masalah penggunaan laman web dan mel ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan...

21
i MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ELEKTRONIK DALAM KALANGAN PELAJAR PASCA IJAZAH DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MUHASHAHRUL SHAZMIE BIN MOHAMED Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER 2010

Upload: dinhkhue

Post on 11-Jul-2019

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

i

MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ELEKTRONIK

DALAM KALANGAN PELAJAR PASCA IJAZAH DI FAKULTI PENDIDIKAN

UTM SKUDAI

MUHASHAHRUL SHAZMIE BIN MOHAMED

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

DISEMBER 2010

Page 2: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ELEKTRONIK DI

KALANGAN PELAJAR PASCA IJAZAH DI FAKULTI PENDIDIKAN,

UTM SKUDAI.

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya: MUHASHAHRUL SHAZMIE BIN MOHAMED

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

______________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap:

NO.53 FELDA KERTEH 3,

23100 PAKA, DUNGUN,

TERENGGANU DARUL IMAN.

________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN

(Nama Penyelia)

Tarikh: ______________________ Tarikh: ________________________

Page 3: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ...................................................................................

Nama Penulis : MUHASHAHRUL SHAZMIE BIN MOHAMED

Tarikh :....................................

Page 4: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”.

Tandatangan : ............................................................

Nama Penyelia : Dr. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN

Tarikh : ............................................................

Page 5: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala pujian selayaknya kepada Allah SWT kerana telah

memberikan kekuatan kepada hambamu ini untuk meneruskan kajian bagi Projek

Sarjana Muda ini sehingga dapat diteruskan sehingga penghujungnya.

Ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan ditujukan khas kepada penyelia

projek yang begitu memberi sokongan, Dr. M. Al Muz-zammil di atas tunjuk ajar dan

perhatian yang diberikan sehingga saya dapat menyempurnakan kajian ini. Tidak

dilupakan kepada warga Fakulti Pendidikan, terutama pensyarah-pensyarah yang

sentiasa memberi tunjuk ajar dan dorongan untuk saya menjadi yang terbaaik. Terima

kasih kerana anda adalah individu terhebat disamping saya mendapat pengalaman ini.

Khas buat-buat respondan yang terlibat di Fakulti pendidikan, jutaan terima kasih

kepada anda atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan. Hanya Allah sahaja

yang mampu membalas jasa kalian.

Buat teman-teman, warga sahabat 4SPT dan lain-lain, semoga bantuan yang

telah anda berikan, memberikan sokongan moral dan bimbingan, semoga usaha kita

semua diberkati Allah. Buat keluarga tercinta, jika hari ini saya berjaya untuk

menyempurnakan kajian dan kejayaan ini, semua ini adalah untuk anda. Terima kasih

keluargaku.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang terlibat, samada secara langsung

ataupun tidak lansung. Semoga kajian ini memberi manfaat kepada semua.

Muhashahrul Shazmie Bin Mohamed

Page 6: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah penggunaan laman web dan

mel elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar pasca ijazah

di Fakulti Pendidikan UTM. Seramai 30 orang respondan yang terdiri daripada pelajar

pasca ijazah pendidikan bidang dipilih sebagai sampel. Dimensi kajian adalah (1)

masalah kurang yakin terhadap kandungan laman web, (2) paparan laman web, (3)

penerimaan pelajar terhadap laman web dan (4) pengalaman terhadap laman web. Data

telah dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences versi 11.5 untuk

mendapatkan dapatan kajian. Hasil daripada kajian mendapati persepsi pelajar tersebut

adalah positif bagi tiga dimensi yang dikaji (kandungan laman web, pembangunan

laman web, penerimaan pelajar terhadap) manakala persepsi terhadap dimensi

pengalaman menggunakan laman web adalah neutral. Beberapa cadangan telah

diberikan oleh pengkaji untuk menangani situasi ini.

Page 7: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

vi

ABSTRACT

The purpose of the study was to identify the problems of websites and electronic

mail usage in the teaching and learning among post graduate students in the Faculty of

Education UTM. About 30 respondents who were post graduate students in education

were selected as respondents. The dimensions studied were the (1) contents of the

website, (2) the display of the websites, (3) students’ acceptance towards websites and

(4) experience towards the website. The data was analyzed using the Statistical Package

for Social Sciences version 11.5 to reveal the finding. The results of the study revealed

that their perception were at the positive level in three of the dimensions studied (the

contents of the website, the development of the websites, students’ acceptance towards

websites), whereas their perception was neutral for the experience towards the website

dimension. Few suggestions were given by researcher based on the findings to rectify

the situation.

Page 8: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 9: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

viii

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi/Istilah 9

1.8.1 Laman Web 9

1.8.2 Mel Elektronik 10

1.8.3 Keyakinan 10

1.8.4 Pasca Ijazah 11

1.9 Penutup 11

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Penggunaan Laman Web dan Mel Elektronik 13

2.2.1 Penggunaan Mel Elektronik dan Laman Web

di Sekolah 14

2.2.2 Penggunaan Mel Elektronik dan Laman Web

di Dunia 16

2.3 Kepentingan Laman Web dan Mel Elektronik 17

2.4 Keselamatan Kandungan Laman Web

dan Mel Elektronik 18

2.5 Masalah Penggunaan Internet 19

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 22

3.2 Reka Bentuk Kajian 22

Page 10: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

ix

3.3 Populasi, Sampel Dan Tempat Kajian 23

3.4 Instrumen Kajian 23

3.5 Kajian Rintis 25

3.6 Prosedur Kajian 26

3.7 Kaedah Pengumpulan Data 26

3.8 Analisis Data 27

3.9 Penutup 29

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 30

4.2 Latar Belakang Responden 30

4.3 Masalah Penggunaan Laman Web

dan Mel Elektronik Dalam Kalangan

Pelajar Pasca Ijazah Di Fakulti Pendidkan

UTM Skudai 32

4.3.1 Persoalan Kajian 1: Sejauhmanakah

keyakinan terhadap kandungan

laman web dalam pengajaran dan

pembelajaran. 33

4.3.2 Persoalan Kajian 2: Sejauhmanakah

keyakinan terhadap paparan

laman web dalam pengajaran dan

pembelajaran 35

4.3.3 Persoalan Kajian 3: Sejauhmanakah

keyakinan terhadap penerimaan

pelajar terhadap laman web dalam

pengajaran dan pembelajaran 36

Page 11: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

x

4.3.4 Persoalan Kajian 4: Sejauhmanakah

keyakinan terhadap pengalaman

menggunakan laman web dalam

pengajaran dan pembelajaran 38

4.4 Rumusan Dapatan Kajian 40

4.5 Penutup 41

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 42

5.2 Persoalan Kajian 1: Sejauhmanakah keyakinan

terhadap kandungan laman web

dalam pengajaran dan pembelajaran 43

5.3 Persoalan Kajian 2: Sejauhmanakah keyakinan

terhadap paparan laman web

dalam pengajaran dan pembelajaran 45

5.4 Persoalan Kajian 3: Sejauhmanakah keyakinan

terhadap penerimaan pelajar terhadap

laman web dalam pengajaran dan pembelajaran 46

5.5 Persoalan Kajian 4: Sejauhmanakah keyakinan

terhadap pengalaman menggunakan

laman web dalam pengajaran dan pembelajaran 47

5.6 Rumusan 49

5.7 Cadangan 50

5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 51

5.9 Penutup 52

BIBLIOGRAFI 53

LAMPIRAN 59

Page 12: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Aplikasi penggunaan mel elektronik telah hampir menjadi suatu kewajipan dan

kemestian kepada penduduk dunia hari ini. Bahkan penggunaan internet dan laman web

di lihat bergerak seiring dengan kemajuan bidang infomasi maklumat ini. Dalam konteks

pendidikan di Malaysia, bagi merealisasikan Wawasan 2020 kerajaan tidak mahu

ketinggalan dalam arus pembangunan Information of Communication and Technolgy

(ICT) (Zainudin et al, 2008). Sejajar dengan matlamat jangka panjang itu, maka banyak

usaha yang begitu teliti dirancang demi memastikan hasrat itu tercapai. Semua aspek

pembangunan di ambil kira merangkumi segenap inci kawasan, lapisan masyarakat serta

kepelbagaian keistimewaan yang terdapat di Malaysia ini. Tambahnya lagi, ICT menjadi

suatu keperluan kepada semua lapisan masyarakat dalam pelbagai bidang seperti

perniagaan, perdagangan, perindustrian, hiburan dan juga tidak terkecuali dalam bidang

pendidikan.

Page 13: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

2

Usaha secara menyeluruh dan kolaboratif ini tidak akan menjadi kenyataan jika

usaha-usaha ini tidak disokong oleh segenap lapisan masyarakat dan individu berwajib.

Antara salah satu aspek yang begitu penting dalam memenuhi hasrat tersebut ialah

pembangunan teknologi maklumat yang menyeluruh penggunaan dan aplikasinya pada

masyarakat Malaysia. Menyedari hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk

merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi.

Proses penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan memerlukan

perancangan yang rapi supaya tahap penguasaan ICT pada pelajar serta guru khususnya,

dan masyarakat Malaysia amnya dapat dikuasai sepenuhnya. Menurut Jamaludin &

Zaidatun (1999), pengajaran dan pembelajaran melalui sistem komputer telah berjaya

menarik minat dari golongan guru serta pelajar dan dijangkakan akan memberi kesan

yang lebih positif terhadap corak pendidikan pada masa akan datang.

Untuk mengurangkan masalah ini, pelaburan yang tinggi diperlukan supaya

usaha yang bakal dilakukan adalah menyeluruh dan tidak hanya bertumpukan kemajuan

ICT di kawasan bandar sahaja. Sebagai contoh, bagi sistem pembangunan pendidikan di

Amerika Syarikat, menurut Mohd Salleh (2007), dengan adanya pakar dan pelaburan

yang tinggi dalam bidang pendidikan untuk negeri di dalam Amerika Syarikat

menyebabkan masalah kelemahan dalam struktur pentadbiran di Amerika Syarikat tidak

begitu ketara atau menonjol seperti di negara-negara lain. Menyedari betapa pentingnya

usaha ini, perlu usaha menyeluruh terhadap sistem pendidikan negara serta aspek-aspek

yang terkandung di dalamnya. Untuk mewujudkan masyarakat yang mahir

menggunakan ICT ini, langkah pertama yang perlu diambil ialah memperkasakan tahap

pengetahuan ICT dalam kalangan guru-guru. Melalui proses perkongsian maklumat atau

proses pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan tersebut dapat dipindahkan kepada

pelajar-pelajar dan seterusnya akan mewujudkan masyarakat yang berinformasi.

Page 14: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

3

Menurut Zainudin lagi, “perlunya pendedahan tentang pengetahuan dan

kemahiran ICT dikalangan warga pendidik demi melahirkan masyarakat yang berfikiran

secara global. Sejajar dengan itu juga, perlu wujudnya suasana dan budaya IT yang

meluas di sekolah-sekolah serta insitusi-institusi pembelajaran”. Maka dengan usaha

berterusan ini, maka hasrat untuk mewujudkan masyarakat yang celik IT akan tercapai

dengan baiknya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sebahagian daripada proses mewujudkan masyarakat berinformasi ini ialah

mendedahkan mereka dengan pelbagai aspek ICT. Pada hari ini, ada dalam kalangan

pelajar sekolah mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai ICT ini. Hal ini

kerana ada sesetengah daripada keluarga mereka mendedahkan aspek ICT kepada anak-

anak mereka sejak dari kecil lagi. Jadi, tidak hairanlah jika terdapat situasi di mana

pelajar lebih terkehadapan tahap pengetahuan mereka terhadap ICT berbanding guru-

guru.

Situasi guru hari ini tidak boleh lagi dibandingkan dengan situasi guru-guru pada

abad lepas. Ini kerana, suasana pendidikan hari ini menyebabkan kaedah penyampaian

pengajaran perlu disesuaikan dengan gaya semasa. Kaedah tradisional hanya boleh

dijalankan dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Penyampaian pengajaran melalui

komputer akan menghasilkan satu kaedah yang lebih segar dan mampu menarik minat

pelajar untuk belajar dengan lebih tumpuan.

Page 15: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

4

Menurut Hamdan (2003) di dalam kajiannya terhadap penggunaan komputer dan

internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) oleh guru-guru di sekitar

negeri Kelantan mendapati bahawa penggunaan kemudahan ICT ini adalah rendah iaitu

sebanyak 38.75 % sahaja yang menggunakan internet di dalam proses P&P. Tambahnya

lagi, penggunaan laman web pula dalam proses menyampaikan bahan pengajaran kepada

pelajar adalah berada pada tahap sederhana rendah. Bahkan pada pengunaan emel pula,

hanya separuh daripada mereka menggunakan mel elektronik ini. Berkenaan masalah

penggunaan komputer dan internet dalam proses P&P, aspek kemahiran tidak menjadi

masalah utama terhadap penggunaan komputer. Ia adalah berkenaan dengan mutu

perkhidmatan internet yang mempunyai keupayaan yang agak terhad. Selain itu,

keyakinan guru-guru terhadap bahan dari internet adalah sederhana. Hamdan

menyatakan lagi bahawa keupayaan internet dan mel elektronik sebagai medium atau

saluran untuk menyampaikan maklumat masih diragui keberkesanannya di kalangan

mereka.

Selain itu, melalui kajian yang dilakukan oleh Nur Atikah (2007), mendapati

bahawa sebanyak 97.9% guru besar tahu untuk melayari laman web berbanding kajian

yang dilakukan sebelumnya oleh. Atikah juga menyatakan bahawa persepsi golongan ini

terhadap aplikasi mel elektronik dan laman web adalah tinggi dan respondan juga

bersetuju bahawa mereka harus tahu menggunakan mel elektronik dan laman web untuk

bersaing lebih baik pada masa kini. Walau bagaimanapun, penggunaan mel elektronik

dan laman web di kalangan mereka adalah masih rendah. Mereka tidak menggunakan

sepenuhnya aplikasi ICT ini. Menurut Atikah lagi, hal ini disebabkan kerana mereka

kurang percaya dengan penggunaan mel elektronik dan laman web sebagai penghubung

yang berkesan. Tambahnya lagi, masalah tersebut berlaku kepada kedua-dua golongan

guru lelaki dan guru wanita. Untuk mengatasi masalah tersebut, dicadangkan bahawa

guru besar perlu diberikan kelas khas berkenaan internet. Aktiviti-aktiviti seperti

menggalakkan pembinaan laman web sekolah perlu dijalankan.

Page 16: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

5

Menurut Jasmine dan Ramayah (2006) di dalam artikel yang bertajuk, “The

Impact of Personal Computer Anxiety and Communication Apprehension on Computer

Mediated Communication Anxiety” menyatakan bahawa, Malaysia merupakan sebuah

negara membangun yang sangat berkembang pesat dalam arus teknologi, tetapi

penggunaan mel elektronik masih di tahap jauh dari sepatutnya. Dalam kajian yang

dilakukannya terhadap 244 pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia

mendapati bahawa, terdapat faktor kebimbangan atau kegusaran yang menyebabkan

mahasiswa tidak menggunakan emel sebagai alat komunikasi dan penyampaian

maklumat secara maksimum. Dalam artikelnya lagi, dikatakan terdapat dua sebab yang

munasabah yang menyumbang ke arah wujudnya masalah ini iaitu kebimbangan atau

buta komputer (computer anxiety) dan ketakutan berkomunikasi (communication

apprehension) iaitu samada komunikasi secara lisan atau tulisan. Hasil daripada kajian

tersebut menunjukkan bahawa individu yang mempunyai fobia pada komputer yang

tinggi, akan terdorong ke arah kelemahan dan kebimbangan dalam menggunakan mel

elektronik. Dalam menyelesaikan masalah tersebut, Jasmine & Ramayah (2006)

mencadangkan supaya pensyarah memainkan peranan dalam memberikan pendedahan

seawal pembelajaran mahasiswa di universiti seperti penggunaan laman web dalam

pembelajaran mereka.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Sam et. al (2005), dapatan kajian mendapati

ketakutan atau buta komputer dan sikap terhadap internet adalah di tahap sederhana.

Kajian tersebut menyatakan bahawa kebanyakan bakal-bakal guru menggunakan

internet untuk tujuan pembelajaran seperti melakukan kajian, muat turun sumber

elektronik dan lain-lain. Dalam soal selidik yang terdiri daripada 5 bahagian iaitu

demografi, penggunaan masa internet dalam seminggu serta tujuannya, ketakutan atau

fobia terhadap komputer, sikap terhadap internet dan kebolehpercayaan diri terhadap

komputer menunjukkan bahawa mempunyai pengalaman lepas terhadap penggunaan

komputer akan memberikan persepsi serta kepercayaan bahawa aplikasi komputer

adalah senang. Tambah mereka lagi, ketakutan atau fobia komputer dicirikan sebagai

maklumbalas yang memberi kesan terhadap kebimbangan emosi berhubung kesan

Page 17: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

6

negatif yang bakal dihadapi seperti berlakunya kerosakan yang menyebabkan pengguna

kelihatan dungu. Selain itu, tambah mereka lagi, hasil kajian tersebut juga

memperlihatkan bahawa tiada hujah atau bukti yang dapat menyokong terhadap

perkaitan yang positif antara tahap penggunaan internet dan kebolehpercayaan diri

mahasiswa. Pengkaji juga berpendapat bahawa tidak semestinya mahasiswa yang kerap

menggunakan komputer akan merasa selesa dan senang dalam menggunakan komputer.

Jelas mereka, hal ini kerana terdapat faktor lain seperti jenis aplikasi yang digunakan

dan tujuan aplikasi tersebut boleh memberi kesan terhadap kebolehpercayaan diri dan

ketakutan pada komputer. Tambah mereka lagi, walaupun tahap penggunaan internet

tidak mempengaruhi kebolehpercayaan diri, tetapi tahap penggunaan internet yang

tinggi dilihat akan merendahkan tahap ketakutan pada komputer.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan sebelum ini, masalah utama

yang menyebabkan wujudnya kelemahan penggunaan mel elektronik dan laman web di

kalangan guru-guru di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah disebabkan kerana

kurang keyakinan atau wujud kebimbangan terhadap keberkesanan medium

penyampaian maklumat melalui laman web dan mel elektronik.

Untuk merungkai permasalahan ini, perlunya satu kajian lanjut untuk mengetahui

mengapa wujud perasaan kurang yakin dalam kalangan golongan guru-guru dalam

menggunakan aplikasi laman web dan mel elektronik dalam pengajaran dan

pembelajaran mereka.

Page 18: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

7

1.4 Objektif Kajian

Berasaskan kepada pernyataan di atas objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i. Apakah tahap keyakinan terhadap kandungan laman web dalam

pengajaran dan pembelajaran, paparan laman web dalam pengajaran dan

pembelajaran, penerimaan pelajar terhadap laman web dalam pengajaran

dan pembelajaran dan pengalaman menggunakan laman web dalam

pengajaran dan pembelajaran.

1.5 Persoalan Kajian

Secara khusus kaji selidik ini bertujuan menjawab beberapa persoalan

berikut iaitu:

i. Sejauhmanakah keyakinan terhadap kandungan laman web dalam

pengajaran dan pembelajaran.

ii. Sejauhmanakah keyakinan terhadap paparan laman web dalam

pengajaran dan pembelajaran.

iii. Sejauhmanakah keyakinan terhadap penerimaan pelajar terhadap laman

web dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 19: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

8

iv. Sejauhmanakah keyakinan terhadap pengalaman menggunakan laman

web dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil dari kajian ini nanti diharapkan dapat memberi maklumat mengenai

masalah penggunaan aplikasi mel elektronik dan laman web dalam kalangan guru-guru

pasca ijazah. Selain itu, maklumat yang bakal dibincangkan nanti diharapkan mampu

mendorong pihak sekolah khususnya dan pihak kementerian amnya untuk mengatasi

masalah penggunaan laman web dan mel elektronik. Bagi guru-guru pula, hasil daripada

kajian ini diharapkan mampu memberikan kesedaran mengenai pentingnya

memanfaatkan teknologi untuk proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan

hasrat kerajaan untuk menghasilkan dan mewujudkan masyarakat yang celik IT.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya memfokuskan kepada guru-guru iaitu pelajar-pelajar pasca

ijazah di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai sebagai respondan. Hal ini disebabkan

kerana, pengkaji merasakan bahawa pelaja pasca ijazah ini terdiri daripada pelbagai latar

belakang profil perguruan mereka yang mewakili daripada pelbagai kawasan atau

sekolah. Selain itu, kumpulan respondan ini adalah kumpulan sasaran yang baik untuk

meneruskan serta mempertingkatkan pengunaan ICT amnya dan penggunaan laman web

Page 20: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

9

dan mel elektronik khusunya di dalam sistem penyampaian pengajaran dan

pembelajaran dan dalam kehidupan seharian.

Selain itu, kajian ini hanya memfokuskan kepada dua komponen ICT sahaja iaitu

penggunaan aplikasi laman web dan mel elektronik sahaja. Di dalam kajian ini, pengkaji

tidak mengkaji mengenai tahap penggunaan komponen ICT yang lain seperti tahap

kemahiran menggunakan perkakasan komputer, LCD dan sebagainya.

Respondan yang dipilih oleh pengkaji juga tidak memfokuskan kepada guru-guru

mengikut mata pelajaran yang diajar di sekolah. Hal ini kerana, pengkaji merasakan

bahawa tidak perlu usaha memperkasakan penggunaan ICT ini ditekankan hanya kepada

golongan-golongan atau guru-guru yang mengajar mata pelajaran tertentu sahaja bahkan

penggunaannya haruslah menyeluruh.

1.8 Definisi Istilah

Istilah-istilah yang digunakan dalam penulisan ini membawa maksud yang

tersendiri. Definisi yang dibuat adalah untuk memudahkan pembaca memahami istilah

tersebut dan seterusnya membantu pengkaji dan pembaca memahami dengan lebih jelas

setiap isu yang dibincangkan di sini.

Page 21: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi. Proses penggunaan teknologi

10

1.8.1 Laman web

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 (2005), laman web merujuk kepada dokumen

elektronik pada paparan skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi

dan sebagainya) tentang suatu institusi, orgnisasi,persatuan, individu dan sebagainya

yang dapat dicapai melalui internet. “Web mengandungi suasana multimedia yang

menyediakan grafik berwarna, skrin animasi, fail audio, gambar foto, fail video dan

kebolehan mengakses melaui penyemak lewa (browser) seperti Netscape Communicator

atau Microssoft Internet Explore (Rozinah Jamaludin, 2003)”

1.8.2 Mel Elektronik

Mel elektronik merupakan sistem elektronik untuk menghantar dan menyimpan

mesej yang dapat diakses oleh penerima pada bila-bila masa. Pada hari ini, mel

elektronik ini merujuk kepada sistem penghantaran data seperti artikel, gambar, video

dan sebagainya. Ianya boleh di akses di mana-mana sahaja tempat yang mempunyai

akses internet.

1.8.3 Keyakinan

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3 (2002), keyakinan membawa maksud sesuatu

yang yakin, kepercayaan yang bersungguh-sungguh dan kepastian. Dalam kajian ini, ia

juga merujuk kepada perasaan yang betul-betul percaya (tentang kebenaran) dan tidak

ragu-ragu mengenai penggunaan mel elektronik dan laman web dalam pengajaran dan

pembelajaran.