penjagaan kailan

10
PENJAGAAN KAILAN Bagi menjaga kualiti keluaran kailan, pengusaha harus menitikberatkan proses penjagaan kailan. Aspek penjagaan kailan boleh dikategorikan kepada beberapa aspek utama seperti yang berikut: IK LIM TANAH PENYIRAM AN PEROSAK PENYAKIT PROSES M ENUAI

Upload: syafiqah-jawawi

Post on 26-Oct-2015

157 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENJAGAAN KAILAN

PENJAGAAN KAILAN

Bagi menjaga kualiti keluaran kailan, pengusaha harus menitikberatkan

proses penjagaan kailan. Aspek penjagaan kailan boleh dikategorikan kepada

beberapa aspek utama seperti yang berikut:

IKLIM

TANAH

PENYIRAMAN PEROSAK

PENYAKIT

PROSES MENUAI

Page 2: PENJAGAAN KAILAN

Iklim

Untuk penanaman yang kurang mendapat sinar matahari atau terlindung dari

cahaya matahari, pertumbuhan kailan akan kurang baik dan mudah terserang

penyakit, dan pada waktu masih kecil sering terjadi pertumbuhan terhenti.

Kailan memerlukan keadaan iklim yang dingin selama pertumbuhannya. Suhu

yang baik berkisar antara 15-250C serta cukup mendapat sinar matahari.

Kailan adalah merupakan salah satu jenis sayuran musim dingin atau lembab.

Selain itu, kailan juga boleh didapati pada musim panas jangka pendek.

Pertumbuhan kailan adalah sepanjang tahun dan pada musim semi, kelembapan

tinggi dan tumbuh baik pada ketinggian 1000 – 2000 di atas permukaan laut.

Tanah

Kailan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan

organan dan mendapat cahaya matahari yang cukup serta mempunyai saliran yang

baik dan mempunyai suhu di antara 23oC- 35oC dan kelembapan yang tinggi. pH

yang sesuai ialah diantara 5.0 - 6.5. Sekiranya pH di bawah nilai 5.0 pengapuran

perlu dilakukan.

Kailan menghendaki keadaan tanah yang gembur dengan pH 5,5 – 6,5.

Tanaman kailan dapat tumbuh dan beradaptasi di semua jenis tanah, baik tanah

yang bertekstur ringan sampai berat. Jenis tanah yang paling baik untuk tanaman

kailan adalah lempung berpasir.

Penyiraman

Penyiraman dijalankan setiap hari pada waktu pagi dan petang. Pastikan anak

pokok tidak tercabut semasa penyiraman yang menggunakan sistem mini sprinkler.

Pembajaan mrnggunakan baja tahi ayam (3-4 mt/ha) dan baja NPK 15:15:15

sebanyak 10 gm/pk dinaikan kepada 20 gm/pk dan 32 gm/pokok mengikut umur

pokok. Kawalan rumpai dilakukan dengan penggunaan racun Pra-Cambah semasa

penyediaan tanah. Racun rumpai tidak disyorkan dalam tanaman kailan. Ini kerana

Page 3: PENJAGAAN KAILAN

kailan mempunyai PHI yang cepat. Air yang disiram perlu dikawal untuk elak

kelembapan berlebihan.

Perosak

Kailan mempunyai pelbagai perosak seperti Serangga Ulat Renda (Hellula

undalis) yang larvanya memakan pucuk serta epidermis bawah daun dikawal dengan

Bt peringkat awal penanaman dan peringkat serious sembur dengan Cypermetrin/

deltamethrin/ fenvelerate atau acephate. Ulat Ratus (Spodoptera litura) juga

peringkat larva menyerang pucuk kailan dan serangga dewasa mengorek batang

dikawal dengan Bt dan racun cypermethrin. Terdapat serangan Spodoptera exigua

yang menyerang secara berkelompok yang boleh dikawal dengan perangkap lampu

atau pheromon. Kumbang Kutu (Phylloreta sinuata) memakan bahagian daun kailan

disemua peringkat perumbuhan akibatkan daunberlubang2 sehingga makan

bahagian akar jika teruk dan dikawal dengan semburan racun acephate dan

cypermethrin.

Gambar 1: Ulat Renda (Hellula undalis)

Page 4: PENJAGAAN KAILAN

Ulat Plutella (Plutella xylotella ) merupakan musuh tradisi kailan dimana

serangan dengan makan daun kailan disemua peringkat dan dikawal dengan Bt atau

racun acephate jika serious. Ulat Pangkas (Agrotis ypsilon) memotong batang

kailandan daun diparas tanah pada waktu malam dan dikawal dengan umpan

trichlorofon atau racun fenvelerate. Kutu Daun Aphis (Aphis spp) menghisap daun

dan disembur dengan cypermethrin atau dimethoate. Ulat pelombong daun

(Phytomyza spp) menyerang permukaan daun dan dikawal dengan semburan racun

dimethoate atau diaznon.

Siput juga menrupakan musuh utama Kailan. Terdapat 4 jenis siput yang

menyerang iatu Siput Panjang Kecil (Lamellaxis gracillis ), Siput Panjang Besar

(Sabulina octona), Siput Kacang (Succinee taylori) dan Siput Leper Kecil

(Pseudoplecta bijuga). Syor kawalan bagi siput ialah dengan menggunakan

methaldehyde atau mercaptodimethur secara menyeluruh. Saliran yang baik juga

diperlukan dan kawal sistem pengairan supaya tidak berlebihan. Serangan siput

biasa berlaku pada waktu malam terutama dikawasan yang mempunyai struktur

pelindung hujan. Kajian penulis mendapati petani menggunakan racun jenama

Siputox untuk kawalan siput.

Gambar 2: Siput Panjang Besar (Sabulina octona)

Page 5: PENJAGAAN KAILAN

Penyakit

Antara penyakit yang menyerang kailan ialah Reput Lembut (Ervinia

carotovora) yang menyebabkan reput dan kawalan dengan elakkan dari menanam

dikawasan lembab. Penyakit Reput Daun (Corticum solani) menyebabkan daun jadi

busuk dan semburan fenvelerate atau cypermethrin boleh dijalankan. Penyakit Club

Rot (Plasmidophora brassicae) menyerang anak pokok kailan dan dikawal dengan

racun quintozene. Penyakit Damping Off (Phytuim sp) menyerang anak pokok

menyebabkan layu dan busuk dipangkal batang dan boleh dikawal dengan membuat

rawatan biji benih dengan racun Kulat seperti Capstan.

Proses menuai

Kailan dituai dalam masa 25-35 hari lepas diubah keladang. Penuaian dijalan

dengan memotong pangkal batang menggunakan pisau tajam. Kumpul dan basuh

dengan air mengalir sebelum di masukkan kedalam bakul. Harga ladang di

Sengkang, Muar , johor lingkungan RM 1.50 - RM 2.00 sekilogram bergantung

kepada cuaca dan pasaran. Kajian mendapati potensi hasil kailan sebanyak 8-10

mt/ha (bergantung kepada kepadatan

Page 6: PENJAGAAN KAILAN

PENGIRAAN KOS KAILAN

Biji benih Kailan yang bermutu dari jenis Hybrid di perolehi dari kedai

pertanian dengan keperluan sebanyak 1.5 - 1. 8 kg /ha. Di Kawasan Sengkang benih

ini disemai daam kotak plastik sebanyak 120 ruang yang telah diisikan dengan

"Seedling substrate 701" yang diimpot dari German . Sebanyak 1-2 biji benih

dimasukan setiap lubang dengan menggunakan mesin khas. Benih dalam tray akan

disusun dalam rumah kalis serangga dan penyiraman dengan sistem "Mist Spraying"

secara berjadual. Lepas 7-12 hari benih akan di ubah ke ladang batas tanaman

dengan jarak tanaman 12 - 15 cm. Penanaman secara tabur benih terus di atas

batas juga boleh di buat tetapi kini kurang diamalkan akibat kos benih dan kadar

pertumbuhan yang rendah berbanding dengan menggunakan mesin khas.

Contoh pengiraan kos kailan adalah seperti berikut:

Anggaran Kos Pengeluaran Kailan/ha

Jarak Penanaman : 0.2 m x 0.15 m

Kepadatan : 210,000 pokok*

Jangkamasa penanaman : 4 minggu selepas menanam

A. PENDAPATAN

KASAR

B. KOS

C. PENDAPATAN

Page 7: PENJAGAAN KAILAN

A. PENDAPATAN KASAR

15,000 kg 2 /kg = RM 30,000.00

B. KOS

KOS BERUBAH

BAHAN-BAHAN INPUT

1. Benih 1.5 kg 40 / kg = RM 60.00

2. Baja

a. Kapur 0.5 tan 280 / tan = RM 140.00

b. Baja organik 1 tan 440 / tan = RM 440.00

c. NPK 15:15:15 0.5 tan 2,400 / tan = RM 1,200.00

d. Baja foliar 15:15:6:4 9 liter 40 /liter = RM 360.00

3. Semaian

a. Media semaian @ 10 dulang

Semaian/beg 100 beg 30 / beg

b. Dulang semaian 2000 unit 3 / unit = RM 3000.00

4. Racun kimia

a. Racun serangga 5 liter 90 /liter = RM 450.00

b. Racun kulat 3 liter 25 /liter = RM 75.00

c. Racun rumpai (Glufosinate-ammonium) 4 liter 45 liter = RM

180.00

5. Bahan lain

a. Bakul plastik 10 unit 40 / unit = RM 400.00

Jumlah Kos Bahan Input (I) = RM 12,305.00

Page 8: PENJAGAAN KAILAN

KOS TENAGA KERJA

1. Penyediaan tanah dan batas Kontrak = RM 1,000.00

2. Semaian benih 5 t.h. 30 /th = RM 150.00

3. Menanam dan menyulam 18 t.h. 30 /th = RM 540.00

4. Menyiram 15 t.h. 30 /th = RM 450.00

5. Mengawal rumpai 20 t.h. 30 /th = RM 600.00

6. Kawalan penyakit dan perosak 15 t.h. 30 /th = RM 450.00

7. Membaja 8 t.h. 30 /th = RM 240.00

8. Memungut hasil 40 t.h. 30 /th = RM 1200.00

Jumlah Kos Tenagakerja (II) = RM 4,630.00

KOS TETAP

1. Sewa tanah 1.5 bulan 42 /ha/bln = RM 63.00

2. Alatan pengairan Semusim = RM 950.00

3. Bahan Api 250 liter 1.80 liter = RM 450.00

Jumlah Kos Tetap (III) = RM 1,463.00

Jumlah Kos Berubah ( I+II+III) = RM 18,398.00

Page 9: PENJAGAAN KAILAN

C. PENDAPATAN

1. Pendapatan Kasar = RM 30,000.00

2. Jumlah kos (I+II+III) = RM 18,398.00

3. Kontigensi 5% = RM 919.90

4. Jumlah kos pengeluaran = RM 19,317.90

5. Pendapatan Bersih = RM 10,682.10

6. Harga Pulang Modal (Kos/kg) = RM 1.29

7. B/C Ratio = RM 1.55

Page 10: PENJAGAAN KAILAN

KESIMPULAN

Tanaman kailan boleh memberi banyak manfaat kepada pengusaha kailan.

Hal ini adalah kerana, tanaman kailan sangat mendapat sambutan di pasaran

tempatan dan ini akan memberi keuntungan yang besar kepada pengusahanya.

Selain itu, penjagaan kailan juga tidaklah terlalu rumit. Dengan ilmu yang cukup dan

pengalaman serba sedikit mengenai penanaman kailan, seseorang individu itu boleh

berjaya dalam usaha penanaman kailan ini.