penggunaan ict dalam pengajaran sains

Upload: lmapeala

Post on 03-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN SAINS

    1/8

    PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSAINS DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN ILMIAH

    Oleh:

    Ruslan Bin MapealaJabatan Sains IPGK Tawau

    Pengenalan

    Peranan pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana bidang pendidikan

    mempunyai tanggungjawab yang besar bagi melaksanakan dasar peningkatan

    penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Sesuai

    dengan perubahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) ia turut menuntut

    perubahan paradigma dalam kalangan guru dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran terutamanya bagi mata pelajaran sains. Menurut Shiung (2005),

    penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sains merupakan satu

    kaedah pembelajaran secara berfikrah dan terancang untuk meningkatkan

    kecekapan proses dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi

    TMK akan menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar dalam kalangan guru dan

    pelajar. Ini menunjukkan bahawa TMK merupakan satu pendekatan pengajaran dan

    pembelajaran yang perlu diambil perhatian agar kita dapat mengantarabangsakan

    pendidikan di negara kita.

    Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang timbul dalam penggunaan

    TMK semasa proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah yang tidak dapat

    dielakkan antaranya:

    (a) Kekangan Menghabiskan Silibus

    Beberapa kajian lepas menunjukkan guru tidak menggunakan komputer untuk

    membantu mereka dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran kerana

    kekangan dalam menghabiskan silibus (Shiung, 2005). Dapatan kajian Noraini (2001)

    terhadap 100 orang guru sains dan matematik di daerah Temerloh mendapati 83.3%

    daripada mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi melayari internet bagi

    1

  • 7/28/2019 PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN SAINS

    2/8

    menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran kerana dibebani dengan masa

    mengajar yang penuh dan untuk menghabiskan silibus serta tugas-tugas lain yang

    dipertanggungjawabkan. Begitu juga dapatan Muhammad Sukri (2005), yang

    menyatakan guru-guru terlalu sibuk dengan kerja lain, gangguan daripada kerja lain,

    hal rumah dan tempat belajar serta kekurangan masa untuk belajar atas talian. Ini

    menunjukkan bahawa guru-guru di sekolah bukan sahaja mengajar tetapi juga

    terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah secara tidak langsung menjadi

    kekangan terhadap aplikasi TMK dalam poses pengajaran dan pembelajaran.

    Justeru, bagi menangani masalah ini, pendekatan pengajaran menggunakan

    TMK hendaklah dilaksanakan secara intensif dan ekstensif. Pihak pentadbir sekolah

    hendaklah sentiasa memberi galakan kepada aplikasi TMK dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran. Begitu juga pihak kementerian hendaklah melaksanakan program

    pembelajaran berasaskan TMK secara sistematik. Pemantauan oleh guru terlatih dan

    berpenglaman dalam bidang teknologi maklumat agar aplikasi TMK dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa menggangu masa guru di

    sekolah.

    (b) Sikap Guru

    Ledakan TMK dan pengaplikasiannya dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran sains telah memberi cabaran baharu kepada profesion perguruan dan

    sistem pendidikan di negara kita. Namun timbul masalah apabila terdapat

    sebahagian guru sains yang telah sebati dengan kaedah pengajaran secara

    konvensional sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional

    (Law, 2002).

    Menurut Mohd Rasdi (2003), penggunaan komputer hanyalah menakut-nakutkan guru seterusnya membantutkan usaha mereka untuk menggunakan

    perisian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian Muhamad

    Sukri (2005) mendapati majoriti guru-guru menyatakan bahawa e-pembelajaran tidak

    sesuai dengan gaya pengajaran mereka. Ini menunjukkan terdapatnya halangan

    yang kuat dalam penggunaan e-pembelajaran.

    2

  • 7/28/2019 PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN SAINS

    3/8

    Oleh itu, faktor persediaan mental dan pengetahuan dalam kalangan guru

    adalah penting ke arah suatu perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran di

    sekolah. Para pendidik perlu diberi literasi komputer supaya penggunaan komputer

    dalam pendidikan tidak terjejas. Guru perlu diberi latihan dalam penggunaan

    teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah.

    (c) Kekurangan Kemahiran

    Tidak ramai pendidik yang memanfaatkan kecanggihan TMK sebagai satu

    alternatif untuk mengakses pelbagai maklumat dalam memantapkan pengajaran dan

    pembelajaran kerana kurangnya kemahiran dalam pengendalian TMK. Menurut

    Ibrahim et al., (1997) ramai guru yang tidak mahir dengan penggunaan perkakasan

    komputer dan TMK, meskipun penggunaan teknologi tersebut pesat digunakan

    dalam sistem pendidikan kita. Begitu juga dapatan kajian oleh Noraini (2001)

    menunjukkan hanya 10% daripada guru sains dan matematik yang menghasilkan

    bahan pengajaran dalam bentuk multimedia kerana tidak begitu mahir dengan

    penggunaan peralatan berasaskan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Kajian oleh Mohd Sarip (1999), antara faktor penghalang kepada

    pengaplikasian elemen TMK dalam kalangan guru adalah kerana kurangnya

    pendedahan penggunaan TMK di peringkat sekolah. Menurut Christina et al., (2010),

    mendapati daripada 10 kali kursus aplikasi TMK yang dianjurkan, 94.2% guru hanya

    pernah menghadiri kursus sekali sahaja yang berkaitan dengan TMK di sekolah. Ini

    menunjukkan pendedahkan kemahiran TMK dalam pengajaran dalam kalangan guru

    adalah sangat rendah. Menurut Mohd Rasdi (2003), sebahagian besar guru di

    beberapa buah sekolah di Kelantan tidak tidak mahir menggunakan komputer dan

    prasaran TMK, yang mana 76.0% daripada mereka tidak pernah menghadirisebarang latihan.

    Sehubungan dengan itu, bagi mengatasi masalah ini guru perlu didedahkan

    kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion keguruan seperti

    menghadiri kursus-kursus TMK jangka pendek. Selain itu, program perkembangan

    3

  • 7/28/2019 PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN SAINS

    4/8

    staf di sekolah juga harus dirancang dengan baikoleh pihak Kementerian Pelajaran

    Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Pembangunan

    Kurikulum serta Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan .

    (d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan

    Satu cabaran penting pendidikan ialah menyediakan kemudahan komputer

    untuk semua pelajar. Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada

    golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status

    ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya. Kajian oleh Badrul (2006), 28.6% guru-guru

    sains di tiga buah sekolah menengah di Pulau Pinang tidak menggunakan elemen

    TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kemudahan yang tidak

    mencukupi di sekolah. Hanya guru-guru yang terlibat dalam program PPSMI sahaja

    yang mendapat peluang tersebut. Menurut Laporan PIPP pada tahun 2010 didapati

    terdapat 500 orang pelajar di Sabah ibarat menunggu buah tak gugur dan 298 buah

    makmal komputer sekolah di Sabah menghadapi masalah selain itu isu projek gajah

    putih dan bumbung makmal komputer sekolah yang runtuh juga merupakan

    masalah pelaksanaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Selain daripada itu, dapatan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

    Pendidikan (2005) terdapat 5 951 buah sekolah rendah dan 870 buah sekolah

    menengah di Malaysia yang telah berusia lebih daripada 30 tahun dan memerlukan

    kos penyelenggaran yang tinggi. Muhammad Sukri (2005), mendapati 56.5%

    daripada responden kajiannya hanya mengakses kurang daripada lima kali sebulan

    kerana tidak mempunyai sambungan internet. Justeru, faktor kemudahan yang

    terhadap turut menjadi penghalang kepada pengaplikasian TMK dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    Menurut laporan PIPP oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

    Pendidikan (2005), terdapat 796 buah sekolah di Malaysia yang masih belum

    mempunyai bekalan elektrik. Janakuasa yang dibekalkan berkuasa rendah dan tidak

    mencukupi untuk menampung penggunaan TMK di sekolah. Bekalan elektrik turut

    4

  • 7/28/2019 PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN SAINS

    5/8

    menjadi penghalang kepada penggunaan TMK dalam kalangan guru semasa proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    Kekangan-kekangan ini merupakan salah satu masalah kepada pelaksanaan

    TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana kemudahan

    asas yang tidak selamat dan kurang kondusif. Oleh itu, pihak kementerian pelajaran

    serta pentadbir sekolah perlu mengambil langkah proaktif dalam menyediakan

    infrastruktur dan infostruktur di sekolah- sekolah yang telah usang ke arah

    persekitaran yang kondusif untuk membolehkan penggunaan TMK dilaksanakan

    semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

    (e) Perbezaan aplikasi TMK

    Perbezaan TMK dan digital adalah satu keadaan di mana wujud perbezaan

    dalam segi akses kepada kemudahan TMK antara lokasi dan penguasaan

    kemahiran. Justeru sekolah, pendidikan dan profesion keguruan di negara ini perlu

    memainkan peranan yang konstruktif bagi menangani jurang TMK yang berlaku,

    terutamanya dalam kalangan guru dan pelajar sama ada di bandar mahupun di luar

    bandar.

    Menurut laporan Kerangka Teori Bagi Mengimplimentasi Perubahan ICT

    Dalam Pendidikan (2007), kadar akses internet adalah sebanyak 6% bagi setiap 100

    populasi penduduk dan 11.9% untuk setiap rumah. Laporan juga menunjukkan

    sebanyak 82% pelangganan internet telah dilaksanakan di Malaysia, namun

    kebanyakannya hanya tertumpu di Lembah Kelang, Selangor dan di bandar-bandar

    besar seluruh negara. Senario ini menggambarkan kepada kita terdapat jurang TMK

    yang begitu ketara dalam kalangan masyarakat di negara kita. Seterusnya memberiimpak kepada sistem pendidikan negara.

    Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, penyediaan kemudahan

    komputer serta kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer terutama di

    sekolah-sekolah di luar bandar perlu dipergiatkan. Di samping itu, usaha-usaha

    5

  • 7/28/2019 PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN SAINS

    6/8

    membangunkan perisian bagi setiap matapelajaran yang boleh menjadi penggerak

    kepada perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan TMK di

    sekolah perlu dipertingkatkan.bagi mewujudkan integrai TMK secara keseluruhan,

    Kementerian Pelajaran Malaysia, Sistem Web Based Management System (WSMS)

    perlu berfungsi dan boleh digunakan sepenuhnya oleh semua sekolah dan bukannya

    di sekolah Bestari sahaja.

    Kesimpulan

    Penggunaan TMK dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat

    negara untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Pengaplikasian TMK

    membolehkan pendidikan di negara ini menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di

    peringkat antarabangsa terutamanya bagi mata pelajaran sains. Justeru, guru

    haruslah sentiasa mengambil pendekatan untuk berubah kepada kaedah pengajaran

    dan pembelajaran terkini yang berasaskan TMK. Namun beberapa masalah seperti

    kekangan masa dalam kalangan guru, sikap guru terhadap pelaksanaan proses

    pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan TMK, kurangnya kursus untuk guru

    meningkatkan kemahiran TMK, kemudahan yang sangat terhad serta berlakunya

    perbezaan aplikasi TMK di antara guru dan pelajar dan di antara kawasan bandar

    dan luar bandar haruslah ditangani dengan bijak dan berkesan agar apa yang

    diharapkan untuk mengantarabangsakan pendidikan di negara kita dapat

    direalisasikan.

    6

  • 7/28/2019 PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN SAINS

    7/8

    Bibliografi

    Azizah Abdul Samad. (2004). Persepsi guru pelatih terhadap penggunaan e-pembelajaran dalam mata pelajaran pengurusan sumber KPLI. MaktabPerguruan Perempuan Melayu Melaka.

    Badrul Hisham Alang Osman. (2006). Kesediaan guru dalam pengajaran danpembelajaran matematik berbantukan komputer (PPBK) di Sekolah menengah.(atas talian) http://motivasiutusan.4mg.com/kerja1.html.(5 November 2011).

    Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2006). Pelan IndukPembangunan Pendidikan 2006-2010. Kementerian Pelajaran Malaysia,Putrajaya.

    Christina Andin & Hazman Ali (2010). Penggunaan teknologi maklumat dankomunikasi dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan. FakultiPendidikan, UTM, Skudai Johor.

    Ibrahim Mohamad, Sazali Saidin, Osmani Abdullah & Abdul Manafa Asumi. (1997).Kajian celik komputer di Kalangan guru-guru negeri Perak. Kertas Kerja yangdibentangkan dalam Seminar Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan

    Pendidikan. KPM, 11 Disember 1997 (atas talian)http://members.tripod.com/ilhamnet/Kajian.htm. (8 November 2011).

    Kerangka teori bagi mengimplementasi perubahan ICT dalam pendidikan.(2007).Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Law. N., Y. Lee & Chow. A. (2002). Practice characteristics that lead to 21 st centurylearning outcomes. Journal of Computer Assisted learning. Jld.18:415-426

    Mohd Rasdi Saamah (2003). Kesediaan guru-guru sekolah rendah melaksanakanperubahan bahasa pengantar mata pelajaran sains dan matematik. Fakulti

    Pendidikan. UKM. Selangor.

    Mohd Sarip Abd Manap.(1999). Faktor-faktor penghalang terhadap pendifusionteknologi pendidikan di kalangan guru-guru sekolah menengah sains di pantaitimur semenanjung Malaysia. Abstrak. http://www.moe.edu.my: 8080/c/journal-articles/view-articles-content. (8 November 2011).

    Muhammad Sukri Saud, Mohd Anuar Abdul Rahman &Ting Kung Shiung. (2005).Kajian mengenai penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar jurusan

    7

    http://motivasiutusan.4mg.com/kerja1.htmlhttp://members.tripod.com/ilhamnet/Kajian.htmhttp://www.moe.edu.my/http://motivasiutusan.4mg.com/kerja1.htmlhttp://members.tripod.com/ilhamnet/Kajian.htmhttp://www.moe.edu.my/
  • 7/28/2019 PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN SAINS

    8/8

    pendidikan teknik dan vokasional di institusi pengajian tinggi (IPTA) negeriJohor. Kertas kerja yang dibentangkan dalam 1st International MalaysianEducational Technology Convention. UTM. 20 Oktober 2005.

    Noraini Attan. (2001). Tahap kesediaan guru dalam penggunaan teknologi maklumatberasaskan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran sains. Tesis Sarjanayang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

    Ting Kung Shiung & Woo Yoke Ling. (2005). Penggunaan ICT dalam prosespengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah teknik danvokasional; sikap guru, peranan ICT, kekangan dan cabaran penggunaan ICT.Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor.

    8