penguatkuasaan keselamatan pekerjaan di · pdf fileilmu perundangan semata-mata tetapi...

10
496 PENGUATKUASAAN KESELAMATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA: GABUNGAN DISPLIN PENGURUSAN, PERUNDANGAN DAN KEJURUTERAAN Nor Hasliza Mat Hasan, Kamal Halili Hassan Fakulti Perniagaan, Universiti Multimedia Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Penguatkuasaan di tempat kerja dilaksanakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP). Kuasa tersebut termasuk kuasa memasuki, memeriksa, merampas dan menyiasat. Keselamatan di tempat kerja memerlukan pendekatan dan peraturan berdasarkan ilmu pengurusan, perundangan dan kejuruteraan. Jika dilihat kepada perundangan dan peraturan yang berkaitan, hampir kesemua peruntukan mengandungi ketiga-tiga ilmu tersebut. Pihak penguatkuasa juga tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan tanpa menguasai ketiga-tiga disiplin tersebut. Akta Kilang dan Jentera 1967 (AKJ) dan Peraturan di bawahnya mengandungi banyak aspek pengurusan, perundangan dan kejuruteraan. Menggunakan metod analisis trans disiplin, kertas ini membincangkan contoh penguatkuasaan AKKP dan AKJ berdasarkan ilmu ketiga-tiga bidang tersebut. Kata Kunci: Penguatkuasaan, keselamatan, perundangan, pengurusan, kejuruteraan ABSTRACT Enforcement at the workplace is conducted by the Department of Occupational Safety and Health (DOSH) under the powers conferred by the Occupational Safety and Health Act 1994 (OSHA). The powers include the power to enter, inspect, seize and investigate. Safety at the workplace requires an approach and regulations based on knowledge in management, law and engineering. If we look at the legislation and regulations, almost all the provisions consist of these three fields. Authorities are not able to do their job effectively without mastering these three disciplines. Factories and Machinery Act 1967 (FMA) and its regulations, has many aspects of management, law, and engineering. Using transdisciplinary analysis method, this paper discusses examples of enforcement of OSHA and FMA based on these three disciplines. Keywords: Enforcement, safety, legislation, management, engineering PENGENALAN Penguatkuasaan keselamatan di tempat kerja yang dilaksanakan oleh JKKP adalah bertujuan untuk menggalakkan dan mengekalkan tahap pematuhan undang-undang sebagaimana yang termaktub di bawah AKKP. Penguatkuasaan ini juga adalah bertujuan untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab bertindak serta merta dalam menguruskan risiko dan mengambil tindakan kepada mana-mana majikan yang melanggar peruntukan yang sedia ada (Kamal, 2007). AKKP memberi kuasa kepada pihak penguatkuasa untuk melakukan pemeriksaan di tempat kerja. Tujuan utama pemeriksaan ini dijalankan adalah untuk membantu mencegah berlakunya kemalangan di tempat kerja. AKKP adalah undang-undang yang

Upload: dangthuan

Post on 06-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGUATKUASAAN KESELAMATAN PEKERJAAN DI · PDF fileilmu perundangan semata-mata tetapi mestilah berpandukan ... oleh PERKESO pada tahun 2015, bilangan kes ... maut telah berlaku di

496

PENGUATKUASAAN KESELAMATAN

PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA: GABUNGAN

DISPLIN PENGURUSAN, PERUNDANGAN DAN

KEJURUTERAAN

Nor Hasliza Mat Hasan, Kamal Halili Hassan

Fakulti Perniagaan, Universiti Multimedia

Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Penguatkuasaan di tempat kerja dilaksanakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP). Kuasa

tersebut termasuk kuasa memasuki, memeriksa, merampas dan menyiasat. Keselamatan di tempat kerja

memerlukan pendekatan dan peraturan berdasarkan ilmu pengurusan, perundangan dan kejuruteraan. Jika

dilihat kepada perundangan dan peraturan yang berkaitan, hampir kesemua peruntukan mengandungi

ketiga-tiga ilmu tersebut. Pihak penguatkuasa juga tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan

tanpa menguasai ketiga-tiga disiplin tersebut. Akta Kilang dan Jentera 1967 (AKJ) dan Peraturan di

bawahnya mengandungi banyak aspek pengurusan, perundangan dan kejuruteraan. Menggunakan metod

analisis trans disiplin, kertas ini membincangkan contoh penguatkuasaan AKKP dan AKJ berdasarkan ilmu

ketiga-tiga bidang tersebut.

Kata Kunci: Penguatkuasaan, keselamatan, perundangan, pengurusan, kejuruteraan

ABSTRACT

Enforcement at the workplace is conducted by the Department of Occupational Safety and Health (DOSH)

under the powers conferred by the Occupational Safety and Health Act 1994 (OSHA). The powers include

the power to enter, inspect, seize and investigate. Safety at the workplace requires an approach and

regulations based on knowledge in management, law and engineering. If we look at the legislation and

regulations, almost all the provisions consist of these three fields. Authorities are not able to do their job

effectively without mastering these three disciplines. Factories and Machinery Act 1967 (FMA) and its

regulations, has many aspects of management, law, and engineering. Using transdisciplinary analysis

method, this paper discusses examples of enforcement of OSHA and FMA based on these three disciplines.

Keywords: Enforcement, safety, legislation, management, engineering

PENGENALAN

Penguatkuasaan keselamatan di tempat kerja yang dilaksanakan oleh JKKP adalah bertujuan untuk

menggalakkan dan mengekalkan tahap pematuhan undang-undang sebagaimana yang termaktub di bawah

AKKP. Penguatkuasaan ini juga adalah bertujuan untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab

bertindak serta merta dalam menguruskan risiko dan mengambil tindakan kepada mana-mana majikan yang

melanggar peruntukan yang sedia ada (Kamal, 2007). AKKP memberi kuasa kepada pihak penguatkuasa

untuk melakukan pemeriksaan di tempat kerja. Tujuan utama pemeriksaan ini dijalankan adalah untuk

membantu mencegah berlakunya kemalangan di tempat kerja. AKKP adalah undang-undang yang

Page 2: PENGUATKUASAAN KESELAMATAN PEKERJAAN DI · PDF fileilmu perundangan semata-mata tetapi mestilah berpandukan ... oleh PERKESO pada tahun 2015, bilangan kes ... maut telah berlaku di

497

bertunjangkan kepada prinsip pengaturan kendiri. Ismail Bahari (2006) mendefinisikan pengaturan kendiri

sebagai melakukan sesuatu dengan kehendak diri dan dorongan sendiri. Prinsip pengaturan kendiri ini

memberi kebebasan kepada majikan untuk memikir dan merangka dasar keselamatan yang difikirkan

sesuai dengan organisasi dan aktiviti yang dijalankan (Kamal & Rozanah, 2014). Oleh itu, pemeriksaan

yang dijalankan oleh pihak penguatkuasa ini adalah untuk melihat sejauhmana majikan mengadaptasikan

prinsip pengaturan kendiri di dalam urusan seharian di tempat kerja.

Pemeriksaan yang dijalankan ini juga bertujuan untuk memastikan langkah-langkah kawalan dilakukan

dengan penuh kecekapan, menilai keperluan kawalan yang dibuat serta menentukan tahap pendedahan

pekerja kepada risiko kemalangan. Menjadi tanggungjawab pegawai penguatkuasa untuk menjalankan

pemeriksaan dengan terperinci dan merekodkan buti-butir pemerhatian yang telah dibuat. Pemeriksaan

juga dibuat terhadap semua dokumen yang berkaitan termasuk penilaian risiko dan sijil-sijil kelayakan

untuk menggunakan mesin dan jentera. Pihak penguatkuasa berpeluang mendengar permasalahan pekerja

dan majikan, melihat bagaimana hazad dikendalikan, menentukan punca sebenar hazad dan menilai samada

majikan telah mengawal hazad dengan betul dan selamat. Kegagalan dan ketidakpatuhan majikan dalam

menjalankan tanggungjawabnya terhadap pekerja membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap

mereka. Pihak penguatkuasa juga boleh menyuarakan saranan penambahbaikkan kepada majikan untuk

mempertingkatkan lagi tahap keselamatan di tempat kerja.

Pegawai penguatkuasa juga diberi kuasa untuk memasuki premis, menjalankan penyiasatan, mengambil

bahan bukti, merampas, menyita tempat kerja dan mengeluarkan notis perbaikkan ataupun notis larangan

mengikut keperluan. Notis perbaikkan akan dikeluarkan oleh pegawai penguatkuasa sekiranya mendapati

tempat kerja mungkin akan menjadi bahaya atau boleh menyebabkan kemalangan. Sekiranya kemalangan

boleh berlaku serta merta, notis larangan akan dikeluarkan dan semua kerja-kerja akan diberhentikan.

Dalam menjalankan pemeriksaan ini juga, pegawai penguatkuasa akan melihat dan menilai bagaimana

majikan menguruskan tempat kerja.

Pengurusan tempat kerja yang efektif dengan menitik beratkan aspek keselamatan pekerja sudah pasti boleh

mengurangkan risiko yang tidak diingini. Fokus utama penguatkuasaan adalah untuk menjamin

keselamatan pekerja dan mengelakkan kemalangan yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan

kerosakan harta benda. Oleh itu, aspek keselamatan di tempat kerja bukan sahaja memerlukan pendekatan

ilmu perundangan semata-mata tetapi mestilah berpandukan ilmu pengurusan dan juga ilmu kejuruteraan.

Menggunakan metod analisis trans disiplin, kertas ini membincangkan contoh penguatkuasaan AKKP dan

AKJ berdasarkan ilmu ketiga-tiga bidang tersebut.

KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

Sistem pengurusan keselamatan yang efektif adalah amat penting untuk menguruskan risiko kemalangan

di tempat kerja. Sistem ini mewujudkan interaksi di antara majikan dan juga kakitangan sesebuah

organisasi. Tahap keselamatan pekerja akan meningkat seiring dengan meningkatnya sistem pengurusan

keselamatan. Ia bukan sahaja meningkatkan tahap suasana kerja selamat tetapi dalam masa yang sama

secara positif mempengaruhi sikap dan tingkah laku pekerja terhadap pentingnya menjaga keselamatan di

tempat kerja (Charehzehi & Ahankoob, 2012). Ini lebih berkesan daripada cuba menangani kemalangan

sebagai satu kejadian luar biasa yang berlaku di luar skop sistem pengurusan di tempat kerja (Muscatello

& Heshizer, 2002).

Kemalangan boleh ditakrifkan sebagai kejadian yang tidak dirancang, tidak diingini, tidak dijangka dan

tidak terkawal. Akibatnya berlaku bukan sahaja kerosakan harta benda bahkan kehilangan nyawa yang

tiada gantinya. Peraturan 2 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan

Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004

mendefinisikan kemalangan sebagai suatu kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja

yang mengakibatkan kecederaan maut atau kecederaan tidak maut. Mengelakkan kemalangan daripada

berlaku di tempat kerja adalah bukan untuk menjaga kepentingan majikan sahaja malah bertujuan untuk

menjaga kepentingan pekerja dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Page 3: PENGUATKUASAAN KESELAMATAN PEKERJAAN DI · PDF fileilmu perundangan semata-mata tetapi mestilah berpandukan ... oleh PERKESO pada tahun 2015, bilangan kes ... maut telah berlaku di

498

Selepas mengkaji 75, 000 laporan kemalangan perusahaan, Professor Herbert W. Heinrich pada lewat tahun

1920-an telah mengesahkan bahawa bahawa 88 peratus kemalangan perusahaan adalah disebabkan oleh

perbuatan yang tidak selamat yang dilakukan oleh pekerja manakala 10 peratus kemalangan perusahaan

adalah disebabkan oleh keadaan yang tidak selamat (Goetsch, 2011). Heinrich menyatakan bahawa

kecederaan berlaku disebabkan oleh kemalangan dan kemalangan pula tidak berlaku secara mengejut

ataupun mendadak bahkan melalui satu urutan peristiwa. Kemalangan berlaku disebabkan oleh lima faktor

utama yang memberi kesan domino iaitu warisan dan persekitaran sosial, kesilapan seseorang, perbuatan

atau keadaan yang tidak selamat, kemalangan dan juga kecederaan.

Perbuatan yang tidak selamat adalah penyumbang utama kepada kemalangan di tempat kerja. Ini berkait

rapat dengan sikap pekerja itu sendiri. Menurut Laporan Roben, faktor utama kebanyakan kemalangan

yang berlaku adalah disebabkan oleh sikap acuh tak acuh pekerja dalam menjaga keselamatan di tempat

kerja (Gunningham, 1984; Simpson, 1973). Punca kemalangan boleh dilihat juga dari aspek kerja dan

persekitaran kerja, organisasi dan faktor berkaitan organisasi dan juga sikap pekerja (Mustaza & Ho Shu

Peng, 2009). Secara umumnya, faktor yang menyumbang kepada kemalangan di tempat kerja ialah

perbuatan yang tidak selamat dan juga keadaan yang tidak selamat. Perbuatan yang tidak selamat adalah

perlanggaran prosedur yang diketahui dan diterima selamat yang mana perlanggaran tersebut boleh

mencetuskan kejadian yang buruk atau kesan yang memudaratkan (Getting to grips with the human factor:

A guide for trainer, 2013). Perbuatan atau tindakan seseorang pekerja tidak bergantung sama ada seseorang

pekerja tersebut adalah pekerja berkemahiran ataupun tidak. Kadang-kadang pekerja yang berkemahiran

juga mengabaikan cara kerja selamat dan mempamerkan tingkah laku yang amat berbahaya.

Keadaan yang tidak selamat pula merujuk kepada satu keadaan tempat kerja yang mana susun atur fizikal

tempat kerja atau lokasi kerja, peralatan, atau bahan yang melanggar standard keselamatan yang ditetapkan

(Abdelhamid & Everett, 2000). Antara contoh keadaan yang tidak selamat ialah penggunaan peralatan yang

rosak, sokongan atau kawalan yang tidak mencukupi, tempat kerja yang sesak, sistem amaran yang tidak

mencukupi, berlaku kebakaran dan letupan yang membahayakan, sistem pengemasan tempat kerja yang

teruk, penyimpanan barang yang tidak betul, keadaan atmosfera yang membahayakan, bunyi bising yang

berlebihan, sistem pengudaraan yang tidak sempurna serta penyalahgunaan peralatan perlindungan

kebakaran. Keadaan yang tidak selamat ini lebih senang dikenal pasti berbanding dengan perbuatan yang

tidak selamat kerana ianya tidak melibatkan tindakan atau tingkah laku pekerja. Oleh itu, keadaan yang

tidak selamat ini lebih mudah diatasi berbanding perbuatan yang tidak selamat. Contohnya, majikan boleh

melaksanakan kawalan kejuruteraan di tempat kerja bagi mengatasi keadaan yang dikenal pasti tidak

selamat. Tindakan sewajarnya hendaklah diambil dengan segera bagi mengelakkan kejadian yang tidak

diingini berlaku.

Teori yang menghubungkaitkan kemalangan dan perbuatan yang tidak selamat ialah teori faktor manusia.

Menurut teori ini, kemalangan berlaku disebabkan oleh satu rantaian yang menyebabkan kesilapan manusia

(Goetsch, 2011). Tiga faktor kemalangan yang terkandung dalam teori ini ialah bebanan berlebihan, tindak

balas tidak bersesuaian dan juga aktiviti yang tidak bersesuaian. Walau bagaimanapun, teori ini tidak

meletakkan kesalahan sepenuhnya di atas bahu pekerja semata-mata. Faktor lain seperti reka bentuk tempat

kerja dan tugasan atau pembahagian kerja yang tidak mengambil kira kemampuan tenaga manusia yang

boleh membahayakan nyawa juga boleh menyebabkan kemalangan (Abdelhamid & Everett, 2000). Ini

jelas menunjukkan bahawa matlamat teori faktor manusia adalah untuk mewujudkan reka bentuk tempat

kerja yang lebih baik, tugas dan peralatan yang digunakan bersesuaian dengan kemampuan pekerja. Ini

disokong oleh faktor persekitaran seperti pencahayaan, bunyi dan suhu di tempat kerja kerana ianya juga

menyumbang kepada berlakunya kemalangan (Selamat & Surienty, 2013).

Menurut Laporan Tahunan 2016 yang dikeluarkan oleh PERKESO pada tahun 2015, bilangan kes

kemalangan dilapor telah menurun sebanyak 494 kes atau 0.78% kepada 62,837 kes berbanding 63,331

kes pada tahun 2014. Kemalangan perusahaan telah menurun sebanyak 2.94% iaitu dari 35,294 kes pada

tahun 2014 kepada 34,258 kes pada 2015. Manakala, bagi kemalangan semasa dalam perjalanan yang

berkaitan pekerjaan, ianya meningkat sebanyak 1.93% iaitu dari 28,037 kes pada 2014 kepada 28,579 kes

pada tahun 2015. JKKP telah mengeluarkan statistik kemalangan maut mengikut sektor dan jumlah

Page 4: PENGUATKUASAAN KESELAMATAN PEKERJAAN DI · PDF fileilmu perundangan semata-mata tetapi mestilah berpandukan ... oleh PERKESO pada tahun 2015, bilangan kes ... maut telah berlaku di

499

kemalangan maut paling tinggi berlaku dalam sektor pembinaan diikuti oleh sektor perkilangan. Sehingga

Oktober 2016, sebanyak 149 kemalangan maut telah berlaku di Malaysia.

Bil. Sektor Kematian

Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Ogo Sep Okt JUM

1 Perkilangan 1 2 4 4 8 6 4 3 2 5 39

2 Perlombongan dan

kuari

0 0 0 2 1 1 0 4 0 0 8

3 Pembinaan 5 5 7 19 7 9 2 1 0 3 58

4 Pertanian, Perhutanan

dan Perikanan

2 6 1 2 2 1 0 0 0 1 15

5 Kemudahan 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

6 Pengangkutan,

Penyimpanan dan

Komunikasi

2 0 0 1 1 1 2 1 1 0 9

7 Perdagangan Borong

dan Runcit

0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

8 Hotel dan Restoren 2 0 1 0 0 0 0 0 0 0 3

9 Kewangan, Insurans,

Hartanah dan

Perkhidmatan

Perniagaan

1 1 1 5 2 1 0 0 0 1 12

10 Perkhidmatan Awam

dan Pihak Berkuasa

Berkanun

1 1 0 0 0 0 1 1 0 1 5

Jumlah 14 15 14 33 21 19 9 10 3 11 149

Jadual 1. Statistik kemalangan perusahaan mengikut sektor

Kebanyakan kemalangan yang berlaku biasanya boleh dielakkan sekiranya punca kemalangan tersebut

dikenalpasti lebih awal. Perbuatan yang tidak selamat tidak mungkin akan berlaku seandainya keadaan

kerja adalah selamat. Jumlah kemalangan pasti boleh dikurangkan sekiranya kita dapat mewujudkan

keadaan kerja dan membudayakan cara kerja yang selamat, pematuhan pekerja terhadap undang-undang

yang sedia ada dan juga komitmen berterusan diperolehi daripada pihak majikan (Sariwati Mohd Shariff,

2011). Penekanan wajar diberikan kepada majikan untuk mengawal dan memastikan tempat kerja sentiasa

selamat kerana majikan mempunyai kuasa penuh di tempat kerja

ILMU PENGURUSAN DALAM PENGUATKUASAAN KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

Kita sedia maklum bahawa undang-undang tidak boleh berdiri sendiri dan tidak boleh menjamin

keselamatan di tempat kerja. Pihak penguatkuasa yang menjalankan tugas pemeriksaan juga mesti arif

dalam ilmu pengurusan keselamatan di tempat kerja. Tanpa ilmu pengurusan yang mantap, sudah pasti

penguatkuasa tidak boleh mempraktikkan ilmu perundangan yang ada. Kedua-duanya perlu bergerak

seiring bagi memastikan matlamat utama tercapai.

Tempat kerja memerlukan sistem keselamatan yang boleh menyokong perlaksanaan undang-undang di

dalamnya. Dapatan kajian dari literatur yang lepas mendapati bahawa komitmen yang dizahirkan oleh

majikan sebagai pihak yang menguruskan hal-hal berkaitan dengan isu keselamatan pekerja secara

langsung memberi impak positif dalam menjayakan sistem keselamatan di tempat kerja dan sekaligus

Page 5: PENGUATKUASAAN KESELAMATAN PEKERJAAN DI · PDF fileilmu perundangan semata-mata tetapi mestilah berpandukan ... oleh PERKESO pada tahun 2015, bilangan kes ... maut telah berlaku di

500

mengurangkan kemalangan di tempat kerja (Abudayyeh, Fredericks, Butt, & Shaar, 2006; Michael, Evans,

Jansen, & Haight, 2005; Vredenburgh, 2002; Walters, 1970).

Objektif utama sistem pengurusan keselamatan yang dijalankan adalah untuk mengurangkan risiko

pekerjaan. Keselamatan adalah tanggungjawab bersama di antara organisasi, pihak pengurusan dan juga

pekerja. Ini hanya boleh dilaksanakan dengan jayanya sekiranya semua pihak memberi kerjasama untuk

mempraktikkannya di tempat kerja. Perubahan yang dilakukan mestilah bermula dari dalam organisasi itu

sendiri. Ia mengambil masa yang agak lama dan memerlukan kerja keras semua pihak untuk memastikan

kejayaan jangka panjang sesebuah organisasi (Walters, 1970). Kejayaan sistem keselamatan ini bergantung

kepada penyertaan dan kerjasama majikan dan pekerja dalam membuat polisi dan menyediakan ruang

untuk memberi maklum balas demi untuk penambahbaikkan yang berterusan (Abudayyeh et al., 2006).

AKKP mempunyai kerangka perundangan yang luas berdasarkan kepada falsafah bahawa ‘tanggungjawab

untuk memastikan keselamatan dan kesihatan terletak pada mereka yang mewujudkan risiko dan mereka

yang bekerja dengan risiko’. Di bawah seksyen 15 AKKP, majikan bertanggungjawab untuk memastikan

keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerjanya. Tanggungjawab majikan ini tertakluk kepada

frasa ‘setakat yang praktik’. Setakat hari ini, frasa ‘setakat yang praktik’ tidak pernah ditafsir dan

dipertimbangkan dalam memutuskan penghakiman mahkamah di Malaysia. Walau bagaimanapun, AKKP

telah memperuntukkan beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh majikan seperti teruknya bahaya atau

risiko yang terlibat; tahap pengetahuan mengenai bahaya atau risiko dan cara untuk menghapuskan atau

mengurangkan bahaya atau risiko; kesediaan dan kesesuaian cara untuk menghapuskan atau mengurangkan

bahaya atau risiko; dan juga kos menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko.

Komitmen majikan dalam menyediakan tempat kerja yang selamat boleh dilihat menerusi Dasar Am

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di satu-satu tempat kerja. Dasar ini adalah pernyataan iltizam

majikan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat (Bahari, 2006; Hapriza Ashari,

2004). Ini tidak mungkin dicapai dengan mudah tanpa sokongan daripada pihak pengurusan dan perkiraan

yang teliti dan terancang supaya dasar yang dibentuk boleh dilaksanakan dengan jayanya.

Dasar yang dibentuk hanya boleh direalisasikan dengan adanya organisasi yang bertanggungjawab untuk

melaksanakan gerak kerja bagi mencapai matlamat dasar tersebut. Jawatankuasa Keselamatan dan

Kesihatan (JKK) dan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (PKK) adalah dua komponen utama dalam

sistem pentadbiran di tempat kerja yang menjadi mekasnisma penting untuk merealisasikan dasar ini di

tempat kerja. Peruntukan di bawah sekyen 30 dan 31 AKKP mewajibkan sebuah JKK ditubuhkan sekiranya

jumlah pekerja adalah empat puluh orang atau lebih. JKK hendaklah berunding dengan majikan untuk

membuat dan menyenggarakan perkiraan yang membolehkan majikan dan pekerja bekerjasama dengan

berkesan. Menurut Kamal (2014), perkiraan merujuk kepada sistem, prosedur, dan program yang diatur

bagi menjaga keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Komponen ini akan menggariskan prosedur

bagaimana untuk mengenal pasti bahaya dan potensi risiko di tempat kerja. Perkiraan juga menetapkan

cara bagaimana dasar ini perlu dilaksanakan seperti program latihan keselamatan dan kesihatan, maklumat

tentang bahaya dan potensi risiko yang sedia ada, kaedah kerjasama di antara pekerja dan pihak pengurusan

dan juga kaedah-kaedah yang berhubung dengan keselamatan dan kesihatan.

Kegagalan pihak pengurusan untuk merancang, mengurus dan melaksanakan sistem pengurusan ini

menjadi punca kepada kemalangan. Di samping komitmen daripada pihak majikan dan kerjasama daripada

pekerja, tiga langkah utama perlu diambil untuk memastikan tempat kerja sentiasa selamat iaitu mengenal

pasti hazad, penilaian risiko dan mengawal risiko tersebut (Hamid, Yusuf, & Singh, 2003). Hazad adalah

apa-apa sahaja secara sendirian atau bergabung dengan apa-apa sahaja yang berpotensi menyebabkan

kemudaratan sehingga mengakibatkan kematian atau kecederaan (Bahari, 2006). Analisis hazad di tempat

kerja secara sistematik adalah perlu untuk mengenalpasti hazad dan mengesyorkan tindakan pembetulan.

Hazad-hazad ini mungkin tidak akan bertindak secara sendirian tetapi berkemungkinan boleh

bertindakbalas dengan hazad yang lain dan menghasilkan hazad yang baru.

Risiko pula adalah kebarangkalian kemalangan yang mungkin akan berlaku akibat hazad yang ada. Risiko

juga boleh ditaksir dan penaksiran risiko ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti hazad. Mengenalpasti

Page 6: PENGUATKUASAAN KESELAMATAN PEKERJAAN DI · PDF fileilmu perundangan semata-mata tetapi mestilah berpandukan ... oleh PERKESO pada tahun 2015, bilangan kes ... maut telah berlaku di

501

hazad melibatkan penilaian kritikal terhadap semua aktiviti dengan mengambil kira hazad kepada pekerja

dan mana-mana pihak yang terlibat dengan penggunaan produk, perkhidmatan dan juga bahan (Sariwati

Mohd Shariff, 2011) serta menentukan aras dan magnitud hazad (Bahari, 2006). Maklumat kebarangkalian

berlakunya kemalangan membolehkan keputusan dibuat samada untuk menghilangkan hazad atau

mengawal risiko hazad. Sekiranya hazad tidak boleh dihapuskan dari persekitaran kerja, alat pelindung diri

mestilah menjadi tuntutan wajib di tempat kerja. JKK juga akan berkerjasama dengan PKK untuk

menjalankan pemeriksaan, penyiasatan dan memberi cadangan untuk penambahbaikkan sistem

keselamatan di tempat kerja. Semua peranan dan tanggungjawab PKK telah diperuntukkan di bawah

peraturan khusus yang dikenali sebagai Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.

Pemeriksaan adalah amalan yang mesti dilakukan di tempat kerja. Pemeriksaan keselamatan inilah yang

boleh mengekalkan keadaan selamat di tempat kerja dan memantau amalan kerja tidak selamat yang

mungkin dilakukan oleh pekerja. Keselamatan di tempat kerja akan terjamin sekiranya mendapat komitmen

dari pihak pengurusan, suasana kerja selamat dan pekerja mengamalkan cara kerja selamat (Reese, 2008).

ILMU KEJURUTERAAN DALAM PENGUATKUASAAN KESELAMATAN DI TEMPAT

KERJA

Di samping ilmu pengurusan dan ilmu perundangan, ilmu kejuruteraan juga penting untuk menangani isu-

isu keselamatan di tempat kerja. Seorang jurutera mempunyai potensi yang lebih besar untuk memberi

kesan dari aspek keselamatan di tempat kerja berbanding orang lain. Ini kerana tugas jurutera melibatkan

proses mereka bentuk sistem di peringkat awal yang secara langsung boleh mengawal risiko dan

mengelakkan pendedahan kepada kemalangan di tempat kerja. Permasalahan yang timbul biasanya

disebabkan oleh reka bentuk jentera, loji dan juga peralatan yang menjadi punca kepada berlakunya

kecederaan. Semua permasalahan ini bukanlah perkara baru dan ianya perlu dipertimbangkan sebelum

majikan membuat keputusan untuk membeli atau menggunakan mana-mana jentera di tempat kerja mereka

(Driscoll, Harrison, Bradley, & Newson, 2008).

Keselamatan mestilah menjadi keutamaan dan hendaklah dipertimbangkan sewajarnya sejak dari awal lagi.

Oleh itu, skop kerja jurutera adalah memfokuskan reka bentuk struktur kekal sesuatu projek. Aspek reka

bentuk projek mestilah dititikberatkan kerana ianya merupakan faktor yang menyumbang kepada

kemalangan. Reka bentuk yang dibuat juga adalah untuk menghapuskan atau mengelakkan hazad. Ini

menjadi keutamaan jurutera sebelum memulakan kerja mereka bentuk. Ilmu kejuruteraan amat penting

dalam pemilihan tapak, proses mereka bentuk susun atur loji, serta pemilihan bahan-bahan mentah yang

mempengaruhi dan sekaligus mengurangkan hazad (Reese, 2008). Untuk memastikan hazad dalam sistem

keselamatan berada dalam peringkat minimum, keutamaan dalam sistem keselamatan adalah untuk mereka

bentuk sistem yang mempunyai risiko yang rendah sejak dari awal (Ray, 2006). Keselamatan di tempat

kerja boleh ditingkatkan dengan memberi lebih fokus dalam penambahbaikkan kejuruteraan dari segi

peralatan, kaedah dan bahan yang digunakan. Dalam masa yang sama, majikan menyediakan latihan dan

pendidikan untuk mengubah tingkah laku pekerja ke arah yang lebih positif demi membudayakan cara

kerja selamat di tempat kerja (Abudayyeh et al., 2006).

Dalam bidang pembinaan contohnya, tanggungjawab besar dipikul oleh jurutera dalam mereka bentuk

projek pembinaan yang selamat dengan mengambil kira keselamatan buruh binaan. AKKP dan AKJ telah

menyediakan peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan yang terperinci yang memberikan

kemudahan dalam penguatkuasaannya. Dalam menangani isu-isu keselamatan yang berhubungkait dengan

pembinaan, kedua-dua Akta inilah yang bertanggungjawab untuk mengawal selia aktiviti-aktiviti

pembinaan dalam industri pembinaan di Malaysia. Takrif ‘kilang’ di bawah seksyen 2 AKJ merangkumi

mana-mana premis, tempat atau ruang yang mana pengendalian bangunan atau kerja kejuruteraan binaan

dijalankan. Oleh itu, AKJ dan Peraturan yang digubal di bawahnya mestilah dipatuhi dalam menjayakan

projek-projek pembinaan. AKJ telah menggubal peraturan khusus berhubung pembinaan bangunan yang

dikenali sebagai Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan

Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986 (BOWECS). BOWECS terpakai bagi kendalian bangunan dan bagi

kerja-kerja pembinaan bangunan.

Page 7: PENGUATKUASAAN KESELAMATAN PEKERJAAN DI · PDF fileilmu perundangan semata-mata tetapi mestilah berpandukan ... oleh PERKESO pada tahun 2015, bilangan kes ... maut telah berlaku di

502

Dalam memilih tapak bagi satu-satu projek, jurutera hendaklah mengambil kira faktor muka bumi,

topografi tapak, arah angin, laluan air bawah tanah, pengangkutan, pekerja dan juga masyarakat setempat.

Di samping itu juga, tapak bina mestilah berpagar untuk mengelakkan berlakunya pencerobohan yang

boleh menyebabkan kecederaan bukan sahaja kepada penceroboh tetapi juga kepada pekerja. Dalam

melaksanakan kerja-kerja pembinaan, jurutera bertanggungjawab untuk memastikan acuan dan

penyanggah dalam kerja-kerja konkrit dirembat atau diikat sekali dengan sempurna. Kerja ini turut dibantu

oleh Penyelia Keselamatan Tapak Bina. Struktur acuan hendaklah direkabentuk oleh jurutera dan

Pemeriksa akan merujuk kepada rekabentuk yang telah dibuat apabila hendak memeriksa acuan tersebut.

Penanggalan acuan dan penyanggah juga ditentukan oleh jurutera dan tidak boleh dimulakan sehinggalah

ianya diluluskan. Begitu juga dari segi pemasangan keluli struktur dan konkrit siap tuang. Jurutera akan

memastikan tiada struktur yang menanggung beban boleh menjadi lemah apabila dipotong atau dibuat

lubang. Platform tadah yang dibina di sepanjang permukaan luar dinding yang bertujuan untuk

mengelakkan kecederaan kepada orang ramai dan juga orang yang bekerja di bawahnya direkabentuk oleh

jurutera. Lukisan dan rekabentuk perancah juga akan dibuat oleh jurutera sekiranya perancah tersebut

adalah perancah tiub logam yang melebihi 40 meter tinggi dan perancah yang lain melebihi 15 meter tinggi.

Ini jelas menunjukkan bahawa peranan dan tanggungjawab jurutera amatlah penting dalam memastikan

keselamatan bukan hanya semasa dalam pembinaan tetapi selamat untuk digunakan apabila bangunan

tersebut siap dibina.

Melalui peruntukan yang disediakan di bawah BOWECS, jelas menunjukkan bahawa peranan jurutera dan

ilmu kejuruteraan tidak boleh dipisahkan dalam bidang pembinaan. Ini bermakna ilmu kejuruteraan juga

mestilah dikuasai oleh majikan, JKK, PKK dan juga pihak penguatkuasa yang datang membuat

pemeriksaan. Memang tidak dinafikan disetiap tapak bina, jurutera professional akan dilantik bagi

memudahkan kerja-kerja pembinaan. Namun begitu, keselamatan adalah lebih terjamin sekiranya semua

yang terlibat mengambil langkah berjaga-berjaga dan memberi kerjasama bagi memastikan tempat kerja

sentiasa selamat.

Bidang kuasa AKJ hanya terhad dalam sektor pembuatan, pengkuarian, perlombongan ataupun pembinaan

sahaja. Sektor-sektor ini banyak menggunakan jentera dalam melaksanakan kerja. Jentera tertentu yang

tidak boleh dikendalikan tanpa kakitangan yang diperakukan hendaklah berada di bawah jagaan seorang

jurutera. Menurut seksyen 3 AKJ, "jentera" termasuklah dandang stim, bejana tekanan tidak berapi,

penggerak utama, silinder gas, bekas gas, mesin angkat dan takal, jentera penghantaran, jentera dipacu, dan

apa-apa kelengkapan untuk menuang, mengimpal atau mengelektroenapan logam dan untuk menyembur

dengan cara tekanan gas atau udara logam atau bahan lain, tetapi tidaklah termasuk—

(a) apa-apa jentera yang digunakan bagi menggerakkan kenderaan selain dandang stim atau enjin stim;

(b) apa-apa jentera yang dijalankan dengan tenaga manusia selain mesin angkat;

(c) apa-apa jentera yang digunakan semata-mata bagi maksud persendirian dan domestik; atau

(d) mesin pejabat;

Kesemua jentera-jentera ini akan diperiksa secara berkala oleh Pemeriksa dalam tempoh yang ditetapkan

dan mengikut cara-cara yang telah ditetapkan. Kerjasama mestilah diberikan kepada Pemeriksa untuk

memudahkan Pemeriksa menjalankan tugasnya. Jurutera yang bertanggungjawab menjaga jentera

hendaklah memperbaiki kerosakan jentera tersebut sekiranya terdapat kerosakan yang boleh menyebabkan

kecederaan. Sekiranya jentera tersebut tidak boleh diperbaiki lagi, pengendalian jentera tersebut hendaklah

dihentikan. Di samping AKJ, terdapat peraturan khusus berkenaan dengan pemagaran jentera sebagaimana

yang termaktub di bawah Peraturan-Peraturan (Pemagaran Jentera dan Keselamatan) Kilang dan Jentera

1970. Jentera yang digunakan adalah direka untuk menggerudi, memotong, mericih, menajamkan besi,

plastik dan seumpamanya. Sekiranya perlindungan yang sesuai tidak dibuat atau pekerja gagal untuk

mematuhi langkah keselamatan yang sepatutnya dilakukan, kejadian yang tidak diingini akan berlaku.

Anggota badan boleh terluka, terpotong, tersepit, tertusuk, patah malah boleh terputus. Oleh itu, setiap

bahagian jentera pacu, penggerak utama dan jentera penghantaran hendaklah dipagar. Peraturan-Peraturan

Page 8: PENGUATKUASAAN KESELAMATAN PEKERJAAN DI · PDF fileilmu perundangan semata-mata tetapi mestilah berpandukan ... oleh PERKESO pada tahun 2015, bilangan kes ... maut telah berlaku di

503

(Pemagaran Jentera dan Keselamatan) Kilang dan Jentera 1970 memperincikan langkah-langkah

pemagaran setiap satu jentera dan langkah-langkah keselamatan jentera yang digunakan.

AKJ adalah perundangan yang bersifat preskiptif yang mana ianya menyebut secara terperinci dan

menyatakan satu persatu segala prosedur dan langkah yang perlu diambil oleh majikan. Ini menjadikan

AKJ tidak relevan kerana ianya tidak boleh disesuaikan dengan perkembangan pesat teknologi. Jentera

yang digunapakai 20 tahun lepas mungkin sudah tidak digunapakai lagi pada hari ini. Teknologi yang kini

berkembang dengan pesat dan berubah hampir setiap hari menjadikan perundangan preskriptif yang sedia

ada ini tidak sesuai digunapakai untuk semua sektor. Oleh itu, AKKP akan mengambil alih peranan AKJ

sekiranya AKJ tidak boleh digunakan dalam keadaan tertentu. Ini bermakna, ilmu kejuruteraan amat

signifikan demi untuk memastikan tempat kerja sentiasa selamat.

ILMU PERUNDANGAN DALAM PENGUATKUASAAN KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

Pemeriksaan dalaman merangkumi pemeriksaan yang dibuat oleh pekerja, penyelia, JKK atau PKK yang

boleh dilakukan setiap hari untuk memastikan peralatan dan jentera yang akan digunakan selamat serta

kawasan tempat kerja juga turut selamat (Sariwati Mohd Shariff, 2011). Pemeriksaan dalaman ini dibuat

secara berkala, terancang dan teratur. Ini merupakan langkah proaktif yang dilakukan oleh majikan dalam

mengenalpasti potensi permasalahan keselamatan, potensi kelemahan peralatan yang digunakan dan juga

memastikan pekerja membudayakan cara kerja yang selamat. Pemeriksaan kendiri yang dibuat oleh

majikan adalah bertujuan untuk menilai prestasi keselamatan di tempat kerja sendiri samada ianya seiring

dengan perundangan yang sedia, di samping mengambil langkah-langkah susulan untuk mengatasi

ketidakpatuhan majikan (Guidance on workplace health and safety inspections, 2005).

Pemeriksaan yang dilakukan oleh JKKP pula dilakukan oleh pegawai penguatkuasa tanpa memberikan

apa-apa notis kepada majikan. Ini bertujuan untuk mengelakkan majikan membetulkan semua

ketidakpatuhan ketika menjalankan kerja sebelum pemeriksaan dilakukan. Sekiranya ini berlaku, matlamat

akta tidak akan tercapai kerana apa yang dilakukan majikan adalah semata-mata untuk mengelakkan

tindakan diambil ke atas tempat kerja mereka (O’Brien, 1974) dan bukan disebabkan kesedaran yang

timbul untuk menjaga keselamatan dan kebajikan pekerjanya. Pemeriksaan awal, ulangan, dan tambahan

ke atas dandang stim, pengandung tekanan tak berapi, mesin angkat, kilang dan pepasangan adalah antara

contoh pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasa.

Pegawai penguatkuasa hanya perlu menunjukkan kad kuasa sahaja untuk memasuki premis pekerjaan pada

bila-bila masa yang munasabah. Frasa ‘bila-bila masa yang munasabah’ diputuskan mengikut kes yang

terlibat. Sekiranya kes tersebut memerlukan pegawai penguatkuasa melakukan pemeriksaan serta merta,

mereka boleh memasuki premis walaupun di luar waktu kerja. Seksyen 41 AKKP membenarkan pegawai

penguatkuasa memasuki tempat kerja tanpa waran. Ini berlaku sekiranya pegawai penguatkuasa khuatir

segala bahan bukti yang ada di tempat kerja akan dialihkan atau dimusnahkan. Pegawai penguatkuasa boleh

memecahkan pintu dan menggunakan kekerasan untuk memasuki mana-mana premis tempat kerja. Untuk

membuat penyitaan, pegawai penguatkuasa mestilah menyediakan satu senarai barangan yang disita dan

menyerahkan satu salinan kepada penghuni premis tersebut. Notis perbaikkan dan notis larangan boleh

dikeluarkan oleh pegawai penguatkuasa mengikut tahap risiko dan bahaya tempat kerja. Kedua-dua notis

ini tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya oleh pegawai penguatkuasa. Penilaian mestilah dibuat

berdasarkan maklumat yang jelas dan kukuh untuk membuat keputusan yang tepat sebelum notis

dikeluarkan bagi mengelakkan ketidakpuasan hati majikan (Kamal, 2007). Pengetahuan mengenai

peruntukan undang-undang serta semua peraturan yang berkaitan dengan keselamatan di tempat kerja

sahaja tidak cukup untuk pegawai penguatkuasa membuat keputusan. Pengetahuan luas berhubung

pengurusan tempat kerja dan ilmu kejuruteraan diperlukan untuk memastikan penilaian yang dibuat tepat

dan tidak boleh dipertikaikan oleh majikan.

Pemeriksaan juga akan dilakukan selepas mendapat laporan dari mana-mana pihak. Aduan boleh dilakukan

oleh pekerja atau orang awam yang mendapati majikan gagal untuk mematuhi peruntukan perundangan

yang sedia ada. Kadang-kadang yang membuat laporan ialah PKK yang sudah muak dengan majikan yang

sering melanggar undang-undang. Sekiranya berlaku kemalangan di mana-mana premis pekerjaan, majikan

Page 9: PENGUATKUASAAN KESELAMATAN PEKERJAAN DI · PDF fileilmu perundangan semata-mata tetapi mestilah berpandukan ... oleh PERKESO pada tahun 2015, bilangan kes ... maut telah berlaku di

504

bertanggungjawab untuk melaporkan kejadian tersebut kepada cawangan JKKP yang terdekat secepat

mungkin. Ini diperuntukkan di bawah seksyen 32 AKKP dan seksyen 31 dan 32 AKJ. Peraturan-Peraturan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya,

Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 telah menetapkan tempoh sebanyak tujuh hari bekerja

untuk majikan membuat laporan. Kemalangan yang berlaku mestilah terbit atau berkait dengan kerja yang

menyebabkan kematian atau kecederaan tubuh badan yang serius yang menghalang pekerja tersebut dari

meneruskan kerja secara normal lebih dari empat hari bekerja atau kejadian berbahaya yang berlaku di

tempat kerja.

PENUTUP

Penguatkuasaan keselamatan pekerjaan di tempat kerja tidak boleh dilihat dari sudut perundangan semata-

mata. Undang-undang yang ada hanya sekadar mekanisma untuk memastikan pematuhan undang-undang.

Keselamatan mestilah menjadi satu nilai murni dan budaya yang wajib diterapkan di tempat kerja dengan

sokongan padu daripada semua pihak. Pengurusan yang cemerlang disokong dengan penambahbaikkan

kejuruteraan di tempat kerja menjadikan tempat kerja lebih selamat. Pendidikan dan latihan mestilah

diberikan kepada pekerja dari masa ke semasa bagi membolehkan mereka mempraktikkan cara kerja

selamat setiap masa. Ilmu perundangan, pengurusan dan kejuruteraan mestilah dikuasai dengan baik oleh

pihak pengurusan, pekerja dan juga pihak penguatkuasa. Pihak penguatkuasa akan menjalankan

penguatkuasaan undang-undang dengan lebih berkesan dengan adanya ilmu pengurusan dan kejuruteraan.

Sistem pengurusan keselamatan tempat kerja yang dilakukan oleh majikan juga pasti akan berjalan lancar

andai semua aspek perundangan dan kejuruteraan diambil kira dalam setiap keputusan yang dibuat. Ini

jelas menunjukkan bahawa ketiga-tiga ilmu ini saling menyokong dan menguatkan demi memastikan

tempat kerja sentiasa selamat.

RUJUKAN

Abdelhamid, T. S., & Everett, J. G. . (2000). Identifying Root Causes of Construction Accidents. Journal

of Construction Engineering and Management, January//F, 53–60.

Abudayyeh, O., Fredericks, T. K., Butt, S. E., & Shaar, A. (2006). An investigation of management’s

commitment to construction safety. International Journal of Project Management, 24(2), 167–174.

https://doi.org/10.1016/j.ijproman.2005.07.005

Bahari, I. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Edisi Kedu). Mc Graw Hill

Education.

Charehzehi, A., & Ahankoob, A. (2012). Enhancement of safety performance at construction site.

International Journal of Advances in Engineering & Technology, 5(1), 303–312.

Driscoll, T. R., Harrison, J. E., Bradley, C., & Newson, R. S. (2008). The Role of Design Issues in Work-

Related Fatal Injury in Australia. Journal of Safety Research, 39(2), 209–214.

https://doi.org/10.1016/j.jsr.2008.02.024

Getting to Grips With the Human Factor: A Guide for Trainer. (2013). Nature Clima (Vol. 3).

https://doi.org/10.1038/nclimate1824

Goetsch, D. L. (2011). Occupational Safety and Health for Technologists, Engineers, and Managers (7th

ed). United States: Pearson.

Guidance on Workplace Health and Safety Inspections. (2005).

Gunningham, N. (1984). Safeguarding the Workers. Sydney: The Law Book Company Limited.

Hamid, A. R. A., Yusuf, W. Z. W., & Singh, B. (2003). Hazards at construction sites. Proceedings of the

5th Asia-Pacific Structural Engineering and Construction Conference (APSEC 2003), (August), 26–28.

Page 10: PENGUATKUASAAN KESELAMATAN PEKERJAAN DI · PDF fileilmu perundangan semata-mata tetapi mestilah berpandukan ... oleh PERKESO pada tahun 2015, bilangan kes ... maut telah berlaku di

505

Hapriza Ashari. (2004). Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan: Tanggungjawab Siapa? Jurnal

Kemanusiaan, 3(October), 73–83.

Hassan, K. H. (2007). Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. In Siri Perkembangan

Undang-Undang Di Malaysia: Undang-Undang Pekerjaan (pp. 212–257). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hassan, K. H., & Rozanah Ab.Rahman. (2014). Undang-undang keselamatan industri di Malaysia (2nd

Editio). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hughes, P., & Ferrett, E. (2008). Introduction to health and safety in construction (2nd Ed). London:

Elsevier Ltd.

Mansur, M., & Peng, H. S. (2009). Keberkesanan Latihan Keselamatan dan Kesihatan dalam

Mengurangkan Kemalangan di Tempat Kerja. Prosiding Perken IV, 2, 293–324.

Michael, J. H., Evans, D. D., Jansen, K. J., & Haight, J. M. (2005). Management commitment to safety as

organizational support: Relationships with non-safety outcomes in wood manufacturing employees.

Journal of Safety Research, 36(2), 171–179. https://doi.org/10.1016/j.jsr.2005.03.002

Muscatello, J. R., & Heshizer, B. P. (2002). Safety teams: Government and business organizations want

them and use them, but are they legal? Journal of Safety Research, 33(1), 21–32. Retrieved from

http://www.sciencedirect.com/science/article/B6V6F-45BMD5M-

2/2/1c4018bb9d8280c562f893b1faecaa68

O’Brien, W. J. (1974). Occupational Safety and Health Inspections. Gonzaga Law Review, 9, 555.

Ray, P. S. (2006). System Safety Engineering. In Adedeji B. Badiru (Ed.), Handbook of Industrial and

Systems Engineering. Taylor & Francis Group.

Reese, C. D. (2008). Occupational Health and Safety Management (2nd ed). United States: CRC Press.

Sariwati Mohd Shariff. (2011). Occupational Safety and Health (OSH) Management: Using New OBE

Curriculum. UiTM Press.

Selamat, M. N., & Surienty, L. (2013). The Occurences of Industrial Accident: An Insight from Malaysia.

In Proceedings of the 2nd Applied International Business Conference (AIBC2013), 7-8 December 2013

(pp. 334–348).

Simpson, R. C. (1973). Safety and Health at Work: Report of the Robens Committee 1970-72. The Modern

Law Review, 36(2), 192.

Vredenburgh, A. G. (2002). Organizational safety. Journal of Safety Research, 33(2), 259–276.

https://doi.org/10.1016/S0022-4375(02)00016-6

Walters, D. (1970). OSHA: Laws alone don’t solve problems. Laboratory Health & Safety, 9098(2), 9098.