penglibatan dato’ salleh haji ahmad sebagai...

10
PENGLIBATAN DATO’ SALLEH HAJI AHMAD SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA SYARIAH (FATWA) NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN Mokhtaruddin bin Muhamad & Zuliza Bt Mohd Kusrin Abstrak Di Malaysia telah lahir beberapa tokoh agama yang memberikan sumbangan diperingkat pentadbiran negara dan masyarakat. Dato’ Salleh Haji Ahmad merupakan salah seorang tokoh agama yang perlu dikenali oleh masyarakat kerana penglibatan dan sumbangan beliau dalam pelbagai bidang. Walaubagaimanapun, belum ada kajian yang dibuat mengenai ketokohan dan sumbangan beliau menyebabkan beliau tidak dikenali oleh sebahagian masyarakat muslim. Objektif kertas kerja ini membincangkan latar belakang peribadi, akademik dan sumbangan beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah (fatwa) Negeri Perak Darul Ridzuan. Metodologi kajian ini adalah kajian perpustakaan, di mana data-data kajian dikumpul melalui temubual separa struktur bersama Dato’ Salleh serta 10 orang dikalangan sahabat-sahabat beliau semasa menuntut dan semasa bekerja yang rapat serta mengenali beliau. Data-data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif. Hasil penulisan mendapati Dato’ Salleh Haji Ahmad diiktiraf diperingkat kebangsaan sebagai seorang tokoh agama yang memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah masyarakat. Pengenalan Pepatah melayu ada menyebut, “ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi”. Ini telah terbukti dengan lahirnya seorang tokoh agama yang amat menyinari dunia dakwah tempatan dengan pelbagai sumbangan, khususnya dalam bidang ilmu Fiqh. Beliau ialah Dato’ Salleh Haji Ahmad iaitu anak kepada Tuan Guru Haji Ahmad Bin Yunus yang merupakan Tuan Guru pondok di Sg. Petai, Perak. Latar Belakang Peribadi Dato’ Salleh Haji Ahmad Nama sebenar beliau ialah Md. Saleh bin Haji Md.@ Haji Ahmad. Beliau dilahirkan di kampung Permatang Sg. Dua, Kepala Batas, Seberang Prai, Pulau Pinang pada 5 Julai 1947. Ayahanda beliau iaitu Haji Ahmad bin Yunus bin Saad telah berkahwin dengan Hajjah Habibah bt Haji Shahabuddin iaitu ibu kepada Dato’ Salleh yang juga merupakan cucu kepada al-marhum Tuan Samad iaitu seorang ulama terkenal di Pulau Pinang. Datuk beliau iaitu Haji Yunus bin Saad telah berkahwin dengan Maimunah binti Haji Abdullah, manakala datuk sebelah ibu beliau ialah Haji Shahabuddin bin Tuan Samad yang merupakan Tok Guru pondok di Permatang Sg. Dua, Kepala Batas dan merupakan dua pupu kepada Abdullah Fahim yang juga merupakan seorang ulama hebat di Pulau Pinang serta datuk kepada bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. (Mohd Salleh Ahmad 2012) Beliau memang dilahirkan daripada kalangan keluarga ulama’. Ayahanda beliau iaitu Haji Ahmad bin Yunus atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Ahmad Sungai Petai adalah seorang Tuan Guru dan ulama yang amat dihormati dan disegani oleh

Upload: ngonhu

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGLIBATAN DATO’ SALLEH HAJI AHMAD SEBAGAI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Mokhtaruddin... · Pendidikan Islam di Akademi Islam, ... pada tahun 1992 hingga

PENGLIBATAN DATO’ SALLEH HAJI AHMAD SEBAGAI AHLI

JAWATANKUASA SYARIAH (FATWA) NEGERI PERAK DARUL

RIDZUAN

Mokhtaruddin bin Muhamad & Zuliza Bt Mohd Kusrin

Abstrak

Di Malaysia telah lahir beberapa tokoh agama yang memberikan sumbangan

diperingkat pentadbiran negara dan masyarakat. Dato’ Salleh Haji Ahmad merupakan

salah seorang tokoh agama yang perlu dikenali oleh masyarakat kerana penglibatan

dan sumbangan beliau dalam pelbagai bidang. Walaubagaimanapun, belum ada kajian

yang dibuat mengenai ketokohan dan sumbangan beliau menyebabkan beliau tidak

dikenali oleh sebahagian masyarakat muslim. Objektif kertas kerja ini

membincangkan latar belakang peribadi, akademik dan sumbangan beliau sebagai

Ahli Jawatankuasa Syariah (fatwa) Negeri Perak Darul Ridzuan. Metodologi kajian

ini adalah kajian perpustakaan, di mana data-data kajian dikumpul melalui temubual

separa struktur bersama Dato’ Salleh serta 10 orang dikalangan sahabat-sahabat beliau

semasa menuntut dan semasa bekerja yang rapat serta mengenali beliau. Data-data

yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif. Hasil penulisan mendapati Dato’

Salleh Haji Ahmad diiktiraf diperingkat kebangsaan sebagai seorang tokoh agama

yang memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah masyarakat.

Pengenalan

Pepatah melayu ada menyebut, “ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi”. Ini telah

terbukti dengan lahirnya seorang tokoh agama yang amat menyinari dunia dakwah

tempatan dengan pelbagai sumbangan, khususnya dalam bidang ilmu Fiqh. Beliau

ialah Dato’ Salleh Haji Ahmad iaitu anak kepada Tuan Guru Haji Ahmad Bin Yunus

yang merupakan Tuan Guru pondok di Sg. Petai, Perak.

Latar Belakang Peribadi Dato’ Salleh Haji Ahmad

Nama sebenar beliau ialah Md. Saleh bin Haji Md.@ Haji Ahmad. Beliau dilahirkan

di kampung Permatang Sg. Dua, Kepala Batas, Seberang Prai, Pulau Pinang pada 5

Julai 1947. Ayahanda beliau iaitu Haji Ahmad bin Yunus bin Saad telah berkahwin

dengan Hajjah Habibah bt Haji Shahabuddin iaitu ibu kepada Dato’ Salleh yang juga

merupakan cucu kepada al-marhum Tuan Samad iaitu seorang ulama terkenal di

Pulau Pinang. Datuk beliau iaitu Haji Yunus bin Saad telah berkahwin dengan

Maimunah binti Haji Abdullah, manakala datuk sebelah ibu beliau ialah Haji

Shahabuddin bin Tuan Samad yang merupakan Tok Guru pondok di Permatang Sg.

Dua, Kepala Batas dan merupakan dua pupu kepada Abdullah Fahim yang juga

merupakan seorang ulama hebat di Pulau Pinang serta datuk kepada bekas Perdana

Menteri Malaysia iaitu Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. (Mohd Salleh Ahmad

2012)

Beliau memang dilahirkan daripada kalangan keluarga ulama’. Ayahanda beliau iaitu

Haji Ahmad bin Yunus atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Ahmad Sungai

Petai adalah seorang Tuan Guru dan ulama yang amat dihormati dan disegani oleh

Page 2: PENGLIBATAN DATO’ SALLEH HAJI AHMAD SEBAGAI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Mokhtaruddin... · Pendidikan Islam di Akademi Islam, ... pada tahun 1992 hingga

169

masyarakat khususnya di Negeri Perak. Selain menjadi guru agama, Ayahanda Dato’

Salleh pernah menjadi Ahli Majlis Agama Islam dan Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak.

Ayahanda Dato’ Salleh pernah belajar di Mekah selama lebih kurang 11 tahun. Haji

Ahmad telah mendidik anak-anaknya seramai sembilan orang dengan penuh

ketegasan. Dato’ Salleh adalah anak yang ke-empat daripada sembilan adik-beradik

yang masih ada. Dua orang adik-beradik beliau telah meninggal dunia semasa kecil.

Kesemua adik-beradiknya telah diberi penekanan kepada ajaran Islam sejak dari kecil

lagi. Ini terbukti apabila kesemua adik-beradik lelakinya telah dihantar ke sekolah

pondok sebaik sahaja tamat sekolah rendah dan dilatih berdikari sendiri seperti

berkebun dan kerja-kerja lain. (Ulama Perak Dalam Kenangan Dan Tokoh Maal

Hijrah, Jabatan Mufti Negeri Perak)

Latar Belakang Akademik Dato’ Salleh Haji Ahmad

Dato’ Salleh Haji Ahmad mula bersekolah di Sekolah Melayu Jelutong, Taiping,

Perak. Selepas tamat sekolah rendah, pada peringkat menengah beliau telah memasuki

Pondok Gajah Mati, Pendang, Kedah dari tahun 1959 hingga tahun 1966. Kemudian

beliau masuk ke Madrasah Irsyadiyah, Batu 26, Bagan Datoh, Perak, dari tahun 1967

hingga 1968. Lebih kurang 9 tahun beliau mendalami ilmu di sekolah pondok,

menunjukkan kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu seterusnya ingin menjadi

seorang yang berilmu untuk mencari keredoan Allah S.W.T. Beliau juga pernah pergi

ke Pondok Payong, Kota Bharu bersama abangnya Dato’ Hassan Haji Ahmad untuk

mencari ilmu di sana. (Mohd Salleh Ahmad 2012)

Setelah tamat menuntut ilmu di peringkat menengah, seterusnya beliau melanjutkan

pelajaran di Maktab Pengajian Islam, Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan pada tahun

1969. Setelah tamat pengajian di Maktab Pengajian Islam, Kota Bharu, pada tahun

1970 beliau meneruskan pengajian di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Yayasan

Pengajian Islam Tinggi Kelantan (YPTIK) Nilam Puri dan mendapat Ijazah Sarjana

Muda dalam bidang Syariah (Jayyid Jiddan) pada tahun 1974. Setelah itu beliau

dihadiahkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir.

Beliau sekali lagi mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah (Jayyid Jiddan) pada tahun

1976 di Universiti al – Azhar, Mesir. Ini bermakna beliau mempunyai dua Ijazah

Sarjana Muda di tempat yang berlainan iaitu di Yayasan Pengajian Islam Tinggi

Kelantan dan Universiti al-Azhar, Mesir. Kemudian beliau berjaya mendapat Ijazah

Sarjana Syariah (Mumtaz) dalam bidang Fiqh Muqaran pada tahun 1978.(Mohd

Salleh Ahmad 2012)

Dato’ Salleh Hj. Ahmad adalah seorang yang sangat bersungguh-sungguh dalam

menuntut ilmu. Sewaktu di Mesir, Dato’ Salleh telah pergi bertalaqqi dengan seorang

guru yang hebat iaitu Syeikh Mohd. Najib Muti’e yang mana beliau adalah seorang

ulama hebat di Mesir serta pernah dipenjara selama 20 tahun kerana terlibat dengan

gerakan Ikhwanul Muslimin. Dato’ Salleh adalah anak murid kepercayaan Syeikh

Mohd. Najib Muti’e dan kerap disuruh membaca kitab sebelum dihuraikan oleh

Syeikh Mohd. Najib Muti’e. Beliau juga kerap dibawa oleh Syeikh untuk berkhutbah.

Dato’ Salleh juga juga selalu duduk di barisan hadapan ketika berlangsungnya majlis

ilmu.(Ahmad Badawi Abdullah 2013)

Page 3: PENGLIBATAN DATO’ SALLEH HAJI AHMAD SEBAGAI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Mokhtaruddin... · Pendidikan Islam di Akademi Islam, ... pada tahun 1992 hingga

170

Kerjaya Dato’ Salleh Haji Ahmad

Kerjaya beliau bermula setelah tamat pengajian di University al-Azhar Mesir. Beliau

menamatkan pengajian sehingga keperingkat Sarjana di sana. Beliau diterima menjadi

pensyarah di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) pada tahun 1979

yang kemudiannya diambil alih oleh Universiti Malaya pada tahun 1981.Semenjak itu

beliau meneruskan tugas sebagai pensyarah di Fakulti Syariah, Akademi Islam,

Universiti Malaya.Pada tahun 1982 hingga 1983 beliau menjadi Penyelaras Program

Pendidikan Islam di Akademi Islam, Universiti Malaya (AIUM) dan kemudiannya

pada tahun 1992 hingga 1994 beliau menjadi Dekan Fakulti Syariah di AIUM. Beliau

dinaikkan pangkat ke jawatan Prof. Madya Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian

Islam Universiti Malaya(APIUM) pada 29.6.1996. Pada 1 Ogos 1996 hingga 3 Mac

1999 beliau telah diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Jabatan Fiqh dan Usul di

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Setelah bersara sebagai pensyarah pada

tahun 2004, beliau disambung ke jawatan kontrak sebagai pensyarah kontrak di

Jabatan Fiqh dan Usul, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya ( APIUM ) sehingga tahun 2005. Setelah tamat kontrak dengan

Universiti Malaya, beliau telah ditawarkan secara kontrak bertugas di International

Islamic University Malaysia ( IIUM ) sebagai Senior Academic Fellow, Department

of Islamic Law, Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law, IIUM dari tahun 2006 hingga 2011.

Dengan pengalaman beliau sebagai Penyelaras Program Pandidikan Islam, Timbalan

Dekan Fakulti Syariah, Dekan Fakulti Syariah, kemudian Ketua Jabatan Fiqh dan

Usul, Bahagian Pengajian Syariah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,

Senior Academic Fellow IIUM, sangat menunjukkan ketokohan dan kelayakan serta

kehebatan beliau dalam bidang ilmu-ilmu Islam khususnya bidang fiqh. (Mohd Salleh

Ahmad 2012)

Dato’ Salleh Haji Ahmad telah menjadi Ahli Jawatankuasa Syariah (Fatwa) Negeri

Perak sejak 1985 dan juga merupakan Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak

(Fatwa) Negeri Selangor serta Ahli Jawatankuasa Syariah (Fatwa) Majlis Agama

Islam Negeri Pulau Pinang hingga sekarang dan merupakan bekas Ahli Jawatankuasa

Perunding Hukum Syarak Wilayah Persekutuan. Beliau juga adalah Ahli Majlis

Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan, pensyarah jemputan bersiri

Program Tafaqquh Fi al-Din untuk Pegawai-pegawai Tadbir Agama Islam Negeri

Perak anjuran Jabatan Mufti Negeri Perak dari tahun 2000 hingga sekarang dan

pensyarah jemputan bersiri Program Tafaqquh Fi al-Din untuk Pendaftar-pendaftar

Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Perak anjuran Jabatan Agama Islam Perak dari tahun

2001 hingga sekarang. Beliau juga menjadi Pengarah Majlis Ijtimak dan Muzakarah

(bulanan) Madrasah Ahmadiah, Sungai Petai, Bukit Gantang, Taiping, Perak

semenjak tahun 1985 hingga sekarang. Ini adalah salah satu sumbangan yang amat

besar dalam bidang jihad menyampaikan ilmu bagi Dato’ Salleh kerana amalan yang

telah berusia lebih 60 tahun dan masih berterusan hingga sekarang ini, beliau

merupakan salah seorang tenaga pembaca kitab sehingga sekarang dan berulang-alik

lebih kurang sejak 30 tahun lalu. Amalan ini adalah tradisi keluarga Dato’ Salleh

sejak dahulu dan hanya dilaksanakan sekali dalam sebulan iaitu pada hari ahad yang

masih diteruskan sehingga sekarang. Menurut Dato’ Salleh, suatu ketika dahulu

kehadiran mencecah 1000 orang dan sekarang masih bertahan walaupun kehadiran

hanya 600 ke 700 orang sahaja.(Mohd Salleh Ahmad 2012)

Page 4: PENGLIBATAN DATO’ SALLEH HAJI AHMAD SEBAGAI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Mokhtaruddin... · Pendidikan Islam di Akademi Islam, ... pada tahun 1992 hingga

171

Pandangan Dato’ Salleh Haji Ahmad Sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah

(Fatwa) Negeri Perak

Dato’ Salleh Haji Ahmad adalah Ahli Jawatankuasa Syariah (fatwa) yang paling lama

berkhidmat di Jabatan Mufti Perak. Beliau mula dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa

Syariah (fatwa) Negeri Perak pada tahun 1985 sehingga sekarang. (Mohd Salleh

Ahmad 2012) Pelbagai sumbangan ilmu dan idea yang beliau curahkan semasa

menjadi Ahli Fatwa di Jabatan Mufti Perak. Oleh kerana Jabatan Mufti Perak ada

merekodkan sebahagian daripada minit mesyuarat yang tertulis secara terpeinci setiap

pandangan Ahli Majlis Fatwa, maka bolehlah dijadikan sandaran yang menunjukkan

bagaimana teserlahnya pandangan Dato’ Salleh Haji Ahmad dalam memberikan

pandangan yang beliau lontarkan beserta dalil dan hujah yang dibawakan oleh beliau.

Setelah diteliti satu persatu minit mesyuarat tersebut, memang didapati ada tertulis

secara terpeinci setiap nama Ahli Fatwa yang memberikan pandangan dan secara jelas

dapat dilihat pandangan yang dikemukakan oleh Dato’ Salleh Haji Ahmad. Ini kerana

setiausaha pada masa tersebut menulis dengan terpeinci setiap pandangan yang

dikemukakan dengan menyebut nama Ahli Fatwa yang memberikan pandangan

berbanding dengan setiausaha sekarang yang hanya menulis keputusan yang

dipersetujui bersama sahaja. Disini akan dikemukakan beberapa bukti yang

menonjolkan keilmuan dan ketokohan Dato’ Salleh Haji Ahmad serta beberapa

pandangan beliau yang akhirnya dipersetujui oleh mesyuarat seterusnya dijadikan

keputusan oleh Jabatan Mufti Perak yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah

Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Semasa membincangkan isu kandungan kitab Kasyful Asrar, Dato’ Salleh Haji

Ahmad memberitahu mesyuarat bahawa beliau sudahpun meneliti kandungan kitab

tersebut dan mendapati kandungannya adalah bercanggah daripada fahaman yang

sebenar. Ahli Fatwa yang lain menyokong dan mempunyai pendapat yang sama

dengan Dato’ Salleh. Jika dirujuk pula kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa

Syariah (fatwa) Perak Darul Ridzuan berpendapat bahawa, Kitab Kasyful Asrar

diharamkan untuk dibaca dan disimpan di dalam Negeri Perak kerana kitab ini boleh

mengelirukan kepada fahaman orang Islam. Mesyuarat juga bersetuju, mana-mana

guru agama yang dikurniakan tauliah mengajar agama, jika didapati mengajar kepada

orang ramai dengan menggunakan kitab tersebut akan dirampas tauliah mengajarnya.

(Minit Mesyuarat Jawatankuasa Syariah (fatwa) Negeri Perak kali ke-106, 20 Ogos

1988) Ini membuktikan pandangan Dato’ Salleh disokong dan diguna pakai dalam isu

ini dan menjadi keputusan mesyuarat.

Berkaitan dengan isu faedah bank dan saham yang disumbangkan kepada derma

pelajaran kepada anak-anak ahli Badan Khairat Kematian, Dato’ Salleh Haji Ahmad

memberi pandangan bahawa wang faedah simpanan di bank-bank berkenaan daripada

Persatuan Derma Pelajaran Khairat Kematian Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar itu,

ditabungkan kepada Baitul Mal. Kemudian pihak Baitul Mal pula menyerahkan

kepada pihak yang memohon. Mesyuarat telah bersetuju sebulat pandangan, wang

faedah bank daripada simpanan Persatuan Derma Pelajaran Khairat Kematian Kota

Lama Kiri, Kuala Kangsar hendaklah dipulangkan kepada Baitul Mal, tidak boleh

diurus dan diagihkan oleh persatuan itu sendiri, melainkan anak – anak ahli itu benar-

benar fakir dan miskin, maka bolehlah pihak Persatuan Derma Pelajaran Khairat

Kematian Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar itu mengagihkan wang faedah bank

tersebut. (Minit Mesyuarat Jawatankuasa Syariah (fatwa) Negeri Perak Kali Ke – 108,

Page 5: PENGLIBATAN DATO’ SALLEH HAJI AHMAD SEBAGAI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Mokhtaruddin... · Pendidikan Islam di Akademi Islam, ... pada tahun 1992 hingga

172

3 April 1989) Hanya dua orang sahaja Ahli Fatwa bagi pandangan iaitu Dato’ Salleh

Haji Ahmad dan Y.D.H. Toh Paduka Indera Tuan Haji Mohd. Saman bin Mohamad

yang mana pandangan beliau sama dengan pandangan Dato’ Salleh.

Seterusnya dalam membincangkan isu berkaitan dengan draf buku penjelasan

terhadap beberapa persoalan mengenai keimanan yang diterbitkan oleh Bahagian Hal

Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Pusat Islam, Kuala Lumpur, Dato’ Salleh

memberikan pendapatnya, beberapa persoalan yang disediakan/dicatit dan jawapan

yang terkandung dalam draf buku tersebut boleh diterima, kecuali beberapa perkara

yang memerlukan kepada beberapa penjelasan iaitu:

“Perkara 1 muka surat 1 mengenai “wali”, muka surat 7 perkara “karamah” – perlu

dapat penjelasan. Perkara 4 muka surat 9 mengenai beramal dengan ayat al-Quran –

perkara ini perlu dapat penjelasan. Perkara 6 muka surat 12 mengenai “wasitah” –

perkara ini perlu dapat penjelasan. Muka surat 15 mengenai hadis Rasulullah S.A.W

yang berbunyi:

Beristidlal dengan hadis tersebut bagi persoalan dan jawapan bagi perkara 7 muka

surat 15 itu, tak kena pada tempatnya. Perkara ini perlu mendapat penjelasan dan

muka surat 18 perkara 8 mengenai surah al-Baqarah ayat 154 – perkara ini perlu

mendapat penjelasan”.

Ahli-ahli jawatankuasa telah bersetuju dengan pendapat dan pandangan Dato’ Salleh

bagi draf buku tersebut dan memerlukan dalam beberapa perkara seperti yang disebut

di atas kepada penjelasan dan keterangan dari Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan

Perdana Menteri. (Minit Mesyuarat Kali Ke – 109, 26 Jun 1989)

Isu seterusnya yang memerlukan penjelasan ialah berkaitan dengan zakat pendapatan.

Dato’ Salleh Haji Ahmad tidak bersetuju mengenakan zakat daripada pendapatan gaji,

kerana zakat sempurna haul dan nisab. Kedudukan pendapatan gaji tidak ada haul.

Keadaannya tidak dapat dikiaskan dengan yang lain. Beliau beralasankan dengan 2

potong hadis:

.

.

Seterusnya Dato’ Salleh Haji Ahmad memberikan alasan sebagai menolak pendapatan

gaji dikenakan zakat seperti berikut:

Page 6: PENGLIBATAN DATO’ SALLEH HAJI AHMAD SEBAGAI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Mokhtaruddin... · Pendidikan Islam di Akademi Islam, ... pada tahun 1992 hingga

173

Dari kedudukan yang ada, Jawatankuasa beranggapan pihak yang ingin pendapatan

gaji dikenakan zakat dengan dikiaskan haul kepada tanaman dengan mengambil

alasan ayat al – Quran "واتوا حقه يوم حصادة" . Manakala kadar zakatnya dikira

kepada zakat emas perak 2.5% adalah kias yang ditolak "قياس مع الفارق" . Ahli –

ahli Jawatankuasa telah menyokong pendapat dan alasan yang dikemukakan oleh

Dato’ Salleh Haji Ahmad dan Y.D.H Tuan Haji Mohd Saman Bin Mohamad sebagai

alasan menolak pendapatan gaji dikenakan zakat. (Minit Mesyuarat Kali ke – 113, 22

Mac 1990). Inilah juga keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Syariah

(fatwa) Negeri Perak Darul Ridzuan kali ke – 113 pada hari khamis 22 mac 1990

bersamaan 25 syaaban 1410 iaitu bersetuju sebulat pendapat iaitu المال المستفاد itu wajib zakat apabila cukup nasab dan haul kerana haul itu adalah merupakan syarat

yang diittifakan oleh jumhur ulamak dalam mazhab yang empat.

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah (fatwa) Perak sekali lagi telah membincangkan isu

yang agak rumit iaitu berkaitan permohonan mendirikan sembahyang jumaat di

masjid universiti sains malaysia kampus cawangan perak. Y.D.H Toh Paduka Indera,

Tuan Haji Mohamad Saman bin Mohamad memberikan pendapatnya, tidak bersetuju

diperakukan boleh mendirikan sembahyang jumaat di Universiti Sains Malaysia

Kampus Cawangan Perak di Gajah, mempunyai jarak 4 km antara Kampung Bali

dengan USM kampus cawangan tersebut, dengan jarak itu, tidak boleh dijadikan

penduduk Islam kampus tersebut sebagai ahli qariah mastautin bagi USM sebagai

syarat untuk mendirikan sembahyang jumaat di USM kampus cawangan tersebut di

Seri Iskandar Tronoh itu. Y.D.H. Tuan Haji Mohamad Saman menyatakan dari jarak

sejauh itu, adalah layak Kampung Bali itu, dijadikan sebuah qariah yang berasingan

yang boleh mendirikan jumaat di tempat tersebut.

Dato’ Salleh Haji Ahmad memberikan pendapatnya dengan menyatakan boleh

diperakukan kelulusan mendirikan solat jumaat di Masjid Universiti Sains Malaysia

(USM) Kampus Cawangan Perak di Seri Iskandar itu, menimbangkan kepada

kepayahan penuntut dan kakitangan USM kampus cawangan tersebut mendirikan

jumaat dengan beralaskan kepada metaurkufkan kepada pendapat yang asah dan

memperakukan pendapat yang sahih iaitu dalam mazhab al-Syafi’e, secara khusus

sahaja boleh didirikan sembahyang jumaat di USM kampus cawangan tersebut

dengan alasan nas seperti berikut:

( Majmuk m/s 4, no 331 )

Page 7: PENGLIBATAN DATO’ SALLEH HAJI AHMAD SEBAGAI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Mokhtaruddin... · Pendidikan Islam di Akademi Islam, ... pada tahun 1992 hingga

174

Ahli-ahli Jawatankuasa menyokong pendapat Dato’ Salleh itu dan seterusnya

mesyuarat Jawatankuasa Syariah Perak Darul Ridzuan kali 116 yang diadakan pada

hari isnin 13 Ogos 1990 bersamaan 22 muharram 1411 menimbangkan kepada

kepayahan pada penuntut yang ramai dan kakitangan Universiti Sains Malaysia

kampus cawangan perak di Seri Iskandar itu untuk menunaikan fardu jumaat di

masjid yang berdekatan dengannya dan masjid yang berdekatan itu tidak dapat

menampung ramainya bilangan penuntut dari kampus cawangan tersebut serta

maslahah, Jawatankuasa Syariah Negeri Perak mentawakufkan kepada pendapat yang

asah dan memperakukan pendapat yang sahih iaitu dalam mazhab al – Syafi’e, secara

khusus bagi Universiti Sains Malaysia Kampus Cawangan Perak di Seri Iskandar

sahaja, Boleh didirikan sembahyang jumaat di kampus cawangan tersebut seperti nas

di bawah ini. (Minit Mesyuarat kali ke – 116, 13 Ogos 1990) Ini jelas menunjukkan

pandangan Dato’ Salleh Haji Ahmad lebih diterima dengan hujah-hujah yang beliau

kemukakan seterusnya menjadi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Isu seterusnya ialah membincangkan permohonan kebenaran mendirikan sembahyang

jumaat di dalam penjara. Dato’ Salleh Haji Ahmad memberikan pendapatnya, tidak

bersetuju diberi kebenaran mendirikan sembahyang jumaat kepada orang-orang

tahanan dipenjara, kerana tidak cukup pada mereka syarat – syarat jumaat. Di atas

pendapatnya itu, Dato’ Salleh memberikan alasannya dalam kitabبغية المسترشدين muka surat 79. Ahli – ahli Jawatankuasa menyokong pendapat dan alasan yang

dikemukakan oleh Dato’ Salleh sebagai alasan tidak boleh diberikan kebenaran

mendirikan sembahyang jumaat kepada orang – orang tahanan di dalam penjara.

(Minit Mesyuarat Kali Ke – 119,11 Mei 1991)

Dalam membincangkan pengambilan tanah bagi memperelokkan jalan raya

Ipoh/Lumut Lot 327m/Lumut – Tapak Masjid Lumut Lot 4041m/Lumut – Tanah

Perkuburan Islam Lumut,

Sahibus Samahah Dato’ pengerusi memaklumkan kepada mesyuarat, permohonan

telah diterima daripada Penolong Pengarah, Unit Khas Bergerak, Taiping yang

memberitahu Kementerian Kerja Raya Malaysia sedang memperelokkan jalan raya

Ipoh/Lumut yang melibatkan penggunaan sebahagian lot 327 dan 4041 Mukim Lumut

iaitu tanah-tanah rezab Masjid Lumut dan rezab perkuburan Islam. Dato’ Salleh

menyatakan pendapatnya, beliau tidak menyokong permohonan tersebut kecuali

keperluan dharuri, maka bolehlah dipertimbangkan. Sedangkan permohonan

penggunaan tanah-tanah wakaf berkenaan adalah bertujuan memperelokkan jalan.

Keadaan ini boleh dikelincungkan. Ahli-ahli Jawatankuasa menyokong pandangan

yang dikemukakan oleh Dato’ Salleh iaitu tidak bersetuju diluluskan permohonan

membabitkan wakaf bagi tujuan hanya memperelokkan jalan raya tersebut. (Minit

Mesyuarat Kali Ke – 119,11 Mei 1991) Ini menunjukkan pandangan Dato’ Salleh

sentiasa menjadi perhatian ahli-ahli fatwa yang lain.

Page 8: PENGLIBATAN DATO’ SALLEH HAJI AHMAD SEBAGAI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Mokhtaruddin... · Pendidikan Islam di Akademi Islam, ... pada tahun 1992 hingga

175

Di antara tajuk perbincangan yang menonjolkan sumbangan ilmu Dato’ Salleh ialah

permohonan menjual harta wakaf am dan membeli harta lain sebagai ganti dan

diwakafkan semula. Hanya Dato’ Salleh Haji Ahmad sahaja memberi pandangan dan

semua ahli menyuarat terima, seterusnya menjadi keputusan mesyuarat. Kertas ini

telah dibentang oleh S.S. Dato’ Pengerusi. Setelah ahli-ahli mesyuarat meneliti

dengan cermat permasalahan tersebut dan mengadakan perbahasan yang mendalam

bagi memastikan kedudukan sebenar taraf harta tersebut sama ada ianya sah sebagai

wakaf atau hanya sah sebagai wasiat sahaja.

Dato’ Salleh Haji Ahmad berpendapat bahawa harta yang diwakafkan oleh Puan Raja

Salamah Bt Raja Musa (Lot 47641 di alamat no.481 Lengkek Hillview Taman

Hillview, 31350 Ipoh, Perak) mengikut pendapat yang Rajah ia merupakan sebagai

wasiat sahaja, kerana lafaz wakafnya bertaklik (bersyarat) seperti nas dalam kitab

بغيه المسترشدين juzuk 2 muka surat 42-45 dan dalam kitab حاشية البيجوري

muka surat 169.

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Perak Darul Ridzuan kali ke 120 yang berlangsung

pada 7 Disember 1991/1 Jamadil Akhir 1412 telah sepakat berpendapat bahawa harta

lot 47641 beralamat di 481 Lengkok Hillview Taman Hillview 31350 Ipoh boleh

dijual dan Majlis hendaklah mengambil langkah-langkah tertentu mengawasi dan

menguruskan penjualannya dan seterusnya urusan pembelian harta lain sebagai

gantinya. (Minit Mesyuarat Kali Ke – 120, 7 Dis 1991) Dalam isu ini jelas

menunjukkan keterampilan ilmu Dato’ Salleh kerana hanya beliau sahaja yang

memberikan pandangan dan mesyuarat bersetuju dengan pandangan tersebut.

Perbincangan seterusnya iaitu mengenai pemberian bantuan perubatan rawatan

dialisis oleh Majlis Agama. Kertas kerja telah disediakan oleh Bahagian Zakat Majlis

Agama dan dibentangkan oleh setiausaha. Sahibus Samahah Mufti berpendapat

bahawa zakat handaklah diberi supaya dapat meringankan penerima. Persoalan

adakah boleh dalam syarak kita menghadkan bantuan sedangkan penerima tak mampu

membiayai kos rawatan dan pada masa yang sama jika penerima bantuan diberi

bantuan penuh ia akan melibatkan satu jumlah wang yang besar.

Dato’ Salleh Haji Ahmad berpendapat bantuan perlu diberi sekadar keperluan dan tak

boleh dikurangkan daripada keperluannya dan untuk menampung jumlah perbelanjaan

yang besar maka satu dana perlu diwujudkan yang diisi dari sumber zakat, sumber am

Page 9: PENGLIBATAN DATO’ SALLEH HAJI AHMAD SEBAGAI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Mokhtaruddin... · Pendidikan Islam di Akademi Islam, ... pada tahun 1992 hingga

176

Baitul Mal dan derma dari orang ramai. Mesyuarat Jawatankuasa Syarak kali ke – 154

bertarikh 17 Januari 2002 berpendapat bahawa bantuan tak boleh dikurangkan

daripada apa yang diperlukan dan hendaklah ditubuhkan satu dana yang diambil

sumber dari zakat, sumber am Baitul Mal dan derma orang ramai. Juga diingatkan

bahawa wang zakat daripada dana tersebut hanya boleh diguna oleh orang fakir

miskin dan bukan orang kaya. Disarankan juga agar dilipatgandakan usaha untuk

mengutip dana dari derma orang ramai. (Minit Mesyuarat Kali Ke – 154, 17 Januari

2002)

Daripada laporan minit mesyuarat yang dinukilkan, jelas menunjukkan ketokohan,

keilmuan dan sumbangan Dato’ Salleh Haji Ahmad tidak boleh dipandang remeh.

Segala pandangan dan pendapat beliau banyak yang menjadi keputusan yang

dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Perak sebagai fatwa. Walaupun ada sebahagian

mesyuarat yang beliau tidak dapat hadir, namun beliau sentiasa menjadi perhatian dan

tumpuan ahli fatwa yang lain apabila beliau hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa

Fatwa Negeri Perak. Walaubagaimanapun, agak menyedihkan kerana selepas

bertukar setiausaha Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, minit mesyuarat yang

ditulis agak ringkas dan tidak menyebutkan satu persatu ahli fatwa yang memberikan

pandangan, hanya menulis keputusan yang dipersetujui bersama sahaja.

Pernah semasa mesyuarat, ketika membahaskan perkara berbangkit, Dato’ Salleh

menimbulkan, tidakkah mungkin timbul kekeliruan daripada ucapan Y.D.H. Tuan

Haji Mohamad Saman bin Mohamad dalam minit mesyuarat yang lalu di muka 4,

perenggan 4 yang menyebut “sekiranya dalam negara itu dapat menjalankan ibadah,

muamalat dan munakahat, maka negara itu, boleh dinamakan Negara Ialam”.

Bagaimana sekiranya di Thailand.

Sahibus Samahah Dato’ Pengerusi menjelaskan, mengikut fahamannya, yang

dimaksudkan dengan Negara Islam itu, sekiranya di Thailand ialah dalam satu

kumpulan masyarakat Islam yang dinamakan kumpulan itu dengan “Negeri Islam”

bukan Negara Islam.

Dato’ Salleh menjelaskan, mengikut yang dimaksudkan dalam “Siasah Syariyyah”,

Daulah Islam itu ialah yang menjalankan Undang – undang Syariat Islam. Setelah

pandangan dikemukakan, bagi mengelakkan kemungkinan timbul kekeliruan,

mesyuarat bersetuju diubah minit ucapan tersebut daripada perkataan Negara Islam

kepada Negeri Islam. (Minit Mesyuarat Kali Ke – 119, 11 Mei 1991)

Sekali lagi ketika membahaskan perkara berbangkit, Tuan Haji Mohd Salleh Haji

Ahmad mencadangkan supaya atucara diubahsuai susunan mengikut keutamaan.

Cadangan tersebut dipersetujui oleh ahli mesyuarat. (Minit Mesyuarat Kali Ke – 121,

25 Jan 1992)

Tajuk Perbincangan: Perbincangan skim ASN dan ASB

Diantara isu yang paling hangat diperkatakan sehingga ke hari ini adalah isu yang

berkaitan dengan ASN dan ASB. Dato’ Salleh mengeluarkan pendapat yang berbeza

dengan dua orang Ahli Majlis Fatwa yang menyatakan harus iaitu Toh Paduka Indera

Tn.Haji Mohd Saman bin Haji Mohamed dan Tuan Haji Abdullah Sani bin Mohd Ali

yang disokong oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin Osman dan Tuan Haji Hashim bin

Haji Anang. Antara pandangan Toh Paduka Indera Tn.Haji Mohd Saman bin Haji

Page 10: PENGLIBATAN DATO’ SALLEH HAJI AHMAD SEBAGAI …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Mokhtaruddin... · Pendidikan Islam di Akademi Islam, ... pada tahun 1992 hingga

177

Mohamed ialah “ kedudukan ekonomi umat Islam dinegara ini dalam keadaan tenat

dan sampai tahap dharurat ”.

Menurut Dato’ Salleh Haji Ahmad “ Kita belum dapat menerima dan memastikan

apakah ekonomi kaum bumi dan umat Islam di negara ini benar-benar dalam keadaan

tenat dan dharurat? Dan sejauh mana yang dikatakan dharurat? Kalau betul kerajaan

nak mengislamkan ASN dan ASB kenapa Bank Bumiputra Bhd, yang menjadi milik

kerajaan 100% pekerja dan kakitangannya orang melayu tak menjalankan muamalah

secara Islam”? Beliau bimbang konsep ASN dan ASB ini hanya kearah mengejar

kekayaan segera (cepat kaya) semata – mata. (Minit Mesyuarat Kali Ke – 119, 11 Mei

1991)

Oleh kerana terdapat pendapat yang berbeza meskipun jumhurnya mengatakan harus,

maka mesyuarat belum mahu membuat keputusan dan perbincangan mengenainya

diberhentikan dan ada cadangan yang meminta supaya fatwa ASN dan ASB ini

dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan Kuala

Lumpur sahaja. (Minit Mesyuarat Kali Ke – 119, 11 Mei 1991)

Keilmuan dan pengaruh Dato’ Salleh Haji Ahmad terhadap ilmunya serta ketegasan

beliau jelas dilihat apabila hanya beliau seorang sahaja yang tidak bersetuju dengan

skim ASN dan ASB diantara Ahli Majlis Fatwa yang lain, namun pengerusi dan ahli

mesyuarat akur untuk menangguhkan isu mengenai ASN dan ASB dan di bawa ke

Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan. Dato’ Salleh Haji Ahmad

dengan tegas menyatakan dalam mesyuarat berikutnya yang bertarikh 1 Ogos 1992

bersamaan 2 Safar 1413 dalam agenda 4 “hendaklah digugurkan terlebih dahulu

semua pelaburan yang haram yang masih ada di dalam skim ASN dan ASB ”. (Minit

Mesyuarat Kali Ke – 119, 11 Mei 1991)

Penutup

Ketokohan Dato’ Salleh Haji Ahmad tidak boleh dipandang sepi dan harus dijadikan

contoh dan ikutan. Walaupun beliau tidak menonjol di dada – dada akhbar dan di kaca

television, namun penglibatan beliau dalam menghuraikan hukum-hukum syarak

sangat menarik perhatian pencinta ilmu. Beliau mempunyai pengetahuan dan latar

belakang agama yang baik dalam menangani dan menjawab isu-isu agama. Ini juga

telah dibuktikan dengan beberapa pandangan dari sahabat, keluarga serta anak didik

beliau sama ada di peringkat universiti atau masyarakat.

Pengiktirafan penglibatan beliau dalam bidang agama dan di peringkat kebangsaan

menyebabkan beliau dianugerahkan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P)

oleh D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Shah Sultan Perak Darul Ridzuan sempena

perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Yang ke 79 pada 19 hb April 2007. Beliau

juga pernah dianugerahkan Tokoh Maál Hijrah Peringkat Negeri Perak bagi tahun

1424H/2003M dan Tokoh Maál Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun

1431H/2009M.