penghinaan mahkamah di mahkamah syariah...

10
16 Penghinaan Mahkamah Di Mahkamah Syariah Malaysia Hariani Mohamad, Zuliza Mohd Kusrin & Mohd Zamro Muda Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Mahkamah Syariah adalah institusi kehakiman yang berperanan mengadili kes-kes berkaitan hal ehwal keagamaan orang Islam, seperti yang dihadkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat keputusan kes-kes di Mahkamah Syariah yang tidak dipatuhi menyebabkan berlakunya penghinaan mahkamah. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan konsep penghinaan mahkamah, punca kuasa untuk Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan penghinaan mahkamah serta hukuman untuk penghinaan mahkamah tersebut. Perbincangan artikel ini hanya merujuk kepada statut-statut berkaitan di Wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia kerana umumnya peruntukan negeri-negeri lain di Malaysia adalah hampir sama. Metodologi kajian adalah secara analisis kandungan. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Hasil perbincangan mendapati bahawa dalam sistem kehakiman Malaysia umumnya konsep penghinaan Mahkamah Syariah adalah sama seperti Mahkamah Sivil, iaitu ingkar mematuhi keputusan serta perintah mahkamah, tetapi Mahkamah Syariah menekankan bahawa kepatuhan kepada keputusan hakim adalah dengan syarat keputusan dan perintah tersebut tidak bertentangan dengan Hukum Syarak. Tiada statut khusus berkenaan kesalahan penghinaan Mahkamah Syariah, kerana punca kuasanya difahami dengan merujuk kepada pelbagai statut berkaitan, sama ada yang menyatakan kesalahan tersebut secara langsung atau sebaliknya. Hukuman terhadap kesalahan penghinaan Mahkamah Syariah adalah pelbagai dari aspek jumlah denda dan tempoh masa penjara, bergantung kepada peruntukan undang-undang yang dirujuk serta keseriusan pelanggaran keputusan atau perintah mahkamah syariah tersebut. Kata kunci : mahkamah Syariah, penghinaan mahkamah, hukuman, denda, penjara. Pengenalan Mahkamah merupakan salah satu institusi penting dalam sistem pentadbiran negara. Ia berfungsi untuk menegakkan keadilan dengan memastikan pihak-pihak yang mengemukakan tuntutan di mahkamah dibicarakan dengan adil dan seterusnya pihak- pihak yang terlibat mendapat keadilan dengan mematuhi keputusan yang diputuskan oleh mahkamah. Ia merupakan institusi kehakiman yang penghakimannya perlu dipatuhi dan dilarang sama sekali mengkritiknya kecuali melalui saluran perundangan khusus. Walau bagaimanapun, seringkali berlaku kes-kes di mana pihak defendan/respondan yang sepatutnya akur dengan keputusan serta perintah mahkamah telah bertindak tidak

Upload: phungnhan

Post on 06-Feb-2018

273 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penghinaan Mahkamah Di Mahkamah Syariah Malaysiaukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/03-Hariani-Zuliza-Zamro.pdf · 20 Peruntukan undang-undang lain adalah seperti seksyen 10

16

Penghinaan Mahkamah Di Mahkamah Syariah Malaysia

Hariani Mohamad, Zuliza Mohd Kusrin & Mohd Zamro Muda

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Mahkamah Syariah adalah institusi kehakiman yang berperanan mengadili kes-kes

berkaitan hal ehwal keagamaan orang Islam, seperti yang dihadkan dalam Perlembagaan

Persekutuan Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat keputusan kes-kes di Mahkamah

Syariah yang tidak dipatuhi menyebabkan berlakunya penghinaan mahkamah. Objektif

artikel ini adalah untuk membincangkan konsep penghinaan mahkamah, punca kuasa

untuk Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan penghinaan

mahkamah serta hukuman untuk penghinaan mahkamah tersebut. Perbincangan artikel ini

hanya merujuk kepada statut-statut berkaitan di Wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia

kerana umumnya peruntukan negeri-negeri lain di Malaysia adalah hampir sama.

Metodologi kajian adalah secara analisis kandungan. Data yang diperolehi dianalisis

secara deskriptif dan disusun secara tematik. Hasil perbincangan mendapati bahawa

dalam sistem kehakiman Malaysia umumnya konsep penghinaan Mahkamah Syariah

adalah sama seperti Mahkamah Sivil, iaitu ingkar mematuhi keputusan serta perintah

mahkamah, tetapi Mahkamah Syariah menekankan bahawa kepatuhan kepada keputusan

hakim adalah dengan syarat keputusan dan perintah tersebut tidak bertentangan dengan

Hukum Syarak. Tiada statut khusus berkenaan kesalahan penghinaan Mahkamah Syariah,

kerana punca kuasanya difahami dengan merujuk kepada pelbagai statut berkaitan, sama

ada yang menyatakan kesalahan tersebut secara langsung atau sebaliknya. Hukuman

terhadap kesalahan penghinaan Mahkamah Syariah adalah pelbagai dari aspek jumlah

denda dan tempoh masa penjara, bergantung kepada peruntukan undang-undang yang

dirujuk serta keseriusan pelanggaran keputusan atau perintah mahkamah syariah tersebut.

Kata kunci : mahkamah Syariah, penghinaan mahkamah, hukuman, denda, penjara.

Pengenalan

Mahkamah merupakan salah satu institusi penting dalam sistem pentadbiran negara. Ia

berfungsi untuk menegakkan keadilan dengan memastikan pihak-pihak yang

mengemukakan tuntutan di mahkamah dibicarakan dengan adil dan seterusnya pihak-

pihak yang terlibat mendapat keadilan dengan mematuhi keputusan yang diputuskan oleh

mahkamah. Ia merupakan institusi kehakiman yang penghakimannya perlu dipatuhi dan

dilarang sama sekali mengkritiknya kecuali melalui saluran perundangan khusus. Walau

bagaimanapun, seringkali berlaku kes-kes di mana pihak defendan/respondan yang

sepatutnya akur dengan keputusan serta perintah mahkamah telah bertindak tidak

Page 2: Penghinaan Mahkamah Di Mahkamah Syariah Malaysiaukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/03-Hariani-Zuliza-Zamro.pdf · 20 Peruntukan undang-undang lain adalah seperti seksyen 10

17

mematuhi atau ingkar untuk melaksanakan perintah tertentu mahkamah tersebut. Justeru,

keadaan sedemikian dianggap mencabar perintah mahkamah dan tidak menghormati

perintah mahkamah menyebabkan jika perlakuan ingkar tersebut berjaya dibuktikan,

pihak yang ingkar didapati melakukan kesalahan penghinaan mahkamah. Artikel ini

membincangkan tentang konsep umum penghinaan mahkamah. Memandangkan konsep

penghinaan Mahkamah adalah suatu prinsip yang diambil daripada undang-undang sivil,

perbincangan berkenaan konsep penghinaan Mahkamah Sivil juga relavan dirujuk bagi

memahami konsep penghinaan Mahkamah Syariah. Perbincangan seterusnya

menfokuskan kepada statut atau peruntukan undang-undang yang menjadi punca kuasa

bagi Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman penghinaan mahkamah berserta

hukumannya dalam bentuk denda yang pelbagai jumlahnya dan penjara yang tempoh

masanya berbeza berdasarkan ringan atau berat kesalahan penghinaan mahkamah yang

dikomitkan. Perbincangan disertakan dengan seksyen serta kes perundangan berkaitan.

Konsep Penghinaan Mahkamah

Menurut Oxford Dictionary (2014) penghinaan mahkamah boleh dilihat menurut

Mahkamah Sivil iaitu Contempt of court, often referred to simply as “contempt”, is the

offense of being disobedient to or disrespectful towards a court of law and its officers in

the form of behavior that opposes or defies authority, justice, and dignity of the court.

L.C.J McNae (1990) pula menyatakan penghinaan mahkamah bermaksud melanggar

tatasusila mahkamah, membantah sesuatu tindakan yang bertujuan untuk menimbulkan

prasangka terhadap sesuatu perbicaraan yang adil (Mohd Safar Hasim 2002). Seterusnya

definisi yang agak menyeluruh diberi oleh A. Vijayalakshmi Venugopal (2014) seperti

berikut:

“… a basic definition of contempt of court might be when a legal persona (be it a natural

person or a company) interferes, by act or omission, with the administration of justice.

This may be committed by anyone, anywhere, and in any context. Contempt of court is a

power given to every court, expressly by statute, or through the inherent jurisdiction of

courts”

Menurut Harith Suleiman Faruqi penghinaan mahkamah ialah setiap perbuatan atau sikap

menyimpangkan dari maksud asal mahkamah atau perintah mahkamah. Kesalahan

penghinaan mahkamah ini boleh terjadi sama ada melaui perkataan atau perbuatan (Mohd

Nadzri Hj Abdul Rahman 2008). Salleh Abas (1997) menyatakan penghinaan mahkamah

ditakrifkan sebagai perbuatan samaada mengingkari perintah mahkamah atau membuat

perkara-perkara keji terhadap mahkamah.

Merujuk kepada definsi penghinaan Mahkamah Syariah, Munir al-Baalbaki menyatakan

penghinaan mahkamah adalah perkataan derhaka atau tidak menghormati kebenaran

mahkamah atau kadi atau keputusan-keputusan tashriciyat (Mohd Nadzri Hj Abdul

Rahman 2008: 98). Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab 33: 36 bermaksud:

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan , apabila Allah

dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara tidaklah harus mereka

Page 3: Penghinaan Mahkamah Di Mahkamah Syariah Malaysiaukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/03-Hariani-Zuliza-Zamro.pdf · 20 Peruntukan undang-undang lain adalah seperti seksyen 10

18

mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka dan sesiapa yang

tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan

kesesatan yang jelas nyata”.

Hakim Mahkamah Syariah adalah individu yang melaksanakan hukum syarak melalui

sistem kehakiman Islam yang adil berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Justeru, sebagai

seorang Muslim, tidak seharusnya menghina dan mengingkari keputusan hakim di dalam

Mahkamah kerana keputusannya berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah ataupun ijtihad

sekiranya tidak terdapat dalam kedua-dua sumber tersebut. Oleh itu, keputusan kadi atau

hakim wajib diikuti selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Mengingkari

keputusan hakim syarie merupakan penghinaan kepada institusi kehakiman dan

khususnya kepada kadi atau hakim itu sendiri.

Saleh Buang (2014) memberi beberapa contoh tentang perlakuan yang boleh difahami

sebagai perbuatan menghina mahkamah. Contohnya, perbuatan mengingkari apa-apa

injunksi yang dikeluarkan oleh mahkamah untuk menyerahkan sesuatu benda kepada

pihak tertentu atau perbuatan mengingkari injunksi mahkamah yang melarang melakukan

sesuatu perbuatan. Contoh yang lain ialah seperti seseorang saksi atau pemerhati dalam

mahkamah melakukan perkara yang tidak senonoh seperti membuat bising atau

berkelakuan biadab di mahkamah, walaupun setelah ditegur agar tidak melakukan

perbuatan tersebut. Dalam kes Azman Abdul Talib lwn Suhaila Ibrahim [2004] CLJ (Sya)

391, kegagalan defendan memenuhi perintah interim (interim order) berkaitan hak

penjagaan anak supaya menyerahkan anaknya kepada plaintif, dianggap menghina

mahkamah. Seterusnya dalam kes Mohd Asraf bin Sultan Mohamad lwn Mumtaj Bebe

binti Rahmat [2005] 19(2) JH 276, kegagalan memenuhi perintah mahkamah agar

mengosongkan rumah Plaintif, dianggap melakukan penghinaan mahkamah. Dalam kes

Ahmad Shapial lwn Hani Itam Ali Husin & Yang Lain [2002] 1 CLJ (Sya) 381, perbuatan

melenggah-lengahkan prosiding perceraian dalam mahkamah dianggap suatu penghinaan

mahkamah.

Penghinaan mahkamah terbahagi kepada dua kategori iaitu penghinaan in-facie, iaitu

penghinaan yang berlaku dalam mahkamah dan penghinaan ex-facie, iaitu penghinaan

yang berlaku di luar mahkamah. Menurut ulasan Kamal Halili (1990) penghinaan ex-facie

dilakukan di luar premis mahkamah tetapi kesannya berupaya menghalang perjalanan

keadilan. Penghinaan ini kerap dilakukan di media massa jika dibandingkan dengan

penghinaan mahkamah in-facie. Kesalahan bentuk ini tidak semestinya dilakukan dalam

bentuk tulisan sahaja, tetapi boleh dilakukan juga dalam bentuk perlakuan lain, seperti

menghasut seseorang atau khalayak agar membenci badan kehakiman sehingga boleh

menjatuhkan nama baik badan tersebut.

Definisi penghinaan mahkamah atau contempt of court secara keseluruhan mempunyai

makna yang sama iaitu penghinaan terhadap institusi kehakiman serta gangguan yang

dilakukan oleh masyarakat ketika prosiding dijalankan serta apa-apa perkara yang boleh

melemahkan atau memudaratkan berlaku ketika di dalam mahkamah atau di luar

mahkamah. Umumnya penghinaan mahkamah terbahagi kepada dua bentuk iaitu

penghinaan di dalam mahkamah iaitu perlakuan menghina hakim secara terus manakala

bentuk penghinaan mahkamah yang kedua ialah penghinaan di luar mahkamah iaitu

Page 4: Penghinaan Mahkamah Di Mahkamah Syariah Malaysiaukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/03-Hariani-Zuliza-Zamro.pdf · 20 Peruntukan undang-undang lain adalah seperti seksyen 10

19

perihal menghina hakim atau mahkamah semasa pelakunya tidak berada di dalam

mahkamah atau dilihat oleh hakim.

Status Berkenaan Kuasa Mahkamah Syariah Dalam Penghakiman Kes Penghinaan

Mahkamah

Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan yang mengamalkan dua sistem mahkamah,

iaitu Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Persekutuan Malaysia terdiri daripada tiga

belas buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Perak,

Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Baharu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Termasuk juga di dalamnya tiga buah Wilayah-wilayah Persekutuan iaitu, Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan

Putrajaya. Setiap negeri tersebut mempunyai Mahkamah Syariah masing-masing yang

mentadbir hal ehwal agama Islam masing-masing. Walaupun Mahkamah-mahkamah

Syariah negeri-negeri tersebut ditadbir secara berasingan tetapi umumnya ia mempunyai

persamaan dari aspek struktur sistem perundangan Mahkamah Syariah di mana setiapnya

mempunyai struktur mahkamah tiga peringkat yang sama iaitu Mahkamah Rendah

Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

Prinsip penghinaan Mahkamah di Mahkamah Syariah asasnya adalah merujuk kepada

amalan di Mahkamah-mahkamah Awam. Oleh kerana prinsip ini tidak bertentangan

dengan hukum syarak bahkan bertujuan menegakkan prinsip Syariah serta meningkatkan

status dan kedudukan Mahkamah Syariah serta menjamin kehormatan terhadap

Mahkamah Syariah, prinsip ini diaplikasi dan menjadi sebahagian daripada teras kepada

Mahkamah Syariah untuk mempertahankan kewibawaan dan integritinya.

Berkaitan isu penghinaan mahkamah, kedua-dua Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah

mempunyai bidang kuasa untuk menghukum kesalahan berkaitan penghinaan mahkamah,

tetapi punca kuasa antara keduanya adalah berbeza. Ini kerana kedua-dua mahkamah

tersebut ditadbir secara berasingan, iaitu Mahkamah Sivil adalah di bawah pentadbiran

kerajaan pusat manakala Mahkamah Syariah ditadbir oleh pentadbiran Mahkamah

Syariah negeri masing-masing.

Mahkamah-mahkamah Syariah Malaysia di Wilayah-wilayah Persekutuan dan negeri

mendapat kuasa khusus untuk menghukum kes kesalahan penghinaan mahkamah

daripada tiga statut iaitu:

(1) Statut yang memberi definisi kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah untuk negeri

atau wilayah Persekutuan tersebut.

(2) Statut berkaitan tatacara mal di Mahkamah Syariah.

(3) Statut berkaitan tatacara jenayah di Mahkamah Syariah.

Punca kuasa atau peruntukan undang-undang yang memberi kuasa kepada

Mahkamah Syariah menghukum kesalahan penghinaan mahkamah adalah seperti

Seksyen 229(1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah

Persekutuan) Akta 1998 yang menyatakan bahawa mahkamah mempunyai bidang

kuasa untuk memulakan prosiding terhadap mana-mana orang kerana menghina

mahkamah dan boleh membuat perintah untuk pengkomitan seseorang selama

tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau boleh mengenakan denda tidak

melebihi dua ribu ringgit.

Page 5: Penghinaan Mahkamah Di Mahkamah Syariah Malaysiaukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/03-Hariani-Zuliza-Zamro.pdf · 20 Peruntukan undang-undang lain adalah seperti seksyen 10

20

Peruntukan undang-undang lain adalah seperti seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan

Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, mana-mana orang mengingkari,

melanggar, pertikaian, mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana

perintah mahkamah adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan

denda tidak melebihi RM3,000.00, penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau

kedua-duanya.

Seterusnya, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984

juga memperuntukkan perlakuan khusus sebagai penghinaan mahkamah kerana gagal

mematuhi perintah mahkamah berkaitan hal ehwal kekeluargaan seperti berikut;

(1) Seksyen 74(1) adalah kuasa Mahkamah Syariah memerintahkan pembayaran

nafkah. Seksyen 74(2) pula berkenaan kuasa mahkamah untuk menghukum

individu yang dikomitkan ingkar dengan perintah tersebut melakukan kesalahan

penghinaan mahkamah.

(2) Seksyen 105 (1) adalah kuasa mahkamah untuk menghalang anak dibawa keluar

dari Malaysia iaitu berkenaan mahkamah boleh, atas permohonan bapa atau ibu

seseorang anak, (a) jika keputusan sesuatu perbicaraan hal ehwal suami isteri

belum selesai; (b) jika, di bawah sesuatu perjanjian atau di bawah perintah

mahkamah, hanya ibu sahaja atau bapa sahaja ada mempunyai jagaan atas anak itu

manakala yang satu lagi itu tidak ada mempunyai jagaan.

Mahkamah juga boleh mengeluarkan suatu injunksi iaitu menahan pihak yang satu

lagi daripada membawa anak keluar dari Malaysia atau mahkamah boleh

membenarkan anak itu dibawa keluar daripada Malaysia sama ada tanpa syarat

atau tertakluk kepada apa-apa syarat atau aku janji yang difikirkan patut oleh

Mahkamah.

(3) Seksyen 106 (1) kuasa bagi mahkamah membatalkan dan menghalang

perpindahan yang dimaksudkan untuk mengecewakan tuntutan nafkah

jika (a) perbicaraan hal ehwal suami isteri belum selesai atau (b) sesuatu perintah

telah dibuat di bawah seksyen 56, 59, atau 73 dan belum lagi dibatalkan; atau (c)

nafkah kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian kepada atau untuk faedah

seorang isteri atau isteri yang dahulu atau anak,

Mahkamah juga mempunyai kuasa atas permohonan (i) jika mahkamah berpuas

hati bahawa apa-apa perpindahan harta telah dilakukan oleh suami atau suami

yang dahulu atau ibu atau bapa bagi orang yang telah membuat atau yang bagi

pihaknya telah dibuat permohonan itu, dalam masa tiga tahun sebelumnya, dengan

tujuan di pihak orang yang melakukan perpindahan itu hendak mengurangkan

kemampuannya membayar nafkah atau kemampuan suami itu membayar mut’ah

atau hendak menghalang isterinya daripada apa-apa hak berhubungan harta itu,

tertakluk kepada subseksyen (2), menghendaki orang yang membuat perpindahan

itu membatalkan perpindahan itu; dan (ii) jika ia berpuas hati bahawa apa-apa

perpindahan harta dicadang hendak dilakukan dengan sesuatu tujuan yang

demikian, memberi suatu injunksi menghalang perpindahan itu.

Page 6: Penghinaan Mahkamah Di Mahkamah Syariah Malaysiaukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/03-Hariani-Zuliza-Zamro.pdf · 20 Peruntukan undang-undang lain adalah seperti seksyen 10

21

(4) Seksyen 107(1) berkenaan dengan injuksi terhadap gangguan iaitu mahkamah

hendaklah mempunyai kuasa dalam masa perbicaraan hal ehwal suami isteri

masih belum selesai atau pada atau selepas pemberian sesuatu perintah perceraian,

fasakh, atau pembatalan, memerintahkan seseorang menahan dirinya daripada

mengganggu atau menceroboh dengan pelbagai cara ke atas suami atau isteri atau

bekas suami atau bekas isterinya.

(5) Seksyen 107(2) berkenaan kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di

bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap

Mahkamah.

Terdapat juga kategori peruntukan perundangan yang tidak secara khusus merujuk kepada

penghinaan mahkamah tetapi ia adalah penghinaan terhadap undang-undang yang

kesalahannya adalah penghinaan mahkamah. Seksyen 7 (c) Akta Kesalahan Jenayah

Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 menyatakan bahawa mana-mana orang

yang secara lisan, secara bertulis, melalui gambaran yang boleh dilihat atau dengan apa

cara juga mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-

undang mengikat yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu

kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000.00, penjara yang

tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Had hukuman yang sama terpakai

kepada menghina perintah mahkamah dan menghina undang-undang di Mahkamah

Syariah di Wilayah Persekutuan. Walaupun telah ada statut khusus yang dipakai untuk

kes-kes kesalahan penghinaan mahkamah di Mahkamah Syariah wilayah-wilayah

Persekutuan dan setiap negeri, Mahkamah Syariah tidak ditegah daripada mengaplikasi

statut-statut lain yang berkaitan atau relevan. Dalam kes penghinaan mahkamah, menjadi

amalan Mahkamah Syariah mengaplikasi prinsip-prinsip yang menganggap perkara

tersebut tidak termasuk dalam kategori penghinaan di mahkamah undang-undang,

peraturan-peraturan tatacara berkaitan kes-kes penghinaan mahkamah di mahkamah

selain Mahkamah Syariah dan penghinaan mahkamah di Mahkamah Syariah di negeri-

negeri lain (A. Vijayalakshmi Venugopal 2014).

Contohnya dalam kes Hakim Mahkamah Rayuan Perak, YAA Muhamad Asri Abdullah

dalam kes Ahmad Shapiai lwn Hani Itam Ali Husin & Yang Lain [2005] CLJ (Sya) 381-

393 “… applied legal principles from natural law (the right to be heard), evidence

(hearsay) and criminal law (pleading guilty or not guilty for a charge)...”. Hakim di

Mahkamah Tinggi Syariah, YA Abdul Rahman Yunus J Pahang dalam kes Azman Abdul

Talib lwn Suhaila Ibrahim [2004] CLJ (Sya) 391-398 telah mengaplikasi peraturan-

peraturan prosedur daripada Rules of the High Court 1980. Hakim Mahkamah Tinggi

Shah Alam, YA Haji Saarani Ismail telah mengaplikasi peraturan lalu dalam Subordinate

Courts Rules 1980. Kedua-dua Peraturan-peraturan tersebut kini telah diganti dengan the

Rules of Court 2012. Seterusnya Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, YA.

Zulkifli Yasoa dalam kes Hasnan Yusof lwn Yasmin Mohd Yacob [2008] 1 CLJ (Sya)

406 telah merujuk kepada kes Roslaili bt Abdul Ghani v. Ahmad Azman b. Yaacob

[2006] 1 ShLR 135 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Hukuman yang dikenakan terhadap kesalahan peghinaan mahkamah adalah pelbagai,

berdasarkan peruntukan undang-undang mana pengkomitan tersebut dibuat. Antara

contoh-contoh kesalahan dan hukuman bagi kesalahan penghinaan mahkamah adalah

seperti Seksyen 229(1) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah

Page 7: Penghinaan Mahkamah Di Mahkamah Syariah Malaysiaukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/03-Hariani-Zuliza-Zamro.pdf · 20 Peruntukan undang-undang lain adalah seperti seksyen 10

22

Persekutuan) 1998 menyatakan bahawa seseorang yang didapati melakukan kesalahan

penghinaan mahkamah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2,000.00 atau

penjara tidak melebihi enam bulan. Seksyen 210 Akta Tatacara Jenayah (Wilayah-

wilayah Persekutuan) 1997 menyatakan bahawa hukuman untuk kesalahan penghinaan

mahkamah adalah tidak melebihi RM1,000.00.

Seksyen 211 pula bagi kesalahan memberi maklumat, keterangan dan pengakuan salah,

hukumannya adalah denda tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara tidak melebihi satu

tahun atau kedua-duanya sekali. Seksyen 212 adalah bagi kesalahan pegawai agama

mengingkari arahan undang-undang dengan tujuan menyebabkan kecederaan kepada

mana-mana pihak, hukumannya adalah denda tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara

tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Seksyen 213 kegagalan seseorang

yang diperintahkan oleh mahkamah mengemukakan dokumen kepada pegawai agama

yang sepatutnya, hukumannya adalah tidak melebihi RM1,000.00 atau penjara tidak

melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Ataupun jika dokumen yang

dimaksudkan itu perlu dikemukakan dan diserahkan kepada mahkamah, kegagalan

berbuat demikian boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2,000.00 atau

penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Contoh-Contoh Kes Penghinaan Mahkamah

Merujuk kepada kes Rohaiza bt Ahmad lwn Kamal Hazelly bin Mohamed. Kes Mal Bil.:

10100-036-0226-2005, dalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dihadapan Hakim

Yang Arif Hj Saarani bin Ismail. Pihak Responden perlu menunjukkan sebab mengapa

tindakan pengkomitan tidak boleh diambil terhadapnya kerana menghina mahkamah di

mana mahkamah mempunyai bidang kuasa membuat satu perintah pengkomitan selama

tempoh tidak melebihi enam bulan atau boleh mengenakan denda tidak melebihi dua ribu

ringgit. Di dalam kes ini pemohon merupakan bekas isteri kepada responden. Hasil

daripada perkahwinan dikurniakan dua orang anak. Permohonan dibuat kerana

Responden telah gagal mematuhi perintah persetujuan Kes Mal Bil.:10005-055-460-2004

di atas pembahagian harta sepencarian. Kes diselesaikan secara persetujuan bersama iaitu

Responden mengambil alih segala hak kepentingan setengah bahagian Pemohon ke atas

sebuah rumah di Semenyih Hulu Langat Selangor. Responden juga mengambil alih segala

liabiliti Pemohon terhadap pinjaman yang diberikan oleh CIMB Bank Berhad bagi

pembelian rumah melalui perjanjian bertarikh 20hb Mac 2001 dan gadaian bertarikh 9hb

Mac 2001 seolah-oleh Reponden adalah peminjam mutlak. Responden juga menanggung

rugi segala liabiliti yang timbul daripada tindakan pihak bank di atas kegagalan

Responden membuat pindah milik rumah tersebut dan membayar ansuran sebagaimana

yang diperintahkan melalui perintah Mahkamah yang dimeterai pada 16hb Disember

2004.

Di samping itu Responden juga diperintahkan mengambil alih segala liabiliti serta

menanggung rugi Pemohon terhadap sebarang tunggakan bayaran cukai pintu, cukai

tanah, saman dan sebarang bayaran yang timbul terhadap rumah tersebut dan perintah ini

tidak mengubah dan ataupun menafikan hak Pemohon untuk mkengambil tindakan

Page 8: Penghinaan Mahkamah Di Mahkamah Syariah Malaysiaukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/03-Hariani-Zuliza-Zamro.pdf · 20 Peruntukan undang-undang lain adalah seperti seksyen 10

23

pelaksanaan terhadap perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor

dalam Kes Mal Bil.: 10005-055-460-2004 sekiranya perintah bersetujuan ini gagal

dilaksanakan dengan pihak CIMB Berhad.

Kes di atas merupakan kes penghinaan Mahkamah yang telah difailkan oleh Pemohon

untuk mendapatkan pegambilalihan segala liabiliti Pemohon terhadap pinjaman yang

diberikan oleh CIMB Bank Berhad bagi pembelian rumah dan apa-apa yang berkaitan

dengan pinjaman rumah tersebut. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor telah

meluluskan permohonan tersebut secara persetujuan bersama pada 20hb September 2007

(Fail Kes Mahkamah Tinggi Syariah Selangor 2005).

Selain itu, merujuk kepada kes Mohd Asraf bin Sultan Mohamad lwn. Mumtaj Bebe binti

Rahmat. Kes Mal Bil: 10100-036-143-2004. Dalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor

di Shah Alam. Permohonan notis tunjuk sebab Plaintif ke atas Respondan kerana enggan

mengosongkan rumah milik Plaintif. Disebabkan Respondan masih gagal mematuhi

perintah, Plaintif berpendapat Respondan telah menghina Mahkamah dan memohon

kepada Mahkamah mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab kepada Respondan mengapa

prosiding pengkomitan tidak boleh diambil terhadap Repondan serta memohon

Respondan dikomitkan ke penjara kerana masih gagal mematuhi perintah Mahkamah.

Mahkamah telah memutuskan Perintah Pengkomitan tidak patut dikeluarkan dan

permohonan Plaintif ditolak. Pelanggaran tersebut bukan penghinaan Mahkamah

mengikut seksyen 229(1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor )

2003 berdasarkan alasan yang diberikan oleh Respondan bahawa rumah tersebut dituntut

sebagai harta sepencarian dan Respondan tinggal bersama anak (Jurnal Jabatan

Kehakiman Syariah Malaysia 2005.

Kes tersebut merupakan contoh permohonan kes penghinaan Mahkamah yang dipohon

oleh Reponden namun ditolak oleh Mahkamah iaitu pelanggaran terhadap perintah yang

telah dikuatkuasakan oleh Mahkamah. Namun hakim telah menolak permohonan tersebut

kerana pelanggaran perintah tersebut bukan penghinaan Mahkamah kerana alasan rumah

tersebut dituntut sebagai harta sepencarian.

Kes seterusnya merujuk kepada kes Zetty bt Zabir lwn Mohamad Rafi bin Mohamed

Yaacob (Kes Mal Bil.: 10000-036-011-2009) dalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor

di Shah Alam. Pelanggaran terma persetujuan bersama kes hadanah iaitu Prosiding

Pengkomitan. Atas persetujuan bersama, Mahkamah Tinggi Syariah Selangor telah

memutuskan tuntutan hadanah tersebut yang secara ringkasnya hak jagaan anak diberikan

kepada Perayu. Manakala hak lawatan diberikan kepada Respondan pada setiap hari

Sabtu dan Ahad yang mana tempat pengambilan dan penghantaran anak-anak adalah di

pangsapuri yang diduduki oleh Perayu.

Kemudian pihak Respondan telah memfailkan permintaan untuk mengeluarkan notis

tunjuk sebab dan kebenaran perintah pengkomitan ke atas Perayu kerana Respondan tidak

dapat mengambil anak seperti di dalam terma perjanjian. Kegagalan tersebut disebabkan

Perayu telah berpindah ke tempat lain dan perpindahan tersebut dalam pengetahuan

Responden. Mahkamah Tinggi Syariah Selangor telah membenarkan notis tunjuk sebab

dikeluarkan kepada Perayu. Sebelum Reponden memfailkan prosiding pengkomitan

pihak perayu telah terlebih dahulu membuat satu permohonan untuk mengubah perintah

hadanah. Namun Mahkamah Tinggi Syariah Selangor telah menolak permohonan ubah

Page 9: Penghinaan Mahkamah Di Mahkamah Syariah Malaysiaukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/03-Hariani-Zuliza-Zamro.pdf · 20 Peruntukan undang-undang lain adalah seperti seksyen 10

24

perintah tersebut. Pihak perayu tidak puas hati dan telah membuat rayuan kepada

Mahkamah Rayuan Syariah. Setelah Hakim Rayuan meneliti alasan rayuan, rekod rayuan

dan setelah mendengar hujah-hujah kedua-kedua belah pihak diputuskan rayuan pihak

perayu diterima dan hukuman denda RM2000.00 atau penjara enam bulan jika gagal

membayar denda diketepikan (Jurnal Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia 2013).

Kes tersebut merupakan kes penghinaan Mahkamah yang telah diputuskan oleh Hakim

Mahkamah Tinggi Syariah Selangor namun apabila dirayu oleh pihak Responden dengan

alasan yang munasabah telah diterima oleh Hakim Mahkamah Rayuan atas alasan-alasan

yang munasabah dan hukuman penghinaan mahkamah iaitu denda atau penjara telah

diketepikan.

Seterusnya kes penghinaan mahkamah merujuk kepada kes Khairudin bin Minhaj lwn

Hazelen bt Hamzah (Kes Mal Bil.:10200-036-0354-2009) dalam Mahkamah Tinggi

Syariah Selangor di Shah Alam di hadapan Yang Arif Tuan Zainor Rashid bin Hasin

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam. Mahkamah telah meluluskan

permohonan untuk mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap Responden untuk

menunjukkan mengapa Responden tidak patut dikomitkan ke penjara selama tempoh

tidak melebihi enam bulan atau dikenakan denda tidak melebihi RM2000.00 kerana

melakukan kesalahan menghina Mahkamah iaitu telah dengan sengaja mengingkari dan

atau melanggar perintah Mahkamah bertarikh 4hb Julai 2007 dalam Kes Saman

No.:10200-017-0046-2005.

Kes telah diselesaikan secara persetujuan bersama. Mahkamah memutuskan dan

memerintahkan Responden hendaklah menyerahkan segala hak dan kepentingan beliau

terhadap rumah di Selangor kepada Pemohon. Responden tidak akan menuntut apa-apa

hak dan kepentingan terhadap rumah tersebut. Pemohon tidak akan menuntut jumlah

wang sebanyak RM60,000.00 seperti yang diperintahkan dalam tuntutan harta

sepencarian. Hakim juga memerintahkan Pemohon tidak akan menuntut tunggakan

bayaran ansuran pembelian rumah tersebut. Selain itu Responden hendaklah memberi

kerjasama sepenuhnya bagi urusan pindah milik rumah tersebut. Beliau juga dikehendaki

keluar daripada rumah tersebut sebulan selepas perintah dikeluarkan dan menjelaskan

segala tunggakan berkaitan bil-bil. Perintah persetujuan ini berkuatkuasa pada 6hb

Disember 2010 dan mengikat semua wakil-wakil diri, waris-waris, pengganti-pengganti

dan pemegang-pemegang serahhak kedua-dua belah pihak.

Kes pemohonaan penghinaan yang difailkan oleh Pemohon berjaya dengan persetujuan

bersama terhadap hak milik rumah dan apa-apa kaitan yang melibatkan penyelenggaraan

rumah tersebut dengan terma-terma persetujuan yang telah dipersetujui pihak-pihak (Fail

Kes Mahkamah Tinggi Syariah Selangor 2009).

Kesimpulan

Konsep penghinaan Mahkamah Syariah adalah satu aspek penting dalam sistem

kehakiman, bagi memastikan pelaksanaan peruntukan undang-undang berkaitan dapat

berjalan dengan adil, baik dan lancar. Mahkamah Syariah perlu kepada ‘ketahanan’ dan

‘kekuatan’ dalam melaksanakan keadilan. Justeru, konsep penghinaan mahkamah ini

perlu difahami dan disedarkan kepada masyarakat awam, terutamanya yang berurusan

dengan mahkamah, bagi memastikan kedudukan dan kemuliaan mahkamah diperkasa.

Page 10: Penghinaan Mahkamah Di Mahkamah Syariah Malaysiaukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/03-Hariani-Zuliza-Zamro.pdf · 20 Peruntukan undang-undang lain adalah seperti seksyen 10

25

Rujukan

Al- Quran al-Karim.

A.Vijayalakshmi Venugopal. 2014. Contemptof Court in Malaysia. Subang Jaya

Selangor: Thomson Reuters Malaysia.

Jurnal Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. 2005. Notis Tunjuk Sebab Pengkomitan.

Jurnal Hukum Jilid XIX Bahagian II. ( ISSN 0823-092X1544): 334.

Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. 2008. Kamus Undang-Undang. International

Book Services Wisma ILBS Selangor.

Mohd Nadzri Haji Abdul Rahman. 2008. Penghinaan Mahkamah Undang-Undang Sivil

& Undang-Undang Islam. Selangor: Mahzum Book Services.

Mohd Nadzri Haji Abdul Rahman. 2010. Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah

Syariah, Prinsip dan Amalan. Kula Lumpur: Karya Kreatif Publications.

Mohd Safar Hasim. 2002. Mengenali Undang-Undang Media dan Siber. Kuala Lumpur:

Utusan Publication and Distributors.

Mohd Saleh Haji Ahmad. 2010. Sistem Kehakiman Islam. Selangor: Pustaka Haji Abdul

Majid.

Saleh Buang. 2014. Artikel Objektif Akta Hina Mahkamah. http://www.utusan.com.my.