penggubal modul :

Download Penggubal Modul :

If you can't read please download the document

Upload: chelsi

Post on 09-Jan-2016

65 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) BAGI GURU SEJARAH TINGKATAN 5 TAHUN 2013. Penggubal Modul : Dr. Fatimah binti Mohd. Dahalan (IPGKT) Dr. Ramli bin Saadon (IPGKBM) Dr. Chiang Ee Fong (IPGKIK) Dr. Ismail bin Said (IPGKP) - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

  • Penggubal Modul :

    Dr. Fatimah binti Mohd. Dahalan (IPGKT) Dr. Ramli bin Saadon (IPGKBM)Dr. Chiang Ee Fong (IPGKIK)Dr. Ismail bin Said (IPGKP) Pn. Norhani Bebe binti Alta Miah (IPGKI)Pn. Masriyah binti Misni (IPGKT) Pn. Siti Rukiah binti Jaafar (IPGM)

  • Identiti nasional.Kemahiran memimpin.Kemahiran dwibahasa.Etika dan kerohanian.Pengetahuan.Kemahiran berfikir.

  • Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.

  • KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) Menurut Philips (1997) cara guru bertindak mempengaruhi pencapaian akademik dan tahap berfikir murid.

    Kemahiran berfikir adalah asas kepada proses pendidikan.Keupayaan seseorang berfikir boleh mempengaruhi cara pembelajaran, kepantasan serta keberkesanan pembelajarannya.

  • Terpisah.Penyebatian.Apakah yang dimaksudkan dengan terpisah? Terpisah bermaksud KBAT diajarkan secara berasingan, tidak dikaitkan dengan kandungan mata pelajaran.Apakah yang dimaksudkan dengan penyebatian? Penyebatian bermaksud KBAT diajarkan secara terancang untuk dimasukkan ke dalam mata pelajaran, bersepadu dengan isi kandungan dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir.

  • Penyebatian Penuh Penyebatian Separa Penyebatian Penuh :Dilaksanakan dengan menggunakan lima langkah berikut: Pengenalan kepada isi mata pelajaran dan KBATPenggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi mata pelajaran dan KBATRefleksi dan metakognitifPengukuhan isi MP dan KBATAplikasi KBAT dalam situasi harian. Penyebatian Separa : KBKK digunakan di dalam mana-mana langkah dalam pengajaran danpembelajaran bagi mata pelajaran yang di ajar, sama ada pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup

  • Contoh Penyebatian PenuhPengenalan kepada isi mata pelajaran dan KBAT. Contoh : Tajuk : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)Penggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi mata pelajaran dan KBAT. Contoh :

    Soalan KBAT : Pada pendapat anda, apakah kepentingan Malaysia menganggotai agensi PBB?Refleksi dan metakognitif Contoh : Memberi respon/pandangan apa berlaku sekiranya Malaysia tidak menganggotai agensi PBBPengukuhan isi MP dan KBAT Bina peta minda / i-Think, lembaran kerja dllAplikasi KBAT dalam situasi harian Cth : Hidup berjiran dll

    TahunPertubuhan1945Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

  • Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu.Di sini dikemukakan empat alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan keterampilan berfikir iaitu : Soalan dan penyoalan.Peta minda.Pengurusan grafik.Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan lisan,mengurus pemikiran secara visual dan terkawal.

  • Soalan dan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas. Sebagai guru, pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras, skop dan fokus.

  • Anderson (2001) telah menambah baik Taksonomi Bloom dengan menggunakan kata kerja dan meletakkan aras menilai dan mencipta sebagai pemikiran aras tinggi.

  • MenyelesaikanMenunjukkanMenggunakanMembuat ilustrasiMembinaMengemukakan

    MenilaiMengklasifikasiMenggambarkanMelengkapkanMeramal Mengaitkan

  • Tahukah anda peristiwa lain di mana.?Bolehkah perkara ini berlaku..?Apakah faktor yang anda ubah jika..?Dapatkah anda mengaplikasikan kaedah ini dengan pengalaman sendiri?Apakah soalan yang akan ditanya..?Daripada maklumat yang diterima, bina satu set arahan untuk..?Adakah matlamat ini berguna jika anda ada.?

  • Bina sebuah model yang akan menunjukkan bagaimana ia berfungsiBina sebuah diodrama untuk menceritakan sesuatu peristiwaAmbil beberapa keping gambar untuk menunjukkan sesuatu perkaraRangka satu strategi pemasaran produk anda menggunakan strategi yang diketahui sebagai panduanPakaikan anak patung dengan pakaian tradisional / kebangsaanLukis mural berdasarkanTulis buku teks tentangBina sebuah model tanah liat

  • Antara strategi yang boleh digunakan ;Strategi berasaskan bahan / sumberStrategi berasaskan tugasan / aktivitiStrategi penyoalan

  • Tajuk : Kesedaran Pembinaan Negara dan BangsaSub Tajuk : Kesultanan Melayu Melaka Asas Pembentukan Negara dan BangsaAktiviti : Perbincangan KumpulanKata Kunci : menggunakan, mengaitkan, mengemukakan, menilai, menjalankanContoh Strategi : Berasaskan bahan / sumber (foto)

  • Soalan : Negara dan bangsa Malaysia telah diasaskan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sebagai seorang pemimpin, bagaimanakah anda dapat menjalankan tanggungjawab dalam membina negara dan bangsa Malaysia yang lebih cemerlang. Istana Melaka

  • Berdasarkan salah satu tema dalam Sukatan Pelajaran Sejarah T5 dan mengikut kumpulan, rancangkan satu aktiviti KBAT dalam PdP bilik darjah dengan menggunakan salah satu strategi aras mengaplikasi.

  • Tajuk : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka.Sub Tajuk : Perikatan dan Pakatan Murni ke arah Kemerdekaan.Aktiviti : Main peranan.Kata kunci : menunjukkan, menjelaskan, menjalankan.Contoh strategi : berasaskan tugasan / aktiviti (main peranan)

  • Gambar berikut menunjukkan anggota Rombongan Kemerdekaan ke London diarak menuju ke Bandar Hilir, Melaka.

    Soalan : Sekiranya anda turut berada di dalam perarakan di atas, apakah perasaan anda ketika melihat para pemimpin kemerdekaan tersebut? Main peranan ciri-ciri kepimpinan tokoh-tokoh tersebut dalam PdP Sejarah anda.

  • "Kita mesti maju dalam erti kata perpaduan nasional dan sosial, dalam erti kata ekonomi kita, dalam erti kata keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kejiwaan, maruah bangsa dan keyakinan." (Dr. Mahathir (1991) dalamWawasan 2020 hlm. 1)

    Berdasarkan petikan teks ucapan di atas, apakah tanggungjawab anda sebagai murid dalam merealisasikan Wawasan 2020?

  • ARAS MENGANALISISMENGANALISIS bermaksud membahagi persoalan kepada beberapa komponen supaya dapat diperiksa dengan lebih teliti dan memahami perhubungan.MENGANALISIS boleh menggunakan kata kunci :Membuat perbandinganMengkelasMemeriksaMembanding bezaMenyusun mengikut urutanMembuat analisis

  • Contoh Soalan Aras MenganalisisApakah komponen-komponen bagi sebuah ______________?

    Kelaskan _______________ mengikut ___________.

    Gariskan / lukiskan / lakarkan ____________________.

    Bagaimanakah _______ berbeza dengan _________?

    Apakah bukti yang boleh disenaraikan bagi _______________?

  • Kata Kunci Aras Menganalisis MembandingkanMenganalisisMengkategorikanMengklasifikasikanMembahagikanMemeriksaMenyenaraikan

    MembahaskanMembanding bezaMenghubungkanMembuat rujukanMengandaikanMerumuskan

  • Menganalisis Idea dan AlasanKemahiran-kemahiran membuat analisis :Mengenal pasti ciri-ciri dan komponen-komponenMengenal pasti hubungkaitan dan corak/bentukMengenal pasti idea-idea / isi-isi utamaMengenal pasti isu-isu / permasalahan

  • Contoh Aktiviti Aras MenganalisisMenyusun secara kronologi kedatangan kuasa Barat ke Asia Tenggara

    Membandingkan sistem pentadbiran sebelum dan semasa penjajahan barat di Asia Tenggara

    Membandingkan corak pergerakan nasionalisme di Asia Tenggara

    Membandingkan bentuk perjuangan pemimpin setempat menentang British

  • Contoh Aktiviti Aras MenganalisisMembandingkan proses pembinaan negara dan bangsa kerajaan Madinah, Itali dan Jerman

    Membandingkan sistem pentadbiran yang diwarisi oleh negeri-negeri Melayu selepas Kesultanan Melayu Melaka.

    Membandingkan amalan demokrasi dalam adat pepatih dengan amalan demokrasi masa kini

    Membandingkan fungsi badan-badan pemerintah

  • BENGKEL 1 : ARAS MENGANALISISTema : Penulisan Novel Sebelum Perang Dunia KeduaAktiviti : Perbincangan kumpulanKata kunci : Membuat perbandinganContoh strategi : Soalan

  • Soalan : Berdasarkan tema penulisan novel sebelum Perang Dunia Kedua iaitu emansipasi / kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju dalam bidang pendidikan, buatkan perbandingan isu ini dengan merujuk kepada hala tuju wanita zaman kini.

  • BENGKEL 2 : ARAS MENGANALISISTema : Wawasan 2020Aktiviti : Perbincangan kumpulan / ForumKata kunci : Mengkelas, menyusun ikut kronologi, membuat perbandinganContoh strategi : Berasaskan bahan / sumber (graf & jadual)

  • Statistik Kes Buang Bayi

  • Statistik Kes Buang Bayi

  • Masyarakat dikejutkan dengan berita bagaimana bayi yang tidak berdosa dibuang. Statistik di atas menunjukkan jumlah kes buang bayi dari tahun 2004 hingga 2010. Analisis statistik ini dan kaitkan dengan cabaran keempat yang digariskan dalam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika

  • Kalau Ada Jarum yang Patah Jangan Disimpan di Dalam PetiKalau Ada Silap dan SalahJangan Disimpan di Dalam Hati