pengurusan pend.khas

36
oum.sept2012.rosTie81 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ________________________________________________________________________ PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS By : PN. ROSILAWATI BT.JAMALUDIN OPEN UNIVERSITY MALAYSIA, KELANTAN. ~ 0 ~

Upload: ros-tie

Post on 06-Dec-2014

234 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGURUSAN PEND.kHAS

oum.sept2012.rosTie81

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ________________________________________________________________________

PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS

By : PN. ROSILAWATI BT.JAMALUDIN

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA,

KELANTAN.

~ 0 ~

Page 2: PENGURUSAN PEND.kHAS

oum.mei2012.rosTie81

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA

SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 PROSES PENCALONAN 3

3.0 INSTRUMEN PENEMPATAN

4.0 PENGURUSAN BAHAN 12

5.0 SISTEM FAIL DAN REKOD 13

6.0 PEROLEHAN DAN PENGGUNAAN

BAHAN PEMBELAJARAN 14

7.0 PELAN LANTAI

8.0 PENYUSUNAN KEMUDAHAN FIZIKAL

DAN PERABOT

9.0 RUANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

10.0 STESEN –STESEN PEMBELAJARAN

11.0 RUJUKAN

~ 1 ~

Page 3: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203

1.0 PENGENALAN

Program pendidikan khas merupakan program yang khusus / khas yang diberikan

kepada murid-murid khas oleh guru-guru yang dilatih khas dengan menggunakan pelbagai

strategi, pendekatan, kaedah, teknik, aktiviti, alat bantu mengajar yang khas. Ianya menekankan

kepada konsep kolaborasi atau kerja kumpulan. Berikutan dengan itu , satu kajian lapangan

dibuat untuk meningkatkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan dikalangan guru

Pendidikan Khas.

Kajian pertama melibatkan proses pencalonan murid bermasalah pembelajaran dari

aliran biasa untuk dimasukkan ke dalam program Pendidikan Khas disekolah. Pencalonan

kanak-kanak dengan keperluan khas untuk dimasukkan dalam program pendidikan khas ialah

satu aspek pendting dalam pelaksanaan program pendidikan khas. Pencalonan perlu dibuat

dengan mengambil kira masa depan kanak-kanak tersebut kerana mereka juga mempunyai hak

untuk dididik dan dilatih supaya dapat menjadi seorang insan yang berguna.

Kajian kedua pula melibatkan sistem pentadbiran dan rekod Pendidikan Khas disekolah

dengan sisitem fail yang perlu ada. Kajian ketiga melibatkan lakaran sebuah pelan lantai yang

lengkap bagi kelas Program Pendidikan khas disebuah sekolah. Kajian tersebut melibatkan

penyusunan kemudahan fizikal dan perabot, ruang pengajaran dan pembelajaran serta

melibatkan stesen-stesen pembelajaran didalam kelas tersebut.

~ 2 ~

Page 4: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203

2.0 PROSES PENCALONAN

Peraturan-peraturan pendidikan ( Pendidikan Khas ) 1997 Bahagian II 3(2) yang

menyatakan ” Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu

untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang

terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan

Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program pendidikan khas kebangsaan layak

untuk menghadiri program pendidikian khas kecuali bagi murid-murid cacat anggota tetapi

mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa dan juga murid yang

mempunyai pelbagai kecacatan yang sangat cacat anggotanya atau terencat akal yang berat”.

Bagi memastikan kanak-kanak ini ditempatkan di institusi yang bersesuaian, mereka

perlu dinilai oleh satu jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah yang terdiri daripada

Pegawai Pendidikan, Pegawai Kebajikan Masyarakat, Pegawai Perubatan dan Guru-guru

Pendidikan Khas. Pencalonan kanak-kanak dengan keperluan khas untuk dimasukkan dalam

program pendidikan khas ialah satu aspek pendting dalam pelaksanaan program pendidikan

khas. Pencalonan perlu dibuat dengan mengambil kira masa depan kanak-kanak tersebut kerana

mereka juga mempunyai hak untuk dididik dan dilatih supaya dapat menjadi seorang insan yang

berguna.

Proses pencalonan murid bagi mengikuti program pendidikan khas boleh dilakukan oleh

beberapa pihak. Diperingkat sekolah, Guru Besar boleh mencalonkan murid berdasarkan

laporan pencapaian dan laporan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau diluar sekolah.

Bagi keadaan disekolah ini, iaitu SK. Pauh Lima, guru kelas atau guru mata pelajaran boleh

mencalonkan murid mereka ke program pendidikan khas berdasarkan pencapaian murid dalam

kemahiran asas menulis, membaca, mengira serta hasil kerja murid di dalam kelas ataupun

berdasarkan keputusan ujian yang diikutiseperti ujian bulanan, semester dan sebagainya.

Ibu bapa yang dapat mengesan awal tahap ketidakupayaan anak mereka berdasarkan

masalah dalam pelajaran atau pun kemahiran pengurusan diri, juga boleh membuat pencalonan

anak mereka mengikuti program pendidikan khas disekolah –sekolah yang mempunyai program

~ 3 ~

Page 5: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203 pendidikan khas ini. Selain itu, sebagai seorang pegawai perubatan, mereka boleh

mencadangkan seorang kanak-kanak yang dibawa kepadanya untuk pemeriksaan atau

pengesahan kecacatan, supaya ditempatkan didalam program pendidikan khas yang bersesuaian

dengan kecacatan atau masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut. Mengikut prosedur

Jabatan Pelajaran, proses pencalonan juga boleh dibuat oleh seorang pegawai Jabatan Kebajikan

Masyarakat. Mereka boleh mencadangkan atau menasihatkan ibu bapa kanak-kanak

berkeperluan khas yang mendaftar di jabatan tersebut supaya menempatkan kanak-kanak

tersebut dalam program pendidikan khas disekolah atau di badan NGO yang lain mengikut

kemampuan mereka.

Selepas proses pencalonan dibuat, kanak-kanak tersebut perlu membuat pengesahan

masalah kecacatan melalui pegawai perubatan yang bertauliah. Kemudian kanak-kanak/ murid

yang dicalonkan tersebut perlu menjalani pentaksiran penempatan menggunakan Instrumen

Penentuan Penempatan (IPP) Program Khas Bermasalah Pembelajaran yang akan dijalankan

oleh jawatankuasa penilai yang telah dilantik secara khusus tentang pengendalian ujian

penempatan. Pencapaian murid-murid bagi setiap soalan hendaklah direkod ke dalam Borang

Pemarkahan IPP yang disediakan. Jawatankuasa penempatan berhak menentukan penempatan

murid-murid tersebut berdasarkan keputusan penilaian yang dibuat dan memberitahu ibu bapa

berhubung penempatan anak-anak mereka.

~ 4 ~

Page 6: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203 2.1 CARTA ALIRAN PENEMPATAN MURID-MURID / KANAK-KANAK

BERMASALAH PEMBELAJARAN.

~ 5 ~

PENCALONAN√ Ibu bapa

√ Guru√ JKM (Jabatan Kebajikan

Masyarakat)

PENGESAHAN Pegawai Perubatan

PENTAKSIRANIPP PKBP

PENTAKSIRANIPP PKBP

JAWATANKUASA PENENTUAN PENEMPATAN. JPN / PPD

Penyelaras Program PKBP Guru Pendidikan Khas

JAWATANKUASA PENENTUAN PENEMPATAN. JPN / PPD

Penyelaras Program PKBP Guru Pendidikan Khas

PDK (Pendidikan Dalam Komuniti)NGO/ SWASTA

PDK (Pendidikan Dalam Komuniti)NGO/ SWASTA

SEKOLAH:PKBP(Percubaan)PKBP

SEKOLAH:PKBP(Percubaan)PKBP

Page 7: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203 3.0 INSTRUMEN PENENTUAN PENEMPATAN (PKBP)

Instrumen Penentuan Penempatan ( Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ) adalah

dokumen khas menerangkan prosedur untuk memilihdan menentukan penempatan yang sesuai

untuk murid-murid ke Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran disekolah

rendah dan menengah. Ianya perlu dilaksanakan oleh jawatankuasa penilai yang telah dilantik

secara khusus tentang pengendalian instrumen tersebut. Instrumen Penentuan Penempatan (IPP)

ini hendaklah dijalankan sebaik sahaja pencalonan murid-murid / kanak-kanak diterima. Murid-

murid yang telah dirujuk dan disahkan oleh pakar perubatan sebagai kanak-kanak berkeperluan

khas serta murid-murid yang terdiri daripada yang sedia ada dalam sistem pendidikan aliran

perdana juga yang baru memasuki prasekolahan juga boleh mengambil ujian IPP ini. IPP

dijalankan mengikut tarikh temujanji yang ditetapkan. Ianya dijalankan secara individu

melibatkan murid-murid/ kanak-kanak dan juga waris/ ibubapa / penjaga. Perlaksanaan IPP

hendaklah dirujuk kepada panduan IPP yang disediakan. IPP yang dijalankan hendaklah

mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Penskoran pula berdasarkan kriteria yang telah

ditetapkan.

Dalam sebuah buku Instrumen Penentuan Penempatan mengandungi borang-borang

senarai semak iaitu biodata murid, borang pemarkahan IPP, pelaporan calon, Penempatan calon,

Surat Persetujuan Penempatan dari Ibu bapa / penjaga serta lima komponen penentuan

penempatan yang dinilai iaitu :

i ) Komponen Pengurusan Diri

- Aspek penting bagi menentukan kesedian murid ke sekolah. Oleh itu penguasaan

kemahiran asas ini diberikan penekanan bagi menentukan kesesuaian penempatan.

ii ) Komponen Tingkah Laku

- Bertujuan mendapatkan gambaran awal tentang tingkah laku seorang murid,

mengenal pasti murid yang layak belajar di PKBP dan tahap keupayaan serta

kebolehan murid secara umum.

~ 6 ~

Page 8: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203 iii ) Komponen Manipulatif

- Dijalankan untuk menentukan tahap fungsi motor sesorang. Aspek yang

dirtitikberatkan adalh pergerakan motor kasar dan motor halus yang boleh

membantu penyesuaian murid ke persekitaran sekolah yang baru.

iv ) Komponen Bahasa Melayu

- Bertujuan untuk mendapat gambaran awal tentang kemahiran berbahasa secara

umum, tahap pengamatan, pendengaran, pertuturan dan penglihatan seseorang

murid serta gambaran awal kemahiran 2M ( membaca dan menulis ).

v ) Komponen Matematik

- Mengandungi borang senarai semak kemahiran asas pra-nombor dan nombor.

Setiap pencapaian murid-murid/ kanak-kanak bagi setiap soalan akan direkodkan ke dalam

Borang memarkahan IPP yang disediakan. Jawatankuasa penempatan berhak untuk menentukan

penempatan murid-murid/ kanak-kanak tersebut berdasarkan keputusan penilaian yang telah

dibuat. Jawatankuasa penempatan akan memberi tahu ibu bapa berhubung penempatan anak-

anak mereka. Jumlah peratus keseluruhan akan menentukan penempatan murid. Komponen

yang dititik beratkan dalam menentukan cadangan penempatan adalah komponen pengurusan

diri dan tingkah laku. Ini bermakna penempatan murid diasaskan kepada pencapaian kedua-dua

komponen tersebut walaupun murid memperoleh pencapaian yang memuaskan atau tidak

memuaskan bagi komponen lain.

~ 7 ~

Page 9: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203 3.1 CONTOH INSTUMEN PENEMPATAN (IPP)

KOMPONEN PENGURUSAN DIRI.(PD)Arahan : Bulatkan pada nombor yang sesuai berdasarkan temu bual anda dengan ibu

bapa dan murid.

BIL KEMAHIRAN

TAHAP PENGUASAAN

Tidak Menguasai

Menguasai Dengan Bantuan

Menguasai Tanpa

Bantuan1. PENGGUNAAN TANDAS

1.1 Memberitahu apabila hendak ke tandassama ada secara isyarat atau lisan.

0 1 2

1.2 Ke tandas dengan sendiri 0 1 2

1.3 Menanggalkan seluar apabila hendak menggunakan tandas.

0 1 2

1.4 Boleh membuka dan menutup paip 0 1 2

1.5 Membersihkan diri selepas menggunakan tandas.

0 1 2

1.6 Memakai semula seluar selepas membersihkan diri.

0 1 2

1.7 Membasuh tangan selepas menggunakan tandas.

0 1 2

1.8 Cara penggunaan tandas dengan betul 0 1 2

2. MAKAN DAN MINUM

2.1 Makan dengan sendiri 0 1 2

2.2 Minum dengan sendiri 0 1 2

Jumlah kecil

JUMLAH KESELURUHAN :_______________

Penskoran :

Markah 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

% 0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50 55

Markah 12 13 14 15 16 17 18 19 20

% 60 65 70 75 80 85 90 95 100

~ 8 ~%

Page 10: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203 4.0 PENGURUSAN BAHAN

Penggunaan bahan pembelajaran dalam pelaksanaan program pendidikan khas mestilah

bersesuaian dengan keperluan murid-murid bagi membantu dan meransang murid-murid

tersebut dalam proses pembelajaran mereka. Pengurusan bahan atau aset perolehan memerlukan

sistem yang sistematik dan efektif. Aset bermaksud harta benda kepunyaan atau milikan atau

dibawah kawalan kerajaan yang dibeli atau disewa beli dengan wang kerajaan, yang diterima

melalui sumbangan atau hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan. Manakala aset alih

bermaksud aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat lain termasuk aset yang

dibekalkan atau dipasang bersekali dengan bangunan.

Aset alih terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu Harta modal dan Inventori. Harta modal

merupakan aset alih yang harga perolehan asalnya RM1,000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu ) dan

ke atas setiap satu atau aset alih yang memerlukan penyelenggaraan secara berjadual tanpa

mengira harga perolehan asal. Penyelenggaraan secara berjadual merujuk kepada aset yang

memerlukan penyelengaraan seperti yang telah disyaratkan. Sebagai contoh harta modal ialah

komputer, kenderaan, kelengkapan ICT, makmal, bengkel dan sebagainya. Inventori

merupakan aset alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM1,000 (Ringgit Malaysia

Satu Ribu) setiap satu dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual seperti dapur, peralatan

sukan, peralatan pejabat, telekomunikasi dan sebagainya. Atau pun seperti perabot, hamparan,

hiasan, langsir dan pinggan mangkuk tanpa mengira harga perolehan asal.

Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) yang disediakan adalah mengikut pekeliling

meliputi pengurusan Harta Modal dan Inventori melibatkan beberapa prosedur yang perlu

diikuti. Berikut ringkasan aliran kerja pengrusan bahan atau aset alih kerajaan mula dari

penerimaan sehingga pemeriksaan. Pertama terima aset bersama punca maklumat, kemudian

tentukan kumpulan aset. Selepas itu sediakan Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) dan Daftar

Inventori (KEW.PA-3). Kemaskini senarai Daftar Harta Modal (KWE.PA-4) dan Senarai Daftar

Inventori (KEW.PA-5). Kemudian sediakan KEW.PA-13 bagi aset yang perlu penyenggaraan.

Cop pengesahan pendaftaran pada punca maklumat dan labelkan nombor siri pendaftaran pada

aset. Tempatkan aset di lokasi yang ditetapkan. Kemaskini Senarai Aset di lokasi (KEW.PA-7)

~ 9 ~

Page 11: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203 dua salinan. Seterusnya simpan daftar aset dan akhir sekali pemeriksaan akan dibuat sendiri

oleh Ketua Jabatan bagi memastikan kesemua prosedur tersebut dipatuhi.

Pengurusan bahan yang baik menitik beratkan lokasi bahan yang akan dipamerkan samada

bersesuaian atau tidak dengan fungsi bahan tersebut. Selain itu pengurusan bahan yang baik

akan mewujudkan sistem pinjaman yang efektif supaya penggunaan aset tersebut tidak

membazir dan dapat diselenggara dengan baik. Keadaan bilik simpanan bahan juga mestilah

bersesuaian dan diambil kira supaya bahan tidak cepat rosak dan tahan lama. Sistem pengurusan

bahan yang baik memerlukan kepakaran guru untuk menguruskannya.

Oleh itu, guru yang bertanggungjawab perlu menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin

agar setiap bahan yang diterima, disimpan dan digunakan dengan berhemah. Guru yang

bertanggungjawab menyelenggarakan bahan perlu memastikan bahan tersebut dapat berfungsi

dengan lancar secara berterusan dan selamat digunakan, memelihara dan memanjangkan jangka

hayat bahan, meningkatkan keupayaan dan mengurangkan kerosakan serta menjimatkan

perbelanjaan kerajaan bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta produktif.

~ 10 ~

Page 12: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203 5.0 SISTEM FAIL DAN REKOD

Pengurusan sistem fail dan rekod yang baik dalam sesuatu program pendidikan khas

akan membolehkan pengurusan dan pentadbiran sesuatu program itu dapat ditadbir dan

diuruskan dengan baik. Sistem fail bermaksud proses penyimpanan dokumen-dokumen, minit-

minit mesyuarat dan surat-surat yang berkaitan dengan program yang dilaksanakan. Pengurusan

sistem fail dan rekod yang baik dalam program pendidikan khas membantu guru, ibu bapa dan

pihak-pihak yang berkenaan memperoleh maklumat pelajar dalam sesuatu program pendidikan

khas dengan mudah, cepat dan tepat.

Berikut merupakan diantara fail-fail yang perlu diwujudkan dalam sesuatu program

pendidikan khas mengikut piawaian yang ditetapkan :

i) Fail senarai nama dan maklumat murid pendidikan khas

ii) Fail senarai nama dan maklumat guru pendidikan khas

iii) Fail pendaftaran murid

iv) Fail-fail surat masuk dari pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelajaran,

Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Kebajikan

Masyarakat dan lain-lain.

v) Fail surat-surat keluar

vi) Fail sukan pendidikan khas

vii) Fail Lawatan

viii) Fail kertas kerja / projek

ix) Fail jadual waktu

x) Fail kurikulum

xi) Fail ko-kurikulum

~ 11 ~

Page 13: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203 xii) Fail kewangan

xiii) Fail rancangan Pembelajaran Individu(RPI) untuk setiap murid.

xiv) Fail-fail peribadi untuk setiap murid dan

xv) Lain-lain fail yang difikirkan perlu.

Mengikut kajian yang saya buat, di Sekolah Kebangsaan Pauh Lima telah mewujudkan fail-fail

bagi Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran mengikut kod 600-Pengurusan

sekolah, Daftar Sistem Pengurusan Fail Sekolah Rendah PPD Kota Bharu seperti yang

dibekalkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu adalah seperti berikut :

i) 600-3/1 Surat siaran/ pekeliling

- Diwujudkan untuk menyimpan segala surat-surat siaran yang berkaitan dengan

program serta surat pekeliling yang diterima daripada Jabatan Pelajaran Negeri

atau pun daripada Pejabat Pelajaran Daerah.

i) 600-3/2 Pertukaran Murid Pendidikan Khas.

- Terbahagi kepada dua fail lain iaitu kod 600-3/2/1 Fail pertukaran Masuk Murid

Pendidikan Khas dan satu lagi kod 600-3/2/2 Fail pertukaran Keluar Murid

Pendidikan Khas.

ii) 600-3/3 Pemantauan

- Segala surat-surat atau laporan pemantauan yang dibuat sama ada oleh pihak

pentadbiran atau pun daripada pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat

Pelajaran Daerah.

iii) 600-3/4 Mesyuarat/ Kursus/ Seminar/ Bengkel/ Taklimat

- Fail yang mengandungi surat keluar masuk untuk panggilan mesyuarat/ kursus/

seminar/ bengkel/ taklimat bagi guru pendidikan khas.

~ 12 ~

Page 14: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203

iv) 600-3/5 Maklumat/ Data Guru/ PPM

- Fail ini mengandungi dokumen-dokumen seperti biodata guru dan PPM,

maklumat kelas , jadual waktu induk kelas dan jadual waktu peribadi guru serta

lain-lain dokumen semasa yang lain.

v) 600-3/6 Maklumat murid

- Mengandungi maklumat murid yang perlu dikemaskini setiap 6 bulan sekali. Fail

ini perlu dilengkapkan dan maklumatnya adalah terkini.

vi) 600-3/7 Surat Kebenaran

- Mengandungi surat-surat kebenaran ibubapa membenarkan anak-anak mereka

mengikuti program atau aktiviti luar yang dilaksanakan oleh guru.

vii) 600-3/8 Lawatan/ Rekreasi/ Program/ Aktiviti.

- Mengandungi surat-surat lawatan, kertas kerja serta permohonan membuat aktiviti

lawatan, rekreasi atau lain-lain program yang melibatkan penggunaan wang PCG.

viii) 600-3/9 Kokurikulum.

- Penyelaras bertanggungjawab bersama guru kokurikulum kelas pendidikan khas

menyediakan dan mengemaskinikan Fail Kokurikulum kelas pendidikan khas.

Kandungan fail kokurikulum adalah seperti berikut :

i) Jawatankuasa Kokurikulum kelas Pendidikan Khas

ii) Jadual waktu pelaksanaan aktiviti kokurikulum,

iii) Rekod kehadiran guru dan murid pendidikan khas

iv) Maklumat mengenai jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan

pada setiap sesi

~ 13 ~

Page 15: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203 v) Kertas kerja program/ aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan

vi) salinan surat menyurat berkaitan dengan perlaksanaan setiap

kokurikulum.

vii) Laporan program/ aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan

viii) Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

Lain-lain fail tambahan yang tidak mempunyai kod adalah seperti berikut :

i) Fail RPI - disediakan oleh guru matapelajaran dan dikemaskini bagi setiap

murid mengikut matapelajaran yang diajarnya.

ii) Fail Peribadi Murid – Guru kelas pendidikan khas bertanggungjawab

menyediakan dan mengemaskini fail maklumat murid bagi setiap pelajar.

Fail ini mengandungi dokumen seperti Surat penempatan murid ke program

Pendidikan Khas dari Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri,

salinan borang pendaftaran dan cadangan penempatan kanak-kanak

keperluan khas ( 0-18 tahun), salinan borang pertukaran sekolah(jika ada),

3 keping gambar murid berukuran pasport, salinan permohonan kad OKU,

salinan Kad OKU, kad atau buku kesihatan murid dan lain-lain dokumen

yang berkaitan dengan murid.

iii) Fail Program Inklusif – Fail ini diwujudkan jika ada murid yang

mengikuti program inklusif samada separuh masa atau sepenuh masa.

Dokumen yang terkandung dalam fail ini antaranya ialah jawatankuasa

Program Inklusif, kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program

Inklusif, jadual waktu guru dan murid yang terlibat, biodata murid yang

diinklusifkan, rekod kehadiran murid ke kelas inklusif, salinan surat

menyurat berkaitan dengan pelaksanaan program inklusif, laporan semasa

~ 14 ~

Page 16: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203 pelaksanaan program, rekod prestasi murid dan lain-lain dokumen semasa

yang berkaitan.

6.0 PEROLEHAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PEMBELAJARAN

Kerajaan memberi banyak bantuan kepada sekolah-sekolah di negara kita terutamanya

bagi sekolah yang baru membuka kelas berkaitan Program Pendidikan Khas. Jadi sebagai

seorang guru pendidikan khas yang bertanggungjawab, kita perlu tahu jenis-jenis bantuan yang

diperuntukkan untuk program kelas Pendidikan Khas yang boleh digunakan untuk

meningkatkan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih baik dan bermanfaat kepada murid-

murid disekolah tersebut. Berikut merupakan diantara jenis-jenis bantuan yang diterima bagi

peruntukan kegunaan kelas Pendidikan Khas iaitu bantuan elaun untuk murid-murid khas

sebayak RM150 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima puluh) setiap bulan dan Bantuan Per

Kapita(PCG) Pendidikan Khas. Manakala wang SUWA merupakan wang biayaan kerajaan bagi

peruntukan pembelian kertas, photostet, kertas peperiksaan dan keperluan yang lain. Selain itu

program pendidikan khas juga menerima bantuan sukan sekolah dan bantuan kokurikulum

sekolah untuk aktiviti sukan.

Berdasarkan contoh (rujuk lampiran) pemberian tuntutan bantuan sekolah bagi sekolah Pauh

Lima tahun 2012 berikut merupakan PCG yang diperuntukan bagi kelas Program Pendidikan

Khas mengikut pecahan. Bagi PCG matapelajaran terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Teras

(RM45 x bil.murid), Wajib (RM70 x bil.murid) dan subjek Sivik dan kewarganegaraan(17murid

pertama = RM800). PCG bukan matapelajaran pula melibatkan Pusat sumber sekolah,

bimbingan dan kaunseling dan LPBT. Kesemua peruntukan tersebut boleh digunakan mengikut

keperluan yang telah ditetapkan. Bagi aktiviti luar seperti lawatan, pembelian barangan tunai

bawah harga RM500 , pembayaran bil elektrik dan lain-lain hal boleh menggunakan peruntukan

LPBT. Manakala bahagian peruntukan yang lain hanya boleh digunakan untuk membeli

perlatan, bahan pembelajaran dan kegunaan yang berkaitan dengan mata perlajaran tersebut

sahaja. Sebagai seorang guru pendidikan khas perlu mengambil tahu mengenai wang

peruntukan yang diberikan kepada program pendidikan khas dan menggunakannya sebaik

mungkin untuk kegunaan dan kebaikkan program.

~ 15 ~

Page 17: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203

Pengurusan perbelanjaan wang PCG dengan betul dan bijak dapat memberi manafaat

kepada keperluan program dan murid. Setiap anggaran belanja mengurus perlu dibuat bersama-

sama pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas. Setiap perolehan dan penggunaan

bahan pembelajaran perlu direkodkan secara sitematik. Oleh itu, buku stok keluar masuk barang

perlu dicatatkan dan direkodkan. Guru Stok bertanggungjawab merekod dan mngemaskini

semua alatan pejabat atau jenis-jenis alatan guna pakai yang dibeli menggunakan peruntukan

PCG kelas pendidikan khas ke dalam buku stok. Penyelaras kelas pendidikan khas perlu

menyemak dan mengesahkan maklumat-maklumat dalam buku stok sebelum diserah kepada

pejabat sekolah pada hujung tahun.

~ 16 ~

Page 18: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203

7.0 LAKARAN PELAN LANTAI

Penubuhan sebuah kelas Program Khas Bermasalah pembelajaran yang baru dibuka

memerlukan pelbagai kemudahan dan pengubahsuaian yang terancang. Oleh dengan itu, sebuah

lakaran pelan lantai bagi kelas yang baru untuk diubahsuai telah dirancang untuk membentuk

bilik darjah Pendidikan Khas yang efektif dan kondusif di sekolah tersebut. Sesebuah kelas

yang efektif dan kondusif memerlukan susun atur yang melibatkan segala jenis keperluan yang

perlu ada bagi sebuah kelas pendidikan khas dari segi susun atur kemudahan fizikal dan perabot,

kedudukan ruang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, mewujudkan stesen-stesen

pembelajaran serta kemudahan lain seperti dapur, bilik urus diri dan tandas. Pelan lantai yang

cadangkan ini adalah berdasarkan tiga buah kelas bersaiz biasa yang dibahagikan kepada

ruangan-ruangan kecil mengikut kegunaan dan keperluan kelas tersebut.

Lakaran Bilik 1 dibahagikan kepada empat bahagian melibatkan bilik pengurusan diri,

dapur dan bilik dobi serta tandas, bilik multimedia dan stesen seni. Lakaran Bilik 2 pula

melibatkan pembahagian ruang kepada empat bahagian juga iaitu melibatkan bilik guru yang

mempunyai sudut rekod/ fail, kelas 1 , stesen bahasa / ruang membaca dan bercerita serta ruang

utama sebagai ruang tamu yang mempunyai sudut maklumat dan sudut pameran. Manakala bagi

Lakaran Bilik 3 pula merupakan dua buah kelas pengajaran dan pembelajaran beserta ruang

multisensori. Ruangan multisensori dibina agak luas bagi memudahkan murid-murid beriadah

sambil belajar. Ruang tersebut juga boleh dijadikan tempat untuk murid-murid bermain dengan

bebas. Berikut merupakan ciri-ciri sebuah kelas Pendidikan Khas yang efektif dan kondusif

melibatkan elemen-elemn yang berikut iaitu penyusunan kemudahan fizikal dan perabot, ruang

pengajaran dan pembelajaran serta stesen-stesen pembelajaran.

~ 17 ~

Page 19: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203

7.1 PENYUSUNAN KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERABOT.

Berdasarkan pelan lantai yang dibuat, segala jenis kemudahan fizikal dan perabot

telah diatur reka letaknya mengikut kesesuaian keadaan kelas. Pemilihan perabot dan

kemudahan fizikal yang terdapat dalam sesebuah kelas pendidikan khas perlu mengambil

kira ciri-ciri keselamatan, kandungan bahan yang digunakan, reka bentuk dan keperluan

penggunaannya. Perabot yang digunakan perlu bersesuaian dengan saiz fizikal ruang dan

murid supaya murid dapat belajar dalam keadaan selesa dan sealamat. Perabot yang

disediakan boleh diperbuat daripada kayu, besi, atau plastik. Contohnya rak buku, kerusi,

meja dan almari.

Semasa guru merancang untuk menempatkan perabot di ruang-ruang dan stesen-stesen

yang dicadangkan, keluasan fizikal ruang perlu diambil kira supaya tidak mengganggu

pergerakan aktiviti murid. Susun atur perabot dan peralatan yang bersesuaian mestilah tidak

menghalang pergerakan aktivti murid dalam kumpulan dan memudahkan interaksi dua hala.

Selain itu susun atur perabot dan peralatan mestilah menimbulkan suasana yang menarik,

ceria dan kemas. Suasana ini akan membantu memberi ransangan minda kepada murid

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran untuk belajar. Setiap perabot yang ditempatkan

di stesen dan ruang-ruang yang lain perlu difikirkan dari segi keperluannya supaya tidak

berlaku pembaziran ruang. Susun atur yang yang dirancang dengan baik membantu

kelancaran setiap aktiviti yang dijalankan.

Merujuk kepada lakaran pelan lantai menunjukkann susun atur kemudahan fizikal dan

perabot yang dibuat adalah berdasarkan kesesuaian dan keadaaan fizikal kelas. Contohnya

pada ruang utama iaitu bahagian ruang tamu, terdapat kemudahan seperti set sofa,

karpet,dan papan kenyataan kelas. Berdekatan dengan ruangan tersebut ialah bilik guru yang

terdapat kemudahan seperti komputer, rak simpanan fail dan meja guru. Kemudahan seperti

peti sejuk, dapur dan meja makan turut disediakan di ruangan dapur kelas.

~ 18 ~

Page 20: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203

7.2 RUANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah tunjang utama sesebuah kelas. Ruang

pengajaran dan pembelajaran yang disediakan mestilah memiliki kemudahan-kemudahan

asas seperti meja dan kerusi yang bersesuaian dengan murid, rak alatan, buku dan beg serta

kemudahan kipas dan pencahayaan yang selesa serta ruang belajar yang sesuai dengan

bilangan murid bagi sesebuah kelas tersebut. Mengikut lakaran pelan lantai yang dibuat,

terdapat tiga bilik darjah/kelas yang dicadangkan iaitu kelas 1, kelas 2 dan kelas 3. Ketiga-

tiga kelas tersebut mempunyi kedudukan kerusi meja murid telah dirancang mengikut ciri-

ciri yang dinyatakan tersebut.

Ruangan pengajaran pembelajaran ini melibatkan tiga buah kelas yang utama dan

dilengkapi dengan kemudah yang bersesuaian serta dapat memberi keselesaan kepada

murid. Setiap kelas mempunyai rak peralatan atau rak buku, papan putih, ”soft board” dan

lain-lain kemudahan asas seperti kipas, lampu dan sistem pengedaran udara yang baik.

Lakaran yang dibuat adalah berdasarkan keluasan sebuah banguanan kelas yang melibatkan

tiga buah kelas biasa yang sama saiz. Sesebuah kelas yang standard perlu mempunyai pintu

hadapan dan pintu belakang. Ini bertujuan untuk mengelakkan murid dan guru teperangkap

didalam kelas sekiranya berlaku kebakaran.

7.3 STESEN – STESEN PEMBELAJARAN

Pendekatan stesen merupakan suatu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang

dilengkapi bantu mengajar yang efektif bagi pelajar bekeperluan khas melalui kaedah

”hands on experience” dan ”main sambil belajar”. Pendekatan ini memberi penekanan

kepada pembelajaran mengikut tahap keupayaan, kecerdasan, kemahiran, kebolehan dan

juga minat serta peluang belajar menerusi pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Ruang

~ 19 ~

Page 21: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203 stesen perlu mempunyai bilik atau sudut yang mencukupi bagi menampung bilangan murid

yang disarankan iaitu seramai 6 orang.

Berpandukan pelan lantai yang dicadangkan ini, terdapat beberapa stesen yang telah

dimasukkan dalam pelan tersebut. Diantaranya ialah Stesen Pengurusan Diri, Stesen

Multimedia dan Stesen Pendidikan Seni iaitu di Lakaran Bilik 1 , stesen Bahasa Melayu di

Lakaran Bilik 2 dan Stesen Manipulatif di Lakaran Bilik 3. Kesemua stesen –stesen tersebut

perlu dilengkapkan dengan kemudahan yang bersesuaian dan disusun atur dengan

mengambil kira keluasan ruang yang ada. Bagi stesen multimedia, kedudukan peralatan

yang dicadangkan pada lakaran tersebut ialah papan layar, LCD, meja guru, meja komputer

murid dan rak simpanan bahan multimedia.

Stesen pendidikan seni pula dicadangkan menempatkan sebuah meja besar untuk aktiviti

murid, meja guru dan rak simpanan alatan pendidikan seni. Stesen Pengurusan diri pula

mempunyai katil, almari pakaian cermin dan meja solek. Manakala bagi stesen bahasa

Melayu pula menempatkan rak buku dan alatan bantu mengajar, dan ruang tempat

beraktiviti yang boleh diletakkan sebuah meja jepun untuk murid beraktiviti di situ. Selain

itu bagi ruang Stesen Manipulatif menempatkan rak perlatan multipulatif dan terdapat foam

tempat murid beraktiviti.

~ 20 ~

Page 22: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203

8.0 KESIMPULAN

Pengurusan sebuah kelas pendidkan khas bukanlah suatu yang mudah untuk dipikul oleh

seorang guru. Ianya meliputi kerja berpasukan yang memerlukan kerjasama dan pengetahuan

yang meluas untuk mewujudkan suatu sistem pengurusan yang baik. Sewajarnya bagi guru

pendidikan khas mengambil tahu hal ehwal pengurusan sumber perolehan, kaedah penyimpanan

bahan, dan menggunakan bahan pembelajaran dengan bermanfaat. Selain itu peruntukan

bantuan perkapita (PCG) kelas khas dan juga lain-lain sumber kewangan yang diterima perlulah

digunakan dengan manfaat bagi tujuan pembelian barang pembelajaran atau untuk aktiviti kelas

yang berfaedah dan wajar. Perbelanjaan yang berhemah dapat membantu meringankan beban

kerajaan. Guru perlu bijak merancang pembelian bahan pengajaran mengikut keperluan supaya

tidak berlaku pembaziran.

Selain itu sistem pemfailan yang efektif juga membantu memudahkan perolehan

maklumat bila diperlukan. Fail- fail tersebut perlulah dikemaskini dari masa ke semasa dan

dilengkapkan. Selaku guru pendidikan khas juga perlu bijak merancang bukan sahaja dalam

pengurusan kelas tetapi juga boleh merancang sebuah kelas yang efektif dan kondusif. Guru

perlu bijak merancang dan mengatur jenis-jenis sudut pembelajaran yang perlu ada, dan susun

atur kemudahan bagi sebuah kelas dalam lakaran pelan lantai yang dicadangkan. Bidang ini

memerlukan kemahiran merancang dan perbincangan dengan semua pihak yang terlibat.

Kesemua bidang pengurusan ini perlu dititik berat selaku seorang guru yang bertanggungjawab

supaya kita menjadi guru yang berilmu melangkaui semua bidang selain dapat membantu

penyelaras dalam hal ehwal pengurusan kelas. Guru yang berilmu adalah guru yang tidak

pernah berhenti belajar. Ilmu yang diperolehi perlu dikongsi dan gunakan supaya ianya dapat

memberi manfaat kepada semua.

~ 21 ~

Page 23: PENGURUSAN PEND.kHAS

HBSE1203

RUJUKAN:

Abd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Kuala

Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd.

Dr.Rosadah Abd.Majid, Norshidah Mohd Salleh. Aliza Alias, Mohd.Mokhtar Hj.Tahar.(2010).

Modul OUM ,HBSE 1203 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas. Meteor

Doc.Sdn.Bhd.

Dr.Abdullah Yusof, Safarani Bari, Mohd Mokhtar Tahar.(2011). Modul OUM, HBSE1103

Pengenalan Pendidikan Khas. Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Jabatan Pendidikan Khas.KPM.(2007).Buku Panduan Instrumen Penentuan Penempatan

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran(IPP).Absolute Master Printers Sdn.Bhd.

Jabatan Pendidikan Khas.KPM.(2004).Stesen Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas

Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah & Menengah.Percetakan Nasional Malaysia

Berhad.

Mohd. Sharani Ahmad. 2004. Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Kuala Lumpur.

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Rena B.Lewis.Donald H.Doorlag. (2003). Teaching Special Student in General Education

Classroom. Six Edition. Merrill Prentice Hall.Ohio. USA.

Sekolah Kebangsaan Pauh Lima.(2012). Tuntutan Bantuan Sekolah Tahun 2012. SKPL printer

Sdn.Bhd.

Thirugnana Sambathan.(2010). HBSE2103 Pengurusan Pendidikan Khas.Open University

Malaysia.Meteor Doc.Sdn.Bhd.

~ 22 ~