pengurusan dasar kewangan - …hpermai.moh.gov.my/sites/default/files/docs/akaunamanahpsy.pdf · 6....

17
Cawangan Dasar Kewangan Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia

Upload: truongnhi

Post on 28-Jun-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Cawangan Dasar KewanganBahagian KewanganKementerian Kesihatan Malaysia

• Akta Tatacara Kewangan 1957

• 1Pekeliling Perbendaharaan WP 10.4

PuncaKuasa

Akaun Amanah

Seksyen 9

Seksyen 10

11 Kod Induk

11 Kod Indukbeserta 356

Kod Kecil

2 KodInduk

22 KodInduk

Akaun Amanah yang ditubuhkan di bawah

Seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan 1957

bertujuan untuk mengakaunkan caruman wang

daripada badan-badan dan/atau orang

perseorangan yang diamanahkan kepada

Kerajaan.

BIL KOD AKAUN NAMA AKAUN

1. 857700 Tabung Bantuan Perubatan – Akaun Terimaan – Seksyen 10

2. 857701 Tabung Bantuan Perubatan – Akaun Perbelanjaan – Seksyen 10

3. 866302 Akaun Amanah Kebajikan Dan Bantuan kepada Pesakit-Pesakit Hospital Umum Sarawak

4. 866305 Akaun Amanah The Rajah Charles Brook Memorial Hospital Welfare And Aid Account

5. 886304 Akaun Amanah WHO Award Bagi Projek Penyelidikan Dan Latihan Di IPP

6. 886305 Akaun Amanah Bagi Penyelidikan, Latihan Dan Pembangunan (SEAMEO TROPMED) di IMR

7. 886324 Akaun Amanah Rangkaian Negara Islam Bagi Perubatan Tropika Untuk Penyelidikan, Latihan dan Mesyuarat di IMR

8. 886325 Akaun Amanah Anugerah Tempatan Bagi Projek Penyelidikan Dan Kajian Di IPP

9. 886327 Akaun Amanah Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur

10. 886336 Program Latihan Pengendalian Makanan

11. 886337 Akaun Amanah Effectiveness in Angle Closure Glaucoma of Lens Extraction (EAGLE)

12. 886338 Akaun Amanah Pembiayaan Rawatan Pesakit Kanser

13. 886342 Akaun Amanah Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia

BIL KOD AKAUN

NAMA AKAUN BIL KOD KECIL

1. 875501 Akaun Terimaan Tidak Diperuntukan (ATTD) 1

2. 886301 Akaun Amanah Penyelenggaraan Bengkel, Seminar, Kursus, Latihan TempatanDan Antarabangsa Anjuran KKM Dan WHO

3

3. 886314 Akaun Amanah Pembelian Peralatan Kelengkapan Barang-Barang Hospital Kerajaan

11

4. 886333 Akaun Amanah Projek-Projek Jangka Pendek Kementerian Kesihatan Malaysia 9

5. 886334 Akaun Amanah Institut Kesihatan Negara (NIH) 4

6. 886335 Akaun Amanah Transplan Hepar Kementerian Kesihatan Malaysia 1

7. 886339 Akaun Amanah Penyelidikan Klinikal Malaysia Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) 1

8. 886340 Akaun Amanah Perkhidmatan Penyediaan Laporan Perubatan & PerkhdimatanRawatan Perubatan Di Bawah Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh DiHospital Kerajaan

286

9. 886341 Akaun Amanah Penilaian, Pengiktirafan Akreditasi dan Pemeriksaan AmalanPerkilangan Baik

5

10. 886343 Akaun Amanah Projek Pembangunan Infrasruktur Di Fasiliti-Fasiliti KementerianKesihatan Malaysia

2

11. 886344 Akaun Amanah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia 33

JUMLAH KESELURUHAN 3565

• Membiayai aktiviti rawatan, pemulihan,kebajikan, sosial dan sukan di Kemudahan-kemudahan Psikiatri Kerajaan;

• Menyimpan dan mengakaunkan pendapatanpesakit hospital yang terlibat di bawahprogram/aktiviti perusahaan sosial (socialenterprise);

• Menyimpan dan mengakaunkan pendapatanpenghuni yang terlibat di bawah program-program yang dibiayai oleh Akaun serta lain-lain perbelanjaan berkaitan dengan rawatanpsikiatri;

• Membuat pembayaran pendapatan kepadapenghuni bagi tujuan yang dibenarkan dibawah arahan amanah; dan

• Menerima sumbangan dalam bentukkewangan atau lain-lain bagi membiayaiaktiviti-aktiviti berkaitan dengan tujuan Akaun.

TUJUAN

Penghuni – pesakit psikiatri dalam danluar, kakitangan dan mana-mana orangyang terlibat dalan aktiviti rawatan,pemulihan dan kebajikan psikiatri.

Kemudahan-kemudahan Psikiatri Kerajaan – termasuk mana-mana hospital/jabatan psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri dan pusat kesihatan mental masyarakat.

Sumbangan atau derma daripada orang perseorangan, firma / syarikat swasta, pihak berkuasa berkanun, persatuan, yayasan, institusi, badan-badan / pertubuhan bukan Kerajaan atau mana-mana organisasi dari dalam atau luarnegara termasuk Jabatan Kerajaan Negeri yang terlibat dalam pembiayaan aktivitirawatan, pemulihan dan kebajikan psikiatri.

Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tujuan Akaun ini yang dijalankan bagitujuan menambah tabungan dengan syarat aktiviti berkenaan dibiayaimenggunakan peruntukan daripada Akaun ini.

Pendapatan daripada hasil jualan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan olehpenghuni.

Pendapatan daripada aktiviti perusahaan sosial (social enterprise).

Faedah daripada pelaburab simpanan tetap yang ditadbir oleh JANM.

Bayaran upah kepada penghuni adalah berdasarkan penilaian produktiviti pesakit oleh penyelia dan peraturan berkuatkuasa.

Membiayai penganjuran aktiviti penghuni seperti sukan, majlis perayaan, pertandingan, hari keluarga dan mana-mana aktiviti sosial melibatkan pesakit.

Pemberian bantuan kebajikan dan sumbangan kemalangan atau kematian kepada penghuni dan keluarga.

Memberi modal atau pendahuluan bagi tujuan memulakan perniagaan kepada penghuni secara berdikari.

Sekiranya terdapat keuntungan daripada social enterprise yang dijalankan di Kemudahan Psikiatri Kerajaan hendaklan diagihkan seperti berikut:

i) 80% digunakan bagi tujuan Akaun ini; dan

ii) 20% digunakan bagi penghuni..

Membiayai projek penyelidikan bukan tajaan industri bagi kajian impak perkhidmatan psikiatri ‘Investigator Initiated Research (IIR)’.

Membeli, menyewa atau membina bangunan, tanah, alat-alat perubatan/ bukan perubatan, kemudahan untuk perkhidmatan psikiatri di Kemudahan Psikiatri Kerajaan.

Penyelenggaraan bangunan, mesin, alat-alat perubatan/ bukan perubatan, kemudahan dan perkhidmatan psikiatri di Kemudahan Psikiatri Kerajaan yang asalnya dibiayai oleh Akaun ini.

Pembelian ubat-ubatan yang tidak dibiayai oleh kerajaan, peralatan guna lupus, reagen, peralatan harian pesakit, peralatan bagi kegunaan aktiviti pesakit dan lain-lain perkara yang diperlukan dalam memberi rawatan psikiatri.

Perbelanjaan untuk bayaran saguhati, honorarium, elaun makan/minum, elaun mesyuarat, penginapan, perjalanan dan sara hidup bagi mana-mana individu yang dijemput atau dilantik bagi aktiviti yang dijalankan mengikut peraturan yang berkuatkuasa.

Bayaran utiliti dan perbelanjaan runcit bahan pakai habis seperti alat tulis, thumbdrive, hard disk, makan-minum pesakit dan bahan-bahan bacaan dan rujukan yang berkaitan dengan tujuan Akaun ini.

Bayaran yuran, sewaan dan penyelenggaraan premis dan peralatan bagi tujuan aktiviti rawatan psikiatri termasuk pengendalian bengkel, persidangan, mesyuarat, seminar, kursus dan latihan yang berkaitan dengan rawatan psikiatri.

Perbelanjaan untuk melaksanakan aktiviti / program yang disyaratkan oleh penyumbang secara bertulis selaras dengan tujuan Akaun ini.

Membiayai aktiviti publisiti kempen seperti percetakan bahan-bahan publisiti berkaitan psikiatri.

Bayaran upah/elaun makan/minum, penginapan, perjalanan dan sara hidup pegawai-pegawai tetap/kontrak/sambilan yang terlibat.

Bayaran kepada mana-mana pihak termasuk pertubuhan, persatuan, individu atau agensi / syarikat tempatan atau antarabangsa yang terlibat dalam memberi atau membekalkan perkhidmatan psikiatri selaras dengan tujuan Akaun ini.

Membiayai sebahagian daripada kos operasiyang bersesuaian daripada baki peruntukanakuan amanah ini.

Bayaran balik kepada penyumbang bagi baki sumbangan yang tidak habis dibelanjakan sekiranya terma dan syarat sumbangan menyatakan demikian.

Membuat pelaburan dalam simpanan tetap yang ditadbirkan oleh JANM.