jabatan pendaftaran pertubuhan malaysia - … · pembatalan atau penolakan pendaftaran; penolakan...

12
JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bertanggungjawab mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 yang mana secara ringkasnya memperuntukkan kuasa bagi Jabatan untuk mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak bertentangan dengan keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak negara Malaysia serta mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan dan cawangan pertubuhan berdaftar. JPPM diketuai oleh Pendaftar Pertubuhan dan dibantu oleh Timbalan Pendaftar Pertubuhan. Pejabat JPPM di 14 buah negeri dan sebuah cawangan kecil di Miri, Sarawak pula diketuai oleh Penolong Pendaftar Pertubuhan. Aktiviti-aktiviti pengurusan pertubuhan Setakat 31 Disember 2012, sebanyak 49,746 pertubuhan induk telah didaftarkan dengan JPPM. Dalam tempoh yang sama jua, JPPM telah menerima sejumlah 7,834 permohonan pendaftaran pertubuhan baru, peningkatan sebanyak 77.6% berbanding dengan tahun sebelumnya. Bagi tujuan pemantauan ke atas pertubuhan berdaftar, JPPM telah menerima 43,325 Penyata Tahunan [Seksyen 14(1) Akta] pada tahun 2012. Jumlah ini menunjukkan hanya 37.35% daripada jumlah keseluruhan pertubuhan yang berdaftar sahaja (115,987 pertubuhan induk dan cawangan) yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menghantar maklumat tahunan tersebut. Bagi pertubuhan yang gagal menghantar Penyata Tahunan dalam tempoh dua tahun atau kurang, JPPM akan menghantar kenyataan sebelum pembatalan [Seksyen 14(2) Akta] ke atas pertubuhan tersebut supaya mengemukakan penyata tersebut dalam tempoh 30 hari. Sehingga 31

Upload: vonga

Post on 13-Mar-2019

405 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bertanggungjawab mentadbir dan

menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984

yang mana secara ringkasnya memperuntukkan kuasa bagi Jabatan untuk mengawal

dan mengawasi pertubuhan supaya tidak bertentangan dengan keselamatan,

ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak negara Malaysia serta mengurus dan

menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan dan cawangan

pertubuhan berdaftar. JPPM diketuai oleh Pendaftar Pertubuhan dan dibantu oleh

Timbalan Pendaftar Pertubuhan. Pejabat JPPM di 14 buah negeri dan sebuah

cawangan kecil di Miri, Sarawak pula diketuai oleh Penolong Pendaftar Pertubuhan.

Aktiviti-aktiviti pengurusan pertubuhan

Setakat 31 Disember 2012, sebanyak 49,746 pertubuhan induk telah didaftarkan

dengan JPPM. Dalam tempoh yang sama jua, JPPM telah menerima sejumlah 7,834

permohonan pendaftaran pertubuhan baru, peningkatan sebanyak 77.6% berbanding

dengan tahun sebelumnya.

Bagi tujuan pemantauan ke atas pertubuhan berdaftar, JPPM telah menerima 43,325

Penyata Tahunan [Seksyen 14(1) Akta] pada tahun 2012. Jumlah ini menunjukkan

hanya 37.35% daripada jumlah keseluruhan pertubuhan yang berdaftar sahaja

(115,987 pertubuhan induk dan cawangan) yang telah melaksanakan tanggungjawab

mereka untuk menghantar maklumat tahunan tersebut. Bagi pertubuhan yang gagal

menghantar Penyata Tahunan dalam tempoh dua tahun atau kurang, JPPM akan

menghantar kenyataan sebelum pembatalan [Seksyen 14(2) Akta] ke atas pertubuhan

tersebut supaya mengemukakan penyata tersebut dalam tempoh 30 hari. Sehingga 31

Disember 2012,sebanyak 638 notis telah dikeluarkan kepada pertubuhan induk dan

sebanyak 83 lagi notis telah dikeluarkan kepada pertubuhan cawangan.

Bagi pertubuhan yang masih gagal mengemukakan Penyata tahunan dalam tempoh 30

hari, 528 perintah Pembubaran Sementara telah dikeluarkan kepada pertubuhan induk

dan sebanyak 115 perintah telah dikeluarkan kepada pertubuhan cawangan [Seksyen

14(5) Akta] sehingga 31 Disember 2012. JPPM juga telah mengambil tindakan ke atas

pertubuhan yang gagal menghantar Penyata Tahunan tiga tahun berturut-turut di mana

satu kenyataan sebelum pembatalan [Seksyen 13(2) Akta] telah dikeluarkan.

Pertubuhan yang menerima notis tersebut diberi tempoh selama 30 hari untuk memberi

maklum balas dan akan dibatalkan sekiranya gagal berbuat demikian atas alasan

pertubuhan tersebut telah tidak wujud lagi [Seksyen 13(1)(c)(v) Akta]. Sehingga 31

Disember 2012, sebanyak 1,497 dan 136 notis kenyataan sebelum pembatalan telah

dikeluarkan masing-masing kepada pertubuhan induk dan cawangan.

Di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Seksyen 18), sesebuah pertubuhan boleh

mengemukakan rayuan kepada YB Menteri Dalam Negeri di atas keputusan

pembatalan atau penolakan pendaftaran; penolakan permohonan pindaan undang-

undang atau Perintah Pembubaran Sementara yang telah dibuat oleh Pendaftar

Pertubuhan. Sehingga 31 Disember 2012, sebanyak 204permohonan rayuan telah

diterima di mana 92 rayuan telah diluluskan, 17 rayuan ditolak, 46 rayuan diluluskan

dengan bersyarat dan selebihnya masih dalam pertimbangan.

JPPM juga menjalankan aktiviti pemeriksaan ke atas pertubuhan, siasatan ke atas

aduan, risikan dan pendakwaan bagi memastikan pengurusan pertubuhan dan

pelaksanaan program/aktiviti pertubuhan adalah selaras dengan Akta Pertubuhan 1966

dan Perlembagaan Pertubuhan. Aktiviti penguatkuasaan Akta ini dijalankan oleh

pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysiayang berkhidmat di JPPM dengan kerjasama

Cawangan Penguatkuasaan JPPM Negeri.

Terdapat dua kaedah pemeriksaan yang dilakukan iaitu pemeriksaan bernotis yang

memfokuskan kepada pertubuhan bermasalah dan bagi menyiasat aduan mengenai

sesuatu kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak pertubuhan; dan pemeriksaan tanpa

notis (mengejut)akan dibuat secara rambang dan berdasarkan aduan awam yang

diterima. Sebanyak 1255 pemeriksaan bernotis dan 133 pemeriksaan tanpa notistelah

dilakukan ke atas pertubuhan berdaftar di seluruh negara pada tahun 2012.

JPPM akan menjalankan aktiviti siasatan berdasarkan aduan yang diterima terhadap

sesuatu pertubuhan samada ia telah melanggar peruntukan-peruntukan di bawah Akta

Pertubuhan 1966 atau Perlembagaan berdaftarnya. Seterusnya, JPPM akan

memperakukan kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri berkenaan untuk tindakan

pendakwaan di mahkamah sekiranya hasil siasatan mendapati pemegang-pemegang

jawatan sesebuah pertubuhan telah melanggar Akta Pertubuhan 1966.

Sepanjang tahun 2012, Jabatan telah menerima sejumlah 364 kes aduan berkaitan

kelemahan pengurusan dan pentadbiran pertubuhan berdaftar. Kebanyakan aduan

yang diterima adalah melibatkan pertubuhan-pertubuhan daripada kategori Agama,

Kebajikan Masyarakat, Am dan Perdagangan.

Daripada keseluruhan aduan yang diterima, sejumlah 210 kes adalah telah selesai.

Sebanyak 69 kes aduan yang disiasat telah diberi teguran/khidmat nasihat supaya

menguruskan pertubuhan dengan teratur dan sebanyak 26 kes dalam tindakan notis.

Sementara itu, sebanyak 124 kes lagi masih dalam siasatan Jabatan. Sementara itu,

sebanyak 7 kertas siasatan (Pendakwaan) telah dibuka dan masih dalam tindakan

lanjut JPPM.

Aktiviti sokongan

Secara keseluruhan, Peruntukan Belanjawan Mengurus Jabatan bagi tahun 2012

adalah sebanyak RM 21,132,000.00. Daripada jumlah ini, sebanyak 98% iaitu RM

20,709,360.00 telah dibelanjakan. Pada tahun 2012, jumlah kutipan hasil Jabatan

adalah sebanyak RM 438,570.00, di mana jumlah tersebut diperolehi daripada hasil

kutipan fi yang dikenakan untuk yuran carian maklumat pertubuhan dan yuran rayuan

terhadap penolakan atau pembatalan pendaftaran pertubuhan serta jualan

panduan/contoh Perlembagaan Pertubuhan.

Penambahbaikan penyampaian perkhidmatan JPPM

Bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan terutama dalam

pengurusan pendaftaran pertubuhan serta menyahut kehendak Kerajaan bagi jabatan-

jabatannya untuk memperkenalkan perkhidmatan atas talian (online), JPPM telah

memperkenalkan satu sistem baru yang dinamakan Sistem Elektronik Jabatan

Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (eROSES) yang boleh dicapai menggunakan url

www.eroses.gov.my. Jika sebelum ini urusan pendaftaran dan pengemaskinian

maklumat pertubuhan adalah secara manual, eROSES membolehkan pengguna

mendaftarkan akaun pengguna, membuat permohonan baru, membuat pindaan

undang-undang dan juga menawarkan khidmat pembayaran secara atas talian.

Sistem ini mula diperkenalkan secara pilot di lima (5) cawangan negeri JPPM iaitu Ibu

Pejabat, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Johor. Seterusnya,

sistem ini telah diperluaskan penggunaannya kepada semua negeri pada 2 Julai tahun

yang sama. Sejak pelancaran eROSES pada 16 Januari 2012, JPPM telah

mencatatkan rekod permohonan yang paling tinggi sejak penubuhannya iaitu

peningkatan sebanyak 77.6% daripada tahun 2011. Dijangkakan bermula pada tahun

2013, pertubuhan-pertubuhan berdaftar akan dikehendaki untuk menyerahkan Penyata

Tahunan melalui sistem eROSES.

Secara ringkasnya, penggunaan sistem eROSES ini adalah bagi mengurangkan beban

orang awam di mana proses pendaftaran pertubuhan sehingga pembayaran boleh

dilakukan secara atas talian di mana-mana. Ini secara langsung mengurangkan dan

seterusnya menghapuskan keperluan pelanggan untuk hadir secara fizikal di pejabat-

pejabat JPPM bagi tujuan urusan pendaftaran pertubuhan dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti JPPM

Majlis Pelancaran eROSES

Majlis pelancaran serta eROSES sidang akhbar telah diadakan pada 5 Julai 2012 di

Kota Kinabalu, Sabah bagi mengumumkan dan menguar-uarkan sistem tersebut di

mana semua permohonan pendaftaran pertubuhan baru perlu dibuat melalui sistem ini

mulai dari 1hb Julai 2012 di seluruh Malaysia.

Bengkel mengenai eROSES

Bagi tujuan pendedahan dan latihan kepada penggunaan sistem eROSES, ibu pejabat

JPPM telah mengadakan beberapa siri bengkel bagi pegawai / kakitangan JPPM

termasuk di negeri-negeri. Contohnya satu bengkel telah diadakan pada 30 Mac – 1

April 2012 untuk semua pembangun sistem dan diadakan dengan kerjasama fasilitator

daripada MAMPU dan juga Bahagian Teknologi Maklumat, Kementerian Dalam Negeri

bagi menjamin kesinambungan dan penyeragaman pengaturcaraan serta memudahkan

integrasi fasa I dan fasa II Sistem eROSES,. Hasil bengkel tersebut adalah satu

dokumentasi standard bagi struktur sistem online serta membolehkan pasukan

pembangunan sistem aplikasi menggunakan dokumentasi tersebut sebagai panduan

dalam membangunkan sistem aplikasi online eROSES.

Program Dialog Outreach bersama Pertubuhan

Program ini bertujuan memberi ruang bagi JPPM berinteraksi dengan lebih dekat

dengan pertubuhan-pertubuhan melalui sesi dialog yang dianjurkan di semua negeri

bermula pada tahun 2011.

i. Majlis dialog di Kelantan pada 28 Mei 2012

ii. Majlis Dialog bersama Pertubuhan di Pulau Pinang dan Kedah pada 4 Mei 2012 di

Kedah

iii. Majlis Dialog bersamaPertubuhan di Pelabuhan Klang, Selangor pada 28 Februari 2012

iv. Majlis Dialog dan Hari Bersama Pelanggan di Terengganu pada 16 Januari 2012

v. Majlis Dialog bersama Pertubuhan di Bario, Sarawak pada 10 Mac dan di Marudi,

Sarawak pada 11 Mac 2012

Kejayaan ROS Sepanjang Tahun 2012

(i) Pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Tahun 2012 telah melakarkan kejayaan yang berbeza kepada ROS

berbanding tahun sebelumnya. Di dalam Pertandingan Konvensyen

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kementerian Dalam Negeri

(KDN) yang telah diadakan pada 29 September 2012 bertempat di Akademi

Koreksional Langkawi, ROS Perak telah berjaya menjadi Johan Kategori

Pakaian Korporat Terbaik manakala ROS Kelantan mendapat Naib Johan

Kategori Persembahan Audio Visual Terbaik.

ROS Perak ROS Kelantan

(ii) Pelancaran Hari Pendaftaran Pertubuhan Tahun 2012

Pada 29 September 2012 di lokasi yang sama juga iaitu di Akademi

Koreksional Langkawi, berlangsungnya pelancaran Hari Pendaftaran

Pertubuhan Tahun 2012 buat pertama kalinya yang telah disempurnakan

oleh Y.Brs Puan Hasanah Binti Abd Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha

(Pengurusan).

Sempena pelancaran Hari Pertubuhan ini, sebuah buku berjudul “Artikel

JPPM Ringkasnya...” telah diterbitkan dan turut diserahkan kepada

semua Ketua Jabatan yang hadir.

(iii) Hari Inovasi KDN

Hari Inovasi Peringkat KDN yang telah diadakan pada 12 Disember 2012

bertempat di Dewan Serbaguna, Blok D9, Kompleks D, Putrajaya telah

mencatat sejarah tersendiri yang amat bermakna buat ROS di mana ROS

Kelantan telah dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan KIK. Ini

menunjukkan bahawa Jabatan yang berskala kecil juga mampu bersaing

dengan Jabatan yang lebih besar dari segi kapasiti dan skalanya.

(iv) Penarafan Portal Lima Bintang

Satu lagi kejayaan yang sangat bermakna dan memberi impak yang besar

buat ROS ialah laman portal ROS telah berjaya dianugerahkan “Penarafan

Portal Lima Bintang” hasil penilaian yang dilaksanakan oleh pihak MDEC

dan MAMPU. Kejayaan ini menjadi pemangkin kepada ROS supaya dapat

menaiktaraf laman portal dengan lebih interaktif dan informatif khusus untuk

kegunaan serta keselesaan pelanggan ROS agar lebih mesra pelanggan.