pengurusan lanskap

Upload: armanahmad

Post on 08-Jul-2015

159 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

a) 1.

SPESIES POKOK HIASAN

Nama Biasa Nama Saintifik Kategori Keluarga Ciri-ciri

: : : : :

Bunga Janda Kaya Merah Muda Mussaenda erythrophylla 'Dona Luz' Renek Rubiaceae

Pokok ini bersaiz besar yang boleh tumbuh meninggi sehingga 3 meter. Batang berkayu, coklat, banyak cabang, kanopi terbuka merendang. Pokok bunga janda kaya ini merupakan tumbuhan renek yang mempunyai bunga yang besar dan bunganya banyak sehingga memenuhi pokok. Pokok ini memerlukan cahaya penuh suhu panas lembap, tanah gembur berpasir dan tidak bertakung air serta memerlukan air yang sederhana.

Cara Pembiakan

:

Pembiakan dari kaedah keratan batang. Pilih batang yang sesuai dan berkeadaan baik. Kerat dengan menggunakan sketuar. Buang daun-daun yang tidak diperlukan. Kerat batang kepada beberapa bahagian. Celupkan hujung keratin ke dalam hormone pengakaran. Cucuk ke dalam medium di tapak semaian atau beg poli hitam. Siram dan letakkan di tempat yang teduh.1

Cara Penjagaan

:

Ditanam di atas tapak semaian, untuk permulaan letakkan baja organik. Anak pokok dipindahkan ke polibeg kecil, polibeg sederhana dan polibeg besar mengikut saiz. Peyiraman dilakukan dua kali sehari iaitu pada waktu pagi sebelum terik matahari dan pada waktu petang sebelum matahari terbenam. Pengawalan rumpai dilakukan dengan menggunakan alatan seperti cangkul atau tajak. Pembajaan dilakukan secara taburan sebanyak 2 kali setahun. Pemangkasan dilakukan mengikut keperluan.

2.

2

Nama Biasa Nama Saintifik Kategori Ciri-ciri

: : : :

Peach Palm Bactris gasipaes Kunth Palma

Palma jenis ini berumpun besar, berbatang lurus berduru tajam dan berukuran 15cm diameter. Tingginya lebih kurang 7 hingga 10 meter. Daunnya pinat, kira-kira 2.5 hingga 3.5 meter panjang dan melengkung di hujungnya. Anak atau tunas yang tumbyh dipangkal pokok berdaun lebar, bifid dan entire. Anak daunnya linear, berukuran 40 hingga 50 meter panjang dan 3 hingga 4 cm lebar. Batang, upih dan petiolnya berduri tajam dan berwarna hitam. Mayangnya keluar dari pangkal batang silara dengan rakila dan bunganya berwarna putih. Mayang ini dilindungi oleh seludang yang berbentuk bujur berukuran antara 45 hingga 60 cm panjang dan berwarna perang. Buahnya ovoid, 3 hingga 5cm panjang dan 2 hingga 3cm lebar, berwarna hijau muda, bertukar kuning dan kemerahan apabila masak. Buah ini berisi tebal dan berbiji tunggal, berukuran 2 cm panjang dan 1 cm lebar.

Cara Pembiakan

:

Palma ini boleh dibiakkan dengan mengasingkan tunas atau anak yang telah berakar yang tumbuh di pangkal pokok dan menanamnya semula ke dalam pasu atau karung plastik. Pokok yang ditanam di dalam karung plastik atau pasu boleh dibelah-belah dan ditanam semula.3

Cara Penjagaan

:

Palma ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi tetapi memerlukan tanah yang subur dan bersaliran baik. Pembersihan pangkal rumpun , cantasan pelepah yang kering dan pembuangan durinya perlu dilakukan dari masa ke semasa supaya kelihatan lebih menarik.

3.

4

Nama Biasa Nama Saintifik Keluarga Kategori Ciri-ciri

: : : : :

Siantan, Jarum-jarum, Pecah Periuk. Ixora cocinea L Rubiaceae Renek

Pokok renek yang sederhana tinggi (1.5m). Batang berkayu, berwarna hijau ketika muda, bertukar coklat apabila telah matang. Daun tunggal, susunan bertentangan, bulat membujur memanjang ( 7-1-cm panjang, 5-7 cm lebar), berwarna hijau tua, berkilau, tangkai sangat pendek, tebal, tepi rata. Berbunga majmuk, tersusun dalam jambak bunga di celah ketiak daun. Berbuah bulat, sederhana besar, hijau ketika muda, bertukar hitam apabila telah tua dan mengandungi biji.

Cara Pembiakan

:

Keratan batang yang dicucuk di atas tapak semaian. Apabila membesar letakkan ke dalam polibeg kecil, polibeg sederhana dan polibeg besar.. Cara Penjagaan :

Penyiraman perlu dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan sebelah petang. Siraman yang teratur boleh mengelakkan pokok daripada menjadi kering dan layu. Merumpai perlu dijalankan dari semasa ke semasa di sekeliling tanaman atau di dalam polibeg itu sendiri. Pembajaan perlu dilakukan sebanyak 2 bulan sekali. Kadar baja bergantung kepada saiz anak pokok dan saiz polibeg. Pemangkasan selalunya dilakukan pada ranting yang diserang penyakit, tunas yang tidak diperlukan dan dahan yang mati. Apabila besar pemangkasan boleh juga dilakukan untuk membentuk.

5

4.

6

Nama Biasa Nama Saintifik Keluarga Kategori Ciri ciri

: : : : :

Tapak Kuda Bauhinia blakeana Leguminosae Renek

Pokok bersaiz kecil yang boleh meninggi sehingga 8 meter. Batang bewarna coklat kelabu, banyak cabang, kanopi berbentuk terbuka. Daun tunggal, berbentuk bujur telur hingga hamper bulat, hujung terbelah dua seakan tapak kuda, besar, keras, berwarna hijau tua. Bunga majmuk, terdapat dalam jambak bunga yang besar, berwarna ungu tua serta muda, kelopak petal berbentuk runcing berukuran 4-5 cm panjang dan 1.5-2.5 cm lebar. Buah seperti kacang yang leper, berjuntai, 12-20 cm panjang dan 2-5 cm lebar, hijau ketika muda, coklat apabila telah tua, mengandungi sebaris biji yang banyak. Biji bulat leper, berwarna perang.

Cara Pembiakan

:

Pembiakan dari biji benih yang disemai di tapak semaian. Apabila anak pokok setinggi 3 inci, pindahkan ke polibeg kecil, polibeg sederhana dan polibeg besar mengikut perkembangan tanaman.

Cara Penjagaan

:

Penyiraman dilakukan dua kali sehari iaitu pada waktu pagi sebelum terik matahari dan pada waktu petang sebelum matahari terbenam. Penyiraman boleh dikurangkan pada waktu hujan. Elakkan menyiram pada waktu tengah hari untuk mengelakkan daun atau batang melecur. Tidak digalakkan menyiram pada lewat petang di mana kelembapan tanah tinggi yang memudahkan jangkitan virus dan kulat. Penyiraman dilakukan di pangkal pokok. Jumlah air yang dibekalkan7

hendaklah mencukupi dan menyerap ke dalam tanah di sekeliling pokok atau sehingga tanah kelihatan basah. Apabila cuaca terlalu panas akan menyebabkan proses pengewapan air sangat cepat sehingga kandungan air di dalam tanah cepat berkurangan dan jumlah air yang tersedia untuk diambil oleh timbuhan juga berkurangan. Oleh itu sungkupan perlu diletakkan di sekeliling pokok berserta naungan untuk memastikan proses pengewapan air dapat dikurangkan. Kaedah mengawal rumpai dilakukan menggunakan cangkul datau tajak. Proses pembajaan dijalankan menggunakan baja Sebastian yang ditaburkan di sekeliling pokok mengikut silara pokok. Pengawasan berkala dan berjadual ( sekali seminggu ) dijalankan untuk mengawal perosak dan penyakit.

8

b 2)

ANGGARAN KOS PELANDSKAPAN

A. Bahan Tanaman Bil. Jenis dan sepsis Ukuran pokok Harga/unit RM Jumlah RM

Pokok Palma Peach Palm 20 ( Bactris gasipaes Kunth ) Pokok Renek

7 10

80.00

1600.00

9

20

Bunga janda Kaya Merah ( Mussaenda erythrophylla 'Dona Luz') Pokok Jarum-jarum ( Ixora cocinea L ) Tapak Kuda ( Bauhinia blakeana )

5 5 berdaun sihat. 5 5 berdaun sihat. 4 4 berdaun sihat.

10.00

200.00

40 20

10.00 30.00

400.00 200.00 2000.00

B. Kos penyediaan kawasan dan pelaksanaan termasuk : - upah pekerja - tanah campuran, baja permulaan dan bahan organik - menggali lubang dan membina batas - menanam - pembersihan kawasan C. Kos penyenggaraan dan penjagaan untuk 6 bulan dalam masa kontrak. D. Kos bina pegola Jumlah A+B+C+D E. Bayaran lanskap arkitek [ 10% ( A+B+C+D) ] Jumlah besar kos pelanskapan

500.00 1500.00 6400.00 640.00 7040.00

10

c)

JADUAL PELAKSANAAN PEMBANGUNAN LANSKAP

JANUARI HINGGA JUNBIL PERKARA JANM 1 M 2 M 3 M 4 M 1

FEBM 2 M 3 M 4 M 1

MACM 2 M 3 M 4 M 1

APRM 2 M 3 M 4 M 1

MEIM 2 M 3 M 4 M 1

JUNM 2 M 3 M 4

1 2 3 4 5 6 7 8

Penghantaran Bahan Pembersihan Kawasan Membuat lubang untuk tanaman Proses penanaman Membaja Pengawasan Perosak dan Penyakit Pengawalan Rumpai Pemangkasan

JULAI HINGGA DISEMBERBIL PERKARA JULAIM 1 M 2 M 3 M 4 M 1

OGOSM 2 M 3 M 4 M 1

SEPTM 2 M 3 M 4 M 1

OKTM 2 M 3 M 4 M 1

NOVM 2 M 3 M 4 M 1

DISM 2 M 3 M 4

1 2 3 4 5 6 7 8

Penghantaran Bahan Pembersihan Kawasan Membuat lubang untuk tanaman Proses penanaman Membaja Pengawasan Perosak dan Penyakit Pengawalan Rumpai Pemangkasan

11

12