topik 2 - matlamat, nilai dan budaya dalam aspek penglibatan keluarga

27
Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah Topik 2 Matlamat, Nilai dan Budaya Keluarga

Upload: jody-jones

Post on 23-Oct-2015

129 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

Topik 2Matlamat, Nilai dan Budaya

Keluarga

 Pengenalan• Keluarga adalah merupakan unit asas institusi

sosial di dalam sesebuah masyarakat. • Setiap bayi dilahirkan ke dunia ini berada di

dalam sebuah keluarga. • Sekolah juga merupakan salah sebuah institusi

sosial penting di dalam masyarakat dan tidak terkecuali daripada terlibat dengan perdebatan isu keluarga.

• Ini adalah kerana kanak-kanak disosialisasikan di dalam kedua-dua institusi sosial iaitu keluarga dan sekolah.

• Kanak-kanak dan keluarga perlu mengadaptasikan diri dengan persekitaran sekolah yang berbeza, dan sekolah pula perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis latar belakang dan kanak-kanak.

Definisi Keluarga

•Didefinasikan sebagai satu penyatuan manusia dalam satu kumpulan yang bekerjasama dikalangan ahlinya atau cooperative group, dalam tujuannya untuk menjaga dan membesarkan anak-anak (Macionis 2001).

•Keluarga dikatakan sebagai satu unit yang dibentuk dua individu atau lebih yang dikaitkan dengan pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat yang hidup bersama.

•Keluarga dalam hubungannya dengan anak ditakrifkan sebagai tempat pengasuhan yang dapat memenuhi keperluan hidup seperti makan, minum, dan bergerak.

•Kanak-kanak bukan sahaja memerlukan keluarga bahkan juga komuniti. Begitu juga sebaliknya keluarga dan komuniti memerlukan kanak-kanak untuk melengkapkan kehidupan seseorang manusia.

Fungsi Utama Keluarga

Fungsi keluarga adalah bertanggungjawab dalam menjaga dan mengembangkan anggota-anggotanya (Suprihatin, G, dkk., 1992). Antara fungsi utama keluarga ialah seperti berikut:

• Fungsi Reproduksi• Fungsi Keagamaan• Fungsi Sosial Budaya• Fungsi Kasih Sayang• Fungsi Perlindungan• Fungsi Pendidikan• Fungsi Ekonomi• Fungsi Rekreasi • Fungsi Status Dan Kedudukan

Fungsi Reproduksi• Fungsi yang merupakan mekanisme untuk melanjutkan

keturunan yang direncanakan dapat menunjang terciptanya kesejahteraan manusia di dunia yang penuh iman dan takwa.

Fungsi Keagamaan• Didorong dan dikembangkan agar kehidupan keluarga sebagai

tempat persemaian nilai-nilai luhur budaya bangsa untuk menjadi insan beragama yang penuh keimanan dan ketakwaan kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Fungsi Kasih Sayang• Memberikan landasan yang kukuh terhadap hubungan anak

dengan anak, ibu dengan bapa, ibu bapa dengan anaknya serta hubungan kekerabatan antara generasi. Ini penting untuk perkembangan psikologi sihat kepada anak-anak.

Fungsi Sosial Budaya• Anak-anak dibesarkan di dalam keluarga dengan nilai dan

budaya yang dianuti di dalam keluarga tertentu. Oleh itu, anak-anak mendapat pembudayaan di dalam keluarga.

Fungsi Perlindungan• Menambahkan rasa aman dan keakraban pada setiap ahli

keluarga. Keluarga memberi perlindungan kepada anak-anak dari segi tempat tinggal yang sempurna serta memberi perlindungan kepada perkembangan emosi anak-anak.

Fungsi Pendidikan• Keluarga mendidik anak-anak kemahiran kerja-kerja di dalam

rumah, kemahiran kerjaya warisan keluarga seperti kemahiran berniaga, nilai murni dan moral dan spiritual.

Fungsi Ekonomi• Di dalam hal ini keluarga akan menyediakan semua keperluan

kehidupan seperti makan, minum, barangan dan perkhidmatan kepada anak-anak serta merupakan unsur ketahanan keluarga.

Fungsi Rekreasi • Keluarga menyediakan aktiviti rekreasi bersama ahli keluarga

seperti berkelah, bersukan, bermain, beriadah dan sebagainya.

Fungsi Status Dan Kedudukan• Keluarga memberikan status kepada anak-anak melalui nama

keluarga, kedudukan keluarga dari segi ekonomi dan sosial di dalam komuniti.

Perubahan Bentuk Keluarga Masa Kini

• Perubahan dari segi ekonomi keluarga yang memerlukan pendapatan lebih seiring dengan pembangunan dunia moden. Jika dahulu kaum ibu hanya duduk di rumah menjaga dan mengasuh anak terutama anak kecil telah beralih kepada bekerja

• Masa dahulu segala keperluan, kemudahan, bahan dan perkhidmatan semuanya akan disediakan oleh keluarga. Pada hari ini, perkara sebegini tidak lagi dilakukan di mana segalanya diperolehi dengan cara pembelian.

• Masa dahulu segala keperluan, kemudahan, bahan dan perkhidmatan semuanya akan disediakan oleh keluarga. Pada hari ini, perkara sebegini tidak lagi dilakukan di mana segalanya diperolehi dengan cara pembelian.

• Masa lalu keluarga lebih mengamalkan kerja-kerja beribadat di rumah tetapi pada hari ini segala tugas tersebut banyak diberikan oleh sekolah, guru-guru, para alim ulama dan institusi agama.

• Perubahan yang berlaku kepada sistem kekeluargaan pada masa kini disebabkan pengaruh daripada bentuk perhubungan keluarga yang kompleks serta respon daripada pihak lain pada komuniti di dalam masyarakat itu sendiri.

• Pada masa ini kasih sayang yang diberikan oleh keluarga kepada anak-anak mereka lebih kepada aspek material bagi menunjukkan kasih sayang mereka berbanding pada masa lalu kasih sayang diberikan dengan sepenuhnya kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.

Hubungan,matlamat dan budaya mendidik anak

Tahap pendidikan ibu bapa

• Tahap  pendidikan  ibu  bapa  juga  telah  meningkat. Jika dahulu, tanggungjawab untuk menyara keluarga terletak pada bahu bapa yang mencari nafkah, tetapi pada  masa  kini,  ibu  dan  bapa  telah  bersama-sama mencari rezeki. 

• Tugas  menjaga  anak  telah  diserahkan  kepada  pusat asuhan  mahupun  pembantu  rumah.  jika  pembantu rumah  tersebut  adalah  warga  asing,  maka  secara tidak  langsung  anak  tersebut  akan  belajar  nilai  dan budaya warga asing itu sendiri. 

Perubahan tempat tinggal.

• Ibubapa muda telah mula berhijrah dari kampong ke bandar.  Ini  mungkin  kerana  di  bandar  mempunyai lebih pekerjaan dan kemudahan yang lebih selesa. 

• Namun  demikian,  suasana  perumahan  di  bandar lebih kepada konsep “tidak menjaga tepi kain orang” oleh yang demikian, apa yang berlaku jika anak-anak melakukan  kesilapan  di  luar  pengetahuan  ibu  bapa, maka, tiada siapa yang akan menegur.

Keluarga nucleus

• Ibubapa muda yang berpisah akan meminta ibubapa mereka  untuk  menjaga  anak-anak.  Namun  jika  di bandar , tiada siapa yang akan menjaga mereka dan menyebabkan anak-anak mereka terbiar. 

KONFLIK, MATLAMAT DAN NILAI.

• Ibubapa dan keluarga bertanggungjawab menjadikan anak-anak  mereka  berakhlak  mulia,  beragama matang  berfikir  serta  menghayati  nilai-nilai  murni tradisi yang diwarisi keluarga. 

• Oleh  yang  demikian,  ibubapa  bertanggungjawab mengeluarkan  perbelanjaan  kesihatan,  perubatan, pakaian untuk anak-anak. 

BUDAYA KELUARGA

• Sebuah  keluarga  yang  baik  mempunyai  sokongan emosi,  menghormati  orang  lain,  bertanggungjawab terhadap segala tindakan. Perbezaan budaya adalah dari  segi  ekspektasi  kanak-kanak  ,  cara  menjaga mereka,  corak  mendewasakan  mereka  dan  juga tahap kepentingan ibubapa terhadap pelajaran. 

APLIKASI PENYELESAIAN KONFLIK. 

• Guru  harus  memainkan  peranan  yang  penting  dalam mengurangkan konflik didikan dan nilai berkeluarga. 

• Guru  perlu  memberi  peneguhan  dan  sokongan kepada setiap tingkahlaku kanak-kanak sejajar dengan matlamat dan hasrat pendidikan 

• Guru  memerlukan  sokongan  dari  keluarga  dan komuniti dalam menjalankan peranan ini

Kanak-kanak perlu didedahkan dengan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolong menolong, hormat menghormati dan sebagainya 

selaras dengan falsafah pendidikan negara yang mahukan perkembangan secara menyeluruh (JERIS).

Nilai-nilai murni perlu diterapkan sejak mereka masih kecil lagi kerana dapat membentuk moral yang baik dalam diri kanak-kanak 

tersebut. 

Nilai agama juga perlu diajar kepada kanak-kanak dari kecil lagi. Amalan baik yang diajarkan oleh sesebuah agama hendaklah 

dilaksanakan oleh keluarga mereka agar dapat menjadi tauladan dan ikutan kepada kanak-kanak. 

DEFINISI

Keputusan : Pilihan yang dibuat antara alternatif

yang ada

Proses Pembuatan Keputusan : Proses membuat pilihan alternatif yang

terbaik untuk mencapai sesuatu objektif

JENIS-JENIS KEPUTUSAN

1. Keputusan Berprogram : berulang dan rutin; mengikut prosedur

atau garis panduan yang telah disediakanCTH: pendaftaran kursus setiap semester

2.Keputusan Tidak Berprogram : berlaku secara tidak rutin dan keadaan

yang tidak biasaCTH: hendak melabur dalam syarikat baru tersenarai di BSKL

Langkah Pertama : Kenalpasti masalah dan peluang :

- Menganalisa punca atau penyebab - Mengenalpasti kesukaran yang menghalang

pencapaian matlamat- Mengenalpasti situasi yang menunjukkan peluang- peluang untuk melepasi matlamat yang sedia ada

Langkah Kedua : Memikirkan alternatif penyelesaian :

- Untuk keputusan berprogram : alternatif hendaklah mudah dan ketara

- Untuk keputusan tidak berprogram : alternatif yang lebih kreatif dan inovatif

Langkah Ketiga : Pilih alternatif paling sesuai

Perlaksanaan yang berjaya : Berhati-hati ketika merancang; Sensitif terhadap mereka yang menerima kesan

Langkah Keempat : Melaksanakan alternatif yang dipilih

Langkah lima: Dapatkan maklumbalas

Membuat tindakan susulan dan menilai hasil daripada keputusan

Wrightsman dan Deaux (1981) mendefinisikan perilaku prososial sebagai perilaku seseorang yang mempunyai konsekuensi sosial

positif yang ditujukan bagi kesejahteraan orang lain secara fisikal mahupun psikologi.

Perkembangan prososial ialah perkembangan seseorang dari segi tingkahlaku yang dapat diterima sosial umum. Kanak-kanak

perlu diberi bimbingan tingkahlaku seperti berikut.

Membimbing kanak-kanak ke arah membina kawalan diri Menggalakkan kanak-kanak berdikari

Membimbing kanak-kanak untuk memenuhi keperluan emosi dan intelek mereka

Membina ekspektasi untuk kanak-kanak Merancang tingkahlaku yang sesuai dengan menyusun

persekitaran supaya disiplin kendiri dapay dilakukan kanak-kanak

Mengubah tingkahlaku kanak-kanak sekiranya perlu

Seorang kanak-kanak akan meningkat dalam pelbagai perkara seperti perkembangan kognitif, perkembangan bahasa, perkembangan sosial dan lain-lain lagi.

Menurut Moss dan Page (dalam Baron & Byrne, 1991) menyatakan bahawa seseorang yang mendapatkan pengukuh positif pada saat melakukan suatu perilaku prososial maka ia cenderung akan melakukan perilaku itu lagi pada saat yang lain, sedangkan seseorang yang mendapatkan pengukuh negatif pada saat melakukan suatu perilaku prososial maka akan cenderung menghindari perilaku tersebut pada saat yang lain.

Elemen penting dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah memberikan bimbingan yang berkesan

kepada kanak-kanak seperti berikut.

Mengenali diri Mengetahui perkembangan kanak-kanak

Memenuhi keperluan kanak-kanak dengan cara sesuai dari segi berdikari dan bertanggungjawab Menetapkan ekspektasi yang sesuai

Menyusun dan memodifikasi persekitaran supaya tingkahlaku dan kawalan kendiri yang diharapkan dapat dibina

Menunjukkan model tingkahlaku yang sesuai kepada kanak-kanak

Mengelakkan daripada membina atau menggalakkan tingkahlaku bermasalah

Rumusan  

Jika dilihat daripada tugasan ini,kebanyakkanya mengulaskan

mengenai definisi keluarga, jenis-jenis keluarga, fungsi keluarga,

perubahan bentuk keluarga, struktur keluarga, budaya dan nilai

mendidik anak-anak, tanggungjawab keluarga, budaya keluarga serta

memupuk tingkah laku prososial kepada anak-anak agar mereka

berkembang menjadi orang dewasa yang sihat mental, emosi , sosial,

dan rohani. Turut diulas adalah mengenai tanggungjawab ibubapa,

masyarakat serta komuniti dalam membentuk keperibadian kanak-

kanak. Ibubapa dan guru memainkan peranan yang cukup penting

untuk memastikan apa yang terbaik untuk kanak-kanak. Kesemua isu

ini dikupas dalam konteks kanak-kanak dan kehidupannya dengan

keluarga.    

 Rujukan  

Buku IlmiahSabariah Siron & Kasnani Ab. Karim. HBPS2103 Keluarga dan Profesional dalam  Perkhidmatan Kanak-Kanak. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Internet http://khairatna.blogspot.com/2009/03/kepentingan-keluarga-dalam-islam.html http://www.penyayang.org.my/bm/keluarga/text.htmlhttp://ahmadjaafar.blogspot.com/2009/04/pengenalan.htmlhttp://astaqauliyah.com/2006/12/26/konsep-keluarga-dinamika-dan-fungsinya/http://www.bloggaul.com/trainingcentre/readblog/64153/8-fungsi-keluarga