pengurusan doktrin al-ehsan dalam pekerjaan

Upload: razaleigh-muhamat

Post on 04-Jun-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Pengurusan Doktrin al-Ehsan Dalam Pekerjaan

    1/11

    1

    PENGURUSAN DOKTRIN AL-EHSAN DALAM PEKERJAANoleh

    Razaleigh Muhamat @ Kawangit

    Artikel ini melihat khusus berkaitan perlaksanaan etika kerja dari perspektif

    Islam terutama sekali yang dibawa oleh doktrin al-ehsan. Doktrin ini sinonimdengan kepercayaan dan ketauhidan yang menyentuh permasalahan dari

    sudut teologikal atau metafizikal. Namun, tujahan doktrin ini sebenarnyaadalah lebih umum merangkumi kepercayaan, pengurusan, pendidikan dan

    sosial. Dari sudut pengkhususan doktrin ini di dalam etika kerja, nilai-nilaidan sifat-sifat doktrin ini diketengahkan secara kotemporari dari sumber

    primer Muslim iaitu al-Quran dan Sunnah. Perlaksanaan dan penggunaanetika kerja mengikut doktrin ini telah dijadikan asas kepada perbicaraanmengenai etika kerja dan perkhidmatan di Barat. Artikel ini juga melihat

    perlaksanaan dan penggunaan doktrin ini terutama dari sudut amalannilainya di dalam Perkhidmatan Awam di Malaysia. Keakhiran dari artikelini ialah pengetahuan berkaitan doktrin al-ehsan untuk direalisasikan sebagai

    satu etika kerja.

    Kata kunci: doktrin al-Ehsan, pengurusan, etika, kerja, Islam

    PENGENALAN

    Kefahaman tentang doktrin al-ehsan di dalam Islam seringkali dihubungkaitkan dengan permasalahan kepercayaan, ketauhidan, keesaan dan keimanan di dalam memahami konteksagama sahaja. Perkara ini berlaku kerana secara khususnya doktrin al-ehsan ini seringkalidikaitkan dengan permasalahan Islam, iman dan ehsan untuk menuju kepada memahami danmengetahui doktrin metafizik di dalam Islam. Seperkara lagi, faktor doktrin al-ehsan dikaitkan dengan masalah teologikal kerana ia bertepatan dengan dasar pengukuhan ajaransamada diperingkat mufrod dan jamak golongan Muslim.

    Doktrin al-ehsan yang ditunjukkan di dalam sumber primer Muslim iaitu al-Quransebenarnya merangkumi aspek-aspek yang lebih umum dan tidak tertumpu pada masalahkepercayaan semata-mata. Jika diteliti tujahan doktrin ini menjurus kepada berbagai-bagai

    bidang kehidupan termasuklah kepercayaan, pengurusan, pendidikan, etika dan sosial malahmerangkumi perhubungan individu dan bernegara dalam konteks kerajaan Islam.

    Pemahaman doktrin ini dari sudut etika kerja membawa kepada beberapa dasar dan pegangan penting yang menjadi landasan kepada kecemerlangan individu dan organisasi pengurusan. Ini kerana doktrin ini mengajar pengamalnya strategi-strategi personalia dalamandan metod-metod pengurusan kecemerlangan organisasi pengurusan.

    Walaupun begitu, masih banyak lagi bidang-bidang yang perlu diterokai oleh penyelidik terutamanya dari sudut etika kerja Islam di dalam doktrin ini. Perkara-perkaraseperti asas dan punca doktrin al-ehsan , nilai-nilai etika kerja Islam, amalan dan praktikalyang buruk yang ditolak oleh doktrin ini dan hubungan doktrin ini antara sesama manusia danantara manusia dengan Tuhan dari sudut etika kerja perlulah dikaji dan di sebar luaskan agar

    penggunaan dan penghayatannya tidak tertumpu kepada golongan penyelidik semata-mata

    bahkan untuk kebaikan manusia sejagat.

  • 8/13/2019 Pengurusan Doktrin al-Ehsan Dalam Pekerjaan

    2/11

    2

    PEMAHAMAN DOKTRIN AL-EHSAN

    Secara tipikalnya pemahaman umum kepada doktrin ini merangkumi maksud, ciri-ciri dansifat-sifatnya dinukilkan di dalam contoh-contoh berikut yang diambil daripada sumber

    primer Muslim iaitu al-Quran dan Sunnah;

    IBanyak contoh-contoh mengenai al-ehsan ini di dalam al-Quran yang

    berkaitan dengan etika kerja Islam. Contoh dan pendekatannya adalahmengenai seseorang yang sentiasa mahu memperbaiki pekerjaannya daripadasatu tahap ke satu tahap dalam apa juga bidang pekerjaan yang diceburi.Ayat-ayat al-Quran yang menandakan sedemikian adalah seperti maksudfirman Allah s.w.t: "Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepadaorang-orang yang sentiasa memperbaiki pekerjaannya" (7:56) Maksud firmanAllah s.w.t lagi : "Dan orang-orang yang berusaha denganbersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnyakami akan memimpin mereka ke jalan-jalan kami (yang menjadikan merekabergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya pertolongan danbantuan Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki

    pekerjaannya" (29:69) dan maksud firman Allah s.w.t lagi: "...(Apa yangkamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinyakepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha memperbaiki

    pekerjaannya, maka ia akan beroleh pahalanya dari sisi Tuhannya dan tidakakan bimbang dari sesuatu kejadian yang tidak baik dan mereka pula tidakakan berdukacita" (2:112)

    IIHadis Nabi pula mengambarkan al-ehsan itu sebagai sifat ikhlas dan

    bersederhana dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sifat ini digambarkansehingga ke peringkat walaupun seseorang itu melakukan pekerjaan tanpa ada

    pemantauan daripada sesama manusia tetapi tetap ada pemantauan daripadaTuhan. Ini bersesuaian dengan maksud hadis: "Pada suatu hari ketika kami

    sedang duduk bersama-sama Nabi, tiba-tiba datang seorang lelaki yang pakaiannya sangat putih dan rambutnya sangat hitam. Tidak adakesan-kesann bekas perjalanan seperti debu dan lainnya pada diri lelakitersebut dan tidak ada seorang pun dari kami yang mengenalinya. Kemudiandia duduk menghadap Nabi dengan menyandarkan dua lututnya kepada dua

    lutut Nabi lalu berkata: "Wahai Muhammad beritahu aku mengenai Islam?" Jawab baginda: "Hendaklah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Dan engkaudirikan sembahyang, engkau keluarkan zakat, engkau berpuasa bulan

    Ramadhan, engkau menunaikan Haji jika engkau berkemampuan" Lelaki ituberkata: "Betul...!" Kami tercengang melihat lelaki itu kerana ia bertanya

    Nabi dan mengesahkan jawaban baginda. Kata Umar a.s, lelaki itu berkatalagi: "Wahai Muhammad beritahu aku mengenai iman?"Baginda menjawab:"Hendaklah kamu percaya kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya,kitab-kitabNya, Rasul-RasulNya, hari akhirat dan percaya kepada hukum dantakdir Allah samada baik atau jahat" Lelaki itu berkata: "Betul...!" Lelaki itu

    berkata lagi: "Beritahu aku mengenai ehsan?" Jawab Nabi: "Hendaklahengkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika engkau tidak

  • 8/13/2019 Pengurusan Doktrin al-Ehsan Dalam Pekerjaan

    3/11

    3

    dapat melihatNya, maka percayalah bahawa Dia melihat engkau" (Muslim,1982: 412) Satu lagi hadis yang menggambarkan sifat-sifat kesederhanaan

    berkaitan dengan doktrin al-ehsan ini ialah seperti maksud hadis: Naluriadalah modalku, akal fikiran sumberku, cinta adalah dasar hidupku, rinduadalah tungganganku, berzikir adalah kawan dekatku, keteguhan

    perbendaharaanku, duka adalah kawanku, ilmu adalah senjataku, ketabahanadalah pakaianku, kerelaan sasaranku, kesederhanaan adalah kebanggaanku,menahan diri adalah pekerjaanku, keyakinan makananku, kejujuran

    perantaraanku, ketaatan adalah ukuranku, berjihad perangaiku danhiburanku adalah dalam sembahyang" (Muslim, 1982: 400)

    IIIPara ilmuan Islam memberikan pendapat yang berbeza-beza berkaitan dengandoktrin al-ehsan ini. Tetapi pendapat yang berbeza tersebut dapat disimpulkan

    bahawa ehsan itu adalah sifat-sifat Mahmudah manusia dalam berurusandengan Tuhan dan berurusan sesama manusia. Imam al-Ghazalimenyimpulkan ehsan itu sebagai Wala' atau ketaatsetiaan samada pada ajaranagama atau kepada manusia yang sepatutnya. Beliau menggambarkan ehsan itu sebagai pelengkap kepada budipekerti manusia. (al-Ghazali, 1988:13)Menurut Ibn Taymiyyah doktrin ehsan ialah tindakan yang baik dan positifdalam melakukan sesuatu pekerjaan hasil daripada naluri yang dididik dengannilai-nilai yang murni. Oleh itu pada pendapat beliau didikan dalaman ataunaluri hendaklah diutamakan agar dapat melahirkan tindakan-tindakan yang

    baik. (Ibn Taimiyyah, t.th: 43)

    Rangkuman daripada pemahaman berkaitan dengan doktrin al-ehsan seperti yangtelah dihuraikan di atas dapatlah disimpulkan bahawa doktrin al-ehsan membawa maksud;

    1. Sifat ingin sentiasa memperbaiki diri dalam pekerjaan rutin yang dilakukanoleh seseorang.

    2. Sifat-sifat ikhlas, jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam melakukansesuatu pekerjaan walaupun dengan ketiadaan pemantauan sesama manusiakerana wujudnya pemantauan daripada Tuhan.

    3. Sifat-sifat kesederhanaan dalam melakukan sesuatu tindakan tanpa adanya berlebih-lebihan dalam beberapa tindakan sahaja.

    4. Sentiasa berfikir untuk menghasilkan tindakan-tindakan yang baik dan positif.5. Amalan nilai-nilai murni diutamakan di dalam melakukan sesuatu tindakan.

    DASAR AMALAN DOKTRIN AL-EHSAN

    Di dalam amalan dan praktik doktrin al-ehsan di dalam kehidupan manusia terdapat beberapadasar dan intipati yang menjadi tujahan penting untuk ditonjolkan, antaranya adalah;

    i. Amalan nilai-nilai murni.

    Menurut Rokeach (1973), amalan dan praktik nilai-nilai murni adalah berfungsi sebagaiukuran yang membantu individu mengenalpasti kedudukannya di dalam sesuatu isu sosialatau moral. Tegasnya, nilai bukan sahaja memberi satu tunjuk arah kepada seseorang tentang

    bagaimana dia patut berkelakuan terhadap orang lain, malah bagaimana untuk menilaitingkahlaku sendiri serta orang lain. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa amalan nilai-nilai

  • 8/13/2019 Pengurusan Doktrin al-Ehsan Dalam Pekerjaan

    4/11

    4

    menyediakan satu piawai yang asas dan kekal (konsisten) supaya dapat membantu individudalam pemikiran dan perlakuannya.

    Imam al-Ghazali di dalam bukunya Ihya Ulumuddin telah menggariskan beberapakefungsian amalan nilai murni di dalam kehidupan. Antaranya amalan nialai-nilai ini akan

    menjadikan seseorang itu sentiasa berpegang dengan prinsip-prinsip agama yang kukuh.Lantaran itu, dua faedah didapati pertama; individu yang mengamalkannya akan sentiasadipandang mulia dan keduanya; terjalinnya hubungan antara seseorang dengan seseorang atasdasar kasih sayang yang akrab. Perkara asas yang ingin disimpulkan oleh al-Ghazali ialahdengan amalan nilai-nilai murni ini dapat menjaga dua hubungan, iaitu hubungan keagamaandan hubungan interpersonal.

    ii. Etika keperibadian mulia.

    Etika keperibadian mulia ialah penonjolan sifat, perangai dan perwatakan mulia. Perkara inimula-mula dibincangkan oleh Aristotle (384-322 S.M) dengan menggunakan perkataan'virtues'. Di dalam dunia Arab perbincangannya menggunakan perkataan 'Fadhilah' atau'Muruwwah'. Sifat, perangai dan perwatakan ini adalah merangkumi perlakuan keadilan,kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan yang memainkan

    peranan penting di dalam moral. Kehidupan manusia sentiasa dilingkungi oleh sifat dan perwatakan tersebut samada dalam bentuk individu atau interpersonal. Sifat dan perwatakanini sekaligus menjadi ukuran terhadap amalan moral seseorang selain daripada amalannilai-nilai murni. Oleh itu, tidak keterlaluan jika dikatakan orang yang mempunyai sifat dan

    perwatakan yang berlawanan dianggap sebagai manusia yang tidak mempunyai keperibadianmulia atau tidak beretika.

    Etika keperibadian mulia memerlukan asuhan dan didikan yang sempurna. Ini kerana pada asasnya manusia dilahirkan serba boleh di dalam perlakuannya. Ini bermakna disamping mempunyai etika keperibadian mulia, manusia juga mempunyai etika yang

    berlawanannya dengan keperibadian mulia tersebut. Oleh itu, kecenderungan untuk tidak beretika juga adalah salah satu dari sifat semulajadi manusia.

    iii. Kemoralan sosial.

    Iaitu etika yang berkaitan perlakuan manusia di dalam masyarakat sekeliling tempathidupnya. Perlakuan ini asalnya dinyatakan di dalam bentuk percakapan dan akhirnyadibuktikan melalui perbuatannya. Contohnya, etnik Jawa umpamanya berpegang kepada

    peraturan tradisi bahawa sesuatu permintaan tidak boleh terus ditolak dengan jawapan'Mboten' (tidak), jawapan yang lebih baik dan tepat ialah 'Engggih' (ya) dan jika permintaanitu terpaksa ditolak, alasannya dinyatakan dengan penuh sopan dan tertib. Perlakuan berginidianggap sebagai sesuatu yang biasa pada masyarakat timur dengan alasan tidak mahumengecilkan hati masyarakat sekeliling. Tatakromo ini adalah sebagai satu bentuk kemoralansosial.

    Tetapi kemoralan sosial ini perlu mengambil kira beberapa perkara. Antaranya ialahsensitiviti masyarakat, sensitiviti agama, sensitiviti individu dan keupayaan mengenalpastisesuatu permintaan tersebut samada boleh dicapai atau tidak. Perlakuan ini juga mestilahmengambil kira permintaan tersebut samada ianya bersifat mendatangkan faedah bersama

    atau sebaliknya. Praktik perlakuan ini sebenarnya telah memenuhi amalan etika interpersonal.

  • 8/13/2019 Pengurusan Doktrin al-Ehsan Dalam Pekerjaan

    5/11

    5

    iv. Insan bermoral.

    Insan bermoral lebih kepada dasar pembentukan keperibadian atau sahsiah mulia sekalipuntidak melibatkan individu atau masyarakat. Ini bermakna, individu itu sepatutnya berfikirtentang kebaikan insan bermoral berbanding dengan insan yang tidak bermoral. Selepas itu

    individu tesebut seharusnya menjadikan insan bermoral ini sebagai prinsip dalam mengaturhidupnya. Contohnya, individu yang mengamalkan nilai-jujur dan amanah di dalam

    pekerjaan sehariannya, maka nilai-nilai tersebut akan sentiasa terserlah walaupun individutersebut bekerja tanpa pemantauan ataupun dengan pemantauan yang minimum.

    Motivasi diri yang tinggi adalah asas kepada perlakuan insan bermoral ini. Oleh itu,seringkali dilihat mereka yang tidak mempunyai prinsip diri gagal di dalam mencapai sesuatumatlamat atau cita-cita. Ini kerana kejayaan itu datangnya daripada amalan prinsip atauamalan moral peribadi yang bersungguh-sungguh.

    SOROTAN DOKTRIN AL-EHSAN DI DALAM ETIKA KERJA ISLAM

    Terdapat beberapa nilai yang cuba diterapkan oleh doktrin al-ehsan ini jika disentuh daripadasudut etika kerja Islam. Legitimasinya tanpa nilai-nilai tertentu di dalam etika kerja tidakakan bermakna sesuatu tindakan atau pekerjaan itu. Oleh yang demikian maka Islam telahmencadangkan etika kerja Islam yang mengandungi satu rangkaian nilai-nilai murni terutamayang terkandung di dalam doktrin al-ehsan ini. Rumusan mengenai nilai-nilai yangterkandung di dalam doktrin al-ehsan yang berkaitan dengan etika kerja Islam termasuklah;

    1. Mas'uliah dalam tindakan dan pekerjaan.

    Mas'uliah adalah perkataan Arab yang membawa maksud konsep sikap dan amalan pertanggungjawaban di dalam etika kerja Islam. Di dalam konsep Mas'uliah ini setiap pekerjamestilah mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam setiap tindakan pekerjaannya dan

    Mas'uliahnya yang utama ialah kepada penciptanya. Konsep Mas'uliah dalam pengertiandoktrin al-ehsan ini jelas seperti maksud di dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud:

    "Barangsiapa melakukan kebaikan, meskipun seberat zarah timbangannya,akan dilihatkan balasan kebaikan itu, Barangsiapa melakukan kejahatan,meskipun sebesar zarah timbangannya, akan diperlihatkan balasankejahatannya itu" (129:7-8)

    Dictionary of Business Management ada membuat satu kesimpulan yang hampirkepada makna konsep Mas'uliah dalam doktrin al-ehsan ini seperti berikut "the process ofmaking top corporate leaders responsible for their actions, goals, and so on, utilisingavailable objective measures" . Manakala Dictionary of Personnel and Human Resource

    Management pula melihat konsep Mas'uliah ini dari sudut pekerja bawahan seperti berikut"the requirement that a person justify his or her actions to other people" .

    Di dalam memahami konsep Mas'uliah di dalam doktrin al-ehsan ini secara umumnyadapat dibahagikan kepada beberapa kategori berikut;

    1. Mas'uliah peribadi - menanamkan sikap bertanggungjawab terhadap kerja yang selari

    dengan kehendak Syariah semata-mata kerana amanah yang datang daripada ketuadan yang lebih penting ialah untuk menunaikan amanah kerja kerana Tuhan.

  • 8/13/2019 Pengurusan Doktrin al-Ehsan Dalam Pekerjaan

    6/11

    6

    2. Mas'uliah kepimpinan - Menanamkan sikap kepimpinan di dalam tindakan yangdilakukan. Ini kerana setiap orang itu tanpa mengira kerjayanya adalah seorang

    pemimpin. Sifat kepimpinan ini direalisasikan dengan tindakan-tindakan yang baikdan boleh dijadikan teladan kepada orang lain.

    3. Mas'uliah pekerja - Menanamkan sikap bertanggungjawab melakukan sesuatutindakan berdasarkan kepada peranan yang telah diberikan. Di dalam perkara inikepatuhan kepada arahan adalah menjadi ukuran kepada sesuatu tindakan yangdilakukan.

    4. Mas'uliah organisasi - Organisasi yang baik adalah sebuah organisasi yang beroperasi berdasarkan kepada 'Maqasid Syariah' iaitu meletakkan batasan Syariah sebagaiundang-undangnya dan yang lebih penting ialah organisasi mempunyai rasa

    bertanggungjawab terhadap apa yang dipanggil 'Dharuriyyah' pada seseorang pekerja, iaitu lima perkara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

    2. Al-Wala' dalam pekerjaan.

    Pada dasarnya konsep al-Wala' dalam pengertian doktrin al-ehsan ini ialah sifat kepatuhan,ketaatan dan keakuran di dalam melakukan sesuatu tindakan di dalam sesebuah organisasiatau di dalam melakukan pekerjaan yang melibatkan hubungan dua hala. Kepatuhan ini

    bukan sahaja dari skop hubungan manusia dengan manusia sahaja seperti hubungan pekerjadengan majikannya tetapi melangkaui sifat-sifat dalaman seperti mengutamakan kepatuhankepada Tuhan dan juga termasuklah konsep al-Wala' disini ialah kepatuhan di dalam

    bentuk-bentuk dokumentasi seperti undang-undang, peraturan-peraturan, etika-etika danseumpamanya.

    Suatu perkara yang menarik berkaitan konsep al-Wala' terutama di dalam pengertiandoktrin al-ehsan ini ialah maksud yang tersirat di sebaliknya. Ramai ilmuan Islammengaitkan konsep al-Wala' ini dengan nilai-nilai kasih sayang, tolong menolong, bantumembantu, bekerjasama dan mencari persefahaman di dalam tindakan untuk menghasilkan

    permuafakatan. Perbicaraan cendikiawan Islam tentang perkara ini berkemungkinan dilihatdari sudut kesan perlaksanaan konsep al-Wala' ini di dalam organisasi atau masyarakat, iaituapabila dilaksanakan maka akan terhasillah nilai-nilai yang dinyatakan tersebut.

    Walaupun bergitu terdapat beberapa tegahan dan larangan perlaksanaan konsep

    al-Wala' ini terutama di dalam pengertian doktrin al-ehsan di dalam etika kerja Islam. Secaraumumnya, tegahan dan larangan tersebut boleh dilihat dari maksud ayat al-Quran di bawah:

    1. "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang yang tidak beriman sebagai teman rapat (memberi al-Wala') dengan meninggalkan orang-orang yangberiman. Sesiapa yang melakukan (larangan) yang sedemikian, maka tiadalah ia(mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apa pun, kecuali kamu hendakmenjaga diri daripada sesuatu yang bahaya yang dditakuti dari pihak mereka(golongan orang yang tidak beriman itu). Allah telah memerintahkan supaya kamuberingat-ingat terhadap kekuasaaan diriNya. Kepada Allah juga tempat kembali"(3:28)

  • 8/13/2019 Pengurusan Doktrin al-Ehsan Dalam Pekerjaan

    7/11

    7

    2. "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yangbukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang diberi al-Wala'). Mereka tidakakan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Telah pun nyata(tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka dan apa yangdisembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan

    kepada kamu keterangan-keterangan itu, jika kamu memahaminya" (3:118)

    3. "Sampaikanlah khabar berita kepada orang yang berpura-pura bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka seksaan yang tidak terperi sakitnya (orang yang berpura-pura ialah orang yang mengambil orang yang tidak beriman untuk diberi al-Wala'). Tidaklah patut orang yang berpura-pura ini mencari kekuatan dankemuliaan dengan menjadikan orang-orang yang tidak beriman ini di beri al-Wala'.Sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya milik Allah" (4:144)

    3. Ahsan dalam doktrin al-ehsan .

    Konsep Ahsan secara umumnya ialah menanamkan sifat-sifat terbaik dalam semua aspekkehidupan. Jika dilihat dari sudut etika kerja Islam dan lebih terperinci di dalam doktrinal-ehsan , Ahsan dimaksudkan sebagai melakukan tindakan-tindakan yang terbaik dalammelaksanakan tugas yang diberikan. Perbincangan yang lebih detil berkaitan konsep Ahsan ini dari sudut etika kerja di dalam doktrin al-ehsan ialah menekankan strategi, taktik danmetode dalam setiap tindakan yang dilakukan berdasarkan kepada aplikasi keilmuan dankemahiran semasa dan sejagat. (Osman Ayub, 1988: 4)

    Konsep Ahsan diaplikasikan di dalam dunia moden ini dengan apa yang disebutsebagai profesionalisme di dalam pekerjaan. Terdapat beberapa perbezaan khusus

    perlaksanaan Ahsan ini dengan apa yang difahami melalui konsep profesionalisme. Palingutama ialah Ahsan di dalam doktrin al-ehsan merangkumi sifat dalaman dan luaran, iaitu jikadisentuh dari sudut dalaman, perbicaraannya adalah menyentuh tentang nilai-nilai kejujurandan keikhlasan dalam tindakan untuk Tuhan dan manusia, manakala di sudut luaran pulaialah personalia Islam atau akhlak Islam yang berdasarkan kepada ilmu dan kemahiran.Ukuran konsep profesionalisme pula hanya dilihat dari sudut luaran semata-mata iaitu,seseorang itu mestilah bertindak mengikut keilmuan dan kemahirannya. Keilmuan dankemahiran pada kebiasaannya ditandakan dengan jawatan yang dipegang.

    Perlaksanaan Ahsan di dalam doktrin al-ehsan dapat dicapai melalui penumpuan tigacara berikut;

    1. Ahsan al-Jasd - iaitu dengan menanamkan dan melaksanakan personalia Islamseiring dengan keilmuan dan kemahiran seseorang. Perkara ini menuntut seseorang ituwalaupun mempunyai tahap keilmuan dan kemahiran yang sejagat untuk mengetahuikonsep-konsep perlaksanaan akhlak Islam.

    2. Ahsan al-Akl - iaitu menjaga kesihatan akal fikiran daripada unsur-unsur negatifseperti hasad dengki, cemburu, mengutamakan diri sendiri dan lain-lain lagi. Inikerana seseorang yang mempunyai sifat-sifat begitu pada kebiasaannya akanmenterjemahkannya di dalam tindakan. Maka akan wujudlah selepas itu etika kerjayang mempunyai unsur-unsur negatif.

  • 8/13/2019 Pengurusan Doktrin al-Ehsan Dalam Pekerjaan

    8/11

    8

    3. Ahsan al-Roh - iaitu satu fenomena yang tidak dapat difahami oleh orang lain kecualiyang empunya diri. Roh yang sentiasa mahukan kebaikan dalam tindakan dan mahusentiasa memperbaiki tindakan dan pekerjaannya adalah sesuai untuk diterapkankonsep Ahsan ini.

    4. Menjaga kualiti kerja di dalam doktrin al-ehsan .

    Secara konvensionalnya nilai kualiti dapat difahami melalui ungkapan berikut: Quality is thedegree to which a product or service conforms to a set of predetermined standards relatedto the characteristics that determine its value in the market place and its performance of the

    function for which it is designed" (Wan Azmi Ramli, 1994: 255)

    Pada dasarnya perlaksanaan nilai kualiti mestilah mempunyai beberapa prasyaratutama, antaranya mestilah mempunyai standard atau piwaian yang khusus sebagai ukuran,mempunyai ciri-ciri menepati piawaian dan sejauhmana ciri-ciri tertentu tersebut menepati

    piawaian. Ukuran kepada kualiti jika diterjemahkan di dalam tindakan dalam etika kerja bermaksud sejauhmana tindakan-tindakan yang dilakukan menepati ukuran piawaian yangtelah ditetapkan. Di dalam perkara ini kualiti tindakan di dalam doktrin al-ehsan adalahmenepati untuk diukur kerana mempunyai prasyarat utama. Ruanglingkup doktrin al-ehsansendiri sebagai standard atau ukuran piawaian, tindakan-tindakan dalam lingkungan maksuddoktrin al-ehsan sebagai ciri untuk diukur dan perlaksanaan doktrin al-ehsan sebagai ukurantindakan yang dilakukan.

    Kecemerlangan di dalam Islam tidak diukur dari segi pertimbangan utilitarian yanghanya dilihat melalui penilaian manfaat berbanding kos semata-mata tetapi ia tertaklukkepada keredhaan tuhan. Oleh itu, ibadah adalah satu bidang yang berkait terus denganmendapat keredhaan tuhan ini dan perkara yang kedua ialah tindakan dan pekerjaanseseorang yang mengikut landasan yang dibenarkan juga menuju kepada keredhaan tuhan.Oleh yang demikian, maka meperelokkan tindakan atau dengan erti kata yang lainmempunyai standard penilaian di dalam tindakan dan pekerjaan adalah perlu dan menjadiwajib kepada orang-orang Islam. Doktrin al-ehsan menyediakan landasan yang tepat untukseseorang itu bertindak dalam pekerjaannya. (Wan Liz Ozman Wan Omar, 1997: 73)

    5. Menghalang etika kerja Mazmumah .

    Apabila di teliti daripada sudut penerapan nilai-nilai di dalam doktrin al-ehsan ini iamenunjukkan kepada perlaksanaan tingkahlaku atau perbuatan manusia yang dianggap ideal

    dan bersifat universal. Ia bersesuaian dengan semua lapisan pekerjaan masyarakat. Nilai-nilaiyang cuba diterapkan adalah nilai-nilai yang tergolong di dalam ketegori Mahmudah danmenghalang daripada perlaksanaan tingkahlaku Mazmumah .

    Larangan melaksanakan tindakan yang berunsur Mazmumah walaupun tidakdinyatakan secara jelas tetapi daripada contoh pemahaman doktrin al-ehsan yang telahdinyatakan terdapat beberapa tingkahlaku Mazmumah yang dilarang samada yang bersifatdalaman atau yang bersifat luaran, antaranya;

    1. Riya' (niat yang tidak baik) - jelas menunjukkan bahawa doktrin ini meletakkankepentingan teologi iaitu niat bekerja kerana tuhan pada tempat yang utama kemudian

    barulah meletakkan kepentingan lain sebagai susulan. Riya' adalah unsur dalamanyang tergolong di dalam tingkahlaku Mazmumah . Jika difahami dari sudut etika kerja

  • 8/13/2019 Pengurusan Doktrin al-Ehsan Dalam Pekerjaan

    9/11

    9

    ia bermaksud meletakkan kepentingan lain seperti menunjuk-nunjuk, bekerja kerana bos disebalik tindakan yang baik dan positif yang dilakukan dan seumpamanya.

    2. Penipuan - khusus di dalam tingkahlaku dan tindakan yang dilakukan. Ia berkait rapatdengan konsep kejiwaan. Ini bermaksud ketinggian ilmu dan kemahiran bukan

    jaminan untuk menghalang tindakan Mazmumah ini. Hanya kepercayaan metafizikasahaja yang dapat menghalang tingkahlaku ini.

    3. al-Kasal - iaitu sifat pemalas di dalam melakukan gerak kerja. Doktrin al-ehsan secara terang-terangan menghalang daripada berlakunya tindakan al-Kasal ini dengan

    penekanan unsur-unsur sentiasa memperbaiki diri.

    4. al-Hasad - di dalam melakukan tindakan yang boleh menjatuhkan orang lain. Sifatdengki ini akan dapat dilihat melalui tindakan dan tingkahlaku seseorang terutamasekali di dalam mengejar cita-cita.

    5. al-Riswah - iaitu suatu sifat yang bukan sahaja dihalang di dalam agama tetapi juga didalam undang-undang masyarakat. Tindakan rasuah adalah satu tindakan yang

    boleh menjatuhkan bukan sahaja maruah diri tetapi juga keteguhan organisasi danmasyarakat.

    PERLAKSANAAN DOKTRIN AL-EHSAN DI DALAM PERKHIDMATAN AWAMDI MALAYSIA

    Perlaksanaan doktrin al-ehsan ini di dalam etika kerja perkhidmatan awam di Malaysiadilaksanakan secara berpecah-pecah dan menggunakan berbagai istilah-istilah mengikutkepentingan semasa dan suasana. Walau bagaimanapun perlaksanaan doktrin ini di dalametika kerja perkhidmatan awam adalah tidak menyeluruh. Terdapat beberapa kepentinganyang perlu dijaga dan diambil perhatian dalam perlaksanaannya di dalam perkhidmatanawam di Malaysia. Antara kepentingan yang diambil kira adalah seperti berikut;

    1. Meletakkan kepentingan masyarakat majmuk terutama sekali di dalam sektor awam.

    2. Penerapan nilai-nilai murni yang boleh diterimapakai oleh semua golongan danlapisan dalam sektor awam. Oleh itu nilai-nilai sejagat dan universal adalah

    diutamakan.

    3. Menghormati sensitiviti penganut-penganut agama lain dikalangan kakitangan sektorawam.

    4. Menghormati sensitiviti kaum-kaum lain di kalangan kakitangan sektor awam.

    5. Berdasarkan kepada kesesuaian perlaksanaan di Malaysia.

    Perlaksanaan doktrin ini dalam perkhidmatan awam di Malaysia adalah termaktub sebagaiarahan melalui Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Pekeliling Kemajuan

    Perkhidmatan Awam, Peraturan dan Tatatertib Penjawat Awam dan melalui etika-etika kerja

  • 8/13/2019 Pengurusan Doktrin al-Ehsan Dalam Pekerjaan

    10/11

    10

    yang dikuatkuasakan. Secara umumnya perlaksanaan nilai-nilai di dalam doktrin al-ehsan inidi dalam perkhidmatan awam di Malaysia dapat dibahagikan kepada dua tahap;

    1. Perlaksanaan sebelum tahun 1985 - Perlaksanaan nilai-nilai doktrin al-ehsan padatahap ini adalah terkandung di dalam Peraturan dan Tatatertib Penjawat Awam dan

    di dalam Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Nilai-nilai inidikuatkuasakan secara berpecah-pecah mengikut tajuk dan sub tajuk peraturan atautatatertib. Antara nilai-nilai yang dicanangkan sebagai etika kerja dan sebahagiandaripada doktrin al-ehsan ini termasuklah nilai taat setia ( al-Wala' ) (perenggan 4,Perintah Am bab D, 1980), nilai jujur dan amanah (perenggan 4, Perintah Am bab D,1980), Nilai bertanggungjawab ( Mas'uliah ) (Perenggan 4, Perintah Am bab D, 1980dan Etika Perkhidmatan Awam, 1979), nilai adil dan berkecuali (perenggan 4,Perintah Am bab D, 1980 dan Pekeliling Perkhidmatan, bilangan 30, 1974) dan nilaicemerlang ( Ahsan ) dan berkualiti (perenggan 50, Perintah Am bab A, 1973).

    2. Perlaksanaan selepas tahun 1985 - Pada tahap ini dilihat perlaksanaan nilai-nilai yangterkandung di dalam doktrin al-ehsan di dalam perkhidmatan awam nampak lebihterserlah dan lebih tersusun dengan mempunyai tajuk dan sub tajuk yang lebihkhusus. Antaranya seperti Dasar Penerapan nilai-nilai Islam (1985) yang mempunyai

    bergitu banyak nilai-nilai yang menyentuh permasalahan etika kerja, Garis PanduanMengenai Strategi Peningkatan Kualiti ( Ahsan ) (Pekeliling Kemajuan Pentadbiranawam, bilangan 4, 1991), Pengurusan akauntabiliti ( Mas'uliah ) (arahan Y.A.BPerdana Menteri, bilangan 1, 1998), Panduan 'Total Quality Management' (TQM)( Ahsan ) (Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, bilangan 1, 1992) dan SuratAkujanji ( al-Wala' ) (Pekeliling Perkhidmatan Awam, bilangan 17, 2001).

    Secara umumnya perkhidmatan awam di Malaysia telah cuba untuk membudayakanetika kerja terutama sekali melalui penghayatan nilai-nilai murni yang terkandung di dalamdoktrin al-ehsan . Walaupun penguatkuasaannya mengguna pelbagai nama tetapi yang perluialah penghayatan dan seterusnya direalisasikan melalui tindakan-tindakan yang positifseperti perlaksanaan doktrin al-ehsan ini.

    KESIMPULAN

    Doktrin al-ehsan adalah satu daripada cara perlaksanaan etika kerja di dalam Islam yangsebelum ini tidak tersohor kerana masalah penggunaan pelbagai istilah etika kerja terutamasekali perlaksanaan etika kerja yang datang daripada tamadun Barat. Perlaksanaan doktrin ini

    dipihak individu mahupun organisasi mendatangkan dua faedah. Pertama; perlaksanaan etikakerja berdasarkan nilai-nilai murni sejagat dan kedua; jaminan kesinambungan perlaksanaanetika kerja ini dengan doktrin teologi di dalam Islam atau dengan lain perkataan perlaksanaanetika kerja ini mempunyai hubungan konsep ketuhanan dengan apa yang dipanggil 'ibadah'.

    Perlaksanaannya adalah sesuai untuk semua individu dalam apa juga bentuk pekerjaanyang dilakukan. Ini kerana hubungan ibadah itu adalah hubungan manusia dengan manusiadan pada waktu yang sama yang lebih utama ialah hubungan manusia dengan tuhan.

    RUJUKAN

  • 8/13/2019 Pengurusan Doktrin al-Ehsan Dalam Pekerjaan

    11/11

    11

    Abd. Halim el-Muhammady, Prof. Madya, Dr..1996. Pengur usan D alam I slam . KualaLumpur: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah.

    Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. 1988. Terjemah Hadis Sahih al-Bukhari . Diterjemahkan oleh Nasharudin Thaha. Jilid 1,2,3 dan 4. Klang: Klang Book Centre.

    Al-Ghazali, Abu al-Hamid. 1988. I hya' Ul um al-Din . Beirut: dar al-Salam.

    Bahagian Hal-ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. 1988. Tafsir Pimpinan al-RahmanKepada Pengerti an al-Qu ran . Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu.

    Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam di dalam Perkhidmatan Awam, tahun 1985.Harold Koontz & Heinz Wienrich. 1992 . M anagement Pr ospects . Terjemahan Rahman

    Embi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Ibn Taymiyyah, Taqi al-Din. t.th.. al-Aqi dah al-Wasiti yyah . Beirut: dar al-Maktabah.Kenji Iwabuchi. 1990. Ethics: Th e Japanese Approach . Seminar Etika Pengurusan: Amalan

    masa kini dan masa depan. Seminar anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu(ATMA) pada Januari 1997. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Muslim, Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj. 1982. Terj emahan H adis Sahih M usli m . Diterjemahkan oleh Maamur Daud. Jilid 1,2,3 dan 4. Klang: Klang Book Centre.

    Mustafa Hj. Daud. 1994. Pengur usan I slam . Kuala Lumpur: Utusan Publications andDistributors Sdn. Bhd.

    Osman Ayub. 1990. Etika kerj a dan Profesional isme I slam . Kuala Lumpur: Sabna-FamderSdn. Bhd.

    Pekeliling Perkhidmatan Awam, Bilangan 17, tahun 2001.Perintah-Perintah Am, Bab A (Perlantikan dan Kenaikan Pangkat), tahun 1973.Perintah-Perintah Am, Bab D (Kelakuan dan Tatatertib), tahun 1980.Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib), tahun 1993.Rokeach, M. 1973. The Nature Of H uman Values . New York: The Free Press.Shafie Hj. Mohd. Salleh & Mohd. Affandi Hassan. 1991. Kecemerlangan Pentadbir an,

    Dasar Dan Amalan Dalam I slam . Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara(INTAN).

    Wan Liz Ozman wan Omar. 1996. Pengurusan I slam Abad Ke-21: Revolu si Pengur usanUntuk Keunggulan Sektor Awam Dan Korpora t . Kuala Lumpur: UtusanPublications and Distributors Sdn. Bhd.

    Biodata

    RAZALEIGH BIN MUHAMAT @ KAWANGIT B.A (Hons) Usuluddin dan Falsafah(Malaya), S.P.I (UK Malaysia), Ph.D (Wales). Berkhidmat sebagai Pensyarah di Jabatan

    Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti KebangsaanMalaysia. Penumpuan kepakaran beliau adalah dalam bidang Dakwah dan Pengurusan HalEhwal Islam.