguna kerana mereka perlu membayar lebih untuk mendapatkan sesuatu keperluan. Dalam situasi yang lain, riba boleh dikategorikan sebagai satu pemerasan dan penindasan terhadap orang-orang miskin kerana mereka akan terus terbeban untuk menjelaskan hutang sedia ada disebabkan bunga yang sentiasa bertambah apabila hutang lambat dibayar. Konklusinya, hindarilah riba!! Riba hanya akan mendorong pelakunya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam sangat menekankan agar umatnya senantiasa berusaha dan bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal dan berkat.

Saling Redha-Meredhai

Perniagaan yang baik adalah perniagaan yang mempunyai elemen saling redha meredhai antara satu sama lain iaitu antara penjual dengan pembeli. Dalam erti kata lain, jual beli yang dijalankan secara paksa adalah tidak dibenarkan sama sekali. Setiap pembeli mempunyai hak untuk membeli dan keputusan untuk membeli atau tidak sesuatu barangan terletak kepada mereka. Maka, adalah tidak wajar sama sekali sekiranya seseorang penjual memaksa orang lain untuk membeli barangan yang dijual. Bukan itu sahaja, paksaan juga boleh menimbulkan pergaduhan dan perselisihan antara kedua-dua belah pihak. Persoalannya, mengapakah elemen saling redha-meredhai penting dalam diri setiap peniaga dan pembeli? Hal ini demikian kerana, Firman ALLAH SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud;

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (atau ambil) harta orang lain secara batil (tidak sah) melainkan melalui perniagaan (yang dilakukan secara) redha-meredhai antara kamu. (Al-Nisa, 4:29)

Bagi mencapai sifat redha-meredhai, para peniaga dan pembeli juga seharusnya mempunyai satu sikap lain iaitu boleh bertolak ansur sesama sendiri. Umumnya, tawar-menawar sudah menjadi satu kebiasaan dalam perniagaan di antara pihak penjual dengan pihak pembeli. Oleh itu, kedua-dua belah pihak perlu mengetahui akan had atau batas dalam tawar-menawar. Sekiranya boleh, tidak menjadi masalah untuk para peniaga bertolak ansur dengan memberikan harga yang lebih rendah dan berpatutan seperti yang ditawarkan oleh pembeli. Akan tetapi, pihak pembeli juga seharusnya sedar supaya mereka tidak meminta harga yang terlalu rendah kerana boleh mendatangkan kerugian kepada pihak peniaga. Oleh itu, bermula daripada sinilah perlunya sikap bertolak ansur antara satu sama lain dan hasil daripada bertolak ansur tersebut boleh menimbulkan rasa saling redha-meredhai antara penjual dengan pembeli sekiranya proses jual beli tersebut berlaku.

Tujuan Islam menekankan konsep saling redha-meredhai antara satu sama lain adalah untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak yang akan tertindas. Perniagaan sepatutnya berjalan dalam suasana yang harmonis dan boleh memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Perlu difahami bahawa konsep perniagaan sangat luas. Perniagaan boleh juga diklasifikasikan sebagai suatu kontrak iaitu kedua-dua belah pihak yang berkontrak mestilah mendapat keuntungan masing-masing. Sikap redha-meredhai adalah bertujuan menghindarkan rasa tidak puas hati dan tertipu yang berkemugkinan boleh berkembang menjadi suatu masalah yang lebih besar.

Jauhi Sikap Tamak!!

Tamak merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh setiap peniaga Muslim. Sikap tamak hanya akan memakan diri sendiri. Setiap peniaga Muslim perlu berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan rezeki. Peluang yang datang dalam perniagaan seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya. Namun perlu diingat, janganlah sesekali kita mengambil hak atau peluang orang lain dalam perniagaan dengan niat untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda. Pepatah Melayu ada menyebut, orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang. Hakikatnya, pepatah ini adalah benar.

Jauhilah sikap tamak sebaliknya amalkanlah sikap bantu-membantu antara satu sama lain. Bantu-membantu antara para peniaga dengan para peniaga atau para peniaga dengan pembeli sudah pasti dapat menyuburkan lagi ekonomi semasa dan perniagaan juga akan bertambah baik. Sebagai seorang peniaga Muslim, kita perlu sentiasa berusaha dan percaya bahawa rezeki ditentukan oleh ALLAH SWT. Sekiranya kita berusaha dengan cara yang baik, InsyaALLAH kita akan memperolehi rezeki yang baik. Jika sebaliknya berlaku, kita juga boleh memperoleh rezeki tetapi fikirkanlah tentang status rezeki yang diperolehi sama ada halal atau haram.

Perlu diketahui, perniagaan merupakan suatu pekerjaan yang amat diredhai oleh ALLAH SWT sekiranya diuruskan dengan betul dan baik. Dalam perniagaan juga, untung dan rugi menjadi satu risiko yang biasa. Bagi mana-mana peniaga Muslim yang telah menjalankan perniagaan dengan sebaik-baiknya, tetapi masih mengalami kerugian, jangan sesekali berputus asa. Teruskan berusaha dan berikhtiar untuk memajukan perniagaan anda kerana usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil pada masa akan datang. Elakkanlah daripada bersikap tamak dan gelojoh serta hindarkanlah konsep riba dalam perniagaan anda. Masih banyak cara dan strategi berkesan yang boleh diguna pakai bagi mengembangkan lagi perniagaan yang anda usahakan. Berniagalah dengan mengikut pandua-panduan yang telah digariskan oleh Islam kerana sudah pasti tidak akan membawa kepada kerugian sebaliknya boleh membawa kejayaan kepada anda baik di dunia mahupun di akhirat nanti. Semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan rahmat daripada-Nya. InsyaALLAH.

7 tips memajukan perniagaan

Setiap perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi, agar perniagaan itu terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang ringgit yang dikeluarkan. Namun, tidak semua perniagaan yang diusahakan mampu menetapkan jumlah pelanggan di dalam atau di luar negara. Tidak kira sebarang jenis perniagaan yang dijalankan samada melibatkan penjualan produk, servis, nasihat dan sebagainya. Kecekalan dan semangat yang kental sangat diperlukan bagi memastikan cita-cita yang diimpikan tercapai. Perniagaan ini bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Kerana ia mengambil masa dan memakan tempoh yang agak panjang. Sambutan pelanggan dalam perniagaan yang dijalankan mempunyai beberapa cara untuk dicapai.

Beberapa tips ini perlu diamalkan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan menjanjikan pulangan yang lumayan dan memberangsangkan. Perkara pertama yang perlu kita amalkan adalah tips untuk mempelajari tentang keadaan kawasan yang menjadi tempat untuk memulakan perniagaan. Jika kita memulakan perniagaan yang padat dengan penduduk dan menjadi pusat pentadbiran, hasilnya akan positif. Sebaliknya jika kita membuka perniagaan di kawasan kampung yang tiada kemudahan dan sambutan ramai maka, perniagaan kita tidak akan bertahan lama.

Mengkaji tentang suasana dan kedudukan

Kita perlu mengkaji tentang latar dan faktor kedudukan tempat baru itu. Jika ia merupakan kawasan yang didiami pelajar dan pekerja, membuka kedai dobi adalah cadangan yang baik. Kerana golongan seperti ini lebih cenderung untuk menghantar pakaian yang kotor kedai dobi dari dicuci sendiri. Jangan pula di kawasan seperti itu kita mulakan dengan perniagaan besi buruk dan barang kitar semula. Selain itu, kawasan seperti ini juga sesuai dibuka perniagaan makanan dan minuman. Kerana pelajar dan pekerja sentiasa memerlukan tenaga untuk pergi belajar dan pergi bekerja. Katakan juga keinginan untuk memulakan kedai alat tulis dan perkhidmatan potostet di kawasan yang sama. Pendek kata, sesuatu kawasan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Kerana perniagaan ini bukan untuk suka-suka dan main-main, sebaliknya sesuatu yang serius dan berat.

Mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai

Tips yang seterusnya adalah mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai. Bukan sekadar seorang yang mempunyai wang untuk dilaburkan sahaja. Setidak-tidaknya minat dan hobi pada benda yang sama akan menampakkan lagi usaha yang dijalankan. Kerana manusia tidak akan jemu dan bosan melakukan sesuatu yang menjadi kegemaran mereka. Katakan Yusri dan Lisa mempunyai minat yang sama dalam bidang penerbitan dan periklanan. Jadi, mereka telah bersetuju dan melaburkan sejumlah wang untuk memulakan perniagaan ini di sebuah kawasan yang menjadi tumpuan. Kerana minta dan pendapat dalam bidang yang sama sangat tinggi, perniagaan mereka semakin maju. Kerana masing-masing memberi komitmen yang baik dalam perniagaan ini. Bukan hanya seorang sahaja yang perlu bekerja, sebaliknya kedua-dua belah pihak rakan kongsi ini. Pendek kata, perniagaan mereka maju kerana minat dan hobi dalam bidang yang sama.

Bermula secara kecil-kecilan

Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga jutaan ringgit. Sekadar sebagai hobi dan minat untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendatan sambilan sudah memadai. Contohnya Pak Abas yang menjalankan perniagaan menjual kerepek di kampungnya. Perniagaan ini adalah perniagaan warisan daripada ayahnya dahulu. Jadi, Pak Abas membantu ayahnya yang telah tua kerana sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat lagi. Semakin lama, minatnya telah mendalam dalam dunia perniagaan dan dia menguruskan sepenuhnya perniagaan ini selepas kematian ayahnya. Pada awal penglibatan dalam dunia penjualan kerepek, arwah ayah Pak Abas berniaga dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas Pak Abas mengambil alih, dia telah membuat pinjaman dengan bank untuk mendirikan sebuah kilang pembuatan kerepak yang terletak di belakang rumahnya. Pendapatanya semakin maju tambahan pula semasa musim perayaan dan juga musim perkahwinan. Kerana Pak Abas telah mendapat pengalaman yang banyak semasa membantu arwah ayahnya dahulu. Kini, Pak Abas telah mendirikan lima buah kilang di daerah dalam negerinya.

Mengupah pekerja yang boleh dipercayai

Setelah mempunyai kedudukan yang baik dalam perniagaan yang diceburi, pasti kita ingin meluaskan perniagaan itu. Katakan perniagaan kedai pakaian lelaki dan wanita. membuka cawangan baru memerlukan lebih ramai perkerja untuk menguruskannya. Maka, kita perlu mengupah orang yang boleh dipercayai untuk memastikan perniagaan yang diusahakan selama ini tidak dirosakkan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan kita. Mungkin kita boleh mengupah jiran yang telah lama kita kenali sebelum memulakan perniagaan itu atau juga mengupah kawan-kawan yang sudah kita maklum dengan hati budi mereka. Jika tidak, perniagaan kita akan musnah berikutan ada pihak yang iri hati dengan kesenangan dan kemewahan yang kita capai. Oleh sebab itu, kita perlu menjalin perhubungan yang baik dan tidak bermusuh dengan semua orang agar kita juga selamat dan perniagaan kita terus maju.

Mempunyai strategi yang berkesan

Selain itu, untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, kita juga perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan sahaja perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna. Jika tidak impian itu akan musnah di pertengahan jalan. Contohnya memulakan perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi. Dalam dunia yang serba canggih dan maju ini, kita sering dihantui dan dibayangi dengan pelbagai wabak penyakit yang disebabkan penyalahgunaan bahan kimia industri, wabak penyakit yang disebabkan bahan kimi berlebihan dalam bekalan makanan seperti sayur dan wabak penyakit berjangkit yang mudah disebarkan melalui migrasi manusia atau haiwan. Wabak penyakit berbahaya memang sukar untuk diubati, tetapi kita masih mempunyai peluang untuk mencegahnya. Maka, perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi sentiasa mendapat sambutan yang baik kerana kita tidak mampu menjangka saat kita akan ditimpa penyakit. Perniagaan ini adalah perniagaan yang mampu memberi keuntungan kepada pengusaha. Masyarakat hari ini juga semakin bijak untuk menentukan ubat yang berkesan bagi penghalang penyakit merebak.

Mendengar dan mengikuti kemahuan pelanggan

Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu adalah pelanggan dan orang ramai. Maka, hasrat dan kemahuan mereka perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak, pelanggan akan lari dan kita yang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak mereka. Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan kita sesuatu yang baru untuk dicuba dalam dunia perniagaan itu. Contoh yang paling rapat dengan masyarakat adalah perniagaan francais iaitu McDonalds, yang berjaya meluaskan perniagaan ke serata dunia. McDonalds di India telah menyediakan menu khas bagi penduduk India dengan menyediakan burger ayam. Mereka telah tampil dengan Chicken Maharaja Mac, kerana meraka tidak boleh memakan daging. Selain itu, di Itali pula, mereka telah menyediakan burger yang disajikan dengan daging khinzir. Di Norway pula, burger telah disajikan dengan kepingan daging ikan salmon yang menjadi kegemaran penduduknya. Manakala di Thailand, ia juga disajikan dengan memasukkan perisa tomyam yang disesuaikan dengan selera pelanggan. Tidak kurang hebat juga dengan McDonalds di Malaysia.

Bersedia untuk memulakan perniagaan yang besar

Perniagaan yang semakin maju menjadi idaman semua usahawan. Tetapi adakah kita sudah bersedia untuk memulakan perniagaan ke peringkat yang seterusnya? Kejayaan kita mampu diukur setelah kita melihat dan merasakan sambutan yang diterima ramai orang. Katakan dulu Iqbal hanya menjual laksa dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas 5 tahun bersusah-payah, dia telah mengumpul wang yang banyak dan membuka sebuah kedai laksa bersama adik lelakinya. Memang cita-cita Iqbal untuk membuka sebuah kedai laksa daripada resipi arwah ibunya. Dia telah bersedia dengan sepenuhnya. Dengan pembukaan kedai baru itu, Iqbal menjadi semakin bersemangat untuk bekerja dan juga untuk merubah masa depannya. Semakin hari, perniagaannya semakin maju. Kerana Iqbal sudah mempunyai pelanggan tetap selama 5 tahun sepanjang dia berniaga menaiki motorsikal roda tiga.

Secara kesimpulannya, tips ini perlu diamalkan agar perniagaan yang kita ceburi itu menampakkan hasil dengan titik peluh yang dikorbankan. Kegagalan dan jatuh bangun dalam perniagaan adalah lumrah dan kita perlu bersedia dengan semua kemungkinan yang bakal tiba. Sekali jatuh bukan bermakna kita akan jatuh selamanya. Jadikan perkara ini sebagai pembakar semangat. Pokok pangkal untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah minat yang mendalam, kegigihan dan juga usaha yang tidak pernah kenal penat lelah. Dalam erti kata yang mudah, setiap usaha yang kita lakukan pasti akan membuahkan hasil apabila tiba masanya nanti. Berusaha dan terus berdoa agar urusan kita dipermudahkan-Nya.

TIP-TIP USAHAWAN. RAHSIA BESAR RASULULLAH

Tidak Pernah Berdebat

Rasulullah tidak suka pada perdebatan bila menjalankan perniagaan. Bezakan dengan usahawan zaman kita sekarang ini. Mungkin ada yang bersifat macam Rasulullah, bersabar dan tidak suka berdebat tetapi jumlahnya terlalu kecil. Kalau boleh, kita saja nak menang. Ini penyakit hati.

Teknik Menjual Yang Unik

Ini memang unik. Rasulullah tidak seperti usahawan sekarang. Baginda sangat bijak mengambil hati pelanggan dengan nilai-nilai murni. Baginda tidak hanya memikirkan untung semata-mata tetapi lebih kepada tackle hati pelanggan. Baginda hanya memberitahu pelanggan harga pokok sahaja dan terpulanglah pelangga mahu letak berapa. Kita ada ke nak buat macam ini? Payah (termasuk saya)

Tetap Dengan Senyuman

Murah senyuman. Baginda mempunya peribadi yang sangat terpuji. Wajah baginda sentiasa lembut dan manis melayan pelanggan dengan bersabar. Bandingkan dengan usahawan zaman sekarang, termasuk diri kita. Jauh bezanya ya kita dengan sifat Banginda. Baginda sangat bijak memikat hati pelanggan dengan akhlak yang indah. SubhanaAllah.

Bersikap Jujur

Tip usahawan yang senang untuk kita dengar tapi percayalah susah untuk dilakukan kalau tiada iman pada Allah yang kuat dan percaya yang rezeki itu datangnya daripada Allah bukan manusia. Saya beri contoh, cuba lihat sahaja perniaga di pasar malam. Menjual ikan, lapisan atas semua ikan segar-segar tetapi rupanya di lapisan bawah ikan busuk. Bila pelanggan kata beri 1 kg, mereka akan ambil yang lapisan bawah tanpa pelanggan sedar. Dari mana mahu mendapat keberkatan dalam perniagaan dan bagaimana mahu menjadi usahawan berjaya seperti Rasulullah? Fikir

Tidak Mengejar Harta Semata-mata

Kalau harta yang kita mahukan semata-mata, itu sahajalah yang Allah akan berikan. Tapi, Baginda tidak seperti itu. Baginda ada niat lain bila berniaga. Baginda mengukuhkan potensi dan kedudukan Baginda dengan menjalankan perniagaan yang baik dengan niat untuk mendapatkan modal daripada orang-orang kaya untuk tujuan mengembangkan perniagaan Baginda dan mengukuhkan nama Islam itu sendiri. Bukan untuk kepentingan diri semata-mata. Kita? Ramai yang mahu mewah untuk tuntutan hidup sendiri sahaja.

Cari Keuntungan Maksimum Dengan Jujur

Di dalam hadis sahih riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum , lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu kezaliman untuk para peniaga. Maksudnya tidak salah kalau kita menaikkan harga untuk mendapat keuntungan 100% asalkan tidak melanggar etika berniaga. Jujur saya cakap, sekarang ni saya buat dropship dan ada sesetengah produk yang saya berjaya kaut keuntungan 100%. Usahawan kecil tapi otak kena cepat sikit kot, tapi saya pastikan saya tidak menjual produk bertentangan dengan agama dan jalankan urusan jual beli dengan jujur. Jangan sesekali jual produk yang tidak elok kualitinya untuk dapat keuntungan tapi gunalah strategi perniagaan berkesan yang lain. Buat research sendiri ok.

Rasanya ini sahaja perkongsia saya sebagai usaha untuk menang dalam Peraduan Keyword Contest Usahawan Kecil #1 2013 yang saya dah terlambat join pun sebenarnya. Dah nak habis tempoh dah pun. hahahaha!! Tapi, tak apa seronok sebab saya tiba-tiba dapat belajar banyak perkara pasal keusahawanan ni daripada sis Akma Omar contohnya. Seronok kot wei baca artikel-artikel bermanfaat beliau, bukan macam blog saya ni. wakakakaka!!! Oklah, cukup setakat ini dahulu. Wassalam

Amalan Perniagaan Dalam Islam

Ditulis oleh Mastura binti Mohd Zain. Posted in Artikel

Al Quran telah menyebutkan mengenai matlamat hidup manusia iaitu untuk beribadat kepada Allah SWT(Surah az-Zaariat, ayat 56).

Justeru tujuan manusia dihidupkan di dunia adalah untuk beribadat kepada Allah SWT, tetapi jangan menyempitkan makna ibadat tersebut. Ibadat bukan sahaja bermakna mengerjakan puasa, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan haji atau sebagainya, tetapi ibadat sebagaimana yang dimaksudkan di dalam ayat yang di atas adalah ibadat am sebagaimana yang telah didefinisikan oleh para ulamak iaitu ibadat yang meliputi segala bentuk aktiviti, asal saja mengharapkan keredhaan , kasih sayang dan rahmat Allah SWT sama ada di dalam bentuk perbuatan atau ucapan yang zahir atau yang batin; kesemuanya itu adalah ibadat kepada Allah SWT.

Sebagai manusia, sudah pasti kita tidak dapat memisahkan diri daripada kegiatan-kegiatan muamalat khasnya dalam bidang perniagaan(tijarah). Manusia amat memerlukan hal yang sedemikian, malah Allah SWT menyuruh supaya manusia menceburi bidang perniagaan. Allah SWT telah berfirman di dalam Surah an-Nisa', ayat 29 maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu di antara kamu dengan jalan yang salah(tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan (jalan) perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu".

Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan"(Hadis Riwayat Tirmizi).

Oleh yang demikian, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau besar tetapi masih di dalam lingkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW juga telah bersabda maksudnya: "Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan para nabi, siddiqin dan para syuhada"(Hadis Riwayat Tirmizi).Bagaimanapun, tijarah yang dimaksudkan adalah yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak, yang juga disertai dengan sifat benar dan amanah. Sifat-sifat sedemikian adalah merupakan ciri-ciri yang akan menempatkan mereka bersama-sama dengan para nabi dan rasul.

Rasulullah SAW telah menghalang orang yang melakukan jual beli daripada bersumpah dan mengatakan sesuatu yang tidak benar. Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya:"Sumpah itu melariskan barang dagangan akan tetapi menghapuskan keberkatannya" (Hadis Riwayat Bukhari). Di samping itu para peniaga hendaklah sentiasa bersedia memberi kemudahan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Mereka perlu ingat bahawa tujuan perniagaan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan tetapi juga terselit konsep memberi kemudahan dan membantu pihak lain, khasnya pengguna. Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: "Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang susah, mahupun dilangsaikan hutang tersebut, Allah SWT akan memayungkannya di hari kiamat di bawah bayangan arashNya"(Hadis Riwayat Kaab bin Umar). Bagi peniaga Muslim inilah peluang yang boleh direbut kerana sesiapa yang memberi hutang dan melanjutkan tempoh bayaran balik hutang tersebut, Allah SWT telah berjanji akan memberinya bayangan arasy di akhirat kelak. Ini menunjukkan peluang untuk mendapat keredhaan Allah SWT melalui perniagaan.

Islam juga menyuruh manusia berlaku adil dalam perniagaan di samping memberikan layanan yang baik kepada pelanggan. Ini bersesuaian dengan konsep persaudaraan dalam Islam, seperti dalam sebuah hadis Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: "Seseorang Muslim itu adalah bersaudara kepada seorang Muslim yang lain" (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Baginda Rasulullah SAW telah diriwayatkan sebagai seorang ahli perniagaan yang sentiasa memberi senyuman kepada pelanggan dan meletakkan harga jualan yang sama kepada semua pelanggan yang hendak membeli barangan yang sama. Keistimewaan yang dimiliki Baginda ini membuatkan setiap perniagaan atau jualannya sentiasa laris dan mendapat keuntungan yang besar. Perkara ini telah diakui oleh pekerja Saidatina Khadijah iaitu Maisarah.

Islam melarang umatnya daripada melakukan "monopoli" dan menyorok barangan (ihtikar) kerana perbuatan tersebut boleh menaikkan harga sesuatu barangan akibat kesukaran mendapatkannya di pasaran. Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesiapa yang menyorok(barangan), dia telah melakukan kesalahan"(Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi & Muslim).

Unsur-unsur tipu daya atau helah juga patut dielakkan oleh peniaga, ini kerana ia boleh menghilangkan keberkatan di dalam perniagaan. Rasulullah SAW telah bersabda yang berbunyi: "Barangsiapa yang menipu kami, dia bukanlah daripada golongan kami" (Hadis Riwayat Muslim). Hadis ini timbul daripada satu peristiwa yang berlaku di sebuah pasar di zaman Rasulullah SAW, di mana Baginda telah mendapati seorang peniaga telah melakukan penipuan dengan meletakkan gandum yang basah di bahagian sebelah bawah dan gandum yang kering di bahagian atasnya. Pengguna perlu dilindungi daripada ditipu oleh peniaga melalui kadar sukatan dan timbangan. Perkara ini telah ditegaskan di dalam Al-Quran dalam Surah al-Isra' ayat 35. Allah akan mencela mereka yang mengurangkan sukatan dan timbangan di dalam jual beli(Surah al-Mutaffifin ayat 1-6). Ibrahim Adham, seorang ulamak tasawuf yang terkenal mengingatkan bahawa ["syaitan akan menggoda seseorang manusia yang berniaga melalui beberapa cara; di antaranya ialah melalui timbangan atau mizan, dan juga semasa peniaga tersebut mengambil dan memberi barangan kepada pelanggan"].

Amalan riba juga perlu dijauhi kerana riba tergolong di dalam dosa-dosa besar(Surah al-Baqarah ayat 275).Ini ketara dalam amalan perniagaan biasa di mana pinjaman wang diberikan dengan dikenakan faedah yang ditetapkan. Islam juga melarang elemen gharar bila berniaga. Gharar ialah sesuatu yang tidak pasti, tidak tentu dan tidak jelas. Contohnya menjual ikan semasa ikan masih di laut, menjual burung yang belum ditembak atau memajak buah semasa ia masih berputik atau berbunga. Ia dianggap sebagai judi dan judi itu adalah haram.

Akhir sekali, melalui akhlak yang mulia dan pergaulan yang baik, peniaga Islam boleh menggunakan kesempatan itu untuk berdakwah kepada mereka yang selalu mendampinginya. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa sesetengah dakwah Islamiah yang telah bertapak kukuh di rantau ini adalah hasil dari usaha golongan saudagar Islam.

CARA RASULULLAH BERNIAGA

Salam ukhwah buat pembaca dan pengunjung blog notalelaki.blogspot.com. Saya ingin berkongsi ilmu dengan kalian berkaitan ilmu bisnes. Dua minggu sudah seseorang telah memberi pinjam sebuah buku kepada saya yang berjudul Menjadi usahawan sehebat Muhammad bin Abdullah. Pada awalnya saya hairan juga kerana seolah belum pernah mendengar tajuk buku ini kerana ia menghantar melalui mesej. Setelah melihat buku tersebut baru saya teringat suatu ketika pernah tergerak untuk membeli dan menbaca tapi disebabkan faktor kewangan yang menghambat membuatkan saya melupakan dulu keinginan tersebut. Namun, Allah itu Maha Mengetahui isi hati hamba-Nya. Akhirnya, dapat juga saya membacanya dan menghabiskan dalam masa dua minggu. Mungkin sibuk dengan rutin harian..huhu..alasan je sebenanrnya..

Persepsi awal saya apabila melihat buku ini mengatakan Rasulullah s.a.w memang seorang yang sangat mantap dalam perniagaan. Memang benar setelah menyelak sehelai demi sehelai buku ini, subhanallah..sungguh mantap corak, style rasulullah s.a.w dalam berniaga. Setiap kita yang ingin menjadi usahawan atau bisnesman wajib baca buku ini kerana terkandung isi yang tersurat dan tersirat bagi kita untuk menjadikan rasulullah s.a.w sebagai qudwah wa uswah di sepanjang perjalanan hidup kita.Di bawah ini saya ambil sedikit ilmu dalam buku ini untuk tatapan kalian. Semoga bermanfaat buat mereka yang berbisnes :

Gay hendriks dan kate ludman di dalam bukunya pada bab akhir merumuskan terdapat tujuh ciri yang di perlukan oleh seseorang untuk berjaya dalam perniagaan. Mereka mengumpulkan tujuh ciri yang diperlukan oleh seseorang untuk berjaya dalam perniagaan. Mereka mengumpulkan tujuh ciri itu selepas menghabiskan waktu selama 1000 jam mewawancara para usahawan berjaya. Tujuh ciri itu adalah seperti berikut :

1. Selalu jujur dan telus dalam memimpin perusahaan, serta jujur dan telus juga kepada pekerja dan pelanggan.

2. Selalu bertanggungjawab dan mampu menjadi contoh kepada orang lain supaya orang lain bertanggungjawab.

3. Selalu menepati janji. Komited pada janji dan melaksanakan semua perkara yang dijanjikan. Sekiranya janji dan komitmen tidak dapat di laksanakan, segera memperbaikinya.

4. Jangan sekali-kali mengumpat dan mencampuri urusan orang lain. Menetapkan tekad menghindari permusuhan, sebaliknya menumpukan perhatian pada usaha sendiri.

5. Luangkan sedikit waktu setiap hari untuk berfikir secara kreatif dan bertafakur seketika bagi menenangkan fikiran.

6. Buat senarai perkara yang perlu dilakukan dan memperbaharui senarai itu setiap hari. Menyediakan diri bagi melakukan semua pekerjaan dan mendahulukan kerja yang lebih penting.

7. Luangkan waktu bertemu dengan orang-orang yang ingin meluahkan perasaan tidak puas hati mereka. Berikan perhatian kepada keluhan mereka.

CARA MASYARAKAT CINA BERNIAGA

Masyarakat Cina sememangnya begitu terkenal dengan kehebatan mereka dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Bukan hanya masyarakat Cina di negara kita, malah boleh dikatakan hampir di seluruh dunia kita dapat melihat masyarakat Cina memonopoli bidang perniagaan. Produk-produk yang terdapat di pasaran hari ini juga kebanyakkannya datang dari negara Tembok Besar itu termasuklah barang-barang keperluan rumah, tekstil dan pakaian, serta peralatan-peralatan IT terkini. Mereka juga mampu untuk menjadikan sesuatu perniagaan yang bermula hanya dengan kecil-kecilan menjadi lebih maju dan luas. Pendek kata, keistimewaan kaum Cina ini adalah daripada aspek strategi mereka menjalankan perniagaan tersebut. Hal ini turut menjadikan kaum Cina dipandang begitu tinggi kerana mereka mempunyai kemahiran yang tersendiri dalam menjalankan sesuatu perniagaan yang mereka ceburi.

Apabila dikaji secara mendalam, apa yang dapat dirumuskan adalah kemahiran dalam perniagaan atau bisnes bukanlah suatu keistimewaan yang hanya boleh didapati bagi sesuatu kaum. Tetapi kemahiran tersebut sememangnya boleh dipelajari.

Pegangan Masyarakat Cina dalam Perniagaan

Masyarakat Cina mempunyai pegangan yang tersendiri dalam usaha memajukan perniagaan mereka. Pegangan mereka ini begitu kuat sehingga mereka akan cuba melaksanakan segala apa yang termampu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dalam bisnes yang dijalankan. Berikut merupakan tujuh pegangan masyarakat Cina dalam aspek bisnes atau perniagaan :

1. Rajin, jika tidak berniaga akan menjadi malas

2. Jimat, jika tidak akan membazir modal

3. Senyuman dengan pelanggan, jika tidak pelanggan akan lari

4. Kejar masa, jika tidak peluang akan diambil orang

5. Harga berpatutan, sekiranya tidak mungkin akan menimbulkan pergaduhan

6. Membenarkan hutang hanya dengan orang yang dikenali, jika tidak modal akan hilang

7. Semak akaun setiap hari untuk pastikan modal bagi hari esokKetujuh-tujuh ini juga merupakan peribahasa masyarakat Cina tentang perniagaan dan bisnes. Sekiranya kita meneliti ketujuh-tujuh aspek ini, dapat disimpulkan bahawa sikap menjadi kunci utama kejayaan mereka dalam perniagaan. Sikap yang baik, tekun dan gigih merupakan asas kepada rahsia kejayaan mereka selama ini.

Perniagaan Adalah Satu Seni

Apa yang lebih menarik lagi, masyarakat Cina turut menganggap bisnes merupakan satu seni. Memetik satu falsafah masyarakat Cina yang berbunyi, dunia perniagaan penuh dengan sepak terajangnya. Oleh itu peniaga perlu mempersiapkan dirinya dengan seni kungfu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan mendatang. Falsafah ini begitu popular dalam kalangan mereka. Mereka turut menyamakan perniagaan atau bisnes dengan seni kungfu yang digunakan untuk mempertahankan diri. Mengapa? Dunia bisnes memerlukan kita untuk bersedia bagi menghadapi segala rintangan dan masalah yang tidak dijangka. Begitu juga dengan seni kungfu. Mempelajari seni kungfu adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman yang mendatang. Maka, daripada sinilah timbulnya istilah seni bisnes atau seni perniagaan bagi masyarakat Cina. Terdapat beberapa tip penting yang membahaskan tentang seni perniagaan masyarakat Cina, anataranya ialah :

Seni berniaga adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarimya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.

Peniaga perlu bersikap ringan tulang, ramah serta menjadikan pelanggan sebagai saudara rapat atau sebagai seorang sahabat.

Seseorang peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.

Untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam perniagaan dan bisnes, mereka selalunya tidak kedekut untuk mengeluarkan perbelanjaan asalkan dapat menarik dan meyakinkan hati pelanggan. Bagi mereka, pelanggan yang akan membantu mereka untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan. Antara petua yang mereka selalu amalkan dalam perniagaan adalah menjadi peniaga yang mudah dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet. Disebabkan petua ini juga, mereka begitu gigih dan bersungguh-sungguh untuk menarik hati pelanggan dan menjaga pelanggan yang sedia ada dengan sebaik-baiknya. Bagi mereka juga, dalam perniagaan perlu ada nilai-nilai kemanusiaan, elemen kebajikan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan peniaga adalah diibaratkan seperti hamba yang berkhidmat kepada tuannya.

Selain itu, masyarakat Cina turut menekankan beberapa ciri-ciri seorang peniaga yang perlu ada dalam diri mereka. Bisnes atau perniagaan tidak akan menjadi satu seni sekiranya ciri-ciri ini tidak ada dalam diri mereka. Antara ciri-ciri tersebut adalah :

Sabar

Tidak mudah putus asa

Pandai merebut peluang

Mempunyai perhubungan awam yang baik

Berpandangan jauh

Berpegang pada janji

Berupaya meyakinkan pelanggan semasa menguruskan perniagaan

Memiliki daya tahan dan semangat juang yang tinggi

Tidak suka menunggu kerana peluang tidak pernah menunggu mereka

Ciri-ciri ini perlu ada dalam diri setiap peniaga yang ingin memastikan perniagaan mereka dapat berkembang maju. Apa yang disenaraikan ini juga adalah merupakan satu jalan yang boleh diguna pakai dalam strategi seseorang peniaga untuk menarik lebih banyak kepercayaan dan keyakinan para pelanggan terhadap bisnes yang dijalankan. Apabila pelanggan semakin ramai, maka sudah tentu untung yang lebih besar juga turut menanti.

Konsep Berniaga yang Diamalkan oleh Kaum Cina

Kaum Cina mensasarkan matlamat dan tujuan tertentu dalam perniagaan mereka. Bagi memastikan matlamat mereka tercapai, mereka akan saling bantu-mambantu antara satu sama lain khususnya sesama masyarakat Cina. Konsep perniagaan orang Cina adalah berasaskan prinsip simbiosis iaitu mereka sebagai peniaga saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Contoh, sekiranya ada peniaga Cina yang menjual barangan runcit, maka peniaga Cina yang lain akan menjual barangan basah seperti ikan, daging dan ayam serta barangan keperluan yang lain. Mereka turut bijak mengambil peluang dengan membuka restoran di kawasan tersebut dan akan mendapatkan barang-barang keperluan untuk memasak daripada kedai-kedai yang telah sedia ada di sekitar kawasan tersebut. Secara tidak langsung, peluang yang mereka ambil ini akan menjadikan perniagaan di kawasan tersebut berkembang kerana adanya sokongan yang kuat dalam kalangan peniaga di kawasan tersebut. Apabila hal ini terjadi, perniagaan masing-masing akan lebih mudah berkembang dan tidak mudah untuk gulung tikar.

Terdapat satu fakta menarik tentang konsep perniagaan orang Cina yang perlu kita ketahui. Suku Hailam merupakan suku terakhir yang masuk ke Tanah Melayu satu ketika dahulu. Apabila mereka sampai, mereka melihat banyak bidang perniagaan yang sudah diterokai oleh suku-suku Cina yang datang lebih awal. Maka mereka menceburkan diri dengan mengambil peluang membuka kedai kopi yang mana ketika itu belum diterokai secara meluas oleh suku-suku Cina yang lain. Mereka turut mempelbagaikan menu mereka dengan memperkenalkan roti bakar dan nasi ayam Hainan. Akhirnya, perniagaan ini kekal sehingga ke hari ini dan semakin meluas dari hari ke hari.

Dalam satu kajian terhadap sebuah buku yang bertajuk Rahsia Bisnes Orang Cina hasil karya Ann Wan Seng ada menyatakan bahawa masyarakat Cina tidak memandang rendah kepada mana-mana orang yang gagal dalam perniagaan dan mereka memandang tinggi kepada sesiapa yang hendak berusaha dan selalu memberi galakan serta peluang kepada sesiapa yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan. Ini membuktikan, bahawa mereka langsung tidak mengenal erti putus asa dan erti kegagalan dalam bisnes yang dijalankan sebaliknya hanya memandang kehadapan tanpa menoleh lagi kebelakang. Maka tidak hairanlah pada hari ini kita dapat melihat lapangan perniagaan di negara kita majoriti besar dikuasai oleh masyarakat Cina.

Tokoh Usahawan Cina di Malaysia

1.0 Robert Kuok

Di negara kita, terdapat ramai tokoh-tokoh bisnes yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina. Jumlah mereka mungkin boleh mencecah sehingga ratusan atau ribuan orang. Antara tokoh bisnes daripada kaum Cina yang terkenal di Malaysia ialah Robert Kuok merupakan seorang tokoh peniaga daripada masyarakat Cina yang lahir di Johor Bahru pada 6 Oktober 1923 dan memiliki anak seramai 8 orang. Beliau juga merupakan antara jutawan yang memiliki aset berbilion ringgit hasil daripada usaha gigihnya membangunkan perusahaan gula di Malaysia. Beliau juga turut diberi gelaran Raja Gula Asia. Beliau sangat bijak mengambil peluang kerana mampu menjana keuntungan yang besar hanya dengan menghasilkan pengeluaran gula untuk negara.

Selain itu, beliau turut menjawat jawatan sebagai Pengerusi Shangri-La Hotel dan Resort Chain. Apa yang dapat disimpulkan, beliau tidak mengecapi kejayaan seperti yang beliau miliki pada hari ini dengan mudah. Banyak pengorbanan dan modal yang perlu dikeluarkan untuk beliau membangunkan perusahaan gula sehingga boleh bertahan sampai ke hari ini. Nama beliau juga turut tersenarai antara individu terkaya di rantau Asia.

2.0 Mendiang Lim Goh Tong

Mendiang Lim Goh Tong yang merupakan seorang usahawan Tionghua terkaya di Malaysia dan Asia pada tahun 2005 sehingga beliau meniggal dunia. Beliau memiliki aset berjumlah sehingga 421.60 bilion ringgit Malaysia. Beliau juga merupakan Pengasas dan Prseiden seumur hidup kumpulan Genting. Selain memiliki hotel, beliau turut mempunyai kasino yang dikunjungi 14 juta orang dalam setahun serta memiliki aset-aset mewah yang lain. Dalam satu catatan sejarah menyatakan bahawa beliau datang ke Malaysia dari Fujian China ketika berumur 19 tahun dan hanya membawa wang berjumlah RM175 sebelum berkerja dan membina syarikat sendiri iaitu Kien Huat.

Usaha gigih beliau dan idea yang kreatif telah membuatkan beliau berhasrat untuk mendirikan Genting sebagai sebuah tempat perlancongan di Malaysia. Hasilnya, Genting Highlands masih menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia walaupun kini beliau telah pergi selama-lamanya.

Kedua-dua tokoh ini merupakan antara contoh usahawan masyarakat Cina yang berjaya membina empayar perniagaan yang begitu berpengaruh selain membuktikan pada semua bahawa setiap kejayaan yang ingin dikecapi perlu melalui usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa. Sememangnya peniaga-peniaga atau usahawan-usahawan Cina mempunyai taktik dan startegi tersendiri. Namun semua itu dilihat sebagai satu seni dalam perniagaan. Etika masyarakat Cina juga turut membenarkan penggunaan startegi masing-masing asalkan tidak mendatangkan kemudaratan kepada peniaga dan pelanggan. Sebaik-baiknya biarlah strategi tersebut mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Pendek kata, peniaga-peniaga Cina mempunyai daya kreativiti yang tinggi selain bijak mencuri peluang yang ada dihadapan mata. Peluang akan digunakan dengan sebaik-baiknya bagi memastikan keuntungan yang besar boleh dicapai dan kejayaan hanya akan diperoleh sekiranya mereka mempunyai sikap yang rajin, tekun dan tidak mudah mengalah sekiranya menghadapi kegagalan. Maka, wajar bagi msyarakat lain di negara ini untuk mencontohi sikap kaum Cina dalam usaha mereka menjalankan perniagaan.

4. Konsep Bisnes Orang Cina

Konsep busines orang cina lebih kepada prinsip simbiosis dengan setiap peniaga saling lengkap melengkapi

Konsep meniaga orang cina suka berkongsi, tidak tamak dan mereka akan "makan sama-sama"

Orang cina tak suka berniaga bermusim macam hanya berniaga bila musim perayaan sahaja. Ini hanya kan membantutkan usaha mereka berterusan dengan kecairan modal yang berkurangan.

Orang cina pantang mengeluh di depan pelanggan jika menghadapi tekanan. Mereka sentiasa menunjukkan yang mereka bagus bagi mengwujudkan keyakinan.

Peniaga cina tahu bahawa tawar menawar itu akan mengurangkan keuntungan namun bagi mereka kepuasan pelanggan itu lebih diutamakan.

5. Prinsip Bisnes Orang Cina

Orang cina boleh berniaga di mana-mana sahaja termasuk kampung melayu tetapi orang melayau belum tentu boleh berniaga di kampung cina

Orang cina sungguh agresif dan tahan lasak

Orang cina tidak akan melepaskan peluang dan berani mengambil risiko

Orang cina tidak suka berserah pada nasib dan suka melawan/menerima cabaran

6. Budaya Bisnes Orang Cina

Orang cina sanggup berkerja tanpa mengira waktu (tidak berkira ttg waktu)

Orang cina melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan bukan hangat-hangat taik ayam

Orang cina kata kegagalan pertama memberi semangat, kegagalan ke 2 dijadikan pengajaran dan kegagalan seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan

Orang cina akan menentukan matalamat sebelum melakukan sesuatu (jangka panjang)

Budaya orang cina lebih menekankan "siapa cepat dia dapat"

7. Sistem Bisnes Orang Cina

Orang cina berpandangan biar sikit dan lambat asal selamat

Orang cina tidak suka memberi tekanan kepada pelanggan dan membiarkan pelanggan membuat pilihan

Orang cina percaya jika ada pelanggan baru pasti diberi potongan

8. Seni Bisnes Orang Cina

Orang cina percaya dunia perniagaan penuh dengan sepak terajang dan mereka sudah bersedia dgn seni "lingfu" untuk menangkisnya

Seni perniagaan sungguh halus, org cina percaya teori sahaja tidak cukup. Pengalaman akan mematangkan mereka

Seni perniagaan cina berasaskan menang-menang

Orang cina menggangap setiap pelanggan adalah sahabat atau saudara, perlu dilayan dengan baik

9. Amalan Bisnes Orang Cina

Tanpa rugi tidak akan datang untung

Orang cina suka mengambil ahli keluarga sendiri bagi mengekalkan kepercayaan dan latihan

Orang cina memang akan menjaga pekerjanya yang baik

Orang cina akan merasa rndah diri dan hina jika makan gaji sebab bagi mereka makan gaji tidak menjadikan mereka kaya

Orang cina tidak boros dan bersikap menyimpan untuk mengembangkan perniagaan

10. Etika Bisnes Orang Cina

Kerugian masa singkat adalah laluan keuntungan jangka masa panjang

Orang cina mempunyai etika kod yang melarang taktik kotor

Masyarakat cina tidak suka menganggu perniagaan orang lain, memburukkan perniagaan orang lain. persaingan dibenarkan mengikut etika persaingan yang sebenar

Tawar menawar digalakan agar hubungan antara pelanggan dan peniaga menjadi baik.

11. Rahsia Bisnes Orang Cina

Bagi orang cina walaupun kasih sayang tidak boleh dibeli dgn wang ringgit namun kekayaan akan dapat memberikan kebahagiaan dan meningkatkan sosio ekonomi dalam masyarakat

Kemisikinan, perasaan kurang selamat, masalah survival di tempat orang menjadikan orang cina sentiasa berkerja keras

Dalam sistem sosial orang cina, anak lelaki mesti menjadi kebanggaan keluarga dengan menjalankan perniagaan bagi meningkatkan martabat keluarga

12. Petua Bisnes Orang Cina

Petua untuk berjaya dalam perniagaan ialah menjadi perniaga yang boleh dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet

Pelanggan sentiasa dijaga

Peniaga cina tidak takut untuk mengeluarkan perbelanjaan demi memikat hati pelanggan

13. Kejayaan Bisnes Orang Cina

Orang cin apercaya "kesabaran itu amat pahit tapi mengeluarkan buah yang amat manis sekali'

Orang cina tekun, walaupun jatuh tersungkur namun dia tetap akan bangun.

Orang cina tak kejar glamor, walaupun kerja itu dipandang hina namun jika ia memberi pulangan yang baik, dia akan melakukannnya

14. Bakat Bisnes Orang Cina

Pepatah orang cina "Ibarat di mana ada air di situ ada orang cina" - bermaksudorang cina boleh hidup di mana-mana.

Orang cina yang kerja makan gaji kurang dihormati danmereka yang berkerja tinggi akan disanjung oleh masyarakat org cina.

Orang cina boleh hidup di negara yang masih mundur sekali pun seperti Kenya dan Papua New Guinea

15. Kemahiran Bisnes Orang Cina

Pepatah org cina "Emas yang tersembunyi hanya dapata dikeluarkan jika seseorang berusaha mencari dan menggalinya"

Orang cina tak suka memberi alasan. Mereka berusaha menghapuskan sebarang alasan dan menjauhkan pelanggan yang menyusahkan mereka

16. Psikologi Bisnes Orang Cina

Orang cina sesekali ia melangkah, langkah itu akan diteruskan. Tidak ad ruang hendak berundur ke belakang

Orang cina percaya nasib buruk boleh diubah. Sial dan malang boleh dibuang dan digantikan dengan nasib baik. Sebab itu orang cina rajin membuang sial.

17. Pemikiran Bisnes Orang Cina

Bagi orang cina masalah hanya batu loncatan dan bukan batu penghalang untuk berjaya

Orang cina menganggap untuk berniaga tidak mesti cerdik dan mempunyai otak yang geliga tapi KEBERANIAN bagi menghadapi segala cabaran

Pemikiran yang dinamik penting kerana ia dapat melihat satu pandangan yang jauh dan bukan setakat dunia persekitannya sahaja

Orang cina cepat dapat menyesuaikan diri dengan iklam perubahan persekitaran dan mood dalam pasaran

18. Adat Bisnes Orang Cina

Semangkin banyak angpau yang diberikan, semangkin banyak keuntungan yang akan masuk

Orang cina akan membayar hutang 3 hari sebelum perayaan

Orang cina tidak akan menyambut hari perayaan di pejabat atau premis perniagaan. Mesti dirumah bersama keluarga.

Pembukaan perniagaan biasanya disertai dengan membakar mercun bagi menghalau niat jahat dan unsur-unsurnasib tak baik.

Orang cina tidak akan mengatakan sesuatu yang tidak baik ketika memulakan sesuatu perniagaan

19. Pantang Larang Bisnes Orang Cina

Tarian cina dipercayai membawa tuah dan rezeki dan upacara itu harus dilakukan pada waktu tengah hari atau petang dan tidak pada waktu malam.

Orang cina digalakkan mebuat majlis ketika ingin memulakan perniagaan dan memberi hadiah bagi mereka yang memulakan perniagaan adalah satu kebiasaan. hadiah berupa jam, gunting dan benda-benda yang tajam kerana dipercayai membawa sial. Sebab itu orang cina suka memberi replika emas dewa rezeki dan panjang umur, replika wang emas, buah labu, patung kura-kura dan katak. Ia akan membawa "ong" kepada peniaga.

Ketika majlis pembukaan perniagaan diadakan, ia tidak boleh bertembung dengan majlis kematian. Ia akan memberi alamat yang tidak baik.

Sebab itu dikedai orang cina terdapat cermin besar, dipercayai ia boleh menghalau roh jahat

20. Lokasi Bisnes Orang Cina

Peribahasa "Bagi mendapatkan ikan yang besar, kita perlu menyediakan umpan yang bermutu dan alat pancing yang baik"

Premis perlu mudah dikunjungi, dihubungi dan dicari

Cina percaya dengan Feng Shui, aliran air dan angin yang baik pasti akan menbawa keseimbangan antara unsur "Yin" dan "Yang".

Warna memainkan peranan dalam perniagaan orang-orang cina. Orang cina suka mengenakan warna terang dalam premis perniagaan mereka agar mudah dilihat oleh orang lain.

21. Strategi Bisnes Orang Cina

Orang cina sentiasa mengatur strategi dari masa kesemasa dan sering menukar strategi jika strategi yang dilakukan tidak mendatangkan hasil

Orang yang mempunyai strategi kebiasaannya mempunyai jiwa yang besar dan tidak takut menghadapi risiko

22. Jaringan Bisnes Orang Cina

Orang cina memerlukan jaringan yang kuat antara mereka bagi menyokong asas perniagaan

Jaringan yang kuat ke atas asas peruncitan orang cina amat sukar digugat kerana kemantapannya

Orang cina jarang mempunyai sikap untuk menjatuhkan orang lain malah sentiasa bantu membantu dan mengambil barangan dari dari rakan-rakan niaga yang lain jika barangan yang diminta oleh pelanggan tidak ada atau kehabisan stok

Dua bentuk jaringan orang cina. Satu, melalui pembentukan persatuan. Ke dua jaring yang sudah wujud turun temurun.

23. Berniaga Cara Orang Cina

Letakkan di mana sahaja orang cina, pasti mereka boleh mencari ruang dan peluang

Belajar teori dahulu baru amal tidak menjadikan seseorang itu berjaya dalam perniagaan. Org cina sentiasa menentang arus dan mencuba.

24. Sikap Bisnes Orang Cina

Masyarakat lain makan untuk hidup tetapi orang lain hidup untuk makan

25. Motivasi Bisnes Orang Cina

Tidaka ada benda lain yang boleh memotivasikan orang cina melainkan menjadi bos kepada diri sendiri.

26. Politik Bisnes Orang Cina

Jika hendak mencari rakan kongsi, biarlah orang yang boleh dipercayai. Kawan rapat belum pasti akan setia dan tidak mengkhianati rakan

27. Orientasi Bisnes Orang Cina

Perjalanan seribu batu bermula dari langkah pertama

28. Matalamat Bisnes Orang Cina

Semangkin banyak derma dan sumbangan semangkin banyak keuntungan yang akan masuk di dalam kantung

29. Wawasan Bisnes Orang Cina.

Kesusahan, kepayahan, keperitan tidak pernah melemahkan peniaga yang berwawasan

30. Warisan Bisnes Orang Cina

Orang cina pandai berniaga bukan kerana mereka lahir sebagai orang cina.

31. Tokoh Bisnes Orang Cina

Belian hanya akan berharga selepas ia digilap dan dibentuk daripada keadaan yang asal

32. Tip Bisness Orang Cina

Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan kalau boleh permudahkan segala urusan

5 PRINSIP ASAS PERNIAGAAN ORANG CINA

Prinsip #1 Berpandangan Jauh

Apabila kita mahu berniaga, kita sewajarnya mempunyai visi untuk memperoleh keuntungan jangka masa panjang. Ini dapat meningkatkan daya motivasi untuk bekerja keras, dan memberi keutamaan terhadap pelanggan.

Mempunyai visi yang jauh juga dapat membantu kita, untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam perniagaan. Supaya perniagaan kita tidak diburuk-burukkan oleh pelanggan.

Prinsip #2 Semangat Juang Yang Tinggi

Berniaga memerlukan semangat juang yang tinggi. Ini kerana dalam perniagaan, kita akan menghadapi pelbagai jenis risiko, seperti kerugian besar dan sebagainya. Dengan mempunyai semangat juang yang tinggi, ia dapat membantu diri kita untuk terus mempertahankan perniagaan yang diceburi.

Menurut Ann Wan Seng, bangsa Cina mempunyai semangat juang tinggi. Ini dapat dilihat menerusi setiap perniagaan yang diceburi oleh bangsa Cina, kebanyakkannya akan berjaya dan terus berjaya.

Prinsip #3 Sedar Bahawa Masa Itu Emas

Masa itu adalah emas, dan emas itu jauh lebih bernilai jika dibandingkan dengan wang ringgit. Usahawan-usahawan berjaya berbangsa Cina sentiasa diterapkan dengan prinsip ini. Mereka sentiasa peka dengan peluang sekeliling, serta mengambil peluang tersebut dengan pantas. Kerana mereka sedar, masa tidak akan sesekali menunggu mereka.

Prinsip #4 Sentiasa Percaya Pada Diri

Kepercayaan terhadap diri sendiri merupakan sifat paling penting dalam diri usahawan. Ini kerana, mereka percaya bahawa diri sendiri adalah penentu, sama ada perniagaan itu berjaya atau sebaliknya. Usahawan berbangsa Cina jarang berputus asa. Bahkan jika mereka ditimpa musibah, mereka akan segera mencari jalan untuk memperbaikinya dengan segera.

Prinsip #5 Sabar, Sabar dan Sabar

Dalam perniagaan, keuntungan tidak akan datang sekelip mata. Seperti kita mahu mewujudkan ladang kelapa sawit. Kita perlu bermula dengan sebuah pokok, kemudian sebuah lagi, dan ia akan menjadi ladang kelapa sawit, selepas mempunyai sejumlah pokok yang banyak.

Dalam tempoh tersebut, kesabaran memainkan peranan yang penting. Pelbagai cabaran akan menduga kita. Pada usahawan Cina, mereka percaya bahawa kesabaran dapat membawa kepada hasil yang manis lagi menguntungkan. Oleh itu, kita perlu sentiasa bersabar, ketika menjalankan bisnes. Adalah tidak wajar, jika kita menganggap bisnes boleh memberikan keuntungan besar, dalam jangka masa yang singkat.