tahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat ... · pdf filetahap pengamalan pelajar...

25
TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT: SATU KAJIAN DI KOLEJ 11. NORLYANA SULONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trankhuong

Post on 24-Feb-2018

272 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT:

SATU KAJIAN DI KOLEJ 11.

NORLYANA SULONG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi
Page 3: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi
Page 4: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT:

SATU KAJIAN DI KOLEJ 11

NORLYANA BINTI SULONG

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2006

Page 5: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi
Page 6: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

iii

DEDIKASI

Ku panjatkan kesyukuran BuatNya yang mengizinkan segala sesuatu... Selingkar kasih buat che’ Wan Meriam Wan Ngah dan ayah, Sulong Jusoh yang banyak berkorban untukku..Segalanya untukmu....Doamu mengiringi

perjalananku......

Tidak lupa buat kakak yang disayangi .... Kak Liza

& Abang-abangku yang dikasihi.....

Abg.Long & Kak Long, Abg.Lan&Kak Mie, Abg.Awang&Kak Yah, Abg.Jack&Kak Na, Peza & Nuar.......

& Adik

Sokongan dan dorongan kalian menjadi penguat semangatku dalam meneruskan perjuanganku di lapangan ilmu...Kalian sumber perjuanganku...

Guru-Guru dan Pensyarah-Pensyarah

Terima kasih krn mengizinkan diri ini mengutip mutiara ilmu yang berharga...

Buat Teman Yang Teristimewa... Ros, Jah ,Mar, K.Long, Ita, Nor, Jie, Sue, Yah, Roh, Ana, Ati, Ano, Ida, Tie,

dan semua pelajar 5 SPI, SMKBR dan MMP... Kehadiran kalian memberi seribu makna dalam hidupku....

Kenangan bersama kalian akan tersemat di hati...

“ Satu di antara yg beribu itu..,m’hulurkan cahayanya.. menyinari hidupku, kalian yg x pernah b’paling tadah..memimpinku utk melangkah..

senyum tangisku menjadi penawar..pengorbananmu cinta yg sejati... tdk luput di hati.. tdk lekang di ingatan..

ke langit kaulah bintang, ke dasar laut kaulah mutiara.. di bumi kau intan permata...”

Page 7: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga Baginda, para

sahabat serta sekalian mujahidin yang berjuang menegakkan kalimah Allah di muka

bumi ini. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan

laporan Projek Sarjana Muda ini.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga dinukilkan buat Ustazah Maznah Binti

Ali, selaku penyelia Projek Sarjana Muda yang banyak membantu menghulurkan

kerjasama, bimbingan serta dorongan yang sepenuhnya untuk menyempurnakan laporan

projek ini. Turut dihargai kepada semua pensyarah dan staff PPIPS yang banyak

membantu dalam menghasilkan projek ini.

Tidak dilupakan setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat ayahbonda dan seluruh

keluarga yang banyak memberi dorongan dan galakan. Doa kalian adalah penguat

semangat untukku meneruskan perjuangan.

Seterusnya ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua rakan-rakan

seperjuangan, dan juga kepada pihak-pihak yang berkenaan sama ada secara langsung

atau tidak.

Wassalam

Page 8: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan mengkaji tahap pengamalan pelajar terhadap

tanggungjawab solat. Kajian ini mempunyai tiga skop kajian iaitu pengetahuan, tahap

pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat dan pandangan pelajar terhadap kesan

perlaksanaan solat terhadap diri seseorang. Responden dalam kajian ini adalah terdiri

daripada penghuni Kolej 11, UTM Skudai. Pengkaji telah memilih lebih daripada 30%

responden. Jumlah keseluruhan populasi adalah seramai 620 orang. Dalam kajian ini,

pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi telah

dianalisis menggunakan Statistical Package For The Social Sciences ( SPSS ) versi

11.0. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan tahap pencapaian min

adalah tinggi iaitu 4.73 bagi pengetahuan, 4.22 bagi tahap pengamalan pelajar terhadap

tanggungjawab solat dan 4.63 pandangan pelajar terhadap kesan pengamalan solat

terhadap diri seseorang. Dari kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada semua

pihak agar asas peneguhan agama dititikberatkan di kalangan masyarakat.

Page 9: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

vi

ABSTRACT

This study was carried out to investigate students practice level towards the

responsibility to pray. There are three scopes for this study which are the knowledge,

students’ level of practice towards the responsibility to pray and students’ perspective on

the effect of praying for their inner self. The respondents for this study are the students

staying in Kolej 11, UTM Skudai. The researcher chooses more than 30% of the

respondents. The total number of the population in Kolej 11 is 620 students. The

researcher used questionnaire as the instruments for this study. The data was analyzed

by using the Statistical Package for the Social science (SPSS) version 11.0. The results

show that the overall mean achieve is high (mean = 4.73) for knowledge, (mean = 4.22)

for students’ level of practice towards the responsibility to pray and (mean = 4.63) for

students’ perspective on the effect of praying for their inner self. This study hope to

yield and to give guideline to all so that the religious basic aspect will be given more

attention by the society.

Page 10: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 11: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

viii 1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Takrifan Istilah 10

BAB II SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Definisi Solat 14

2.3 Dalil Wajib Mendirikan Solat 15

2.4 Golongan Yang Diwajibkan solat 19

2.5 Keutamaan Solat 20

2.6 Kepentingan Dan Kelebihan Solat 21

2.7 Balasan Terhadap Mereka Yang Meninggalkan 25

Solat

2.8 Kajian-Kajian Yang Berkaitan 27

2.9 Kesimpulan 32

BAB III METODOLOGI KAJIAN 33

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rekabentuk Kajian 34

3.3 Tempat Kajian 34

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 35

3.5 Instrumen Kajian 35

3.6 Prosedur Kajian 37

3.7 Analisis Data 38

3.8 Kajian Rintis 39

3.9 Kesimpulan 40

Page 12: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

ixBAB IV DAPATAN KAJIAN 41

4.1 Pengenalan 41

4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 42

4.3 Bahagian B : Analisis Data Berkaitan Pengetahuan

Pelajar Terhadap Tanggungjawab Solat. 44

4.4 Bahagian C : Analisis Data Berkaitan Tahap

Pengamalan Pelajar Terhadap Tanggungjawab

Solat 50

4.5 Bahagian D : Analisis Data Berkaitan Pandangan

Pelajar Terhadap Kesan Pengamalan

Tanggungjawab Solat Dalam Diri Seseorang. 56

Solat Terhadap Diri Seseorang

4.6 Analisis Keseluruhan Bagi Item Pengetahuan

Pelajar Terhadap Tanggungjawab Solat. 63

4.7 Analisis Keseluruhan Bagi Item Tahap Pengamalan

Pelajar Terhadap Tanggungjawab Solat 64

4.8 Analisis Keseluruhan Bagi Item Pandangan

Pelajar Terhadap Kesan Pengamalan

Tanggungjawab Solat Dalam Diri Seseorang. 65

4.9 Kesimpulan 67

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN KESIMPULAN 68

5.1 Pengenalan 68

5.2 Perbincangan 69

5.2.1 Latar Belakang Responden 69

Page 13: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

x 5.2.2 Pengetahuan Pelajar Terhadap 70

Tanggungjawab Solat

5.2.3 Tahap Pengamalan Pelajar Terhadap 71

Tanggungjawab Solat

5.2.4 Pandangan Pelajar Terhadap Kesan 72

Pengamalan Tanggungjawab Solat

5.3 Rumusan 74

5.4 Cadangan 75

5.4.1 Pelajar 76

5.4.2 Ibu Bapa 76

5.4.3 Guru 77

5.4.4 Institusi Pendidikan 78

5.4.5 Media Massa Dan Media elektronik 78

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 79

5.6 Kesimpulan 80

SENARAI RUJUKAN 81

LAMPIRAN A

Page 14: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Analisis Data Mengikut Bahagian

Dalam Soal selidik 41

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 42

4.3 Taburan Responden Mengikut Jarak

Tempat Tinggal Dengan Masjid/Surau 42

4.4 Taburan Responden Mengikut Kekerapan

Sekolah Agama 43

4.5 Taburan Skor Item 1 44

4.6 Taburan Skor Item 2 44

4.7 Taburan Skor Item 3 45

4.8 Taburan Skor Item 4 46

4.9 Taburan Skor Item 5 46

4.10 Taburan Skor Item 6 47

4.11 Taburan Skor Item 7 47

4.12 Taburan Skor Item 8 48

4.13 Taburan Skor Item 9 48

4.14 Taburan Skor Item 10 49

4.15 Taburan Skor Item 11 50

4.16 Taburan Skor Item 12 50

4.17 Taburan Skor Item 13 51

4.18 Taburan Skor Item 14 52

Page 15: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

xii4.19 Taburan Skor Item 15 52

4.20 Taburan Skor Item 16 53

4.21 Taburan Skor Item 17 53

4.22 Taburan Skor Item 18 54

4.23 Taburan Skor Item 19 55

4.24 Taburan Skor Item 20 55

4.25 Taburan Skor Item 21 56

4.26 Taburan Skor Item 22 57

4.27 Taburan Skor Item 23 57

4.28 Taburan Skor Item 24 58

4.29 Taburan Skor Item 25 58

4.30 Taburan Skor Item 26 59

4.31 Taburan Skor Item 27 60

4.32 Taburan Skor Item 28 60

4.33 Taburan Skor Item 29 61

4.34 Taburan Skor Item 30 62

4.35 Taburan Min Keseluruhan Bagi Item

Pengetahuan Pelajar Terhadap Tanggungjawab

Solat 63

4.36 Taburan Min Keseluruhan Bagi Item Tahap

Pengamalan Pelajar Terhadap Tanggungjawab

Solat 64

4.37 Taburan Min Keseluruhan Bagi Item

Pandangan Pelajar Terhadap Kesan Pengamalan

Solat Dalam Diri Seseorang 65

Page 16: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

xiii

SENARAI SINGKATAN

SPSS - Statistical Package For The Social Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

Page 17: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 84

Page 18: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Solat merupakan rukun Islam yang kedua dan ia merupakan ibadah yang paling

penting berbanding daripada ibadah-ibadah yang lain. Solat juga dilambangkan sebagai

tiang agama. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

ة عماد الدين فمن أقامها فقد اقام الدين ومن ترآها فقد هدم الدينالصال

“ Solat itu adalah sendi agama, barangsiapa mengerjakannya, bererti ia telah

menegakkan agama dan barangsiapa yang meninggalkannya, bererti ia telah

merobohkan agama.”

( Riwayat Baihaqi )

Page 19: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

2

Daripada hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa betapa pentingnya

peranan solat itu dalam kehidupan kita. Solat juga merupakan perintah Allah SWT yang

paling utama, oleh sebab itu perintah solat disampaikan kepada Nabi Muhammad secara

langsung tidak melalui perantaraan iaitu tatkala Nabi Muhammad s.a.w. sedang

melaksanakan Israk dan Mikraj. Perintah solat berbeza dengan perintah yang lain.

( Abdul Rahman Ahmad, 2002 : 33 ).

Selain itu, solat juga merupakan tali yang menghubungkan dan mengikat seorang

hamba dengan penciptaNya. Melalui solat seorang hamba dapat mengagungkan

kebesaran Allah, mendekatkan diri, dan menimbulkan rasa tenteram bagi diri orang yang

solat dalam menempuh berbagai persoalan hidup. Solat juga dapat mendisiplinkan diri

dan membuat seseorang jujur dan berpendirian, menampilkan peribadi dan akhlak yang

mulia dan memberi ketenangan jiwa dalam menghadapi berbagai godaan dunia. ( Abdul

Azis Dahlan, 1997 : 1536-1537 )

1.2 Latar Belakang Masalah

Masalah keruntuhan akhlak dan moral yang berlaku di negara kita pada masa ini

amat membimbangkan. Perkara ini dilihat adalah kesan daripada sikap individu,

keluarga ataupun masyarakat itu sendiri yang tidak mengamalkan cara hidup yang betul

berlandaskan syariat Allah S.W.T. Ekoran daripada itu timbullah suasana yang tidak

bermoral dalam kehidupan dari pelbagai aspek kehidupan iaitu pergaulan dalam

keluarga, masyarakat dan juga negara.

Page 20: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

3

Pada masa ini masalah disiplin serta masalah sosial yang berlaku dalam negara

menjadi satu isu yang amat besar dan sering diperkatakan di mana-mana sahaja. Masalah

disiplin yang menular pada masa ini amat membimbangkan kita, terutama masalah

keruntuhan moral di kalangan remaja. Sebagai contoh, masalah penyalahgunaan dadah,

kecurian, vendalisme, penipuan, buli, bunuh, rogol, pergaulan bebas dan sebagainya.

Perkara ini kita dapat lihat dengan jelas di dada-dada akhbar yang mana banyak

melaporkan kes-kes jenayah yang melibatkan golongan ini.

Sebagai contoh, laporan Berita Harian pada 28 Mac 2004, di mana seorang

pelajar bernama Muhammad Farid Ibrahim dari sekolah Menengah Agama Dato’ Kelana

Petra Ma’mor Seremban telah meninggal dunia akibat dipukul oleh lapan pelajar sekolah

terbabit. Seterusnya, pada 8 julai 2004, seorang pelajar iaitu Mohd Isa Nayan Sekolah

Menengah Teknik Pendang cedera setelah dipukul oleh 15 pelajar lain di asrama sekolah

terbabit. Manakala awal Ogos 2004, seorang remaja lelaki 17 tahun dihadapkan ke

mahkamah atas tuduhan membunuh seorang pembantu rumah di Taman Sri Skudai.

Secara ringkasnya, gambaran kes ini menunjukkan betapa seriusnya isu yang

membabitkan remaja kini. Masyarakat menganggap masalah sosial yang berlaku di

kalangan remaja ini sebagai penyakit yang perlu diubati dengan segera. Kekhuatiran ini

timbul memandangkan golongan remaja merupakan aset dan waris yang akan

menentukan hala tuju dan masa depan negara ini. Sekiranya golongan remaja ini rosak

dari segi moral akhlak dan hilang nilai-nilai murni dalam diri ianya akan memberikan

kesan yang negatif kepada sesebuah negara. Seorang penyair Arab, Syauqey Bek

pernah menyebut; “Keunggulan bangsa kerana akhlaknya, runtuh akhlak runtuhlah

mereka”. (Ayob Bin Mohamad, SACI, 2005 : 1-2 ).

Sesungguhnya masalah keruntuhan sosial yang berlaku sebenarnya adalah

bermula dari dalam diri manusia itu sendiri. Di sini nyatalah kepada kita bahawa

Page 21: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

4

kekuatan iman pada diri seseorang itu adalah menjadi penentu kepada kejayaan

seseorang itu dalam mengelak atau menghindarkan diri mereka daripada melakukan

perbuatan yang dilarang oleh agama Islam. Justeru daripada itu, apa jua langkah atau

cara yang dilakukan bagi tujuan membendung masalah keruntuhan sosial di kalangan

umat Islam, ia mestilah diletakkan kepada usaha untuk memperkuatkan iman di dalam

diri setiap individu muslim itu sendiri.

Jadi, seperti yang telah diketahui bahawa Allah telah menjelaskan di dalam Al-

Qur’an bahawa solat merupakan ibadah yang menjadi benteng pada diri manusia dari

melakukan perkara-perkara yang mungkar yang akan merosakkan keimanan seseorang

muslim. Solat juga merupakan ibadah yang menjadi inti dari seluruh ibadah dan

manfaatnya sangat besar, ia mengandungi nilai-nilai rohaniah, jasmaniah dan

kemasyarakatan. Solat merupakan tali yang dapat menghubungkan seseorang hamba

dengan penciptaNya. Ibadat solat juga dapat melahirkan kesucian jasmaniah dan

rohaniah. Ibadat solat seperti yang kita ketahui dapat membentuk akhlak yang mulia

dan dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan perbuatan yang mungkar. Ini

berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an :

Maksudnya :

“ Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Al-Kitab dan dirikanlah

solat, sesungguhnya solat itu mencegah manusia dari perbuatan keji dan mungkar dan

Page 22: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

5

sesungguhnya ingat kepada Allah lebih besar manfaatnya, dan Allah mengetahui apa

yang kamu kerjakan. “

( Surah al- Ankabut : 45 )

Solat juga dapat membantu membentuk akhlak yang baik dan menjadikan

manusia itu berfikiran waras dan bertindak dengan cara yang betul dan adil. Solat juga

dapat membentuk disiplin dalam diri mereka yang mengerjakannya. Disebabkan solat

mempunyai banyak hikmah dan memberi impak yang besar kepada kita, maka setiap

muslim perlulah melaksanakan kewajipan ibadah solat ini dengan sebaik-baiknya agar

tidak timbul sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam. ( Ummi

Rohaiyu Binti Mohd Bakhair, 2001: 3 )

Jadi di sini jelaslah kepada kita bahawa cara hidup yang berlandaskan al-Quran

dan sunnah adalah cara yang paling baik dalam menangani masalah yang timbul.

Amalan ibadat harian dapat membantu membentuk sahsiah dan akhlak yang terpuji

dalam diri setiap individu. Dengan ini secara tidak langsung dapat membendung

masalah sosial yang semakin meruncing pada masa kini.

Hal ini telah mendorong pengkaji untuk membuat kajian berkenaan dengan tahap

pengamalan solat di kalangan pelajar.

Page 23: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

6

1.3 Pernyataan Masalah

Mahasiswa merupakan aset yang amat berharga dalam sesebuah negara. Ini

kerana golongan intelektual inilah yang menjadi tonggak negara di masa hadapan.

Mereka merupakan tonggak harapan bagi memartabatkan kedaulatan agama, bangsa dan

negara suatu masa kelak. Oleh itu, apabila kita membicarakan mengenai masalah

disiplin dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat secara automatik kita akan melihat

kepada masalah disiplin di kalangan mahasiswa terlebih dahulu. Ini kerana mereka

merupakan golongan yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Namun kini masyarakat

mula hilang kepercayaan kepada golongan ini, kerana sikap mahasiswa itu sendiri yang

gagal mempamerkan akhlak yang baik. Tambahan pula banyak kes-kes jenayah dan

maksiat yang melibatkan golongan mahasiswa.

Ekoran daripada masalah inilah kajian ini dilakukan di kalangan pelajar Institut

Pengajian Tinggi (IPTA). Kajian ini dimulakan dengan memfokuskan kepada

mahasiswa yang tinggal di Kolej 11, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

Solat dipilih kerana seperti yang kita ketahui sesungguhnya solat berperanan dalam

membentuk sakhsiah dan disiplin pelajar-pelajar ini. Sekiranya pelajar memahami

konsep solat dengan sempurna dan mengamalkannya dengan betul sudah pasti

permasalahan ini tidak akan timbul.

Jadi, di sini kita dapat lihat bahawa kemungkinan tahap perlaksanaan solat di

kalangan seseorang itu atau amalan solat yang dilakukan pelajar tidak sempurna sama

ada dari aspek fizikal atau rohani merupakan antara punca amalan solat yang dilakukan

kurang atau tidak dapat memberi kesan atau perubahan ke atas sikap seseorang individu

itu.

Page 24: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

7

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada beberapa objektif iaitu:

i) Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar Islam terhadap

tanggungjawab solat.

ii) Untuk mengenalpasti tahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab

solat.

iii) Untuk mengenalpasti pandangan pelajar terhadap kesan pengamalan solat

dalam diri seseorang.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini pengkaji mengupas beberapa persoalan penting. Persoalan

tersebut adalah seperti berikut:

i) Sejauhmanakah pengetahuan pelajar Islam terhadap tanggungjawab

mendirikan solat?

ii) Sejauhmanakah tahap pengamalan pelajar terhadap terhadap kewajipan

menunaikan solat?

Page 25: TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT ... · PDF filetahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat: satu kajian di kolej 11. norlyana sulong universiti teknologi

8

iii) Apakah pandangan pelajar terhadap kesan pengamalan tanggungjawab

solat dalam diri seseorang?