penilaian sakit sendi dan fungsi di klinik · pdf file... yang direka untuk menyaring huraian...

3
_____________________________________________________________________________________________ © Hakcipta 2016 Persatuan Pengkajian Kesakitan Antarabangsa (IASP). Hak cipta terpelihara. IASP mengumpulkan ahli-ahli sains, pakar klinikal, pembekal penjagaan kesihatan, dan pembuat kebajikan untuk merangsang dan menyokong pengkajian kesakitan dan menterjemahkan ilmu tersebut untuk peningkatan kelegaan kesakitan di seluruh dunia. FACT SHEET No. 5 Penilaian Sakit Sendi dan Fungsi di Klinik Gillian Hawker, MD, MSc, FRCPC Soal selidik pesakit dan ukuran pencapaian telah digunakan untuk menilai kesakitan dan fungsi osteoarthritis (OA) pinggul dan lutut dalam amalan klinikal. Soal selidik pesakit menilai perspektif pesakit manakala ukuran pencapaian menilai aksi seperti berjalan atau gerakan seragam lain dalam situasi terkawal. Penilaian seragam tentang keputusan pesakit membolehkan ukuran pencapaian atau kegagalan diagnostik dan rawatan yang diterima oleh pesakit OA. Kesakitan sendi (biasanya pada pinggul dan lutut) adalah aduan utama untuk orang yang hidup dengan OA. Kesakitan adalah factor yang mendorong pesakit untuk mendapatkan rawatan perubatan. Khususnya, kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai OA pinggul dan lutut paling tertekan terhadap kekuatan, kualiti (sakit, membakar, menghiris), dan kebolehramalan sakit sendi mereka, serta kesannya kepada fungsi fizikal, tidur, keletihan, dan emosi. Kesalihan dan kebolehpercayaan soal selidik pesakit dan ukuran pencapaian adalah sedia ada untuk menilai aspek-aspek pengalaman kesakitan ini. Soal selidik generik kesakitan seperti skala angka penilaian sakit (NRS) adalah sesuai untuk menilai intensiti kesakitan OA dalam amalan klinikal. Namun, data terkumpul mencadangkan bahawa sensitisasi pusat boleh menyumbang kepada kesakitan di subset individu dengan OA dan menunjukkan ciri-ciri sakit neuropatik. Oleh itu, untuk kesakitan OA yang berpanjangan, ukuran kualiti kesakitan juga digunakan. Contoh ukuran ini termasuk Soal Selidik multidimensi Kesakitan McGill (MPQ), yang menilai aspek-aspek deria, afektif, dan evaluatif dan intensiti kesakitan di kalangan orang dewasa dengan kesakitan kronik, dan soal selidik painDETECT (PDQ), yang direka untuk menyaring huraian sakit

Upload: nguyendung

Post on 15-Mar-2018

229 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penilaian Sakit Sendi dan Fungsi di Klinik · PDF file... yang direka untuk menyaring huraian sakit ... Monitoring patient outcomes. In: OARSI Primer on Osteoarthritis; Henrotin Y

_____________________________________________________________________________________________

© Hakcipta 2016 Persatuan Pengkajian Kesakitan Antarabangsa (IASP). Hak cipta terpelihara.

IASP mengumpulkan ahli-ahli sains, pakar klinikal, pembekal penjagaan kesihatan, dan pembuat kebajikan untuk merangsang dan menyokong pengkajian kesakitan dan menterjemahkan ilmu tersebut untuk peningkatan kelegaan kesakitan di seluruh dunia.

FACT SHEET No. 5

Penilaian Sakit Sendi dan Fungsi di Klinik Gillian Hawker, MD, MSc, FRCPC

Soal selidik pesakit dan ukuran pencapaian telah digunakan untuk menilai kesakitan dan fungsi

osteoarthritis (OA) pinggul dan lutut dalam amalan klinikal. Soal selidik pesakit menilai perspektif pesakit

manakala ukuran pencapaian menilai aksi seperti berjalan atau gerakan seragam lain dalam situasi

terkawal. Penilaian seragam tentang keputusan pesakit membolehkan ukuran pencapaian atau

kegagalan diagnostik dan rawatan yang diterima oleh pesakit OA.

Kesakitan sendi (biasanya pada pinggul dan lutut) adalah aduan utama untuk orang yang hidup dengan

OA. Kesakitan adalah factor yang mendorong pesakit untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Khususnya, kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai OA pinggul dan lutut paling tertekan

terhadap kekuatan, kualiti (sakit, membakar, menghiris), dan kebolehramalan sakit sendi mereka, serta

kesannya kepada fungsi fizikal, tidur, keletihan, dan emosi. Kesalihan dan kebolehpercayaan soal selidik

pesakit dan ukuran pencapaian adalah sedia ada untuk menilai aspek-aspek pengalaman kesakitan ini.

Soal selidik generik kesakitan seperti skala angka penilaian sakit (NRS) adalah sesuai untuk menilai

intensiti kesakitan OA dalam amalan klinikal. Namun, data terkumpul mencadangkan bahawa sensitisasi

pusat boleh menyumbang kepada kesakitan di subset individu dengan OA dan menunjukkan ciri-ciri

sakit neuropatik. Oleh itu, untuk kesakitan OA yang berpanjangan, ukuran kualiti kesakitan juga

digunakan. Contoh ukuran ini termasuk Soal Selidik multidimensi Kesakitan McGill (MPQ), yang menilai

aspek-aspek deria, afektif, dan evaluatif dan intensiti kesakitan di kalangan orang dewasa dengan

kesakitan kronik, dan soal selidik painDETECT (PDQ), yang direka untuk menyaring huraian sakit

Page 2: Penilaian Sakit Sendi dan Fungsi di Klinik · PDF file... yang direka untuk menyaring huraian sakit ... Monitoring patient outcomes. In: OARSI Primer on Osteoarthritis; Henrotin Y

_____________________________________________________________________________________________

© Hakcipta 2016 Persatuan Pengkajian Kesakitan Antarabangsa (IASP). Hak cipta terpelihara.

IASP mengumpulkan ahli-ahli sains, pakar klinikal, pembekal penjagaan kesihatan, dan pembuat kebajikan untuk merangsang dan menyokong pengkajian kesakitan dan menterjemahkan ilmu tersebut untuk peningkatan kelegaan kesakitan di seluruh dunia.

neuropatik dan membezakan sakit neuropatik daripada sakit bukan neuropatik di kalangan individu

dengan sakit belakang kronik.

Antara ukuran kesakitan OA khusus, skala kesakitan Western Ontario McMaster Universities OA Index

(WOMAC) adalah yang paling banyak digunakan. Ia menilai kekuatan sakit OA pinggul dan lutut semasa

melakukan lima aktiviti: berdiri, berjalan, menaik tangga, rehat, dan pada waktu malam. Untuk menilai

OA sakit bebas daripada kesan sakit pada fungsi fizikal, skala multidimensi Intermittent and Constant

Osteoarthritis Pain measure (ICOAP—hip and knee) telah dibina. ICOAP menilai pengalaman kesakitan

OA, termasuk intensiti kesakitan, kekerapan, dan kesan ke atas emosi, tidur, dan kualiti hidup. Ia

bertujuan untuk digunakan bersama ukuran fungsi fizikal.

Skala fungsi fizikal WOMAC telah digunakan secara meluas untuk menilai had fungsi pinggul dan lutut.

Namun, ia mungkin memperkecilkan had fungsi dalam individu yang lebih muda dan sangat aktif. Sebab

ini, Hip Disability and Osteoarthritis Outcome Score (HOOS) dan Knee Injury and Osteoarthritis Outcome

Score (KOOS) telah dibina. Selain daripada item fungsi fizikal WOMAC (subskala kehidupan harian),

HOOS dan KOOS termasuk subskala untuk permintaan fungsi yang lebih tinggi, sukan, dan aktiviti

rekreasi (subskala sukan dan aktiviti rekreasi). Terdapat juga ukuran pendek untuk subskala fungsi fizikal

HOOS dan KOOS.

Satu limitasi soal selidik pesakit dalam penilaian batasan aktiviti adalah ia bergantung kepada penilaian

pesakit sendiri terhadap keupayaan fungsi masing-masing. Apabila seseorang tidak lagi terlibat dalam

aktiviti dengan apa-apa sebab, keupayaan sendiri semasa melakukan aktiviti yang dilaporkan munkin

kecenderungan tinggi atau rendah. Sebab ini, pengukuran berdasarkan prestasi adalah berguna. Untuk

OA pinggul dan lutut, masa jalan untuk 50 kaki (atau jarak lain), Timed Chair Stand Test, dan Timed Up

and Go (TUG) test adalah ujian yang paling kerap digunakan. Timed Chair Stand Test menilai kekuatan

bahagian anggota badan sebagai petunjuk taraf fungsi, dan kebolehpercayaan dan kesahihan ia telah

dinilai.TUG menilai kemahiran pergerakan asas dan pengunaannya untuk pesakit OA pinggul dan lutut

yang menunggu pembedahan penggantian sendi telah disahkan.

Rujukan

1. Hawker GA, Davis AM. Chapter 176 - Assessment of the patient with osteoarthritis and measurement of outcomes. In: Rheumatology 5

th edition; Hochberg, Silman, Smolen, Weinblatt, Weisman (eds). Roseville:

Mosby Elsevier, 2010. 2. Hawker GA, Mian S, Kendzerska T, French M. Measures of adult pain. Arthritis Care Res (Hoboken)

2011;63(Suppl 11):S240-52. 3. Hawker G, Davis A. Chapter 8 - Monitoring patient outcomes. In: OARSI Primer on Osteoarthritis; Henrotin

Y, Hunter D, Kawaguchi H (eds). Online publication: 3 September 2011 (http://primer.oarsi.org/content/chapter-8-monitoring-patient-outcomes)

Page 3: Penilaian Sakit Sendi dan Fungsi di Klinik · PDF file... yang direka untuk menyaring huraian sakit ... Monitoring patient outcomes. In: OARSI Primer on Osteoarthritis; Henrotin Y

_____________________________________________________________________________________________

© Hakcipta 2016 Persatuan Pengkajian Kesakitan Antarabangsa (IASP). Hak cipta terpelihara.

IASP mengumpulkan ahli-ahli sains, pakar klinikal, pembekal penjagaan kesihatan, dan pembuat kebajikan untuk merangsang dan menyokong pengkajian kesakitan dan menterjemahkan ilmu tersebut untuk peningkatan kelegaan kesakitan di seluruh dunia.

4. Hawker GA, Stewart L, French MR, Cibere J, Jordan JM, March L, Suarez-Almazor M, Gooberman-Hill R. Understanding the pain experience in hip and knee osteoarthritis – an OARSI/OMERACT initiative. Osteoarthritis Cartilage 2008;16(4):415-22.

5. Hochman JR, Gagliese L, Davis AM, Hawker GA. Neuropathic pain symptoms in a community knee OA cohort. Osteoarthritis Cartilage 2011;19(6):647-54.

6. Stratford PW, Kennedy DM, Woodhouse LJ. Performance measures provide assessments of pain and function in people with advanced osteoarthritis of the hip or knee. Phys Ther 2006;86(11):1489-96.

Sebahagian daripada Tahun Global Terhadap Kesakitan Sendi, IASP menawarkan 20 lembaran fakta

yang merangkumi topik-topik tertentu berkaitan dengan kesakitan sendi. Dokumen-dokumen ini

telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan boleh dimuat turun dengan percuma. Lawati

www.iasp-pain.org/globalyear untuk maklumat lanjut.

Mengenai Persatuan Pengkajian Kesakitan Antarabangsa (IASP) ®

IASP adalah forum profesional yang terkemuka bagi sains, latihan, dan pendidikan dalam bidang kesakitan. Keahlian adalah terbuka kepada semua profesional yang terlibat dalam penyelidikan, diagnosis, atau rawatan kesakitan. IASP mempunyai lebih daripada 7,000 ahli di 133 negara, 90 bab negara, dan 20 Kumpulan Kepentingan Khas. Mari merancang untuk menyertai rakan-rakan anda di Kongres Dunia pada Kesakitan ke-16, September 26-30, 2016, di Yokohama, Jepun.