pengurusan spiritual · kajian terhadap kebaikan solat terhadap komposisi badan manusia menyentuh...

4
mahukan ialah juga mendatangkan keberkatan di dalam hidup kita. Apakah maksud berkat? Berkat berasal daripada perkataan Arab ba-ra-kayang bermakna rahmat atau restu. Kerja yang berkat ialah kerja yang mendapat rahmat dan restu daripada Allah. Kerja yang tidak berkat pula ialah kerja yang walaupun berjaya, baik dan cemerlang, namun tidak ada nilai di sisi Allah. Pekerjaan yang berkat dapat dikenali melalui tanda-tanda berikut: 1. Timbul rasa tenang dalam diri. Setiap tugas yang dilakukan meskipun mencabar dapat dihadapi dengan penuh yakin jauh sekali gusar. 2. Pendapatan sederhana tetapi mencukupi untuk perbelanjaan. Gaji yang diperoleh dapat diagihkan mengikut keperluan tanpa meminta-minta dari orang lain. 3. Sentiasa dapat memberi manfaat kepada orang lain. Ini termasuklah membantu melepaskan orang lain dari kesempitan hidup mahupun kesukaran di dalam bekerja. 4. Terhindar daripada lalai, membazir, dosa dan Pengurusan Spiritual Nazirah Baharudin Pusat Pendidikan Tinggi 1. Niat mesti betul. Rasulullah bersabda yang bermaksud: 'Segala amal yang dilakukan bergantung kepada niat, dan sesuatu amalan itu diterima Allah berdasarkan apa yang diniatkan.' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 2. Pelaksanaan kerja tersebut mengikut syariat. 3. Natijah atau hasil kerja tersebut digunakan pada jalan yang betul. 4. Pekerjaan itu sah di sisi syariat. 5. Tidak meninggalkan perkara asas yang lebih penting seperti solat wajib dan taat kepada ibu bapa. Pengenalan Semakin membangun teknologi di zaman moden ini, semakin jelas betapa pentingnya mempelajari ilmu pengurusan. Begitu kompleks kehidupan manusia di alam fana ini yang selalu menginginkan berbagai keperluan dan kemudahan. Al-Quran sendiri telah menyebutkan bahawa manusia dijadikan berkumpulan, berbangsa dan berkaum untuk saling berbuat baik sesama mereka. Ia juga memberi panduan agar manusia yang dilengkapi dengan akal dapat mengolah sekali gus memanfaatkan semua makhluk ciptaan-Nya yang telah dihamparkan untuk kesejahteraan manusia dengan cara sesuai menurut hukum Allah SWT. Selain pengurusan fizikal, pengurusan spiritual yang sistematik juga sangat diperlukan dalam memastikan keseimbangan proses hidup. Pengurusan spiritual menekankan persoalan hubungan antara manusia dengan Tuhannya. Banyak masalah akan dihadapi sekiranya kita tidak mengetahui tentang pengurusan dan aspek yang berkaitan dengan spiritual. Secara umumnya, pengurusan spiritual perlu ada dalam jiwa seseorang pekerja tanpa mengira agama. Ini adalah kerana aspek spiritual merupakan asas kepada nilai, penilaian, etika dan moral. Integriti peribadi seseorang pekerja amat penting yang boleh dijadikan contoh dalam gerak kerja sesebuah organisasi. Lantas ia menjadikan kerja sebagai suatu ibadah kepada dirinya. Bagaimana Menjadikan Kerja Satu Ibadah? Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya IhyaUlum al-Din, setiap tindak-tanduk seharian kita boleh menjadi ibadah jika menepati lima syarat sebagaimana berikut: Setelah difahami bahawa gerak kerja kita boleh menjadi satu ibadah di sisi Allah berdasarkan syarat tersebut, insya-Allah hasil yang seterusnya yang kita Dalam Gerak Kerja Koperasi Dalam Gerak Kerja Koperasi Bil. 44/2014 20

Upload: others

Post on 07-Feb-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

mahukan ialah juga mendatangkan keberkatan di dalam hidup kita. Apakah maksud “berkat”? Berkat berasal daripada perkataan Arab “ba-ra-ka” yang bermakna “rahmat atau restu”. Kerja yang berkat ialah kerja yang mendapat rahmat dan restu daripada Allah. Kerja yang tidak berkat pula ialah kerja yang walaupun berjaya, baik dan cemerlang, namun tidak ada nilai di sisi Allah. Pekerjaan yang berkat dapat dikenali melalui tanda-tanda berikut:

1. Timbul rasa tenang dalam diri. Setiap tugas yang dilakukan meskipun mencabar dapat dihadapi dengan penuh yakin jauh sekali gusar.

2. Pendapatan sederhana tetapi mencukupi untuk perbelanjaan. Gaji yang diperoleh dapat diagihkan mengikut keperluan tanpa meminta-minta dari orang lain.

3. Sentiasa dapat memberi manfaat kepada orang lain. Ini termasuklah membantu melepaskan orang lain dari kesempitan hidup mahupun kesukaran di dalam bekerja.

4. Terhindar daripada lalai, membazir, dosa dan

Pengurusan Spiritual

Nazirah BaharudinPusat Pendidikan Tinggi

1. Niat mesti betul. Rasulullah bersabda yang bermaksud: 'Segala amal yang dilakukan bergantung kepada niat, dan sesuatu amalan itu diterima Allah berdasarkan apa yang diniatkan.' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Pelaksanaan kerja tersebut mengikut syariat.

3. Natijah atau hasil kerja tersebut digunakan pada jalan yang betul.

4. Pekerjaan itu sah di sisi syariat.

5. Tidak meninggalkan perkara asas yang lebih penting seperti solat wajib dan taat kepada ibu bapa.

Pengenalan

Semakin membangun teknologi di zaman moden ini, semakin jelas betapa pentingnya mempelajari ilmu pengurusan. Begitu kompleks kehidupan manusia di alam fana ini yang selalu menginginkan berbagai keperluan dan kemudahan. Al-Quran sendiri telah menyebutkan bahawa manusia dijadikan berkumpulan, berbangsa dan berkaum untuk saling berbuat baik sesama mereka. Ia juga memberi panduan agar manusia yang dilengkapi dengan akal dapat mengolah sekali gus memanfaatkan semua makhluk ciptaan-Nya yang telah dihamparkan untuk kesejahteraan manusia dengan cara sesuai menurut hukum Allah SWT.

Selain pengurusan fizikal, pengurusan spiritual yang sistematik juga sangat diperlukan dalam memastikan keseimbangan proses hidup. Pengurusan spiritual menekankan persoalan hubungan antara manusia dengan Tuhannya. Banyak masalah akan dihadapi sekiranya kita tidak mengetahui tentang pengurusan dan aspek yang berkaitan dengan spiritual. Secara umumnya, pengurusan spiritual perlu ada dalam jiwa seseorang pekerja tanpa mengira agama. Ini adalah kerana aspek spiritual merupakan asas kepada nilai, penilaian, etika dan moral. Integriti peribadi seseorang pekerja amat penting yang boleh dijadikan contoh dalam gerak kerja sesebuah organisasi. Lantas ia menjadikan kerja sebagai suatu ibadah kepada dirinya.

Bagaimana Menjadikan Kerja Satu Ibadah?

Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum al-Din, setiap tindak-tanduk seharian kita boleh menjadi ibadah jika menepati lima syarat sebagaimana berikut:Setelah difahami bahawa gerak kerja kita boleh menjadi satu ibadah di sisi Allah berdasarkan syarat tersebut, insya-Allah hasil yang seterusnya yang kita

Dalam Gerak Kerja KoperasiDalam Gerak Kerja Koperasi

Bil. 44/201420

Pengurusan Spiritual maksiat. Hal ini kerana ia akan mengganggu fokus kita kepada pekerjaan sebaliknya lebih membuang masa dengan perkara yang memudaratkan tersebut.

5. Keberadaan diri kita sentiasa disenangi orang ramai. Mudah bermesra dengan orang sekeliling dan mereka juga mudah bermesra dengannya. Ia akan menghasilkan suasana tempat kerja yang harmoni, berkasih sayang dan suka bantu-membantu antara satu sama lain.

Pengurusan spiritual dalam pekerjaan kita bukan sekadar perlu difahami melalui amalan wajib seharian seperti solat lima waktu sehari semalam dan amalan sunat seperti berzikir dan seumpamanya. Lebih dari itu, ia mesti dihayati bahawa kesan dari amalan tersebut akan menyebabkan seseorang individu itu cemerlang dari sudut pekerjaan sehariannya. Jika ia berlaku sebaliknya, maka amalan-amalan wajib dan sunat tadi perlu diperiksa kembali dari segi sah dan benar caranya.

Dari segi amalan rutin harian spiritual, berikut ialah contoh-contoh yang kita boleh usahakannya mengikut susunan dalam sehari:

1. Bangun awal pagi, bersihkan diri dan memulakannya dengan qiamullail iaitu ibadah pada waktu malam sama ada dengan melakukan solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir dan seumpamanya. Berusaha untuk paling ringkas ialah dengan solat sunat dua rakaat.

2. Solat Subuh secara berjemaah. Bagi lelaki lebih baik dilakukan di masjid.

3. Sarapan sekadarnya dan tidak lupa membaca doa.

4. Bertolak ke tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan.

5. Mencari masa untuk menunaikan solat sunat Duha. Ia penting untuk memohon Allah diluaskan rezeki.

6. Melakukan kerja dengan penuh komitmen.

7. Sekiranya ada masa terluang, lakukan ‘qailullah’ iaitu tidur sekejap sekadar 15-30 minit sebelum solat Zohor. Ia untuk memberi kerehatan kepada badan dan mengembalikan tenaga untuk bekerja pada petangnya. Juga untuk memudahkan qiamullail pada keesokan harinya.

8. Solat Zohor dan Asar secara berjemaah.

9. Pulang ke rumah pada waktu yang telah ditetapkan.

10. Bagi kaum ibu boleh menyiapkan makan malam untuk keluarga. Kaum bapa mengajar anak-anak mengaji Al-Quran.

11. Solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

12. Membantu anak-anak mengulang kaji pelajaran dan membuat persiapan untuk kerja pada keesokan harinya.

13. Tidur awal dan melakukan muhasabah diri sebelum tidur.

Kajian Terhadap Kebaikan Solat terhadap Komposisi Badan Manusia

Menyentuh tentang aspek pengurusan spiritual khususnya memfokuskan ibadah solat, banyak kebaikan yang dapat diperoleh oleh seseorang pekerja yang menunaikannya dari segi kesihatan badan. Dalam buku Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains, ia menyatakan bahawa solat selain sebagai ibadah, boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana. Ia melibatkan pergerakan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud. Ia mengandungi pergerakan istimewa yang menyamai senaman regangan. Solat memberikan kesan kepada psikologi, tulang otot dan serebral. Ia memperbaiki fungsinya supaya dapat beroperasi dengan lebih baik. Semasa melakukan solat, kebanyakan otot dan sendi akan bergerak. Aktiviti yang mudah dilakukan ini mampu memberikan kekuatan kepada sistem otot dan tubuh badan. Solat secara harian boleh dianggap sebagai senaman fizikal semula jadi yang dapat membuatkan badan lebih kuat dan menyerupai bentuk terapi perubatan yang secara terus-menerus memberikan kesan yang positif dan bermanfaat kepada tubuh manusia.

Menyempurnakan solat lima kali sehari dapat meningkatkan tahap ketahanan badan serta menghindarkan risiko penyakit jantung, stres, kolesterol dan lain-lain penyakit. Ia juga dapat mengurangkan lemak di dalam badan. Apabila gumpalan lemak di dalam badan berkurangan, tisu otot baru akan mula meningkat dan memenuhi ruang tersebut. Dengan peningkatan tisu otot aktif baru berlaku ia akan melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu.

Seseorang yang faham bacaan semasa solat dengan baik akan mempunyai pemikiran yang lebih tenang selepas solat berbanding dengan seseorang yang tidak faham sepenuhnya bacaan semasa solat, apatah lagi orang yang tidak menunaikan solat langsung.Kajian terhadap solat berjemaah pula menyebabkan adanya pengaliran cas-cas elektrik antara satu sama lain. Ini terbukti berdasarkan fakta bahawa tisu hidup dalam badan kita terdiri daripada ion-ion positif dan ion-ion negatif. Hasil daripada pengaliran cas ini badan seseorang yang

Bil. 44/2014 21

Bil. 44/201422

MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

kurang bercas telah dapat dicas dan diseimbangkan atau bertenaga sepenuhnya. Ini semua hasil daripada anggota badan yang bersentuhan ketika solat berjemaah. Apabila badan telah dicas sepenuhnya, seseorang akan merasa bertenaga sepenuhnya untuk melakukan kerja harian.

Tabiat mengerjakan rukuk juga ada signifikannya. Dengan mengamalkan rukuk yang betul seseorang bukan sahaja dapat mengelakkan risiko mendapat penyakit tulang belakang, malah secara keseluruhan dapat meningkatkan tahap kesihatan. Merukuk 90 darjah bukan sahaja dapat mengelakkan pelbagai penyakit tulang belakang bahkan merupakan terapi untuk merawat penyakit tersebut. Ia juga dapat melambatkan proses penuaan di mana peningkatan tisu aktif berlaku serta proses imbangan air dalam badan menjadi lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang. Selain itu, tabiat mengamalkan jari kaki yang membengkok ketika sujud, duduk di antara dua sujud dan tahiyat akhir dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan, di samping membuang lemak badan. Ini boleh merendahkan risiko penyakit jantung.

Ibadat solat terawih dan berpuasa juga dapat mengurangkan nilai glukosa secara signifikan. Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa puasa tidak mengakibatkan penyahhidratan pada sel tubuh badan. Malah, keputusan kajian menunjukkan kandungan air di dalam sel badan semakin meningkat dan kesihatan badan menjadi bertambah sihat. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa solat terawih dan berpuasa memberikan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Di mana sudut fasa, jisim bukan lemak, kadar metabolisme basal dan jumlah air dalam badan meningkat; manakala rintangan, glukosa dan jisim lemak menurun. (mohon nyatakan rujukan/kajian siapa dan bila)

Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa kombinasi solat dan puasa dari sudut kesihatan tubuh badan adalah bersamaan dengan senaman dan diet. Maka, sebagai umat Islam kombinasi ibadat solat dan berpuasa boleh menjadi alternatif dalam mengamalkan gaya hidup sihat di mana solat dan berpuasa juga boleh diamalkan bagi individu yang ingin menguruskan badan.

Ciri-ciri Seorang Pengurus

Spiritual yang Cemerlang

Kebiasaannya, orang yang mempunyai pengurusan spiritual yang tinggi akan menatijahkan dirinya seorang yang bermoral dan beretika. Walaupun berpangkat tinggi daripada orang lain, perbuatan dan keputusannya tidak menyebabkan hak orang lain tertindas. Sesungguhnya adil itu bukan sama rata tetapi adil itu hendaklah meletakkan

sesuatu di tempatnya dan mengikut keperluan. Jadinya beliau sedemikian rupa di atas kesedarannya bahawa segala perlakuan dalam membina diri dan kerjaya itu sedang diperhatikan oleh Penciptanya yang maha agung. Lantas membuatkan beliau tidak akan membuat keputusan melainkan mengikut neraca dosa dan pahala.

Antara ciri-ciri seterusnya yang boleh didapati dari orang yang mempunyai pengurusan spiritual yang tinggi ialah seperti berikut:

1. Yakin rezeki datang daripada Allah. Allah menjamin rezeki yang mencukupi untuk semua makhluk yang diciptakan-Nya. Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: “Kami telah menciptakan kamu dan memberi kuasa di bumi, dan kami jadikan kamu berbagai-bagai jalan penghidupan supaya kamu bersyukur, tetapi amat sedikit kamu bersyukur.” (Surah al-A’raf 7:10) Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Dan tidak ada satu binatang melata pun di bumi, melainkan Allah yang akan memberi rezeki-Nya.” (Surah Hud 11:6)

2. Rezeki diusahakan, bukan berserah sahaja. Kita hendaklah sentiasa bekerja keras secara fizikal dan rohani. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya dan yang pipih tidak datang melayang serta yang bulat tidak datang bergolek. Rasulullah SAW juga ada bersabda: “Sekiranya kamu membawa tali

Bil. 44/2014 23

lalu pergi ke bukit untuk mencari kayu, kemudian memikul kayu tersebut ke pasar untuk menjualnya demi menjaga kehormatan, nescaya lebih baik daripada meminta-minta daripada orang lain, baik diberi mahupun ditolak.” (Riwayat al-Bukhari daripada al-Zubair bin al-Awwam)

3. Menjauhi sifat tamak dalam diri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Harta di dunia ini indah dan manis. Sesiapa yang mengambilnya dengan hati yang lapang yakni tidak bercampur dengan sifat tamak, nescaya akan dilimpahkan keberkatan pada hartanya itu. Tetapi sesiapa yang mengambil dengan ketamakan, pasti tidak ada keberkatan. Orang yang sedemikian ibarat makan dan tidak pernah kenyang perutnya. Tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah.” (Riwayat Al-Hakim)

4. Menjauhi perbuatan rasuah sama ada memberi atau menerima. Kesan rasuah amat besar sehingga boleh meruntuhkan organisasi sesebuah negara. Di peringkat masyarakat, rasuah boleh menghancurkan

sifat kemanusiaan, mewujudkan jurang yang lebar dalam taraf hidup masyarakat serta menjadi barah yang menular ke peringkat Negara yang lebih parah. Rasulullah SAW bersabda: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, api nerakalah yang lebih layak baginya.” (Riwayat al-Tarmizi)

5. Banyak bersedekah. Untuk menjadikan pendapatan dan harta milik kita berkat, banyakkan bersedekah. Bersedekahlah di jalan yang diredai Allah terutamanya kepada tanggungan sendiri, saudara yang terhampir dan orang yang memerlukan.

6. Melakukan kerja dengan cemerlang. Ia dibuat dengan bijaksana, bukan dengan cara bekerja keras semata-mata. Contohnya membina kumpulan kerja dengan membahagi-bahagikan tugas dengan efisien.

7. Sentiasa berdoa dan bersyukur dengan setiap rezeki yang diperoleh. Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh, memadailah dengan apa yang diberikan oleh Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Jangan terlalu meminta-minta kepada manusia apabila ditimpa kesusahan. Berdoalah kepada Allah agar diluaskan rezeki dan diberi keberkatan atas rezeki tersebut. Allah sentiasa mendengar rintihan daripada hamba-Nya yang meminta dengan bersungguh-sungguh. Sebagai hamba kita meminta kepada Allah dan sebagai khalifah kita memberi kepada manusia.

Kesimpulan

Pengurusan spiritual yang mantap dalam gerak kerja seharian akan membentuk keluarga yang sihat, masyarakat yang harmoni, iklim pejabat yang efektif lalu mewujudkan sebuah negara yang terletak di bawah keampunan Allah SWT. Sementara mengabaikannya akan membawa bencana, ibarat barah dalam daging kerana akan berlakunya kekalutan di awal, tengah atau akhir proses kerja itu dihasilkan. Didoakan Allah memberi kekuatan dan kemampuan kepada warga kerja koperasi untuk menguruskan spiritual ini dengan cara yang sebaiknya. Mudah-mudahan ia dapat membantu meningkatkan produktiviti kerja ke arah merealisasikan visi dan misi koperasi serta mencapai matlamatnya.

Rujukan

Fatimah Ibrahim., Wan Abu Bakar Wan Abas., & Ng Siew Cheok. (2009). Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Zakaria.(2011,Mei). Memperoleh Kerja yang Berkat. Solusi,35, 44-45.

Abu Maswah Nasih.(2000). Pengurusan Menurut Ajaran Al-Quran. Kelantan: Serambi Timur Sdn Bhd.