pengukuran dan ralat

5
Pengukuran dan Ralat Ralat 1. Ralat ialah beza antara nilai sebenar bagi satu kuantiti fizik dan nilai yang didapati dalam pengukuran. 2. Oleh kerana nilai kuantiti yang sebenar tidak diketahui, maka ralat yang sebenar juga tidak diketahui. 3. Bagaimanapun, ralat satu ukuran biasanya dapat dianggar. 4. Terdapat 2 jenis ralat utama a. Ralat bersistem b. Ralat rawak Ralat Bersistem 1. Ralat bersistem ialah ralat yang cenderung untuk mengalihkan semua pengukuran secara bersistem sehingga nilai minnya tersesar daripada nilai sebenar. 2. Ralat bersistem mengakibatkan semua bacaan yang diperoleh sama ada terlalu besar atau terlalu kecil. 3. Ralat bersistem tidak dapat dihapuskan dengan mengambil purata terhadap beberapa bacaan yang diulang-ulang. Contoh ralat bersistem termasuk: 4. Contoh-contoh ralat bersistem termasuk

Upload: zoulez

Post on 27-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fizik tingkatan 4 bab 1

TRANSCRIPT

Page 1: Pengukuran Dan Ralat

Pengukuran dan RalatRalat1. Ralat ialah beza antara nilai sebenar bagi satu kuantiti fizik dan nilai yang didapati dalam pengukuran.2. Oleh kerana nilai kuantiti yang sebenar tidak diketahui, maka ralat yang sebenar juga tidak diketahui.3. Bagaimanapun, ralat satu ukuran biasanya dapat dianggar.4. Terdapat 2 jenis ralat utamaa. Ralat bersistem b. Ralat rawak

Ralat Bersistem1. Ralat bersistem ialah ralat yang cenderung untuk mengalihkan semua pengukuran secara bersistem sehingga nilai minnya tersesar daripada nilai sebenar.2. Ralat bersistem mengakibatkan semua bacaan yang diperoleh sama ada terlalu besar atau terlalu kecil.3. Ralat bersistem tidak dapat dihapuskan dengan mengambil purata terhadap beberapa bacaan yang diulang-ulang. Contoh ralat bersistem termasuk:4. Contoh-contoh ralat bersistem termasuka. ralat sifar, iaitu bacaan bukan sifar alat pengukur apabila bacaan sebenar adalah sifar. b. ketidaktepatan dalam menentukur alat-alat pengukur.c. masa tindak balas orang yang menjalankan eksperimen.d. cara mengguna alat pengukur yang tidak betul

5. Ralat bersistem dapat dihapuskan/dikurangkan dengan cara-cara berikut.a. Menjalankan eksperimen dengan berhati-hati sepanjang masa. b. mengulangi eksperimen dengan alat-alat pengukur yang berbeza.

Page 2: Pengukuran Dan Ralat

Ralat Hujung/Ralat Sifar1. Ralat hujung atau ralat sifar ialah bacaan bukan sifar alat pengukur apabila bacaan sebenar adalah sifar.

2. Contoh ralat hujung adalah

a. Hujung pembaris meter yang haus menyebabkan skala pada tanda "0" tidak jelas. Ia boleh dielakkan dengan memulakan pengukuran dari tanda 1 cm.

b. Bacaan jam randik yang jarumnya tidak kembali ke tanda "0" apabila tompol "reset" ditekan. Ia boleh dihapuskan dengan menolak ralat sifar daripada setiap bacaan.

c. Bacaan meter elektrik seperti ammeter apabila tiada arus melaluinya.

Contoh (Bacaan Ammeter apabila tiada arus mengalir melaluinya)

(Tanpa ralat sifar: Penunjuk ammeter berada tepat di atas tanda sifar.)

(Ralat sifar negatif: Penunjuk ammeter menunjukkan bacaan negatif walaupun tiada arus mengalir melaluinya.)

Page 3: Pengukuran Dan Ralat

(Ralat sifar positif: Penunjuk ammeter menunjukkan bacaan positif walaupun tiada arus mengalir melaluinya.)

Ralat Rawak1. Ralat rawak adalah disebabkan perubahan keadaan yang tidak dapat diramalkan dan tidak dapat dikawal oleh pemerhati.

2. Ia mengakibatkan satu serakan bacaan sekitar bacaan sebenar.

3. Contoh ralat rawak ialah:

a. ralat paralaks yang disebabkan kedudukan mata yang tidak betul apabila mengambil bacaan.

b. mengambil bacaan-bacaan yang berubah dengan masa.

c. silap membilang

d. sebahagian isi padu air tertuang keluar tanpa disedari.

4. Ralat rawak dapat dikurangkan dengan mengulangi bacaan dan kemudian mengambil purata bacaan-bacaan itu. 

Ralat paralaks1. Ralat paralaks ialah kesilapan yang dilakukan semasa membaca skala alat pengukur.

2. Bacaan skala yang diperoleh adalah salah sebab kedudukan mata relatif kepada skala yang kurang sesuai semasa membaca skala.