penglibatan dan peranan.docx

2
Penglibatan dan Peranan : Pada tarikh……….., ibu saya tidak berasa beberapa sihat. Oleh sebab itu, saya serta ………. telah merancang untuk membantu ibu membuat kerja rumah pada masa lapang kami. Ibu kami banyak berkorban untuk menjaga dan mengasuh kami dengan penuh kasih sayang sejak kami dilahirkan. Saya amat bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sanggup meluangkan segala masanya demi kebahagiaan hidup kami. Oleh itu, kami ingin menunjukkan penghargaan kami serta membalas jasa ibu dengan membantunya membuat kerja rumah. Sebelum saya dan adik saya bermula membantu ibu membuat kerja rumah, saya telah sedar terhadap situasi yang dihadapi oleh ibu dan ingin meringankan bebannya yang berat kerana sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk keselesaan hidup keluarga. Kami telah membahagikan tugas secara saksama dan adil. Kami juga memastikan bahawa masa yang diluangkan untuk aktiviti ini diuruskan dengan baik dan sistematik. Sejak kami kecil, ibu saya telah melakukan segala kerja rumah, memasak,mencuci kereta dan sebagainya secara bersendirian tanpa bergantung kepada orang lain.Dengan itu, saya dan adik saya telah merancang dan menyumbang idea untuk menolong ibu mencuci pinggan mangkuk selepas makan pagi, tengah hari dan malam sertamenyapu lantai di rumah. Semasa membuat kerja-kerja rumah ini, saya serta adik saya banyak menyumbang tenaga kami untuk memastikan pinggan mangkuk dicuci dengan baik dan lantai disapusehingga bersih. Saya tidak mementingkan diri tetapi telah meluangkan masa saya untuk membantu ibu membuat kerja rumah supaya beliau dapat beristirahat buat seketika. Saya telah menunjukkan nilai bertanggungjawab dalam melakukan kerja-kerja rumah ini bersama adik saya dan juga rajin melakukannya. Saya dan adik saya telah menunjukkan kerjasama antara kami dengan bantu-

Upload: naga-sridaran

Post on 12-Sep-2015

23 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Penglibatan dan Peranan :Pada tarikh.., ibu saya tidak berasa beberapa sihat. Oleh sebab itu, saya serta . telah merancang untuk membantu ibu membuat kerja rumah pada masa lapang kami. Ibu kami banyak berkorban untuk menjaga dan mengasuh kami dengan penuh kasih sayang sejak kami dilahirkan. Saya amat bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sanggup meluangkan segala masanya demi kebahagiaan hidup kami. Oleh itu, kami ingin menunjukkan penghargaan kami serta membalas jasa ibu dengan membantunya membuat kerja rumah.Sebelum saya dan adik saya bermula membantu ibu membuat kerja rumah, saya telah sedar terhadap situasi yang dihadapi oleh ibu dan ingin meringankan bebannya yang berat kerana sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk keselesaan hidup keluarga. Kami telah membahagikan tugas secara saksama dan adil. Kami juga memastikan bahawa masa yang diluangkan untuk aktiviti ini diuruskan dengan baik dan sistematik. Sejak kami kecil, ibu saya telah melakukan segala kerja rumah, memasak,mencuci kereta dan sebagainya secara bersendirian tanpa bergantung kepada orang lain.Dengan itu, saya dan adik saya telah merancang dan menyumbang idea untuk menolong ibu mencuci pinggan mangkuk selepas makan pagi, tengah hari dan malam sertamenyapu lantai di rumah.Semasa membuat kerja-kerja rumah ini, saya serta adik saya banyak menyumbang tenaga kami untuk memastikan pinggan mangkuk dicuci dengan baik dan lantai disapusehingga bersih. Saya tidak mementingkan diri tetapi telah meluangkan masa saya untuk membantu ibu membuat kerja rumah supaya beliau dapat beristirahat buat seketika. Saya telah menunjukkan nilai bertanggungjawab dalam melakukan kerja-kerja rumah ini bersama adik saya dan juga rajin melakukannya. Saya dan adik saya telah menunjukkan kerjasama antara kami dengan bantu-membantu mencuci pinggan mangkuk dan menyapu lantai di rumah. Kami mengamalkan nilai toleransi supaya perselisihan faham dapat dielakkan. Sebagai anak sulung, saya menunjukkan kepimpinan dan telah mengawal keadaan supaya semua dapat dijalankan dengan licin.Selepas semua kerja rumah dilakukan, saya dan adik saya berasa gembira kerana dapat membantu ibu dengan kerja rumahnya serta mengurangkan bebannya. Ibu jugaberasa gembira melihat saya dan adik saya bekerjasama melakukan kerja rumah. Rumah juga berada dalam keadaan bersih dan selesa untuk didiami dan pinggan mangkuk jugatelah dicuci dan dikeringkan.