6 jenis kata sendi nama.pptx

14
6 JENIS KATA SENDI NAMA KUMPULAN 1: RODHIAH BT MAD RODZI NOR ASNIDA BT MAD DAUD NORAZILA BT ABIDEN NURUL HIDAYAH BT ZAKARIA NUR ZAWANI BT MHD FAKHRUDDIN di ke dari daripad a kepada pada

Upload: dayah-abady

Post on 06-Dec-2015

386 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: 6 JENIS KATA SENDI NAMA.pptx

6 JENIS KATA SENDI NAMA

KUMPULAN 1:

RODHIAH BT MAD RODZI

NOR ASNIDA BT MAD DAUD

NORAZILA BT ABIDEN

NURUL HIDAYAH BT ZAKARIA

NUR ZAWANI BT MHD FAKHRUDDIN

di ke dari

daripada kepada pada

Page 2: 6 JENIS KATA SENDI NAMA.pptx

KATA SENDI NAMA

KATA SENDI NAMA

Kata Sendi Nama ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa nama dan membawa maksud tertentu.

Page 3: 6 JENIS KATA SENDI NAMA.pptx

Kata Sendi Nama Keterangan Contoh

di Menunjukkantempat.

• Helmi suka duduk di rumah.• Ayah saya sering berada di dalam pejabat.• Ibu meletakkan cermin matanya di dalam beg.

ke Menunjukkan tempat atau arah.

• Adik sering ke kedai apabila ada wang.• Azrina berjalan kaki ke klinik bersama kawannya.• Jangan pergi ke sana seorang diri.

Menunjukkan waktu.

• Azila membaca buku cerita itu hingga ke pagi.• Persahabatan mereka bertambah erat dari sehari ke sehari.

Page 4: 6 JENIS KATA SENDI NAMA.pptx

Kata Sendi Nama Keterangan Contoh

dari Menunjukkan tempat atau arah.

• Lori-lori itu bergerak dari pasar.• Askar Jepun mara dari utara semenanjung Tanah Melayu.• Dari kaca mata saya tindakan budak itu wajar.

Menunjukkan waktu atau masa.

•Pengembara itu sudah berada di kampung ini sejak dari subuh lagi.• Saya mengulangkaji pelajaran dari pukul sembilan pagi hingga sebelasa pagi.•Dari bulan Januari lagi saya sudah menderma.

Page 5: 6 JENIS KATA SENDI NAMA.pptx

Kata Sendi Nama Keterangan Contoh

daripada Menunjukkan punca bagi manusia, haiwan dan benda.

• Surat itu datangnya daripada pengetua saya.• Hadiah yang saya dapat itu daripada ibu angkat saya.• Cerita itu dipetik daripada buku Cikgu Abdullah.

Menunjukkan sumber atau asal kejadian sesuatu benda.

•Koleh-koleh itu dibuat daripada kacang hijau.• Shahir mendapat ilham daripada pemandangan itu.• Kebanyakan kuih berasal daripada tepung.

Page 6: 6 JENIS KATA SENDI NAMA.pptx

Kata Sendi Nama Keterangan Contoh

daripada Menunjukkan perbezaan atau perbandingan

• Suhu badannya meningkat daripada 37°C kepada 39°C.• Daripada Ali lebih baik Alif.• Markah Fathin kurang sedikit daripada markah kembarnya.

Page 7: 6 JENIS KATA SENDI NAMA.pptx

Kata Sendi Nama Keterangan Contoh

kepada Menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad.

• Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.• Ali mengirim surat kepada kakak.• Sila kembalikan borang itu kepada kerani pejabat ini.

Menyatakan pecahan. • Peserta BIG dibahagikan kepada dua kumpulan.• Waktu kuliah dipecahkan kepada sesi pagi dan sesi malam.• Bermula pada tahun ini, pengajian kolej itu dipecahkan kepada tiga semester.

Page 8: 6 JENIS KATA SENDI NAMA.pptx

Kata Sendi Nama Keterangan Contoh

kepada Menyatakan perubahan keadaan.

• Suhu badannya meningkat kepada 39°C.• Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik .• Harga pasaran saham menurun kepada paras yang membimbangkan.

Page 9: 6 JENIS KATA SENDI NAMA.pptx

Kata Sendi Nama Keterangan Contoh

pada Menunjukkan keterangan waktu & tempat

• Bas kami bertolak pada pukul 7.30 pagi.

• Pada ketika itu, Zul tengah makan.

• Sofea akan berlatih hoki pada petang ini.

Digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu.

• Jongkong emas itu ada pada nenek.

• Jam itu ada pada kakak Fazli.

• Sifat jujur dan amanah ada pada Nabi Muhammad SAW.

Page 10: 6 JENIS KATA SENDI NAMA.pptx

Kata Sendi Nama Keterangan Contoh

pada sebagai perkataan yg terletak di hadapan KN yg menunjukkan tempat bg perbuatan sesuatu KK.

• Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi.

• Surat pekeliling itu ditampal pada papan kenyataan.

• Tulis alamat rumah pada borang keahlian itu.

Page 11: 6 JENIS KATA SENDI NAMA.pptx

“ pada “

Sebagai hasil perkembangan bahasa Melayu, KSN pada

digunakan juga dalam bentuk ungkapan seperti berikut :

Pada saya kejayaan yang dicapainya itu cukup memuaskan.

Pada pendapatnya persatuan kami harus dibubarkan.

Kisah itu hanyalah khayalan, pada pandangan saya.

Page 12: 6 JENIS KATA SENDI NAMA.pptx

Frasa Sendi Nama

1. Anak muda itu pakar perubatan dari Malaysia.

2. Ukiran daripada kayu itu sangat elok buatannya.

3. Jambangan bunga itu daripada suaminya.

4. Pemandangan di atas bukit itu sangat indah.

5. Pejabat Encik Farhan di dalam bangunan itu.

Perkataan yang berwarna itu ialah frasa sendi nama.

Page 13: 6 JENIS KATA SENDI NAMA.pptx

Kenal pasti frasa sendi nama dalam ayat berikut.

1. Ceramah Doktor Radio bermula dari jam 1:15 petang setiap hari Ahad dan Selasa.

2. Rancangan itu ke udara dua kali seminggu.

3. Penerbit rancangan itu berasal dari Johor.

4. Ramai peminat rancangan itu terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.

5. Saya seorang daripada mereka.

Page 14: 6 JENIS KATA SENDI NAMA.pptx

Sekian, terima kasih…