penilaian kursus perkamusan arab melalui pembentangan · pdf file5 rubrik penilaian...

11
1 PENILAIAN KURSUS PERKAMUSAN ARAB MELALUI PEMBENTANGAN POSTER Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad 1 [email protected] 1 Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Ukm Abstrak : Poster merupakan salah satu media iklan bercetak yang boleh ditampal di tempat umum. Dewasa ini, poster sudah menjadi salah satu media pembelajaran dan penyelidikan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesesuaian penilaian Kursus PPPJ1143 Perkamusan Arab melalui pembentangan poster dan meninjau tahap keberkesanan kursus ini melalui pembentangan poster. Isi kandungan poster adalah berdasarkan kandungan kursus perkamusan Arab. Setiap pelajar akan memilih satu kamus Arab, mereka bentuk poster untuk memperkenal kamus tersebut dan membentangkannya dalam bengkel perkamusan Arab yang diadakan di akhir semester pengajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis data secara deskriptif. Dua instrumen digunakan bagi mendapatkan data, iaitu secara pemerhatian kepada proses pembentangan poster oleh 10 orang pelajar yang mendaftar kursus Perkamusan Arab semester 2 sesi 2013/2014 dan 10 poster Perkamusan Arab yang dibentangkan. Dapatan kajian mendapati para pelajar menunjukkan minat terhadap proses pembentangan, teruja ketika mereka bentuk poster. Sebanyak 60% atau enam orang pelajar dapat memahami kaedah penyusunan kamus dan mengetahui cara penggunaan kamus dengan jelas. Kajian juga mendapati bahawa 80 % daripada poster tersebut menepati aspek isi kandungan dari segi keperluan pengajaran, keperluan pengenalan kepada kamus Arab tertentu, aspek reka bentuk, warna, tulisan dan pemilihan gambar. PENGENALAN Kursus PPPJ1143 Perkamusan Arab ditawarkan sebagai kursus elektif kepada para pelajar pengkhususan pengajian Arab di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Kursus ini mengkaji sejarah perkembangan perkamusan Arab klasik, moden dan kontemporari. Kursus ini meliputi kajian latar belakang penulis, metode penyusunan, keistimewaan dan juga kelemahan setiap kamus. Fokus kajian turut diberikan kepada kamus-kamus seperti Kitab al- Ayn oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi, al-Jamharah oleh Ibn Durayd, al-Sihah oleh al-Jawhari, Lisan al-Arab oleh Ibn Manzur dan Asas al-Balaghah oleh al-Zamakhshari. Kursus ini juga akan mengkaji kamus-kamus moden seperti al-Wasit, al-Munjid dan lain-lain. Guru atau pensyarah kini bukan sahaja sebagai penyampai maklumat dan gedung ilmu tetapi lebih beperanan sebagai pemudah cara, penyelesai masalah, pakar motivasi dan sumber rujukan (Zaini dan rakan, 2003). Penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan guru dan pelajar merupakan teras kepada pembinaan generasi. Oleh itu kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu diinovasi dan dipermoden selari dengan perkembangan teknologi masa kini agar negara kita tidak jauh terkebelakang berbanding dengan negara maju yang lain. Sejak awal tahun 1990an Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA ISBN 978-967-5478-78-9

Upload: lengoc

Post on 06-Feb-2018

269 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENILAIAN KURSUS PERKAMUSAN ARAB MELALUI PEMBENTANGAN · PDF file5 RUBRIK PENILAIAN PEMBENTANGAN POSTER Rubrik ialah alat penilaian untuk penilaian subjektif, satu set kriteria dan

1

PENILAIAN KURSUS PERKAMUSAN ARAB MELALUI PEMBENTANGAN POSTER

Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad1

[email protected] 1Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam,

Fakulti Pengajian Islam, Ukm

Abstrak : Poster merupakan salah satu media iklan bercetak yang boleh ditampal di tempat umum.

Dewasa ini, poster sudah menjadi salah satu media pembelajaran dan penyelidikan. Kajian ini

bertujuan mengenal pasti kesesuaian penilaian Kursus PPPJ1143 Perkamusan Arab melalui

pembentangan poster dan meninjau tahap keberkesanan kursus ini melalui pembentangan poster. Isi

kandungan poster adalah berdasarkan kandungan kursus perkamusan Arab. Setiap pelajar akan

memilih satu kamus Arab, mereka bentuk poster untuk memperkenal kamus tersebut dan

membentangkannya dalam bengkel perkamusan Arab yang diadakan di akhir semester pengajian.

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis data secara deskriptif. Dua

instrumen digunakan bagi mendapatkan data, iaitu secara pemerhatian kepada proses pembentangan

poster oleh 10 orang pelajar yang mendaftar kursus Perkamusan Arab semester 2 sesi 2013/2014 dan

10 poster Perkamusan Arab yang dibentangkan. Dapatan kajian mendapati para pelajar menunjukkan

minat terhadap proses pembentangan, teruja ketika mereka bentuk poster. Sebanyak 60% atau enam

orang pelajar dapat memahami kaedah penyusunan kamus dan mengetahui cara penggunaan kamus

dengan jelas. Kajian juga mendapati bahawa 80 % daripada poster tersebut menepati aspek isi

kandungan dari segi keperluan pengajaran, keperluan pengenalan kepada kamus Arab tertentu, aspek

reka bentuk, warna, tulisan dan pemilihan gambar.

PENGENALAN

Kursus PPPJ1143 Perkamusan Arab ditawarkan sebagai kursus elektif kepada para pelajar

pengkhususan pengajian Arab di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian

Islam, UKM. Kursus ini mengkaji sejarah perkembangan perkamusan Arab klasik, moden dan

kontemporari. Kursus ini meliputi kajian latar belakang penulis, metode penyusunan, keistimewaan

dan juga kelemahan setiap kamus. Fokus kajian turut diberikan kepada kamus-kamus seperti Kitab al-

‘Ayn oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi, al-Jamharah oleh Ibn Durayd, al-Sihah oleh al-Jawhari,

Lisan al-‘Arab oleh Ibn Manzur dan Asas al-Balaghah oleh al-Zamakhshari. Kursus ini juga akan

mengkaji kamus-kamus moden seperti al-Wasit, al-Munjid dan lain-lain.

Guru atau pensyarah kini bukan sahaja sebagai penyampai maklumat dan gedung ilmu tetapi

lebih beperanan sebagai pemudah cara, penyelesai masalah, pakar motivasi dan sumber rujukan

(Zaini dan rakan, 2003). Penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan guru dan

pelajar merupakan teras kepada pembinaan generasi. Oleh itu kaedah pengajaran dan pembelajaran

perlu diinovasi dan dipermoden selari dengan perkembangan teknologi masa kini agar negara kita

tidak jauh terkebelakang berbanding dengan negara maju yang lain. Sejak awal tahun 1990an

Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.

Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA • ISBN 978-967-5478-78-9

Page 2: PENILAIAN KURSUS PERKAMUSAN ARAB MELALUI PEMBENTANGAN · PDF file5 RUBRIK PENILAIAN PEMBENTANGAN POSTER Rubrik ialah alat penilaian untuk penilaian subjektif, satu set kriteria dan

2

teknologi seperti penggunaan komputer peribadi, internet, video dan sebagainya mula dijadikan

medium pengajaran atau alat bantu mengajar di sekolah-sekolah dan di institusi pengajian tinngi.

Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk

menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan

dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya, bahkan corak penilaian tugasan juga perlu

berubah. Antara kaedah yang difikirkan sesuai untuk kursus PPPJ1143 Perkamusan Arab ialah

pembentangan poster.

Menurut Deni Sofiansyah (2010), poster ialah media cetak yang tidak hanya menampilkan

gambar-gambar yang memikat mata tetapi juga dapat memberikan informasi kepada khlayak. Selain

itu boleh dijadikan media terbaik untuk promosi, media dakwah, media pendidikan, info penyelidikan dan propaganda, poster juga boleh menjadi alat bantu mengajar yang berkesan. Hal ini kerana

kewujudan poster sebagai objek berwarna, pelbagai bentuk dan gambar serta berinformasi

disukai ramai, baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Dengan permainan warna dan ilustrasi yang sesuai, poster mampu mencuri perhatian orang yang memandangnya. Ketika seseorang melihat poster,

ia telah memasukkan sesuatu informasi tambahan dalam ingatannya. Oleh sebab itu, poster berpotensi

besar untuk bertindak sebagai media yang boleh mendidik dan membentuk sikap orang ramai.

PERNYATAAN MASALAH

Kecenderungan pengajaran dan pembelajaran cara konvensional memerlukan masa, terikat dengan

jadual dan bilik kuliah. Disebabkan kekangan masa dan kandungan kursus yang banyak, ditambah

bebanan tugas pengkeranian, pentadbiran dan penyelidikan, kebanyakan guru atau pensyarah terpaksa

memikirkan satu bentuk pengajaran yang ada kelainan dan inovasi. Oleh sebab kaedah pengajaran dan

pembelajaran sudah melalui banyak perubahan, maka penilaian kursus juga perlu berubah mengikut

keperluan masa dan kandungan kursus agar lebih praktikal dan berkesan.

Penilaian cara lama seperti peperiksaan pertengahan semester dan akhir semester secara

bertulis masih banyak digunakan, tetapi cara sebegini mendorong pelajar menggunakan pendekatan

hafalan dan memperlihatkan situasi pembelajaran yang pasif, kurang menggalakkan kreativiti dan

perkongsian idea dalam kalangan pelajar. Menurut Harjuli (2012), cara penilaian guru atau pensyarah

terhadapt tugasan pelajar menyumbang besar kepada peningkatan kemahiran dan keterampilan

pelajar. Tiga usaha yang boleh membantu ke arah melahirkan pelajar yang berkualiti dan kemampuan

menguasai kursus yang diajar ialah pemilihan metode pengajaran, penggunaan alat bantu mengajar

dan cara penilaian tugasan pelajar.

Pembentangan poster telah dikenal pasti pengkaji dapat membantu para pelajar menguasai

dan memahami kaedah penyusunan sesuatu kamus dan cara pencarian makna perkataan daripada

kamus tersebut. Melalui pelbagai design, rajah, carta alir yang dimuatkan dalam satu poster dapat

membantu para pelajar lain memahami dan mengenali dunia perkamusan Arab dengan lebih baik. Hal

ini kerana melalui kesan paparan jadual, gambar, carta dan warna yang pelbagai, pelajar dijangka

dapat menghubungkan pengetahuan dan konsep-konsep yang bersifat abstrak dengan sesuatu objek

yang fizikal yang dapat dilihat.

PENGGUNAAN MEDIA POSTER DALAM PEMBELAJARAN

Sebagai satu aktiviti pembelajaran, pembentangan poster membawa tujuan berikut:

1. Menggalakkan pelajar mempelajari, melaksana dan menghasilkan sesuatu yang baru.

2. Membina sikap tanggungjawab menyelesaikan tugasan secara individu dalam kalangan

pelajar.

3. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kebolehan mengkaji atau membentukkan

sesuatu dengan kreativiti dan inovasi masing-masing

Page 3: PENILAIAN KURSUS PERKAMUSAN ARAB MELALUI PEMBENTANGAN · PDF file5 RUBRIK PENILAIAN PEMBENTANGAN POSTER Rubrik ialah alat penilaian untuk penilaian subjektif, satu set kriteria dan

3

4. Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik kuliah.

5. Menilai pelajar dari segi kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan dan

kebolehan membuat tugasan secara individu atau bersama orang lain.

6. Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

Secara umumnya, penggunaan media poster untuk pembelajaran dapat dilakukan dengan tiga cara,

iaitu:

1. Poster sebagai media atau proses pengajaran dan pembelajaran. Ia digunakan sebagai

sebahagian daripada kegiatan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sama ada guru atau

pensyarah menerangkan kandungan kursus kepada pelajar dengan menjadikan poster sebagai

media pembelajaran atau alat bantu mengajar. Kaedah ini dapat meningkatkan minat dan

sikap pelajar terhadap proses pembelajaran.

2. Poster sebagai produk pengajaran dan pembelajaran. Ia digunakan sebagai salah satu cara

menilai kefahaman pelajar tentang sesuatu kursus. Para pelajar ditugaskan membuat poster

berdasarkan isi kandungan kursus atau tema-tema tertentu. Penilaian bentuk ini dapat

mengembangkan idea dan kreativiti pelajar, di samping mewujudkan suasana pembelajaran

yang lebih aktif

3. Poster sebagai media sosial dan perniagaan. Ia digunakan di luar pembelajaran yang bertujuan

untuk mendidik dan membentuk sikap pelajar, memotivasi pelajar, sebagai peringatan,

propaganda, kempen atau ajakan untuk melakukan sesuatu yang positif dan penambahan

nilai-nilai sosial dan keagamaan. Dalam hal ini poster tidak digunakan dalam pembelajaran

namun dipasang di dalam kelas atau di tempat yang strategik agar dapat dilihat dengan jelas

oleh para pelajar. Misalnya ajakan untuk rajin menabung, senantiasa membuang sampah pada

tempatnya dan lain-lain.

KOMPONEN PENILAIAN BERTERUSAN KURSUS PPPJ1143 PERKAMUSAN ARAB

Penilaian berterusan digunakan bagi menggantikan peperiksaan pertengahan semester dan

peperiksaan akhir semester. Bagi menjayakan objektif pengajaran dan pembelajaran kursus

Perkamusan Arab, tiga komponen penilaian diwujudkan sebagaimana dijelaskan dalam jadual di

bawah:

Jadual 1: Komponen Penilaian Berterusan Kursus PPPJ1143 Perkamusan Arab

Bil Komponen Penilaian

Berterusan

Markah Tindakan

Page 4: PENILAIAN KURSUS PERKAMUSAN ARAB MELALUI PEMBENTANGAN · PDF file5 RUBRIK PENILAIAN PEMBENTANGAN POSTER Rubrik ialah alat penilaian untuk penilaian subjektif, satu set kriteria dan

4

1. Kuiz 1

Kuiz 2

40% 1. Kuiz 1 dilaksanakan pada minggu ke lapan perkuliahan. Soalan aneka pilihan jawapan dan

teka silangkata disediakan meliputi topik-topik

yang sudah dibincangkan pada minggu kedua hingga ke tujuh perkuliahan.

2. Kuiz 2 dilaksanakan pada minggu ke 13 perkulihan. Soalan berbentuk isi tempat kosong

dan aneka pilihan jawapan di sediakan. Soalan meliputi topik-topik yang sudah dibincangkan

pada minggu ke 9 hingga ke 12 perkuliahan.

2. Praktikal Penggunaan

Kamus (Tutorial)

30% 1. Setiap pelajar akan diberi kamus yang berbeza dan diminta mengkaji cara penggunaan kamus

tersebut.

2. Setiap pelajar diminta membentangkan cara penggunaan kamus kepada rakan-rakan dalam

kelas tutorial.

3. Praktikal pencarian perkataan / makna perkataan daripada kamus yang berbeza pada setiap minggu.

3. Pembentangan Poster 30% 1. Setiap pelajar diminta menghasilkan satu poster perkamusan Arab menggunakan Bahasa Arab.

2. Poster boleh dihasilkan menggunakan powerpoint, microsof word atau adobe

photoshop.

3. Saiz poster A3.

4. Setiap poster perlu mengemukakan nama pengarang beserta gambar jika ada, maklumat

berkaitan kamus secara ringkas, gambar kamus,

kaedah penyusunan kamus dan cara pencarian

perkataan atau makna.

5. Poster ini akan ditampal di bahagian iklan Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam untuk

memudahkan para pelajar mempelajari bidang

perkamusan Arab dan mengetahui cara pencarian kata atau makna perkataan daripada

mu’jam/kamus tertentu.

6. Panjang masa pembentangan poster ialah 3 minit sahaja.

7. Ciri-ciri Poster yang baik:

a. Menyatakan maklumat yang diperlukan

b. Menarik perhatian audien

c. Maklumat ringkas dan mudah difahami

d. Tulisan jelas dan mudah dibaca

e. Kombinasi gambar dan warna yang sesuai dan menarik.

Page 5: PENILAIAN KURSUS PERKAMUSAN ARAB MELALUI PEMBENTANGAN · PDF file5 RUBRIK PENILAIAN PEMBENTANGAN POSTER Rubrik ialah alat penilaian untuk penilaian subjektif, satu set kriteria dan

5

RUBRIK PENILAIAN PEMBENTANGAN POSTER

Rubrik ialah alat penilaian untuk penilaian subjektif, satu set kriteria dan standard yang berkaitan

dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai prestasi pelajar pada kertas, projek, esei,

dan tugas yang lain. Rubrik membolehkan guru atau pensyarah membuat penilaian standard sesuai

dengan kriteria tertentu, membuat penilaian lebih sederhana dan lebih telus. Bagi mengurangkan

masalah ketika membuat penilaian bagi pembentangan poster, maka pengkaji menggunakan satu

kaedah penilaian menggunakan rubrik. Penilaian rubrik mempunyai beberapa kelebihan antaranya:

1. Rubrik menjelaskan deskripsi tugasan atau aktiviti yang perlu dilakukan. 2. Rubrik memberikan informasi aspek penilaian

3. Aspek atau kriteria penilaian ditentukan dalam bentuk yang spesifik

4. Pelajar memperoleh hasil atau markah yang cepat dan akurat 5. Penilaian lebih objektif dan konsisten

6. Rubrik boleh dijadikan sebagai alat atau pedoman penilaian projek atau hasil kerja pelajar

7. Waktu untuk menilai projek atau hasil kerja pelajar dapat dikurangkan

Penilaian terhadap poster perkamusan Arab mengikut kriteria berikut:

1. Informasi dan kandungan (15 Markah)

a. Maklumat berkaitan penulis/penyusun kamus/tujuan/sebab penyusunan kamus/kelebihan kamus (5 Markah)

b. Kaedah/manhaj penyusunan kamus (5 Markah)

c. Kaedah pencarian perkataan/makna (5 Markah)

2. Kreativiti dan reka bentuk (10 Markah)

d. Kreativiti paparan/reka bentuk poster (5 Markah) e. Kesesuaian warna, tulisan dan gambar (5 Markah)

3. Persembahan dan lain-lain (5 Markah)

f. Bahasa mudah, jelas dan tersusun, tiada kesalahan nahu dan ejaan (2 Markah)

g. Pembentangan yang jelas dan fasih (2 Markah)

h. Maklumat Penulis Poster (1 Markah)

Jadual 2: Rubrik Pemarkahan Pembentangan Poster

Aspek

Dinilai

Lemah

(1-3)

Kurang

Memuaskan

(4-6)

Memuaskan

(7-9)

Baik

(10-12)

Cemerlang

(13-15)

1.Informas

i dan

kandungan

(15%)

Kriteria a-c

ditulis dengan

sangat kurang

memuaskan atau

tiada kriteria a-c

dalam poster

Kriteria a-c

ditulis dengan

kurang

memuaskan

atau dua

daripada

kriteria a-c

tidak ditulis

Kriteria a-c

ditulis dengan

memuaskan

atau satu

daripada

kriteria a-c

tidak ditulis

Kriteria a-c

ditulis dengan

agak baik dan

jelas

Kriteria a-c

ditulis dengan

baik dan jelas

2.

Kreativiti

Lemah

(1-2)

Kurang

Memuaskan

(3-4)

Memuaskan

(5-6)

Baik

(7-8)

Cemerlang

(9-10)

Page 6: PENILAIAN KURSUS PERKAMUSAN ARAB MELALUI PEMBENTANGAN · PDF file5 RUBRIK PENILAIAN PEMBENTANGAN POSTER Rubrik ialah alat penilaian untuk penilaian subjektif, satu set kriteria dan

6

Penilaian kepada 10 poster perkamusan Arab pula boleh dilihat dalam jadual di bawah:

Jadual 3: Penilaian Pembentangan Poster

Bil Nama Pelajar Nama Mucjam/kamus Markah Jumlah

1 2 3

1. Adibah Kitab al-cAyn

- al-Khalil ibn Ahmad

13 6 5 24

2. Azura Qamus al-Muhit

- al-Firuz Abadi

6 5 4 15

3. Amirah Muhit al-Muhit

- Butras al-Bustani

10 8 3 21

4. Asyikin Jamharat al-Lughah

-ibn Durayd

14 9 4 27

5. Syuhada Maqayis al-Lughah

-ibn Faris

9 6 3 18

6. Hasyimah al-Mucjam al-Wasit

13 9 4 26

7. Ramadanti al-Munjid

14 9 5 28

8. Fahmi Lisan al-cArab

-ibn Manzur

14 8 4 26

9. Aiman Asas al-Balaghah

-al-Zamakhshari

10 6 3 19

10. Asyraf al-Sihah

-al-Jawhari

13 7 4 24

Jadual di atas menunjukkan markah yang diperoleh oleh pelajar untuk reka bentuk dan

pembentangan poster perkamusan Arab. Enam daripada 10 orang pelajar memperoleh markah

cemerlang, iaitu 13-15 markah bagi kriteria 1. Hal ini bermakna 60% dapat memahami kaedah

penyusunan kamus dan mengetahui cara penggunaan kamus tersebut dengan jelas. Manakala tiga

dan reka

bentuk

(10%)

Tiada kriteria d-e

dalam poster

Kriteria d-e

dipaparkan

dengan kurang

memuaskan

Kriteria d-e

dipaparkan

dengan

memuaskan

Kriteria d-e

dipaparkan

dengan agak baik

dan menarik

dalam poster

Kriteria d-e

dipaparkan

dengan baik

dan menarik

dalam poster

3.Persemb

ahan dan

lain-lain

(5%)

Lemah

(1)

Kurang

Memuaskan

(2)

Memuaskan

(3)

Baik

(4)

Cemerlang

(5)

Tiada kriteria f-h

dalam poster dan

pembentangan

Dua daripada

kriteria f-h

tidak terdapat

dalam poster

dan dalam

pembentangan

Satu daripada

kriteria f-h

tidak terdapat

dalam poster

dan dalam

pembentangan

Kriteria f-h

terdapat dalam

poster dan dalam

pembentangan

tetapi kurang

jelas

Kriteria f-h

jelas terdapat

dalam poster

dan dalam

pembentangan

Page 7: PENILAIAN KURSUS PERKAMUSAN ARAB MELALUI PEMBENTANGAN · PDF file5 RUBRIK PENILAIAN PEMBENTANGAN POSTER Rubrik ialah alat penilaian untuk penilaian subjektif, satu set kriteria dan

7

orang pelajar lagi mampu memahami kaedah penyusunan kamus dan mengetahui cara penggunaan

kamus tersebut dengan agak baik dan memuaskan. Hanya seorang pelajar tidak dapat menjelaskan

kriteria tersebut dengan memuaskan. Bagaimanapun kesemua pelajar berjaya menerangkan pemilik

atau penyusun kamus dengan baik dan jelas.

Bagi kriteria 2 pula, tiga orang pelajar mendapat markah cemerlang, iaitu 9 markah. Mereka

mampu memaparkan reka bentuk, pemilihan gambar, warna dan susun atur maklumat yang menarik.

Manakala tiga orang pelajar lagi memperoleh markah baik, iaitu 7-8 markah dan baki empat pelajar

lagi dapat memaparkan kriteria ini dengan memuaskan walaupun cetakan poster itu kurang jelas

disebabkan dakwat printer yang kurang berkualiti. Hal ini menjadikan tulisan pada poster tersebut

kembang dan agak sukar dibaca.

Bagi kriteria terakhir, dua orang pelajar mendapat markah penuh kerana dapat memenuhi

ketiga-tiga aspek yang dinilai itu dengan baik. Tiga orang pelajar yang mendapat 3 markah adalah

disebabkan pembentangan yang kurang lancer dan berlaku beberapa kesilapan ejaan dan nahu pada

tulisan. Hal ini sepatutnya dapat dielakkan jika para pelajar tersebut mengambil sikap berhati-hati dan

menyemak berulang kali sebelum mencetak poster tersebut.

Secara keseluruhan, skala pencapaian pelajar bagi pembentangan poster boleh dilihat dalam

jadual 4 di bawah:

Jadual 4: Skala Penilaian Markah Pembentangan Poster

SKALA MARKAH BILANGAN

PELAJAR

PERATUS

LEMAH 0 – 6 0 0%

KURANG MEMUASKAN 7–12 0 0%

MEMUASKAN 13 – 18 2 20%

BAIK 19–24 4 40%

CEMERLANG 25 – 30 4 40%

Penilaian melalui pembentangan poster dilihat dapat membantu pelajar memahami dan

menguasai isi kandungan kursus Perkamusan Arab. Empat orang pelajar daripada 10 orang berjaya

mendapat markah cemerlang, iaitu 25-30 markah. Manakala empat orang pelajar lagi berjaya

mendapat markah baik. Hanya dua orang pelajar sahaja mendapat markah yang agak rendah namun

masih lagi di tahap memuaskan. Dengan ini bermakna pembentangan poster boleh menjadi media

pengajaran dan pembelajaran yang baik bahkan penilaian kursus menggunakan kaedah ini juga

banyak memberi kursus ini bahawa 80% pelajar yang mengikuti kursus ini dapat menguasai isi

kandungan kursus dengan baik.

Page 8: PENILAIAN KURSUS PERKAMUSAN ARAB MELALUI PEMBENTANGAN · PDF file5 RUBRIK PENILAIAN PEMBENTANGAN POSTER Rubrik ialah alat penilaian untuk penilaian subjektif, satu set kriteria dan

8

DAPATAN KAJIAN PENILAIAN BAGI PEMBENTANGAN POSTER

Dapatan kajian secara pemerhatian kepada proses pembentangan poster perkamusan Arab mendapati

bahawa para pelajar sangat teruja dengan pelbagai reka bentuk poster yang dihasilkan oleh mereka.

Penilaian menggunakan kaedah ini belum pernah dilakukan dalam mana-mana kursus yang pernah

mereka ambil. Oleh sebab itu, mereka menganggap bahawa tugasan pembentangan poster merupakan

pengalaman baru dan pertama kali bagi mereka. Tugasan ini juga memberi ruang dan peluang kepada

mereka untuk berinovasi dan belajar secara kendiri. Kaedah ini juga dapat mengurangkan

kebergantungan para pelajar kepada penerangan guru atau pensyarah bagi memahami sesuatu

kandungan kursus.

Hasil kajian juga mendapati 60% pelajar dapat memahami kaedah penyusunan kamus dan

mengetahui cara penggunaan kamus tersebut dengan jelas berdasarkan markah cemerlang yang

mereka peroleh dalam kriteria 1. Manakala 80% atau 8 daripada 10 poster yang dibentangkan sudah

memenuhi kriteria atau ciri poster yang baik dan menarik dari aspek reka bentuk, warna, tulisan dan

pemilihan gambar. Poster yang dihasilkan juga mampu menjadi media informasi, iaitu

memperkenalkan penulis atau penyusun kamus, menerangkan kaedah penyusunan kamus dan kaedah

pencarian perkataan atau makna perkataan kamus Arab tertentu,

KESIMPULAN

Pembentangan poster sesuai dijadikan sebahagian daripada aktiviti atau alat bantu mengajar yang

efektif, bahkan boleh dijadikan salah satu kaedah untuk menilai kefahaman dan penguasaan pelajar

terhadap sesuatu kursus. Kaedah ini juga dapat membantu para pelajar memahami dan mengingati

kandungan kursus dengan lebih mudah, di samping dapat mengurangkan kebergantungan pelajar

kepada kaedah hafalan jika penilaian menggunakan peperiksaan akhir dilaksanakan. Sesuatu yang

dilihat dan dipelajari melalui visual tentulah mudah difahami dan diingati dalam tempoh yang lebih

lama. Hasilnya, objektif pengajaran dan pembelajaran kursus Perkamusan Arab, iaitu para pelajar

berkemahiran menggunakan pelbagai kamus sama ada klasik atau moden dapat dicapai.

RUJUKAN

Abdul Aziz Zalay @ Zali. 2004. Satu tinjauan terhadap courseware yang telah dibangunkan bertajuk ‘pengenalan kepada rekabentuk poster terhadap pelajar grafik di Fakulti Seni dan Muzik,

Universiti Pendidikan Sultan Idris. Disertasi sarjana yang belum diterbitkan. Tanjung Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Asyraf Isyraqi bin Jamil. 2011. Dunia Leksikografi Bahasa Arab diambil pada 30 Mei 2014 daripada

http://zaid-alkhair.blogspot.com/2011/04/dunia-leksikografi-bahasa-arab.html

Deni Sofiansyah. 2010. Analisis semiotic pada poster anti merokok Departmen Kesihatan R.I.

Disertasi sarjana yang belum diterbitkan. Jakarta: Universitas Islam Negeri Syarif

Hidayatullah.

Harjuli Surya Putra. 2012. Pengembangan rubrik penilaian untuk digunakan guru dalam menilai hasil

tulisan siswa SMA. Disertasi Sarjana yang belum diterbitkan. Depok: Universiti Indonesia.

Ibrahim bin Ahmad. 1994. Perkamusan Melayu Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Naja, Ibrahim Muhammad. 1966. al-Ma‘ajim al-Lughawiyyah. al-Qahirah: Maktabat al-Sa‘adah.

Page 9: PENILAIAN KURSUS PERKAMUSAN ARAB MELALUI PEMBENTANGAN · PDF file5 RUBRIK PENILAIAN PEMBENTANGAN POSTER Rubrik ialah alat penilaian untuk penilaian subjektif, satu set kriteria dan

9

Muhammad al-Nashwan, Ahmad. 1427H. Ittijahat muta’alimi al-Lughah al-Arabiyah gayr al-natiqin biha nahwa isti’mal al-mu’jam. Majalah Universiti Ummul-Qura bagi Ulum Syariah, Bahasa

Arab dan kesusasteraan, Vol. ke 18, Ramadan 1427H.

Muhammad Marwan Ismail & Wan Moharani bin Mohammad. 2009. Kajian Semantik dan Mu’jam ‘Arabiy. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Norma binti Mohamad. 2002. Penggunaan Kamus Arab-Melayu Di Kalangan Pelajar Sekolah

Menengah. Disertasi, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Qutaybi, Hamid Sadiq. 2000. al-Ma‘ajim wa al-Mustalahat. Jiddah: al-Dar al-Su‘udiyyah.

Sulaiman Fayyad. 2002. Siri Tokoh Cendekiawan Islam Buku 29: Al-Khalil - Tokoh Perkamusan

Arab. Terj. Muhammad Fauzi Jumingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

al-Suyuti, Jalal al-Din. 1987. al-Muzhir fi ‘Ulum al-Lughah wa Anwa‘iha. Bayrut: Manshurat al-Maktabah al-‘Arabiyyah.

Taufiqurrochman, H.R. 2008. Leksikologi Bahasa Arab. Malang: UIN-Malang Press.

Rujukan Internet

http://ndah-smile.blogspot.com/2012/03/penilaian-rubrik.html

http://www.intel.co.id/content/dam/www/program/education/apac/id/id/documents/assessing-

projects/strategies/ap-rubrics-scoring-guides.pdf

http://share.its.ac.id/mod/forum/discuss.php?d=402 http://duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/kaedah-penilaian-bahasa.html

http://akucikgubm.blogspot.com/2011/10/interaksi-8-kaedah-penilaian-bahasa.html

Lampiran:

Contoh Poster Perkamusan Arab

Page 10: PENILAIAN KURSUS PERKAMUSAN ARAB MELALUI PEMBENTANGAN · PDF file5 RUBRIK PENILAIAN PEMBENTANGAN POSTER Rubrik ialah alat penilaian untuk penilaian subjektif, satu set kriteria dan

10

Page 11: PENILAIAN KURSUS PERKAMUSAN ARAB MELALUI PEMBENTANGAN · PDF file5 RUBRIK PENILAIAN PEMBENTANGAN POSTER Rubrik ialah alat penilaian untuk penilaian subjektif, satu set kriteria dan

11