pengukuran

Upload: geetha-shan

Post on 09-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PENGUKURAN

TRANSCRIPT

)Pengukuran

)PengukuranSuatuproses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen.Menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.Biasanya pengukuran diwakilkan dengan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu.Misalnya,Ahmad mendapat markah 80 peratus dalam ujian Bahasa Melayu. Prestasi Ahmad tidak dapat dinyatakan sama ada baik atau sebaliknya.Ini kerana kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai.Pengukuran adalah menjurus kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu.Pengukuran juga tidak bersifat mutlak.Ketinggian mental seseorang individu lebih sukar untuk diukur.berbanding ketinggian fizikal.Ciri-ciri pengukuran;1.Boleh dibuat atau dilaksanakan tanpa menggunakan alat pengujian.2.Menggunakan kaedah (alat)3.Tidak bersifat mutlak4.Hasil pengukuran diwakilkan dengan sesuatu angka.Pengukuran

Mengikut kamus yang baku, pengukuran ialah tindakan, atau proses untuk menentukan sejauh manakah, setakat manakah, sebanyak manakah dan sebagainya keadaan sesuatu perkara itu, dengan membandingkannya secara khusus dengan ukuran lain yang dianggap baku. Istilah sesuatu perkara di dalam definisi di atas itu memang dapat dipertikaikan. Apakah sesuatu perkara yang diukur apabila kita mengukur kepintaran dan kepandaian? Kepintaran dan kepandaian merupakan kata nama mujarad yang merujuk kepada proses mental. Proses mental ini ada atau mungkin tidak ada mempunyai kebenaran empirikal.

Oleh kerana ini, pengukuran dapat dikatakan sebagai penggunaan proses yang sistematis untuk menghitung variabel yang selanjar (D.F. Blood, 1972: 4). Mengikut definisi ini rangkai kata proses yang sistematis bermakna langkah-langkah mengukur itu mestilah eksplisit supaya setiap orang yang ada mempunyai latar belakang dan latihan yang sesuai akan dapat menggunakannya. Istilah variabel yang selanjar pula bermakna sesuatu perkara yang dihuraikan oleh variabel itu dapat ditentukan dari satu skala. Variabel pula ialah ciri-ciri dan tingkah laku yang boleh menerima nilai-nilai kuantitatif (markah) dan kualitatif (gred).

Daripada pengertian ini, dan untuk mengelakkan daripada masalah mengenai ketepatan pengukuran yang mungkin timbul, istilah penafsiran juga digunakan. Dengan kata lain, pengukuran merujuk kepada proses membezakan dan mengelaskan orang perseorangan berbanding dengan sesuatu tingkah laku atau ciri-ciri yang ditakrifkan. Ciri-ciri penting mengenai pengukuran di bawah ini dapat menjelaskan lagi makna pengukuran.

a. Pengukuran tidak melibatkan proses menilai seperti baik, buruk dan sebagainya. Nilai seperti ini dibuat di dalam proses penilaian.

b. Pengukuran membandingkan markah seseorang pelajar dengan satu skala. Biasanya skala yang digunakan adalah pencapaian pelajar lain atau sesuatu norma yang ditentukan.

Proses penilaian lebih luas daripada pengukuran kerana penilaian termasuk memberi nilai seperti baik atau buruk sesuatu pencapaian. Dengan kata lain, penilaian memperihalkan aspek-aspek kualitatif dan kuantitatif tingkah laku seseorang pelajar di samping memperhitungkan nilai mengenai tingkah laku yang diingini.