bincangkan bagaimanakah penggunaan aplikasi telefon bimbit pintar dapat membantu mempertingkatkan...

21
1.0 PENGENALAN Tugasan pertama Kursus Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru pada kali ini menghendaki para guru pelatih semester 8 untuk menganalisis teori- teori kepimpinan pendidikan yang boleh diaplikasikan oleh guru novis apabila diberikan amanah untuk mengendalikan sesebuah panitia. Antara isi yang telah dikupas adalah berkaitan gaya kepimpinan yang sesuai dipraktikkan oleh seseorang guru novis seperti gaya kepimpinan demokratik dan teori transformational. Menurut Trotter(1986) guru novis merujuk kepada guru yang telah mempunyai pengalaman mengajar, tetapi untuk jangka masa kurang dari satu tahun di sekolah atau dalam bilik darjah. Justeru, beberapa kaedah perlu diaplikasikan oleh guru novis tersebut untuk mempengaruhi ahli-ahli panitia lain yang lebih senior daripadanya supaya bersikat lebih positif terhadap tugas, proaktif, berkesan dan produktif. Tugasan kedua pula menghendaki guru pelatih untuk menulis esei reflektif tentang bagaimana penggunaan aplikasi telefon bimbit pintar dapat membantu mempertingkatkan komitmen terhadap profesionalisme keguruan. Justeru, saya sebagai guru pelatih perlu berpandangan masa hadapan dan proaktif terhadap peranan dan implikasi penggunaan media komunikasi elektronik khususnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru merupakan pasukan atau peneraju yang amat penting dalam mendidik pelajar. Ini adalah kerana seorang guru bukan hanya setakat mengajar di dalam bilik darjah malahan hingga di luar sekolah. Peranan guru sentiasa diperlukan walaupun pada era ini perkembangan teknologi maklumat nyata sedikit sebanyak telah meringankan beban seorang guru. Tugas guru sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman dan konteks semasa yang berlaku. Secara keseluruhannya, tugasan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru telah memberikan celik akal kepada saya supaya memikirkan alternatif-alternatif yang sesuai dengan perkembangan semasa terhadap PdP serta memberikan ruang kepada saya untuk menganalis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat yang lebih tinggi. 1

Upload: sharmila-dharshenee

Post on 10-Dec-2015

63 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan Komitmen Anda Terhadap Profesionalisme Terhadap Pdp Dalm Bilik Darjah Serta Implikasinya

TRANSCRIPT

Page 1: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan Komitmen Anda Terhadap Profesionalisme Terhadap Pdp Dalm Bilik Darjah Serta Implikasinya

1.0 PENGENALAN

Tugasan pertama Kursus Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru pada kali ini

menghendaki para guru pelatih semester 8 untuk menganalisis teori-teori kepimpinan

pendidikan yang boleh diaplikasikan oleh guru novis apabila diberikan amanah untuk

mengendalikan sesebuah panitia. Antara isi yang telah dikupas adalah berkaitan gaya

kepimpinan yang sesuai dipraktikkan oleh seseorang guru novis seperti gaya kepimpinan

demokratik dan teori transformational. Menurut Trotter(1986) guru novis merujuk kepada guru

yang telah mempunyai pengalaman mengajar, tetapi untuk jangka masa kurang dari satu tahun

di sekolah atau dalam bilik darjah. Justeru, beberapa kaedah perlu diaplikasikan oleh guru novis

tersebut untuk mempengaruhi ahli-ahli panitia lain yang lebih senior daripadanya supaya

bersikat lebih positif terhadap tugas, proaktif, berkesan dan produktif.

Tugasan kedua pula menghendaki guru pelatih untuk menulis esei reflektif tentang

bagaimana penggunaan aplikasi telefon bimbit pintar dapat membantu mempertingkatkan

komitmen terhadap profesionalisme keguruan. Justeru, saya sebagai guru pelatih perlu

berpandangan masa hadapan dan proaktif terhadap peranan dan implikasi penggunaan media

komunikasi elektronik khususnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru merupakan

pasukan atau peneraju yang amat penting dalam mendidik pelajar. Ini adalah kerana seorang

guru bukan hanya setakat mengajar di dalam bilik darjah malahan hingga di luar sekolah.

Peranan guru sentiasa diperlukan walaupun pada era ini perkembangan teknologi maklumat

nyata sedikit sebanyak telah meringankan beban seorang guru. Tugas guru sentiasa berubah-

ubah mengikut peredaran zaman dan konteks semasa yang berlaku.

Secara keseluruhannya, tugasan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional

Guru telah memberikan celik akal kepada saya supaya memikirkan alternatif-alternatif yang

sesuai dengan perkembangan semasa terhadap PdP serta memberikan ruang kepada saya

untuk menganalis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat yang lebih

tinggi.

1

Page 2: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan Komitmen Anda Terhadap Profesionalisme Terhadap Pdp Dalm Bilik Darjah Serta Implikasinya

2.0 PENULISAN

2.1 Penulisan Esei Deskriptif

2

persediaan dari segi mental dan

fizikal

kepimpinan demokratik -membina

hubungan/repo-pendengar yang baik

Mebuat keputusan bersama

teori transformasional untuk membentuk

tenaga kerja berpencapaian tinggi

-Motivasi inspirational -rangsangan intelektual

pengaruh yang ideal-pertimbangan keindividualan

Page 3: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan Komitmen Anda Terhadap Profesionalisme Terhadap Pdp Dalm Bilik Darjah Serta Implikasinya

Guru novis merujuk kepada guru yang telah mempunyai pengalaman mengajar, tetapi

untuk jangka masa kurang dari satu tahun di sekolah atau dalam bilik darjah. Menurut Trotter

(1986), guru novis adalah peringkat pertama untuk mencapai penguasaan dalam bidang yang

diceburi dan memerlukan pengalaman bertahun-tahun untuk beranjak ke peringkat mahir dan

hanya segelintir daripada mereka akan mencapai perkembangan di peringkat pakar. Secara

amnya, seseorang mengambil jangka masa antara 10 hingga 15 tahun untuk beranjak dari

peringkat novis menjadi seorang pakar dalam bidangnya. Seharusnya, guru novis perlu diberi

peluang untuk mengendalikan tugasan sekolah supaya mereka akan mendapat pengalaman

untuk menguruskan sesuatu organisasi. Sebagai contoh dengan memberi peluang kepada guru

novis untuk menjadi Ketua Panitia agar mereka dapat menimba pengalaman baru dan

mengaplikasikan segala teori yang telah dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru.

Perkara asas yang diperlukan untuk memimpin guru-guru supaya bersikap lebih positif

terhadap tugas adalah gaya kepimpinan itu sendiri. Kepimpinan yang berkesan dapat

memaksimumkan kecekapan pekerja dan pencapaian matlamat organisasi (Akhiar,2012).

Seandainya saya yang ditugaskan untuk memegang tanggungjawab tersebut, perkara pertama

yang akan saya lakukan adalah dengan mengaplikasi kepimpinan demokratik kerana gaya ini

diiktiraf sebagai gaya yang terbaik dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah. (Akhiar

et.al,2012). Sebagai seorang guru novis yang tidak mempunyai banyak pengalaman, terlebih

dahulu saya perlu menjadi seorang pendengar yang baik dan meminta pandangan setiap ahli

panitia bagi menjalankan sesuatu program tersebut. Melalui cara ini, ahli-ahli panitia akan

berasakan diri mereka lebih diambil berat tentang keputusan yang bakal diperolehi. Secara

langsung, produktiviti dalam kalangan guru akan meningkat. Sekiranya saya membuat

keputusan tanpa mengambil kira pendapat ahli panitia yang lain, seolah-olah saya

mengamalkan gaya kepimpinan autokratik ke atas diri mereka, lama kelamaan mereka akan

sama ada memberontak ataupun menarik diri daripada membuat sesuatu tugasan yang

diberikan kepada mereka. Misalnya,Cikgu Fatimah perlu diberikan peluang untuk mengutarakan

pendapatnya dalam menganjurkan program ‘Bintang Kecil’ walaupun pendapatnya tidak relevan

namun, kita tidak harus mengabaikan penglibatan beliau. Sebaliknya, kita harus menjelaskan

mengapa pendapatnya tidak dapat diterima. Kepelbagaian pandangan ini membenarkan ahli

panitia untuk menangani setiap masalah selepas menganalisis setiap perspektif, dan

menyediakan penyelesaian dengan cara yang serupa. Cara pengurusan ini membenarkan

3

Page 4: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan Komitmen Anda Terhadap Profesionalisme Terhadap Pdp Dalm Bilik Darjah Serta Implikasinya

kreativiti dan pemikiran kreatif dengan membenarkan semua orang untuk menjadi sebahagian

daripada proses membuat keputusan.

Seterusnya, saya akan membina hubungan atau repo yang baik dengan semua guru di

sekolah tersebut. Ini merupakan perkara utama seseorang pemimpin yang mempunyai sifat

demokratik akan membina hubungan baik dengan ahlinya. Hubungan baik yang terjalin antara

saya dengan ahli-ahli panitia saya akan menjadi jambatan untuk mencapai matlamat yang telah

ditetapkan oleh panitia. Melalui hubungan baik yang terjalin saya dapat memastikan

terdapatnya kerja berpasukan dalam kalangan ahli-ahli panitia saya. Kerja berpasukan

merupakan aspek penting untuk memastikan sesebuah organisasi dapat diurus dan ditadbir

dengan baik serta membolehkan aktiviti yang dirancang terlaksana dengan lancar

(Akhiar,2012). Misalnya, sekiranya saya bermuka masam sepanjang masa serta tidak pandai

beramah mesra dengan guru-guru senior, saya akan dilabelkan sebagai ‘sombong’ dan akan

dipulaukan oleh mereka. Apatah lagi, memberi kerjasama dalam organisasi. Saya perlu

menawan hati serta mendapatkan kepercayaan ahli-ahli saya supaya dapat memimpin mereka

bersikap lebih positif terhadap tugas , proaktif, berkesan dan produktif. Sekiranya, saya gagal

membina hubungan baik dengan ahli-ahli panitia, struktur organisasi saya akan menjadi kucar

kacir dan ia akan menjejaskan keseluruhan perjalanan panitia. Justeru, saya perlu membina

hubungan kemasyarakatan dan menguasai kebolehan berkomunikasi yang berkesan dengan

ahli-ahli panitia saya. Seperti yang diketahui. kebanyakkan guru senior di sekolah adalah

mereka yang telah berkerja lama dan mempunyai pengalaman yang lebih luas daripada kita,

justeru saya perlu berkomunikasi dengan mereka secara lemah lembut. Misalnya, sekiranya

guru Sughan tidak dapat menghadiri mesyuarat kerana perlu melatih dan membawa murid-

murid untuk persembahan koir, saya seharusnya memahami keadaan beliau. Kemudian,

memberitahu mengenai agenda yang telah dibincangkan dalam mesyuarat panitia dan meminta

beliau membuat surat tunjuk sebab supaya tidak berlaku salah faham di antara ahli-ahli panitia.

Seorang guru transformasional merupakan pemimpin yang mempunyai visi,

beraniberinspirasi, pengambil risiko dan berfikrah (Akhiar Pardi,2012). Justeru, sebagai langkah

pertana saya perlu membina motivasi diri saya dahulu sebelum mengendalikan Panitia yang

telah diamanahkan kepada saya. Motivasi secara umumnya merupakan satu daya yang

menggerakkan seseorang untuk mencapai sesuatu objektif. Ditinjau dari aspek kerja, motivasi

merupakan usaha yang dilakukan oleh seseorang pekerja bagi mencapai matlamat yang telah

ditetapkan. Ia merupakan keinginan, kehendak dan kemahuan untuk melakukan sesuatu yang

baik (Mahmood Naza Mohamed dan Sabitha Merica, 1985). Motivasi dapat mempengaruhi

4

Page 5: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan Komitmen Anda Terhadap Profesionalisme Terhadap Pdp Dalm Bilik Darjah Serta Implikasinya

prestasi kerja. Seperti yang telah diketahui, guru novis merupakan guru baru yang akan

berkhidmat di sekolah, motivasi guru novis yang tinggi menghasilkan keputusan yang baik

dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya, dalam tugasan yang telah diamanahkan. Oleh

yang demikian, saya akan cuba sedaya upaya untuk membina motivasi agar dapat

menonjolkan diri saya supaya guru-guru senior yang lain tidak memandang rendah terhadap

keupayaan diri saya. Tidak dinafikan fakta bahawa kebanyakkan guru novis, mempunyai

motivasi yang rendah kerana mereka masih khuatir dan gementar untuk melaksanakan tugas

yang telah diamanahkan kepada mereka namun ia tidak akan mematahkan semangat ingin

tahu saya sebagai seorang guru novis di sekolah baru saya. Sehubungan itu, saya akan

melengkapkan diri saya dengan lebih ilmu pengetahuan mengenai mengendalikan sesebuah

panitia dengan berkesan. Saya tidak akan teragak-agak untuk mendapatkan pertolongan dari

guru senior dalam segala aspek perjalanan program anjuran panitia yang saya ketuai.

Selain itu, saya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal terlebih dahulu agar dapat

memimpin guru-guru yang lebih senior daripada saya. Sebaik-baiknya, status saya sebagai

seorang guru novis tidak harus dijadikan sebagai alasan untuk tidak menjalankan

tanggungjawab sebagai ketua panitia dengan baik. Sebaliknya, saya akan sentiasa berusaha

untuk meningkatkan tahap profesionalisme perguruan saya disamping menunjukkan kecekapan

dalam bidang yang ditugaskan. Persediaan dari segi mental amat penting bagi seseorang guru

apatah lagi bagi guru permulaan seperti saya. Sebagai orang baru dalam kalangan ahli-ahli

panitia, mungkin ada yang terasa kerana saya diberikan jawatan sebagai ketua sebaik sahaja

tiba. Setiap langkah saya akan diawasi baik dari pemakaian hinggalah cara saya membawa diri.

Justeru, saya perlu mencari jalan supaya pandangan serong ini dapat diperbaiki dengan

menunjukkan perwatakan positif seperti penyayang, bertolak ansur, beramah mesra dan

berdikari. Misalnya, saya perlu merancang organisasi Panitia dengan ilmu yang telah dipelajari

serta cuba mengaplikasikan segala ilmu yang telah ditimba agar tidak diperlekehkan oleh guru

senior yang lain. Pada hujung mesyuarat pula, ahli-ahli panitia disediakan jamuan ringan

supaya dapat mengelakkan keadaan tegang yang boleh menyebabkan guru senior tidak

mematuhi arahan saya. Sebelum itu saya perlu melatih diri supaya mengamalkan sifat terbuka

kepada kritikan guru dan tidak patah semangat apabila dilontarkan tomahan palsu.

Persediaan fizikal pula bermaksud kemana sahaja kita ditempatkan untuk berkhidmat,

perkara asas yang perlu kita lakukan adalah mempelajari adat kawasan setempat agar dapat

diterima oleh masyarakat sekeliling. Zaaba atau Zainal Abidin Ahmad (1950) berpendapat

bahawa tatacara berkomunikasi yang perlu digunakan oleh guru perlu mengikut budaya

5

Page 6: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan Komitmen Anda Terhadap Profesionalisme Terhadap Pdp Dalm Bilik Darjah Serta Implikasinya

setempat. Sekiranya, saya ditempatkan di sekolah pedalaman di Gua Musang, Kelantan

seharusnya mempelajari dialek masyarakat setempat dan menghormati budaya mereka iaitu

tidak memakai pakaian yang menjolok mata agar dapat merapatkan silaturahim. Selain itu,

sebagai seorang pemimpin organisasi, saya perlu sentiasa mencerminkan penampilan diri yang

menarik.Tambahan pula,penampilan diri ini dapat mencerminkan perwatakan saya sama ada

rajin atau malas, justeru saya perlu menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang

sihat dan idak kelihatan lesu. Sebaik-baiknya, kita tidak harus memberikan alasan bahawa diri

tidak sihat dengan kerap kerana ia akan memburukkan imej kita di mata guru lain. Sebagai

contoh, sekiranya terdapat program anjuran panitia pada hujung minggu, kita tidak harus

mencari alasan untuk tidak pergi malah, melakukan yang terbaik agar ahli-ahli panitia terdorong

untuk mengambil bahagian secara sukarela. Ia selaras dengan amalan nilai Profesionalisme

Keguruan yang digunal berlandaskan Tatasusila Profesion Keguruan, pada domain kedua iaitu

domain profesion.

Seterusnya, saya akan menggunakan inovasi dalam kalangan guru untuk mencapai

permuafakatan dalam organisasi. Meskipun baharu dalam alam sekolah, guru permulaan

seharusnya berupaya menyediakan ahli panitanya untuk mengintegrasikan ilmu dari pelbagai

disiplin serta meningkatkan ilmu secara meluas dan liberal. Saya sebagai ketua panitia perlu

menggalakkan ahli-ahli panitia supaya berfikiran kreatif dan membuka fikiran kepada idea-idea

baharu, bertindak secara konstruktif. Sebagai contoh, sekiranya peralatan muzik bagi

pertandingan ‘Battle of the Band’ tidak mencukupi, saya akan menggalakkan guru-guru untuk

menghasilkan alat muzik dari bahan terbuang. Misalnya, drum digantikan dengan paip yang

telah disusun dan diikat mengikut melodi, marakas digantikan dengan tempurung kelapa yang

diisi dengan duit syiling dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjimatkan masa serta

tidak perlu lagi merungut tentang masalah peralatan yang tidak mencukupi. Sememangnya,

jaringan tanpa wayar sangat membantu dan mempunyai penyelesaian untuk setiap masalah.

Oleh itu, saya akan memperbanyakkan penggunaan teknologi dalam aktiviti yang dianjurkan

oleh panitia saya supaya guru-guru senior bersedia untuk anjakan paradigma dan mencuba

sesuatu yang baru tanpa teragak-agak. Walaubagaimanapun, saya akan menunjukkan

semangat profesionalisme yang tinggi tetapi tidak keterlaluan agar guru-guru lain mengikut jejak

langkah saya.

Secara tuntasnya, terdapat beberapa kaedah yang dapat digunakan untuk memimpin

ahli-ahli panitia mata pelajaran yang lebih senior supaya bersikap lebih positif terhadap tugas.

6

Page 7: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan Komitmen Anda Terhadap Profesionalisme Terhadap Pdp Dalm Bilik Darjah Serta Implikasinya

Guru novis seharusnya mempunyai pengetahuan luas mengenai gaya kepimpinan yang perlu

dipraktikkan supaya tidak menjejaskan prestasi mereka kelak.

2.2 Penulisan Esei Reflektif

Gambar rajah 2 menunjukkan kebaikan penggunaan telefon pintar dalam

mempertingkatkan komitmen guru terhadap profesionalisme.

7

Mengakses maklumat

dengan cepat dan mudah.

Membantu menyimpan

data dan maklumat

murid.

Menjimatkan kos,masa dan

tenaga membuat alat

bantu Evernote

dapat mengantikan

ketidak

Mengubah corak

pembelajaran dan

mewujudkan

Guru dapat berhubung

dengan murid pada bila-bila

masa.

Page 8: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan Komitmen Anda Terhadap Profesionalisme Terhadap Pdp Dalm Bilik Darjah Serta Implikasinya

Abad ke-21 sememangnya sinonim dengan era digital. Letusan teknologi maklumat dan

komunikasi menyebabkan kepentingan kemahiran abad ke-21 semakin diberi penekanan pada

masa kini. Guru merupakan tunjang utama dalam mempraktikkan penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi serta menyebarkan pengetahuan tersebut kepada pelajar.

Penggunaan teknologi pendidikan seharusnya menjadi sebahagian daripada pedagogi program

pendidikan guru di zaman kini. Sebagai contoh, pengintegrasian kemahiran abad ke-21 boleh

diterapkan dalam kalangan guru dan pelajar dengan menggunakan di dalam bilik darjah. Bentuk

komunikasi dua hala tidak bersemuka ini menjadi lebih mudah dan cepat serta sangat

membantu dalam banyak aspek terutamanya dalam mempertingkatkan komitmen terhadap

profesionalisme saya sebagai guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam

bilik darjah.

Penggunaan telefon bimbit pintar ternyata amat membantu dalam PdP kerana segala

maklumat mudah diperolehi dalam hanya sekelip mata. Hal ini membantu guru mengendali

pengajaran dengan lebih efektif dan efisien malahan murid-murid juga memperolehi maklumat

dengan cepat. Di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah, telefon pintar telah

dianggap sebagai agen yang berupaya untuk meningkatkan potensi dan kemahiran belajar

dalam kalangan pelajar (William, 2000). Negara kita juga tidak ketinggalan dalam mengikuti

arus perdana moden ini. Kebanyakan aktiviti dalam bilik darjah dirancang berdasarkan

penemuan inkuiri, pembelajaran koperatif, pembelajaran berdasarkan projek dan

konstruktivisme yang selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang

mewujudkan generasi yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi. Penggunaan telefon

pintar membolehkan murid mencari maklumat yang diperlukan pada bila-bila masa sahaja

tanpa ada batasan.

Aplikasi yang sedia ada dalam setiap telefon pintar seperti ‘Google Chrome’ dan

‘Internet’ membolehkan murid mencari semua maklumat yang berkaitan dengan kehendak

tugasan yang diberikan. Bagi guru pula, telefon pintar menjadi rakan apabila dikehendaki

menjawab soalan murid-murid yang agak kompleks ataupun semasa mereka ingin mencari

maklumat tambahan mengenai sesuatu topik yang diajar, dimana mereka hanya perlu

mencarinya di telefon pintar mereka dalam beberapa minit sahaja. Secara tidak langsung,

perkara ini akan mempertingkatkan komitmen terhadap profesionalisme guru kerana beliau

tidak perlu mengelak daripada menjawab pertanyaan murid. Pada masa yang sama, guru akan

disanjung tinggi oleh murid kerana mereka akan beranggapan ‘guru saya sangat pandai’ kerana

dapat menjawab soalan yang kompleks. Selain itu, Aplikasi dalam telefon pintar ini boleh dimuat

8

Page 9: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan Komitmen Anda Terhadap Profesionalisme Terhadap Pdp Dalm Bilik Darjah Serta Implikasinya

turun dari App Store seperti iTunes U dan iBooks untuk membolehkan pelajar terlibat dengan isi

kandungan secara interaktif, mencari maklumat dalam sekelip mata dan mengakses melalui

perpustakaan di mana sahaja mereka pergi atau berada (maklumat dihujung jari) melalui e-

perpustakaan. Pada tahun 90an, buku teks amat tebal, kemudian menjadi nipis sekitar

tahun2000-an, dan kini ia terus mengikut arus teknologi yang mengalir pantas. Kini, mini

perpustakaan yang memuatkan pelbagai jenis buku menjadi pilihan ramai. Di samping itu,

aplikasi iBooks membolehkan pengguna termasuk pelajar untuk mencipta buku teks interaktif

tersendiri pada iBooks dan iBookstore. Pengajaran melalui iBooks dapat meningkatkan tahap

kognitif dan konstruktivisme dalam pembelajaran pelajar di dalam kelas. Pelajar akan lebih aktif

untuk menerokai kandungan dalam buku teks serta cepat dalam proses ingatan. Jadi, tidak

hairanlah sekiranya pada masa hadapan buku teks digantikan dengan iBooks di telefon pintar.

Selain itu, penggunaan telefon pintar dalam PdP juga dapat menjimatkan masa dan kos

untuk membuat alat bantu mengajar (abm) yang memakan tenaga dan kos yang tinggi.

Sebenarnya pada zaman teknologi ini, guru hanya perlu menyambungkan telefon pintar ke

projektor untuk menayangkan video atau gambar yang berkaitan dengan subtopik yang diajar.

Misalnya, guru Bahasa Inggeris (BI) dapat mengajar BI dengan lebih efektif tanpa

menggunakan abm di kad manila malah hanya perlu muat turut aplikasi seperti Android Belajar

Bahasa Inggeris 6000, English Grammar Test, Speak English Daily untuk mengajar kosa kata,

literatur dan tatabahasa. Aplikasi yang berbentuk interaktif ini dapat merangsang kemahiran

berfiikir aras tinggi murid-murid. Mengikut pendekatan teori tingkah laku, setiap rangsangan

menimbulkan tindak balas danpembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan

dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan lain akan

mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran

asas tatabahasa minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran

yang baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah video

interaktif berkaitan tatabahasa dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik.

Oleh kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerak balas yang berlaku juga

positif. Tingkah laku memberikan perhatian akan dilazimkan, iaitu pelajar akan terus

memberikan perhatian apabila belajar aplikasi ini. Hal ini, selaras dengan matlamat kerajaan

untuk melahirkan generasi pelajar yang mempunyai fikiran aras tinggi dimana penggunaan abm

yang berbantukan telefon pintar mendidik murid-murid menggunakan daya fikir tinggi dan minda

untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal

9

Page 10: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan Komitmen Anda Terhadap Profesionalisme Terhadap Pdp Dalm Bilik Darjah Serta Implikasinya

intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Tambahan pula, kemahiran berfikir dan pemikiran

konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan komponen yang sangat penting dalam

mendasari inovasi dunia pendidikan pada masa kini. Perkembangan teknologi mudah alih masa

kini turut mengubah corak pembelajaran (Naismith,Lonsdale, Vavoula & Sharpless, 2004 dalam

Fairose, Jamaludin & Mohamed Amin, 2010). Berbagai-bagai aplikasi komunikasi yang terdapat

dalam telefon pintar seperti whatsapp, facebook, flickr, dan tumblr juga menyediakan platform

untuk guru dan murid berhubung tanpa perlu mengeluarkan duit. Komunikasi tanpa jaringan ini

amat membantu dan menjimatkan duit kerana guru hanya perlu menghantar pesanan untuk

menyiapkan kerja rumah kepada murid dengan menggunakan whatsapp dan tidak lagi seperti

zaman dahulu kala dimana guru hanya dapat berhubung dengan murid apabila berjumpa

dengan murid keesokan hari di sekolah. Murid juga boleh membuat panggilan video dengan

guru ataupun rakan sekiranya tertimbul sebarang kemusykilan berkaitan mata pelajaran.

Seperti yang diketahui, tiada sebarang caj dikenakan untuk membuat panggilan video dan

panggilan suara whatsapp justeru, murid dapat mengoptimumkan penggunaannya dengan cara

yang baik.

Gambar 1:

Penggunaan whatsapp, chrome dan facebook dapat menjimatkan kos

Selain itu, sumbangan besar penggunaan aplikasi telefon pintar adalah memudahkan

penyimpanan maklumat dan data murid dengan adanya sistem gmail, evernote dan dropbox.

Guru dapat menyimpan data murid serta memperbaikinya dari masa ke masa dengan

menggunakan aplikasi Microsoft atau Evernote dalam telefon pintar kemudian, menyimpannya

dalam fail di gmail tersebut. Data yang disimpan ini tidak akan hilang ataupun dimusnahkan

kerana apabila guru membukanya di browser baru ia akan sentiasa berada di situ. Segala

penyimpanan data menjadi mudah dengan adanya telefon pintar ini. Tambahan pula, kini

10

Page 11: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan Komitmen Anda Terhadap Profesionalisme Terhadap Pdp Dalm Bilik Darjah Serta Implikasinya

segala keputusan murid di key-in dalam sistem data base sekolah dimana ibu bapa dapat

menyemak pencapaian anaknya menerusi sistem ini sahaja. Tidak seperti dulu, guru tidak perlu

bersusah payah untuk menulis pencapaian murid di kad laporan dan memberikannya kepada

murid. Pemberian kad laporan kepada murid telah membawa kepada masalah salah laku murid

seperti tidak memberikannya kepada ibu bapa kemudian, murid-murid menandatangani sendiri

kad pencapaian masing - masing. Walaubagaimanapun, isu ini tidak akan tertimbul dengan

adanya sistem kad laporan secara talian ini dimana guru dan ibu bapa dapat berinteraksi tanpa

bersemuka. Segala tingkah laku murid juga akan di key-in oleh guru dalam talian ini. Lebih-lebih

lagi penggunaan sistem telefon pintar memudahkan urusannya dimana guru tidak perlu

bergantung pada computer riba untuk mengisinya. Guru dapat mengisinya pada bila-bila masa

sahaja. Selain efektif, ia juga amat meringankan beban guru. Guru tidak lagi perlu memikul kad

laporan dan fail peribadi ke bilik guru. Sekiranya sesebuah kelas itu mempunyai 40 orang murid

tidak mungkin guru itu dapat memikul fail setiap murid ke bilik guru. Namun, penyimpanan

maklumat dalam telefon pintar telah memudahkan tugas guru kerana data setiap murid dapat

disimpan dengan terancang dan teratur tanpa perlu memikul beg- beg besar ke sekolah.

Gambar 3: Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Seterusnya, penggunaan telefon pintar dalam PdP juga dapat menggantikan

ketidakhadiran guru dengan adanya aplikasi Evernote. Evernote dapat digunakan sebagai satu

cara untuk memastikan kelas tetap diteruskan walaupun guru tersebut tidak hadir. Evernote

memudahkan guru untuk berkongsi buku nota dengan guru ganti. Rancangan pelajaran,

lembaran kerja, kunci jawapan dan contoh kerja yang telah siap dapat dikongsikan bersama

guru ganti. Hal ini untuk memastikan kelas guru tersebut tetap dijalankan walaupun beliau tidak

11

Page 12: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan Komitmen Anda Terhadap Profesionalisme Terhadap Pdp Dalm Bilik Darjah Serta Implikasinya

berada di situ ketika PdP. Sebagai contoh, guru hanya perlu berkongsi buku nota dengan kelas

beliau mengajar. Selepas membina satu buku nota awam (public notebook), beliau perlu

kongsikan pautan URL dengan kelas tersebut. Melalui cara ini, apa sahaja catatan yang

ditambahkan boleh dilihat oleh murid-murid kelas tersebut (atau ibu bapa mereka). Aplikasi

Evernote ini juga membantu mereka untuk melaksanakan tugasan dengan cepat dan mudah

untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Evernote dapat membantu guru untuk

menjadikan tugasan mereka dapat dilakukan secara tersusun dan terancang bagi menyimpan

atau mencatat maklumat tentang tugasan pelajar atau nota rujukan. Contohnya, seorang guru

yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni boleh mengambil gambar tugasan-tugasan

murid mereka seperti gambar lukisan atau projek seni. Kemudian, mereka boleh memuat turun

ke dalam Evernote dan menyimpan gambar tersebut mengikut kelas yang diajar. Guru tersebut

tidak perlu membawa balik semua tugasan projek tersebut ke rumah kerana semua gambar

tersebut ada di dalam Evernote. 

Gambar 2:

Aplikasi Evernote yang

dapat mengganti

ketidakhadiran guru.

Sebagai kesimpulan, pada dunia pendidikan abad ke-21, guru merupakan pasukan atau

peneraju yang amat penting dalam mendidik pelajar. Ini adalah kerana seorang guru bukan

hanya setakat mengajar di dalam bilik darjah malahan hingga di luar sekolah. Peranan guru

sentiasa diperlukan walaupun pada era ini perkembangan teknologi maklumat nyata sedikit

sebanyak telah meringankan beban seorang guru. Tugas guru sentiasa berubah-ubah mengikut

peredaran zaman dan konteks semasa yang berlaku. Ledakan perkembangan kecanggihan

teknologi dan persaingan dalam dunia global menuntut agar peranan dan tanggung

jawabseorang pendidik itu untuk membuat transformasi bukan sahaja dari aspek teknik

12

Page 13: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan Komitmen Anda Terhadap Profesionalisme Terhadap Pdp Dalm Bilik Darjah Serta Implikasinya

pengajaran malah merentasi penggunaan peralatan teknologi dan dalam masa yang sama

masih berpegang kepada nilai-nilai tempatan dan sentiasa berpaksikan kepada

FalsafahPendidikan Kebangsaan supaya dapat mempertingkatkan komitmenterhadap

profesionalisme perguruan.

(2962 patah perkataan)

13

Page 14: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan Komitmen Anda Terhadap Profesionalisme Terhadap Pdp Dalm Bilik Darjah Serta Implikasinya

3.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, tugasan Kursus Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional

Guru telah mengubah persepsi saya bahawa peranan guru novis adalah tidak penting dan

boleh berada di zon selesa. Ia juga telah menyedarkan saya bahawa guru perlu berperanan

sebagai agen sosial yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap murid. Justeru, guru perlu

membimbing murid menggunakan teknologi yang tidak lagi asing kepada mereka iaitu telefon

pintar dengan cara baik.

Kerjaya guru kini dianggap sebagai sebuah profesion yang mulia. Tidak kiralah

peringkat guru sama ada berada pada novis ataupun pakar yang penting adalah dapat

melahirkan modal insan yang berguna kepada masyarakan dan negara. Selain itu,

profesionalisme guru novis semasa pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran di

Sekolah amat dititiberatkan. Hal ini kerana cabaran guru novis sangat tinggi terutamanya dalam

pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru novis atau guru permulaan yang baru

menamatkan program pendidikan dikenali sebagai guru novis Khalid (2009). Guru permulaan

seharusnya mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi yang meliputi aspek kesedian,

pengetahuan dan motivasi guru permulaan semasa pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini

amat mempengaruhi hasil pembelajaran dan seterusnya peningkatan pencapaian pelajar. Oleh

itu, guru novis hendaklah menyahut cabaran iaitu melengkapkan diri dengan persediaan

sebelum pengajaran, pengetahuan yang luas mengenai topik yang hendak diajar dan motivasi

yang tinggi bagi mempamerkan keyakinan diri dan kesungguhan semasa mengajar.

14

Page 15: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan Komitmen Anda Terhadap Profesionalisme Terhadap Pdp Dalm Bilik Darjah Serta Implikasinya

RUJUKAN

Akhiar Pardi et Al.(2012). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Guru. Kuala Lumpur: Freemind

Horizons Sdn.Bhd.

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala

Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd.

Haminah Budi (2012).Profesionalisme Guru Novis Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)

http://www.slideshare.net/HamidahBudi/profesionalisme-guru-novis-dalam-pengajaran-

dan-pembelajaran-pp. Dilayari pada 16 Julai 2015.

Mok Soon Sang (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen3: Profesional Keguruan)

Sekolah Rendah. Subang Jaya:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Penggunaan ICT dalam PnP. http://www.slideshare.net/isuict12/penggunaan-ict-dalam-pp.

dilayari pada 15 Julai 2015.

Yahya Don. (2006). Psikologi Sosial dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd.

15

Page 16: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan Komitmen Anda Terhadap Profesionalisme Terhadap Pdp Dalm Bilik Darjah Serta Implikasinya

16