penglibatan ibubapa

Upload: jaridah-othman

Post on 13-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

3.0 Kesan positif penglibatan keluarga dalam aktiviti prasekolah terhadap murid, guru dan ibu bapa

Menurut Rohaty, Azhar dan Nor Lizalina (2002), yang melaporkan bahawa penglibatan ibubapa terbatas kepada hal yang lebih bersifat fizikal dan sosial seperti mengiringi kanak-kanak dalam lawatan, melibatkan diri semasa hari penyampaian sijil atau hari sukan. Aktiviti yang telah dilaksanakan ialah lawatan ke Cameron Highland. Guru telah bekerjasama dengan pihak ibubapa atau penjaga murid-murid prasekolah bagi melibatkan diri dalam lawatan tersebut. Lawatan tersebut dilaksanakan kerana ia merupakan satu inisiatif dan jalan terbaik untuk menggalakkan hubungan sosial antara pihak sekolah dengan pihak ibubapa. Melalui pelaksanaan lawatan atau aktiviti yang melibatkan kedua-dua pihak, terdapat banyak kesan positif yang boleh dilihat dan diambil perhatian untuk tindakan susulan. Antara kesan positif terhadap murid-murid prasekolah ialah murid dapat mengukuhkan pembelajaran dan pemahaman mereka terhadap persekitaran semasa aktiviti melawat ke tempat yang menarik. Murid dapat mempelajari sesuatu bahan dari persekitaran melalui pemerhatian menggunakan pancaindera seperti mata dan juga telinga. Contohnya, murid dapat melihat rama-rama berterbangan semasa melawat Taman Rama-Rama seterusnya dapat mengaitkannya dengan lagu Rama-Rama yang menceritakan kitaran hidup rama-rama. Manakala pengukuhan pembelajaran kemahiran mendengar apabila murid dapat meneka bunyi haiwan yang didengarinya serta deria rasa mereka dapat diperkukuhkan apabila murid-murid dapat merasa sendiri rasa buah strawberi di Cameron Highland. Selain itu, kesan positif yang boleh diperolehi ialah murid-murid mendapat pengalaman baru yang sangat bermakna dan boleh dikongsi bersama ibubapa, rakan-rakan serta guru prasekolah. Pengalaman seperti menikmati udara yang nyaman dan sejuk di kawasan peranginan seperti Cameron Highland. Pengalaman tersebut juga boleh dijadikan sebagai motivasi kepada murid-murid untuk belajar bersungguh-sungguh dan bersikap baik terhadap semua orang sekiranya mahu mengikuti lawatan atau aktiviti lain. bersama guru dan ibubapa mereka. Aktiviti lawatan bersama ibubapa juga memberi kesan terhadap murid apabila murid boleh berkongsi kegembiraan dan keseronokan bersama orang tersayang. Murid seronok meluahkan perasaan dan pandangan mereka mengenai lawatan tersebut dan seterusnya dapat menggalakkan kemahiran sosial antara murid dengan ibubapa mereka. Contohnya, apabila di rumah murid atau anak tidak dapat berbual bersama ibubapa yang sibuk bekerja dan melalui lawatan tersebut, kemahiran sosial dapat dipertingkatkan supaya proses perkembangan anak-anak baik dari semua aspek. Kesan lain ialah tahap keyakinan diri murid-murid semakin tinggi apabila guru mengadakan sesi refleksi bersama murid-murid selepas lawatan. Guru meminta murid-murid menceritakan pengalaman dan pengetahuan yang telah diperolehi sepanjang lawatan ke Cameron Highland dan murid berkeyakinan untuk bercerita kerana merasai sendiri pengalaman tersebut. Selain daripada kesan positif mengenai pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi melalui lawatan tersebut, nilai dan sikap murid juga semakin baik dan mengalami perubahan positif. Murid-murid boleh mengikut peraturan, arahan guru dan menyayangi haiwan serta alam sekitar hasil daripada pelaksanaan lawatan tersebut. Contohnya, murid-murid prasekolah tidak lagi menyakiti haiwan dan memetik daun-daun pada pokok sebaliknya membantu guru membersihkan kawasan prasekolah seperti membuang sampah ke dalam bakul sampah. Tiga aspek utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam prasekolah telah dikenalpasti sebagai kesan positif terhadap murid-murid prasekolah melalui aktiviti lawatan tersebut yang melibatkan ibubapa atau keluarga. Seterusnya, kesan positif terhadap guru prasekolah yang melibatkan keluarga atau ibubapa dalam aktiviti lawatan tersebut ialah hubungan guru dan ibubapa bertambah erat dan baik kerana guru berpeluang berbual dan berkongsi idea serta pendapat mengenai murid prasekolah. Hubungan erat tersebut dapat diperkukuhkan melalui aktiviti lawatan atau aktiviti lain di prasekolah. Guru juga dapat menilai keakraban hubungan antara murid-muridnya dengan ibubapa atau keluarga masing-masing semasa aktiviti prasekolah. Penilaian tersebut juga membantu guru mengetahui tahap kemahiran sosial dan emosi murid-murid apabila berinteraksi bersama ahli keluarga walaupun secara tidak formal. Guru boleh merekod penilaian tersebut di dalam rekod perkembangan murid-murid prasekolah seterusnya dapat membantu guru menghadapi masalah yang dihadapi murid-murid di prasekolah. Sebagai contoh, guru memerhati seorang murid yang bercakap kurang sopan dengan rakan-rakannya di prasekolah dan semasa aktiviti lawatan dijalankan ibubapa murid tersebut turut mengiringi murid tersebut dalam lawatan ke Cameron Highland. Guru dapat memerhati dan mendengar perbualan antara murid dengan bapa murid tersebut adalah kasar dan kurang sopan. Dari situasi tersebut, kesan positif terhadap guru ialah guru dapat menilai seterusnya cuba mengambil tindakan susulan seperti menegur percakapan murid yang kurang sopan serta berbincang dengan ibubapa murid tersebut. Selain itu, melalui penglibatan keluarga dalam aktiviti prasekolah memberi kesan positif terhadap guru prasekolah apabila proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat dijalankan secara berterusan tidak kira tempat atau masa kerana guru dapat berkolaborasi bersama ibubapa atau ahli keluarga murid untuk mengukuhkan pengetahuan dan memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. Murid-murid belajar meneroka sendiri dan bercambah idea walaupun proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di luar kelas iaitu semasa aktiviti lawatan sambil belajar. Di samping itu, keyakinan diri dan minat guru semakin berkembang untuk mengadakan aktiviti prasekolah yang melibatkan keluarga murid-murid kerana guru berpeluang berinteraksi dan berkenalan dengan lebih rapat dengan ibubapa murid-murid secara tidak formal dan dapat memberi kematangan fikiran serta penyelesaian masalah pembelajaran yang dihadapi beberapa orang murid prasekolah. Luahan idea dan pendapat bersama ibubapa murid-murid boleh membantu guru menangani masalah murid-murid prasekolah contohnya masalah tingkah laku murid-murid.Kesan positif terhadap pihak ibubapa pula ialah ibubapa dapat meluangkan masa yang begitu berharga bersama anak-anak semasa mengiringi anak-anak dalam lawatan prasekolah. Ibubapa dapat menyemai rasa kasih sayang mereka kepada anak-anak seterusnya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga. Emosi ibubapa dan anak-anak juga dapat diseimbangkan dan diubah kepada emosi yang positif serta kemahiran sosial antara ibubapa dengan anak-anak semakin baik. Kesan positif lain adalah ibubapa dapat mengenali guru prasekolah dan keluarga murid-murid lain seterusnya mewujudkan sikap kerjasama antara satu sama lain dan menambah kenalan serta berbincang mengenai pelajaran anak-anak. Perkenalan antara ibubapa dengan guru sangat penting kerana kedua-dua pihak perlu bersepakat untuk membantu proses pembelajaran dan perkembangan anak-anak secara holistik iaitu proses pembelajaran anak-anak adalah secara berterusan iaitu di rumah dan juga di sekolah. Kesan lain adalah ibubapa lebih celik akal apabila melihat sendiri pengajaran guru prasekolah tidak bertumpu kepada aktiviti di dalam kelas sebaliknya melalui pelbagai aktiviti luar seperti lawatan ke tempat menarik mampu memberi ilmu secara tidak langsung kepada anak-anak mereka. Ibu bapa akan bersikap lebih profesional dan matang serta memahami konsep pengajaran guru prasekolah yang berbeza dengan guru dari arus perdana. Seterusnya, ibubapa dapat mengenalpasti kelebihan dan kelemahan anak-anak mereka apabila melihat cara anak-anak bergaul dengan rakan-rakan. Ibubapa dapat melihat perbezaan dari segi sikap, pergaulan serta pengetahuan anak-anak mereka apabila berinteraksi dengan ibubapa, ahli keluarga, guru dan rakan sebaya. Menerusi pemerhatian perbezaan yang boleh diperolehi daripada aktiviti lawatan prasekolah, ibubapa dapat berbincang dengan guru prasekolah berkaitan hal tersebut. Selain itu, ibubapa juga belajar menjadi pendengar yang setia apabila anak-anak seronok menceritakan pengalaman dan meluahkan pandangan mereka mengenai aktiviti tersebut yang telah dilaksanakan oleh guru serta hasil kerjasama dengan pihak ibubapa. Ibubapa menjadikan guru sebagai role model apabila ibubapa dapat melihat guru melayan semua kerenah dan cerita murid-murid prasekolah dan seterusnya ibubapa menjadikan diri sendiri sebagai role model untuk anak-anak mereka. Anak-anak akan berasa lebih dihargai dan disayangi ibubapa mereka.

4.0 Kaedah penglibatan ibubapa/komuniti dalam aktiviti lawatan

Ibubapa merupakan pendidik pertama dalam kehidupan murid-murid prasekolah kerana proses pembelajaran bermula dari rumah. Proses pembelajaran murid-murid berlaku secara berterusan dan tidak mengira tempat, masa atau keadaan. Peringkat umur 5 dan 6 tahun merupakan satu peringkat yang aktif dari segi fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani dan mereka menggunakan pelbagai deria untuk belajar dan menambah pengetahuan. Ibubapa dan guru bertanggungjawab memastikan anak-anak sentiasa belajar dan menimba pengalaman yang bermakna. Ibubapa perlu melibatkan diri secara aktif bagi menjayakan misi dan matlamat untuk melahirkan generasi yang berakhlak baik, intelektual, sihat dan cergas dalam menjalani kehidupan sebagai warganegara yang berjaya dalam semua aspek. Antara kaedah penglibatan ibubapa dalam aktiviti lawatan tersebut adalah ibubapa memberikan sumbangan tenaga dan membantu guru memastikan aktiviti tersebut berjaya. Sumbangan tenaga yang dimaksudkan ialah ibubapa membantu guru mengawasi keselamatan murid-murid prasekolah sepanjang lawatan tersebut. Ibubapa mengiringi sendiri anak-anak mereka dan memastikan program berjalan lancar serta menepati masa mengikut tentatif program yang telah disediakan. Sumbangan tenaga lain ialah ibubapa telah membantu guru mengangkat barang-barang keperluan sepanjang lawatan tersebut dan sikap kerjasama dapat dilihat menerusi aktiviti tersebut. Selain itu, ibubapa turut menyumbang kepakaran atau kemahiran dalam bidang fotografi dan dokumentasi sepanjang lawatan tersebut. Ibubapa dengan sukarelanya menggalas tanggungjawab untuk mengambil gambar dan mendokumentasikan sebagai bukti aktiviti tersebut telah dijalankan bersama guru, murid-murid dan ibubapa. Sumbangan kemahiran tersebut dapat membantu guru mendapatkan gambar-gambar yang menarik bersama ibubapa dan murid-murid prasekolah. Penglibatan ibubapa ini merupakan satu bonus kepada guru kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara dua pihak tersebut. Kaedah penglibatan ibubapa dalam lawatan tersebut juga turut membantu mengukuhkan pembelajaran anak-anak mereka. Ibubapa sentiasa mengamalkan amalan-amalan yang baik serta menjadi role model kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibubapa beramah mesra dan bercakap baik dengan guru bagi menunjukkan perlakuan yang mulia dan mencerminkan keperibadian yang ikhlas dan mesra. Ibubapa turut menunjukkan tingkah laku yang boleh dicontohi oleh anak-anak seperti beratur dalam barisan, sabar menunggu giliran, bersalaman antara satu sama lain dan membaca doa bersama guru dan murid-murid.Kaedah lain berkaitan penglibatan ibubapa secara aktif dalam lawatan atau program prasekolah adalah ibubapa memberi khidmat berbentuk kebajikan demi membantu guru menguruskan program tersebut dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Antara contoh khidmat kebajikan yang telah diberikan oleh ibubapa ialah memberi sumbangan dalam bentuk wang dan makanan sebagai bekalan sepanjang program dijalankan di Cameron Highland. Ibubapa turut memberi kerjasama kepada guru prasekolah dengan membayar yuran yang berpatutan dengan kos perjalanan serta penginapan di tempat lawatan. Sumbangan wang yang telah diberikan oleh pihak ibubapa dapat menampung kos perjalanan atau perbelanjaan program. Pihak ibubapa juga menggunakan kaedah penglibatan dalam menjadi Ahli Jawatankuasa program tersebut. Antara senarai Ahli Jawatankuasa yang terlibat adalah AJK pengangkutan dan penginapan sepanjang aktiviti lawatan. Ibubapa menggalas tanggungjawab menyediakan pengangkutan bas dan juga menyediakan rumah rehat di kawasan peranginan tersebut. Lantas, ia dapat meringankan kerja guru prasekolah kerana kerjasama yang baik dari pihak ibubapa. Selain itu, pihak ibubapa juga bertanggungjawab sebagai AJK dokumentasi sepanjang program yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Penglibatan ibubapa sebagai AJK program bermula dari perancangan menyediakan kertas kerja lawatan sehingga laporan dan dokumentasi selepas program tersebut. Gambar-gambar yang telah diambil telah ditampal di prasekolah sebagai kenangan manis dan juga sebagai bukti aktiviti tersebut mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sumbangan idea dan ibubapa sebagai rujukan juga dilihat berpotensi untuk mewujudkan suasana aktiviti lebih meriah dan seronok disamping itu murid-murid prasekolah dapat mempelajari sesuatu benda yang baharu melalui pemerhatian dan juga peniruan. Tentatif program juga telah disediakan oleh ibubapa hasil perbincangan dengan guru prasekolah. Sumbangan idea seperti perancangan masa yang sistematik dan terancang, aktiviti yang sesuai dengan perkembangan murid-murid, pencegahan kemalangan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini seperti kejadian tanah runtuh dan juga mendapatkan informasi yang berguna seterusnya mendapatkan nombor telefon pihak-pihak yang terdekat untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan seperti pihak polis, bomba dan hospital. Ibubapa juga sebagai rujukan guru prasekolah apabila berlaku sebarang kemusykilan atau masalah sepanjang program tersebut. Sumber rujukan tersebut dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik dengan cara menjalankan perbincangan untuk mencapai kata sepakat dan persetujuan dengan semua ibubapa murid-murid prasekolah. Setiap masalah pastinya ada jalan penyelesaian dan setiap ibubapa perlulah mempunyai sikap terbuka dan boleh menerima cadangan serta pandangan orang lain dan seterusnya meluahkan idea dan pandangan sendiri untuk membantu program lawatan tersebut berjalan lancar dan anak-anak seronok mengikuti lawatan tersebut. Komuniti juga melibatkan diri dalam lawatan tersebut seperti pihak hospital, bomba dan polis untuk memastikan keselamatan setiap ahli lawatan yang terdiri daripada murid-murid, ibubapa atau penjaga dan guru prasekolah. Aspek keselamatan diutamakan sepanjang program tersebut. Pihak komuniti seperti pemilik rumah rehat juga turut menyumbang sumbangan seperti memberikan diskaun atau pengurangan harga bilik penginapan semasa aktiviti tersebut. Sumbangan tersebut amat dihargai oleh guru prasekolah dan ibubapa murid-murid. Setiap kaedah penglibatan ibubapa atau komuniti dalam aktiviti lawatan tersebut adalah sangat baik dan memberangsangkan. Seterusnya ia dapat meningkatkan minat murid-murid dan proses perkembangan murid semakin mencapai tahap kematangan pada peringkat umur 5 dan 6 tahun. Aktiviti seperti ini perlulah giat dijalankan supaya ia dapat membantu proses pembelajaran murid-murid berkaitan persekitaran dan kehidupan serta mampu menerapkan nilai-nilai murni melalui aktiviti seperti ini yang melibatkan semua pihak. Ibubapa boleh menyumbang kepakaran mereka dalam membantu guru mengajar dan membimbing murid-murid dalam sukan seperti aktiviti Karnival Sukan Prasekolah. Kepakaran ibubapa diperlukan untuk memastikan murid-murid memperolehi kemahiran dalam bidang sukan serta dapat memupuk semangat kesukanan dalam diri setiap murid prasekolah. Selain itu, ibubapa boleh menyumbang tenaga membantu guru membaiki alat permainan luar di taman permainan prasekolah. Kepentingan alat permainan tersebut adalah dapat menggalakkan dan meningkatkan kemahiran motor kasar murid-murid prasekolah seterusnya meningkatkan kemahiran kognitif, sosial dan emosi melalui bermain. Sumbangan tenaga tersebut diperlukan untuk memberikan murid-murid berkembang secara holistik seperti yang dimahukan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Anak-anak atau murid-murid sangat memerlukan sokongan dari pihak ibubapa, komuniti dan guru untuk membantu mereka berjaya seterusnya dapat mengembangkan bakat semulajadi yang terdapat dalam diri setiap murid. Sokongan padu dari semua pihak akan melahirkan insan-insan yang berpotensi tinggi untuk mengharumkan nama agama, bangsa dan negara pada masa hadapan.