penilaian kendiri

7
PENILAIAN KENDIRI Pada semester ini saya dan rakan sekelas saya telah membuat program Bina Insan Guru (BIG) fasa kelima di SJK(T) Tun Sambantan, Sungai Petani, Kedah. Program BIG merupakan sebuah program yang diwajibkan kepada setiap peserta (PISMP) oleh IPGM. Melalui program ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari banyak perkara iaitu pertama sekali ialah cara menghubungi sesebuah sekolah. Sebelum ini saya tidak tahu cara untuk meminta kebenaran untuk melawat sekolah. Hal ini saya telah pelajari daripada mentor saya iaitu Miss Joyce. Apabila kita hendak melawat sesebuah sekolah kita perlu menghubungi guru besar sekeloh tersebut terlebih dahulu. Selepas mendapat kelulusan daripada pihak sekolah, kita perlu menghantar sebuah surat yang bertajuk meminta kebeneranran untuk melawat sekolah tersebut. Dalam surat tersebut perlu nyatakan tarikh lawatan, tujuan, bilangan pelawt, dan nombor untuk menghubungi orang berkenaan jika pihak hendak sebarang maklumat tambahan, Jika tidak dapat menghubungi sekolah tersebut, kita masih boleh menghantar surat tersebut melalui fax dan perrlu menunggu keputusan daripada pihak sekolah. Kedua, hasill daripada program ini saya mendapat tahu bahawa kita perlu mengetahui laluan ke sesebuah destinasi terlebih dahulu sebelum bergerak ke tempat tersebut. Hal ini kerana kami termasuk pemandu kami tidak tahu jalan ke

Upload: ahmad-syazwan

Post on 13-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

Penilaian kendiri

PENILAIAN KENDIRI

Pada semester ini saya dan rakan sekelas saya telah membuat program Bina Insan Guru (BIG) fasa kelima di SJK(T) Tun Sambantan, Sungai Petani, Kedah. Program BIG merupakan sebuah program yang diwajibkan kepada setiap peserta (PISMP) oleh IPGM. Melalui program ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari banyak perkara iaitu pertama sekali ialah cara menghubungi sesebuah sekolah. Sebelum ini saya tidak tahu cara untuk meminta kebenaran untuk melawat sekolah. Hal ini saya telah pelajari daripada mentor saya iaitu Miss Joyce. Apabila kita hendak melawat sesebuah sekolah kita perlu menghubungi guru besar sekeloh tersebut terlebih dahulu. Selepas mendapat kelulusan daripada pihak sekolah, kita perlu menghantar sebuah surat yang bertajuk meminta kebeneranran untuk melawat sekolah tersebut. Dalam surat tersebut perlu nyatakan tarikh lawatan, tujuan, bilangan pelawt, dan nombor untuk menghubungi orang berkenaan jika pihak hendak sebarang maklumat tambahan, Jika tidak dapat menghubungi sekolah tersebut, kita masih boleh menghantar surat tersebut melalui fax dan perrlu menunggu keputusan daripada pihak sekolah.

Kedua, hasill daripada program ini saya mendapat tahu bahawa kita perlu mengetahui laluan ke sesebuah destinasi terlebih dahulu sebelum bergerak ke tempat tersebut. Hal ini kerana kami termasuk pemandu kami tidak tahu jalan ke sekolah tersebut. Oleh itu, kami terpaksa menunggu untuk salah seoarang pensyarah daripada IPG kami yang tahu jalan ke sekolah tersebut. Hal ini telah melewatkan perjalanan kami ke sekolah tesebut dan kami terpaksa sampai sedikit lewat ke sekolah tersebut. Hasil daripada ini saya telah mempelajari bahawa kita perlu mengenal jalan ke sesebuah destinasi terlebih dahulu atau memilih destinasi yang kita tahu jalan ke destinasi tersebut.

Ketiga, saya juga telah mempelajari bahawa kita perlu melaksanakan sesuatu kerja dengan terlebih dahulu dan tidak menunggu untuk melaksanankan pada waktu akhir-akhir. Hal ini berlaku apabila kertas kerja untuk program ini disiapkan pada waktu yang lewat. Apabila kertas kerja disiapakan lewat, duit belanjaan yang diperuntukkan untuk kami oleh IPGKPP terpaksa dibatalkan. Hal ini disebabkan oleh urusan untuk memohon duit tersebut perlu dilakukan tiga hari sebelum bergerak ke sekolah tersebut . Hasil daripada ini saya telah mempelajari bahawa kita perlu membuat sesuatu kerja dengan awal dan perlu mengetahui prosedur-prosedur untuk melaksana sesuatu urusan atau tuntutan.

Keempat, saya juga telah mempelajari bahawa kita tidak boleh menilai sesuatu benda dari segi luaran sahaja. Kita perlu meninjau atau melihat dalaman benda tersebut. Hal ini berlaku apabila saya berasa bahawa sekolah yang kami pilih untuk aktiviti kami adalah salah hasil daripada tinjauan jalan ke sekolah tersebut dan pemandangan luaran terhadap sekolah tersebut. Tetapi apabila kami masuk ke dalam sekolah dan melihat dalaman sekoalah, saya mendapati bahawa tanggapan saya kepada sekolah tersebut adalah salah. Persekitaran bilik darjah dan tempat-tempat tertentu telah menunujukkan bahawa sekolah tersebut telah mempunyai ciri-ciri sebagai sekolah harapan dan contoh sekolah pada abad ke 21.

Kelima, saya juga dapat melihat dan mempelajari contoh bilik darjah ke abad 21. Sebelum ini saya hanya mendengar sahaja mengenai bilik darjah ke abad 21. Bilik darjah ke abad 21 mempunyai beberapa ciri-ciri yang tertentu seperti susunan meja pelajar dalam pelbagai bentuk, permukaan meja yang berwarna dan sebagainya. Hasil daripada ini saya mendapati bahawa setiap bilik darjah di negara ini perlu mencontohi seperti bilik darjah di sekolah tersebut. Hal ini kerana hasil daripada tinjauan dalam bilik darjah sekolah tersebut didapati bahawa murid-murid dalam bilik darjah tersebut belajar dengan gembira disebabkan oleh persekitaran bilik darjah yang kondusif dan harmoni.

Keenam, hasil daripada BIG kali ini saya juga telah mempelajari tentang cara-cara merapatkan hubungan antara semua gruru dan guru besar di sesuatu sekolah. Hasil daripada ucapan guru besar sekolah tersebut saya mendapati bahawa setiap sekolah perlu memaparkan kata-kata semangat di persekitaran sekolah. Malah guru besar di sesebuah sekolah juga perlu sentiasa mengingatkan semua guru supaya bersatupadu antara satu sama lain demi kejayaan murid dan sekolah. Hasil daripada ini guru-guru dapat bersatu padu, bertolong antara satu sama lain dan memberikan idea-idea yang dapat membawa kejayaan ke sekolah

Ketujuh, saya juga dapat mengenal beberapa aktiviti yang baik dan manfaat kepada murid iaitu program makan kismis pada setiap pagi dan membaca tehvaram iaitu doa ikut kaum india pada waktu pagi. Setiap guru bilik darjah akan membelikan buah kismis dan diletakkan di dalam bilik darjah. Setiap murid di dalam bilik darjah tersebut akan memakan 5 biji buah kismis bagi seoarang pada setiap pagi. Hal ini dapat meningkatkan ingatan murid. Hasil dariapada ini saya mendapati bahawa sebagai guru kita perlu membelanjakan sedikit daripada pendapatn kita untuk demi kebaikan murid-murid.

Kelapan, Saya juga telah mendapat tahu bahawa kerjaya guru atau perkerjaan guru merupakan sesuatu perkerjaan yang mulia dan perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjwap dan berdedikasi. Perkara ini telah menyedarkan saya melalui ucapan guru besar sekolah tersebut. Beliau juga berkata bahawa hidup kita akan sentiasa gembira jikalau kita menjalankan tugas kita sebagai seoarang guru dengan sempurna. Sebelum ini saya merasa bahawa perkerjaan guru adalah pekerjaan biasa. Tetapi hasil daripada program BIG ini saya mendapati bahawa perkerjaan yang akan memberikan kegembiraan adalah kerjaya guru. Hal ini akan berlaku apabila kita dapat melahirkan murid-murid yang dapat berjaya dalam hidupnya

Kesembilan, saya juga telah mempelajari beberapa teknik mengenai cara membetulkan tulisan murid yang kurang cantik dan cara menarik murid untuk datang ke sekolah. Guru sekolah tersebut akan memberikan kerja kumpulan dimana setiap murid dalam kumpulan tersebut perlu menulis dalam kertas majung. Kemudian, kertas majung tersebut akan dilekat di papan hasil karya murid. Murid yang mempunyai tulisan kurang cantik akan membetulkan tulisan kerana disebabkan oleh murid tersebut kecantikan hasil harya kumpulannya telah menjadi kurang elok. Manakala, setiap guru bilik darjah juga telah menyediakan nama bagi setiap murid di dalam bilik darjah dalam kad manila. Guru kelas tersebut juga telah membekalkan barang yang perlu digantungkan di bawah nama kepunyaan bagi setiap murid. Setiapa hari setiap murid dalam kelas masing-masing perlu melakukan perkara ini. Seca tidak langsung ia telah menarik murid untuk hadiri ke sekolah .

Akhir sekali, saya juga telah mempelajari tentang kepentingan semangat kerjasama antara satu sama lain dalam kalangan guru. Hal ini telah dibuktikan melalui pencapaian sekolah tersebut dalam ujian UPSR dan perubahan persekitaran bilik darjah. Guru sekolah tersebut telah mengajar secara bergilir semasa kelas petang untuk murid tahun 6.Guru- guru tersebut juga telah mengambil masa selama sebulan setengah iaitu semasa cuti sekolah untuk merubahkan persekitaran bilik darjah dengan mengecat semula bilik darjah, membuat corak dan mewarna meja dan sebagainya.

Kesimpulanya, program Bina Insan Guru kali ini telah memberi banyak impak yang positif dalam diri saya. Saya telah mempelajari banyak perkara yang boleh diaplikasikan apabila menjadi sebagai seorang guru pada masa akan datang. Program ini juga telah meningkatkan keyakinan dalam diri saya untuk menjadi seorang guru. Hal ini kerana sebelum ini saya tidak mengetahui banyak perkara mengenai sekolah. Hasil daripada aktiviti ini, saya dapat mengetahui dan melihat banyak perkara mengenai sekolah. Pada masa akan datang, masa untuk program ini perlu ditambahkan supaya mempunyai lebih masa untuk melawat sekolah lain dan membuat perbandingan antara satu sekolah dengan sekolah lain serta dapat berkomunikasi dengan murid-murid di sekolah tersebut. Hal ini kerana dalam program ini saya tidak dapat masa untuk berkomunikasi dengan murid-murid di sekolah tersebut. Saya berharap program sebegini akan dikekalkan pada masa akan datang supaya lebih banyak pelajar guru dapat memperolehi manfaat daripada program ini seperti yang saya perolehi.

Telah mempelajari tentang kepentingan semangat kerjasama antara satu sama.

Mempelajari cara menghubungi sesebuah sekolah

Menyedari bahawa kita perlu mengetahui laluan ke sesebuah destinasi.

Telah mempelajari teknik membetulkan tulisan murid dan cara menarik murid datang ke sekolah.

Perlu melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan dengan segera.

Penilaian kendiri

Dapat melihat dan mempelajari contoh bilik darjah ke abad 21

Tidak boleh menilai sesuatu benda dari segi pandangan luaran sahaja.

Menyedari bahawa kerjaya guru merupakan perkerjaan yang mulia dan perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjwap dan berdedikasi

Dapat mempelajari beberapa aktiviti yang baik dan manfaat kepada murid.

Mempelajari tentang cara-cara merapatkan hubungan antara pekerja di suatu tempat.