penjawat awam perlu sentiasa amal sikap toleransi ... jpm julai 2019.pdf...6 julai 2019 – ketua...

8
1 Julai 2019 – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan penjawat awam supaya tidak melenting apabila ditegur, sebaliknya mencari jalan untuk memperbetulkan perkara terbabit jika ianya berasas. Beliau berkata demikian di hadapan warga JPM dan Jabatan serta Agensi di bawah JPM pada Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga JPM bagi bulan Julai 2019 di Dataran Perdana, Putrajaya. Selain itu, Perdana Menteri juga menasihatkan agar penjawat awam perlu sentiasa mengamalkan sikap toleransi, bertimbang rasa dan menerima kelainan dalam melaksanakan tugas dengan sempurna. Menurut beliau lagi, adalah amat sukar untuk kita melaksanakan tugas sekiranya tiada sifat bertimbang rasa dan juga sifat kerjasama yang baik antara kita. PENJAWAT AWAM PERLU SENTIASA AMAL SIKAP TOLERANSI, BERTIMBANG RASA DAN MENERIMA KELAINAN DALAM MELAKSANAKAN TUGAS Sempena Syawal yang masih diraikan, Perdana Menteri turut memperingatkan agar kita perlu sedar dan bersyukur bahawa negara kita Malaysia dapat menikmati sambutan perayaan jauh lebih baik dari Negara lain. Sehubungan itu, kita perlu sentiasa mengingatkan diri agar sentiasa insaf dan tidak keterlaluan dalam membuat apa sahaja yang kita lakukan. Perdana Menteri juga memohon agar kita saling bermaaf-maafan antara satu sama lain lahir dari hati yang luhur agar kita mempunyai sifat bekerjasama dalam usaha menjalankan tugas dan mentadbir Negara dengan baik demi manfaat bersama.

Upload: others

Post on 27-Sep-2019

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENJAWAT AWAM PERLU SENTIASA AMAL SIKAP TOLERANSI ... JPM JULAI 2019.pdf...6 Julai 2019 – Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar mengingatkan agar para penghuni

1 Julai 2019 – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan penjawat awam supaya tidak melenting apabila ditegur, sebaliknya mencari jalan untuk memperbetulkan perkara terbabit jika ianya berasas. Beliau berkata demikian di hadapan warga JPM dan Jabatan serta Agensi di bawah JPM pada Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga JPM bagi bulan Julai 2019 di Dataran Perdana, Putrajaya.

Selain itu, Perdana Menteri juga menasihatkan agar penjawat awam perlu sentiasa mengamalkan sikap toleransi, bertimbang rasa dan menerima kelainan dalam melaksanakan tugas dengan sempurna. Menurut beliau lagi, adalah amat sukar untuk kita melaksanakan tugas sekiranya tiada sifat bertimbang rasa dan juga sifat kerjasama yang baik antara kita.

PENJAWAT AWAM PERLU SENTIASA AMAL SIKAP TOLERANSI, BERTIMBANG RASA DAN MENERIMA

KELAINAN DALAM MELAKSANAKAN TUGAS

Sempena Syawal yang masih diraikan, Perdana Menteri turut memperingatkan agar kita perlu sedar dan bersyukur bahawa negara kita Malaysia dapat menikmati sambutan perayaan jauh lebih baik dari Negara lain. Sehubungan itu, kita perlu sentiasa mengingatkan diri agar sentiasa insaf dan tidak keterlaluan dalam membuat apa sahaja yang kita lakukan. Perdana Menteri juga memohon agar kita saling bermaaf-maafan antara satu sama lain lahir dari hati yang luhur agar kita mempunyai sifat bekerjasama dalam usaha menjalankan tugas dan mentadbir Negara dengan baik demi manfaat bersama.

Page 2: PENJAWAT AWAM PERLU SENTIASA AMAL SIKAP TOLERANSI ... JPM JULAI 2019.pdf...6 Julai 2019 – Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar mengingatkan agar para penghuni

Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Taska/Tabika

Jabatan Perdana Menteri

3 Julai 2019 - Taska Permata Puspanita/Tabika Puspanita JPM dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan dan Sukan serta Kakitangan Taska/Tabika JPM telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi meraikan anak-anak asuhan dan juga tenaga pengajar.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan secara santai ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain di samping memupuk nilai-nilai dalam menghayati bulan-bulan kebesaran Islam dan melahirkan rasa kesyukuran dalam menyambut bulan Syawal.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil JPM, Datin Roslina binti Mior Adlan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Roziah binti Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan), Mohammad bin Ismail dan Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Shobah binti Jamil.

Pada majlis ini, Datin Roslina turut menyampaikan cenderahati kepada tenaga pengajar dan anak-anak asuhan Taska/Tabika JPM.

Page 3: PENJAWAT AWAM PERLU SENTIASA AMAL SIKAP TOLERANSI ... JPM JULAI 2019.pdf...6 Julai 2019 – Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar mengingatkan agar para penghuni

6 Julai 2019 – Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar mengingatkan agar para penghuni kuarters untuk sentiasa menjaga keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan berjiran. Beliau turut berpesan agar penghuni kuarters bertanggungjawab dalam menjaga aset Negara dengan tidak melakukan sebarang kerosakan atau melanggar syarat-syarat menduduki kuarters. Datuk Seri Dr. Ismail berkata demikian di dalam ucapannya pada Majlis Ramah Mesra Komuniti Kuarters Penjawat Awam bersama Ketua Setiausaha Negara di Kediaman Kakitangan Awam (KKA) Jalan Shahbandar, Kuala Lumpur. Turut hadir di majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Hj. Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad.

Pembangunan kuarters berkeluasan 3.9 ekar tersebut menyediakan satu blok kuarters kelas E (Gred 29 – Gred 40) mengandungi 146 unit, termasuk dua unit untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dilengkapi dengan kemudahan Panic Button. KKA Jalan Shahbandar turut dilengkapi dengan kemudahan parkir kereta berbumbung, taman permainan, pondok mengawal, pejabat penyelenggaraan dan rumah sampah dengan kos keseluruhan pembinaan berjumlah RM55,258,800.00 yang siap dalam tempoh 36 bulan.

Majlis Ramah Mesra yang diadakan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya zumba, sukaneka, acara memasak bersama komuniti dan pameran dari agensi kerajaan.

PENGHUNI KUARTERS DIINGATKAN UNTUK

BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA ASET NEGARA

- Ketua Setiausaha Negara

Page 4: PENJAWAT AWAM PERLU SENTIASA AMAL SIKAP TOLERANSI ... JPM JULAI 2019.pdf...6 Julai 2019 – Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar mengingatkan agar para penghuni

Selamat mengerjakan ibadah haji kepada warga JPM yang akan berangkat ke tanah suci pada tahun ini. Semoga semua urusan dipermudahkan dan

mendapat keberkatan Allah SWT.

Didoakan agar dikurniakan haji yang mabrur.

Selamat MengerjakanIbadah Haji 1440H

Page 5: PENJAWAT AWAM PERLU SENTIASA AMAL SIKAP TOLERANSI ... JPM JULAI 2019.pdf...6 Julai 2019 – Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar mengingatkan agar para penghuni

18 Julai 2019 - Unit Integriti, Jabatan Perdana Menteri bersama Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah selama 3 hari bermula 16 hingga 18 Julai 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya dengan melibatkan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi dan pegawai-pegawai di JPM.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi membantu organisasi untuk mengenal pasti risiko-risiko rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang boleh membuka ruang dan peluang berlakunya rasuah yang berpunca daripada kegagalan tadbir urus baik (good governance) di Bahagian masing-masing.

Pada bengkel ini, seramai tiga (3) penceramah khas dari Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai pengurusan risiko rasuah bagi memastikan segala tadbir urus dalam organisasi di JPM ini dapat dilaksanakan dengan baik dan sistematik.

BENGKEL PENGURUSAN RISIKO RASUAH (CRM), JABATAN PERDANA MENTERI 2019

Dato’ TKSUK JPM dalam ucapan penutup bengkel telah memohon agar hasil daripada bengkel ini nanti akan dapat menyumbang kepada penyediaan Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) yang komprehensif dan akan diguna pakai di PA JPM. Beliau juga berharap CRM ini dapat disiapkan secepat mungkin bagi merealisasikan hasrat Kerajaan agar perkhidmatan awam khususnya di PA JPM dapat melaksanakan tugasan mereka dengan penuh berintegriti dan bebas rasuah.

CRM adalah sangat penting sebagai tapak mula dan dilaksanakan di PA JPM. Ia diperlukan sebagai langkah bagi penyediaan OACP. Apabila OACP telah selesai dibangunkan, langkah seterusnya ialah bagi penyediaan dan pelaksanaan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (MS ISO 37001).

Selain itu, CRM ini perlu dibentangkan kepada Pengurusan Tertinggi JPM untuk disemak dan diperakukan bagi dilaksanakan di PA JPM. CRM perlu dimuktamadkan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh bengkel diadakan seperti mana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Page 6: PENJAWAT AWAM PERLU SENTIASA AMAL SIKAP TOLERANSI ... JPM JULAI 2019.pdf...6 Julai 2019 – Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar mengingatkan agar para penghuni

18 Julai 2019 – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir

Mohamad pada hari ini melancarkan Aplikasi Telefon

Pintar Respons Rakyat di Bangunan Perdana Putra,

Putrajaya setelah selesai Mesyuarat Jawatankuasa

Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) Kali

Ke-9.

Aplikasi RR 2.0 dilancarkan bagi menggantikan

Rakyat Rezpons (RR 1.0) yang telah dibangunkan

oleh Biro Pengaduan Awam pada Mei 2016.

Aplikasi tersebut akan membantu orang awam

mengemukakan aduan dan maklum balas

kepada 460 buah agensi kerajaan yang terdiri

dari 25 kementerian, 257 buah agensi kerajaan

persekutuan, 13 pejabat setiausaha kerajaan negeri,

149 pihak berkuasa tempatan dan 16 buah syarikat

utiliti dengan hanya menggunakan satu aplikasi

telefon pintar.

APLIKASI RR 2.0 DILANCAR BANTU RAKYAT KEMUKA ADUAN DAN

MAKLUM BALAS KEPADA 460 AGENSI KERAJAAN

Beberapa kelebihan aplikasi telefon pintar RR2.0

berbanding RR1.0 ialah keupayaan Pengguna

memuat naik video dan audio, sistem pesanan RR

Messenger sebagai notifikasi mesej baharu yang

diterima, pengadu boleh mengikuti perkembangan

kes dalam siasatan melalui telefon pintar dan

kajian kepuasan pelanggan dapat dilaksanakan

menerusi telefon pintar.

Page 7: PENJAWAT AWAM PERLU SENTIASA AMAL SIKAP TOLERANSI ... JPM JULAI 2019.pdf...6 Julai 2019 – Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar mengingatkan agar para penghuni

25 Julai 2019 – YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar, Ketua Setiausaha Negara hadir memeriahkan Program Bazaria JPM 2019 di Perkarangan Blok B8, Kompleks JPM. Program anjuran Badan Kebajikan dan Sukan (BKDS), JPM dengan kerjasama rakan strategik dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Turut hadir menyerikan program ini adalah Pengurusan Tertinggi JPM, pegawai-pegawai serta warga JPM.

Program yang bermula pada jam 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang itu telah dimeriahkan dengan pelbagai hidangan durian dan buah-buahan tempatan serta jualan pelbagai produk, antaranya nanas segar, produk IKS, Ikan segar dan sejuk beku, Ayam kampung beserta daging segar, produk kelapa Bagan Datuk, udang putih juga Kambing ungkep dan kambing perap.

Sesi perkongsian maklumat berkaitan nutrisi buah-buahan tempatan dan gaya hidup sihat turut diadakan oleh Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia serta terdapat juga demonstrasi masakan produk berasaskan durian daripada chef selebriti, Chef Zam.

Penganjuran program ini dilihat secara tidak langsung dapat mempromosikan amalan pemakanan sihat dan menggalakkan pengambilan buah-buahan tempatan di samping mengeratkan hubungan di kalangan warga JPM secara amnya.

Program Bazaria JPM 2019 Meriah Dengan

Pelbagai Jenis Buah-Buahan Tempatan

Page 8: PENJAWAT AWAM PERLU SENTIASA AMAL SIKAP TOLERANSI ... JPM JULAI 2019.pdf...6 Julai 2019 – Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar mengingatkan agar para penghuni

30 Julai 2019 - Laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali dan tembakan meriam 21 das bergema di Istana Negara di sini, hari ini bagi menandakan penyempurnaan istiadat pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Istiadat pertabalan yang dilaksanakan dengan penuh tradisi dan adat istiadat warisan Kesultanan Melayu ini menyaksikan Sultan Abdullah dalam lafaz ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong, bertekad melaksanakan pemerintahan seadil-adilnya bagi Malaysia mengikut Undang-Undang dan Perlembagaan Negara selain memelihara dengan sempurna Agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman.

Selain Raja-Raja Melayu dan Permaisuri, dua tetamu diraja dari luar iaitu Putera Mahkota Abu Dhabi merangkap Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha turut berangkat ke istiadat ini. Ia turut dihadiri wakil Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet selain tetamu-tetamu kehormat yang terdiri daripada Ketua-Ketua Diplomat Asing dan Pegawai-Pegawai Kerajaan.

AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDINAL-MUSTAFFA BILLAH SHAH

DITABAL SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG KE-16