pengetahuan masteri 1 : kemahiran memerhati

Upload: syafiqah-matyusof

Post on 05-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Pengetahuan masteri 1 : kemahiran memerhati

    1/13

    1

    NAMA : SYAFIQAH BT MAT YUSOF

    Aktiviti 1 : Pengetahuan masteri.

    Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan- soalan yang berikut.

    1. Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti ini?

    Melalui aktiviti ini, saya mengetahui bahawa pemerhatian merupakan salah satu

    kemahiran dalam kemahiran proses sains. Bagi mata pelajaran Sains, ianya

    merupakan subjek yang praktikal (Miller, 1991). Guru perlu menggunakan

    pendekatan pengajaran ke arah yang lebih praktikal berbanding teoritikal. Praktikalseperti aktiviti hands on di mana para pelajar diberi kebebasan melakukan

    eksperimen untuk menguji sesuatu teori yang telah mereka pelajari di dalam kelas.

    Ismail Jusoh, (1998) menyatakan bahawa dalam pengajaran sains hendaklah

    diterapkan KPS bersama sama dengan isi kandungan yang disampaikan

    Pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian kualitatif dan kuantitatif. Saya

    juga dapat menyatakan definisi pemerhatian kualitatif dan kuantitatif. Pemerhatian

    kualitatif ialah pemerhatian melibatkan penggunaan kesemua deria manusia

    manakala pemerhatian kuantitatif merupakan pemerhatian yang melibatkan alat

    pengukuran menggunakan skala standard. Pemerhatian kuantitatif bersifat lebih jitu

    berbanding pemerhatian kualitatif. Saya juga dapat mengelaskan pemerhatian yang

    direkodkan mengikut jenisnya yang sesuai. Oleh itu, saya dapat lebih memahirkan

    diri untuk melakukan pemerhatian yang lebih menyeluruh dan terperinci. Saya juga

    mempelajari bahawa konteks pemerhatian itu adalah luas di mana ianya boleh

    melibatkan lebih dari satu deria. Antaranya ialah deria sentuhan, deria rasa, deria

    penglihatan, deria pendengaran, deria bau. Melalui salah satu atau lebih daripada

    penggunaaan deria yang berikut, pemerhatian yang dilakukan lebih tepat dan

    terperinci. Daripada itu, saya belajar untuk berfikir secara lebih kreatif untuk

    menambah pemerhatian lain yang masih boleh diterima. Selain itu, pemerhatian

    yang dibahagikan kepada beberapa bahagian dapat menghasilkan pemerhatian

    yang lebih tepat di mana hasil gabungannya akan memberikan pemerhatian yang

    lebih mendalam dan memberi pemahaman yang lebih lanjut.

  • 8/2/2019 Pengetahuan masteri 1 : kemahiran memerhati

    2/13

    2

    2. Bahagian manakah di dalam kurikulum sains sekolah rendah yang mengajar

    topik yang berkaitan?

    KSSR Tahun 1

    Benda hidup dan benda bukan hidup : Memahami ciri benda hidup dan benda bukan

    hidup.

    Manusia : Memahami bahagian dan fungsi tubuh manusia.

    Haiwan : Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan.

    Tumbuhan : Menganalisis tumbuhan dan bahagian tubuh haiwan.

    Mata untuk melihat : Memahami pengetahuan tentang pelbagai warna.

    Memahami pengetahuan tentang pelbagai bentuk.

    Memahami ciri objek berdasarkan warna, saiz dan bentuk.

    Telinga untuk mendengar : Memahami pelbagai bunyi dan kepentingannya.

    KBSR Tahun 2

    Benda hidup dan benda bukan hidup : Pemerhatian untuk mengelaskan benda hidup

    dan benda bukan hidup.

    Tumbuhan : Memerhati pertumbuhan pokok dan merekod ketinggian dan jumlah

    daun.

    Panjang atau pendek : Memerhati dan memezakan ketinggian.

    Campuran bahan : Mengenalpasti bahan yang boleh larut dalam air.

    KBSR Tahun 3

    Haiwan : Menegenalpasti ciri- ciri luar haiwan.

    Tumbuhan : Mengenal pasti ciri- ciri luar tumbuhan.

    Spring : Mengenalpasti Ciri- ciri spring dan jenisnya.

    Penyerapan : Mengenalpasti bahan yang boleh menyerap air.

  • 8/2/2019 Pengetahuan masteri 1 : kemahiran memerhati

    3/13

    3

    Tanah : Mengenal pasti bahan- bahan dalam tanah.

    Pencanpuran bahan : Memahami setiap bahan mempunyai ciri- ciri yang berbeza.

    KBSR Tahun 4

    Benda hidup dan benda bukan hidup : Memahami ciri haiwan dan tumbuhan.

    :Ciri khas haiwan dan tumbuhan bagi

    penyesuaian diri dengan iklim dan

    perubahan musim.

    Hidupan dan proses hidup : Memahami hidupan memerlukan keperluan asas untuk

    hidup.

    : Memahami hidupan menjalani respirasi.

    : Memahami hidupan makan makanan yang berbeza.

    : Memahami manusia dan haiwan bergerak.

    :Memahami hidupan bergerak balas terhadap

    rangsangan.

    Kuantiti Fizik : Memahami konsep panjang, luas, isipadu, objek mempunyai jisim dan

    konsep masa.

    Kemagnetan : Memahami tindakan magnet.

    Bahan Asli dan Bahan Sintetik : Memahami bahan asli dan bahan sintetikm dan sifat

    fizikal bahan.

    Bumi, bulan dan matahari : Memahami bentuk, saiz , tarikan graviti dan permukaan

    Bumi.

    Bumi, bulan dan matahari : Memahami ciri matahari dan bulan.

  • 8/2/2019 Pengetahuan masteri 1 : kemahiran memerhati

    4/13

    4

    KBSR Tahun 5

    Kemandirian Hidupan : Memahami kemandirian spesis haiwan dan tumbuhan.

    Haba : Memahami haba.

    Cahaya : Memahami cahaya.

    Bunyi : Memahami bunyi.

    Tenaga : Memahami tenaga dan tenaga elektrik.

    Pepejal, cecair dan gas : Mengaplikasikan idea tentang keadaan pepejal, cecair dan

    gas.

    Pengaratan : Menganalisis pengaratan bahan.

    Struktur binaan : Mensintesiskan idea tentang kekuatan dan kestabilan sesuatu

    binaan.

    KBSR Tahun 6

    Pengawetan makanan : Memahami pengawetan makanan.

    Astronomi : Memahami buruj.

    Mesin : Menganalisis mesin ringkas.

  • 8/2/2019 Pengetahuan masteri 1 : kemahiran memerhati

    5/13

    5

    3. Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam

    pengajaran dan pembelajaran?

    Berdasarkan aktiviti Candle Activity, ianya dapat dipraktikkan semasa peringkat

    keempat dalam peringkat fasa Needham. Melalui aktiviti ini murid dapat

    mengaplikasikan idea yang diperoleh mengenai pemerhatian kualitatif dan kuantitatif.

    Saya akan memberi contoh pemerhatian kepada sesuatu objek lain terlebih dahulu

    contohnya pensil. pembelajaran digunakan bersesuaian dengan teori pembelajaran

    konstruktivis. Saya akan menerangkan kepada pelajar bagaimana untuk

    membezakan antara kedua-dua jenis pemerhatian ini. Kemudian, murid

    mengelaskan sendiri pemerhatian kualitatif dan kuantitatif yang mereka perhatikan

    sendiri daripada lilin pula. Proses fasilitasi berlaku apabila ia dijalankan didalamkumpulan dimana peserta digalakkan mengambil tanggungjawab didalam hasil

    pembelajarannya ( Van Maurik, 1994). Aktiviti ini bertujuan bagi memberi gambaran

    yang jelas kepada murid berkaitan dua jenis pemerhatian yang berbeza iaitu

    pemerhatian kualitatif dan pemerhatian kuantitatif. Selain itu, murid akan lebih kreatif

    untuk menyenaraikan pemerhatian mereka yang melibatkan bentuk, warna, keadaan

    dan suhu objek bagi mengelaskan pemerhatian tersebut. Untuk mencapai objektif

    mereka dalam mengelaskan pemerhatian tersebut mereka akan lebih peka dalamsetiap pemerhatian yang mereka lakukan.

    Bagi aktiviti Elephant Observation, aktiviti ini boleh digunakan sebagai set induksi

    semasa fasa orientasi untuk mengajar topik ciri- ciri haiwan dalam tema menyiasat

    alam kehidupan. Selain, menjalankan eksperimen, murid turut belajar cara untuk

    melakukan pemerhatian dengan baik iaitu melibatkan kelima- lima deria yang ada.

    Aktiviti ini yang meggunakan konsep bercerita boleh menarik minat murid untuk

    mengetahui dengan lebih lanjut apa yang akan berlaku dan melibatkan diri secara

    aktif. Pemikiran kreatif dan kritis murid murid akan dirangsang dan dikembangkan.

    Selain itu, murid akan lebih seronok untuk menjalani sesi pengajaran dan

    pembelajaran. Saya juga akan meminta murid melakonkan semula situasi dengan

    intonasi suara dan gaya yang sesuai.

  • 8/2/2019 Pengetahuan masteri 1 : kemahiran memerhati

    6/13

    6

    4. Kreativiti adalam elemen penting dalam bekerja dan befikir secara saintifik.

    Apakah ciri- ciri yang kreatif dalam kemahiran proses memerhati ?

    Ciri- ciri yang kreatif dalam kemahiran proses sains memerhati, ialah kemahiran

    mencirikan, kemahiran membandingkan dan membezakan dan kemahiran

    menghubungkaitkan. Untuk berdaya saing di murid perlu memiliki kemahiran dan

    pengetahuan yang tinggi bahkan mereka juga perlu memiliki daya kreatif yang

    tinggi agar mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang semakin

    kompleks dalam hidup (Lee, 2002)

    Kemahiran menghubungkaitkan merupakan kemahiran untuk membuat perkaitan

    dalam sesuatu keadaan atau peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak

    perhubungan. Kemahiran ini melibatkan kemahiran berfikir seara kreatif untuk

    menetapkan satu ciri sama ada yang sepunya atau perbezaan sesuatu ciri dua

    keadaaan yang berbeza. Semasa membuat pemerhatian minda murid akan

    terangsang seperti apa, bagaimana, dan bila sesuatu itu berlaku. Perkaitan yang

    baik akan dapat menghasilkan pemerhatian yang lebih tepat. Contohnya, dalam

    Elephant Observation, murid akan cuba membuat perkaitan antara ciri- ciri yang

    disebutkan oleh setiap orang dalam cerita tersebut. Murid perlu kreatif untuk

    menyatakan perkaitan terhadap setiap bahagian yang diceritakan dalam cerita

    itu.Oleh itu, secara tidak langsung murid dapat membuat perkaitan setiap sifat

    fizikal gajah menurut setiap bahagian yang diceritakan.

    Kemahiran membanding dan membezakan ialah menyatakan ciri- ciri pada suatu

    bahan atau objek yang membezakan antara satu sama lain. Selain itu,

    membanding dan membezakan keadaan sesuatu sebelum dan selepas jangka

    masa tertentu. Contohnya, dalam Candle Activity, murid. Maka, murid perlu

    kreatif dan peka dengan setiap ciri yang berbaza pada lilin tersebut. Murid yang

    kreatif akan menyatakan sumbu lilin menjadi hitam selepas dibakar berbanding

    warnanya yang putih sebelum dibakar.

  • 8/2/2019 Pengetahuan masteri 1 : kemahiran memerhati

    7/13

    7

    5. Dalam perkembangan kebolehan kanak- kanak untuk berfikir dan bekerja

    secara saintifik, terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru

    untuk menggalakkan perkembangan kreativiti ini. Bincangkan beberapa

    teknik yang boleh anda gunakan.

    Beberapa tenik yang boleh digunakan untuk menggalakkan perkembangan kreativiti:

    1. Teknik main peranan

    Main peranan merupakan kaedah kumpulan berorientasikan proses, di mana pelajar

    berlakon atau simulasikan situasi kehidupan sebenar. Ia merupakan salah satu

    daripada model sosial. Menurut Joyce et al. (2001) model sosial ini melatih murid

    menggunakan kemahiran mendengar dan memahami konteks untuk menyelesaikanmasalah. Main peranan melibatkan murid memegang suatu peranan sama ada

    sebagai dirinya atau benda lain. Kaedah ini memberi penekanan kepada kualiti atau

    mutu aksi yang dihasilkan murid serta kepekaan dalam peranannya. Main peranan

    bertujuan untuk memberi peluang kepada murid melibatkan diri secara aktif dalam

    pengajaran dan pembelajaran. Murid boleh berkomunikasi antara satu sama lain dan

    melahirkan pelbagai perasaan mengikut situasi yag dimainkan. Bagi , subjek sains

    model ini boleh digunakan apabila murid memainkan peranan semasa sesi

    pembelajaran menyiasat lama kehidupan.

    2. Teknik demonstrasi

    Demonstrasi ialah guru menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah laku atau

    perlakuan agar murid lain boleh mencontohi seperti memasang litar elektrik mudah

    dengan betul. Kaedah ini mengaplikasikan kaedah di mana guru menunjukkan

    langkah- langkah melakukan sesuatu cara atau perbuatan di hadapan murid terlebih

    dahulu. Berdasarkan inkuiri sains, kaedah ini akan digunakan sekiranya eksperimen

    tersebut sukar untuk dijalankan dan memerlukan tempoh masa yang panjang bagi

    murid dapat memahami eksperimen tersebut. Oleh itu, guru akan menjalankan

    demonstrasi terlebih dahulu diikuti dengan penerangan guru mengenai sesuatu

    prinsip. Proses ini melibatkan penjelasan dan pendengaran serta yang baik antara

    guru dan murid. Setelah itu, murid akan diminta untuk melakukan demonstrasi

    tersebut berdasarkan demonstrasi yang telah ditunjukkan oleh guru.

  • 8/2/2019 Pengetahuan masteri 1 : kemahiran memerhati

    8/13

    8

    Menurut Bandura (1977), manusia belajar melalui pemerhatian terhadap

    orang lain. Melalui sukatan kurikulum bersepadu sekolah rendah, terdapat beberapa

    tajuk bagi subjek sains yang dapat mengguna pakai kaedah ini iaitupenyediaan slaid

    dan mikroskop untuk melihat benda halus, eksperimen yang melibatkan

    pemasangan suatu alat dan radas. Segala eksperimen yang melibatkan bahan api

    dan mudah terbakar juga perlu diadakan demostrasi terlebih dahulu seperti

    penggunaan alkohol untuk menjalankan ujian kewujudan kanji pada daun, ciri- ciri

    udara dan air. Langkah- langkah demonstrasi yang berkesan ialah guru memberi

    penerangan terlebih dahulu mengenai objektif, prinsip yang ingin dipelajari dan hasil

    pembelajaran yang ingin dicapai di akhir pembelajaran. Kaedah lima fasa Needham

    juga dapat diaplikasikan iaitu guru mencipta satu set induksi di awal pengajaran

    supaya murid dapat mencipta idea tentang apa yang bakal dipelajari. Oleh itu,

    melalui teknik ini, dapat merangsang minda murid supaya berfikir dengan lebih

    kreatif.

    3. Teknik Peristiwa Bercanggah

    Kaedah ini merupakan kaedah yang menghasilkan hasil yang lain daripada ramalan

    murid pada kebiasaannya. Strategi ini bertujuan menimbulkan persoalan kepada

    murid serta terdapat percanggahan antara ramalan murid dengan pemerhatian yang

    dilakukan. Oleh itu, kaedah discrepant event ini akan menyebabkan berlakunya

    konflik kognitif iaitu ketidakseimbangan yang berlaku dalam minda murid disebabkan

    oleh percanggahan tersebut.

    Tujuannya ialah untuk menarik perhatian murid dan memperbetulkan miskonsepsi

    murid melalui pengalaman mereka yang lalu (Misiti,2000,p. 34). Murid akan

    mendapat motivasi intrinsik kerana akan cuba untuk merungkai konflik kognitif

    tersebut dan berada di zon selesa. Oleh yang demikian, murid secara tidak langsung

    melalui proses asimilasi dan akomodasi skema lama mereka dengan skema yang

    baru. Dengan itu, sifat ingin tahu murid dapat ditingkatkan dan membuat mereka

    berusaha untuk tahu dengan lebih lanjut. Menurut Piaget (1971) nota- nota, situasi

    yang menghairankan akan mewujudkan ketidakseimbangan kognitif yang

    menyebabkan murid melalui proses asimilasi dan akomodasi. Proses ini akan

    menyebabkan murid menggunakan pengalaman sedia ada untuk berhadapan

    dengan situasi baru serta membentuk satu skema atau pengetahuan baru.

  • 8/2/2019 Pengetahuan masteri 1 : kemahiran memerhati

    9/13

    9

    4) Eksperimen

    Eksperimen bermaksud kaedah yang pengajaran dan pembelajaran yang memberi

    pengalaman amali secara langsung kepada murid. Kaedah ini merupakan kaedah

    lanjutan daripada aktiviti penyiasatan. Kaedah ini digunakan sekiranya murid

    dikehendaki untuk mengkaji sesuatu untuk menambah kefahaman mereka.

    Konsep kaedah eksperimen yang melibatkan proses- proses seperti merancang,

    memerhati, merekod pemerhatian, menganalisis dan menginterpretasi data yang

    dikumpul dapat meningkatkan daya pemikiran murid.

    Selain bagi menambah kefahaman murid, objektif kaedah ini adalah untuk menguji

    sebab dan kesan yang menyebabkan sesuatu fenomena dan kejadian. Eksperimen

    yang bertujuan ini sering dinamakan sebagai eksperimen kawalan. Eksperimen ini

    melibatkan kawalan yang rapi tentang faktor kawalan yang disyaki terlibat sebagai

    contoh suhu, kuantiti air, jirim dan kuantiti bahan. Oleh itu, dua eksperimen yang

    sama akan dijalankan, salah satunya dijadikan sebagai eksperimen kawalan. Smith

    (1971) dan Tamir (1977) menyatakan kaedah ini mengandungi tiga peringkat

    pengajaran iaitu pre-lab, lab work dan post- lab. Kepelbagaian ini memerlukan

    kemahiran guru menjadi pengurus yang baik, Charles dan Senter (2002). Pada

    peringkat pre- lab, guru akan menyoal dan menerang bagi merangsang murid untuk

    terlibat dalam aktiviti. Murid pula akan merancang merancang aktiviti yang aka

    dilakukan dan cara penyelesaian yang dipilih melalui panduan daripada guru.

    Seterusnya pada peringkat lab- work, guru hanya berperenan sebagai fasilitator

    dengan memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti. Peranan murid ialah untuk

    mengambil dan memasang segala peralatan dan bahan berdasarkan penerangan

    yang telah diberikan oleh guru. Manakala, pada peringkat post- lab, guru akan

    melakukan perbincangan bersama murid. Menginterpretasi segala maklumat

    daripada data yang dikumpulan. Berikut merupakan beberapa contoh tajuk

    eksperimen yang dapat menggunakan kaedah eksperimen ialah;

    Untuk mengkaji sama ada air diperlukan untuk percambahan biji benih

    Untuk mengkaji cahaya diperlukan untuk fotosintesis

    Untuk mengkaji udara dan air diperlukan untuk menjadikan besi berkarat

  • 8/2/2019 Pengetahuan masteri 1 : kemahiran memerhati

    10/13

    10

    Untuk membuktikan pembakaran hidrogen menghasilkan bunyi pop.

    Untuk membuktikan semakin tebal wayar, semakin kurang rintangannya.

    5) Teknik Penyiasatan

    Sekiranya semua kandungan kurikulum sains ini dirumuskan dalam satu

    perkataan, saya akan merumuskannya sebagai penyiasatan(Einstein).

    Teknik penyiasatan didefinisikan sebagai proses mengenalpasti dan

    menyelesaikan masalah dengan kaedah yang boleh duji kebenarannya (APU,

    1991). Proses menyelesaikan masalah ini memberikan autonomi kepada pelajar

    pada tahap tertentu bagi mencari jalan penyelesaian dengan mengaplikasikan

    proses kognitif, kemahiran dan konsep-konsep yang dimiliki (Trowbridge et al,

    2004; Got dan Dugan, 1996). Ia melibatkan proses merancang penyiasatan,

    mendapatkan bukti, menganalisis dan membuat kesimpulan serta menilai bukti

    (National Curriculum, 2002). Dalam proses penyiasatan pelajar perlu

    menggunakan proses pemikiran mereka secara kreatif dan kritis bagi

    menyelesaikan permasalahan yang diberikan dengan menggunakan kaedah yang

    saintifik. Ianya melibatkan kemahiran saintifik seperti kemahiran proses sains,

    kemahiran manipulatif dan penguasaan terhadap konsep sains yang berkaitandengan permasalahan yang cuba diselesaikan.

    Penyiasatan merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

    hanya melibatkan proses- proses mudah dalam sains seperti membuat

    pemerhatian, mencari rujukan dan perbincangan dalam kumpulan. Objektif

    kaedah ini lebih kepada ingin mengadakan ujian untuk mengetahui idea yang

    sedia ada pada murid mengenai alam sekitar dan ciptaan manusia.

    Penyiasatan lebih memerlukan murid membuat keputusan sendiri

    berbanding kaedah eksperimen. Guru tidak memberikan bimbingan sepenuhnya.

    Hasil kaedah ini murid turut dapat belajar kemahiran- kemahiran berikut;

    Merancang

    Mengumpul bukti

    Mencatat dan menyampaikan

    Mengenalpasti

  • 8/2/2019 Pengetahuan masteri 1 : kemahiran memerhati

    11/13

    11

    Maka, murid perlu menggunakan proses pemikiran mereka secara kreatif dan

    kritis bagi menyelesaikan permasalahan yang diberikan dengan menggunakan

    kaedah yang saintifik melalui teknik penyiasatan ini.

    6) Teknik inkuiri penemuan

    Pendekatan inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan

    pembelajaran melalui pengalaman. Tenik ini memerlukan murid mencari maklumat,

    menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku. Pembelajaran secara

    penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid

    sendiri. Dalam menjalankan teknik ini murid perlu membuat pengesahan kebenaran

    atau pengetahuan yang melibatkan pemikiran kritis, melakukan pemerhatian dan

    mengemukakan soalan. Contoh soalan inkuiri yang boleh diajukan kepada murid

    ialah bagaimanakah pokok bernafas? Atau mengapakah ikan lumba- lumba tidak

    boleh dikelaskan sebagai ikan? Peranan murid semasa teknik ini ialah membuat

    rumusan naluri ingin tahu, melakukan kaji siasat, tidak dipengaruhi pendapat atau

    prasangka sendiri. Langkah teknik ini ialah murid perlu mengenal pasti masalah

    terlebih dahulu. Selepas itu, murid mereka bentuk untuk menyelesaikan masalah

    tersebut dengan membentuk hipotesis. Kemudian, mengumpulkan data melalui nota

    pemerhatian, gambar- gambar, lakaran dan diagram, video dan rakaman audio. Akhir

    sekali, membuat generalisasi. Maka, murid akan berfikir secara kreatif dan

    menggunakan intuisi atau gerak hati.

    7) Teknik pembelajaran berasaskan projek

    Pengajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning/PBL)merupakan suatu

    kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pesat berkembang dalam zaman moden

    ini. Kaedah ini menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam mempelopori

    sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek. Kementerian Pelajaran

    Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model

    aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan

    gabungan antara disiplin ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta

    amalan penerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai

    tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat

    yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakankemahiran proses sains. Selain dari itu projek juga boleh dibuat berdasarkan

  • 8/2/2019 Pengetahuan masteri 1 : kemahiran memerhati

    12/13

    12

    keperluan topik serta mengikut minat murid atau untuk pameran sains. Pengajaran

    dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau kumpulan

    berdua atau bertiga di bawah bimbingan yang minima oleh guru. Pembelajaran

    Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid meneroka sendiri.

    Seorang pengkaji Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan

    Projek yang merangkumi cara pembelajaran yang pelbagai, berorientasikan dunia

    sebenar, menggunakan kaedah pengalaman hands-on dan persekitaran yang

    bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran. Selain meningkatkan

    kreativiti kanak- kanak berfikir ia turut menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir

    peringkat tinggi.

  • 8/2/2019 Pengetahuan masteri 1 : kemahiran memerhati

    13/13

    13

    RUJUKAN

    Buku :

    Hashim, s. (2005). Strategi Dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Pulau Pinang:

    PTS Professional SDN.BHD.

    Loke, S. H. (2005). Pedagogi Merentas Kurikulum. Bentong: PTS Profesional SDN.

    BHD.

    Noriati, A. R. (2005). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Oxford Fajar SDN.BHD.

    Laman Web :

    Bondora, T. (2004, July 22). Teaching science. Didapatkan August 21, 2011,

    daripada howtoteachscience.com:

    http://www.howtoteachscience.com/index.shtml

    Prakash, J. (2011). preservearticles.com. Didapatkan August 19, 2011, daripada

    What are the advantages and disadvantages of demonstration method of

    teaching science?:

    http://www.preservearticles.com/201105216968/advantages-and-

    disadvantages-of-demonstration-method-of-teaching-science.html

    what is Investigation?(2008). Didapatkan August 19, 2011, daripada ise5-14.org.uk:

    http://www.ise5-14.org.uk/prim3/new_guidelines/Investigations/What_is.htm

    Jurnal :

    Brodi, J. (2009). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek . Satu Kajian KEs

    Teaching School, IPTAR, 99- 199.

    http://www.preservearticles.com/201105216968/advantages-and-http://www.preservearticles.com/201105216968/advantages-and-