pengurusan murid - kumpulan 4.ppt

16
PENGURUSAN PEMBELAJARAN NAMA AHLI: KAMARUL HISYAM BIN TAHIR DB110536 ABDUL RAZAK BIN AHMAD DB110825 ADEMIZAN BIN AHAD DB110721 AYOB BIN JAAFAR DB110186 HADAFFI BIN JAAFAR DB110946 KAMARUL BIN FADZEL DB110883 PN HJH SAREBAH BINTI WARMAN BBD 18104 PENGURUSAN MURID

Upload: celyn-lee

Post on 12-Nov-2015

115 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • PENGURUSAN PEMBELAJARANNAMA AHLI:

    KAMARUL HISYAM BIN TAHIR DB110536ABDUL RAZAK BIN AHMAD DB110825ADEMIZAN BIN AHAD DB110721AYOB BIN JAAFAR DB110186HADAFFI BIN JAAFAR DB110946KAMARUL BIN FADZEL DB110883

    PN HJH SAREBAH BINTI WARMANBBD 18104PENGURUSAN MURID

  • PENGENALANPengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting di dalam sebuah institusi pendidikan. Proses pengurusan murid terdiri daripada beberapa aspek iaitu aspek perancangan, pengelolaan, pentadbiran (memimoin) dan pengawalan atau pemulihan.Oleh itu, bagi mencapai hasrat ini jawatan khas Guru Penolong Kanan (HEM) telah diwujudkan di sekolah bagi membantu pihak pentadbir iaitu guru besar atau pengetua dalam memainkan peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudah cara penyelaras dan pengawal serta kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya terutama kepada para pelajar bagi memastikan sistem pengurusan murid ini lebih dinamik.

  • DEFINISI PENGURUSAN MURIDperancanganpengorganisasianpengarahanpengawalan

  • TUJUANMenyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi (intelek, rohani, jasmani & sosial)Sebagai panduan kepada ibubapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak merekaSebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing

  • KOMPONEN PENGURUSAN MURIDMengurus rekod muridmarkah yang diperoleh bagi setiap matapelajaran pada setiap ujian yang dilakukan.Displin muridDapat mewujudkan sahsiah murid yang baikBimbingan dan kaunselingmemberi khidmat kaunseling atau konsultasi kepada murid

  • KEPENTINGAN MENGURUS REKOD MURIDKepentingan Mengurus Rekod Muridmembantu guru membuat keputusan tentang pengurusan bilik darjah.membantu guru menentukan aktiviti atau pengalaman yang sesuai dengan minat murid. memberi peluang kepada guru kelas menghubungi ibu bapa atau penjaga supaya dapat berbincang tentang anak muridnya.membantu ibu bapa mengetahui dan memahami kemajuan akademik serta kekuatan atau kelemahan anaknya.

  • JENIS-JENIS REKOD MURID

  • JENIS-JENIS REKOD MURIDMengandungi biodata murid dan rekod persekolahan muridMerekod kehadiran murid serta maklumat keluarga muridKeputusan peperiksaan murid serta pencapaian murid sepanjang sesi persekolahanRekod kemasukan murid ke sekolah dan rekod perpindahan murid

  • KAEDAH TERKINI DALAM PENGURUSAN REKOD MURIDSistem Maklumat Murid merupakan sistem maklumat murid berkomputer yang diperkenalkan pada tahun 2000.Penggunaan sistem yang sistematik dan berteknologi memudahkan urusan guru serta pengurusan sekolah menjadi lebih cekap dan pantasSistem ini dibangunkan di peringkat sekolah untuk membolehkan guru menggunakan kemudahan teknologi maklumat atau ICT dalam mengemaskini data dan maklumat dari semasa ke semasa.

  • KAEDAH TERKINI DALAM PENGURUSAN REKOD MURIDSistem Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah merupakan salah satu sistem yang berangkaian dengan Sistem Maklumat Murid Berkomputer.Tujuan sistem ini dilaksanakan adalah untuk meringankan beban guru membuat kerja-kerja perkeranian terutamanya berkaitan dengan ujian lisan.Jumlah membuat cerapan dalam satu penggal adalah minimum sebanyak 3 kali bagi setiap penggal dan laporan pentaksiran lisan boleh dijana setelah cerapan dilakukan.

  • KAEDAH TERKINI DALAM PENGURUSAN REKOD MURIDSistem analisis peperiksaan merupakan gabungan antara Sistem Maklumat Murid Berkomputer dan Sistem Pengurusan Peperiksaan. Dengan kewujudan sistem ini, bebanan guru untuk membuat analisis tahap pencapaian murid dalam ujian dan peperiksaan dapat diringankan.Ibu bapa dapat memantau pencapaian anak mereka melalui sistem ini.

  • KAEDAH TERKINI DALAM PENGURUSAN REKOD MURIDSistem Analisis Peperiksaan ini adalah untuk mendapatkan data atau maklumat bagi membantu pihak pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerahdan Sekolah mengenalpasti potensi pencapaian murid dalam peperiksaanDengan maklumat ini pihak pengurusan akan dapat membuat perancangan akademik danmengenal pasti kelemahan sama ada di peringkat sekolah, daerah dan negeri untuk tindakan susulan secara lebih berkesan.

  • KAEDAH TERKINI DALAM PENGURUSAN REKOD MURIDTujuan mewujudkan Sistem Pengurusan Disiplin adalah untuk merekodkan kesalahanSistem Salah Laku Displin Murid dilaksanakan bertujuan untuk memberikan panduan kepada Pengetua, Guru Besar dan guru-guru tentang bentuk tindakan disiplin yang boleh diambil terhadap murid yang melakukan kesalahan disiplin agar hukuman yang diambil tidaklah secara membuta tuli.

  • KAEDAH TERKINI DALAM PENGURUSAN REKOD MURIDAplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan enrolmen pelajar terkini berkenaan jumlah Enrolmen yang hadir dan tidak hadir setiap hari . Maklumat digunakan bagi tujuan pemantauan dan rumusan kehadiran di sekolah-sekolah negeri Johor.

  • KAEDAH TERKINI DALAM PENGURUSAN REKOD MURIDSistem e-Kasih bertujuan untuk merekodkan semua bantuan yang akan diterima oleh setiap pelajar . Sistem ini juga dapat memastikan bahawa setiap pelajar layak akan menerima bantuan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.

  • KESIMPULANSuatu pengurusan murid yang baik dapat melahirkan murid yang cemerlang dan mempunyai semangat untuk belajar yang tinggi kerana melalui rekod pelajar yang dicatat oleh guru bagi seseorang pelajar merangkumi segala perkembangan, kebolehan, kemajuan serta pencapaiaan murid.Pengurusan murid yang sempurna juga melibatkan proses memotivasikan murid. Bagi melengkapkan sebuah pengurusan murid yang baik, sesebuah sekolah haruslah peka serta mengetahui cara-cara untuk memotivasikan murid. Kerjasama semua pihak haruslah dipertingkatkan bagi memastikan pengurusan murid yang berkesan dapat dilakukan kerana pengurusan yang berjaya akan menjadi pemangkin prestasi murid.