pengubatan dalam pengamalan tradisi dan manuskrip melayu

7
PENGUBATAN DALAM PENGAMALAN TRADISI DAN MANUSKRIP MELAYU Pendahuluan Perubatan tradisional pada umumnya merupakan salah satu iktiar manusia dalam usaha mereka untuk mengatasi dan merawat penyakit dan menambahkan kesihatan tubuh-badan. Kaedah dan tradisi ini adalah tradisi yang menjadi warisan sejak turun-menurun. Kaedah perubatan ini juga, dianggap oleh sebahagian cendiakawan wujud seiring dengan tamadun manusia 1 . Kaedah dan cara perawatan dalam pengamalan tradisional ini seringkali menggunakan ramuan semula jadi yang terdiri daripada tumbuhan, galian, sebahagian dari haiwan dan menngunakan kaedah spiritual (ruqyah) 2 . Di samping itu, penggunaan ramuan semula jadi ini, sangat sebati dengan masyarakat Melayu terutamanya. Sebahagian daripadanya digunakan sebagai ulam-ulaman dan dicampurkan di dalam masakan. Kosmologi Masyarakat Melayu Kosmologi adalah suatu kajian berkenaan evolusi dan struktur alam semesta (cosmos) yang teratur yang ada masa kini. Istilah cosmos sebenarnya berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud Alam semesta atau dunia yang teratur bukanya kacau bilau.sedangkan istilah logos yang berasal daripada bahasa Greek bermaksud penyelidikan tentang atau asas-asas rasional dari kajian mengenai kosmos juga. Persoalan kosmologi juga melibatkan persoalan pandangan alam atau world-view. Ini kerana kajian world-view merupakan suatu percubaan untuk menkaji bagaimana suatu kelompok manusia memandang alam natural dan alam 1 Dr. Yahaya Mahamood. T.t. Tingkah Laku Haiwan Sebagai Panduan Dalam Perubatan Tradisional Melayu. Hlmn 1. Laporan Penyeidikan Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 2 Ibid, Hlmn 2.

Upload: man-ana-man-anta

Post on 21-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

OKK

TRANSCRIPT

Page 1: Pengubatan Dalam Pengamalan Tradisi Dan Manuskrip Melayu

PENGUBATAN DALAM PENGAMALAN TRADISI DAN MANUSKRIP MELAYU

Pendahuluan

Perubatan tradisional pada umumnya merupakan salah satu iktiar manusia dalam usaha mereka untuk mengatasi dan merawat penyakit dan menambahkan kesihatan tubuh-badan. Kaedah dan tradisi ini adalah tradisi yang menjadi warisan sejak turun-menurun. Kaedah perubatan ini juga, dianggap oleh sebahagian cendiakawan wujud seiring dengan tamadun manusia1.

Kaedah dan cara perawatan dalam pengamalan tradisional ini seringkali menggunakan ramuan semula jadi yang terdiri daripada tumbuhan, galian, sebahagian dari haiwan dan menngunakan kaedah spiritual (ruqyah)2. Di samping itu, penggunaan ramuan semula jadi ini, sangat sebati dengan masyarakat Melayu terutamanya. Sebahagian daripadanya digunakan sebagai ulam-ulaman dan dicampurkan di dalam masakan.

Kosmologi Masyarakat Melayu

Kosmologi adalah suatu kajian berkenaan evolusi dan struktur alam semesta (cosmos) yang teratur yang ada masa kini. Istilah cosmos sebenarnya berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud Alam semesta atau dunia yang teratur bukanya kacau bilau.sedangkan istilah logos yang berasal daripada bahasa Greek bermaksud penyelidikan tentang atau asas-asas rasional dari kajian mengenai kosmos juga.

Persoalan kosmologi juga melibatkan persoalan pandangan alam atau world-view. Ini kerana kajian world-view merupakan suatu percubaan untuk menkaji bagaimana suatu kelompok manusia memandang alam natural dan alam supernatural, serta masyarakatnya dan juga diri mereka sendiri.

Orang-orang Melayu sudah mengenali benar alam sekitar mereka. Dengan itu, mereka tinggal dipesisiran pantai akan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di habitat laut dalam kehidupan mereka. Sementara mereka yang tinggal di pinggiran hutan pula akan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di habitat hutan3.

Seperti manusia yang lain juga, masyarakat Melayu tidak terlepas dari serangan penyakit. Mereka diserang penyakit sehingga membawa keapda kematian. Dalam usaha mencari penawar dan kaedah rawatan inilah lahirnya berbagai-bagai cara pengubatan dan pemeliharaan diri daripada penyakit.

Kaedah yang rawatan yang diamalkan oleh mereka amat berkait dengan pegangan agama yang mereka anuti. Maka dari sinilah lahirnya, ritual-ritual dan amalan tertentu

1 Dr. Yahaya Mahamood. T.t. Tingkah Laku Haiwan Sebagai Panduan Dalam Perubatan Tradisional Melayu. Hlmn 1. Laporan Penyeidikan Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.2 Ibid, Hlmn 2. 3 Ibid, Hlmn 8.

Page 2: Pengubatan Dalam Pengamalan Tradisi Dan Manuskrip Melayu

untuk merawat penyakit seperti jampi, mantra dan tangkal4. Di samping itu juga, sebelum kedatangan agama sama ada Hindu-Buddha dan Islam, semangat animism sangat kuat diamalakan oleh masyarakat Melayu.

Faktor-Faktor Penerusan Kaedah Rawatan Tradisional

Kaedah dan pengamalan perubatan tradisional ini, masih terus diamalkan oleh masyarakat Melayu terutamanya kerana terdapat beberapa faktor dan dorongan yang menjadi sebab utama untuk masyarakat melayu meneruskan kaedah ini. Antara faktornya ialah:

Jenis penyakit yang tidak dapat diubati melalui rawatan moden seperti terkena santau, sihir dan sebaginya.

Masalah perbelanjaan menjadi aspek utama dalam masyarakat melayu. Kebanyakkan masyarakat melayu tidak berupaya untuk menampung perbelanjaan untuk mengubati sesetengah jenis penyakit kronik seperti pembiayaan pembedahan jantung, kanser dan sebagainya.

Kaedah pencegahan lebih baik daripada merawat adalah tradisi turun-menurun oleh masyrakat melayu. Pemakanan sayur-sayuran dan penggunaan herba tertentu menjamin kesihatan dan keadaan seseorang itu berada dalam keadaan yang sentiasa baik.

Herba dan sayur-sayuran adalah ubat semula jadi yang tidak mempunyai kesan sampingan. Oleh itu tahap kesihatan akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan memberikan tenaga kepada pengamalnya5.

Unsur Kejadian Manusia dan Punca Penyakit

Pembentukan dan kejadian manusia terdiri daripada elemen jasmani iaitu tubuh badan dan juga elemen spiritual iaitu roh, akal dan jiwa. Dalam pembentukan kejadian manusia, penelitian dan pengkajian terhadap elemen dan unsur kejadian ini adalah kunci utama dan aspek terpenting dalam penentuan keadaan dan kondisi seseorang itu.

Unsur kejadiaan manusia, merupakan antara aspek yang penting dalam penentuan kondisi seseorang. Oleh itu A. Samad Ahmad menyatakan dalam bukunya “Warisan Perubatan Melayu” antara unusr kejadiaan manusia adalah:

Tanah; sifatnya adalah dingin serta kering. Maka insan itu adalah sawida ertinya hitam, iaitu di dalamnya panas dingin serta kering, dan kurang di dalamnya panas dan basah. Maka tandanya orang itu kurus, tubuhnya nipis, banyak pekerjaannya, kurang tidur, tiada dapat ia sabar daripada kerja jimak. Maka ada bahagian

Kaedah Rawatan Penyakit

4 Ibid, Hlmn 10. 5 Ibid, Hlmn 3.

Page 3: Pengubatan Dalam Pengamalan Tradisi Dan Manuskrip Melayu

Pengamalan dan kaedah perawatan dalam tradisi Melayu ini, merupakan satu khazanah yang berharga. Kepelbagaian kaedah, metodologi dan penggunaan bahan yang terdapat dalam kepulauan Melayu ini merupakan tanda bahawa ketamadunan dan kemajuan di dalam Alam Melayu ini telah terbina.

- Ruqyah dan Jampi

Pengamalan dan perawatan dalam mengubati penyakit khususnya di Alam Melayu ini tidak hanya tertumpu kepada kaedah pengubatan penggunaan herba atau bahan semula jadi, tetapi juga mengamalkan kaedah ruqyah atau jampi. Pengamalan ini bukan hanya diamalkan oleh tradisi melayu tetapi oleh setiap pengamal perubatan pada setiap tamadun manusia. Prof Dr H. Aulia menyatkan:

Hendaklah doktor itu mempunyai pengetahuan tentang penyakit fikiran dan jiwa serta ubat-ubatnya. Ini adalah menjadi pokok yang utama dalam mengubati badan manusia6.

Ruqyah dan jampi adalah satu kaedah yang telah lama diamalkan. Di Tanah Melayu ia sudah banyak dipengaruhi oleh berbagai-bagai unsur kepercayaan seperti animisme, Hindu-Buddha dan akhir sekali Islam7.

- Herba Dan Bahan Semula Jadi

Penggunaan herba dan bahan semula jadi ini, adalah amalan yang diguna pakai tidak hanya di Alam Melayu, tetapi telah digunakan oleh semua tamadun di dunia ini seperti penggunaan bahan awet mumia firaun, penggunaan garam oleh masyarakat Babilon dan sebagainya.

Pengamalan kaedah urutan turut menjadi elemen yang penting dalam pengamalan pengubatan tradisional. Di samping itu juga, amalan ini menjadi salah satu teknik dalam pemulihan rawatan moden, terutama ahli fisioterapi8. Pada asasnya, teknik ini lebih berkait kepada penyakit yang berpunca daripada saraf dan otot serta berkait juga dengan perempuan yang sudah bersalin dan penyakit angin.

- Petua Dan Pantang-Larang

Pada umunya penjagaan kesihatan dalam tradisi Melayu adalah memberi perhatian terhadap kesihatan fizikal, mental dan spiritual. Apabila ketiga-tiga elemen ini berada dalam keadaan yang sihat, maka tubuh akan menjadi sihat. Mengikut pengamalan orang Melayu, kaedah yang diamalakan oleh masyarakat Melayu adalah memberi keutamaan dalam penjagaan kesihatan daripada mengubati penyakit9.

6 Prof. Dr H. Aulia. 1970. Agama Dan Kesehatan Badan Dan Jiwa. Hlmn 19 Djakarta. Penerbit Bulan Bintang. 7 Dr. Yahaya Mahamood. T.t. Tingkah Laku Haiwan Sebagai Panduan Dalam Perubatan Tradisional Melayu. Hlmn 4. Laporan Penyeidikan Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.8 Dr. Yahaya Mahamood. T.t. Tingkah Laku Haiwan Sebagai Panduan Dalam Perubatan Tradisional Melayu. Hlmn 5. Laporan Penyeidikan Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 4: Pengubatan Dalam Pengamalan Tradisi Dan Manuskrip Melayu

Kaedah berpantang adalah satu pendekatan yang digunakan untuk mencegah daripada terkena penyakit dan mengekalkan kesihatan badan. Misalnya lelaki ataupun perempuan dilarang meneguk air semasa makan. Kaedah ini adalah untuk mengelakkan diri dari diserang penyakit dengan mudah. Tambahan daripada itu juga, kaedah ini turut digunakan sebagai memelihara keberkesanan jenis ubat yang digunakan. Orang yang memakan ubat yang panas dilarang memakan makanan yang sejuk sifatnya seperti sayuran10.

Tambahan daripada itu juga, keutamaan kepada penjagaan kesihatan ialah berdasarkan kepada prinsip bahawa penjagaan itu lebih mudah dilaksanakan kerana kebanyakkannya merupakan amalan ringan, boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Amalan sebegini juga tidak memerlukan tenaga yang banyak, sebaliknya untuk mengubati seseorang yang terkena penyakit khususnya penyakit kronik memerlukan masa yang lama.

Bibiliografi

9 Haliza Mohd Riji. 2000. Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu. Hlmn 105. .Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.10 Ibid, hlmn 6.

Page 5: Pengubatan Dalam Pengamalan Tradisi Dan Manuskrip Melayu

A.Samad Ahmad. 1988. Warisan Perubatan Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Pustaka.

Amran Kasimin. T,t. Sakit Mantel Menurut Perubatan Melayu Tradisional. Laporan Akhir Kajian 27/88, Jabatan Persuratan Melayu, Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azahari Ibrahim. T,t. Ubat-Ubatan Tradisional Melayu, Doa-Doa Penawar Penyakit, Rahsia Kebaikan Surah al-Fatihah. Kota Bharu. Pustaka Reka.

Dr. Yahaya Mahamood. T.t. Tingkah Laku Haiwan Sebagai Panduan Dalam Perubatan Tradisional Melayu. Laporan Penyeidikan Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Haliza Mohd Riji. 2000. Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Muhammad Sani Harun. T,t. Petua Dan Perubatan Tradisional Melayu Amalan Turun Menurun. Selangor. Pusat Tradisional Darul Syafaat.

Prof. Dr H. Aulia. 1970. Agama Dan Kesehatan Badan Dan Jiwa. Djakarta. Penerbit Bulan Bintang.